Download - Program Taska

Transcript

Program Taska 1Definisi TASKAMenurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau dikenali sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar Bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga

Taman Asuhan Kanak-kanak bagi kanak-kanak dibawah 4 tahun.Mesti mendapat kelulusan pendaftaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Dikelolakan oleh pihak swasta atau kerajaan.Mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (AKTA 308) dan Akta Pendidikan (AKTA 550).Pengasuh wajib mengikuti kursus asas perkembangan kanak-kanakPerkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-kanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunapakai kurikulum bersepadu dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara pengajaran, TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan belajar melalui bermain (learning through play) bagi merangsang perkembangan personaliti dan minda kanak-kanak.

TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi. TASKA juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah membina generasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualitiObjektifMenyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil

Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

PentadbiranPengasuh TASKABertanggungjawab dalam pengasuhan, menjaga keperluan asas, kebersihan, perhubungan yang sihat, menyediakan persekitaran dan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping dengan ibu bapa.Jawatankuasa TASKAPemilihan dari kalangan ibu bapa, pemimpin dan masyarakat setempat. Jawatankuasa bertanggungjawab dalam pengurusan atau pentadbiran TASKA, Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Penglibatan MasyarakatPengasuhanTempoh Masa PengasuhanTempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu.Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.

KurikulumKomponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu seperti berikut:Bahasa dan KomunikasiPendidikan Kerohanian dan MoralPerkembangan KognitifPerkembangan SosioemosiPerkembagan FizikalKreativiti dan Estetika

YuranYuran BulananYuran bulanan TASKA ditetapkan oleh Jawatankuasa TASKA mengikut kemampuan ibu bapa dan masyarakat setempat.Yuran bulanan minimum RM 30.00 dan maksimum RM 180.00 untuk perkhidmatan seharian dari jam 7.30 pagi5.00 petang dan 6 hari seminggu.Yuran bulanan minimum RM 10.00 untuk perkhidmatan separuh hari dari jam 7.30 pagi1.00 tengahari dan 5 hari seminggu.