SPPE 1012
1.0 PENGENALAN
Amali bengkel kayu ini dilakukan adalah bagi mendedahkan pelajar kepada teknik-
teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel seperti kikir, gergaji, alat pengukur dan
sebagainya. Sebagai contoh pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan pahat dengan
betul disamping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga didisiplinkan agar
sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada dalam bengkel.
Terdapat banyak peralatan yang digunakan di dalam bengkel ini. Antaranya seperti
kikir, gergaji,pahat dan lain-lain. Namun tidak semua peralatan yang digunakan dalam projek
ini. Projek yang akan dilakukan adalah membuat tanggam menggunakan kayu. Pengukuran
yang tepat dan kaedah yang betul adalah perlu untuk memastikan projek siap sempurna
sepenuhnya.
Projek ini diberikan kepada pelajar adalah untuk melatih pelajar menggunakan alatan
tangan dengan lebih mahir dan mengikut cara yang betul. Selain itu, projek ini juga dapat
menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan menanam sikap bekerjasama antara satu sama lain.
Disamping itu, projek ini dapat membantu pelajar mengenali alatan tangan dan kegunaannya
dengan lebih tepat selain melatih mereka membiasakan diri menggunakan alatan tangan dan
mesin dengan lebih mahir.
Oleh itu, amali bengkel kayu merupakan satu modul yang amat penting untuk
dipelajari bagi mendedahkan bakal-bakal guru ini asas pertukangan dan pengurusan bengkel
untuk mereka melaksanakan disekolah
SPPE 1012
2.0 KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL
2.1 Keselamatan dan Persekitaran dalam Bengkel :
Bengkel merupakan tempat untuk melakukan kerja-kerja praktikal. Oleh itu persekitaran bengkel mestilah selesa dan selamat untuk melakukan pekerjaan. Beberapa peraturan perlulah dipatuhi dan dilaksankan antaranya ialah :
Pastikan semua peralatan dan perabot disusun dengan kemas dan selamat bagi mengelak pintu daripada disekat, terutama pintu utama. Pelajar hendaklah sentiasa mengemas semula selepas menggunakan bengkel dan letakkan peralatan yang digunakan ditempat yang telah disediakan.
Pastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik
Pastikan bengkel mempunyai pencahayaan yang baik.
Pastikan keadaan sekeliling bersih dan kemas. Pelajar hendaklah bersihkan tempat kerja setelah selesai melakukan kerja-kerja bengkel.
Jangan membuat bising untuk memastikan segala arahan yang diberikan daripada tenaga pengajar dapat didengari dengan jelas oleh semua pelajar.
Ketahui dimana letaknya alat pemadam api dan peti pertolongan cemas supaya memudahkan pelajar atau tenaga pengajar mencari jika berlaku kecemasan.
Fahami semua arahan yang dipaparkan di Pelan Kecemasan.
2.2 KESELAMATAN AM
1. Menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah.
2. Jangan memakai barang kemas.
3. Elakkan berambut panjang.
4. Gunakan pakaian pelindung atau sarung tangan semasa menggunakan asid atau bahan
kimia.
5. Jangan bergurau semasa menjalankan amali.
6. Pastikan punca elektrik dimatikan apabila meninggalkan bengkel.
7. Jangan cemas apabila berlaku kemalangan.
8. Apabila melakukan kerja amali pastikan anda melakukan sekurang- kurangnya dua
orang.
9. Mematikan peralatan selepas digunakan dengan kaedah yang betul.
10. Basuh tangan dengan betul selepas melakukan kerja amali.
SPPE 1012
2.3 PENGURURSAN KESEAMATAN BENGKEL
Kemalangan Boleh Dielak Jika :
a. Pengetahuan dan pemahaman tentang alat serta bahan yang digunakan.
b. Menyusun langkah P&P dengan baik dan mengikut prosedur.
c. Pelajar sentiasa mengikut arahan kerja yang ditetapkan.
d. Mematuhi keselamatan bengkel setiap masa.
e. Menggunakan alatan dengan cara yang betul.
f. Peka keadaan bengkel dan memakai alat perlindungan.
g. Tenaga pengajar peka dengan tahap kemahiran pelajar semasa bekerja.
