RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 1
Rahsia Ezine
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 2
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam
menghasilkan e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab
seandainya setiap fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan
yang sentiasa berlaku di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca
e-book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap
informasi yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau
pertubuhan yang terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak
disengajakan dan tidak akan diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat
kewangan. Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan
perkhidmatan yang professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan,
perakaunan dan hal kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 3
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di
Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di
Negeri Johor dan mendapat peluang
melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin
(Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke
peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini
beliau merupakan pelajar sepenuh masa di
Universiti Malaya dalam jurusan
Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia
perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di
peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan
melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah
menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang
terbaik.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 4
Pengenalan
Salam sejahtera para pembaca yang dihormati.
Di dalam ebook ini, saya akan menunjukkan satu sistem ringkas yang
anda boleh praktikkan, kembangkannya dan jana keuntungan dari siri
ezine anda sendiri (anda boleh gelarkannya artikel online, newsletter
online, e-letter...atau apa saja yang anda rasa sesuai).
Secara umumnya, walau apapun yang anda tawarkan melalui perniagaan
internet samada produk mahupun perkhidmatan, anda memang harus
memiliki sebilangan senarai list atau subscriber.
Didalam ebook ini, saya akan terangkan mengapa anda harus membina
senarai list, apakah jenis artikel yang boleh anda cipta, bagaimana untuk
mendapatkan list dan bagaimana untuk memastikan list anda menjadi
„super‟ responsif terhadap setiap tawaran yang anda berikan kepada
mereka.
Dengan ebook ini, sekurang – kurangnya anda akan mempelajari serba
sedikit tentang teknik pemasaran emel walaupun anda mungkin
memilih untuk tidak mahu mula menerbitkan artikel anda sendiri.
Biar saya berterus terang sahaja, menerbitkan artikel ini tidaklah
sesusah mana pun. Anda tidak seharusnya seorang yang sangat
berpengalaman untuk mula menerbitkan artikel anda sendiri.
Lagi satu, anda tak semestinya seorang penulis yang handal atau seorang
sasterawan! Tambahan pula, ianya juga tidak melibatkan kos yang besar
dan memakan masa anda.
Apa yang penting ialah, konsistensi. Anda tidak mungkin dapat
membina senarai list yang besar dalam tempoh yang singkat, contohnya
seminggu. Ini tak mungkin berlaku, kecualilah anda melaburkan
sejumlah wang yang besar dengan melaksanakan kempen PPL ataupun
melalui promosi PPC.
Inilah antara halangan utama para usahawan internet, iaitu membina
senarai list.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 5
Namun, anda harus melakukannya juga dan bermulalah dari sekarang
walaupun pada permulaannya, bilangan list amat sedikit. Ya, jika anda
serius mahu maju dalam perniagaan internet ini...mula membina
senarai list, dan ebook ini akan membimbing anda untuk merealisasikan
segalanya.
Ayuh, kita bermula!
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 6
Mengapa Ezine?
Biarlah saya jujur dengan anda, bahawa daripada kebanyakan sumber
pendapatan saya disumbangkan oleh artikel saya sendiri samada secara
langsung atau tidak langsung.
Walaupun terlalu banyak list yang mahu mendaftar di borang opt in
anda (terutamanya niche buat duit), saya tetap mengingatkan bahawa
jangan memandang remeh hal ini. Janganlah bersikap acuh tak acuh
dengan anggapan ramai yang akan subscribe kepada anda kerana niche
anda adalah buat duit...ingat, list ini tidak akan subscribe pada opt in
anda seandainya anda tidak mempromosikan sebaik mungkin.
Namun, satu hal lagi...dimana para list anda mula keluar dari senarai list
anda dengan klik pada link „unsubscribe‟ anda. Jika ini terjadi,
maknanya anda harus meningkatkan kualiti dan kredibiliti anda sebagai
usahawan terutamanya dari segi penghantaran emel follow up kepada
subscribers.
Jika anda tidak meningkatkan kualiti, sebagaimana banyaknya list yang
datang...sebegitu juga list yang akan unsubscribe.
Isunya disini ialah, memang penting untuk menarik sebanyak mungkin
list...tetapi ada yang lebih penting lagi iaitu bagaimana nak membina
hubungan yang baik dengan senarai list sedia ada dan memberikan
mereka tawaran – tawaran yang menarik.
