1
PENGGUNAAN ALAT BANTU HAFAZAN (ABH) DALAM KALANGAN GURU
TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA
Dr. Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Islam
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
e-mail: [email protected]
Abstrak:
Kertas ini bertujuan membincangkan senario penggunaan alat bantu hafazan dalam kalangan guru
di institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Kepelbagaian alat mahupun bahan dalam pengajaran
diyakini dapat meransang pelajar dalam pembelajaran hafazan al-Quran. Bagi mendapatkan bukti
satu kajian lapangan telah dijalankan di beberapa buah institusi tahfiz al-Quran. Data diperolehi
melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di institusi tahfiz tersebut. Sampel
kajian ialah sebanyak 386 orang pelajar yang telah memberi maklum balas kepada soal selidik yang
diedarkan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ABH mempunyai hubungan yang signifikan
sebanyak (70%) dengan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran. Implikasi kajian merumuskan
penggunaan (ABH) yang meluas ditambah pula dengan produk-produk teknologi dapat memberikan
kesan yang kuat kepada pengajaran dan pembelajaran Tahfiz al-Quran. Ini disebabkan kebanyakan
pelajar tahfiz masa kini membesar dalam persekitaran digital yang akhirnya memberi kesan kepada
pembelajaran pelajar.
Kata Kunci: Alat Bantu Hafazan, Tahfiz Al-Quran.
Pendahuluan
Hafazan adalah metode yang telah digunakan oleh para ulama dalam memelihara ilmu termasuk al-
Quran. Pendidikan tahfiz al-Quran merupakan pendidikan terawal dan teras di dalam sejarah
pendidikan Islam. Rasulullah SAW telah menyampai dan mengajarkan al-Quran kepada para sahabat
secara hafazan sebagai kaedah yang utama. (Al-Habash, 1987). Hal yang demikian merupakan satu
kemudahan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat yang diturunkan al-Quran kepada mereka
seperti firman Allah:
Bermaksud : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan
pelajaran (daripadanya)?
(Surah al-Qamar 54:17)
Kemudahan ini adalah bertepatan dengan tujuan memelihara isi kandungan al-Quran dari segala
bentuk penyelewengan dan perubahan seperti firman Allah:
2
Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.
(Surah al-Hijr 15:9)
Al-Sayuti (1987) menjelaskan tujuan Allah SWT memudahkan pembacaan dan hafazan al-
Quran adalah untuk mencegah terputusnya jumlah kemutawatiran al-Quran. Walaupun menghafaz
telah dipermudahkan oleh Allah SWT kepada manusia, namun proses pengajaran dan pembelajaran
tahfiz masih memerlukan kepada kaedah pengajaran yang tersusun dan berkesan demi mencapai
matlamat pendidikan tahfiz yang dihasratkan (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali,
2013)
Di dalam pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran terdapat pelbagai kaedah yang
diamalkan oleh para pendidik tahfiz al-Quran bagi mencapai objektif pembelajaran. Antaranya ialah
empat kaedah utama pengajaran hafazan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Qabisi
(1955) iaitu tasmi’ (mendengar hafazan al-Quran), talaqqi (membetulkan bacaan dan sebutan huruf
al-Quran), tikrar (ulang dan latih tubi) dan al-fahm (kefahaman ayat) (al-Qabisi, 1955). Selain itu
beberapa kaedah lain turut diamalkan dalam pengajaran tahfiz al-Quran seperti kaedah kitabah iaitu
menulis al-Quran (Abu al-Wafa,1999; Abu al-Fida, 2006; Darul Quran, 2007) pengujian hafazan
(Abdul hafiz et.al, 2003), rakan hafaz (Abu Najihat, 2002; Abu al-Fida 2006, Darul Quran, 2007),
penentuan kadar hafazan (Muhammad Muhsin, 1994; Abu al-Wafa, 1999; al-Syarbini, 2004), taqsim
al-ayat iaitu membahagikan ayat al-Quran kepada beberapa bahagian sebelum dihafaz (al-Syarbini,
2004), melancarkan hafazan dan merekodkan hafazan pelajar (Abu al-Wafa, 1999; al-Syarbini, 2004;
Darul Quran, 2007)
Kaedah-kaedah ini terus berkembang dan disesuaikan dengan perkembangan zaman. Keperluan
kepada perkembangan dan penyesuaian kaedah pengajaran tahfiz semakin jelas apabila generasi
pembelajar terdiri dalam kalangan Gen-z. Menurut Tapscott (2008) generasi z ialah mereka yang lahir
antara 1998 hingga 2009 di dalam dunia ledakan teknologi dan maklumat. Generasi ini berkeyakinan
teknologi harus dimanfaatkan untuk berkomunikasi secara nyata dan realistik (Siti Mahani, 2015).