SPPE 1012
2.4 PERATURAN AM KESELAMATAN BENGKEL
a. Masuk bengkel dengan kebenaran pensyarah.
b. Dilarang membawa beg.
c. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
d. Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat.
e. Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak digunakan.
f. Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah
digunakan.
g. Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar bengkel kecuali dengan izin
pensyarah.
h. Laporkan segera kemalangan kepada pensyarah.
i. Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam Buku Rekod Kemalangan.
j. Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.
k. Matikan semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
2.5 KESELAMATAN DIRI
a. Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.
b. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.
c. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang bertutup.
d. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas
e. Memahami langkah kerja dengan betul sebelum memulakan kerja dengan mendapat
bimbingan pensyarah sekiranya terdapat sebarang keraguan.
f. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada dalam bengkel
g. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan
h. Cuci tangan selepas bekerja.
i. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada pensyarah dengan segera
SPPE 1012
Bengkel Selamat Mesti Mempunyai :
a. Poster keselamatan dipamer.
b. Pelan laluan semasa kecemasan seperti kebakaran.
c. Menyediakan peraturan bengkel.
d. Alat pemadam api.
e. Peti kecemasan atau peti ubat.
Poster keselamatan
SPPE 1012
SPPE 1012
2.6 RUTIN BENGKEL
Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan
sesi mengajar pensyarah atau tenaga pengajar bagi memastikan bengkel dapat diuruskan
dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan
lebih sistematik.
Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di bengkel elektrik. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang
mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang
teratur serta selamat.
Carta organisasi bengkel
PENSYARAH
TENAGA PENGAJAR
KETUA (FORMEN)
AJK KEBERSIHAN
AJK KESELAMATAN
SPPE 1012
3.0 PERALATAN
3.1 Alat Menanda dan Merancang Menanda
1. Pembaris Keluli
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter
(mm). Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm.
Kegunaan :
o Mengukur dan memindahkan
o Membina garisan lurus pada permukaan
SPPE 1012
o Menguji kerataan permukaan
2. Sesiku L
Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.
bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli.
Sesiku L biasanya bersaiz 20 cm. Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan
inci.
Kegunaan:
o Menguji kepersegian kayu
o Menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu
SPPE 1012
3. Pita Pengukur
Diperbuat daripada plastik atau keluli
Panjang pita pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga
8.0 meter
Kegunaan :
o mengukur jarak yang pendek serta panjang
o digunakan untuk memindahkan ukuran.
4. Pisau Penanda
Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.
Kegunaan :
o digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau
pahat semasa membuat tanggam.
SPPE 1012
5. Pensil Tukang
Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal.
Permukaannya berbentuk segiempat tepat
Kegunaan:
o Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan
merancang tanda.
6. Pembaris Lipat
Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat
Hujung pembaris diperbuat daripada loyang
Terdapat pelbagai saiz
Kegunaan:
o Alat pengukur atau memindahkan ukuran
SPPE 1012
7. Aras Spirit
Ia diperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.
Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit atau air untuk
mendapatkan aras atau kepugakan.
Panjang Aras Spirit biasanya diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).
Kegunaan:
o sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.
8. Sesiku Serong Boleh Laras
Bentuk badannya serupa dengan sesiku ‘L’ melainkan matanya tidak dipasang tetap
Kegunaan:
o Ia digunakan untuk menadakan atau menguji sesuatu garisan yang sudutnya
lain daripada 45° darjah dan 90° darjah
9. Sesiku Bergabung
SPPE 1012
Badan dan mata diperbuat daripada keluli.
matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.
Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90°dan mukanya yang lain bersudut
45°dengan matanya.
Kegunaan:
o Digunakan untuk mendapatkan sudut diatas permukaan kayu.
10. Tolok Penanda
Tolok penanda diperbuat daripada kayu.
Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.
Mata terdapat pada kayu pelaras.
Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan
Tolok Penanda Tanggam Puting(dua mata)
Kegunaan:
SPPE 1012
o Tolok penanda digunakan untuk menandakan ukuran tebal atau lebar
kayu.
o Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandakan dengan garisan selari
dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu.
o Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang
seragam.
Cara-cara menggunakan:
1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang
dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.
2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke
sisi atau permukaan kayu.