Mereka yang menitikberatkan konsep hubungan baik dengan list, akan
berpeluang besar untuk menjana pendapatan lumayan melalui teknik
pemasaran emel dimasa akan datang. Oleh sebab itulah, mereka yang
sekarang ini yang hanya mengutamakan konsep promosi semata – mata
pasti akan berubah dan mula menerapkan konsep hubungan baik
dengan list.
Bayangkanlah diri anda sendiri sebagai seorang list. Mahukah anda
dihujani dengan tawaran itu, tawaran ini...dan inbox emel anda dipenuhi
dengan emel promosi? Sedangkan, anda langsung tidak mendapat
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 7
faedah. Saya fikir, anda pasti akan unsubscribe dan keluar dari
langganan emel tersebut.
Jadi, binalah hubungan yang baik dengan para list anda. Berikanlah
mereka artikel – artikel yang bermanfaat dan berbaloi untuk dibaca.
Dengan cara demikian, peluang anda untuk menjana wang dari mereka
akan cerah.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 8
Jenis – Jenis Ezine Yang Boleh Diterbitkan
Terdapat pelbagai format ezine yang anda boleh terbitkan. Ini juga
termasuklah artikel berjadual dan pilihan untuk anda meletakkan iklan
– iklan anda didalam setiap artikel terbitan anda.
Pertama sekali, anda kena tentukan pasaran atau „market‟. Jika anda
sudahpun memiliki produk, mulakan sahaja penulisan artikel anda
tentang produk sedia ada serta produk yang akan datang sesuai dengan
pasaran yang anda tentukan.
Jika anda belum lagi menentukan pasaran dimana anda mahu
meletakkan artikel anda, jangan risau. Anda tak semestinya memiliki
produk untuk menulis artikel.
Tetapi, anda masih perlu menetapkan pasaran juga…sebagai contohnya,
pasaran untuk peminat niche buat duit, niche alam sekitar, niche
pendidikan dan sebagainya. Ini akan memudahkan anda menyediakan
artikel yang tertumpu dan spesifik.
Jadual
Saya mencadangkan agar anda menghantar ezine anda dalam 3-5
mukasurat, mengandungi informasi yang bermanfaat diantara sekali
atau dua kali sebulan. Kalau nak paling kerap pun, saya cadangkan
sekali seminggu sahaja.
Ok, biar saya beritahu anda apa yang seharusnya anda lakukan dan
ianya juga apa yang telah saya lakukan. Ketika saya mula membina list
dan mempromosi kepada mereka, formula saya ialah menghantar artikel
3 – 5 mukasurat sekali seminggu secara berselang seli. Minggu depannya
pula, saya hantarkan iklan dan promosi. Minggu seterusnya pula, saya
hantarkan artikel lagi…begitulah seterusnya secara berselang seli antara
artikel dan emel promosi.
Saya tidak menggalakkan anda untuk kerap menghantar emel promosi
seminggu, kecualilah jika anda sedang melancarkan produk dan sedang
giat mempromosikannya. Selain itu, terlalu kerap menghantar emel
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 9
contohnya sehari sekali kepada list anda juga tidak berapa
digalakkan…dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, cukuplah
seminggu sekali.
Jangan biarkan list anda berasa rimas dengan emel anda, sebaliknya
biarkan mereka tertunggu – tunggu emel dari anda. Dengan ini, barulah
anda pasti bahawa emel anda akan dibaca sepenuhnya.
Format
Terdapat 3 format yang anda boleh gunakan untuk menerbitkan ezine
anda, dan dijamin efektif.
Emel sebagai medium ezine
Inilah format yang sering saya gunakan untuk menghantar serta menulis
ezine saya.
Saya hanya tuliskan pengenalan, sedikit iklan atau info semasa dan
seterusnya artikel didalam sebuah emel yang kemudiannya saya akan
hantar kepada semua list saya.
Inilah kaedah yang amat mudah serta ringkas dalam mengedarkan ezine
anda.
Kebiasaannya, saya tuliskannya dalam bentuk teks, bukannya HTML
kerana fail HTML kadang kala tidak dapat diakses oleh pembaca emel.
Fail PDF
Salah satu opsyen yang agak popular ialah meletakkan artikel anda di
dalam format PDF dan boleh dimuat turun. Tugas anda ialah untuk
memberitahu link muat turun ezine anda kepada para list anda.