Oleh yang demikian penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran, harus mengambil
kira bahan-bahan berasaskan digital dan teknologi.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran, guru tahfiz perlu berusaha untuk
menambah keberkesanan pengajaran melalui kaedah tertentu barbantukan bahan-bahan pembelajaran
terkini dan selaras dengan perkembangan teknologi. Dengan yang demikian kaedah pengajaran
hafazan al-Quran dapat diperkasakan. PdP akan bersifat lebih interaktif kerana kebanyakan deria
pelajar dapat diransang melalui ABH yang menarik dan berkaitan (Kamrul Azmi Jasmi & Ab. Halim
Tamuri, 2007). Bahan bantu mengajar diakui memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran
melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran
(Ahmad Mohd Salleh, 2004).
3
Di samping itu, Al-Ahwani (1955) menegaskan proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz
harus melalui empat perkara iaitu melihat, mendengar membaca dan menulis. Pandangan ini disokong
oleh Muhammad Muhsin (1994) bahawa di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz terdapat alat
yang boleh membantu menghafaz al-Quran. Secara am, ABH terdiri daripada empat kategori iaitu
bahan yang didengar, bahan yang dilihat, bahan yang dibaca dan bahan yang ditulis.
ABH dalam bentuk bahan yang didengar sebagai contoh adalah amat mustahak dalam proses
menghafaz al-Quran. Teknik mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga
menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-Quran yang akan dihafaz kemudian
mendengarnya melalui audio boleh membantu proses menghafaz al-Quran. Contohnya pelajar tahfiz
boleh diperdengarkan atau memerhati dan mengikut bacaan terbaik oleh Syeikhul Maqari’ Mahmud
Khalil al-Khusori dari Mesir (Darul Quran, 2007). Kaedah ini telah juga telah disarankan oleh Abu al-
Fida’ (2006) dengan menyatakan bahawa penggunaan teknologi moden sebagai bahan bantu
berbentuk audio di dalam proses menghafaz adalah sangat perlu. Pelajar boleh mendengar bacaan
melalui audio dan menghafaz serta merakamkan bacaan melalui alat bantuan audio seperti rekorder,
mp3 dan sebagainya. Bahan berbentuk audio kini lebih mudah diakses melaui telefon pintar yang
dimiliki oleh kebanyakan individu.
Alat bantu hafazan yang boleh dilihat pula ialah paparan video bacaan qari tau huffaz murattal
atau bertarannum dari laman sesawang atau internet. Selain itu paparan mushaf yang boleh dilihat di
dalam skrin seperti flashQuran dan Al-Quran Android dapat membantu para hafiz menekuni ayat-
ayat al-Quran dalam imej yang lebih jelas, mudah dan menarik. ABH dari jenis boleh dilihat ini juga
boleh diakses para huffaz melalui komputer atau telefon pintar secara percuma dan mudah.
Perkembangan dunia percetakan juga telah menghasilkan pelbagai rekabentuk dan saiz
mushaf dengan harga yang kompetetif. ABH dalam bentuk bahan bertulis yang boleh dibaca ini
memberi pilihan kepada guru dan pelajar tahfiz memilikinya mengikut kesesuian dan citarasa masing-
masing. Selain itu terjemahan per-kata al-Quran yang berada di pasaran amat berguna kepada para
huffaz untuk mendekatkan pemahaman mereka kepada makna ayat-ayat al-Quran sebelum, semasa
dan selepas proses menghafaz.
Menurut Al-Rabie (2008) pengajaran adalah satu perancangan menjayakan proses
pembelajaran bagi satu tempoh yang ditetapkan. Oleh yang demikian guru harus merancang
penggunaan alat atau bahan yang sesuai dan efektif dalam pengajarannya. Al-Quran amat
menitikberatkan perancangan sehingga umat Islam diseru untuk membuat persiapan fizikal dan
mental untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana firman Allah
Bermaksud: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka
menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu
4
dilemahkannya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu
bersama-sama orang-orang yang tinggal".
(Surah al-Taubah: 46)
Oleh itu untuk mencapai matlamat pendidikan tahfiz, persiapan seorang guru dalam menyedia dan
mengembeling ABH yang sesuai dengan kaedah pengajaran adalah selari dengan seruan Allah SWT
supaya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti.
