PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA
SITI FATIN FARHANA BINTI RUSLAN
Projck ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Fakulti Sains Kognitifdan Pembangunan Manusia UNIVE: RSI"I'I MALAYSIA SARAWAK
2009
PENGHARGAAN/ACKNOWLEDGEMENT
Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah diberikan kekuatan, dan ketabahan hati untuk menyiapkan kajian ini schingga ke noktah yang terakhir. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga didedikasikan khas buat penyelia bagi kajian saya ini iaitu Puan Nor Hasniah bt Ibrahim yang merupakan pensyarah dari Jabatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan projek tahun akhir ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih ditujukan khas buat Puan Nor Mazlina bt Ghazali serta Encik Edris bin Aden di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pusat Serenti Kuching kerana bersetuju agar kajian ini dilaksanakan di organisasi tersebut. Terima kasih juga kepada En Hairul Zaman, Pegawai di Pusat Serenti Kuching kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik sehingga kajian ini berjaya disempurnakan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa murni kalian.
Jutaan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan khas buat kedua ibu bapa yang tercinta iaitu Ruslan bin Nordin dan Maimon bt Abd Rahman yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya dan sentiasa memberi dorongan dan semangat yang tidak pernah putus di saat saya berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan sokongan. Tidak dilupakan juga buat abang yang dikasihi, Mohd Hafizullah, serta adik-adik yang disayangi Siti Norazura dan Nurul Nadiah terima kasih diucapkan di atas sokongan tanpa henti yang kalian curahkan buat saya. Terima kasih buat semua.
Kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi clan kasihi Nazifah bt Md Nor, Norrul Aikma ht Mohamed, Nur Fahirnah ht Ahmad Sandara Lela Putera serta Faizal Anuar bin Omar, rihuan terima kasih diucapkan di atas sokongan serta dorongan yang telah anda semua berikan. Terima kasih juga di atas segala pandangan, idea, pendapat serta tunjuk ajar yang kalian curahkan scpanjang kajian ini dijalankan. lianya Allah sahaja yang mampu membalas hudi haik yang telah kalian curahkan. Akhir kata, kepada rakan-rakan dan individu yang terlihat secara langsung atau tidak langsung, ucapan rihuan tcrima kasih juga ditujukan huat kalian.
iii
JADUAL KANDUNGAN / TABLE OF CONTENTS
Penghargaan/Acknowledgement Jadual Kandungan/Table of Contents Senarai Rajah/List of Figures Senarai Jadual/List of Tables Abstrak/Abstract AbstractlAbsirak
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Definisi Istilah
1.5.1 Dadah 1.5.2 Penyalahgunaan Dadah 1.5.3 Penagih Dadah 1.5.4 Remaja
1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Kesimpulan
BAB 2 SOROTAN KARMA TERPILIH
2.0 Pengenalan 2.1 Penyalahgunaan Dadah Dalarn Kalangan Remaja
2.1.1 Faktor Pendorong 2.1.1.1 Sosiodemograti 2.1.1.2 Tingkah laku 2.1.1.3 Individu 2.1.1.4 Persekitaran
2.1.2 Kesan Penyalahgunaan Dadah 2.2 Pendekatan Teori
2.2.1 Model Keluarga 2.2.2 Teori Pembelajaran Sosial 2.2.3 /'ul/rr. cnn'S /)Nveln/mle7ltu/ 7hrury
2.3 Kesimpulan
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Pengumpulan Data 3.3 Lokasi Kajian
iii iv
vii viii ix x
1 2 4 5 5 5 5 6 6 7 7
x
O
10 14 16 IK 18 19 21 24 25 26 27 28
29 : i() 3() 32
IV
3.4 Persampelan Kajian 33 3.5 Prosedur Kajian 33 3.6 Penganalisaan Data 34 3.7 Etika Penyelidikan 36 3.8 Kesimpulan 39
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
3.0 Pengenalan 40 4.1 Dapatan Kajian 41 4.2 Analisis Data dan Perbincangan 41
4.2.1 Faktor pendorong kepada pcnyalahgunaan dadah 44 4.2.1.1 Kawasan kediaman yang tidak sesuai 44 4.2.1.2 Ketersediaan dadah 46 4.2.1.3 Rakan-rakan yang mengambil dadah 48 4.2.1.4 Hubungan kekcluargaan yang tidak
rapat 51 4.2.1.5 Kurangnya penglibatan dan
pengawasan terhadap anak-anak 55 4.2.2 Kesan selepas pcnyalahgunaan dadah 57
