1
BAB 1
1.1 Sejarah penubuhan Palang Merah di dunia
Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai
Palang Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau
dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai
Bapa Palang Merah.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau
ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada
masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan
merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant
mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Inisiatif Henry Dunant ialah :
i. Membantu tentera yang cedera dan sakit.
ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa
peperangan.
iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital
sementara.
iv. Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas
tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .
v. Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara)
Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar
Castiglione delle Stiviere.
2
vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang
telah ditawan oleh Perancis.
Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku
bertajuk " Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua
ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya
mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam
yang tidak terlibat.
Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan
dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:
i. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu
tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan.
ii. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari
mana-mana pasukan hendaklah dibantu.
1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim
kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan
cadangan utamanya, “Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi
membantu tentera yang cedera.”
Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-
undang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam
mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare)
pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan
lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya.
Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri
Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama
mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh
penubuhan Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,
perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu
idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-
3
ideanya 'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil
bahagian dalam mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu
tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba
diperkecilkan oleh Gustave Moynier.
Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik
dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva. Hasilnya pada
1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa
kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan
cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini.
Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan
Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera dikenali
sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat
perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu Palang Merah
yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi
penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara
tersebut.
Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia, Turki telah
menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti
oleh kebanyakan Negara Islam.
4
1.2 Sejarah hidup Bapa Palang Merah Dunia
Jean Henry Dunant
Bapa Palang Merah
Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva,
Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich,
Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant.
Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan
agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika,
beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini.
Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan
mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.
Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli
perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon.
Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga
elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan
5
masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya
bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.
Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat
kerja-kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846
Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan
Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan
pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji
kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia melapangkan masa
untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.
Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan
Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan
Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis
untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun
yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah
peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup
wang Lullin und Sautter.
Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma
kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau
diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan.
Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8
September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier
telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.
Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868
juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry
Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier
pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry
Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia
tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan
Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar
6
separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant membayar
yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.
Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap
meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang
Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan
Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun
dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan
mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik
antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.
Kemudian dia bekerja di sebuah perpustakaan.
Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat
mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan.
Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli
kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan
Sepanyol tetapi dia semakin dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart,
Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf
Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan dia
kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.
Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan
kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30
April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann
Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda
bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene, iaitu anak
Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant
kepada bapanya Wilhelm Sonderegger. Mereka menubuhkan cawangan
Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan
mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap
memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika
berusia 42 tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor
Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang
Merah dan telah menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry
7
Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan
pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria
Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak
itu kepadanya.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi
ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia
terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam
10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat
kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada
Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan sama ada telah
diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada Calvinisme
dan merancang agama umum.
Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai.
Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld,
Zurich, Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya
kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan
Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.
Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah /
Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium
Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai
tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat
Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam
kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
8
1.3 Sejarah PBSM di Malaysia
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela
yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia
pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di
Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-
negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung
Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada
24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963,
suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan
Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah
di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
9
kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:
i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah
sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf
cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta
parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of
Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April
1962.
ii. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan
Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada
tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia
Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu
Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun
1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
1.4 Fungsi International Committee Red Cross (ICRC) di Malaysia
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala
Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di
Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber
Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara
dan Asia Timur.
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an,
bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam
tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang
10
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah
diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah
menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk
Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian
Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera
Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak
berkepentingan.
i. Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia
Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera
Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk
bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang
ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan
Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan
latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007
sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula
merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong
pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan
Tentera Udara.
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan
taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan
Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di
Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18],
Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama
menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan
tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata
(UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara
untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihan-
latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.
ii. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah
Kementerian Dalam Negeri
ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan
kerja dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan
11
penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak
berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang
dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan
Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan.
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, di mana sukarelawan-
sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak
balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan
daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC
sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat
manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai demi
membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang
nasib orang yang tersayang.
ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja
Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama
dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel
penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis
berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak
asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat
untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu
untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur,
Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan
aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan
polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej
Polis di Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.
iii. Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam
triti Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta
memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah
perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi
tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara
untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-
agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah
12
menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model
yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk Malaysia
(contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan
Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen
Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa
Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan
seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM)
telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri.
Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa,
di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat
JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di
Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
iv. Bekerjasama dengan Universiti-universiti
Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar,
ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah
moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia
dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usaha-
usaha pihak-pihak berkuasa universiti untuk merangka sukatan
pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam
kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains
politik dan hak asasi manusia.
v. Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan
orang yang tersayang
Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah,
ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan
perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain
kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang
13
tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik,
bencana atau kejadian-kejadian lain.
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihak-
pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam
tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus
dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan
Palang Merah.
vi. Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempromosikan persepaduan
program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK)
di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila
bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan
ke dalam sukatan pelajaran ‘Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan’,
yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15
tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara
Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian
kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersama-
sama menghasilkan program PUUK.
Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut
kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang
merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada
proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan
program PUUK dengan lebih lanjut lagi.
14
1.5 Prinsip-prinsip asas PBSM
Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,
keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan.
Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut:
i. Kemanusian
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan
dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi
kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan
berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di
mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi
nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama
manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,
dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.
ii. Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman
politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan
kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-
kes kecemasan yang paling serius.
iii. Keberkecualian
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,
persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang
bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak
politik, perkauman, agama atau ideologi.
iv. Kebebasan
Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang
berkuasa awam, dan tertakluk kepada undang-undang negara,
persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.
v. Khidmat sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang
tujuan untuk mencari untung
15
vi. Ketunggalan
Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah
dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka
kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
vii. Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
meliputi seluruh dunia di mana semua persatuan mempunyai
taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu di
antara satu sama lain.
1.6 Etika pemakaian
Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih
atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan
pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah
adalah contoh pakaian lengkap seragam pelajar dari kanak-kanak hingga
remaja.
16
Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar
adalah seperti dalam jadual di bawah:
1 Baju PBSM Lelaki
2 Baju PBSM Perempuan
3 Seluar putih
17
4 T-shirt PBSM putih lengan pendek
5 T-shirt PBSM putih lengan panjang
6 T-shirt PBSM merah lengan pendek
18
7 T-shirt PBSM merah lengan panjang
8 Beret hitam
9 Lencana beret PBSM
10 Lencana bahu negeri
19
11 Lencana bahu logo PBSM
12 Lencana kolar PBSM
13 Lencana poket PBSM
14 Lanyard hitam single
15 Tali pinggang
16 Butang
20
17 Topi
18 Pangkat bagi pelajar
19 Kasut potong hitam
20 Kain anduh
21
Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin PBSM:
1 Bush jaket pegawai lelaki
2 Bush jaket pegawai wanita
3 Vest pegawai
22
4 Baju korporat pegawai lelaki
5 Baju korporat pegawai wanita
6 Lanyard hitam double
7 Pangkat bagi pegawai
23
Susunan pangkat bermula dari jawatan tertinggi dalam Pergerakan Palang
Merah atau Bulan Sabit Merah Malaysia.
SUSUNAN PANGKAT UNIT BANTUAN SUKARELA PBSM1 Briged
JeneralPengarah UBS Kebangsaan
2 Leftenan Kolonel
Penolong Pengarah UBS Kebangsaan
3 Mejar Pegawai Penjaga Belia UBS Cawangan
4 Kapten Komandan
5 Leftenan Timbalan Komandan
6 Leftenan Muda
Kuartermaster Unit
7 Staf Sarjan Ketua Utama Seksyen
8 Sarjan Ketua Seksyen
9 Koperal Penolong Ketua Seksyen
24
10 Lans Koperal
Senior
1.7 Logo
Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah
Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau
International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864.
Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera
Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada
Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.
