Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Prakata
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 ini mengandungi petikan daripada Draf Laporan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan tersebut.
Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 mengandungi :-
Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci •mengikut lot.
Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan •menterjemah semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara bertulis untuk tujuan menerangkan cadangan-cadangan yang terdapat dalam Peta Cadangan Guna Tanah.
Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor tertentu.•
Pelan Sisipan menunjukkan cadangan-cadangan pembangunan yang terdapat dalam pelan subjek melalui •gambaran-gambaran, lukisan, perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya.
Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan dalam setiap zon •guna tanah mengikut blok perancangan kecil.
Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka •bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang.
Draf Rancangan Tempatan ini akan menjadi panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan di Daerah Batang Padang bagi mencapai matlamat “ Merancang Dan Membangunkan Daerah Batang Padang Secara Lestari Sebagai Sebahagian Daripada Pembangunan Lembah Bernam Dengan Pembangunan Pertanian, Industri Automotif, Eko Pelancongan, Perhubungan, Penempatan Dan Pengukuhan Institusi Pelaksanaan Sehingga Tahun Perancangan 2020”
01
Isi Kandungan
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
PrakataKandungan PengenalanProses Penyediaan Rancangan TempatanDaerah Batang 2020Profil KawasanGuna Tanah Semasa 2007Isu Dan Potensi Pembangunan- Isu Utama Pembangunan- Potensi Utama PembangunanStrategi Pembangunan Negeri Perak & Strategi Pembangunan Zon Perancangan Lembah BernamMatlamat Rancangan Tempatan DaerahBatang Padang 2020Ciri-Ciri Pembangunan IntegrasiTeras 1Teras 2Teras 3Teras 4Teras 5Teras 6Teras 7Blok Perancangan Guna Tanah 2020Guna Tanah Blok Perancangan 1 – ChenderiangGuna Tanah Blok Perancangan 2 – Batang PadangGuna Tanah Blok Perancangan 3 – BidorGuna Tanah Blok Perancangan 4 – SungkaiGuna Tanah Blok Perancangan 5 – SlimGuna Tanah Blok Perancangan 6 – Hulu Bernam TimurGuna Tanah Blok Perancangan 7 – Hulu Bernam BaratPenutup
01 0203 04
05 06
070809
10
111213141516171819202122232425262728
02
Pengenalan
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Penyediaan Rancangan Tempatan (RT) ditetapkan oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah Rancangan Pemajuan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan 1986.
Dokumen ini menggariskan cadangan pembangunan guna tanah masa hadapan bagi keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam bentuk Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis mengenai justifikasi dan perincian pemajuan, garis panduan perancangan dan langkah-langkah pelaksanaan.
Fungsi Rancangan Tempatan adalah seperti berikut:- Sebagai asas bagi Pihak Berkuasa Tempatan memandu, merancang dan mengawalselia •pembangunan di dalam kawasan rancangan tempatan.
Menterjemah dasar dan strategi Rancangan Struktur Negeri Perak dengan lebih terperinci.•
Keperluan Dan Fungsi Rancangan Tempatan
03
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Proses Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
RANCANGANSTRUKTUR
Seksyen 8 AktaPerancangan
bandar dan desa1976 (Akta 172)
PUBLISITI AWALSeksyen 12a
Akta PerancanganBandar dan Desa1976 (Akta 172)
PENYEDIAANDRAF RT
Seksyen 12 AktaPerancangan
Bandar dan Desa1976
(Akta 172)
PUBLISITI RTSeksyen 13(2)
Akta PerancanganBandar dan Desa
1976(Akta 172)
MEWARTAKAN RTSeksyen 15(4)
Akta PerancanganBandar dan Desa1976 (Akta 172)
PEMBERITAHUANKEPADA PBN
sub Seksyen 15(1)Akta PerancanganBandar dan Desa1976 (Akta 172)
KELULUSAN DRAFRT OLEH PBN
Sub seksyen 15(1)Akta PerancanganBandar dan Desa1976 (Akta 172)
SIASATAN &PENDENGARAN
AWALSub Seksyen 14(1)Akta Perancanganbandar dan Desa1976 (Akta 172)
1 2 3 4
8 7 6 5
04
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Profil Kawasan
Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang meliputi keseluruhan Daerah Batang Padang iaitu seluas 275,265.02 hektar.
