UNIVERSITI SAINSMALAYSIASCHOOL OF SOCIAL SCIENCES
MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION
SPA508 : PENGANALISAAN DAN PEMBENTUKAN POLISI AWAM
PROF. AHMAD ATORY HUSSAIN
By :MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09)
TAJUK :
PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI INDAH KG. WAKAF LANAS,
PASIR PUTEH KELANTAN
1
AHLI JAWANTAN KUASA PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI INDAH
KG. WAKAF LANAS PASIR PUTEH KELANTAN
Pengerusi : Ketua Jajahan Pasir Puteh
Setiausaha : Pen. Ketua Jajahan (Pembangunan 1)
Ahli : YB. Parlimen Pasir Puteh
YB. ADUN Limbongan
YABrs. Pengarah Jab.Perancang Bandar dan Desa Kelantan
YBrs.Penolong Kanan Ketua Jajahan Pasir Puteh
YBrs.Jurutera JKR Jajahan Pasir Puteh
YBrs.Penggawa Daerah Pasir Puteh
YBrs.Pegawai Pembangunan Negeri Kelantan
YBrs.Ketua Pegawai Pembangunan MAIK
Penyelia Pembagunan Mukim Padang Pak Amat
Penghulu kampung Wakaf Lanas
Rukuntetangga kampung Wakaf Lanas
Kontraktor yang terlibat :
Izziqah Jaya Ent.
PT 373,Kg. Seri Kulim,
16400,Kota Bharu.
2
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROJEK
Dewan Seri Indah kampung ini telah menjadi dewan serbaguna kepada semua
penduduk kampung. Dewan ini telah dibina sekitar tahun 1997 . Kapasiti dewan ini pada
satu masa adalah untuk 500 orang sahaja. Dewan ini digunakan oleh penduduk kampung
untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat ,perhimpunan, keramaian ,majlis
perayaan dan majlis perkahwinan.
Pada waktu tertentu dewan ini juga digunakan oleh golongan muda untuk
bermain sepak takraw dan badminton dan aktiviti lain pada waktu petang. Boleh
dikatakan juga setiap aktiviti atau apa sahaja majlis dijalankan disini oleh penduduk
kampung dan sekitarnya.
Namun begitu semakin hari dewan ini semakin daif dan mungkin tidak selamat
digunakan kerana telah lama dibina dan tidak diselenggara. Hal ini telah menimbulkan
masalah kepada banyak pihak yang menggunakan dewan tersebut. Keadaan dewan yang
semakin teruk dan sempit serta kemudahan yang kurang tidak dapat lagi menampung
keperluan penduduk kawasan ini.
OBJEKTIF PROJEK
Setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam kampung ini memerlukan kemudahan
dewan yang besar dan kelengkapan yang mencukupi.
Dewan yang besar dapat menampung pertambahan jumlah penduduk kampung
dan sekitarnya dari masa ke semasa.
3
Keperluan yang begitu mendadak memerlukan satu dewan yang besar diwujudkan
untuk aktiviti-aktiviti penduduk.
Disamping itu juga ia boleh menjadi ruang yang sesuai untuk permainan
badminton dan sepak takraw golongan belia kampung ini.
Mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan terkini untuk keselesaan
penduduk.
RASIONAL
Ketiadaan dewan lain di dalam kampung ini dan juga kampung berdekatan serta
kemudahan dewan yang lain amat jauh di kawasan Bandar.
Memiliki beberapa tapak yang amat sesuai untuk dibangunkan sebuah dewan
yang besar.
Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan dewan serbaguna yang
sesuai, baik dan selesa.
Pertambahan jumlah penduduk kampung dan sekitarnya dari masa ke semasa.
Setiap program dan aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih
teratur.
Kedudukan dewan berdekatan iaitu Dewan Besar Majlis Daerah Pasir Puteh ialah
3 kilometer daripada kampung ini dan dipisahkan dengan jalan besar.
Faktor-faktor keselamatan diambil kira serta kesukaran dan kebimbangan
terhadap kanak-kanak dan golongan tua serta yang tiada kenderaan ke sana untuk
menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.
Dewan yang lama terlalu daif kerana usianya yang terlalu lama dan jarang
digunakan atas faktor keselamatan penduduk.
4
Kemudahan asas yang baru di perlukan untuk mengantikan kemudahan yang
lama. Ini kerana kemudahan yang lama telah rosak dan tidak dapat digunakan
lagi.
KOMPONEN PROJEK
Beberapa komponen asas diperlukan untuk merealisasikan objektif di atas.
Komponen tersebut seperti dalam senarai yang dilampirkan adalah dianggarkan dapat
menampung jumlah penduduk dan kemudahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang
dijalankan.
(a) Keperluan sebuah ruang dewan yang besar yang merangkumi bilik mesyuarat dan
pejabat pengurusan.
(b) Keperluan satu gelanggang badminton dan sepak takraw di dalam ruang dewan
tersebut serta kemudahan yang berkaitan.
(c) Keperluan sebuah stor simpanan untuk penyimpanan peralatan permainan dan
aktiviti tertentu yang dijalankan sepaya ia lebih selamat.
(d) Keperluan fasiliti tambahan seperti sistem audio yang lengkap, sistem hawa
dingin, perabut serta kemudahan lain yang berkaitan mengikut perkembangan
semasa.
