Download - Ppsmi Assign

Transcript

TAKRIF BAHASA

Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa.Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata.Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pemikiran manusia dalam bentuk visual. Bahasa pengantar ialah alat yang paling penting dalam pendidikan yang membolehkan guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Malaysia terdiri daripada Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Antara isu-isu yang wujud dalam bahasa pengantar di sekolah ialah :i. Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolahii. PPSMIiii. MBMMBI

ISU PERTAMA: Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah1.0PengenalanBahasa ibunda merupaka bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil. Bahasa ibunda adalah penting dalam meningkatkan komunikasi sesama kaum dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Memaksimakan komunikasi dalam bilik darjah dan membolehkan pelajar lebih banyak berfikir.Di Malaysia terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat tiga jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.1.1Kesan Positif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam PengajaranGuru lebih yakin dalam pengajaran dengan bahasa ibunda. Penyampaian konten menjadi lebih berkesan. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dimaksimakan dan berlaku dengan berkesan. Pelajar juga lebih mudah memahami proses pembelajaran dan lebih berani menanyakan soalan. Justeru itu, keputusan pelajar dapat dipertingkatkan.Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova di Paris pada 12 Mei 2011, kanak-kanak akan lebih cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran yang menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat bahawa terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah. (Laman Utusan Malaysia Online 12 Mei 2011)

1.2Kesan Negatif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam PengajaranSalah satu kesukaran dalam melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Ibunda ialah kesukaran guru, guru juga perlu menguasai Bahasa Ibunda dengan baik supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesannya. Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perkahwinan campur merupakan satu perkara yang biasa. Pelajar daripada keluarga yang mana ibu dan bapa daripada etnik yang berbeza akan mengalami kekeliruan memilih Bahasa Ibunda.Bahan rujukan yang digunakan di Malaysia kebanyakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ini akan menyebabkan guru menggunakan bahasa campur / rojak dalam pengajaran. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa sekunder seperti bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.Peringkat kolej dan universiti menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pelajar yang belajar dalam Bahasa Ibunda akan mengalami kesukaran memahami pengajaran dalam bahasa yang kurang biasa digunakan.1.3Langkah PenyelesaianSekolah mewakili setiap kaum iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ditubuhkan. Penubuhan tiga jenis aliran sekolah membolehkan Pengajaran lebih berkesan tetapi menjejaskan pencapaian perpaduan.Oleh itu, cara penyelesaian yang paling baik ialah menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik. Ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam pengajaran sains dan matematik iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi dengan menubuhkan satu jenis sekolah sahaja, pelajar bukan Melayu sukar memahami isi pengajaran. Bangsa Cina dan Tamil juga akan rasa tergugat.Mantan Perdana Menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohd telah mencadangkan penubuhan sekolah wawasan pada tahun 1997. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Dalam konsep ini, dua atau tiga buah sekolah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan berhubung.Tujuan dan matlamat sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar yang berbagai bangsa dan latar belakang. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu. Mengalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah.

ISU KEDUA: Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik(PPSMI)2.0PengenalanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasarpendidikan Malaysiayang menetapkanbahasa Inggerismenggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaranSainsdanMatematikdi semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiranTun Dr Mahathir bin Mohamadpada tahun2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan olehMenteri PelajaranTan Sri Muhyiddin Yassinsetelah kajian mendalam dilakukan.2.1 Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada19 Julai2002di bawah pentadbiranPerdana MenteriMalaysiake-4,Tun Dr Mahathir bin Mohamad. MengikutKementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut: Buku Teks(Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. Buku Latihan dan Aktiviti(Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja. Buku Panduan Guru(Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. MyCD(Pupil's CD-ROM): MyCD ialahCD-ROMuntuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian. CD-ROM Guru(Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. Buku Amali Sains(Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja. Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat olehDong Jiao Zongsatu kompromi oleh Majlis TertinggiBarisan Nasional, satu formula 2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.2.2 Objektif Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman webKementerian Pelajaran Malaysia, rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.Secara umumnya, sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arusglobalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaanSingapuradanIndiayang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris. (wikipedia.com)2.3 Kebaikan perlaksanaan dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)Melalui PPSMI juga, Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi. PPSMI juga memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui adanya bahasa inggeris.Bagi mereka yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris.Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik dalam kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. (Portal Rasmi KPM)