3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan
bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk
garisan kerja
11. Tolok Bersengat
SPPE 1012
Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan kedua-dua
kakinya adalah tajam seperti paku.
Kegunaan:
o Tolok bersengat digunakan untuk membuat bulatan pada kayu atau membuat
tanda melengkung.
3.2 Alat Mengapit Dan Menyangga
1. Ragum Meja
Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam.
Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium)
untuk menjaga permukaan kerja.
Kegunaan:
o memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
2. Apit G dan Apit F
SPPE 1012
Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.
Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian
rahang.
Kegunaan:
o Mengapit kayu ketika proses menggamkan dua kepingan kayu.
o Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan
3. Apit Panjang
SPPE 1012
Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya
ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.
Kegunaan:
o Digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap,
perabut, papan yang hendak dicantum atau digamkan
4. Apit Rencong
Diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan
Kegunaan:
o menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila
hendak digam atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka
gambar.
5. Kakak Tua
SPPE 1012
Diperbuat daripada besi keras.
Kakak tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.
Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.
Kegunaan:
o mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya
3.3 Alat Memotong dan Menajam
1. Ketam
a) Ketam Kasar
Terdiri daripada jenis kayu atau logam
Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan
ketam pelicin kepada saiz yang tepat.
Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
Kegunaan :
o Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang
diperlukan dengan cepat.
b) Ketam Pelicin
Diperbuat daripada logam dan kayu.
Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.
SPPE 1012
Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.
Kegunaan:
o mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketam kasar
kepada saiz yang lebih tepat
c) Ketam Tetingkat
Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras,
ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
Kegunaan:
o membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.
d) Ketam Pangkas
bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm
Kegunaan :
o Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu
secara melintang ira.
o Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atau
kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti
menyediakan kumai serong.
e) Ketam Lurah
SPPE 1012
Ketam lurah ini dibina dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah
atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari
tepi kayu.
Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh
dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya
Kegunaan:
o membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu.
f) Ketam Golek
Ketam ini diperbuat daripada logam
.Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
Kegunaan:
o mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong.
g) Ketam Pancaguna
Ketam ini besar dan berat.
Diperbuat daripada logam dan mempunyai pelbagai saiz mata pemotong.
Kegunaan:
SPPE 1012
o membuat tetingkat dan lurah
2. Gergaji
a) Gergaji Kerat
Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi
hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.
Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi
setiap 25 mm.
Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.
Kegunaan :
o Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang
ira kayu.
Cara menggunakan gergaji tangan :
o Condongkan gergaji 45° daripada benda kerja apabila mengergaji
belah
SPPE 1012
b) Gergaji Belah
Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan
mengikut atau selari dengan ira kayu.
Mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi
hadapannya bersudut tepat dengan garis giginya.
Kegunaan:
o mengerat kayu dan bergantung kepada ketebalan kayu.
Cara menggunakan gergaji tangan:
o Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat
c) Gergaji Puting
SPPE 1012
Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur
logam ( patil keluli) di belakang matanya.
Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk
memotong kayu-kayu yang kecil.
Kegunaan:
o mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan
lain-lain.
d) Gergaji Lengkung Kayu
SPPE 1012
Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang
tegak.
Panjang matanya ialah 150 mm.
Kegunaan:
o Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit
pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
e) Gergaji Bajang
Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.
Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
Kegunaan:
o Digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan
tepat
f) Gergaji Tebok
Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
Panjangnya 300mm hingga 450 mm.
Kegunaan :
o untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.
SPPE 1012
g) Gergaji Ekor Tikus
Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok
Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.
Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga
400 mm
Kegunaan:
o memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian
dalam yang lebih sempit.
3. Pahat
a) Pahat Pelubang / Pahat Kukuh
Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan
gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.
Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.
SPPE 1012
Kegunaan:
o Digunakan sewaktu kerja-kerja kasar.
o Untuk membuang lebihan-lebihan yang tidak diperlukan.
b) Pahat Peraut / Pahat Tepi Serong
mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih
panjang dan nipis.
Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya
tidak sekuat pahat pelubang.
Kegunaan:
o untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang
mempunyai pelbagai bentuk kumai
c) Pahat Kuku Jenis Peraut ( Serong Dalam)
Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
Kegunaan:
o untuk mendapat permukaan yang melengkung
d) Pahat Kuku Jenis Peraut (Serong Luar)
Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
Kegunaan :
o Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.
o Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.
