EDISI 12: 1 - 31 JULAI 2016
‘PROGRAM KOMUNITI SOSIAL’ ANJURAN JPA
Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia
ms2
Abjad Ceria JPA Program Get Fit with Kevin Zahri
Program Komuniti Sosial Bersama YBhg. Tan Sri KPPA.
ms3
ms5 ms6
2
Majlis Perhimpunan Bulanan Anjuran INTAN
Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia
PUTRAJAYA, 19 JULAI 2016 - Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) bertemakan Institusi Murabbi Citra Negara Bangsa telah diadakan pada 19 Julai 2016 di Auditorium
JPA, Putrajaya. Ia telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal KPPA, YBhg. Dato’ Jalil Marzuki TKPPA (P) dan YBhg Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah
Intan.
PUTRAJAYA, 15 JULAI 2016
“Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined.”
Henry David Thoreau
3
Program Komuniti Sosial Bersama YBhg. Tan Sri KPPA
JOHOR, 22 JULAI 2016 - ‘Program Komuniti Sosial’
anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui inisiatif JPA4U dengan kerjasama Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU) Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bank Muamalat, Pejabat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Pejabat
Daerah Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd.
merupakan program ziarah dan turun padang bagi
membantu mengurangkan keperitan hidup penjawat awam dan pesara yang mengalami masalah kesihatan.
Program ini adalah antara usaha murni serta
keprihatinan JPA dan agensi-agensi Kerajaan yang lain
bagi menghargai jasa mereka yang pernah berkhidmat dan menabur bakti kepada negara. Program Komuniti
Sosial ini adalah medium bagi menjalinkan hubungan yang lebih dekat antara JPA dengan masyarakat.
Antara pesara yang diziarahi oleh Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal adalah Zaiton Omar, 49 tahun seorang
guru yang masih dalam perkhidmatan dan mengalami barah otak yang kritikal.
Hashim Abu Hassan, 78 tahun, ialah seorang pesara
yang mengidap strok dan lebih malang lagi, isteri beliau
juga turut mengidap strok. Beliau kini dijaga oleh anak lelakinya yang mempunyai seorang anak OKU. Beliau
pernah berkhidmat selama 25 tahun dan jabatan
terakhir beliau adalah di Jabatan Kesihatan Malaysia.
Dua pesara lain yang turut diziarahi adalah Mahadi Sukar, 65 tahun, yang pernah berkhidmat di Jabatan
Kerja Raya dan Md. Munasir Hasnadi, 72 tahun yang pernah berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor yang mana kedua-duanya mengalami
penyakit kencing manis.
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal juga turut mengingatkan penjawat awam agar mengamalkan gaya
hidup yang sihat dengan melakukan senaman dan mengambil makanan yang seimbang bagi mengelakkan
penyakit-penyakit kritikal sehingga hilang upaya
ataupun membawa kepada kehilangan nyawa.
Tambah beliau lagi, walaupun teknologi perubatan kini semakin maju, namun kos rawatan juga amat tinggi
dan boleh menjadi bebanan kepada penjawat awam
yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Walau bagaimanapun, bagi beliau, program ini
merupakan testimoni keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap penjawat awam. Kerajaan
sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat apa sahaja isu yang disuarakan oleh pesara khususnya
be rka i tan kese jah teraan h idup mereka .
Turut hadir dalam program ini adalah Datuk Seri Ahmad
Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Aziz Bin Mohd
Akil, Pengarah ICU Negeri Johor dan Tuan Haji Amran
bin A. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).
“The best way out of a difficulty is through it”
Will Rogers
4
Perasmian Pusat Dialisis UTM oleh Tan Sri KPPA
Syarahan Perdana Transformasi Perkhidmatan Awam
23 JULAI 2016 - Bersempena Siri Syarahan Perdana
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang pada kali ini menjelajah selatan tanah air iaitu Universiti Teknologi
Malaysia. Sejajar dengan itu, UTM perlulah mencabar dirinya untuk sentiasa menerokai penyelidikan dan
penemuan baharu yang bukan sahaja sekadar
memenuhi repositori ilmu universiti, bahkan membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat selaras
dengan moto keramatnya iaitu “Kerana Tuhan untuk
Manusia.” Dalam ucapan YBhg. Tan Sri KPPA, beliau
menekankan tanpa usaha dan komitmen padu seluruh warga UTM, UTM tidak dapat berada di tahap yang
membanggakan, sepertimana yang ada pada hari ini. YBhg. Tan Sri KPPA turut mengajak warga UTM, agar
terus mengekalkan momentum kejayaan ini, dan
mengukir kegemilangan, sebagai salah sebuah universiti penyelidikan tersohor bertaraf dunia.
23 JULAI 2016 - Kebitaraan UTM dinobatkan sebagai
salah sebuah Universiti Penyelidikan atau Research University (RU) telah memberi peluang untuk
memposisikan dirinya dalam satu trajektori yang tepat sebagai peneraju kecemerlangan penyelidikan dan
pembangunan dalam bidang kejuruteraan teknologi.
Institusi Pengajian Tinggi mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat signifikan dalam melaksanakan
Agenda Transformasi Negara. Penghasilan modal insan
yang berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor penentu kejayaan Malaysia ke arah status negara maju
berpendapatan tinggi. Untuk itu, Institusi Pengajian Tinggi dituntut untuk melakukan pengislahan dengan
terus menjalankan usaha-usaha rejuvenasi dan
penyuburan semula tamadun ilmu ke arah mengangkat martabat pengajian tinggi negara.
5
Program Get Fit with Kevin Zahri
PUTRAJAYA, 28 JULAI 2016 - Program bermula
dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi kemudian ketibaan tetamu khas YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail
Pengerusi PUSPANITA JPA serta disusuli dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Salahuddin Bin Idris dan
ucapan aluan, perasmian oleh YBhg. Puan Sri Asmahan
Ismail. Progam tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan sesi pertama Health Talk with Kevin
Zahri kemudian di sambung pula dengan sesi kedua iaitu sesi terakhir Jom Fit with Kevin Zahri and Team.
“Achievement is not always success, while reputed failure often is. It is honest endeavor,
persistent effort to do the best possible under any and all circumstances.”
Orison Swett Marden
6
Abjad Ceria JPA PUTRAJAYA, 31 JULAI 2016 - Program ini adalah
anjuran Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) bersama Kelab Kebajikan BPPD yang
berlangsung selepas waktu bekerja iaitu pada jam 5:30 petang hingga 6.15 petang dan bertempat di Dataran
Parcel C. Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang.
Objektif permainan adalah membina perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Setiap ahli hanya
dibenarkan mengambil 1 huruf sahaja dan masa yang
diberikan untuk membina seberapa banyak perkataan daripada huruf yang diberikan ialah 20 minit.
Penyokong kepada setiap pasukan dibenarkan untuk membantu pasukan masing-masing. Pasukan yang
dapat membina paling banyak perkataan dalam masa
yang ditetapkan akan memenangi permainan tersebut.
Top Related