PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN
ISLAM) TERHADAP SENI KHAT
WAN MOHAMAD FAHMI BIN WAN RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTAPENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP SENI KHAT.
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya WAN MOHAMAD FAHMI BIN WAN RAMLI______(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
__________________________________(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap :NO 2, JALAN KEJAYAAN 64,TAMAN UNIVERSITI,81300 SKUDAI, JOHOR
Tarikh : 19 APRIL 2010
__________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)
Nama Penyelia :DR. ABD RAHMAN BIN HAMZAH
Tarikh : 19 APRIL 2010
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
DISAHKAN OLEH:
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penyelia : DR. ABD RAHMAN BIN HAMZAH
Tarikah : 25 MAC 2010
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP SENI KHAT
WAN MOHAMAD FAHMI BIN WAN RAMLI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
PENGAKUAN PENYELIDIK
“Saya akui ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ......................................................
Nama Penulis : WAN MOHAMAD FAHMI BIN WAN RAMLI
TARIKH : 25 MAC 2010
iii
DEDIKASI
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
Dengan RedhaNya Atas Segala ketentuanku,
Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,
Nabi Muhammad s.a.w,
Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia,
Dari Kegelapan Kepada Cahaya.
Ibu dan Ayah yang amat dikasihi..
Wan Ramli Bin Wan Nawang dan Tumiah Binti Suratman,
Curahan kasih sayang yang tiada bertepian untuk anakmu ini,
Pengorbanan yang tidak mampu kubayar,
Hanya doa yang ku abadikan dalam doa-doaku,
Agar ibu dan ayah sentiasa di bawah lindunganNya,
Di Dunia dan Di akhirat sana Kelak..
Abang, kakak dan adik yang disayangi..
Teruskan perjuangan hidup kalian untuk mencapai cita-cita,
Persaudaraan selamanya,
Semoga Allah merahmati kalian selamanya..
Pensyarah-pensyarah yang dihormati..
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tidak mampu diungkapkan,,
Sejuta penghargaan di atas semua didikan dan tunjuk ajar,
Semoga redha Allah manjadi milik kalian..
Sahabat-sahabat yang budiman..
Mengharungi perjuangan ini bersama kalian tidak mungkin dilupakan,
Salam ukhwah yang tiada berpenghujung,
Selamanya dihati,
Hidup Biar Berjasa..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T
pentadbir sekalian alam diatas keizinan dan limpah rahmat-Nya jua maka dapatlah
penulis menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini. Tidak dilupakan, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabatsabahat
Baginda.
Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek penulis yang
dedikasi, Dr Abd Rahman Bin Hamzah yang telah banyak membantu dan membimbing
penulis untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada
semua pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial dan Fakulti
Pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu penulis
menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Pengajian Islam) terutamanya pelajar tahun empat yang sering
memberikan kerjasama dan bertukar idea demi menyiapkan projek ini.
Diharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pembaca.
Ribuan kemaafan dipohon di atas apa juga kelemahan terhadap kajian ini. Semoga
segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.
Sekian, wasalam.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian
viii
1.6.1 Fakulti Pendidikan UTM 6
1.6.2 Individu 6
1.6.3 Masyarakat 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Istilah/Takrif 8
1.8.1 Pelajar 8
1.8.2 SPI 9
1.8.3 Seni 9
1.8.4 Khat 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Sejarah dan Perkembangan Seni Khat 12
2.2.1 Seni Khat pada Zaman Permulaan Islam 13
2.2.2 Seni Khat pada Zaman Umawiyyah 14
2.3.2 Seni Khat pada Zaman Abasiyyah 15
2.3 Jenis-Jenis Khat 16
2.3.1 Khat Kufi 17
2.3.2 Khat Nasakh 18
2.3.1 Khat Thuluth 19
2.3.1 Khat Riq’ah 20
2.3.1 Khat Diwani 21
2.3.1 Khat Farisi 22
2.4 Seni Khat di Malaysia 22
2.5 Seni Khat dalam Pendidikan 26
2.5.1 Pengajaran Seni Khat Secara Formal 26
2.5.2 Pengajaran Seni Khat Secara Tidak Formal 30
ix
2.6 Disiplin dan Kaedah Penulisan Khat Secara Umum 32
2.7 Kelengkapan Seni Khat 35
2.7.1 Pen Khat 35
2.7.2 Dakwat 35
2.7.3 Pisau dan Maqta 36
2.7.4 Kertas atau Permukaan Yang Sesuai 36
2.8 Kajian-Kajian Lepas 36
2.9 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Bahagian A 42
3.5.2 Bahagian B 42
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Analisis Data 45
3.8 Jangka Masa Kajian 46
3.9 Kesimpulan 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 48
4.2.1 Umur Responden 48
x
4.2.2 Tahun Pengajian responden 48
4.2.3 Jantina Responden 49
4.2.4 Latar Belakang Pendidikan Responden 49
4.2.5 Latar Belakang Pendidikan RespondenTerakhir
Sebelum Memasuki UTM 50
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 50
4.3.1 Maklumat pengetahuan pelajar SPI terhadap
Seni Khat 51
4.3.2 Maklumat pengetahuan pelajar SPI terhadap
Kemahiran Seni Khat 55
4.3.3 Maklumat mengenai kaedah yang digunakan oleh
responden bagi meningkatkan tahap penguasaan
terhadap kemahiran Seni Khat 60
4.3.4 Maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh
responden dalam menguasai 65
4.3.5 Analisis keseluruhan bagi objektif pertama 68