Isu ABH dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz
Pengajaran di dalam kelas bersaiz kecil dipercayai akan lebih terfokus. Lazimnya sebuah kelas tahfiz
mempunyai jumlah pelajar tidak melebihi 15 orang (Mohamad Marzuqi, 2008). Namun saiz kelas
yang kecil bukan bermakna pengajaran tahfiz tidak memerlukan penggunaan ABH dan inovasi
pengajaran. Jika setiap hari guru menggunakan kaedah dan strategi yang statik serta kaku,
berkemungkinan perasaan bosan akan timbul dalam diri pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Al-Tal (1997)
dan Al-Khatib (2009) yang menyatakan pengajaran tidak boleh statik dan harus berkembang seiring
dengan perkembangan semasa kerana ia memberi kesan langsung kepada proses pembelajaran pelajar.
Kajian Azmil dan Misnan (2014) menunjukkan penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah
tahfiz adalah sangat kurang dan terhad walaupun mereka mengetahui kepentingannya dan peranannya.
Penggunaan hanya pada ABH asas iaitu buku rekod kehadiran dan buku rekod tasmi’ serta mushaf al-
Quran dan mushaf kecil (poket). Hal yang sama berlaku dalam Pendidikan Islam secara umum iaitu
amalan pengajaran kebanyakan guru juga masih bersifat tradisional tanpa memanfaatkan Alat Bantu
Mengajar (ABM) (Ab. Halim Tamuri et.al, 2006). Hal ini dikatakan berpunca daripada salah faham
atau memandang ringan fungsi ABM dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran
(Farrant, 1977). Penggunaan alat elektronik terutama berorientasikan ICT seperti OHP, LCD,
komputer, laptop, software al-Quran, CD al-Quran, CD interaktif, perakam audio hampir tidak
dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Azmil Hashim & Misnan Jemali, 2014).
Dapatan ini disokong oleh (Mohamad Marzuqi et.al; 2016) yang menyatakan penggunaan ABH
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan pensyarah tahfiz al-Quran masih
berada pada tahap yang rendah.
Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang berbentuk deskriptif
dan inferensi. Soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian lepas digunakan untuk mengutip
data dalam kalangan pelajar.
Populasi kajian bagi empat buah institusi tahfiz dari Negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan adalah berjumlah (635) orang dan melibatkan sampel yang dipilih secara rawak
berstruktur sebanyak (386) orang pelajar. Bagi menentukan kesahan dalaman, soal selidik yang dibina
5
telah dirujuk kepada beberapa orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang
masing-masing yang terdiri daripada kepakaran dalam bidang pendidikan, tahfiz al-Quran, pendidikan
Islam dan penyelidikan.
Manakala kebolehpercayaan item- item dalam soal selidik ini ditentukan melalui satu analisis
data untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik yang digunakan
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha Cronbach 0.93 seperti ditunjukkan dalam
Jadual (1).
Jadual 1: Nilai Kebolehpercayaan
Indikator Nilai alpha Cronbach
Sangat Tinggi 0.90 - 1.00
Tinggi 0.70 - 0.89
Sederhana 0.30 - 0.69
Rendah 0.00 - 0.30
Sumber: Brymen & Cramer (1999)
Proses analisis data dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences Version 2.0. Statistik deskriptif yang digunakan ialah
frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian.
Latar Belakang Responden Tahfiz Al-Quran
Demografi responden dalam kalangan pelajar tahfiz al-Quran dalam kajian ini merangkumi pemboleh
ubah jantina, jenis institusi dan semester pengajian seperti jadual 3.
Daripada 386 orang pelajar yang menjadi responden di enpat buah institusi tahfiz al-Quran
zon tengah jumlah pelajar lelaki dan perempuan hampir sama iaitu seramai 205 orang (53.1%) pelajar
lelaki dan 181 orang (46.9%) pelajar perempuan. Sementara itu jumlah pelajar di Darul Quran JAKIM
adalah lebih besar dari pelajar Maaahad tafiz al-Quran Negeri (MTQN ) iaitu 230 orang pensyarah di
Darul Quran JAKIM (59.6%) dan 156 orang pelajar dari MTQN (40.4%). Pecahan pelajar mengikut
semester pula menunjukkan majoriti responden adalah pelajar dari semester 3 seramai 244 orang
(63.2%), sementara hanya 142 pelajar dari semester 5 (36.8%).