Emblem Palang Merah
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia
selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan
Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah
menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang
demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu diikuti oleh banyak negara-
negara Arab atau negara- negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim.
Kedua-dua lambang ini, palang merah dan bulan sabit merah dilindungi oleh
Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.
25
Emblem Bulan Sabit Merah
Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia
Logo PBSM pada pakaian seragam
26
1.8 Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik: Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh
“Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu perasmian
rasmi pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah Malaysia ke Bulan
Sabit Merah Malaysia.
27
1.9 Ikrar persatuan
BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN
INI BERJANJI,
AKAN TAAT KEPADA TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG
DIPERTUAN NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KEMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
28
BAB 2
2.1 Jawatankuasa Induk PBSM Seksyen 2
KETUA PBSM SEKSYEN 2
Noor Zamatul Shima binti Ahmad
PENASIHAT PBSM SEKSYEN 2
Puan Zarina binti Md. Ali
NAIB PENGERUSI PBSM SEKSYEN 2
Siti Fatimah binti Megat Fauzi
SETIAUSAHA
Aminah binti Mohd.Bahari
BENDAHARI
Siti Asmaa binti Baharudin
29
2.2 Jawatankuasa kumpulan
KETUA KUMPULAN
Sabarunnisa binti Rabiullah
PENOLONG KETUA KUMPULAN
Siti Zulaikha binti Salleh
SETIAUSAHA
Liyana binti Hassan
BENDAHARI
Nor Amelia Murni binti Alel
AHLI JAWATANKUASA
1. Nur Abida binti Mohamad2. Noor Syakira binti Mohamad3. Nur Aimi binti Ramli4. Shazana Aimi binti Rehan5. Normila binti Zainudin6. Maimun binti Ibrahim7. Siti Hamimnun binti Abdullah8. Wahyuni binti Sajuri
30
2.3 Laporan aktiviti dan perjumpaan mingguan PBSM
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 1/2012
Tarikh : 22 Mac 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Sesi perkenalan bersama pensyarah pembimbing dan Penasihat
PBSM; Pn.Zarina.
2 Penerangan mengenai Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(RPP) PBSM oleh Pn.Zarina. Pn.Zarina turut menerangkan skop kerja
dan lulus yang perlu dicapai oleh pelajar.
3 Pensyarah turut memaklumkan mengenai Projek Akhir yang akan
dikendalikan sendiri oleh semua ahli PBSM di akhir semester nanti.
Projek akhir tersebut akan diambil kira sebagai syarat lulus
kokurikulum.
Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29
Mac 2012.
Disediakan oleh, 22 Mac 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
31
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 2/2012
Tarikh : 29 Mac 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Ahli-ahli PBSM dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang mana
setiap kumpulan mempunyai anggaran keahlian seramai 11 hingga 12
orang.
2 Setiap kumpulan yang dibentuk diberi dua tajuk pembentangan yang
akan dibentangkan mengikut undian giliran kumpulan.
3 Kumpulan kami terdiri daripada:
1. Sabarunnisa binti Rabiullah2. Noor Syakira binti Mohamad3. Siti Zulaikha binti Salleh4. Nur Abida binti Mohamad5. Nur Amelia Murni binti Alel6. Nur Aimi binti Ramli7. Shazana Aimi binti Rehan8. Normila binti Zainudin9. Maimun binti Ibrahim10. Siti Hamimnun binti Abdullah11. Liyana binti Hassan12. Wahyuni binti Sajuri
4 Tajuk tugasan yang diperolehi oleh kumpulan kami ialah Sejarah
PBSM dan Kaedah Pertolongan Cemas. Kami membahagikan
kumpulan kami kepada dua kumpulan lagi yang setiap satunya terdiri
daripada 6 orang supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat.
Disediakan oleh, 29 Mac 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
32
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 3/2012
Tarikh : 05 April 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Pembentangan tugasan bermula pada perjumpaan minggu ini.
