PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN.
TAJUK KAJIAN TINDAKAN
Penggunaan permainan bahasa iaitu kaedah ‘BiMBi’ (biru, merah, biru) membantu
meningkatkan kemahiran membaca bagi kemahiran ejaan suku kata KVK+KVK
dalam Kelas Pemulihan bagi murid tahun 4 di Sekolah kebangsaan Sungai Rawang,
Sepang, Selangor.
NAMA PENYELIDIK
Mohd Faris Bin Samsuri
NAMA SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang,Sungai Pelek,
43500 Sepang, Selangor.
NAMA INSTITUT
IPG – Kampus Pendidikan Islam,
Bandar Baru Bangi,
43657 Selangor.
1
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Ejaan ialah kaedah atau cara menuliskan perkataan dengan huruf (Teuku Iskandar,
1986). Manakala Asmah (1978) menjelaskan bahawa ejaan tidak lain tidak bukan
daripada penyusunan huruf-huruf untuk menimbulkan perkataan. Sementara Arbak
(1986) pula menyatakan bahawa sistem ejaan adalah keseluruhan kaedah yang
mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan tanda-tanda visual bagi
melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa.
Permainan bahasa bukanlah merupakan suatu teknik yang baru dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, lebih-lebih lagi dalam konteks pemulihan
(Abu Basar 1989). Menurut beliau permainan dalam pendidikan merupakan aktiviti
yang dirancang bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran pemulihan
yang selesa dan menggembirakan. Pengajaran dan pembelajaran pemulihan sering
kali berjalan dalam keadaan rigid dan kaku menyebabkan murid berasa tertekan dan
jemu untuk belajar (Abu Basar 1989).
Sewaktu saya menjalani sesi Praktikum Fasa 1 dan 2 yang lepas, saya dapati
ada sebilangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca suku kata
tertutup dengan baik. Saya berasa sungguh sedih dan dukacita kerana masih lagi
terdapat murid tahap dua yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca suku
kata tertutup dengan baik. Kelemahan murid adalah kesukaran dalam
mengenalpasti bentuk suku kata terbuka ataupun suku kata tertutup. Murid
kadangkala keliru untuk membaca perkataan dengan suku kata yang tepat.
2
Melalui proses pemerhatian dan temubual, didapati mereka membaca dengan
teragak-agak dan gagap. Apabila disuruh untuk membetulkannya, murid-murid ini
akan tunduk membisu dan rasa menggelabah serta kurang memberi perhatian
terhadap apa yang disoal. Saya lihat murid-murid ini seolah-olah telah berputus asa
dan hilang semangat untuk belajar. Mereka juga dilihat kurang berminat untuk
membaca dengan baik memandangkan mereka sudah menanamkan persepsi
bahawa membaca perkataan menggunakan suku kata yang betul ini merupakan
suatu perkara yang mustahil untuk mereka kuasai. Hal ini menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran akan terbantut kerana mereka mengganggu murid-
murid yang lain. Adakalanya perbuatan mengganggu yang dilakukan oleh mereka
menyebabkan saya tidak dapat mengawal suasana kelas dan dan terpaksa
menetapkan peraturan kelas yang khusus kepada mereka.
Alangkah sedihnya perasaan saya apabila murid masih tidak dapat
mengecam hentian suku kata yang betul walaupun sudah beberapa kali saya
mengulanginya pada pembelajaran yang lalu. Bagi saya, masalah ini timbul
kemungkinan teknik yang saya gunakan tidak bersesuaian dengan kehendak anak
murid saya. Jika saya hanya menerangkan secara sepintas lalu, murid menjadi
mudah lupa serta bosan berdasarkan tingkah laku menghampakan yang mula
dipamerkan.
Maka ,saya telah cuba mencari satu cara yang dapat membantu murid saya
untuk membantu kemahiran bagi bacaan suku kata tertutup. Setelah berjaya
membezakan huruf tersebut, proses mengingat akan dapat dicapai. Penggunaan
teknik hafalan semata-mata akan mudah membuatkan murid mengantuk dan hilang
3
tumpuan. Penggunaan buku teks akan memudahkan mereka berasa jemu. Bagi
murid yang lemah, ini agak menyukarkan mereka untuk membezakan huruf kerana
kurang menguasai perbendaharaan kata. Saya telah membuat pemerhatian
terhadap gaya pembelajaran mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hasil kajian perpustakaan saya mendapati murid akan mudah tertarik
dengan pengajaran yang selitkan dengan permainan dan visual yang menarik. Buku-
buku pedagogi juga telah diterokai bagi memastikan kaedah pengajaran yang
berkesan dan bersesuaian dengan apa yang saya inginkan semasa menyampaikan
ilmu tersebut. Aktiviti permainan bahasa tidak banyak digunakan sebagai teknik
pengajaran bagi sesuatu pengajaran yang baru tetapi lebih berfungsi sebagai teknik
mengulangkaji serta aktiviti pemulihan (Abu Basar 1989). Ia juga dijadikan bahan
ransangan untuk memulakan pengajaran bagi menarik minat pelajar.
Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru saya tidak boleh cepat mengalah
dengan situasi seperti ini sebaliknya cuba untuk menimbulkan semangat belajar
dikalangan murid tersebut. Ini bersesuaian daripada kata- kata Horace Mann “Guru
yang cuba mengajar murid-muridnya tanpa menimbulkan dan menyemarakkan
keinginan serta semangat belajar pada mereka sama dengan orang yang menempa
besi dingin”.
2.0 FOKUS KAJIAN
4
Walaupun tahap penguasaan membaca murid ini berada di tahap yang amat lemah,
namun saya akan terlebih dahulu mendedahkan murid kepada kaedah permainan
bahasa bagi tahap yang rendah iaitu untuk suku kata tertutup bagi perkataan KVK.
Murid saya menghadapi masalah untuk membezakan antara suku kata terbuka dan
suku kata tertutup. Mereka akan keliru dan tidak dapat membacakan perkataan yang
berkenaan dengan betul. Ia menimbulkan kesulitan kepada mereka kerana mereka
banyak melakukan kesilapan dalam bacaan ayat pendek. Dalam aspek yang lain,
kegagalan menggunakan kaedah bacaan suku kata yang betul boleh mengundang
kepada kekeliruan yang amat membimbangkan kepada murid.
Antara kesilapan yang dilakukan oleh mereka ialah:-
(i) Kesilapan mengeja sampah, iaitu murid akan mengeja suku kata ‘sam’
dengan ejaan ‘sa+m+pa+h’.
(ii) Kesilapan membaca suku kata dengan betul, contohnya mengeja
‘sampah’. Murid akan mengeja ‘sa’ tetapi membunyikannya sebagai ‘sam’.
Dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri, saya yakin murid-murid ini
akan dapat membezakan dan membaca suku kata tertutup dan terbuka dengan
betul dan lebih yakin. Seterusnya dapat membantu mereka membina keyakinan diri
dalam membaca ayat panjang. Selain itu, ia juga akan dapat membantu murid-murid
ini lulus dengan baik dalam subjek Bahasa Melayu. Apa yang pasti, kesannya bukan
setakat dalam bidang akademik, tetapi amalan yang berterusan dalam membaca
akan membantu murid untuk bersaing serta menjalani kehidupan harian dengan
lebih baik dan lancar.
5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan murid-murid dapat:-
(i) Objektif Umum
Kaedah BiMBi dapat meningkatkan kemahiran membaca dua suku
kata tertutup KVK+KVK dalam kalangan murid pemulihan khas
melalui teori kecedasan kinestatik.
(ii) Objektif Khusus
Membantu murid mengenal suku kata kvk+kvk melalui kaedah
BiMBi.
Meningkatkan amalan pengajaran guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran untuk kemahiran membaca suku kata kvk+kvk.
(iii) Soalan Kajian
1) Bagaimanakah kaedah permainan bahasa dapat memudahkan murid
mengenal suku kata terbuka dan tertutup?
2) Bagaimanakah kaedah permainan bahasa dapat membantu mengubah
amalan guru?
4.0 KUMPULAN SASARAN
6
Kajian ini melibatkan 2 orang murid tahun 4 Setia, Sekolah Kebangsaan
Sungai Rawang, 43500 Sepang, Selangor. Ia terdiri daripada seorang murid
lelaki dan seorang murid perempuan.