4.2.2.1 Perubahan dari segi mental, emosi dan fizikal 58
4.2.2.2 Terlibat dalam kegiatan jcnayah 62
4.2.2.3 Komitmen bcrkaitan sekolah 65 4.2.2.4 Kurang berkcyakinan 68 4.2.2.5 Hubungan kekeluargaan
mcnjadircnggang 70 4.3 Kesimpulan 71
BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
3.0 Pengenalan 72 5.1 Rumusan Kcscluruhan Penulisan Kajian 73 5.2 Implikasi Kajian 74
5.2.1 Pengkaji 75 5.2.2 Masyarakat 75 5.2.3 Kaunsclor atau pcnbamal bimbinban 76 5.2.4 Pihak Univcrsiti 76 5.2.5 Pihak Agcnsi Anti Dadah Kcbanbsaan 77
5.3 Limitasi Kajian 78 5.3.1 Kajian 78 5.3.2 Pcngkaji 79
V
5.4 Cadangan 80 5.4.1 Cadangan kepada pengkaji akan datang 80
5.5 Kesimpulan 80
RUJUKAN 81
LA MPI RAN
Lampiran A 85
Vi
SENARAI RAJAH/LIST OF FIGURES
Rajah I
Faktor pendorong kepada penyalahgunaan dadah
Rajah 2
Kesan selepas penyalahgunaan dadah
42
43
Vii
SENARAI JADUAL/LIST OF TABLES
Jadual 1
Jadual transkripsi data 35
Jadual 2
Pengekodan data 36
Jadual 3
Kawasan kediaman yang tidak sesuai 44
Jadual 4
Ketersediaan dadah 46
Jadual 5
Rakan-rakan yang mengambil dadah 48
Jadual 6
Hubungan kekeluargaan yang tidak rapat 51
Jadual 7
Kurangmya penglibatan dan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak 55
Jadual 8
Perubahan dari segi mental 58
Jadual 8.1
Perubahan dari segi emosi 59
Jadual 8.2
Perubahan dari segi fizikal 60
Jadual 9
Terlibat dalam kegiatan jenayah 62
Jadua110
Komitmen berkaitan sekolah 65
Jadual 11
Kurang berkcyakinan 68
Jadual 12
Hubungan kekeluargaan renggang 70
v111
ABSTRAK
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA
Siti Fatin Farhana binti Ruslan
Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temubual semi struktur dalam proses pengumpulan data. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan memahami pengalaman penghuni pusat serenti yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika remaja. Kajian ini melibatkan tiga orang peserta kajian yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika remaja dan sedang menjalani pemulihan di pusat serenti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mendorong peserta kajian terlibat dalam penyalahgunaan dadah antaranya ialah kawasan kediaman yang tidak sesuai, ketersediaan dadah, rakan-rakan yang mengambil dadah, hubungan kekeluargaan yang tidak rapat, serta kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. Kajian ini juga mendapati terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh para peserta kajian ini selepas mereka mengambil dadah. Antaranya ialah mengalami perubahan dari segi mental, fizikal dan emosi, terlibat dalam kegiatan jenayah, komitmen berkaitan dengan sekolah bcrkurang, tidak berkeyakinan serta hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat di luar sana supaya tidak terjebak dengan isu penyalahgunaan dadah yang semakin menjadi barah di negara kita ini.
IC
ABSTRACT
DRUGS ABUSED AMONG ADOLESCENTS
Siti Futin Farhana hinti Ruslun
This is a qualitative study that used semi structured interview as a method (? /'data collection. This study aimed to know and understand the experiences o/'drug addicts who started abusing drugs during their adolescence period. This study involved three research participants who involved in drugs abused during adolescence and currently is undergoing rehabilitation in one of drug rehabilitation centre in Sarawak. This studv. onind that factors that lead them to abuse drugs are living in disadvantage neighborhood, drugs availability, having peers who abused drugs, low family cohesion, and less monitoring and involvement from parents. "Phis study also found several efJ cts present among the drug addicts after they abused drugs such as they experienced changes in term of mental, emotional and physical, involves in crimes, level o/ commitment related to school decreased, low level o/ self con/Jdcnt, and lack of family cohesion. This study hopefully can aid society in terms u/' knowledge and exposure to the real phenomenon o/' drugs abused thus preventing them from involving in this serious issue.