2.4Keburukan dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)PPSMI dilaksanakan atas kebaikan, namun sejak pelaksanaannya, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.2.4.1 Prestasi akademik menurunPada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaranBiologimenunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%),Fizik8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI mendudukiUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan DatukAlimuddin Mohd Domdilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut PresidenKesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.2.4.2 Mengurangkan minat murid memperlajari subjek Sains dan MatematikKajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklahUniversiti Putra Malaysia,Universiti Teknologi Malaysia,Universiti Pendidikan Sultan Idris,Universiti Sains MalaysiadanUniversiti Teknologi Mara.[11]Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI: menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum diKongres Kebudayaan Melayu KeduaanjuranGabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena),Persatuan Sejarah Malaysia,Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan NegaradanDewan Bahasa dan Pustaka(DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.2.4.3 Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains untuk Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) merosot dengan ketaraKajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill,Massachusetts,Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.2.4.4 Kajian menunjukkan PPSMI mendatangkan masalah pemahaman 2.4.4.1 Kajian Prof Dr Nor Hashimah JalaludinSatu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.2.4.4.2 Kajian UPSIPihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003.Dalam kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak faham atau kurang faham pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka sukar ataun agak sukar mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini.2.4.5 Penggunaan Bahasa Inggeris dikatakan mencabar budaya bangsa MelayuPenting untuk difahami bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Apabila Bahasa Melayu dipinggirkan dan Bahasa Inggeris diangkat tarafnya terlalu tinggi, maka akhirnya budaya masyarakat Barat yang menggunakan Bahasa Inggeris itu akan menyerap masuk secara langsung ke dalam masyarakat di negara ini. 2.4.6 Murid keciciran dalam Sains dan Matematik kerana PPSMIMenurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh sebelas pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina dalam kalangan murid-murid.2.5 Pemansuhan PPSMI Dapatan dari kajian-kajian ini cuba memperlihatkan bahawa objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar.Melalui kajian ini, disyorkan Kerajaan mengkaji semula dasar PPSMI ini dan mengguna semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains sekolah rendah dan menengah, kerana guru dan pelajar sudah pun mahir untuk belajar dalam bahasa kebangsaan. Ia akan mengukuh pembelajaran asas Matematik dan Sains di peringkat awal lagi.Dengan itu, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan seorang Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.2.6 Kesimpulan: MBMMBI bagi menggantikan PPSMIPada 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.

ISU KETIGA:Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI)3.0PengenalanDasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) diperkenalkan pada tahun 2011. Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. (KPM, 2011). Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Maaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta menyediakan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan PPSMI yang dimansuhkan pada tahun 2012 setelah didapati PPSMI gagal mencapai matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, terutama kawasan pedalaman dan juga menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains hingga mereka mengambil masa yang lama untuk memahami konsep kedua-dua mata pelajaran tersebut (Azman Ismail, 2012). Kesukaran tersebut memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh itu, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.Secara tidak langsung, PPSMI tidak dilaksanakan sepenuhnya di sebahagian sekolah di negara ini, apabila guru terpaksa menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) untuk menjelaskan sesuatu topik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, juga terdapat guru yang tidak menguasai istilah dalam bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.Berbeza daripada konsep dan dasar MBMMBI, dasar baharu itu memberikan penekanan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bahasa Malaysia dan pada masa yang sama, bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Ekoran pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)(SKJT) dibenarkan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.Sejajar dengan keputusan baharu tersebut, pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masing-masing dalam P&P Sains dan Matematik. Langkah ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menegaskan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan MBMMBI dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak kerana pemansuhan tersebut tidak bererti kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar rendah dan menengah akan ditingkatkan dengan beberapa langkah penambahbaikan P&P bahasa Inggeris.3.1RasionalDasar MBMMBI merupakan refleksi kepada pelbagai isu yang timbul daripda pelaksanaan PPSMI yang telah berkuatkuasa sejak tahun 2003. Memandangkan kejayaan PPSMI tidak seperti yang diharapkan, pihak kerajaan telah berinisiatif meggubal dasar baharu yang lebih berkesan terutamanya dalam memberi keseimbangan antara penggunaan bahasa ibunda dan juga bahasa antarabangsa iaitu tanpa mengenepikan hak bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.Rasional pelaksanaan dasar MBMMBI dilaksanakan seperti berikut.Pertama, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah dikesan menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kedua, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an. Ketiga, kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Keempat, PPSMI telah melebarkan jurang pencapaianSains dan Matematik antara murid sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kelima, bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan.3.2Pelaksanaan dan penambahbaikanKementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012. Perubahan sepenuhnya akan mengambil masa selama 3 tahun kerana pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, iaitu secara soft-landing bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. PdP Sains dan Matematik bagi Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik UPSR akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2016. PdP Sains dan Matematik bagi Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan Sains dan Matematik SPM akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga tahun 2015. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.Seterusnya peperiksaan SPM Sains dan Matematik akan dikekalkan dalam dwi bahasa sehingga 2015.Untuk memaksimumkan keberkesanan dasar MBMMBI beberapa strategi penambahbaikan telah diatur rapi dan telah diperincikan kepada dua bahagian iatu strategi untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu. Antara strategi yang dirangka adalah pihak Kemeterian Pelajaran untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ialah dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA. Antara usaha lain adalah menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Usaha-usaha ini dilihat lebih menjurus kualiti guru Bahasa Inggeris itu sendiri dan kandungan sukatan pelajaran yang lebih dinamik dan boleh diadaptasi dari pelbagai sumber. Bagi strategi memartabatkan Bahasa Malaysia pula antaranya ialah dengan menukar kembali pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, penambahan waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Malaysia dan menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia.3.2.1Cara-cara Guru Dilatih dalam Pelaksanaan Dasar MBMMBIDi bawah Dasar MBMMBI, KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalis memereka dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. Antara program dan kursus yang telah dilaksanakan adalah:a)Untuk Pensyarah IPD - Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT).b)Untuk guru yang bukan opsyen Bahasa Inggeris Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT).c)Untuk guru bukan opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mengikuti kursus C-PELT Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teacher (RELTNote).d)Untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikas idalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah dengan Band 3 hingga 5 Oral Proficiency in English for Secondary School (OPS-ENGLISH).Selain itu, pelbagai jenis program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI turut dikendalikan dalam usaha menjayakan MBMMBI. Antaranya adalah:Latihan untuk Bahasa Malaysia:a)Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)b)Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa dan PustakaLatihan untuk Bahasa Inggeris:a)Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen Bahasa Inggerisb)Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen Bahasa Inggerisc)Latihan Guru