5.0 TINJAUAN LITERATUR
Rixon’s (1982) yang menjalankan kajian bekenaan penggunaan
permainan bahasa ke atas pelajar tahun pertama perubatan di Universiti
Middle Eastern. Rixon telah menggunakan permainan berbentuk komunikasi
iaitu permainan menggunkan teka teki dan tugasan yang perlu diselesaikan
dalam kumpulan atau secara berpasangan. Keputusan kajian menunjukkan
permainan merupakan cara baik untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Elliot Carlson (1980) menyatakan ramai pengkaji mendakwa pelajar
lembab merupakan orang yang mendapat paling banyak faedah dari
permainan. Kajian yang dilakukan ke atas topic ini walaupun tidak
mengesahkan pelajar belajar lebih banyak kenyataan atau prinsip dengan
melibatkan diri dalam permainan di dalam kelas, namun bersetuju bahawa
permainan berupaya membuat pelajar lebih bermotivasi dan berminat untuk
belajar. Ini menerangkan bahawa matlamat utama untuk permainan dalam
pengajaran iaalah untuk menambahkan keseronokan belajar. Walau
bagaimanapun, apabila pelajar belajar dalam keadaan gembira, dengan
penuh minat dan motivasi persembahan mereka dalam pelajaran juga akan
meningkat.
7
Menerusi kajian literatur yang dilakukan oleh Funk (2002), aplikasi
permainan dapat meningkatkan minat murid, mempercepat pemprosesan
informasi dan menyelesaikan masalah, sekaligus meningkatkan kepekaan
sosial dan kemampuan akademik. Dengan aplikasi permainan, murid diajak
untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran tertentu dengan cara
menyelesaikan latihan mahupun simulasi yang tertuang dalam aplikasi
tersebut.
Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Antaranya ialah membangun insan yang
merujuk kepasa ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi
ilmu pengetahuan pula melalui membaca. Logiknya individu tidak akan dapat
membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983)
yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran
asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang
membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu
diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta
memberi kesan mendalam terhadap tahap ingatan murid-murid supaya
masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak.
8
6.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
6.1 Perancangan Tindakan
Hasil penyelidikan dan penilaian saya mengenai masalah yang difokuskan ini,
saya akan mengaplikasikan kaedah BiMBi bagi membantu murid menguasai
kemahiran membaca secara mengeja bagi kemahiran suku kata kvk+kvk.
Antara langkahnya ialah :
a) Saya akan memastikan murid dapat membezakan dan mengingat serta
mengecam antara huruf vokal dan huruf konsonan.
b) Saya akan memastikan murid memahami konsep perlambangan abjad
dengan kod warna yang telah ditetapkan.
c) Saya akan membuat analisis secara berterusan berkenaan isi pelajaran
dan hasil pelajaran yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
d) Saya akan memastikan murid membaca terus setiap perkataan suku kata
kvk+kvk yang berkenaan dengan betul.
e) Saya akan memberi arahan kepada murid untuk mewakilkan huruf pada
perkataan tersebut dengan menggunakan kaedah BiMBi.
f) Murid akan berjumpa guru seorang demi seorang untuk membaca dengan
menggunakan kaedah BiMBi yang telah diterapkan guru terhadap murid.
g) Untuk menilai kefahaman dan ingatan murid, saya akan menguji kembali
mereka secara individu dengan memberikan suku kata kvk+kvk yang
jarang diucapkan oleh mereka.
9
6.2 Prosedur Cara Pengumpulan Data.
Tindakan yang dirancang dijalankan dalam jangka masa 8 minggu dan
memerlukan sebanyak 24 kali pengajaran (1440 minit). Satu sesi pengajaran
mengambil masa 60 minit (2 waktu pengajaran). Saya menggunakan
beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat bagi kajian ini. Antaranya
ialah :
1- Temubual.
- Bersama murid.
Kaedah ini digunakan untuk saya mengetahui perbezaan perasaan
murid apabila saya mengajar tanpa menggunakan apa-apa kaedah
dengan saya mengajar menggunakan kaedah ‘BiMBi’. Selain itu, saya
juga mencatatkan maklumat mengenai tentang perasaan murid
terhadap teknik pengajaran yang cuba disampaikan oleh saya. Melalui
aktiviti temubual atau beramah mesra ini saya akan dapat
mengenalpasti sejauh mana kaedah saya ini dapat meningkatkan
pemahaman murid berkenaan kemahiran ejaan suku kata kata kvk+kvk
serta seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.
- Bersama guru.
Kaedah ini saya gunakan terhadap guru yang berkenaan bagi
mengenalpasti tingkah laku murid serta tahap minat murid di dalam
kelas. Antara persoalan saya terhadap guru berkenaan adalah
berkenaan penerimaan murid terhadap kaedah pengajaran chalk and
talk dan juga kaedah pengajaran permainan bahasa atau bermain
sambil belajar.