Kaedah ini ada memberikan sedikit kelebihan kepada list anda, kerana
mereka boleh menyimpan ezine anda didalam „disk‟ dan akan
membukanya apabila perlu atau apabila ada kelapangan. Dengan
demikian, tahap konsentrasi para pembaca ezine anda adalah lebih baik
kerana mereka membacanya dalam keadaan yang tenang. Keadaan yang
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 10
tenang ini juga akan menaikkan lagi kadar bilangan klik terhadap link –
link yang berkaitan didalam ezine anda itu (biasanya link affiliate).
Selain itu, jika anda membenarkan pemilik ezine anda mengedarkan
ezine anda secara percuma kepada rakan – rakan mereka, ianya secara
tidak langsung akan menaikkan populariti ezine anda seterusnya
perniagaan anda. Inilah yang dinamakan „viral traffic‟ iaitu trafik yang
datang ke web anda melalui promosi secara lisan. Jika isi kandungan
ezine anda mantap, tak mustahil lebih ramai lagi yang akan subscribe
untuk mendapatkan ezine anda dimasa hadapan.
Laman HTML
Opsyen terakhir ialah meletakkan artikel – artikel anda didalam laman
web anda, menjadikan laman web anda sebagai web tumpuan. Langkah
seterusnya ialah, menjemput para list anda untuk melawat ke laman web
anda dengan memberikan link kepada isu terbaru artikel anda di laman
web.
Dari segi kelebihan, ianya hampir sama dengan kaedah format PDF
dimana para list anda boleh menyebarkan link web anda kepada rakan –
rakan mereka melalui blog ataupun web mereka.
Selain itu, satu lagi kelebihan besar format HTML ini ialah anda mampu
memasukkan isi kandungan yang lebih menarik contohnya grafik,
animasi, video dan juga audio ke dalam ezine anda.
Ini disebabkan ramai yang merasa lebih teruja melihat video – video
hiburan, dan konsentrasi mereka pun bertambah. Sebagai contoh
bahawa video merupakan sesuatu yang sangat diminati ialah anda cuba
lihat Youtube.com yang sering dibanjiri para pelawat.
Jadi, dengan adanya unsur – unsur sedemikian, ezine anda akan
menjadi lebih menarik, tertarik dan memang da‟boom!
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 11
Struktur Ezine Anda
Terdapat salah satu struktur yang sering saya gunakan. Struktur ini
ringkas sahaja:
- Ucapan selamat yang ringkas, dengan pengenalan pendek tentang
isu yang dibincangkan dalam artikel
- Iklan pendek tentang produk yang sedang saya promosikan
- Artikel
- Sumber rujukan
- Senarai link yang boleh membantu
- Informasi tentang subscriber
Baiklah, saya akan tunjukkan satu sampel ezine mudah yang saya
sediakan didalam sebuah emel:
Salam sejahtera saudara Abu.
Artikel hari ini lebih menumpukan terhadap teknik pemasaran JV!
Sebelum saya pergi lebih lanjut lagi, elok rasanya saya nak ingatkan Abu
tentang tawaran istimewa pembelian ebook „Rahsia Pemasaran JV‟
masih lagi dibuka untuk tempahan.
Klik sini : http://www.panduanjv.com
-------------------------------------------------------------------------------------
Artikel kali ini merupakan satu perkongsian khusus bagi anda yang
mahu mempraktikkan teknik pemasaran JV serta memahami kenapa
anda perlu JV.
Semoga artikel hari ini memberi banyak manfaat.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 12
------------------------------------------------------------------------------------
Artikel Utama - 3 sebab untuk kenapa perlu JV
------------------------------------------------------------------------------------
Nota : Anda dibenarkan untuk menyalin semula artikel ini
dan meletakkannya di newsletter anda, website mahupun
blog anda dengan syarat anda mengekalkan nama Julius
Salok Kassy sebagai penulis asalnya serta penerbitnya iaitu
panduanjv.com.