Daerah kedua terbesar di Perak yang bersempadan dengan Daerah Kinta di utara, Daerah Hilir Perak di barat, Negeri Pahang (Daerah Cameron Highlands dan Daerah Raub) di timur dan Negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor) di selatan.
Terdiri daripada 7 mukim iaitu Chenderiang, Batang Padang, Bidor, Sungkai, Slim, Hulu Bernam Barat dan Hulu Bernam Timur.
Jumlah penduduk Daerah Batang Padang dijangka meningkat kepada 230,579 orang pada tahun 2020 dengan Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan (KPPT) sebanyak 2.10%.
MUKIM 2005 2020Chenderiang 20,100 26,120Batang Padang 30,100 51,690Bidor 32,094 44,564Sungkai 30,546 34,846Slim 21,216 34,290Hulu Bernam Timur 23,849 35,889Hulu Bernam Barat 3,050 3,180
JUMLAH 160,955 230,579
JUMLAH DAN UNJURAN PENDUDUK
KAWASAN KELUASANPENTADBIRAN (HEKTAR)
Majlis Daerah Tapah(MDT) 9, 723.15
Majlis DaerahTanjong Malim (MDTM) 13, 775.71
Jabatan PerancangBandar & Desa Negeri Perak (luar kaw. MDTdan MDTM) 251, 776.16
Jumlah 275, 265.02
Hulu Perak
Larut Matang dan Selama
Kuala Kangsar Pahang
Selangor
DaerahHilir Perak
Kinta
ManjungPerakTengah
Hilir Perak
Batang Padang
Kerian
05
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Semasa 2007
Keluasan keseluruhan Daerah Batang Padang adalah 275,265.02 hektar. Guna tanah utama semasa (2007) terdiri daripada kawasan rizab hutan yang merangkumi 132,314.29 hektar atau 51.46 peratus daripada keluasan keseluruhan, diikuti dengan guna tanah pertanian iaitu 110,178.16 hektar (39.96%). Selebihnya adalah kawasan tepu bina merangkumi pusat-pusat petempatan seperti Tapah, Bidor, Sungkai, Trolak, Slim River, Behrang 2020 dan Tanjong Malim.
06
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
1. Ternakan khinzir secara tidak sistematik dan lokasi yang tidak berlesen menyebabkan berlakunya kesan pencemaran sungai dari kumbahan ladang dan bau.
2. Masalah tanah pertanian, bekas lombong yang terbiar dan tidak diusahakan secara optima.
3. Kurangnya variasi tanaman menyebabkan masalah lambakan hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan mengakibatkan kejatuhan nilainya di pasaran.
4. Perkembangan aktiviti industri di Bandar Proton adalah kurang berkembang serta memberi impak kepada perkembangan sekitar.
5. Perletakan kawasan industri tidak terancang mewujudkan konflik guna tanah dan pencemaran.
6. Kurangnya tumpuan terhadap pembangunan industri hiliran berasaskan pertanian.
7. Budaya dan petempatan orang asli tidak diketengahkan.
8. Kaedah pemasaran dan publisiti produk pelancongan yang kurang berkesan.
Isu dan Potensi Pembangunan
Isu-Isu Utama Pembangunan
9. Kurang kemudahan pelancongan bertaraf antarabangsa.
10. Kawasan sumber air bawah tanah mewujudkan konflik pembangunan.
11. Kadar pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi menyebabkan pengangkutan awam dipinggirkan.
12. Koridor pembangunan utama tertumpu di Jalan Persekutuan 1.
13. Kekurangan akses kepada kawasan luar bandar.
14. Masalah sistem trafik dan pengurusan pengangkutan yang kurang efisyen.
15. Petempatan desa yang berselerak, jauh di pedalaman dan mundur dari aspek fizikal, ekonomi dan sosial.
16. Sumberjaya desa tidak dikomersilkan dan tidak dieksploitasi.
17. Kampung - kampung baru mengalami tekanan pembangunan.
18. Kemudahan masyarakat yang tidak mencukupi.
19. Taraf hidup masyarakat orang asli jauh ketinggalan dari arus pembangunan.
20. Isu banjir yang terjadi kesan dari kelemahan dan ketidak upayaan infrastuktur sedia ada untuk menampung dan mengawal keadaan semasa hujan lebat.