10
2- Amalan Refleksi kendiri
- Refleksi murid
Guru akan meminta murid sasaran iaitu seramai dua orang tersebut
membuat refleksi kendiri setiap kali selesai menjalankan pengajaran
dan pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pemulihan Khas. Pernyatan refleksi ini saya tidak laksanakan secara
catatan tetapi secara lisan melalui rakaman audio. Ini kerana, umum
mengetahui murid pemulihan mengalami masalah untuk membaca
menulis dan mengira. Namun mereka dapat berkomunikasi seperti
murid biasa.
- Refleksi guru
Guru akan menulis refleksi kendiri pada setiap kali selesai sesi
pengajaran serta membuat catatan berkenaan kelakuan dan sahsiah
murid sepanjang sesi pengajaran berlansung.
3- Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan untuk melihat kemampuan murid untuk mengenal
pasti cara bacaan yang tepat bagi kemahiran suku kata kvk+kvk. Di
samping itu,saya dapat memerhati tingkah laku murid sebelum, semasa
dan selepas kaedah BiMBi dijalankan. Kaedah ini juga dapat menilai tahap
pencapaian kemahiran mengingat murid tentang isi pelajaran yang
disampaikan.
11
6.3 Perancangan Cara Menganalasis Data
6.3.1 Analisis temubual
Pengkaji akan menganalisis temuramah yang dikendalikan bersama
murid-murid yang terlibat. Hasil temubual akan direkod secara audio
dan bertulis oleh pengkaji. Analisis temubual ini banyak berkisar
tentang respon daripada murid-murid tentang kepelbagaian kaedah
pengajaran yang telah digunakan oleh pengkaji dalam menyelesaikan
isu yang difokuskan. Ia termasuklah keberkesanan pengajaran, minat
dan tarikan cara guru mengajar dan apakah perubahan yang dapat
dirasai oleh murid selepas kaedah pengajaran baru dilaksanakan oleh
pengkaji.
6.3.2 Analisis Refleksi Kendiri
Pengkaji akan menganalisis refleksi kendiri yang dikutip dari murid-
murid yang terlibat. Hasil amalan refleksi murid akan disimpan dan
direkodkan . Analisis amalan refleksi ini banyak berkisar tentang
respon atau perasaan murid sama ada sebelum, semasa atau selepas
sesi pengenalan kaedah BiMBi diajarkan kepada murid.
6.3.3 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, ia akan mengukuhkan lagi
jawapan hasil kajian pengkaji. Pemerhatian dilakukan 4 kali selama 2
minggu. Fokus utama pemerhatian pengkaji adalah semasa proses
membaca perkataan kvk+kvk dijalankan. Item-item aspek pemerhatian
yang telah dirancang akan membantu pengkaji mengesan
12
keberkesanan kajian ini ( kaedah BiMBi) kepada murid-murid. Malah,
saya juga akan menilai sejauhmana penglibatan sampel dalam
memberi tumpuan semasa proses pengajaran dilaksanakan. Tingkah
laku yang dipamerkan oleh murid akan memberi gambaran kepada
pengkaji sejauhmana mereka seronok belajar dengan kaedah
pengajaran tersebut.
6.4 Jadual Pelaksanaan Tindakan
6.4.1 Jadual pelaksanaan kajian
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
1 Mengenal pasti masalah 30 Jan -3 Feb.
2012
Proses P&P Pemulihan Khas
BahasaMelayu.
2 Pengumpulan data awal 6-10 Feb. 2012 Menilai murid secara individu untuk
mengetahui tahap penguasaan
murid terhadap kemahiran
membaca secaraan ejaan.
3 Menulis proposal kajian 13-17 Februari
2012
-
4 Merancang Tindakan 20-24 Februari
2012
Mengkaji kaedah pengajaran yang
dapat membantu murid memahami
kemahiran membaca suku kata
KVK+KVK dengan mudah dan
tepat.
5 Melaksanakan tindakan Sem 8 Internship
6 Membincang masalah yang Sem 8 Internship
13
timbul dalam tindakan
7 Refleksi kajian Sem 8 Internship
8 Menulis laporan kajian Sem 8 Internship
9 Pembentangan dapatan
kajian
Sem 8 Internship
6.4.2 Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI JUMLAH
1 Portable whiteboard 2 x RM 12 RM 22.00
2 Marker Pen (biru dan merah) 2 x RM 3 RM 6.00
3 Buku Catatan Guru 1 x RM 2 RM 2.00
JUMLAH RM 30.00
7.0 SENARAI RUJUKAN
14
Abu Bakar bin Mohd Shah 1989. Pemulihan Bahasa Malaysia. Jurnal
PERKUPP. Jilid v: 15-18.
