PIDATO
mohamed aidil subhan
Objektif bengkel
• Mengaplikasi ilmu berpidato yang berkesan
• Penggunaan pendekatan persuasif yang berkesan
• Persiapan teks pidato yang berkesan
• Menyerapkan pemikiran kritikal & kreatif
• Memaparkan keyakinan diri
Pembahagian bengkel
1. Apa itu kemahiran berpidato
2. Pidato dalam kumpulan kecil
3. Pertandingan pidato & reviu
Apa itu pidato?
• P – Percakapan individu di hadapan khalayak
• I – Isi yang padat
• D – Dalam masa yang singkat
• A – Atur isi dengan baik
• T – Tutur kata yang sopan dan bernas
• O – Olahan yang persuasif
Strategi Berucap
• Strategi masalah & penyelesaiannya
• Strategi kelebihan manfaat
• Strategi memenuhi keperluan
• Strategi pendekatan dorongan
Masalah & Penyelesaian
• Terangkan masalah yang ada
• Terangkan cadangan penyelesaian masalah– Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita ada
masalah besar. Masalahnya adalah …
Kelebihan manfaat
• Digunakan apabila khalayak ada pilihan lain
• Jangan kutuk idea-idea pesaing
• Jelaskan manfaat idea anda– Sememangnya terdapat banyak kedai yang
menjual nasi ayam di merata Singapura ini. Namun demikian, nasi ayam saya ni spesel. Nasi ayam saya ini istimewa. Nasi ayam saya ini yang sejati…
Memenuhi keperluan
• Terangkan keperluan-keperluan mereka
• Terangkan bagaimana cadangan itu dapat memenuhi keperluan mereka– Sebagai seorang penuntut di NIE
sememangnya saudara memerlukan …
Pendekatan Dorongan
• Cadangan itu merupakan sesuatu yang mudah mereka bayangkan
• Strategi sesuai untuk terima dan sokong rancangan
• Tujuannya agar mereka terpengaruh
• Ada lima langkah
Langkah Pertama
• Tarik minat mereka. Ajak mereka membayangkan suatu keadaan.– “Tuan-tuan dan puan-puan, bayangkan kita
semua tinggal dalam sebuah taman yang besar…”
– Saudara-saudara, bayangkan saudara-saudara berada di puncak Gunung Tahan…”
Langkah Kedua• Terangkan kepada
mereka keadaan yang sedang dialami. Gunakan
– Gambar-gambar– Barang-barang contoh– Cerita-cerita sebenar
Langkah Ketiga• Terangkan dengan
terperinci rancangan yang ada
• Tunjukkan bukti-bukti supaya mereka yakin
Langkah Keempat• Ajak mereka bayangkan faedah yang akan
– dirasai– dialami– dinikmati“Bayangkan nanti kita semua hidup ibarat
dalam taman yang kita bina sendiri. Apabila kita pergi kerja dan balik kerja kita naik kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam di jalan-jalan yang berpagar pokok-pokok bunga di kiri dan kanan kita…”
Langkah Kelima
• Ajak mereka fikirkan sumbangan mereka kepada kejayaan rancangan tersebut.
“Fikirkanlah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kejayaan yang diraih ini tidak akan menjadi kenyataan jika tidak kerana kerjasama yang kita lalui bersama. Kesepakatan dalam mengharungi dugaan. Kecekalan dalam mengatasi rintangan”
10 tip pemidato berkesan
1. Berpidato jangan berbual2. Gunakan fakta yang bernas3. Buat catatan4. Buat kutipan5. Pandang khalayak6. Hafal teks7. Jangan gunakan alat visual8. Gunakan sistem diamond9. Jangan kata ‘satu perkara lagi…’10. Tutup dengan punch!
Tema pidato kecil
1. Siapa cepat dia dapat!
2. Hati-hati di jalan raya!
3. Bahasa jiwa bangsa!
4. Biar putih tulang jangan putih mata!
5. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih!
Tajuk pidato
1. Singapura memerlukan casino untk menyemarakkan industri pelancongannya.
2. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting dalam kehidupan saya.
3. Saya ingin mengambil bahagian dalam pertandingan Singapore Idol!