Pembentangan pertama dimulakan oleh kumpulan kami iaitu Siti
Zulaikha, Sabarunnisa, Noor Syakirah, Nur Abida, Nur Amelia dan
Nur Aimi. Tajuk pembentangan kami ialah Sejarah PBSM di mana
kami menceritakan mengenai pengasas Palang Merah dan peristiwa
yang berlaku sehingga tertubuhnya Pergerakan Palang Merah di
dunia.
2 Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan kedua iaitu
Sejarah PBSM di Malaysia yang dibentangkan oleh Siti Fatimah Binti
Megat Fauzi. Pembentangan ini berkisar mengenai kronologi
penubuhan Pergerakan Bulan Sabit Merah di Malaysia.
3 Perjumpaan mingguan hari ini diakhiri dengan perbincangan
mengenai aktiviti yang harus dilaksanakan sebagai memenuhi
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan.
Pertemuan seterusnya akan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 29
Mac 2012.
Disediakan oleh, 05 April 2012
……………………….(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
33
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 4/2012
Tarikh : 12 April 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Dewan Kuliah A
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Perjumpaan pada hari ini diadakan di Dewan Kuliah A kerana Bilik
Tutorial di mana tempat perjumpaan mingguan berkunci. Perjumpaan
pada minggu ini dimulakan dengan penerangan pensyarah mengenai
perkembangan projek akhir yang akan dijalankan. Pensyarah
menekankan kepentingan pelaksanaan aktiviti tersebut.
2 Aktiviti seterusnya merupakan pembentangan daripada kumpulan
ketiga. Kumpulan ini membentangkan tajuk berkaitan etika
pemakaian PBSM. Uniform yang digunakan dalam persatuan bulan
sabit merah berbeza mengikut majlis dan tujuan perjumpaan namun
pakaian rasmi biasa yang digunakan adalah t-shirt putih bersama
seluar panjang putih dengan lengkap berkasut sukan putih.
3 Pembentangan seterusnya disambung oleh kumpulan keempat yang
membentangkan mengenai perkembangan PBSM di peringkat
sekolah. Pembentangan ini menekankan agenda-agenda yang terlibat
dalam perjumpaan PBSM di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Disediakan oleh, 12 April 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 5/2012
34
Tarikh : 19 April 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Perjumpaan kali ini dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan
kecil kedua bagi setiap empat kumpulan yang ada untuk tajuk tugasan
yang kedua. Pembentangan dimulakan oleh kumpulan pertama
dengan tajuknya teknik pertolongan cemas yang merangkumi kaedah
bantuan kecemasan yang digunakan semasa berlakunya kecemasan.
2 Pembentangan kedua mengenai kaedah pertolongan cemas iaitu yang
disampaikan oleh kumpulan kedua dalam kumpulan kami yang
diketuai oleh Liyana Bt Hassan. Kumpulan ini telah membentangkan
mengenai sistem pernafasan dan peredaran darah tubuh manusia serta
alat – alat bantuan kecemasan yang boleh didapati dalam peti
kecemasan beserta kegunaannya. Kumpulan ini telah menghasilkan
pembentangan yang agak baik kerana diakhiri dengan kuiz dan
disertakan dengan pemberian hadiah kepada individu yang memberi
jawapan yang tepat.
Perjumpaan seterusnya akan diadakan selepas cuti pertengahan semester
selama seminggu dan diadakan di tempat dan masa yang sama pada 03 Mei
2012.
Disediakan oleh, 19 April 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 6/2012
35
Tarikh : 03 Mei 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan pensyarah dan
perbincangan bersama mengenai perkembangan aktiviti projek akhir
PBSM.
2 Aktiviti seterusnya diikuti oleh pembentangan kumpulan ketiga akhir.
Pembentangan kumpulan tersebut mengenai prinsip-prinsip asas yang
terlibat dalam pertolongan cemas. Pembentangan dari kumpulan yang
terakhir ditangguhkan untuk dijadikan slot aktiviti dalam Kem Jati
Diri PBSM iaitu projek akhir semester.
