PKT Juara Keseluruhan Konvensyen KIK Horizon Baharu Peringkat
Kebangsaan Politeknik Malaysia 2017
TERENGGANU, 16 Oktober - Kumpulan Strikers XVI muncul juara
keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon
Baharu Politeknik Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 yang
berlangsung selama 3 hari di Hotel Permai, Kuala Terengganu dan
berakhir semalam. Kemenangan kali ini menjadikan tiga tahun berturut-
turut anugerah ini digondol oleh Politeknik Kuala Terengganu.
Kumpulan tersebut turut meraih johan bagi Kategori Penyampaian
Perkhidmatan (Penambahbaikan) dan tempat pertama bagi pameran
terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000 bagi Kategori
Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) dan RM500 bagi
pameran terbaik beserta piala pusingan dan sijil sebagai mengiktiraf
kejayaan projek serta inovasi mereka dalam pertandingan berkenaan.
Selain itu, kumpulan V-Idea juga dari PKT merangkul tempat ketiga bagi
kategori yang sama. Sementara Kumpulan King of Kaizen Kairyo (3K)
dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah mendapat naib johan.
Menurut Radiah Che Su, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu
“kejayaan ini merupakan pencapaian terbesar yang amat
membanggakan seluruh warga PKT. Selain itu, selaku tuan rumah saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan konvensyen kali ini”
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz pada majlis
perasmian penutup konvensyen tersebut. Menurut beliau dalam
ucapan perasmiannya, “sebagai sebuah institusi peneraju Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia, Politeknik
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan
berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran dan industri.
Oleh itu, menerusi kepakaran, kemahiran dan idea-idea inovasi yang
dimiliki oleh warga akademik dan staf Politeknik diharapkan dapat
memenuhi aspirasi negara ini”.
Sebanyak 29 kumpulan KIK dari 19 buah politeknik telah bertanding
pada konvensyen kali ini dengan mengemukakan produk serta inovasi
yang memberi manfaat kepada organisasi dan industri.
Majlis ini turut menyaksikan upacara menandatangani Nota
Persefahaman antara PKT dan Universitas Karimun. Kedua-dua pihak
telah bersetuju untuk menjalinkan kolaborasi untuk berkongsi
kepakaran dan pengalaman dalam bidang TVET.
Turut hadir pada majlis ini ialah Dr. Mohd Rashahidi bin Mohamood,
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik, Dr.
Abdul Rahim Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Politeknik serta Dr. Elvis Adril, Rektor Universitas Karimun.
Top Related