Sebenarnya ada banyak aspek yang harus dipandang serius untuk memastikan program pemasaran anda berjalan lancar dan membuahkan hasil. Namun kali ini, saya hanya sentuh 3 aspek utama yang ada kaitan rapat dengan teknik JV, yang harus anda tahu. 3 aspek tersebut ialah: 1. Dikenali – untuk menjual, anda harus dikenali. Bayangkan anda dihampiri seorang penjual jam yang anda tidak kenali, adakah anda terus membelinya? Tentu tidak, kerana anda tidak mengenali penjual tersebut dan kurang mempercayainya. Sama juga situasinya di internet. 2. Reputasi – sememangnya kepercayaan para pelanggan adalah berdasarkan reputasi anda. Reputasi adalah pencapaian dan rekod anda yang baik dalam sesuatu bidang. Tanpa reputasi, memang sukar untuk mendapatkan kepercayaan para pelanggan. 3. List – pernah dengar ungkapan „The Money Is In The List‟? List ialah senarai nama mereka (termasuk alamat emel) yang berminat dengan produk anda. Umum semua tahu bahawa teknik pemasaran emel adalah paling efektif, dan teknik ini memerlukan senarai list yang besar untuk menghasilkan impak! Anda boleh tanya mana – mana otai usahawan internet, betapa pentingnya memiliki senarai list! Sebagai seorang yang masih baru, anda mungkin belum dikenali (lainlah kalau anda seorang artis yang glamour) dan belum lagi mempunyai reputasi yang tinggi. Selain itu, anda juga mungkin belum mempunyai senarai list yang banyak.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 13
Maka, disinilah pentingnya JV. Ini adalah kerana rakan JV anda semestinya seorang yang sudahpun dikenali, memiliki reputasi yang baik sebagai usahawan internet dan semestinya beliau memiliki senarai list yang besar..(takkan nak jemput rakan JV yang sama macam anda juga). Contohnya, baru – baru ini seorang usahawan internet iaitu En. Albert telah menjana RM20,000 dalam tempoh 3 hari melalui produknya „Rahsia Tokey Restoran‟. Kejayaan tersebut sangat dibantu oleh para rakan JV beliau yang bertungkus lumus mempromosikan produk beliau. Salah seorang rakan JV beliau ialah En. Wandi yang merupakan pakar affiliate yang paling berjaya di Malaysia. Dapatkah anda lihat bahawa JV memainkan peranan besar untuk meningkatkan jualan produk anda? Kesimpulannya, jangan abaikan teknik JV dalam kempen pemasaran anda. Ikhlas, Julius Salok Kassy -------------------------------------------------------------------------------------- Julius Salok Kassy telah berkecimpung selama 2 tahun dalam bidang pemasaran informasi diinternet. Beliau telah banyak membantu golongan newbie memulakan perniagaan internet melalui produk – produk informasi beliau. Jika anda ingin mendapatkan informasi terkini dari beliau, sila layari newsletter beliau di www.panduanjv.com/percuma . Hadiah misteri diberikan kepada anda jika anda subscribe hari ini! -------------------------------------------------------------------------------------- Artikel Tamat -------------------------------------------------------------------------------------- Ebook Lengkap Panduan JV : http://www.panduanjv.com Blog Rasmi : http://www.produkplr.com/blog
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 14
Untuk unsubscribe, klik link ini : Link unsubscribe
Perhatikan bahagian ini :
Nota : Anda dibenarkan untuk menyalin semula artikel ini
dan meletakkannya di newsletter anda, website mahupun
blog anda dengan syarat anda mengekalkan nama Julius
Salok Kassy sebagai penulis asalnya serta penerbitnya iaitu
panduanjv.com.
Ini telah membenarkan kesemua para pembaca ezine saya untuk
menggunakan artikel saya untuk diletakkan di blog mahupun laman web
mereka termasuklah ezine mereka, asalkan mereka mengekalkan nama
saya dan link website saya.
Dengan cara ini, para pembaca anda akan mula meletakkan artikel anda
di pelbagai medium untuk kegunaan mereka, tetapi secara tidak
langsung ia akan menarik trafik ke web anda kerana link website tetap
dikekalkan. Dengan cara ini, list anda akan bertambah!
Anda boleh meniru teknik ini ataupun mencuba teknik lain yang anda
rasakan lebih baik.
Apa yang penting, sediakan isi kandungan yang segar dan berkualiti
untuk para list anda.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 15
Bina Hubungan Yang Akrab Dengan Pembaca
Walaupun anda tidak mungkin mengenali list anda secara peribadi dan
sangat akrab, tetapi membina satu perhubungan yang rapat dengan para
list anda merupakan kunci utama untuk meraih keuntungan di masa
hadapan.