6
Jadual 3: Taburan responden pelajar tahfiz mengikut kategori
Pemboleh ubah Kategori Kekerapan %
Jantina Lelaki 205 53.1
Perempuan 181 46.9
Institusi Darul Quran 230 59.6
MTQN 156 40.4
Semester Pengajian Tiga (3) 244 63.2
Lima (5) 142 36.8
Kaedah Pengajaran Guru Tahfiz
Dapatan kajian pada bahagian ini adalah mengukur kaedah pengajaran guru tahfiz yang diamalkan di
institusi tahfiz al-Quran zon tengah. Sejumlah dua puluh ítem dikemukakan kepada responden bagi
mendapatkan maklum balas mereka tehadap kaedah pengajaran guru di dalam kelas tahfiz. Maklum
balas responden adalah dalam bentuk skala likert lima mata iaitu dari skala 1 untuk tidak pernah dan
seterusnya jarang sekali, kadang-kadang, kerap dan sentiasa pada skala 5. Jadual 4 menunjukkan
peratus, kekerapan, min dan sisiahan piawai kaedah pengajaran guru tahfiz dari maklumbalas pelajar.
Jadual 4: Analisis Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Kaedah Pengajaran Guru Tahfiz
Bil Item Pengajaran Tidak
Pernah Jarang
Kadang-
Kadang Kerap Sentiasa Min S.P
1 Merekodkan pencapaian
hafazan saya 0.3%
(1)
.8%
(3)
6.2%
(24)
20.2%
(78)
72.5%
(280) 4.64 .659
2 Menyemak buku tulisan al-
Quran saya
0%
(9)
2.6%
(10)
8.8%
(34)
21.8%
(84)
66.8%
(258) 4.53 .763
3
Membetulkan kesalahan
saya dari aspek kelancaran
dan tajwid semasa tasmi’
0%
(0)
1.6%
(6)
9.6%
(37)
27.2%
(105)
61.7%
(238) 4.49 .732
4 Mendengar dengan teliti
hafazan saya
0%
(0)
1.8%
(7)
7.3%
(28)
34.7%
(134)
56.2%
(217) 4.45 .709
5 Menguji hafazan saya 1.0%
(4)
3.1%
(12)
18.7%
(72)
24.6%
(95)
52.6%
(203) 4.25 .934
6
Meminta saya membaca dan
mengulang al-Quran dengan
kerap dan banyak (Latih
Tubi) menghafaz
2.1%
(8)
2.1%
(8)
12.7%
(49)
32.1%
(124)
51.0%
(197) 4.28 .911
7
Membetulkan kesalahan
bacaan pelajar sambil
menerangkan bacaan yang
betul
2.3%
(9)
2.6%
(10)
15.3%
(59)
30.3%
(117)
49.5%
(191) 4.22 .957
8
Meminta saya bersiap sedia
menghafaz secara konsisten
sekurang-kurangnya sehari
sebelum kelas tasmi’
1.6%
(6)
3.4%
(13)
11.9%
(46)
36.3%
(140)
46.9%
(181) 4.24 .900
9
Meminta kepada saya
memilih pasangan/rakan
untuk menghafaz dan
4.1%
(16)
5.2%
(20)
16.6%
(64)
36.5%
(141)
37.6%
(145) 3.98 1.060
7
Bil Item Pengajaran Tidak
Pernah Jarang
Kadang-
Kadang Kerap Sentiasa Min S.P
murajaa’h/i’adah
10 Menentukan giliran saya dan
pelajar lain untuk tasmi’
19.2%
(74)
11.4%
(44)
16.1%
(62)
21.8%
(84)
31.6%
(122) 3.35 1.498
11
Menerangkan pelbagai
teknik menghafaz al-Quran
kepada saya
4.4%
(17)
7.3%
(28)
24.1%
(93)
35.5%
(137)
28.8%
(111) 3.77 1.079
12
Menunjukkan bacaan contoh
melalui Talaqqi dan
Musyafahah
8.0%
(31)
11.7%
(45)
29.3%
(113)
25.6%
(99)
25.4%
(98) 3.49 1.215
13
Meminta saya merancang
kuantiti/ kadar ayat yang
akan dihafaz
7.5%
(29)
8.5%
(33)
20.2%
(78)
38.6%
(149)
25.1%
(97) 3.65 1.164
14
Meminta saya merujuk
terjemahan sebelum dan
selepas menghafaz
10.1%
(39)
12.2%
(47)
29.8%
(115)
26.7%
(103)
21.2%
(82) 3.37 1.229
15
Menerangkan secara ringkas
kefahaman ayat di dalam
sukatan hafazan yang
ditentukan (ayat talaqqi)
11.1%
(43)
15.0%
(58)
28.8%
(111)
26.7%
(103)
18.4%
(71) 3.26 1.239
16
Memilih beberapa perkataan
dari ayat al-Quran dan
menerangkan dalam bentuk
terjemahan kepada pelajar
15.0%
(58)
19.2%
(74)
27.7%
(107)
24.1%
(93)
14.0%
(54) 3.03 1.264
17
Memilih dan meminta
pelajar yang lemah bacaan
untuk membaca ayat al-