4.3.6 Analisis keseluruhan bagi objektif kedua 70
4.3.7 Analisis keseluruhan bagi objektif ketiga 72
4.3.8 Analisis keseluruhan bagi objektif keempat 73
4.4 Kesimpulan 75
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 76
5.2 Ringkasan Kajian 77
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 77
5.3.1 Maklumat latar belakang responden 77
5.3.2 Pengetahuan pelajar SPI terhadap Seni Khat 79
xi
5.3.3 Pengetahuan pelajar SPI terhadap Kemahiran
Seni Khat 81
5.3.4 Kaedah Yang Digunakan bagi Meningkatkan
Tahap Penguasaan Responden Terhadap Kemahiran
Seni Khat 85
5.3.5 Masalah yang dihadapi Responden Dalam
Menguasai Seni Khat 89
5.4 Rumusan 92
5.4.1 Rumusan pengetahuan pelajar SPI terhadap
Seni Khat 92
5.4.2 Rumusan pengetahuan pelajar pelajar SPI terhadap
Kemahiran Seni Khat 93
5.4.3 Rumusan Kaedah Yang Digunakan bagi Meningkatkan
Tahap Penguasaan Responden Terhadap Kemahiran
Seni Khat 93
5.4.4 Rumusan Masalah yang dihadapi Responden Dalam
Menguasai Seni Khat 94
5.5 Cadangan 95
5.5.1 Fakulti Tamadun Islam 95
5.5.2 Pelajar 96
5.5.3 Guru 96
5.5.4 Sekolah 97
5.5.5 Bahagian Pendidikan Islam 97
5.5.6 Pusat Pengajian Tinggi 98
5.5.7 Kerajaan 98
5.6 Cadangan kajian Lanjutan 99
5.7 Kesimpulan 100
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert 42
3.2 Maklumat Pembahagian Soal Selidik 43
3.3 Pengkelasan maklum balas bagi soal selidik bahagian B 43
3.4 Skala Pemeringkatan Likert untuk Min 43
4.1 Taburan responden mengikut umur 48
4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 48
4.3 Taburan responden mengikut jantina 49
4.4 Taburan responden mengikut latar belakang sekolah 49
4.5 Taburan responden mengikut latar belakang
pendidikan 50
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 51
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 51
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 52
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 52
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 53
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 53
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 53
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 54
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 54
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 55
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 55
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 56
xiv
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 56
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 57
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 57
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 57
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 58
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 58
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 58
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 59
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 59
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 60
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 60
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 61
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 61
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 61
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 62
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 62
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 63
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 63
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 63
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 64
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 64
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 65
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 65
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 66
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 66
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 67
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 67
4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 67
4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 68
xv
4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi pengetahuan
Pelajar terhadap Seni Khat 68
4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi pengetahuan
Pelajar terhadap Kemahiran Seni Khat 70
4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi kaedah-
kaedah yang digunakan bagi meningkatkan tahap
penguasaan responden terhadap kemahiran 72
Seni Khat
4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
masalah-masalah yang dihadapi responden
dalam menguasai Seni Khat 73
xvii
SENARAI SINGKATAN
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
s.a.w Sallallahualaihiwassallam
r.a Radiyallahuanhu/ha
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
S.W.T Subhanahu Wa Taala
UTM Universiti Teknologi Malaysia
IPT Institusi Pengajian Tinggi
STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
SMRA Sijil Menengah Rendah Agama
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
j-QAF Program Jawi, al-Quran dan Asas Fardhu Ain
SMA Sekolah Menengah Agama
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam adalah agama benar dan suci yang mengusun kehidupan manusia dari segala
aspek sama ada pada zahir mahupun batin. Ia tidak pernah melarang umatnya dari
tertarik dengan keindahan, malahan mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu
sebagai satu tuntutan agama.
Salah satu daripada keindahan Islam itu dapat dilihat dari Seni Khat atau yang
dikenali sebagai seni kaligrafi Islam. Ia merupakan salah satu seni daripada seni-seni
warisan Islam yang mana telah memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan
insani sejak zaman berzaman. Tiada siapa yang dapat menafikan peranannya. Islam
tidak pernah menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf
keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agama Islam.
Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w,
masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang
dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan tamadun Islam
untuk ditatap generasi seterusnya. Dengan seruan yang penuh nada prihatin dan
2
mendidik, ayat tersebut mengajak manusia untuk melihat kepentingan ilmu sebagai
bekalan dunia yang paling berharga. Ayat terbabit memberikan isyarat yang cukup jelas
sesungguhnya agama yang disampaikan kepada manusia oleh Nabi Muhammad s.a.w
ialah agama ilmu, agama yang bertulangbelakang pengetahuan yang hanya dapat
diperoleh dengan membaca (Abd Rahman Hamzah, 2008).
Oleh sebab kitab al-Qur’an sendiri menyuruh umat manusia agar tahu membaca,
menulis, melalui ayat yang pertama diturunkan, maka Rasulullah S.A.W.
memerintahkan tawanan perang yang pandai menulis, membaca mengajar anak-anak
orang islam menulis dan membaca, sebagai satu isyarat supaya mereka boleh dibebaskan
(Manja Mohd. Ludin & Ahmad Suhaimi, 1995).
Sedangkan pada permulaan Islam hanya beberapa orang sahaja di kalangan
mereka yang boleh membaca dan menulis di kota Mekah. Fenomena ini dengan
sendirinya telah merobah tradisi bahasa arab sebelum tradisi tulisan. Perubahan dan
perkembangan ini ternyata berlaku terlalu cepat sesuai dengan perkembangan agama
islam itu sendiri, mulai dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Bani Umaiyah
berlanjutan ke zaman Abbasiyyah dan seterusnya ke zaman keemasan dan kegemilangan
pemerintahan Islam (Manja Mohd. Ludin & Ahmad Suhaimi, 1995).
Penyebaran Islam ke merata tempat telah mempengaruhi pelbagai masyarakat
untuk mendekati dan mendalami budaya Islam. Khat mula diterima dan dipelajari oleh
pelbagai bangsa di dunia. Khat diubahsuai mengikut cita rasa masyarakat setempat
sehingga lahir pelbagai gaya seni khat. Menurut Yasin Hamid jenis khat yang paling
popular sehingga kini dihadkan kepada enam bentuk iaitu Khat Nasakh, Khat Thulus,
Khat Diwani, Khat Kufi, Khat Riq’ah, Khat Farisi (Abd Rahman Hamzah, 2008).
Kesimpulannya, Seni Khat yang dapat kita lihat pada hari ini sama ada yang terdapat
pada helaian mushaf al-Qur’an sehinggalah kepada dinding-dinding mahupun di kubah-
kubah masjid jelas menunjukkan ketinggian seni warisan Islam. Justeru itu,sewajarnya
untuk kita mengorak langkah dan mengambil inisiatif untuk menguasai dan mendalami
3
Seni Khat ini disamping ilmu-ilmu yang lain. Di samping itu juga, ia dapat meneruskan
tradisi kecemerlangan umat Islam masa lampau di dalam bidang kesenian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Islam adalah agama yang nyata dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua
tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu,
perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada
keindahan. Keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat
dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-
kata atau bahasa.
Seni Khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-
nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan,
perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
Ramai dikalangan umat Islam pada zaman sekarang tidak ramai yang
mengetahui tentang kemahiran Seni Khat bahkan hanya segelintir sahaja yang
mengetahuinya. Menurut Naib Yang Dipertua Persatuan Seni khat Kebangsaan Prof
Madya Dr Muhamad Bukhari Ahmad Lubis dalam Berita Harian 1999, Kementerian
perlu memandang serius perkara itu kerana generasi muda semakin kurang pendedahan
mengenai tulisan Seni Khat sejak kebelakangan ini meskipun hakikatnya kesenian itu
boleh menjurus pelajar kearah kebaikan. Sedangkan Seni Khat itu mempunyai nilai
estetika sebagai warisan bangsa, perlu dipertahankan masyarakat supaya terus kekal
menjadi seni yang tidak hilang daripada perkembangan zaman. Menurut Yang Dipertua
Persatuan Seni khat Kebangsaan Mohd Yusof dalam berita harian 1999, Seni Khat
mempunyai unsur dalam pembentukan rohani dan jasmani, maka itu wajarlah usaha
melipatgandakan penggunaan tulisan ini dilakukan, khususnya di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) tempatan (Berita Harian, 1 Februari 1999).
4
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan keadaan yang berlaku sekarang, penyelidik berasa perlu bagi
menjalankan kajian di Universiti Teknologi Malaysia terutamanya kepada pelajar-
pelajar SPI Fakulti Pendidikan. Ini kerana, pada masa kini, guru-guru yang mengetahui
tentang kemahiran Seni Khat mempunyai jumlah yang sedikit.
Selain itu, Seni Khat juga sudah diperkenalkan pada peringkat sekolah menerusi
program Jawi, al-Quran dan Asas Fardhu Ain (j-QAF). Di antara objektif program j-
QAF iaitu menguasai bacaan dan tulisan Jawi (Khat). Menurut Pengerusi Persatuan Seni
Khat Kebangsaan Johor, Jainal Sakiban Al-Jauhari berkata, pelbagai usaha sedang giat
dijalankan kerajaan bagi memastikan seni khat Islam terus dimartabatkan. Beliau
berkata, program pembelajaran tulisan Jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (J-Qaf)
membuktikan bahawa kerajaan juga memandang serius terhadap pembangunan Seni
Khat yang semakin terpinggir kesan daripada arus pembangunan semasa.
Program J-Qaf merupakan penyambung kepada Seni Khat kerana pendidikan
mengenai seni juga termasuk dalam sukatan kurikulum pembelajaran mereka. Penyataan
ini menimbulkan kerisauan di kalangan guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam
mengajar seni khat. Ini kerana mereka tidak mempunyai asas-asas untuk mengajar Seni
Khat, dan bagaimana mereka hendak mengajar kepada murid-murid? Bagaimana mereka
hendak menonjolkan Seni Khat di kalangan pelajar? Hal ini akan menyebabkan
pengajian tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan guru yang berkebolehan untuk
mengajar mata pelajaran berkenaan.
Sehubungan dengan masalah itu, fokus kajian ini ditumpukan khusus kepada
pelajar SPI Fakulti Pendidikan, yang mana mereka akan menjadi guru di sekolah dan
mungkin mereka akan diberikan tugas untuk mengajar Seni Khat atau kerja-kerja yang
berkaitan dengan Seni Khat di sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah bagi pelajar
SPI kerana mereka tidak didedahkan dengan kemahiran Seni Khat secukupnya dan
tidak diajarkan secara formal dalam silibus kursus SPI.
5
Justeru itu, berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang dinyatakan,
penyelidik berminat untuk mengetahui pengetahuan tentang Seni Khat dan tahap
kemahiran Seni Khat yang mereka ketahui.
1.4 Objektif Kajian
1. Untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar SPI terhadap Seni Khat.
2. Untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar SPI terhadap kemahiran Seni Khat.
3. Untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan bagi meningkatkan tahap
penguasaan mereka terhadap kemahiran Seni Khat.
4. Untuk mengenal pasti masalah responden yang dihadapi dalam menguasai Seni
Khat.
1.5 Persoalan Kajian
1. Bagaimanakah pengetahuan pelajar SPI terhadap Seni Khat?
2. Bagaimanakah pengetahuan pelajar SPI terhadap kemahiran Seni Khat?
3. Apakah kaedah yang digunakan bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka
terhadap kemahiran Seni Khat?
4. Apakah masalah yang dihadapi responden dalam menguasai Seni Khat?
Top Related