Anda perlu membina satu hubungan yang selesa di antara anda dan list
anda. Maknanya, anda sentiasa memberikan sesuatu yang bermakna
untuk list anda, manakala list anda pula sentiasa menantikan informasi
terbaru dari anda.
Bagaimana melakukan semua ini? Caranya ialah jadikan ianya lebih
peribadi…namun bukanlah terlalu peribadi. Yang penting, list anda
selesa.
Sebagai contoh, anda menjual peralatan golf dan memiliki senarai list
yang terdiri daripada pemain dan peminat golf. Di dalam emel anda,
anda bolehlah kongsikan tentang lapangan golf, kisah lucu, kenangan
manis anda bermain golf, informasi terbaru ataupun panduan –
panduan yang berkaitan golf. Cuba kaitkan artikel anda dengan situasi
list anda.
Para list anda juga sebenarnya ingin mencari seseorang yang memiliki
minat serta pengetahuan yang sama dengan mereka. Melalui artikel –
artikel yang sangat berkaitan dengan kehendak serta keperluan mereka,
anda secara tidak langsung dianggap memiliki pengetahuan yang baik
dalam topik yang anda bincangkan khususnya maklumat yang amat
mereka perlukan. Dengan itu, kadar kepercayaan mereka terhadap anda
semakin meningkat.
Sebenarnya terdapat 3 perkara atau teknik mudah untuk membina list
yang responsif melalui ezine anda. Ikuti teknik ini secara berperingkat:
1. Bina perhubungan dengan list anda
2. Berikan mereka artikel yang sangat bermanfaat
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 16
3. Promosikan produk yang berkualiti tinggi, yang anda sendiri
percayai kepada mereka
Kaedah ini memberikan faedah kepada semua, baik anda sendiri
mahupun list anda.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 17
Isi Kandungan Artikel Yang Mantap
Anda semestinya memastikan isi kandungan ezine anda tidak
membosankan. Anda juga sedia maklum bahawa internet digunakan
untuk mencari informasi yang terkini dan terbaik. Jadi, tiada siapa pun
yang melayari internet hanya untuk mencari maklumat yang sudah
lapuk dan maklumat – maklumat „sampah‟.
Jika anda berterusan memberikan maklumat yang membosankan, anda
sebenarnya telah menganiaya serta membuang masa list anda untuk
membaca emel anda. Maknanya juga, mereka hilang kepercayaan
terhadap reputasi anda seterusnya tidak akan membeli dari anda.
Tambahan pula, artikel sebegini tidak mesra enjin pencari. Apa lagi
kalau isi kandungan artikel anda digunakan secara berulang oleh orang
lain (kes ini biasanya melibatkan artikel yang diberikan lesen PLR).
Jika anda menggunakan artikel yang diambil dari produk PLR, saya
amat mencadangkan kepada anda untuk mengubahsuainya secara
keseluruhan baik dari segi tajuk mahupun isi kandungan. Jadikan ianya
sebagai artikel, laporan mahupun ebook yang unik ciptaan anda sendiri.
Jangan gunakannya secara mentah, iaitu tanpa diubahsuai terlebih
dahulu. Ia menyebabkan seolah – olah artikel anda tidak „fresh‟ dan
meniru yang lain.
Sebaliknya, maklumat anda seharusnya benar – benar berkualiti dan
boleh memberikan impak kepada para pembacanya. Barulah anda akan
lebih dikenali sebagai seorang yang memiliki kredibiliti dan reputasi
hebat.
“ Saya bukan seorang penulis yang baik “
Jangan risau, jadilah seorang penulis semula (re – writer) yang baik
pula.
Pilih maklumat yang baik dari artikel PLR, tuliskannya semula, perbaiki
kandungannya dan pakejkannya semula. Dalam hal ini, anda tak
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 18
perlulah memerah otak untuk idea yang baru tetapi memadai
menjadikannya unik sahaja.
Kaedah ini berkesan seandainya artikel PLR yang anda pilih merupakan
artikel yang baik.
Bagaimana pula, jika kandungan artikel tersebut kurang memuaskan?
Nasihat saya ialah, abaikan artikel tersebut!