Quran semasa talaqqi
16.3%
(63)
18.9%
(73)
30.6%
(118)
20.5%
(79)
13.7%
(53) 2.96 1.264
18 Menguji kefahaman ayat
yang telah saya hafaz
18.1%
(70)
17.1%
(66)
29.5%
(114)
22.5%
(87)
12.7%
(49) 2.95 1.277
19
Memilih dan meminta
pelajar yang mahir untuk
membaca ayat al-Quran
semasa talaqqi
17.4%
(67)
19.4%
(75)
28.8%
(111)
22.3%
(86)
12.2%
(47) 2.92 1.264
20
Meminta saya membuat
kajian perpustakaan pada
ayat-ayat tertentu
29.8%
(115)
26.2%
(101)
23.6%
(91)
14.0%
(54)
6.4%
(25) 2.51 2.400
Keseruhan Kaedah Pengajaran 8.5% 9.5% 19.8% 27% 35.2% 3.71 .610
N= 386
Merujuk kepada jadual 4 secara keseluruhan kaedah pengajaran guru tahfiz yang diamalkan di
institusi tahfiz yang dikaji dari persepsi pelajar mencatatkan min 3.71 dan sisihan piawai .610 berada
pada tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan secara keseluruhan majoriti responden iaitu
35.2% menyatakan aktiviti-aktiviti di dalam kaedah pengajaran guru sentiasa dilaksanakan oleh guru
mereka. Manakala sebahagian responden iaitu 27% menyatakan guru kerap menjalankan aktiviti di
dalam pengajaran mereka. Sebahagian yang lain iaitu 19.8% menyatakan guru tahfiz kadang-kadang
menjalanakan aktiviti di dalam pengajaran mereka. Sebahagian kecil sahaja dari kalangan responden
8
menyatakan guru mereka jarang sekali atau tidak pernah melaksanakan aktiviti di dalam pengajaran
mereka.
Dapatan turut menunjukkan bahawa enam item kaedah pengajaran guru tahfiz berada pada
peratus kekerapan (sentiasa) yang tinggi iaitu di antara 51% hingga 72.5%, lima item kaedah
pengajaran guru tahfiz berada pada peratus kekerapan sederhana iaitu di antara 28.8 % hingga 49.5%,
sementara baki sembilan item mencatatkan peratus kekerapan yang rendah pada kaedah pengajaran
guru tahfiz iaitu di antara 6.4% hingga 25.4%. Item yang menunujukkan kekerapan yang paling tinggi
ialah guru tahfiz sentisa merekod secara bertulis hafazan pelajar mereka iaitu 72.5% (280) daripada
keseluruhan responden dikuti dengan sentiasa melakukan semakan terhadap tulisan hafazan al-Quran
pelajar 66.8% (258), sentiasa membetulkan kesalahan tajwid dan kelancaran hafazan 61.7% (238),
sentiasa mendengar dengan teliti hafazan pelajar 56.2% (217), sentiasa meminta dan mengingatkan
pelajar membaca banyak dan kerap semasa menghafaz al-Quran 51% (197).
Sementara itu analisis ítem turut menunjukkan ítem penggunaan kaedah kajian perpustakaan
dalam pengajaran dan pembelajaran hanya dilaksanakan oleh sebilangan kecil guru iaitu 6.4% (25)
dari maklumbalas keseluruhan responden. Dapatan menunjukkan majoriti 29.8% (115) pelajar
menyatakan guru tahfiz tidak pernah melaksanakan kaedah kajian perpustakaan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan ABH dalam Kalangan Guru Tahfiz Al-Quran
Dapatan kajian pada bahagian ini pula adalah mengukur penggunaan ABH dalam kalangan guru
tahfiz al-Quran. Sejumlah sepuluh ítem dikemukakan kepada responden bagi mendapatkan maklum
balas mereka tehadap kaedah pengajaran guru di dalam kelas tahfiz. Makklum balas responden adalah
dalam bentuk skala likert lima mata iaitu dari skala 1 untuk tidak pernah dan seterusnya jarang sekali,
kadang-kadang, kerap dan sentiasa pada skala 5. Jadual 5 menunjukkan peratus, kekerapan, min dan
sisiahan piawai kaedah pengajaran guru tahfiz dari maklum balas pelajar.