3 Aktiviti bersambung dengan perbincangan mengenai slot aktiviti yang
perlu diadakan dalam Kem Jati Diri. Ahli jawatankuasa kecil dipilih
untuk menggerakkan aktiviti ini dengan lebih lancar. Noor Zamatul
Shima binti Ahmad selaku Pengerusi PBSM tampil memberikan
penerangan mengenai program yang dirancang. Siti Fatimah telah
dipilih untuk menjadi Naib Pengerusi. Aminah bt Mohd Bahari telah
dipilih sabagai Setiausaha, Fatimah Bt Mohd Yusoff telah dipilih
untuk menjadi Naib Setiausaha dan Asmaa’ Bt Baharudin telah
dipilih menjadi Bendahari.
Disediakan oleh, 03 Mei 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 7/2012
36
Tarikh : 10 Mei 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Kertas kerja untuk menjalankan aktiviti telah disediakan oleh AJK
tertinggi PBSM. Naib pengerusi iaitu Siti Fatimah binti Megat Fauzi
menerangkan mengenai kertas kerja. Berdasarkan penerangan
tersebut aktiviti akan dijalankan pada 18hb Jun 2012 bermula jam
7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang akan
dilaksanakan ialah pertandingan kawad, senamrobik, pembinaan
khemah, dan pembentangan mengenai bencana alam berserta
simulasi.
2 Biro-biro yang terlibat ditentukan bagi memastikan kelancaran
aktiviti pada hari tersebut. Barisan AJK kecil dipilh berdasarkan
kategori tugas dan biro yang terlibat. Antara biro aktiviti yang
diwujudkan ialah bencana alam, khemah, kawad kaki, peralatan,
makanan, kebajikan, kebersihan, pendaftaran dan sijil/hadiah. Saya
telah terpilih sebagai AJK Biro Makanan yang mana biro ini
bertanggungjawab untuk memesan makanan peserta sepanjang hari
program berlangsung.
Disediakan oleh, 10 Mei 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 8/2012
37
Tarikh : 24 Mei 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Padang Kawad UTHM
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah latihan kawad. Dua
seksyen PBSM telah digabungkan untuk berlatih kawad pada masa
yang sama. Dua orang anggota RELA telah mengajar kami mengenai
asas-asas dalam latihan kawad.
2 Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian mengelilingi
padang kawad. Seorang pelajar telah dipilih untuk mengetuai
pemanasan badan. Antara langkah-langkah kawad yang telah diajar
pada hari ini ialah bersedia, luruskan barisan, bergerak ke depan, ke
kanan, ke kiri dan ke belakang.
3 Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah jurulatih berasa
puas hati dengan pergerakan pelajar. Jurulatih memberi pesanan
bahawa pada perjumpaan minggu hadapan latihan kawad akan
disambung semula.
Disediakan oleh, 24 Mei 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 9/2012
38
Tarikh : 31 Mei 2012
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Padang Kawad UTHM
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah sambungan latihan
kawad. Latihan kawad dimulakan dengan satu pusingan larian
mengelilingi padang kawad seperti yang dijalankan pada minggu
lepas.
2 Seterusnya, semua pelajar dikehendaki melakukan senaman regangan.
Latihan kawad terus disambung kepada beberapa pergerakan yang
lain.
3 Latihan ditamatkan pada pukul 6.30 petang setelah semua pergerakan
langkah dalam latihan kawad asas telah dipelajari oleh semua pelajar.
Disediakan oleh, 31 Mei 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 10/2012
Tarikh : 14 Jun 2012
39
Hari : Khamis
Masa : 5:00 petang – 7:00 malam
Tempat : Bilik Tutorial 10
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan pensyarah mengenai
perkembangan projek akhir PBSM. Pengerusi PBSM iaitu Nur
Zamatul Shima memberitahu kepada semua ahli PBSM yang lain
bahawa kertas kerja projek telah diluluskan.