Ini adalah disebabkan, bukan mudah untuk menukarkan sesuatu artikel
yang kurang baik kepada artikel yang berkualiti tinggi. Ianya akan
memakan masa dan lebih mudah sekiranya anda menulis artikel baru.
Perhatikan isi kandungan artikel anda, dari perspektif pelawat. Jika
anda memerlukan informasi yang spesifik, adakah anda menemuinya
didalam aertikel anda? Adakah anda berpuas hati dengan isi
kandungannya?
Dengan melihat artikel dari pandangan seorang pelawat, anda
sebenarnya dapat mengesan kelemahan artikel anda seterusnya
memperbaikinya sehingga ia benar – benar bermanfaat dan berkualiti
tinggi.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 19
Membina Senarai List
Untuk memastikan kempen pemasaran ezine anda berjalan baik, anda
sememangnya memerlukan senarai list.
Adalah amat penting bagi seseorang usahawan internet memiliki senarai
listnya sendiri. Dalam bahagian ini, saya tidak akan menerangkan secara
terperinci bagaimana untuk mendapatkan list kerana saya pasti anda
tahu melakukannya disamping banyak rujukan diluar sana.
Walau bagaimanapun, saya hanya ingin berkongsikan dengan anda satu
teknik mudah untuk mendapatkan list yang sering saya gunakan:
1. Mencipta satu produk percuma untuk diedarkan, kebiasaannya
saya cipta laporan ringkas berkenaan pasaran yang saya pilih.
Contohnya, pasaran saya ialah golongan yang mahu meningkatkan
lagi kempen pemasaran mereka. Maka saya ciptakan satu laporan
percuma berkenaan teknik pemasaran JV.
2. Sediakan sebuah landing page, lengkap dengan borang opt – in.
Dalam landing page ini, saya tawarkan produk percuma saya dan
jika berminat, pelawat hanya perlu mengisi borang opt in sahaja.
3. Promosikan landing page melalui pelbagai kaedah antaranya
melalui pengiklanan percuma di laman classified percuma ataupun
berbayar melalui PPC atau menyewa ruangan iklan.
Dengan kaedah pengiklanan yang berkesan, laman landing page anda
akan kerap dilawati dan sebahagian dari pelawat tersebut akan mengisi
borang opt in anda kerana berminat dengan produk percuma yang
ditawarkan.
Terdapat satu lagi kaedah, iaitu sebaik sahaja pelawat anda subscribe
mereka akan terus dibawa ke laman dimana anda menawarkan produk
affiliate yang sedang anda promosikan. Kaedah ini sebenarnya boleh
membantu anda untuk menebus semula kos yang anda laburkan untuk
kempen PPC (jika anda gunakan PPC), ataupun secara umumnya
menggunakan iklan berbayar.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 20
Menyediakan ‘Viral List Builder’
Viral list builder bermakna list yang sedia ada atau rakan anda
memperkenalkan landing page anda kepada rakan mereka dan begitu
juga dengan rakan mereka...ianya berterusan, seperti virus yang
merebak! Ianya akan merebak secara automatik tanpa perlu anda
mengawalnya.
Salah satu cara membina viral list ini ialah melalui pemberian ebook
percuma. Ebook percuma ini boleh jadi bonus kepada produk berbayar
anda atau berikan terus melalui emel. Di dalam ebook tersebut, letakkan
link ke borang subscribe anda jika mereka berminat untuk dapatkan
update terbaru dari anda dan menerima hadiah tambahan. Selepas itu,
galakkan para pembaca ebook percuma anda menyebarkannya kepada
rakan – rakan mereka.
Tapi, untuk menjadikannya lebih baik, disini saya terangkan satu lagi
idea. Ciptakan satu ebook atau laporan, kemudian jualkannya dengan
harga yang rendah contohnya RM5, RM7 ataupun RM10. Kemudian,
cari peniaga – peniaga atau pelanggan yang sama niche dengan anda
dan jualkan kepada mereka bersama lesen hak jualan semula (RR)
dengan harga yang rendah juga.
Apabila mereka ingin membuka ebook anda, mereka harus mengisikan
nama dan emel mereka. Anda terangkan kepada mereka, bahawa
mereka perlu berbuat demikian agar mereka dapat menerima update
percuma atau informasi istimewa dari anda – semestinya isitimewa bagi
para pelanggan anda sahaja!