Arbak Othman.1986. Permulaan Ilmu Linguistik Satu Pengenalan
Konsep dan Bidang Kajian Teoritis. Subang Jaya :Penerbitan Sarjana.
Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan
Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Lear, R..1995. More Play Helps: Play Ideas For Children With Special
Needs. Scotland:Thomson Litho
Suzanariah Ibrahim.1993. Language Games To Improve
Comprehension Skills In Reading. Fakulti Pendidikan.UKM Bangi, Selangor.
Teuku Iskandar. 1984.Kamus Dewan. Kuala lumpur.: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
15
8.0 LAMPIRAN
16
PENUTUP
Penghasilan proposal kajian tindakan merupakan satu perkara asas yang
boleh dlakukan oleh setiap penyelidik (guru) dalam menjalankan kajiannya. Ia
ternyata memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada penyelidik (guru)
khususnya dalam menguruskan masa, kecekapan pelaksanaan dan respons serta
tindakan susulan dalam kajiannya. Oleh hal yang demikian, seseorang penyelidik
(guru) itu perlulah menghasilkan proposal yang berkesan dengan dibantu oleh
penyelia yang berpengalaman dalam bidang berkenaan supaya kajian tersebut
mempunyai kesahan dan kawalan mutu yang tinggi.
Selain itu, proposal kajian tindakan juga mesti disempurnakan sejurus
sebelum kajian dijalankan supaya seseorang guru itu tahu apakah tindakan yang
seterusnya perlu dibuat dan dirancang supaya kajiannya itu menghasilkan kesan
yang dikehendaki. Penghasilan proposal yang bagus juga berkait rapat dengan
amalan profesionalisme keguruan dan gaya hidup penyelidik yang suka mengkaji
melalui konsep inkuiri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang penyelidik (guru)
mempunyai sifat kendiri dan ingin tahu tentang sesuatu perkara atau masalah
seterusnya cuba menyelesaikan masalah tersebut.
REFLEKSI KENDIRI
17
Sepanjang saya mengikuti Kursus PIM 3113 Penyelidikan Tindakan 1 –
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Kaedah) ini, saya dapat benyak input yang
berguna memandangkan ini merupakan kali pertama saya mengenali apa itu kajian
tindakan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Antaranya, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang konsep kajian
tindakan. Umumnya mengetahui sebelum bergraduat, seseorang mahasiswa
mestilah menyempurnakan satu kajian dalam bidang masing-masing. Bagi saya,
saya dapat membezakan antara penyelidikan konvensional dan kajian tindakan.
Kedua-dua kajian ini amat berbeza dan mempunyai method penyelidikan yang
berlainan. Seterusnya, saya dapat maklumat yang banyak melalui pensyarah
pembimbing yang berpengalaman dalam bidang kajian tindakan di institut
perguruan. Sepanjang semester ini, saya telah mendapat pendedahan yang jelas
tentang pelaksanaan kajian tindakan ini melalui Ust Faridon bin Baharin, Ustz
Shamsina binti Shamsuddin serta Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin. Mereka telah
membantu saya dalam menggarap idea yang berkesan sepanjang kursus ini
dijalankan.
Namun, saya mengalami sedikit kesulitan seperti saya tidak diberikan rubrik
tentang pelaksaaan kajian tindakan serta pelaksanaan proposal. Ia melibatkan
perancangan waktu, garis penduan pelaksanaan proposal serta tarikh serahan
proposal. Saya akui di pihak saya, banyak juga timbul kesulitan dalam membuat
kolaborasi bersama pensyarah pembimbing kerana kesuntukan masa akibat
menjalani Praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. Masalah yang lebih rumit timbul pada saat kami kembali ke
institut dan kami diminta untuk menghantar proposal secepat mungkin untuk proses
18
memasukkan markah bagi semester tujuh. Penulisan proposal juga ditulis dalam
pelbagai versi memandangkan tidak ada panduan khusus tentang hak tersebut.
Pandangan pensyarah yang pelbagai juga adakalanya menimbulkan keraguan di
kalangan pelajar-pelajar dalam membuat keputusan khasnya yang melibatkan
method penyelidikan.
Apapun kekangan yang berlaku, saya tetap menganggap ianya sebagai suatu
cabaran. Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi semua cabaran berkenaan. Akhir
sekali, harapan saya agar proposal ini mendapat rangsangan idea dan bimbingan
yang berterusan daripada pensyarah penyelia saya. Semoga hasil kerja saya ini
sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sesuatu kebaikan kepada diri saya, rakan-
rakan, profesion, agama, bangsa dan negara, Insya Allah.
19
Top Related