2 Pengerusi membincangkan mengenai perkembangan aktiviti oleh
semua AJK setiap biro yang terlibat. Puan Zarina Mohd Ali
menyumbangkan sebanyak RM100 untuk pelaksanaan aktiviti.
3 Duit sebanyak RM5 telah dikumpul daripada setiap pelajar.
Perbincangan sesama ahli diadakan bagi membincangkan tujuan
wang tersebut dikumpul kerana wang yang ada didapati mencukupi
untuk menanggung segala perbelanjaan. Keputusan diambil agar
wang tersebut digunakan dahulu sebelum memperoleh wang
peruntukan daripada bendahari UTHM.
Perjumpaan ditamatkan pada pukul 6.30 petang kerana bilik perjumpaan
persatuan telah dijadikan dewan peperiksaan.
Disediakan oleh, 14 Jun 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
Laporan Aktiviti Mingguan PBSM Kali 11/2012
Tarikh : 18 Jun 2012
40
Hari : Khamis
Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang
Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar
BIL AGENDA / AKTIVITI1 Kem Jati Diri telah diadakan sebagai satu projek akhir Persatuan
PBSM DPLI UTHM yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi syarat
lulus kursus Kokurikulum semester ini. Kem ini telah bermula dengan
sesi pendaftaran seawal jam 7:30 pagi. Aktiviti diteruskan dengan
nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu PBSM diikuti
Ucapan rasmi oleh Pengerusi PBSM dan bacaan ikrar. Seterusnya
aktiviti Cergas Ceria iaitu senamrobik telah diadakan.
2 Slot ketiga bermula jam 9:30 pagi. Kumpulan pembentangan yang
akhir telah membentangkan tajuk tugasan mereka iaitu berkaitan
bencana alam yang mana bencana merangkumi dua jenis iaitu
bencana alam semula jadi dan bencana buatan manusia. Kumpulan
tersebut turut menyediakan aktiviti untuk menguji kekuatan diri dan
keyakinan diri.
3 Slot seterusnya merupakan aktiviti simulasi yang telah dirancang awal
oleh kumpulan pembentang bagi mewujudkan suasana sebenar
kecemasan. Loceng kebakaran berbunyi menandakan telah berlaku
kecemasan. Beberapa orang didapati luka dan pelajar bertindak
dengan pantas untuk merawat sedaya yang termampu. Saya dan
beberapa rakan PBSM yang lain merawat seorang pelajar yang luka di
kakinya. Terdapat juga mangsa yang pengsan.
4 Slot seterusnya dijalankan sejurus selepas aktiviti simulasi. Slot ini
adalah berkaitan cara-cara mendirikan khemah yang dikendalikan
oleh Biro Khemah. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan
setiap kumpulan dikehendaki mendirikan khemah sendiri sejurus
selepas tunjuk cara mendirikan khemah diajar.
5 Bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan kawad kaki
pada slot aktiviti yang terakhir, kami diberi masa selama 30 minit
selepas aktiviti mendirikan khemah untuk berlatih kawad kaki. Tepat
jam 12:30 tengah hari, pelajar menjamu selera makan tengah hari dan
41
dibenarkan rehat sehingga jam 2:00 petang. Pada pukul 2.30 petang
bermula pertandingan kawad dihakimi oleh Puan Zarina selaku
Penasihat PBSM dan Mejar Nurul Izzah iaitu juri kawad kaki yang
diundang khas. Selesai pertandingan kawad kaki semua ahli PBSM
berkumpul di Surau Kolej Kediaman Melewar untuk menantikan
bermulanya majlis penutup dan penyampaian hadiah.
6 Majlis Penutup bermula pada jam 3:30 petang dengan dimulakan
ucapan pengerusi majlis diikuti ucapan penutup daripada Puan Zarina
selaku Penasihat PBSM. Seterusnya acara penyampaian hadiah
kepada peserta pertandingan kawad kaki dan penyampaian
cenderahati kepada juri pertandingan kawad. Majlis bersurai jam 4:00
petang dan sebelum bersurai para peserta menikmati hidangan minum
petang.
Disediakan oleh, 31 Mei 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Ahli PBSM DPLI UTHM
Seksyen 2
2.4 Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM
Laporan Biro Makanan Kem Jati Diri PBSM
42
Tarikh : 18 Jun 2012
Hari : Khamis
Masa : 7:30 pagi – 4:00 petang
Tempat : Padang dan Surau Kolej Kediaman Melewar
Ketua Biro:
Ahli Jawatankuasa:
BIL
AGENDA / AKTIVITI TINDAKAN/ CATATAN
1 Sarapan pagi
Menu: Bihun goreng
Air: Teh ‘O’ panas
- Saudari Zuliawati selaku Ketua Biro
Makanan bersama AJK Noor
Syakirah Mohamed mengambil
makanan pesanan di kedai kerana
khuatir makanan yang dipesan akan
tiba lewat daripada yang
dijangkakan.
- Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.
- Mengagihkan air mineral kepada
semua peserta
- Mengemaskan meja
- Semua ahli Biro Makanan
- Terdapat lebihan makanan
kerana ada ahli PBSM
yang tidak hadir.
2 Makan tengah hari
Menu: Nasi putih, Kari ayam, ikan masin,
Sayur campur
Air: Oren sejuk
Buah: Oren Sunkist
- Semua AJK Biro Makanan
mengagihkan makanan kepada para
peserta dan memastikan semua
- Semua ahli Biro Makanan
43
peserta memperoleh makanan
tengah hari.
- Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.
- Mengagihkan air mineral kepada
semua peserta.
3 Minum petang
Menu: Pulut Panggang dan Karipap
Air: Teh panas
- Semua AJK Biro Makanan
mengagihkan makanan kepada para
peserta dan memastikan semua
peserta memperoleh makanan
tengah hari.
- Menuangkan air di dalam cawan
untuk setiap peserta bagi
mempercepatkan pengagihan
makanan.
- Mengemaskan meja , peralatan dan
bekas makanan.
- Semua ahli Biro Makanan
- Lebihan kuih yang tidak
habis diagihkan dan diberi
kepada para peserta untuk
dibawa pulang.
- Bekas-bekas makanan
diserahkan kepada tuan
kedai
Disediakan oleh, 18 Jun 2012
……………………….
(SITI ZULAIKHA SALLEH)
Setiausaha Biro Makanan
PBSM DPLI
BAB 3
3.1 Slaid pembentangan kumpulan Slot 1
44
Tajuk: Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
3.2 Slaid pembentangan kumpulan Slot 2
Tajuk: Kaedah Pertolongan Cemas
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
BAB 4
4.1 Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas bermaksud pertolongan atau bantuan segera yang bersifat
sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau
kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan pertolongan cemas adalah untuk:
i. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
ii. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
iii. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat pemberi pertolongan cemas yang baik:
i. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan
kes-kes kecemasan.
ii. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian atau sekelilingnya.
iii. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu
kes.
iv. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
v. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa
memberi keutamaan rawatan mangsa.
vi. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat
mengurangkan kesakitan si mangsa.
Tugas-tugas ahli pertolongan cemas:
i. Menyelamatkan mangsa secara pemulihan pernafasan CPR jika
pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan
mangsa dari terjadi renjatan.