Dengan cara ini, pelanggan anda dibenarkan menjual semula produk
anda. Ramai mereka yang ingin memulakan perniagaan tapi tidak
memiliki produk sendiri, dan dengan tawaran hak jualan semula dari
anda pasti membuatkan mereka tidak akan melepaskan peluang
tambahan pula harga yang anda tawarkan rendah dan tidak
membebankan. Selain itu, sebelum mereka dapat melihat produk anda,
mereka juga perlu mendaftarkan diri dan ini secara langsung
menambahkan bilangan mereka yang menjadi subscriber anda.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 21
Selain itu, idea viral yang lain ialah dengan menganjurkan pertandingan
atau pemberian percuma besar – besaran, biasanya dikenali sebagai „JV
Giveaway‟. Kaedah ini amat sesuai untuk mana – mana pasaran.
Jemput mana – mana usahawan lain agar turut sama menyumbangkan
juga produk – produk percuma. Kemudian, semua yang terlibat akan
sama – sama mempromosikan aktiviti Giveaway ini. Jadi, sesiapa yang
melawati laman Giveaway ini dikehendaki untuk mendaftar terlebih
dahulu sebelum mereka boleh memuat turun produk – produk yang
percuma yang ditawarkan.
Bukan setakat itu sahaja, anda boleh juga mempromosikan landing page
anda di pelbagai medium samada medium online mahupun offline.
Contohnya, di blog, forum, ruangan classified atau bertukar link dengan
usahawan – usahawan internet yang lain. Jangan lupa juga, medium
pengiklanan offline seperti kad nama dan brosur juga boleh membantu.
Anda boleh juga jadikan artikel yang anda tulis untuk ezine anda sebagai
bahan promosi tambahan.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 22
Memastikan Ezine Anda Dibaca! – Kuasa Pada Soalan
Tidak semestinya ezine anda terus dibaca setiap kali anda
mengedarkannya. Ini disebabkan, kadang kala para pembaca tidak
menyemak emel mereka dan mereka pun tidak membuka emel mereka
semata – mata untuk membaca ezine anda juga.
Maknanya, anda masih perlu mempraktikkan teknik pemasaran untuk
memastikan ezine anda dibaca. Anda juga semestinya mahu keseluruhan
emel anda dibaca setiap kali anda menghantarkan isu baru.
Ayat pertama atau baris pertama didalam emel anda boleh mengubah
segalanya!
Sangat penting untuk anda memulakan emel anda dengan kaedah yang
menarik perhatian agar ianya terus dibaca.
Salah satu kaedah mudah yang boleh dipraktikkan untuk menangkap
perhatian dan membiarkan pembaca terus membaca emel anda ialah
dengan bertanyakan soalan.
Dengan bertanyakan soalan, anda sebenarnya telah membawa mereka
masuk ke dalam emel anda atau telahpun melibatkan mereka sekali
dalam perbincangan.
Apabila anda mulakan percakapan pun, biasanya dimulakan dengan
soalan seperti:
“Apa khabar?”
“Betulkah semalam ada jualan murah?”
“Bila kamu nak kahwin?”
Jadi, jika anda mulakan emel dengan soalan...dengan cepatnya ia akan
melibatkan pembaca didalam emel tersebut.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 23
Apakah jenis soalan yang sepatutnya anda gunakan? Tak lain tak bukan,
gunakan soalan “YA”...maksud saya ialah gunakan soalan yang akan
membuatkan pembaca memberikan jawapan “YA”.
Contoh soalan sebegini :
“Mahukah anda menjana RM1 juta dalam tempoh kurang 6
bulan?”
“Mahukah anda mengurangkan berat badan tanpa
mengeluarkan kos?”
“Adakah anda mencari satu sistem buat duit yang efektif?”
Namun, jenis soalan ini bukanlah sesuatu yang wajib anda gunakan
kerana terdapat pelbagai jenis soalan lagi yang boleh digunapakai. Saya
terangkan tentang jenis soalan ini kerana ianya mudah dilakukan dan
terbukti berkesan juga.
Kebanyakan emel promosi saya menggunakan kaedah ini, dipenuhi
dengan soalan – soalan yang berkaitan dan akhirnya, sekiranya mereka
mahukan info lanjut tentang jawapan kepada soalan tersebut, saya
hanya arahkan mereka untuk klik pada link yang saya berikan.
Nampaknya, kaedah ini terbukti berkesan juga.