21. Kemudahan infrastruktur dan utiliti masih tidak lengkap.
22. Sumber kutipan kewangan adalah kecil berbandingkan dengan perbelanjaan akibat kos penyelenggaraan yang tinggi.
23. Pihak Berkuasa Tempatan lebih memfokus kepada pengendalian operasi bagi kebanyakan kerja-kerja infrastruktur sahaja dan kurang kepada projek-projek untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat terutamanya projek-projek sosio-ekonomi.
24. Kekurangan tenaga kerja dalam Jentera urus tadbir di Pihak Berkuasa Tempatan.
25. Pertindihan sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak memerlukan penyelesaian antara Kerajaan Negeri.
26. Pihak Berkuasa Tempatan kurang melibatkan diri dalam projek yang mendatangkan sumber kewangan.
07
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Isu dan Potensi Pembangunan
1. Pertanian buah-buahan secara komersil untuk aktiviti eksport.
2. Keluasan padang ragut yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri berpotensi untuk memajukan aktiviti ternakan secara besar-besaran.
3. Tanaman pertanian yang berskala besar akan menambahkan hasil keluaran pertanian bagi bekalan sumber mentah untuk sektor industri berasaskan minyak sawit dan produk getah.
4. Kawasan tanah pertanian dan bekas lombong yang boleh dibangunkan.
5. Cadangan pembangunan industri berteknologi tinggi di Bandar Proton dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap.
6. Pembangunan industri hiliran berasaskan sumber mineral asli dan hasil pertanian.
7. Perkembangan bandar baru seperti Bandar Proton dan Bandar Baru Universiti di Tapah akan merancakkan lagi sektor perdagangan dan perkhidmatan.
8. Kemudahan pendidikan tinggi menjadi pemangkin dalam menyediakan tenaga buruh mahir dan menyumbang dari segi kepakaran dan penyelidikan baru dan berinovasi.
Potensi Utama Pembangunan
9. Prospek pembangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kampus kedua di Bandar Proton memperkukuhkannya sebagai ‘technopolis’.
10. Sungai dan badan air berpotensi dijadikan kawasan rekreasi sukan air.
11. Program homestay di kawasan-kawasan petempatan.
12. Mengeksploitasikan hutan simpan sebagai kawasan pelancongan, penyelidikan dan rekreasi.
13. Sumber akuakultur dan pertanian sebagai produk pelancongan agro.
14. Hutan Simpan Bukit Tapah sebagai Taman Negeri.
15. Koridor pembangunan menjadikan asas dalam mewujudkan sistem pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam yang efisyen.
16. Mod pengangkutan keretapi sebagai alternatif pengangkutan darat yang menghubungkan antara wilayah.
17. Menjadikan stesen-stesen keretapi dan stesen bas utama kawasan mesra pelancong.
18. Menjadikan stesen-stesen keretapi dan stesen bas utama sebagai pintu masuk kepada pelancong.
19. Pembinaan jalan baru dan menaiktaraf jalan-jalan utama untuk meningkatkan kemudahsampaian dan menampung pertambahan kapasiti lalu lintas.
20. Mengstruktur semula pembangunan luar bandar.
21. Membangunkan Pusat Pemprosesan dan Jualan Hasil Produk Desa di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD).
22. Mempelbagaikan program / skim pertanian komersil yang bersepadu.
23. Mempunyai tanah yang luas membolehkan pelaksanaan dan penyediaan dalam pembangunan infrastruktur yang lengkap dan lestari.
24. Limpahan pembangunan daripada Konurbasi Lembah Klang dan kawasan sempadan lain.
25. Meluaskan kawasan operasi secara berperingkat mengikut keperluan dan masa, terutamanya di kawasan pembangunan mega.
26. Membangunkan ‘K-District’ yang lestari27. Membangunkan data perancangan
dan penggunaan ‘e-planning’ bagi mengawal perancangan dan menyediakan garispanduan pembangunan
08
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Strategi Pembangunan Negeri Perak
Strategi Pembangunan Zon Perancangan Lembah Bernam
• Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi non-spatial yang menggariskan pembangunan
secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri.
• Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) Merupakan pendekatan strategi spatial yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
spatial negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.
Dalam konteks negeri, Daerah Batang Padang termasuk dalam Zon Perancangan Lembah Bernam yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi selatan Negeri Perak.
√ Bandar Proton - Tanjong Malim – Behrang sebagai Lembah
Silikon Negeri (dalam konteks Industri Automotif) sejajar dengan
peranannya sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri.
√ Memberi suntikan pembangunan di koridor Tapah – Tapah Road
(Bandar Baru Universiti) agar selaras dengan peranannya sebagai
salah sebuah Pusat Separa Wilayah Negeri yang baru.
√ Pengeluar dan penyumbang utama kepada sumber makanan
negeri (pertanian).
√ Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro dan warisan
sejarah.
√ Taman Bunga Kebangsaan di Ulu Slim.
√ Pembangunan Bersepadu Felda Jaya di Trolak.
√ Pembangunan kawasan Felda sebagai “New Economic Frontier”
√ Pembangunan logistik ketenteraan dan industri pertahanan di
Sungkai
√ Menaiktaraf infrastruktur dan mempelbagaikan program
permodenan desa
09
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
MERANCANG DAN MEMBANGUNKAN DAERAH BATANG PADANG SECARA LESTARI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBANGUNAN LEMBAH BERNAM DENGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN, INDUSTRI AUTOMOTIF, EKO PELANCONGAN, PERHUBUNGAN, PENEMPATAN DAN PENGUKUHAN INSTITUSI PELAKSANAAN SEHINGGA TAHUN PERANCANGAN 2020
Matlamat Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
10
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Ciri-Ciri Pembangunan Intergrasi
A Zon Taman Negeri Zon perancangan dan pembangunan bersepadu taman tema semulajadi hutan khususnya untuk pelancongan eko, ‘agroforest’, kebudayaan orang asli sebagai hutan perlindungan.
B Zon Pengurusan Hutan BanjaranTitiwangsa (Hutan Biodiversiti) Pengurusan hutan bersepadu KSAS untuk tujuan tadahan air, eko-lancong dan pengekalan bio-diversiti dan pemeliharaan alam sekitar serta petempatan orang asli.
C Zon Pertanian - Perladangan Zon ekonomi utama dengan mengambilkira aktiviti perladangan, hiliran dan sokongan.
D Zon Pertanian - Bercampur Kawasan pertanian termasuk bekas lombong untuk ternakan, agrikultur dan pertanian komersil, menggalakkan agro-lancong dan industri sumber asli terkawal. Kawasan Hutan Chikus sebagai kawasan tanaman hutan
E Zon Pertanian Eko-Lancong dan Agro-Lancong Menggabungkan kepelbagaian aktiviti pertanian dan alam semulajadi sebagai pelancongan sukan lasak dan semulajadi. Pengekalan kawasan hutan sebagai hutan silvikultur.
F Zon Pembangunan Bandar Dan Koridor Utara Selatan Pembangunan perbandaran secara bersepadu untuk mewujudkan pembangunan Bandar Mampan
A
B
C
C F
E
E
D
F
D
E
11
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Meningkatkan Hasil Pertanian Komersil Yang Bersepadu Dan Berskala Besar
Teras 1
Pertanian merupakan guna tanah utama di Daerah Batang Padang yang sekaligus menjadikan teras ini sebagai teras utama.a. Mempelbagaikan produktiviti hasil pertanian
yang memberi pulangan pendapatan kepada ekonomi daerah.
b. Meningkatkan dan memperluaskan industri hiliran bagi produk berasaskan pertanian serta memberi ruang kepada pekebun kecil di Daerah Batang Padang.
c. Membangunkan bekas tanah lombong sebagai kawasan pertanian untuk menjana pulangan yang tinggi dan faedah terbaik kepada pembangunan daerah.
Cadangan ProjekTerdapat cadangan projek utama pembangunan telah digariskan untuk merealisasikan teras ini.
• Zon Fidlot Negara Ke-2.