SPPE 1012
3.4 Alat Menukul
1. Tukul Kuku Kambing
Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau
besi dan bahagian belakangnya bengkok dan terbelah
Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2
kg. Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
Kegunaan:
SPPE 1012
o mengetuk dan mencabut paku
2. Tukul Besi Warrington
Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.
Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.
Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan
saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.
Kegunaan:
o Penanda menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu
hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk
paku di bahagian tepi perabut yang sempit
3. Gandin
Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat
Gandin diperbuat daripada kayu keras.
Kegunaan:
o untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
4. Pembenam Paku
SPPE 1012
s
Diperbuat daripada keluli dan matanya didapati dalam 2 bentuk, bentuk bulat dan
bentuk persegi.
Pembenam paku mata bulat lazim digunakan dalam kerja membuat perabot.
Saiznya ditentukan oleh diameter matanya dan terdapat dalam pelbagai saiz antara
1mm – 4mm.
Kegunaan:
o Digunakan bersama dengan tukul besi untuk menukul kepala paku supaya
terbenam kedalam kayu dan lubangnya ditampal dengan ‘dempol’ untuk
memastikan paku tidak kelihatan
3.5 Alat Memutar
1. Pemutar Skru Jenis Alur & Philip
Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.
Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau
Philips.
Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.
SPPE 1012
Pemegangnya dibuat daripada kayu atau plastic
Kegunaan :
o memasang atau menanggalkan skru.
2. Gerudi
Gerudi terdiri daripada dua jenis :
Gerudi bergear lebih ringan (Gerudi Tangan)
gerudi jenis gear sal(engkol)
Terdapat beberapa jenis mata gerudi antaranya :
Mata tengah
Mata terlaras
Mata paku
Mata pulas
Mata Froster
Mata Pelubang benam
Gerudi Tangan
SPPE 1012
digunakan bersama mata gerudi pintal.
Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm.
Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam
.Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh minyak untuk mengelak
mata panas dan terbakar.
Kegunaan :
o Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak
melebihi 8 mm.
Gerudi Engkol
digunakan bersama mata gerimit
.Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mata gerudi pintal.
Ia tidak boleh membuat lubang pada logam.
Kegunaan :
o digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.
o Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya.
3. Senggerek
SPPE 1012
Hulunya diperbuat daripada kayu dan matanya diperbuat daripada keluli.
Kegunaan:
o Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.
o Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri
sambil menekan.
3.6 Alat Menajam
1. Kikir Pipih Tirus
Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat
halus.
SPPE 1012
Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada
kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga
panjang hujungnya berbentuk tirus
Kegunaan:
o Digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja
yang berlainan.
o Digunakan untuk menajam kayu.
2. Kikir Pipih Kasar
Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.
Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.
Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam
Kegunaan:
o Digunakan untuk mengikir dan menajam kayu.
3. Kikir Belah Rotan
Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap.
Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.
Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang
Kegunaan:
o Menipis permukaan kayu.
4. Kikir Bulat
Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.
Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus
Bentuk giginya lurus dan bersilang.
Kegunaan:
o untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi empat
secara kasar.
SPPE 1012
o untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat
5. Kikir Segi Tiga
Mata gigi kikir ini bersilang.
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat
Kegunaan:
o Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut.
o Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
6. Kikir Pipih Nipis
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus
.Gigi kikir ini berbentuk silang.
Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada keseluruhan panjang.
Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm
Kegunaan:
o mengikir celah-celah yang nipis.
7. Kikir Bentuk Pisau
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus
Kegunaan :
o untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji.
o Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
SPPE 1012
4.0 PROJEK
4.1 Alatan Tangan Projek
1) Alat Menanda dan Mengukur
- Pembaris Keluli
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan
milimeter (mm). Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm. Digunakan
untuk mengukur dan memindahkan garisan, membina garisan lurus pada
permukaan dan menguji kerataan permukaan
SPPE 1012
- Sesiku L
Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan. Bahagian badannya
diperbuat daripada kayu. Biasanya bersaiz 20cm.Pada mata ditandai dengan
ukuran sentimeter dan inci. Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat
dan kerataan permukaan kayu.