x
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini akan membincanbkan tentang latar belakang kajian, kenyataan masalah,
objektif kajian, pcrsoalan kajian, definisi istilah, kepentingan kajian, limitasi kajian serta kesimpulan.
i
1.1 Latar Belakang Kajian
Dadah mengikut definisi sosial adalah apa jua jenis bahan kimia yang apabila diambil mempunyai kesan secara psikoaktif, kimia clan perubatan (Akers, 1992, p. 15).
Menurut Washton (1995, dalam Field, 2004) dadah boleh diambil secara positif
sekiranya individu tersebut mengambil dadah untuk tujuan kebaikan seperti tujuan
perubatan. Penyalahgunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya
akan memberikan impak yang mendalam kepada pengambilnya seperti mengalami kemurungan yang teruk, kekurangan berat badan, mengalami serangan panik,
mempunyai pemikiran tentang membunuh diri, serta banyak lagi.
Terdapat empat keinginan utama dalam kehidupan iaitu lapar, dahaga, seks dan
keinginan untuk mengubah kewarasan. Menurut Field (2004), sejarah menunjukkan dadah telah digunakan untuk mengubah kewarasan dan akan digunakan untuk kegunaan
ini juga pada masa hadapan. Sesetengah individu berpendapat, dengan menggunakan dadah mereka dapat berhadapan dengan isu-isu yang diluar kewarasan, menyelesaikan konflik, serta mendapat kesedaran atau persepsi baru dalam hidup mereka. Akan tetapi,
hakikat sebenar penggunaan dadah akan menghalang kita dari menggunakan akal kita
secara positif Penggunaan dadah juga akan menjadi tidak realistik dan neurotik apabila ia menjadi ketagihan. Individu yang mempunyai ketagihan yang tinggi terhadap dadah
juga mempunyai kecenderungan untuk bergantung kepada penggunaan dadah secara
pasif dan destruktif. Sistem saraf mereka akan menjadi kurang berfungsi, dan individu
yang ketagih juga akan kurang berkebolehan untuk berfungsi secara aktit; konstruktif
dan menarik (Field, 2004, p. 3).
Menurut Field (2004) lagi, terdapat juga individu yang menggunakan dadah
sebagai aktiviti pasif Hal ini kerana manusia merupakan procrastinators dan selalu
mengelak untuk berhadapan dengan konflik. Apabila mereka mendapat kelegaan yang
I
cepat, mereka akan mengelak daripada isu sebenar yang sedang mereka hadapi. Mereka
juga memilih untuk menukar perasaan yang sedang mereka hadapi secara pasif dengan
menggunakan alkohol dan dadah. Pencarian kepada pil magik ataupun penawar kepada
keadaan ini telah membuka peluang pemasaran kepada alkohol dan dadah. Penggunaan
alkohol dan lain-lain jenis dadah dikatakan sebagai aktiviti pasif apabila individu
tersebut mengambil pil, serbuk, atau cecair dan menunggu kesan yang diinginkan iaitu
perubahan kepada kewarasan mereka. Dalam sesetengah kes seperti fteebase cocaine
atau dadah suntikan contohnya heroin, kesan dadah yang dinginkan adalah serta merta.
Kajian ini melibatkan penagih dadah yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah
pada peringkat remaja. Menurut Rice dan Dolgin (2005) peringkat remaja merupakan
satu jangka masa perkembangan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. Jacobs,
Marson dan Harvill (2002) pula menyatakan bahawa remaja adalah individu yang berada
dalam lingkungan umur 12 hingga 18 tahun yang mana peringkat ini merupakan saat
yang paling rumit dalam kehidupan. Mengikut kajian dan sorotan karya-karya lepas
yang dijalankan oleh Newman dan Newman (2003), remaja boleh dibahagikan kepada
dua peringkat iaitu awal remaja dan akhir remaja. Awal remaja bermula dengan akil baligh dan berakhir dengan tamatnya sekolah menengah iaitu kira-kira dalam 18 tahun.
