NAMA DAN NO. MATRIK:
NUR SYAHIRAH BINTI YAHYANUDDIN
(A148998)
KOD DAN NAMA KERTAS:
LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
(SET 36)
TAJUK LAPORAN:
LAWATAN SAMBIL BERAMAL KE RUMAH PERLINDUNGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA
NAMA PENSYARAH:
ENCIK ISMAIL BIN UPAWI
1 PENGENALAN
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi
di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial
sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang
lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku
seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek
dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran
bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.
Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara
masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu
mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain.
Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain
mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka
gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,
mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.
Tanggungjawab adalah kesedaran manusia akan tingkah laku atau perbuatannya yang
disengaja ataupun yang tidak disengaja. Tanggungjawab juga akan mewujud kesedaran
terhadap kewajibannya. Manusia memiliki tuntutan yang besar untuk bertanggungjawab
mengingat ia mementaskan sejumlah peranan dalam konteks sosial, individual ataupun
teologis.
1.1 MENGAPA PERLU TERLIBAT DENGAN KHIDMAT MASYARAKAT
Sebagai mahasiswa yang berdedikasi, perlulah kita untuk melibatkan diri dengan rumah
kebajikan. Ini merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat
sekeliling tidak kiralah mereka lebih tua ataupun lebih muda daripada kita. Hal ini kerana,
kita juga dapat mengetahui dan merasai apa yang mereka sedang hadapi. Selain itu, dengan
adanya aktiviti seperi ini, kita dapat memenuhi masa yang kita bazirkan dengan perkara-
perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita.
Apabila terlibat dengan aktiviti seperti ini, mahasiswa akan menyedari erti kehidupan
yang sebenarnya atau realiti kenyataan hidup. Dalam usaha mereka membantu golongan ini
mahasiswa akan memahami betapa pentingnya kehidupan ini dihargai dan digunakan dengan
sebaik mungkin tanpa melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka pada
masa depan. Mahasiswa akan melihat diri mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan itu
dengan lebih baik lalu mampu melahirkan satu pandangan yang positif tentang erti kehidupan
yang hakiki dan bukannya sekadar seperti katak di bawah tempurung sahaja. Maka, semakin
banyak aktviti sebegini dilakukan semakin luaslah pandangan hidup mahasiswa itu kelak.
Tambahan pula, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti membantu golongan yang
memerlukan bantuan ini akan menghalang mereka daripada terbabit dalam kancah yang tidak
sihat. Bukan sahaja mereka sudah mempunyai pemahaman erti kehidupan yang jelas tetapi
aspek masa turut membantutkan peluang mereka untuk terbabit dalam aktiviti yang tidak
sihat pula. Biasanya aktiviti sebegini dijalankan pada hujung minggu atau ketika musim cuti
sekolah yang pastinya akan menyebabkan mahasiswa menghabiskan masa dengan melakukan
perkara-perkara yang positif daripada memikirkan tindakan yang negatif seperti melepak dan
sebagainya. Jelaslah, amalan khidmat masyarakat berupaya membentuk satu persekitaran
yang sesuai buat mahasiswa daripada terjebak dalam kancah negatif yang sering kita lihat
dalam media massa itu.
Seterusnya, dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat ini ialah mahasiswa akan
memahami erti menghormati individu lain. Bagaimanakah perkara ini boleh timbul dalam diri
mahasiswa menerusi amalan yang mudah ini? Mahasiswa pastinya akan melihat dan
berinteraksi dengan golongan tua, kanak-kanak yatim dan orang miskin lalu membawa
mereka melihat keadaan keluarga sendiri seperti ayah, ibu, adik dan diri sendiri yang
menimbulkan keinsafan akan tindakan mereka sebelum ini. Sesungguhnya, mahasiswa yang
melibatkan diri dalam amalan murni ini akan memandang ibu dan ayah mereka dengan satu
pandangan yang berbeza kerana mereka sudah sedar sikap hormat amat penting dalam naluri
manusia itu.
Dengan aktiviti ini, imej mahasiswa itu sendiri akan berubah. Kalau sebelum ini
mahasiswa kita sering dipandang serong dengan pelbagai tohaman dilemparkan kepada
mereka baik di dalam media massa mahupun jiran tetangga, imej itu sudah berubah sama
sekali. Mahasiswa yang melibatkan diri dalam khidmat masyarakat akan dipandang tinggi
oleh masyarakat setempat kerana mahasiswa itu sudah membuktikan bahawa diri mereka
mampu melakukan sesuatu yang positif untuk memajukan masyarakat mereka. Jadi, semakin
kerap mahasiswa melibatkan diri dalam khidmat masyarakat semakin tinggilah imej
mahasiswa itu pada mata masyarakat dan keluarganya.
Sebagai mahasiswa yang prihatin, kita perlulah memupuk semangat saling membantu
terutamanya dengan kepada masyarakat yang memerlukan. Semakin banyak mahasiswa yang
terbabit dalam program khidmat masyarakat ini semakin baiklah buat negara kerana satu
kelompok mahasiswa yang berwawasan tinggi berupaya dihasilkan pula. Kewujudan
mahasiswa sebeginilah yang mampu menjadikan negara kita berupaya mengahrungi cabaran
globalisasi yang semakin sengit itu.
1.2 PERANAN TERHADAP MASYARAKAT
Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran
hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah dan masyarakat di sekeliling
mereka. Mengambil bahagian serta melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti
kemasyarakatan bukan sahaja menguntungkan pihak penganjur tetapi amat berfaedah kepada
diri mahasiswa, keluarga dan masyarakat. Mahasiswa yang melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, perundingan,
perancangan serta pengurusan organisasi.
Mahasiswa perlu memilih kegiatan yang digemari. Ini boleh memberi peluang
mahasiswa mendapat kenalan dan pengalaman baru di samping menyumbang secara
produktif kepada masyarakat. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti secara berkumpulan agar dapat
meningkatkan kemahiran bekerjasama, perhubungan, kepimpinan, pengurusan dan bersosial.
Mahasiswa juga boleh memberi bantuan dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan
(sepertigotong-royong, kenduri, hari keluarga, ceramah agama atau aktiviti sosial lain) yang
dianjurkan oleh keluarga, jiran atau masyarakat. Buatlah kerja-kerja persiapan tempat seperti
menyusun kerusi, mengedar kad jemputan, menghidang makanan, atau melayan tetamu.
Rancang projek bersama-sama rakan sebagai sumbangan kepada masyarakat seperti
mengadakan lawatan ke pusat perlindungan atau rumah anak yatim dan luangkan masa
dengan mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun kebajikan yang dilakukan kecil, namun
ia amat bermakna. Mahasiswa sendiri akan berasa bangga dan bersyukur dengan kehidupan
yang dimiliki. Selain itu, mahasiswa juga akan berpuas hati di samping dapat meningkatkan
keyakinan dan harga diri serta kemahiran memimpin.
Jadilah mahasiswa yang proaktif dan sedia berkhidmat. Banyak agensi, pertubuhan
bukan kerajaan dan syarikat swasta bersedia memanfaatkan idea dan tenaga mahasiswa
dalam projek jangka pendek. Bertanya atau layarilah laman sesawang dan teliti ruang iklan
berkaitan dengan bidang yang diminati. Pengalaman bekerja sebagai sukarelawan sambilan
(jangka pendek) dapat meluaskan pengetahuan dan kemahiran yang menguntungkan kerjaya
mahasiswa di masa hadapan.
1.3 APAKAH YANG BOLEH DAN PATUT MAHASISWA BANTU DALAM
PERTUBUHAN RUMAH KEBAJIKAN
Sebagai mahasiswa yang prihatin, tanggungjawab terhadap masyarakat perlulah
diutamakan selain tanggungajawab menuntut ilmu di pusat penggajian. Mahasiswa perlulah
membantu golongan masyarakat terutamanya yang memerlukan bagi mengurangkan beban
yang dihadapi oleh mereka sebagai contoh berkhidmat di rumah kebajikan.
Antara sumbangan yang dapat dilakukan oleh golongan mahasiswa terhadap
pertubuhan rumah kebajikan ialah membantu dari segi sumbangan dana. Mahasiswa dapat
membantu mencari sumbangan dana daripada syarikat-syarikat besar atau ahli keluarga bagi
membantu rumah kebajikan menampung segala perbelanjaan di tempat tersebut. Mahasiswa
boleh menjadi orang tengah bagi mendapatkan dana tersebut dengan cara yang tepat. Dengan
cara ini, mahasiswa secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
mereka.
Selain itu, mahasiswa juga perlu membantu anak-anak dari segi pelajaran. Mahasiswa
boleh membantu anak-anak ini dari segi pelajaran agar dapat meningkatkan pengetahuan
mereka. Bantuan ini tidak terhad kepada subjek teori sahaja, malah mahasiswa juga boleh
mengajar mereka bagaimana untuk membuat kraftangan, melukis, mewarna dan sebagainya
mengikut kemahiran masing-masing. Hal ini dapat membantu anak-anak menjadi lebih
kreatif serta menarik minat mereka untuk belajar. Secara tidak langsung, mahasiswa juga
dapat meningkatkan pengetahuan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada anak-
anak tersebut.