Sesiku L
- Pita Pengukur
Diperbuat daripada plastik atau keluli. Panjang pita pengukur yang biasa dapat
dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0 meter.Kegunaannya ialah mengukur jarak
yang pendek serta panjang dan juga digunakan untuk memindahkan ukuran.
SPPE 1012
- Pensil
Mata dan badan pensil ini lebar dan besar. Permukaannya berbentuk segiempat
tepat. Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.
Pensil penanda
2) Alat Mengapit dan Menyangga
- Proses kerja-kerja pemasangan samaada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat
khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja
yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
- Peralatan ini direkabentuk khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara
peralatan kerja untuk mengapit dan menyangga adalah ragum meja, apit G, apit
panjang, apit tangan.
Apit G Ragum meja
3) Alat Memotong dan Menajam.
SPPE 1012
- Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan
bentuk yang dikehendaki. Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji
puting, gergaji belah dan gergaji lengkung halus. Manakala bagi menajamkan
ialah seperti ketam pelicin, ketam kasar, ketam tetingkat, ketam angkas, ketam
lurah dan ketam golek.
Gergaji belah dan Gergaji potong
Pahat
- Terdapat empat jenis pahat dalam proses kerja kayu. Pahat-pahat ini mempunyai
fungsi yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja. Pahat ini biasanya diperbuat
daripada keluli. Manakala bahagian pemegang atau hulu pula iperbuat daripada
kayu atau plastik yang tahan diketuk. Pahat tersebut ialah pahat penebuk, pahat
kuku, pahat peraut dan pahat pengukir.
Pelbagai jenis pahat
SPPE 1012
4) Alat Menukul dan Memutar
- Proses kerja kayu dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis alatan.
Peralatan tersebut boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu peralatan menukul
dan peralatan memutar.
Alat menukul :
- Tukul Kuku Kambing
- Tukul Besi Warrington
- Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
- Gadin
- Pembenam Paku.
Alat memutar :
- Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang antara dua kayu
dengan cara pusingan samaada mengikut arah jam atau arah lawan jam dengan
menggunakan skru. Antara jenis pemutar skru adalah pemutar skru lurus dan
pemutar skru philip.
Tukul kuku kambing Gadin kayu
Gadin bulat
SPPE 1012
5) Bahan penyudah/khas.
- Digunakan untuk melicin dan mencantikkan lagi bahan kerja kayu. Antara contoh
bahan penyudah yang digunakan ialah kertas kaca, shelek, cat, lilin, minyak
linseed dan lekar.
shelek tepung penyumbat
4.2 Objektif Projek
Diakhir kerja, pelajar akan dapat :
a) Mempraktikkan prosedur keselamatan di dalam bengkel kerja kayu secara berkesan.
b) Menggunakan peralatan tangan dan mesin untuk melengkapkan projek kerja kayu
dengan betul.
c) Menggunakan jenis kemasan kerja kayu yang bersesuaian dengan projek.
4.3 Prosedur Kerja
SPPE 1012
Minggu 1
Membuat lakaran atau lukisan yang menarik mengikut daya kreativiti.
Seterusnya memilih kayu dan permukaan yang baik supaya tidak berlaku kecacatan
terhadap benda kerja.
Setelah memilih kayu dan permukaan yang dikehendaki, permukaan tersebut
diratakan dan diuji kerataannya. Buat tanda muka ke atas permukaan yang
dikehendaki.
Salah satu iring benda kerja diketamkan untuk meratakannya dan kerataan diuji
menggunakan sesiku L. Setelah rata iring yang dikehendaki ditanda dengan tanda
iring.
Seterusnya adalah menandakan satu hujung dengan menggunakan pisau penanda dan
sesiku L.
Satu lagi permukaan ditanda dan diketam untuk meratakannya dan diuji kerataan
menggunakan sesiku L. Setelah selesai ketam permukaan, iring yang satu lagi ditanda
dan diketam serta diuji kerataannya.
Akhir sekali dalam proses penyediaan benda kerja adalah menandakan panjang yang
dikehendaki dan potong bahagian yang tidak diguna.
Minggu 2
Dalam minggu kedua lakaran dilukis terus ke atas benda kerja sebelum melakukan
kerja pemotongan.
Setelah selesai melakar kerja pemotongan dilakukan dengan menggunakan alat-alat
pemotong yang sedia ada.