Manakala, akhir remaja bermula pada umur 18 tahun dan herlanjutan selama 6 tahun.
Remaja merupakan satu tempoh masa yang sangat sinonim dengan
penyalahgunaan dadah berbanding pcringkat umur yang lain. Menurut Plant dan Plant
(1992) golongan muda lebih cenderung untuk menggunakan dadah haram (illicit drug)
berbanding golongan tua adalah disebabkan olch kurangnya pengalaman. Golongan ini
juga berkemungkinan untuk tcrlibat dengan pengambilan dadah jenis psikoaktit: Sclain
itu, golongan muda lcbih cenderung untuk mengambil risiko dan mencuba berbanding
dengan golongan tua. Kadang kala sifat suka mengambil risiko itu akan menjurus
3
kepada penyalahgunaan dadah yang serius (Jessor & Jessor, 1977; Stimson, 1981 &
MacGregor, 1989 dalam Plant & Plant, 1992).
Dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui dan memahami pengalaman pcnagih
dadah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika zaman remaja mereka.
1.2 Kenyataan Masalah
Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (n. d) dari Januari
hingga Disember 2005 menunjukkan bahawa, sebanyak 15,389 kes baru penagihan
dadah telah dicatatkan manakala 17,419 pula merupakan kes penagihan dadah berulang.
Daripada kedua-dua jumlah tersebut, 32,141 kes terdiri daripada penagih lelaki
manakala selebihnya iaitu 667 kes merupakan penagih wanita. Statistik ini menunjukkan
bahawa penyalahgunaan dadah semakin menular dan menjadi barah di negara ini dan isu
ini perlu ditangani dengan serius untuk mengelakkan pertambahan dari segi bilangan
kes.
Menurut Bauman dan Phongsavan (1999, dalam Gau, Chong, Yang, Yen, Liang,
& Cheng, 2007) penyalahgunaan dadah dikalangan remaja telah menjadi isu kesihatan
masyarakat yang sangat penting di kehanyakan negara. Dalam skop Malaysia sendiri,
penyalahgunaan dadah telah mcndapat perhatian yang serius dan disehahkan itu,
wujudnya kempen-kempen anti dadah yang hanyak kelihatan di kaca-kaca televisyen
clan juga di peringkat sekolah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan remaja.
Akan tetapi, kempen sahaja tidak mencukupi untuk mengatasi masalah ini. Pcrlunya
kajian dijalankan untuk mengetahui serta memahami dengan lehih mendalam mengenai
pengalaman individu yang terlihat dengan isu penyalahgunaan dadah ini.
4
Selain itu, Dryfoos (1990), Newconmb dan Bentler (1998, dalam Heck & Voliter,
1998) mendapati bahawa generasi muda yang menyalahgunakan dadah dan alkohol telah
dikenal pasti mengalami perkahwinan yang tidak stabil dan menghadapi masalah
interpersonal, kekurangan sumber pendapatan, peluang kerja yang terhad, serta
kemerosotan dari segi kesihatan mental dan fizikal dalam kehidupan mereka selepas itu.
Dapat diperhatikan disini, penyalahgunaan dadah dan alkohol memberi kesan yang
negatif kepada penggunanya. Dengan memahami pengalaman yang telah dilalui olch
golongan penagih ini, jalan penyelesaian atau langkah pencegahan mungkin boleh
diambil untuk membendung isu ini daripada berlanjutan seterusnya mcnghalang
daripada berlakunya kesan-kesan negatif yang dinyatakan tadi ke atas generasi muda di
Malaysia.
1.3 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui dan memahami pengalaman
penagih dadah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada peringkat remaja.
1.4 Persoalan Kajian
Apakah pengalaman yang telah dilalui oleh penagih yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah di peringkat rc, ýcnaja?
1.5 Definisi Istilah
1.5.1 Dadah
Definisi Konseptual
Scjcnis bahan kimia tiruan atau ash, apahila dimasukkan ke dalam tuhuh
hadan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan holch mcnbuhah tunbsi
5
tubuh badan seseorang atau organisma dari segi tizikal atau mental (Agensi Dadah Kebangsaan, 2008).