5
FASA PEMBINAAN
Terdapat empat fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Dewan Sri
Indah :
FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa
seperti:
Pengurusan gazet tanah dan tapak dewan dari Majlis Daerah Pasir Puteh dan
kelulusan.
Pengurusan permohonan kebenaran membina dewan
dan kelulusan
Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Dewan Sri Indah
Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan
FASA 2
Pengurusan Peruntukan bajet yang di berikan oleh Kerajaan Persekutuan
Pengurusan memohon derma dari penduduk Kg.Wakaf Lanas
Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat
Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan
Pengurusan Resit dan senarai derma
Pengurusan rekod dan pengauditan
6
FASA 3
Pembinaan Dewan Sri Indah
Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat
FASA 4
Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Dewan Sri Indah
Pengurusan perasmian Dewan Sri indah
CADANGAN MENAIKTARAF DAN SPESIFIKASI
DEWAN SRI INDAH
BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN1 Kapasiti 1000 orang penduduk
2 Jenis bangunan Bangunan satu tingkat
3 Keluasan bangunan 5000 kaki persegi
4 Keluasan dewan 3600 kaki persegi
5 Struktur Konkrit tetulang
6 Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )
7 Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )
8 Bumbung Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )
9 Siling 2 X 4 asbestos
10 Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih
11 Pintu Pintu gelungsur aluminium
12 Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih
7
13 Kemasan lantai a.dewan -lepaan simenb. teres koridor - lepaan simenc. bilik 1- lepaan simend. bilik 2- lepaan simene. bilik 3- lepaan simen f. stor barangan lepaan simeng. teres keliling - lepaan simen
14 Bilik air/Wudhu a. tangki simpanan airb. tandas lelaki – 2 unitc. tandas perempuan – 2 unit
15 Pendawaian letrik Single phase – 60 Amphere ( punca utama )a. punca lampu – double fluorescent with reflectorb. punca kipas – kipas siling dan dindingc. punca kuasa 13A – domestikd. punca kuasa 15A – penyaman udara
16 Lain-lainkelengkapan
a. longkang i. 6 inci dalam ii.8 inci lebar iii.bentuk Ub. salur air i. UPVC gutterc. pagar i. keliling kawasan pelan tapakd. pintu pagar i. pintu utama ii.2 pintu kecile. memindah dan membina semula gelanggang sepak takrawf. memindah dan memasang semula peralatan permainan taman kanak-kanakg. menurap semua kawasan halaman dewan dengan batu tar
8
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos keseluruhan menaiktaraf Dewan Sri Indah ialah :
Bangunan = RM 100,000.00
Infrastruktur = RM 50,000.00
Perabut = RM 50,000.00
Perunding = RM 50,000.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 250,000.00
Analisis kos untung (Benefit Cost Analysis )
Kos Pembinaan pembinaan Dewan Sri Indah terdahulu : RM 50,000.00
Jangka masa : 12 Tahun
Kos keseluruhan menaiktaraf Dewan Sri Indah ialah : RM 250,000.00
Kadar potongan : 6 %
( P1 ialah kos pertama@ terdahulu ) dan P2 ialah PV bagi kos menaiktaraf )
PT= P1 + P2
(Nilai perbelanjaan menaiktaraf selepas 12 tahun)
P1 RM 50,000.00 R = RM 250,000.00 jangka masa 12 tahun.
P1 = RM 50,000.00
P2 = RM 250,000.00 ( 8.384 )
= RM 250,000.00 ( 8.384 ) = RM 2,096000.00 + RM 50,000.00 PT = RM 2,146000.00
9
( Andai kata 12 tahun tanpa perbelanjaan tahunan dan nilai kerosakan )
RM 50,000.00 x 12x 6 = RM 3,600000.00
DANA DAN SPONSOR KEWANGAN PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI
INDAH
Peruntukan bajet yang di berikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Derma dari penduduk Kg.Wakaf Lanas.
Sumbangan ikhlas YB. Parlimen Pasir Puteh dan YB. ADUN Limbongan .
Sponsor dari pihak Syarikat Maxis Sdn Bhd.
Sumbangan alatan sukan dari pihak Syarikat Al- Ehsan Sdn Bhd.
KESIMPULAN DAN OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA
PROJEK
Pengwujudan ruang dan kemudahan yang amat sesuai di dewan ini akan memberi
faedah yang amat besar kepada penduduk dan sekitarnya kerana setiap aktiviti yang
dijalankan akan berjalan lancar dengan adanya kemudahan yang disediakan.
Dengan pembangunan dewan ini, perancangan aktiviti dan program yang
dijalankan dalam kampung ini dapat dijalankan dengan teratur dan menarik minat
golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. Di
samping itu, setiap aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara penduduk kampung. Selain itu juga diharapkan dengan kewujudan
dewan ini, berkurangnya aktiviti yang tidak sihat dikalangan belia seperti melepak,
merempit dan banyak lagi.
10
Rujukan
Ahmad Atory Hussain, Politik dan Dasar Awam Malaysia, Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2002.
Ahmad Atory Hussain, Analisis Dasar Awam, Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2000.
Ahmad Atory Hussain, Dasar Awam Di Malaysia, Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2000.
11
Top Related