78
ii. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan
dari jangkitan kuman.
iii. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah
dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan
tetap dan tidak bergerak.
iv. Elak mangsa dari mengalami renjatan.
v. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan
tenang.
vi. Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
Pengendalian mangsa kemalangan
i. Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa
menghadapi keadaan.
ii. Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
iii. Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan
segera.
iv. Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
i. Membuat penilaian keadaan
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
ii. Membuat diagnosis
- mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan
pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
iii. Memberi rawatan sementara
- menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan
kepada mangsa yang teruk.
iv. Membuat dan memberi laporan
- mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan
rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
79
v. Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang
sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
vi. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak
sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-
mana bahagian yang ketat.
vii. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
viii. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa,
pendarahan dan kecederaan patah.
ix. Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan
diperlukan.
4.2 Jenis-jenis balutan luka
i. Balutan luka tangan
Luka di telapak tangan
Luka siku
80
Luka pergelangan tangan
Luka tangan
Luka di lengan
81
Luka jari
ii. Balutan luka dada
Luka depan
Luka belakang
82
iii. Balutan luka bahu
Luka bahu
iv. Balutan luka peha
Luka peha
v. Balutan luka lutut
Luka lutut
83
4.3 Pembebat dan pembalut
Pembebat
Pembebat kain kasa
Tujuan pembebatan:
i. Menahan pendarahan
ii. Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah
kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
iii. Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih
suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan
adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah
menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan:
i. Sapu tangan yang bersih.
ii. Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang
atau menyentuh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini
bertujuan meminimumkan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
84
Pembalut
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan
rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan
ialah:
i. Pembalut tiga segi (triangular bandage).
ii. Pembalut lebar (broad bandage).
iii. Pembalut panjang (narrow bandage).
iv. Pembalut gulung (roller bandage).
Kegunaan Kain Pembalut:
i. Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
ii. Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
iii. Mengampu bahagian yang cedera.
iv. Membantu menghentikan pendarahan.
v. Mengurangkan bengkak.
85
4.4 Kit bantuan kecemasan “First Aid Kit”
'First Aid Kit' atau kotak pertolongan cemas ialah kotak yang mengandungi
peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan.
Kepentingan 'First Aid Kit'
i. Menyimpan item perubatan untuk pertolongan cemas
ii. Memenuhi keperluan perundangan
Ciri-ciri ' First Aid Kit '
i. Kotak - tegap, kuat, mudah alih dan berwarna putih dengan lambang
bulan sabit merah
ii. Lokasi - mudah dikenal pasti, di simpang di tempat terang dan boleh
dilihat, senang diambil.
iii. Kandungan - mencukupi, mengikut kegunaan dan diperiksa dengan
kerap
Kit Pertolongan Cemas
86
Satu kit asas mengandungi:
BIL PERALATAN CONTOH
1 Krim “antihistamine”
untuk melegakan rasa
gatal
2 Sebatian antiseptik untuk
membersihkan luka-luka
kecil
3 Tablet parasetamol atau
aspirin untuk sakit kepala,
demam dan melegakan
kesakitan ringan (aspirin
tidak harus diberikan
kepada orang di bawah
umur 16 tahun).
4 Pembalut luka (bandage)
87
5 Plaster (sekurang-
kurangnya sepeket)
6 Pita bergam untuk
membalut
7 ‘Crepe bandage’ untuk
rawatan terseliuh
8 Pembalut elastik
9 Pembalut tiga segi
88
10 Losyen ‘calamine’ untuk
ruam yang gatal
11 LMS Solution untuk
melegakan kesakitan otot
12 Kapas steril (1 gulung)
13 Gauze steril
14 ‘Dressing’ untuk luka
89
15 Hidrogen Peroksida atau
Alkohol untuk sapuan
16 Putik kapas untuk
meletakkan ubat
17 Pin untuk menetapkan
bandage
18 Gunting yang tajam tetapi
mempunyai hujung yang
tumpul (untuk kegunaan
pertolongan cemas sahaja)
19 Penyepit yang tajam di
hujung (untuk membuang
selumbar)
90
LAMPIRAN
Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti Kem Jati Diri PBSM
Tarikh: 18hb Jun 2012
Masa: 7:30 pagi hingga 4:30 petang
91
92