Definisi Operasional
Bahan kimia yang dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan untuk tujuan yang salah.
1.5.2 Penyalahgunaan Dadah
Definisi Konseptual
Macdonald (1989) mendefinisikan penyalahgunaan dadah sebagai
pengambilan apa sahaja jenis dadah kebiasaannya melalui se! /-
administration, yang menyimpang daripada kegunaan yang dibenarkan oleh
perubatan dan pola (pattern) sosial dalam lingkungan sesuatu budaya.
Definisi Operasional
Pengambilan seharang jenis dadah sama ada yang haram ataupun tidak oleh
peserta kajian, untuk kegunaan yang menyimpang daripada kegunaan asal dadah tersebut.
1.5.3 Penagih Dadah
Detinisi Konseptual
Field (2004) mendetinisikan penagih dadah sehagai individu yang ketagih
akan dadah dan mempunyai kecenderungan untuk hergantung kepada
penggunaan dadah secara pasit'dan destruktit'.
6
Definisi Operasional
Peserta kajian yang mula mengambil dadah pada peringkat remaja untuk tujuan yang salah, secara berlebihan, mempunyai ketagihan dan sedang
menerima rawatan di pusat serenti.
1.5.4 Remaja
Definisi Konseptual
Remaja terbahagi kepada tiga pcringkat: awal remaja (11-14 tahun),
pertengahan remaja (15-18 tahun) dan akhir remaja (19-21 tahun) (Kagan &
Coles, 1972; Keniston, 1970; Lipsitz, 1977 dalam Steinberg, 1993, p. 5).
Definisi Operasional
Satu tempoh yang bermula dari umur I1 tahun hingga 21 tahun dalani
kehidupan peserta kajian yang mana pada pcringkat ini, peserta kajian mula
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
1.6 Kepentingan Kajian
Daripada aspek teoritikal, kajian ini menyumhang kepada hahan hcrhentuk
ilmiah yang mengkaji tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Tidak
dinafikan terdapat hanyak kajian yang telah dijalankan schelum ini yang mengkaiji
penyalahgunaan dadah dalam kalangan rcmaja, akan tetapi kajian tersehut hanyak
dijalankan di Barat. 1adi, kajian yang dijalankan hertujuan untuk menggamharkan
situasi sehenar yang herlaku dalam konteks Malaysia itu sendiri.
Dapatan kajian im dapat digunakan schagai bukti ataupun gamharan kepada
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Malaysia. Hasil daripada (lapatan kajian im juga holch mcmhcri gambaran kepada kcrajaan tentang tindakan yang hulch
7
dilakukan untuk menangani isu penyalahgunaan dadah di Malaysia. Contohnya, jika
seseorang penagih itu terlibat dengan najis dadah adalah disebabkan oleh faktor ibu bapa
ataupun keluarga, tindakan yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan adalah
bertumpu kepada ibu bapa. Program-program kesedaran dalam kalangan ibu bapa, gaya
keibubapaan dan sebagainya mungkin boleh diadakan untuk mereka.
1.7 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, telah dijelaskan maklumat berkaitan tentang latar belakang
kajian dengan memberi fokus kepada penyalahgunaan dadah dalarn kalangan penagih
yang terjebak di peringkat remaja. Selain itu, bab ini juga telah mengemukakan masalah
kajian serta persoalan kajian agar pcnyclesaian dapat diwujudkan untuk memantapkan
tujuan kajian, definisi pemboleh ubah kajian, kepentingan kajian, Iimitasi kajian dan
diakhiri dengan kesimpulan.
8
BAB2
SOROTAN KARMA TERPILIH
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang sorotan kajian lepas, maklumat dari
huku rujukan serta pendekatan teori yang berkaitan dengan tajuk kajian. la akan
membantu memberi panduan kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan
menamhahkan pemahaman terhadap kajian yang dijalankan. Segala teori dan hasil
kajian lepas akan dapat dijadikan sehagai sokongan yang lehih mantap kepada hasil
kajian yang diperolehi oleh pengkaji.
y
2.1 Penyalahgunaan Dadah dalam kalangan Remaja
Dadah mengikut definisi sosial adalah apa jua jenis bahan yang apabila diambil
mempunyai kesan secara psikoaktif, kimia dan perubatan (Akers, 1992, p. 15). Menurut
MacDonald (1989) pengambilan apa sahaja jenis dadah kebiasaannya melalui sell- administration yang menyimpang daripada kegunaan yang dibenarkan oleh perubatan dan pola (pattern) sosial dalam lingkungan sesuatu budaya boleh dikategorikan sebagai
penyalahgunaan dadah.