• Pembangunan Zon Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
• Zon Industri Akuakultur (ZIA)
• Mengoptimumkan kawasan padang ragut yang telah diwartakan
12
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Pembangunan Kepelbagaian Industri Dan Institusi Pendidikan Selaku Pemangkin Ekonomi Secara Bersepadu, Lestari Dan Penggalakan Pelaburan Dari Luar
Teras 2
Mewujudkan kawasan industri sebagai pemangkin ekonomi yang merangkumi sokongan dari sektor lain seperti pengangkutan, kemudahan infrstruktur serta utiliti.
a. Mengukuhkan industri automobil negara di dalam kawasan kluster Behrang 2020 -Tanjong Malim bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan menggalakan pewujudan nukleus-nukleus ekonomi daerah.
b. Mewujudkan pelbagai pelaburan ekonomi berskala besar terutamanya institusi awam dan swasta di setiap mukim dalam Daerah Batang Padang.
Cadangan Projek• Zon Perindustrian Chenderiang
• Taman Industri Akuakultur Banir
• Pembesaran Zon Perindustrian Bidor.
• Mengukuhkan Perancangan Bandar Universiti
13
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Pembangunan Pelancongan Berasaskan Pertanian (Agro-Lancong) Dan Alam Semulajadi (Eko-Lancong)
Teras 3
Mempunyai prospek yang cerah dalam pembangunan pelancongan dengan aset sumber semulajadinya, tarikan flora dan fauna serta elemen kebudayaan yang kuat.
a. Membangunkan sumber alam semulajadi yang berpotensi untuk memperkukuhkan lagi daya tarikan pelancongan Daerah Batang Padang.
b. Pembangunan di Daerah Batang Padang dilaksanakan secara mampan bagi menjaga kawasan sensitif alam sekitar, kawasan tadahan air dan mencegah pencemaran.
c. Pengekalan dan pemuliharaan kawasan hutan, KSAS, sungai dan paya-paya terpilih untuk pulangan ekonomi jangkamasa panjang.
Cadangan Projek• Taman Negeri dijadikan pembangunan eko pelancongan
• Kawasan Rekreasi Kuala Woh dibangunkan semula
• Mengetengahkan kepelbagaian flora dan fauna
• Petempatan orang asli seperti Pos Woh dibangunkan untuk menonjolkan budaya dan adat resam orang asli.
• Memulihara Lata Kinjang, Lata Iskandar, Lata Sungai Bil, Lata Bongsu dan Lata Gedong akan dilengkapi kemudahan infrastruktur asas
14
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Penambahbaikan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Dan Pengangkutan Awam
Teras 4
Pembangunan dan pengurusan perhubungan pengangkutan serta lalu lintas akan menumpu kepada cadangan mewujudkan sistem hierarki jalan raya yang sempurna, pembangunan jalan serta jambatan, memperbaiki tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas
a. Mengukuhkan pembangunan jaringan jalan raya, pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas sebagai pemangkin kepada pelbagai pembangunan ekonomi Daerah Batang Padang.
Cadangan Projek• Jalan Ulu Slim - Raub
• Jalan Lingkaran Tapah
• Jalan Lingkaran Fidlot Negara 2
• Jalan Kg Chabang Lima – Kg Kelawar
• Lebuhraya Bagan Datoh
• Jalan Bandar Baru Universiti (BBU)
15
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Pemodenan Petempatan Luar Bandar Serta Mewujudkan Komuniti Sejahtera
Teras 5
Pemangkin kepada permodenan kawasan bandar dan luar bandar dari pelbagai aspek
a. Meningkatkan keupayaan dan jati diri penduduk serta peningkatan sosio-ekonomi melalui program-program kemasyarakatan terutamanya kawasan rizab Melayu, orang asli dan Felda.
b. Menyediakan kemudahan infrastruktur, utiliti dan semua kemudahan sosial yang seimbang dengan keseluruhan pembangunan dan keperluan penduduk.
c. Memperlengkapkan kemudahan masyarakat untuk penyelesaian masalah penduduk dan masyarakat seperti jenayah sivil, OKU, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Cadangan Projek• Mewujudkan Pusat Pertumbuhan Desa di
kampung yang terpilih.
• Meningkatkan infrastruktur.
• Memajukan dan menaiktarafkan pos orang asli (Pos Gedong dan Pos Bersih).
• Meningkatkan imej dan identiti bandar bandar utama
16
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Pembangunan Infrastruktur Lengkap Bertaraf Dunia Teras 6
Pembangunan infrastruktur dan utiliti yang lengkap bagi menyokong pembangunan bandar dan luar bandar
a. Memperlengkapkan infrastruktur dan kemudahan utiliti untuk menarik pelaburan ekonomi seperti institusi awam dan swasta, penyelidikan, pengkhususan dan projek pertanian berskala besar.
b. Memperkukuhkan dan merancang gunatanah utama yang melibatkan pembangunan industri, pendidikan, pembuatan, pelancongan dan pertanian moden dengan sokongan infrastruktur dan utiliti yang lengkap serta bertaraf dunia.
Cadangan Projek• Penyediaan kemudahan infrastruktur dan
utiliti yang mencukupi.
17
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Pengurusan Perbandaran Yang Cekap Dan LestariTeras 7
Struktur pentadbiran yang teratur dengan pentadbiran yang mantap, berpengalaman dan komited akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan perancangan dan perlaksanaan projek.
a. Menyediakan Rancangan Pemajuan serta Garis Panduan Pelaksanaan bagi memantapkan lagi urus tadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi seluruh Daerah Batang Padang.
b. Mencadangkan urus tadbir perancangan, pengawalan pembangunan dan pemantauan yang mantap di peringkat PBT.
c. Mewujudkan sistem E-Pengurusan yang efisien dan mesra pengguna.
Cadangan Projek• Memperkukuhkan Peranan Dan Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
• Mempertingkat Penglibatan Masyarakat Dalam Aktiviti Pembangunan Dan Pemajuan Melalui Local Agenda 21.
18
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Blok Perancangan
RT Daerah Batang Padang dibahagikan kepada tujuh (7) Blok Perancangan. Penentuan ini berdasarkan mukim-mukim yang terdapat di Daerah Batang Padang. Blok Perancangan Kecil pula berdasarkan ciri-ciri fizikal sedia ada kawasan Rancangan Tempatan seperti jalan, landasan keretapi dan sungai serta guna tanah utama seperti kawasan hutan, pertanian, perindustrian dan sebagainya.
BP 2(Batang Padang)BP 1
(Chenderiang)
BP 3(Bidor)
BP 4(Sungkai)
BP 5(Slim)
BP 6(Hulu Bernam
Timur)
Pahang
Selangor
BP 7(Hulu Bernam
Barat)
MUKIM KELUASAN SEMASA
Chenderiang 24, 448.48Batang Padang 54, 360.37Bidor 33, 127.12Sungkai 69, 066.17Slim 52, 494.34Hulu Bernam Timur 25, 840.24Hulu Bernam Barat 15, 928.30
JUMLAH 275, 265.02
JADUAL BLOK PERANCANGAN
19
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah 2020
Cadangan pembangunan guna tanah bagi Daerah Batang Padang dirangka dengan seimbang untuk memenuhi keperluan pembangunan sektoral yang saling berhubungkait khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.
20
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 1- Chenderiang
Keluasan Blok Perancangan 1 - CHENDERIANG adalah 24,448.48 hektar dan ia merangkumi 8.87% daripada
keseluruhan kawasan Daerah Batang Padang.
Secara amnya, guna tanah di BP 1 didominasi oleh guna tanah pertanian dan perhutanan yang mempunyai jumlah keluasan
tertinggi berbanding keluasan guna tanah-guna tanah lain
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4 BP 5
BP 6BP 7
Ke Kampar
Ke Tapah
Ipoh
Daerah Kinta
Daerah Perak Tengah
BP 2
21
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 2- Batang Padang
Blok Perancangan 2 - BATANG PADANG mempunyai keluasan 54,360.37 hektar iaitu
merangkumi 19.76% dan juga merupakan kawasan kedua terbesar dalam Daerah Batang Padang
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4 BP 5
BP 6BP 7
Ke Ipoh
Ke Kampar
Ke CameronHighland
BP 3
22
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 3 Bidor
Blok Perancangan 3 – BIDOR berkeluasan 33,127.12 hektar dan merupakan 12.07%
daripada keseluruhan Daerah Batang Padang.