3.3Peranan guru dalam menjayakan dasar MBMMBI3.3.1 Guru melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi MBMMBI di sekolahGuru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) mencadangkan bahawa menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Oleh yang demikian, dapat dikenalpasti peranan utama guru dalam menjayakan dasar MBMMBI ini adalah dengan mengetahui kandungan dan cara pelaksanaan dasar ini secara terperinci dan melaksanakannya dalam proses P&P mengikut panduan yang disediakan. Contohnya, guru perlu maklum tentang penggunaan dwibahasa yang akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mengikut darjah dan tingkatan yang terlibat.Tidak ketinggalan, guru-guru perlu memastikan strategi-strategi pelaksanaan MBMMBI adalah sejajar dengan P&P yang dijalankan seperti Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang lebih menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Antaranya ialah, pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics disamping Modul Language Arts. Untuk menjadikan perubahan lebih sistematik, guru perlu melaksanakan pendekatan soft landing seperti yang termaktub dalam dasar MBMMBI. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).Pada masa yang sama, guru wajar memaklumkan dengan lebih lanjut tentang dasar baru ini kepada semua murid supaya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid lebih jelas dan dapat mengetahui signifikan dasar baru ini. Sebagai seorang guru yang profesional, guru harus sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011, guru harus melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum seperti yang digariskan oleh dasar ini. Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu. Guru juga harus memantau penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri. Guru juga perlu komited dalam mengimplimentasikan TMK dalam P&P. Selain itu, guru juga perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan pemangkin utama dalam setiap program pelaksanaan Dasar MBMMBI seperti penganjuran Program bacaan yang kini memuatkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan program NILAM yang akan diteruskan.

3.3.2. Guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara teori dan amali.Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. Pendekatan guru cemerlang merupakan satu daripada inisiatif terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi guru dan pelajar di negara ini. Menurut Dato Sri Muhyiddin Yassin, berdasarkan interaksi dan maklum balas daripada pelbagai pihak serta rakan sejawatan beliau dari negara lain, pendapat yang sama diberikan iaitu penguasaan bahasa Inggeris hanya boleh diperoleh menerusi mempelajari bahasa itu dan bukannya belajar bahasa itu menerusi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.Beberapa inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan adalah seperti membawa masuk guru yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris. Projek Latihan Mentor, Latihan Bahasa Inggeris (ELT) SMR berobjektif membantu Guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Malaysia yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran Bahasa Inggeris kepada murid mereka. Ia memberikan kepada dua penekanan, pertamanya membantu guru dengan teknik metodolgi komunikasi dan keduanya meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka secara peribadi untuk meningkatkan keyakinan dan kefasihan bahasa Inggeris.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMR Datuk R. Palan, bagi tempoh 10 bulan lepas, sebanyak 120 guru mentor dari seluruh dunia telah berpeluang bekerja dengan guru tempatan. Guru mentor berkenaan yang berasal dari luar negara, telah diambil bekerja berdasarkan kefasihan mereka dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ibunda mereka, kelayakan pendidikan dan ESL serta pengalaman dalam bilik darjah ( Bernama,2011). Impak dari usaha-usaha berterusan sebegini, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.