Penggunaan dadah tanpa pengawasan dari segi perubatan botch menycbabkan ketagihan. Jaffe (n. d, dalam MacDonald, 1989) mendefinisikan ketagihan sebagai
contoh tingkah laku penggunaan dadah secara berlebihan dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk kembali menagih selepas berhenti. Menurut
MacDonald (1989) lagi, kesan penggunaan dadah adalah bergantung kepada bahan
kimia yang terdapat pada dadah tersebut, jumlah yang diambil serta pelbagai faktor lain
seperti bagaimana, bila, dimana, serta mengapa dadah tcrsebut diambil.
Remaja pula merupakan satu tempoh masa yang sangat sinonim dengan
penyalahgunaan dadah berbanding peringkat urnur yang lain. Menurut Plant dan Plant
(1992), golongan muda lebih cenderung untuk menggunakan dadah haram berbanding
golongan tua adalah disebabkan oleh kurangnya pengalaman. Golongan ini juga
berkemungkinan untuk terlibat dengan pengambilan dadah jenis psikoaktif. Selain itu,
golongan muda lebih cenderung untuk mengambil risiko dan mencuba berbanding
dengan golongan tua. Kadang kala sifat suka mengambil risiko itu melibatkan
penyalahgunaan dadah yang serius (Jessor & Jessor, 1977; Stimson, 1981 & MacGregor,
1989 dalam Plant & Plant, 1992).
Perkara im disokong Roy et al. (2007) yang menjalankan kajian nungenai täktor
yang berisiko bagi pencctusan suntikan dadah dalam kalangan remaja jalanan.
I0
Berdasarkan pemerhatian, Bukstein (1995, dalam Roy et al., 2007) mendapati bahawa
individu yang sangat muda adalah berisiko untuk memulakan suntikan dadah dan ini
adalah seiring dengan kajian yang dijalankan ke atas penggunaan bahan kimia terlarang
yang menunjukkan bahawa dalam kalangan remaja, kemuncak bagi pcnggunaan bahan
kimia terlarang adalah diantara umur 18 hingga 20 tahun, dan penggunaan bahan kimia
terlarang tersebut kemudiannya akan menurun sciring dengan pcningkatan umur.
Fenomena ini diperkuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Johnston,
O'Malley, dan Bachman (2001, dalam Newman & Newman, 2003) yang mendapati
remaja golongan umur menengah tinggi di Amerika mempunyai tahap yang paling
tinggi dalam penggunaan dadah haram berbanding negara industrial yang lain. Pada
tahun akhir di menengah tinggi (kebiasaanya 17-18 tahun), 54% daripada pelajar
menengah tinggi di Amerika sudah mencuba dadah lama ada marijuana,
amphethamines, heroin, kokain atau barbiturat. Selepas tahun 1990, pertambahan dalam
pengambilan marijuana telah diiringi dengan pengambilan buat pertama kali dalam usia
yang muda. Secara kasarnya, 40% pelajar gred sepuluh menyatakan mereka telah
mencuba marijuana, dan dalam kalangan kumpulan itu, situ per empat telah mencuha
marijuana pada gred tujuh.
Remaja menurut Corey dan Corey (2006) didetinisikan sebagai satu tempoh
pencarian identiti dan penjelasan sistem nilai yang akan mempengaruhi kehidupan
seseorang. Keperluan yang paling penting dalarn tempoh ini ialah untuk mengalami
kejayaan yang akan memandu kepada individualiti dan kebersamaan. Selain itu, remaja
juga memerlukan peluang-peluang untuk meneroka dan memahami perasaan mereka
sendiri dan belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang
tertentu untuk memperolehi apa yang mereka mahu, memahami perasaan, pemikiran dan
lain-lain.
Il
Menurut Erikson (1968, dalam Santrock, 2005), remaja akan mengalami satu
peringkat iaitu peringkat identity versus identity confusion dimana mereka akan
menghadapi banyak peranan barn, akan mencari siapa diri mereka, dan ke mana mereka
akan pergi dalam kehidupan yang akan datang. Jika remaja mencrokai peranan-peranan tersebut dalam keadaan dan jalan yang betul, mereka akan mencapai identiti yang positif. Jika identiti tersebut ditentukan oleh ibu bapa, remaja tersebut tidak dapat
meneroka peranan dengan sempurna, dan akibatnya mereka akan mengalami pcringkat kekeliruan identiti.
Selain itu, kebanyakan remaja akan tertekan ketika menghadapi banyak
perubahan dalam din kerana mereka memaksa diri untuk mendapat kejayaan setaraf dengan orang lain, membuat keputusan-keputusan penting dan terbaik bagi
kehidupannya, serta mengekalkan kepercayaan yang diperolehinya dalam segala aspek. Hal ini disokong oleh Hall (n. d, dalam Dusek, 1991) yang menyatakan bahawa remaja
merupakan satu tempoh yang dipenuhi dengan c; abaran dan tekanan yang mana akan
timbulnya kontlik dan pergolakan.
Menurut Rose (1998, dalam Corey & Corey, 2006) pula, remaja jugs akan
mengalami tekanan kerana berlakunya perubahan akil baligh, penglibatan dalam aktiviti
seksual dan kebimbangan tenting kemahiran tanpa kemahuan. Selain itu, remaja juga
merupakan golongan yang mengikut perasaan, memberontak dan lain-lain (Corey &
Corey, 2006).
Satu perkara yang mcmpunyai pengaruh terbesar pada segala pcruhahan dalam
peringkat im adalah rakan schaya. Pcncrimaan dan pandangan individu lain adalah
penting dan mcnjadi antara täktor utama yang mempengaruhi tindakan, sikap dan
keputusan yang dihuat. Mereka mcmcntingkan sumhangan orang lain terhadap dirinya
tetapi hukan sumhangannya terhadap pihak lain. Situasi im akan mcnyumhcung kepada
12
tercetusnya permasalahan dalam kalangan remaja kerana mereka akan berjuang untuk
memenuhi semua kemahuan itu clan kadang kala tindakan mereka itu menyebabkan
mereka terjebak dengan situasi yang tidak sihat seperti kes juvana, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan lain-lain.
Pendapat ini disokong oleh Miller, Jennings, Alvarez-Rivera dan Miller (2008)
yang menjalankan kajian di sekolah jenis persendirian dan sekolah jenis awam untuk
mengetahui penggunaan bahan kimia terlarang dalam kalangan remaja Puerto Rican.
Dalam kajian tersebut, mereka mendapati secara keseluruhannya, remaja di sekolah jenis
persendirian dilaporkan penggunaan sepanjang tempoh kehidupan mereka bagi bahan-
bahan kimia terlarang seperti rokok, alkohol, dan marijuana serta kebiasaanya melihat
sikap rakan terhadap penggunaan bahan-bahan kimia terlarang sebagai satu sikap yang
menyenangkan.
Selain itu, perdebatan mengenai pencegahan merokok dalam kalangan remaja
adalah berdasarkan pemerhatian yang mana jika tabiat merokok tidak bermula pada
zaman remaja, kebarangkalian untuk tabiat itu tcrbentuk kelak adalah kurang. Data juga
menunjukkan kemungkinan untuk berhenti daripada merokok dalam kalangan dewasa
adalah berkaitan dengan umur mereka mula merokok (Tyas & Pc, "cicrson, I998, p. 409).
Jadi, adalah tidak mustahil jika penyalahgunaan dadah dapat ditangani daripada bcrlaku
pada zaman remaja, penagihan berkemungkinan tidak akan terbentuk pada tempoh hidup
yang seterusnya. Dengan menangani isu penagihan ini dalam kalangan remaja, ia
mungkin dapat mengurangkan dan segi pertambahan bilangan kes penagihan di
Malaysia.