Jadual 5: Analisis Kekerapan, Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Penggunaan ABH dalam
Kalangan Guru Tahfiz Al-Quran
Bil Item Pengajaran Tidak
Pernah Jarang
Kadang-
Kadang Kerap Sentiasa Min S.P
1
Menggunakan buku rekod
untuk mengemaskini
kehadiran pelajar
2.3%
(9)
1.0%
(4)
6.7%
(26)
25.6%
(99)
64.2%
(248) 4.48 .853
2
Menggunakan buku rekod
tasmi’/ rekod mengajar
untuk mengemaskini laporan
hafazan pelajar
1.6%
(6)
2.3%
(9)
6.2%
(24)
30.1%
(116)
59.8%
(231) 4.44 .836
3
Menggunakan mushaf
sebagai teks rujukan al-
Quran dan terjemahan
8.8%
(34)
6.0%
(23)
22.5%
(87)
31.9%
(123)
30.8%
(119) 3.70 1.216
4 Menyediakan bahan yang 6.0% 7.5% 22.8% 35.5% 28.2% 3.73 1.129
9
Bil Item Pengajaran Tidak
Pernah Jarang
Kadang-
Kadang Kerap Sentiasa Min S.P
secukupnya sebelum beliau
memulakan pengajaran.
(23) (29) (88) (137) (109)
5
Menyediakan jadual kadar
muka surat atau ayat yang
perlu ditalaqqi oleh pelajar
11.7%
(45)
13.0%
(50)
24.1%
(93)
26.7%
(103)
24.6%
(95) 3.40 1.302
6
Mengedarkan ringkasan atau
nota sebagai bahan rujukan
tambahan kepada pelajar
20.7%
(80)
21.0%
(81)
26.2%
(101)
20.7%
(80)
11.4%
(44) 2.81 1.293
7
Menggunakan kemudahan
perpustakaan untuk mencari
bahan tambahan pengajaran
22.8%
(88)
23.6%
(91)
24.6%
(95)
18.1%
(70)
10.9%
(42) 2.71 1.297
8
Menerangkan bahan rujukan
tambahan di dalam
pengajaran tema makna ayat
al-Quran
16.8%
(65)
15.0%
(58)
31.6%
(122)
26.7%
(103)
9.8%
(38) 2.98 1.220
9
Menggunakan audio video
untuk menunjukkan cara
sebutan dan contoh bacaan
qari terkenal
34.2%
(132)
21.5%
(83)
22.5%
(87)
14.5%
(56)
7.3%
(28) 2.39 1.285
10
Menggunakan majalah atau
akhbar sebagai bahan
pengajarannya
30.3%
(117)
23.6%
(91)
21.8%
(84)
17.6%
(68)
6.7%
(26) 2.47 1.271
Keseluruhan Penggunaan ABH 15.5% 13.4 20.9% 24.8% 25.4% 3.31 .757
N= 386
Merujuk kepada jadual 5 secara keseluruhan keseluruhan penggunaan ABH dalam kalangan
guru tahfiz berada pada min 3.31 dan sisihan piawai .757 iaitu pada tahap sederhana tinggi. Dapatan
juga menunjukkan secara keseluruhan majoriti responden iaitu 25.4% menyatakan ABH sentiasa
dilaksanakan oleh guru mereka. Manakala sebahagian responden iaitu 24.8% menyatakan guru kerap
menggunakan ABH di dalam pengajaran mereka. Sebahagian yang lain iaitu 20.9% menyatakan guru
tahfiz kadang-kadang menggunakan ABH di dalam pengajaran mereka. Sebaliknya sebahagian dari
kalangan responden menyatakan guru mereka jarang sekali atau tidak pernah menggunakan ABH di
dalam aktiviti pengajaran mereka.
Dapatan menunjukkan bahawa hanya dua item penggunaa ABH berada pada peratus
kekerapan yang tinggi iaitu di antara 64.2% dan 59.8%, tiga item lagi berada pada peratus kekerapan
sederhana iaitu 30.8%, 28.2% dan 24.6% sementara baki lima item mencatatkan peratus kekerapan
yang rendah iaitu di antara 6.4% hingga 11.4%. Item yang menunjukkan kekerapan yang paling tinggi
ialah guru tahfiz sentisa menggunakan dan mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar 64.2% (248)
daripada keseluruhan responden dikuti dengan sentiasa menggunakan dan mengemaskini buku rekod
tasmi’ hafazan al-Quran pelajar 59.8% (231)
Sementara itu analisis ítem turut menunjukkan lima ítem penggunaan ABH yang paling
lemah atau kurang dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu penggunaan majalah dan akhbar hanya
10
6.7% (26) dari maklumbalas keseluruhan responden, diikuti dengan penggunaan audio video dalam
pengajaran 7.3% (28), penggunaan bahan rujukan tambahan untuk pemahaman makna ayat al-Quran
9.8% (38), penggunaan bahan-bahan perpustakaan untuk pengajaran 10.9% (42) dan penggunaan nota
atau ringkasan dalam pengajaran dan pembelajaran 11.4% (44).