3.3.3. Guru meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di bilik darjahKemahiran utama yang perlu dikuasai oleh guru dalam P&P dibawah MBMMBI ialah aspek komunikasi . Komunikasi merupakan tulang belakang kepada penyampaian p&p dalam bilik darjah yang juga dikenali sebagai komunikasi interpersonal. Terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian. (Zulkifli, 2000) Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Apabila guru menyampaikan pengetahuan dan pengalaman kepada anak muridnya, ia dinamakan berkomunikasi (Abdullah dan Ainon, 1999).Seterusnya, guru berperanan untuk memantapkan kaedah penyampaian dengan memaksimumkan penggunaan alat bantu mengajar. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. ICT didapati sangat membantu guru terutama sebagai satu alat untuk melestarikan pemerkasaan Bahasa Inggeris.P&P bahasa yang menarik dan efektif dapat dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dengan bantuan bahan bantu mengajar.Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan.Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran.3.4Manfaat MBMMBIDasar MBMMBI dipercayai dapat melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris standard dalam perbualan, urusan rasmi, penerokaan ilmu dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian dan keperluan. Di samping itu, dasar tersebut dipercayai akan membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif. Pada masa hadapan, dapat membentuk 1 Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progesif, dinamik, dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.

3.5KesimpulanDapatan dari perbincangan ini, disimpulkan bahawa implementasi Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini merupakan satu perkara yang sangat kompleks. Warga pendidik pula dilihat bertindak sebagai agen utama yang menjunjung dan memanifestasikan dasar ini di peringkat sekolah khususnya. Justeru itu, menjadi kewajiapan kepada setiap warga pendidik untuk memahami peranan mereka secara terperinci bagi merealisasikan dasar ini dengan jayanya. Dapat dilihat, peranan-peranan disenaraikan lebih menjurus ke arah persiapan kendiri guru itu sendiri yang seharusnya bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan. Selain itu, didapati kemahiran profesional seorang guru mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Rujukan:Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000).Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.Arifin Hj. Zainal. (1985). Pekerja dan pekerjaan.Pendekatan Psikologi Personel.Azman Ismail (Mac, 2012). MBMMBI perkasakan bahasa Malaysia. Dewan Bahasa. Diperoleh dari http://dwnbahasa.dbp.my/?p=577Berita Harian. (2011, Oktober 31).Jangan Layan Usaha Pinggir Bahasa Melayu. Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangan layan usaha pinggir bahasa Melayu/Article/print_htmlBerita Harian. (2011, November 6). Abdullah harap pemansuhan PPSMI diterima semua pihak. Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AbdullahharappemansuhanPPSMIditerimasemuapihak/Article/Berita Harian. (2011, November 25).Waktu pengajaran bahasa Inggeris ditambah. Diperoleh dari http://www.bharian.com.my/articles/WaktupengajaranbahasaInggerisditambah/Article/Berita Harian. (2008, Julai 16). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan.Diperoleh dari http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdfGoldhaber, G.M. (1990).Komunikasi dalam organisasi.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Governance.G. (2009) PPSMI Are the shoes of an Education Minister in Malaysia too big for Muhyiddin? Diperoleh pada Mei 29, 2014, dari http://blog.limkitsiang.com/2009/07/07/ppsmi-is-the-shoe-of-an-education-minister-in-malaysia-too-big-for-muhyiddin/

Harjit Singh a/l Gurbax Singh. (1993).Proses komunikasi dan hubungan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Latihan Ilmiah, Bangi: UKM.

Institut Terjemahan Negara Malaysia.( Mei, 2010) .Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM).Diperoleh dari http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_akhbar_perbincangan_meja_bulat_memartabatkan_bahasa_melayu_mbm/Jabatan Hal Ehwal Khas. (2010).Isu bahasa: Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Saluran Penguasaan Ilmu. Diperoleh dari http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isu-bahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-penguasaan-ilmu.htmlKementerian Pelajaran Malaysia.(2011).Dasar MBMMBI. Diperoleh darihttp://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1313055000.pdfMak Soon Sang. (2007).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.Wikipedia. (2013) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diperoleh pada Mei 29, 2014, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris