@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
Peribahasa PMR
Set 1
Nama : _____________________________
1. Ada udang di sebalik batu
• Ada tujuan lain dalam sesuatu perbuatan
2. Air dalam tempayan dicurahkan
• Melepaskan apa yang ada sebelum pasti mendapat sesuatu
3. Air dicencang tiada putus
• Perhubungan adik-beradik yang tidak akan putus
4. Alah biasa tegal biasa
• Dapat membuat sesuatu kerana sudah biasa
5. Alang-alang berminyak, biar licin
• Buat sesuatu sehingga siap
6. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
• Ahli keluarga ditinggalkan kerana hendak membantu orang lain
7. Anjing menyalak bukit
• Perbuatan yang sia-sia
8. Arang habis besi binasa
• Usaha yang tidak membawa hasil
9. Aur dengan tebing
• Saling membantu
10. Ayam terlepas tangan bau tahi
• Mendapat malu akibat perbuatan jahat
11. Bagai air titik ke batu
• Memberikan nasihat yang sia-sia
12. Bagai anjing tersepit di pagar
• Serba salah semasa berada dalam kesusahan
13. Bagai dakwat dengan kertas
• Perhubungan yang sangat mesra / rapat
14. Bagai dihiris dengan sembilu Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Pro
gram
Bahasa
Mala
ysia E
dubest
• Amat menyakitkan hati
15. Bagai inai dengan kuku
• Sangat karib/rapat
16. Bagai itik pulang petang
• Berjalan perlahan
17. Bagai murai dicabut ekor
• Mulut becok / suka bercakap & bising
18. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
• Sifat anak seperti bapanya
19. Bagaimana tepuk begitulah tarinya
• Mengikut perintah
20. Bakar air hendakkan abu
• Pekerjaan yang sia-sia
21. Banyak makan garam
• Banyak pengalaman hidup
22. Beraja di mata, bersultan di hati
• Buat sesuatu mengikut nafsu / kehendak sendiri
23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian
• Susah dahulu senang kemudian
24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
• Sama-sama senang dan susah
25. Bertanam tebu di bibir mulut
• Membuat janji manis / bermulut manis
26. Biar mati anak jangan mati adat
• Korbankan kepentingan sendiri untuk adat bangsa
27. Biduk berlalu kiambang bertaut
• Perhubungan ahli keluarga yang tidak akan terputus Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Pro
gram
Bahasa
Mala
ysia E
dubest
28. Buang yang keruh, ambil yang jernih
• Yang baik jadi contoh, yang buruk jadikan teladan
29. Bumi mana yang tidak kena hujan
• Semua orang pernah melakukan kesalahan
30. Burung terbang dipipiskan lada
• Angan-angan
31. Cacing hendak menjadi naga
• Orang biasa / berdarjat rendah ingin menjadi orang berkedudukan tinggi
32. Cepat kaki, ringan tangan
• Rajin dan giat
33. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
• Berjimat-cermat semasa berbelanja
34. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
• Jika hendak, ada cara untuk melakukan sesuatu
35. Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil
• Orang akan tertumpu di tempat yang ada rezeki
36. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
• Menghormati adat di tempat kita
37. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
• Orang yang diam tetapi berguna/ pandai / buat kerja
38. Embun di hujung rumput
• Tidak kekal lama
39. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
• Pentingkan diri sendiri
40. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
• Kuasa besar bergaduh, rakyat / orang bawahan yang susah
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
41. Gajah seekor gembala dua
• Dua orang lelaki meminati seorang perempuan
42. Gula di dalam mulut
• Kerja yang sangat senang ; sesuatu yang sudah dikuasai
43. Habis sepah manis dibuang
• Seseorang ditinggalkan setelah tidak diperlukan lagi
44. Harapkan pagar, pagar makan padi
• Orang yang diharapkan tidak setia kepada kita
45. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
• Seseorang yang suka menonjolkan diri
46. Hujan jatuh ke pasir
• Nasihat yang sia-sia
47. Ikan kena tuba
• Sudah tidak bermaya lagi
48. Isi dengan kuku
• Persahabatan yang rapat
49. Kacang melupakan kulit
• Tidak mengenang jasa
50. Kaduk naik junjung
• Orang hina berasa dirinya mulia
51. Kalau tak ada api, masakan ada asap
• Sesuatu perkara berlaku pasti ada sebab
52. Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan
• Anak yang dimanjakan akan rosak, isteri yang diuliti akan menyusahkan
53. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
• Sama-sama susah dan senang
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 4
54. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
• Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda
55. Kera mendapat bunga
• Tidak tahu menghargai benda yang didapati
56. Kerbau punya susu, sapi punya nama
• A membuat kerja, B mendapat nama
57. Lemak-lemak santan berlada
• Kata-kata yang tajam (menyakitkan hati)
58. Lempar batu sembunyi tangan
• Orang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya
59. Lesung mencari antan
• Perempuan mencari lelaki
60. Lidah tidak bertulang
• Mudah berjanji tetapi mudah juga mengubah janji
61. Marahkan pijat kelambu dibakar
• Mengorbankan keseluruhan kerana tidak berpuas hati dengan perkara kecil
• Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang
62. Melepaskan anjing tersepit
• Membantu orang yang tidak mengenang budi
63. Mencari umbut di dalam batu
• Pekerjaan yang sia-sia
64. Mencurahkan air ke daun keladi
• Nasihat yang sia-sia
65. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
• Mendapat tahu peluang (yang belum pasti), apa yang dimiliki dilepaskan
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 5
79. Sambil menyelam minum air
• Mencapai beberapa maksud/tujuan apabila melakukan suatu kerja
80. Sebab mulut badan terjerat
• Ditimpa kesusahan kerana mulut (percakapan)
81. Sebab nila setitik, rosak santan sebelanga
• Disebabkan perbuatan seorang, semua mendapat nama buruk
82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
• Sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak
83. Sepandai-pandai tupai melompat, sesekali terjatuh juga
• Sepandai mana pun seseorang itu melarikan diri setelah berbuat jahat, akhirnya akan tertangkap juga
84. Seperti enau dalam belukar
• Mementingkan diri
85. Seperti gergaji dua mata
• Orang yang mendapat keuntungan / kebaikan daripada 2 pihak
86. Seperti langit dengan bumi
• Jauh berbeza
87. Seperti pinang dibelah dua
• Sangat padan
88. Seperti pungguk merindukan bulan
• Rindu yang amat dalam tetapi tidak akan tercapai
89. Seperti tempayan bocor
• Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia
90. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
• Sedar sebelum terkena membawa kebaikan, menyesal kemudian tidak berguna
91. Sudah jatuh ditimpa tangga
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 7Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
66. Menjolok sarang tebuan
• Melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya
67. Murai dicabut ekor
• mulut becok / bising
68. Musang berbulu ayam
• Musuh yang menyamar sebagai orang baik
69. Nasi menjadi bubur
• Sudah terlewat
70. Orang mengantuk disorongkan bantal
• Mendapat sesuatu yang dihajati
71. Pelanduk dua serupa
• Orang yang seakan-akan sama rupanya
72. Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
• Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahasa tetap mengancamnya
73. Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air
• Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya
74. Perigi mencari timba
• Perempuan mencari lelaki
75. Pucuk dicita ulam mendatang
• Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan
76. Retak menanti belah
77. Ringan mulut berat tulang
• Rajin bekerja mudah rezeki
78. Rumah siap pahat berbunyi
• Hanya bersuara lepas keputusan dibuat
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 6Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
• Ditimpa malang 2 kali berturut-turut
92. Sudah terhantuk baru tengadah
• Sudah terkena baru sedar
93. Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan
• Disebabkan sifat tamak, kerja hina dilakukan juga
94. Tangan penat memerah, pasu mendapat santannya
• Seseorang membuat kerja, orang lain mendapat kebaikan
95. Telur di hujung tanduk
• Kedudukan yang bahaya / tidak stabil
96. Umpan habis, ikan tak kena
• Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian
97. Umpan seumpan, kail sebentuk
• Melakukan sesuatu tanpa persediaan yang cukup
98. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
• Keuntungan atau kemewahan datang daripada pelbagai punca; orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja.
99. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
• Keuntungan yang diharap tidak didapati dan yang telah ada lesap / hilang pula
100. Yang teguh disokong, yang rebah ditindih
• Orang kaya biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu.
Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 8Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
Top Related