Jika anda tidak mahu menggunakan soalan sebagai pembuka emel, anda
boleh juga gunakan „teaser‟ sebagai tajuk utama ataupun headline.
Teaser ialah merupakan satu penyataan / ayat yang mendorong orang
ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang anda tawarkan.
Untuk ini, anda boleh ambil faedah utama artikel anda dan jadikannya
seperti soalan.
Contohnya begini; ezine anda merupakan ezine yang bertumpu pada
topik golf dan isu terbaru anda ialah bagaimana untuk meningkatkan
kemahiran pukulan anda.
Jadi, teaser dan soalan anda akan berbunyi begini:
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 24
“Mahukah anda mempelajari teknik mantap membuat
pukulan bola yang lurus seperti Tiger Woods?”
...selepas itu, anda bawalah mereka untuk membaca artikel anda dan
sebagainya...
Kadang kala, saya letakkan soalan ini pada tajuk emel sahaja.
Contohnya:
“<Firstname>, mahukan lebih jualan?”
Jika jawapan mereka ya, semestinya mereka akan membuka dan
membaca emel anda.
Sebab itulah saya katakan bahawa jenis soalan “YA” ini mudah dan
mampu menarik ramai orang untuk membuka dan membaca emel anda.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 25
Gunakan Emel Yang Ringkas
Apabila seseorang menerima terlalu banyak emel, mereka kadang kala
hanya membaca emel secara sepintas lalu sahaja dan menumpukan pada
bahagian yang penting sahaja. Sebab itulah, emel anda harus tepat pada
isi penting yang ingin disampaikan ataupun dalam bahasa Inggeris,
“Straight To The Point”.
Itulah sebabnya, saya mencadangkan artikel anda hanya sekitar 3 – 5
mukasurat sahaja.
Siapa yang mahu dan mempunyai banyak masa untuk membaca 15 – 25
mukasurat artikel?
Tidak ada maknanya juga anda menerangkan panjang lebar tentang
produk anda dan menulis berjela – jela didalam emel anda semata –
mata mahu menjual produk. Ianya membuatkan para pembaca merasa
rimas dan adakalanya tidak dilayan memandangkan mereka tidak
berminat untuk membeli pada masa itu.
Sebaiknya, jangan melakukan penjualan didalam emel tetapi biarkan
surat jualan anda menerangkan semuanya. Jika tidak, emel anda akan
panjang berjela dan tidak dapat memberikan informasi yang diperlukan.
Ianya membosankan para pembaca dan dengan sekali klik sahaja
mereka akan unsubscribe!
Saya mendapati emel promosi yang ringkas dengan teaser pendek
mampu menaikkan kadar trafik, jualan dan juga subscriber.
Dibawah ini, saya tunjukkan satu struktur mudah ataupun format yang
digunakan ketika mempromosikan produk didalam emel saya:
- Teaser / soalan / headline
- Perenggan ringkas menyatakan faedah – faedah
- Link ke website yang saya promosikan
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 26
- Sekali lagi perenggan menyatakan bahawa apa yang saya tawarkan
terhad (cthnya; informasi ini tidak akan berkekalan selamanya)
- Sekali lagi link ke website yang saya promosikan
- Nama saya
- Pesanan akhir (post script atau p.s)
Format diatas adalah ringkas dan rasanya amat mudah untuk
dipraktikkan.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 27
Kesimpulan
Sekarang anda telah mengetahui banyak informasi mengenai bagaimana
untuk memulakan ezine anda dan bagaimana untuk menerbitkan ezine
yang berkualiti tinggi.
Seperti yang saya kata sebelum ini, ezine saya telah menyumbang
banyak faedah kepada saya dengan membantu saya melakukan jualan
demi jualan.
Secara umumnya, saya turut mengetahui bahawa terdapat individu yang
menerbitkan serta mengedarkan satu ezine sahaja seminggu mampu
menjana sehingga 5 angka dalam sebulan.
Jadi, apa yang anda tunggu! Mulakannya sekarang...terbitkan ezine anda
dan jana wang melaluinya.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 28
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya
anda seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat
nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana
menghabiskan membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
RAHSIA EZINE – MEMBONGKAR TEKNIK PEMASARAN MUDAH YANG
MENGUNTUNGKAN
Hakcipta Terpelihara (C) 29
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com