BP 3 mempunyai sebuah Pusat Petempatan Kecil iaitu Bandar Bidor yang bertindak sebagai
kawasan petempatan dan perkhidmatan.
Gunatanah di BP 3 ini didominasi oleh gunatanah pertanian dan perhutanan
Ke Ipoh
BP 2
BP 4
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4 BP 5
BP 6BP 7
23
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Blok Perancangan 4 - SUNGKAI merupakan blok perancangan yang terbesar iaitu seluas 69,066.17 hektar iaitu merangkumi 24.94% dari keseluruhan Daerah Batang Padang.
Kawasan BP 4 ini didominasi oleh gunatanah perhutanan seperti Hutan Simpan Bukit Tapah, Hutan Simpan Bukit Slim, Hutan Simpan Bikam dan Hutan Simpan Gunung Besout dan guna tanah pertanian.
BP ini dibahagikan kepada 7 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, kemudahan masyarakat dan lain-lain.
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4BP 5
BP 6BP 7
Ke Ipoh
Ke Behrang
BP 5
Guna Tanah Blok Perancangan 4 - Sungkai
24
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 5 - Slim
Blok Perancangan 5 - SLIM merupakan blok perancangan yang ketiga terbesar iaitu seluas 52,494.34 hektar iaitu merangkumi 19.15% dari keseluruhan Daerah Batang Padang. Kawasan BP 5 ini didominasi oleh guna tanah perhutanan dan juga pertanian khususnya dalam pertanian kelapa sawit.
BP ini mempunyai kawasan petempatan kecil iaitu Pekan Slim River yang bertindak sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan.
BP 5 - Slim telah dibahagikan kepada 5 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, kemudahan masyarakat dan sebagainya
Ke Bidor
BP 6
BP 4
PAHANG
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4
BP 5
BP 6BP 7
25
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 6 – Hulu Bernam Timur
Blok Perancangan 6 - HULU BERNAM TIMUR mempunyai kawasan seluas 25,840.24 hektar iaitu merangkumi 9.36% dari keseluruhan Daerah Batang Padang.
Kawasan BP 6 ini didominasi oleh guna tanah perhutanan dan juga pertanian khususnya dalam pertanian kelapa sawit.
Kawasan petempatan utama adalah Bandar Tanjong Malim serta kawasan bandar baru seperti Bandar Proton dan Behrang 2020 yang bertindak sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan.
BP 6 - Hulu Bernam Timur telah dibahagikan kepada 8 blok perancangan kecil (BPK), antaranya cadangan pembangunan adalah dari perindustrian, perumahan, kemudahan masyarakat dan lain-lain.
BP 1 BP 2
BP 3
BP 4
BP 5
BP 6BP 7
Ke Kuala Lumpur
Daerah Hulu Selangor
BP 5
26
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
Guna Tanah Blok Perancangan 7 – Hulu Bernam Barat
Blok Perancangan 7 - HULU BERNAM BARAT merupakan blok perancangan yang paling kecil iaitu seluas 15,928.30 hektar iaitu merangkumi 5.85% dari keseluruhan Daerah Batang Padang.
Kawasan BP 7 ini didominasi oleh guna tanah pertanian khususnya dalam tanaman kelapa sawit.
Kawasan petempatan FELDA Besout 4 dan 5 sebagai kawasan petempatan dan perkhidmatan. Namun begitu, guna tanah pertanian sedia ada akan dikekalkan sebagai kawasan pertanian. BP 7 - Hulu Bernam Barat telah dibahagikan kepada 4 blok perancangan kecil (BPK).
Daerah Hulu Selangor
BP 4BP 1 BP 2
BP 3
BP 4
BP 5
BP 6BP 7
27
Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020
SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBANGUNAN LEMBAH BERNAM DENGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN, INDUSTRI AUTOMOTIF, EKO PELANCONGAN, PERHUBUNGAN, PENEMPATAN DAN PENGUKUHAN INSTITUSI PELAKSANAAN SEHINGGA TAHUN PERANCANGAN 2020
Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020 ini dapat dimaafaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua pihak bagi tujuan perancangan guna tanah dan fizikal kearah merealisasikan matlamat dan menjadikan Kawasan Majlis Daerah Tapah dan Majlis Daerah Tanjong Malim sebagai
Penutup
28
Top Related