TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDU 3105)
Disediakan oleh :
Farahaini Nadia Binti Mat SaadNaeiranie Binti YahayaNorhayati Binti ShahabudinNur Aniyah Binti MohamadNur Syafiza Binti Shafee
PISMP Semester 4/2012Pengajian Melayu B
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TAHUN 6 GEMILANG
Bilangan murid : 20 orangMasa : 8.10 pagi – 9.10 pagiTarikh : 21 Ogos 2012Tema : Kenali Budaya Malaysia Topik : Perayaan Subtopik : Perayaan Di Malaysia
SET INDUKSI (5 minit)
Tayangan video perayaan
Guru menayangkan video perayaan kepada murid.
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang
ditayangkan.
Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran.
VIDEO
LANGKAH 1 (20 MINIT)
Guru mengedarkan teks dialog.
Guru kemudiannya meminta murid membacakan petikan yang
diedarkan.
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan perayaan di
Malaysia.
LANGKAH 2 (15 MINIT)
Guru menunjukkan gambar-gambar perayaan yang terdapat dalam ‘Big Book’.Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan mengedarkan kertas majung.Setiap kumpulan diberikan tajuk bagi perayaan setiap kaum yang terdapat di Malaysia.Setiap kumpulan membuat peta minda berkenaan tajuk yang diberi.Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil tugasanGuru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran)
LANGKAH 3 (10 MINIT)
Guru mengedarkan bahan-bahan untuk membuat kad ucapan
Guru kemudiannya menerangkan cara-cara membuat kad
ucapan
Guru memberi masa kepada murid untuk membuat kad
ucapan secara individu
Guru meminta murid mempamerkan kad ucapan di hadapan
kelas.
PENUTUP (10 MINIT)
Guru meminta murid untuk mengulang isi pelajaran tentang
amalan nilai murni semasa perayaan
Guru meminta seorang murid untuk merumuskan isi
pelajaran.
Guru mendengarkan lagu “Suasana Hari Raya” dan murid
menyanyi bersama.
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya.mp3
TAMAT