Hubungan Kaedah Pengajaran Guru Tahfiz dengan Penggunaan ABH
Untuk menguji hubungan di antara pembolehubah kaedah pengajaran dengan ABH, ujian korelasi
telah dijalankan ke atas data yang diperolehi. Berdasarkan jadual 6, dapatan kajian menunjukkan nilai
korelasi sebanyak 70% di antara kaedah pengajaran dan penggunaan ABH dengan nilai pekali
korelasi r(.701), p<.01. Ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap
sederhana kuat di antara kaedah mengajar dan penggunaan ABH di mana p<.01 (p=.000).
Jadual 6: Korelasi di antara Kaedah Pengajaran dan Penggunaan ABH
Pengguunaan ABH
Kaedah Pengajaran r .701
**
Sig. .000
** sign pada aras p<0.01
N= 386
Perbincangan
Umumnya menghafaz al-Quran memerlukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang
tersusun bagi meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ayat-ayat al-Quran yang dihafaz. Usaha
guru-guru tahfiz melaksanakan sebahagian besar dari kaedah-kaedah hafazan merupakan satu tuntutan
dalam menjayakan matlamat pendidikan tahfiz al-Quran. Penekanan kepada tiga daripada empat
kaedah utama yang disarankan oleh al-Qabisi (1956) iaitu tasmi’, talaqqi dan tikrar mampu
memberikan impak kepada pembelajaran hafazan al-Quran. Namun kaedah pemahaman ayat al-Quran
seolah-olah ditinggalkan daripada pengajaran walaupun ia menjadi teras kepada kaedah pengajaran
dan pembelajaran hafazan al-Quran.
Di samping itu guru juga didapati kurang memberi galakan kepada pelajar untuk mendalami
makna ayat-ayat al-Quran melalui sumber rujukan di perpustakaan. Hal yang demikian adalah
bertentangan dengan saranan al-Quran supaya mentadabbur ayat-ayat yang dibaca (surah al-Sod: 29;
surah al-A’araf: 204). Begitu juga al-Qabisi (1955), al-Ahwani (1955) dan al-Nawawi (1984)
menyatakan peri pentingnya fahm al-ayat (kefahaman ayat) dalam pembelajaran al-Quran. Senario
meninggalkan pemahaman ayat al-Quran dari pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran
dikhuatiri melahirkan pelajar tahfiz yang tidak mampu memahami kandungan al-Quran sekalipun
mereka fasih dan lancar dalam bacaan.
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz
al-Quran yang diutamakan oleh guru ialah mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar dan
11
mengemaskini buku rekod tasmi’ atau rekod mengajar. Ia tidak lebih dari kawalan rekod hafazan
semata-mata. Dapatan ini selari dengan Azmil dan Misnan (2013) yang melaporkan bahawa majoriti
pensyarah hanya menggunakan ABH yang paling asas sunnguhpun mereka mengetahui kepentingan
mempelbagaikan ABH dalam menggalakkan pembelajaran pelajar.
Kajian juga mendapati bahawa penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz al-Quran yang
kurang diberi perhatian oleh guru ialah menggunakan bahan bercetak seperti majalah atau akhbar
sebagai bahan pengajarannya. Guru sepatutnya dapat mengaitkan isu-isu pembelajaran tahfiz melalui
sumber bahan bercetak yang pelbagai supaya pengetahuan dan kemahiran pelajar dapat diperluaskan.
Ini mungkin disebabkan salah faham dan memandang ringan kebanyakan guru kepada fungsi alat
bantu mengajar sebagaimana yang dinyatakan oleh (Farrant, 1977). Sementara itu penggunaan media
selain bahan bercetak berada pada tahap yang paling rendah. Ia seolah-olah menunjukkan jarang atau
tidak pernah menggunakan audio video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini amat
merugikan kerana terdapat terlalu banyak sumber audio dan video yang boleh membantu
pembelajaran hafazan seperti cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal, penerangan tajwid,
tarannum, teknik menghafaz dan lain-lain. keadaan ini membawa kepada terbatasnya penggunaan
deria untuk pembelajaran hafazan al-Quran sedangkan penggunaan pelbagai deria telah disyorkan
oleh Ahmad Mohd Salleh (2004), Al-Ahwani (1955), Muhammad Muhsin (1994) dan Abu al-Fida’
(2006).
