PENGERUKAN UNTUK
KESELAMATAN ALIRAN
PELAYARAN DI
KUALA PERLIS
Tarikh Siap Semasa : 30 Mei 2014
Tarikh Mula : 29 Disember 2014
Latar Belakang • Kerja-kerja pengerukan di Kuala Perlis telah dilaksanakan secara berkala
bagi memastikan alur pelayaran dan lembangan sentiasa selamat dilayari.
Kerja-kerja pengerukan yang telah dilaksanakan adalah pada tahun 2003 di
bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe-8) dan tahun 2010 di bawah
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9).
• Pengerukan di Kuala Perlis perlu dilakukan secara berjadual kerana masalah
pemendapan yang berlaku adalah pada kadar 1.0 meter hingga 1.5 meter
setahun.
• Selain daripada Terminal Penumpang ke Pulau Langkawi yang
mengendalikan lebih kurang 2.4 juta penumpang setahun, terdapat juga jeti
kargo dan RoRo yang terletak berdekatan bagi mengendalikan kargo serta
kenderaan, Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan juga jeti-jeti
pendaratan ikan yang digunakan oleh nelayan dan penduduk setempat. Jeti-
jeti ini amat penting kepada mereka dan merupakan nadi kepada kegiatan
ekonomi di kawasan tersebut.
• Kedalaman alur pelayaran dan basin di sini sekitar -1.2 meter hingga 5 meter
CD dan memerlukan pengerukan berkala. Keperluan alur pelayaran adalah
9.0 kilometer panjang lebar, 70.0 meter lebar dasar dan kedalaman 4.0
meter bagi menjamin keselamatan pelayaran setiap waktu.
• Memandangkan perkembangan ini maka Jabatan Laut berhasrat untuk
memajukan lagi industri maritim dan menjamin keselamatan pelayaran di
kawasan ini dengan cadangan "maintenance dredging" bagi mendalamkan
dan melebarkan laluan ini
Latar Belakang
PERMUKAAN DASAR MUARA KUALA PERLIS YANG CETEK
PERMUKAAN DASAR MUARA CETEK DI JETI KUALA PERLIS
PANDANGAN JETI KUALA PERLIS
JENTERA YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDALAMKAN DASAR MUARA
KERJA-KERJA MENDALAMKAN DASAR MUARA SUNGAI SEDANG DILAKUKAN
SESI PERBINCANGAN DAN TAKLIMAT SEDANG DILAKUKAN
Rumusan
• Memastikan kebolehlayaran selamat kapal-kapal (preventing ship
ground) dengan kedalaman tertentu yang diperlukan oleh kapal;
• Memastikan alur pelayaran tertentu itu boleh dimudik (accessibilty
from transportation aspect);
• Tidak bergantung kepada tidal water (air pasang surut) untuk
memudik ke jeti yang akan memakan masa yang banyak; dan
• Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan maritim.
Top Related