Pemotongan yang dilakukan ke atas benda kerja adalah mengikut bentuk lakaran
kreativiti yang dikehendaki. Bagi lakaran yang membentuk lengkungan atau bulatan,
peralatan yang digunakan adalah gergaji lengkung halus.
SPPE 1012
Minggu 3
Menyambung kerja-kerja yang tertangguh pada minggu kedua.
SPPE 1012
Setelah selesai kerja memotong, benda kerja di las kan menggunakan kertas pasir atau
kertas kaca.
Langkah ini dilakukan sehingga permukaan benda kerja menjadi licin dan tidak kasar
supaya benda kerja nampak lebih menarik setelah disapu shelek nanti.
Sekiranya masih terdapat mana-mana bahagian benda kerja yang masih kasar, kikir
boleh digunakan untuk meratakan bahagian tersebut. Langkah ini perlu dilakukan
dengan cermat dan mengikut ira kayu supaya tidak berlaku kecacatan yang tidak
diingini pada benda kerja.
Semua permukaan perlu dilicinkan termasuklah pada iring dan hujung benda kerja.
Walaubagaimanapun ianya perlulah dilakukan dengan mengikut ira pada kayu supaya
tidak menjejaskan kekemasan benda kerja nanti.
Minggu 4
Setelah selesai mengelas benda kerja, langkah seterusnya adalah menampal lubang
menggunakan ‘wood putty’ atau tepung penyumbat. Ianya merupakan satu bahan
yang dapat menutupi bahagian yang berlubang atau bahagian yang renggang atau
tidak kemas.
Ini bertujuan meratakan benda kerja supaya ianya nampak lebih kemas dan tiada
kecacatan.
Setelah semua lubang disumbat benda kerja tersebut sekali lagi digosok menggunakan
kertas pasir atau kertas kaca. Tujuannya adalah untuk meratakan bahagian yang telah
disapu dengan tepung penyumbat itu tadi.
SPPE 1012
Apabila benda kerja telah betul-betul rata dan licin, barulah shelek boleh disapu ke
atas benda kerja.
Namun untuk langkah ini kerja menyapu perlu dilakukan dengan cermat dan
mengikut cara menyapu yang betul.
Kerja sapuan shelek perlualah dimulakan dengan sapuan yang nipis dan rata
keseluruhan benda kerja.
Setelah rata sapuan nipis barulah ianya ditebalkan dengan ketebalan sapuan lebih
daripada sapuan pertama. Bagaimanapun sapuan tidak boleh terlalu tebal kerana ianya
akan mencacatkan benda kerja selain hilang markah kekemas
4.4 Lukisan Kerja
SPPE 1012
4.5 Hasil Projek
SPPE 1012
Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
5.0 KESIMPULAN
SPPE 1012
Setelah empat minggu di dalam bengkel kerja kayu ini, benda kerja kayu dapat disiapkan
dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang tidak diingini. Ini adalah kerana, komitmen
semua rakan sekelas dan pensyarah dalam menyiapkan projek ini dengan bersungguh-
sungguh. Hal ini juga kerana, mahasiswa dapat mematuhi segala peraturan bengkel dengan
penuh dedikasi dan disiplin yang tinggi.
Dalam tempoh tersebut saya dapati semua pelajar telah mempraktikkan prosedur
keselamatan di dalam bengkel kerja kayu secara berkesan. Ini adalah penting bagi kami
supaya tidak berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini sepanjang tempoh
menyiapkan benda kerja ini. Selain itu juga pelajar telah mahir menggunakan peralatan
tangan dan mesin untuk melengkapkan projek kerja kayu dengan betul. Namun sebelum
menggunakan peralatan tangan dan mesin kami telah diberi tunjuk ajar yang berkesan
daripada pensyarah. Peralatan tangan dan mesin ini perlulah digunakan dengan cermat kerana
mesin tidak mengira teman atau lawan. Ianya boleh melibatkan kemalangan fizikal dan jiwa
sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Akhir sekali adalah kami telah belajar
menggunakan jenis kemasan kerja kayu yang besesuaian dengan projek. Antara yang
digunakan ialah shelek untuk menambah kekemasan pada benda kerja.
Top Related