Sementara itu dapatan kajian yang menunjukan hubungan yang signifikan sebanyak 70%
membuktikan bahawa kaedah pemahaman ayat al-Quran yang memerlukan sumber dan bahan
pembelajaran hafazan yang pelbagai tidak terlaksana dengan baik di institusi tahfiz al-Quran zon
tengah. Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh guru hanya menggunakan ABH yang minimum dan
terbatas kepada bahan yang paling asas. Oleh kerana kaedah pengajaran guru mempunyai nilai
hubungan yang kuat dengan ABH, maka guru harus melebarluaskan penggunaan ABH dari pelbagai
media untuk memperkasakan kaedah pengajaran mereka.
Kesimpulan
Kajian ini memberi gambaran kaedah pengajaran Hafazan al-Quran dan penggunaan ABH di institusi
tahfiz al-Quran zon tengah. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kaedah pengajaran guru
tahfiz adalah sederhana tinggi, namun ia boleh ditingkatkan kepada tahap yang tinggi sekiranya aspek
pemahaman ayat-ayat al-Quran diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran. Demikan
juga penggunaan ABH dalam pengajaran perlu diperluaskan dan dipertingkatkan, seperti menggiatkan
penggunaan teknologi dan media lain dalam pengajaran. Hal ini dapat meningkatkan sumber dan
bahan pembelajaran bagi mempersiapkan pendidikan tahfiz seiring dengan pendidikan abad ke-21.
12
Rujukan
Al-Quran
Abu Al-Fida’, Muhammad izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam
Ab. Halim Tamuri, Khadijah. Abadul Razak. (2006). Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah
rendah dan Menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006. 11. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Al-Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). At tarbiyyah fil islam aw ta’alim fi ra’yil Qabisi. Kaherah: Darul Fikr al-
Araby.
Al-Habash, As-Syeikh Muhammad. (1987). Kaifa tahfaz al-Quran. Beirut: Dar al- Khair.
Al-Khatib, Ahmed. (2009). Al-Taalim al-Aliy: al-isykaliyyat wa tahdiyyat. Irbid : Alamul kutub al-hadith.
Al-Nawawi (1984) Al-Tibyan fi adabi hamalatil Quran. Beirut : Dar an-Nafais
Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad bin Khalaf. (1955). Ar risalah al mufassolah li ahwal al mua’llimin wa
ahkam al- mua’llimin wa mutallimin. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub al Arabiyyah.
Al-Sayuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (1987). Al-Itqan fi ulumil Quran. Maktabah Mustafa al-Bab al-Halaby.
Al-Syarbini, Ibrahim Abdul Muni’m. (2004). As-Sabil ila al-Jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul Quran. Zaqaziq:
Dar Ibnu Kathir.
Al-Tal, Said Musyrif. (1997). Qawaid al-tadris fi al-jamiah. Amman: Dar al-Fikir li al-Tibaah wa al-Nasyr.
Azmil Hashim, & Misnan Jemali. (2014). Kajian Mengenai Hubungan antara Teknik Pembelajaran Tahfiz
dengan Pencapaian Hafazan al-Quran Para Pelajar. Jurnal Perspektif, 6(2), 15-25.
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah
Pengajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 28-39.
Brymen, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS Release 8 for Windows: A guide for
social scientists. London: Routledge.
Darul Quran (2007). Kaedah hafazan al-Quran. Selangor. Medan Hikmah Sdn. Bhd.
Farrant, J.S. (1977). Prinsip dan amali pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam kalangn guru cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Kamrul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah P&P (ed. Ke-2). Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran mata pelajaran hafazan al-quran: suatu kajian maahad
tahfiz al-quran zon tengah. Laporan Projek Sarjana ,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohamad Marzuqi Abdul Rahim et al. (2016) Tahap penggunaan Alat Bantu Hafazan dalam kalangan
pensyarah tahfiz al-Quran Malaysia Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (ed.)
Memperkasa generasi Penghafaz Al-Quran hlm. 87-96. Kuala Kubu Bharu : Darul Quran JAKIM
Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. 1994. Al-Quran dan cara-cara menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan Darul
Quran.
Nunally, J. C. 1978. Psycometric theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company.
Shalaby, Ahmad. (1978). At-Tarbiyah al-islamiyyah nuzumuha wafalasifatuha. Mesir: Maktabah an-Nahdah al-
Misriyyah.
Siti Mahani Muhazir, Nazlinda Ismail (2015) Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya. Artikel Psikologi
Tahun 2015. Jabatan Perkhidmatan Awam.
Taspcott, Don (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your WorldMcGraw-Hill.
Top Related