13
2.1.1 Faktor Pendorong kepada Penyalahgunaan Dadah
Terdapat pelbagai faktor yang berkemungkinan dalam mcnjangkakan
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Antaranya adalah faktor psikososial
yang merangkumi faktor sosiodemografi, persekitaran, tingkah laku dan juga individu. Dalam setiap kategori ini terdapat beberapa lagi pecahan-pecahan faktor yang lebih
spesifik dan pecahan-pecahan dalam faktor psikososial ini boleh dikatakan merangkumi banyak aspek yang mana pengkaji merasakan mungkin berguna untuk menyokong dapatan bagi kajian ini. Akan tetapi, pengkaji akan menggunakan faktor-faktor spesitik
yang dikenalpasti sahaja tanpa menggunakan perkataan 'faktor psikososial' dalam
dapatan bagi kajian ini memandangkan objektif bagi kajian ini bukan memtokus kepada
pengaruh faktor psikososial dalam penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seperti yang telah dinyatakan, faktor psikososial digunakan sebagai bahan rujukan
adalah disebabkan oleh psikososial merangkumi banyak aspek yang mana pengkaji
merasakan dapat membantu dalam memantapkan dapatan bagi kajian ini.
Menurut Steinberg (1993) psikososial didetinisikan sebagai perkembangan yang
melibatkan aspek biologi, psikologi dan juga sosial. Dalam satu kajian yang mengkaji
perkaitan antara faktor psikososial dan merokok dalam kalangan remaja, Tyas dan
Pederson (1998) telah mengkelaskan faktor psikososial kepada empat kategori yang
utama iaitu faktor sosiodemografi, tingkah laku, individu dan juga persekitaran.
Dapatan daripada kajian tersebut, Tyas dan Peterson (1998) mendapati tahiat
merokok adalah berkaitan dengan umur, etnik, struktur keluarga, status sosioekonomi ibu bapa, pendapatan persendirian, ihu hapa yang merokok, sikap ihu hapa, adik heradik
yang merokok, rakan-rakan yang merokok, sikap dan nonna rakan-rakan, persekitaran keluarga, huhungan dengan keluarga dan rakan-rakan, sekolah, gaya hidup yang herisiko, stres, tertekan%sedih, self-esteem, sikap serta keprihatinan terhadap kesihatan.
14
Dengan mengetahui bagaimana faktor psikososial memainkan peranan dalam tabiat
merokok, pengkaji juga boleh mengkaji bagaimana faktor-faktor yang terdapat dalam
psikososial berperanan dalam penyalahgunaan dadah.
Kajian lain yang telah dijalankan oleh Gau et al. (2007) telah mengenalpasti faktor psikiatri dan psikososial ke atas substance use disorder dalam kalangan remaja.
Peserta bagi kajian ini adalah merupakan pelajar yang berumur 12 tahun dan bebas dari
pengambilan dadah pada gred 7. Hasil daripada kajian ini, faktor seperti jantina lclaki,
attention deficit kvperactivitv disorder (ADHD), conduct disorder, serta penggunaan
tembakau dalam kalangan adik-beradik merupakan antara faktor utama yang
menjangkakan substance use disorder dalam kalangan remaja. Manakala tiga faktor
yang menghalang kepada pengambilan bahan kimia terlarang pula adalah seperti tinggal
bersama dengan kedua-dua ibu bapa, pencapaian akademik yang bagus pada gred 7 serta
penolakan terhadap penggunaan bahan-bahan tersebut.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Heck dan Voliter (1998) pula mengkaji
tentang kesan latar belakang, faktor psikososial dan penggunaan bahan kimia terlarang
terhadap persepsi senior tahun akhir di sekolah menengah tinggi terhadap pendidikan
mereka. Dalam kajian ini, Heck dan Voliter (1998) mengelaskan faktor psikososial
kepada dua kategori iaitu interpersonal dan juga intrapersonal. Dapatan kajian ini
menunjukkan faktor interpersonal seperti penyesuaian diri di sekolah, kes juvana, serta
hubungan dengan keluarga dan masyarakat mempengaruhi penggunaan bahan kimia
terlarang yang telah dilaporkan. Manakala faktor intrapersonal seperti konsep kendiri
serta sikap terhadap persekolahan tidak mempunyai kaitan dengan pcnggunaan bahan
kimia terlarang dalam kajian ini.
Pcngkaji telah mengkelaskan taktor psikososial tcrscbut kepada cmpat katcgori
iaitu faktor sosiodcmograti, tingkah laku, individu serta pcrsckitaran. Empat katcgori
15
Top Related