Di samping itu, golongan mahasiswa juga boleh membantu anak-anak dari segi memberi
motivasi kepada anak-anak dalam menempuhi kehidupan kini dan akan datang. Hal ini
kerena, ada juga diantara mereka yang bukan dari keluarga yang senang sebelum dimasukkan
ke rumah kebajikan ini. Dengan peluang yang ada ini, sebagai mahasiswa yang prihatin
bantulah mereka dengan memberi kata-kata semangat serta memberi dorongan kepada anak-
anak untuk terus hidup dengan jayanya pada masa akan datang. Hal ini dapat juga memberi
impak positif kepada anak-anak rumah kebajikan tersebut serta golongan mahasiswa.
2 AKTIVITI KEBAJIKAN
Melalui subjek LMCK2811 (set 38) Sosial dan kebertanggungjawaban, kami diminta
untuk pergi berkunjung sambil beramal ke Rumah Perlindungan Persatuan Kebajikan Islam
Peribadi Mulia untuk menjalankan aktiviti kebajikan di rumah tersebut.
2.1 LATAR BELAKANG RUMAH KEBAJIKAN
Peribadi Mulia adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada 29 Disember
2009 yang berpusat di alamat Jalan Prima Saujana 1/4D, Kajang, Selangor pada awalnya, dan
kini rumah kebajikan ini ditempatkan di Lot 7229, Jalan Melatu1, Sungai Kantan, Kajang,
Selangor. Tujuan Peribadi Mulia adalah untuk membela anak-anak yatim, fakir miskin dan
asnaf zakat, kini dihuni seramai 70 anak-anak yang berumur dari 2 hingga 17 tahun, 35
perempuan dan 35 lelaki. Mereka ada yang tinggal tetap di asrama mahupun yang mendapat
khidmat jagaan, asuhan dan pendidikan secara harian dengan percuma atau dengan kadar
yuran sekadar kemampuan ibu bapa masing-masing.
Rumah persatuan kebajikan Islam Peribadi Mulia ini ditubuhkan oleh beberapa orang
wanita sebagai penggerak utamanya dengan berbekalkan semangat dan cita-cita untuk
berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak bangsa, agama, dan negara.
Di antara punca keresahan masyarakat adalah generasi muda yang semakin rosak
dengan berbagai gejala sosial. Ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki hingga tidak sempat
memberi perhatian kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak itu selain miskin harta, mereka
juga menjadi miskin kasih sayang, miskin ilmu dan miskin iman. Adalah malang bagi satu
bangsa kalau ada kanak-kanak yatim atau fakir miskin yang terbiar walhal otaknya genius.
Bahkan ramai juga anak orang kaya harta yang kurang kasih sayang, ilmu dan iman. Bila
dewasa, dia hanya jadi penganggur atau buruh kasar. Lebih malang lagi kalau dia menjadi
penagih dadah atau penjenayah. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia adalah aset
agama, bangsa dan Negara. Oleh itu semua pihak wajib membanteras kemiskinan ini secara
keseluruhan.
Atas keprihatinan ini maka tertubuhlah rumah amal ini. Pembinaan insan menjadi teras
utamanya agar lahir generasi yang seimbang antara jasad, akal, nafsu dan rohnya. Dengan itu
mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang berwibawa untuk generasi masa hadapan.
2.2 AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI RUMAH KEBAJIKAN
Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk pergi ke rumah kebajikan tersebut.
Agihan kumpulan dilaksanakan agar tidak berlaku pertindihan waktu serta dapat
mengelakkan daripada terlalu ramai di rumah tersebut di dalam satu masa. Pada awalnya,
setiap orang perlu memenuhi 12 jam bersama anak-anak di rumah kebajikan tersebut. Oleh
kerana ada beberapa halangan, kami diminta membuat aktiviti ini sekurang-kurangnya 8 jam.
Di sana, saya bersama ahli kumpulan saya telah melakukan beberapa aktiviti untuk
memenuhi masa lapang kanak-kanak di rumah tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang telah
kumpulan saya lakukan. Antaranya adalah mengajar mereka melukis, mewarna, bermain dan
sebagainya.
Pada hari pertama, telah ditugaskan untuk pergi ke rumah kebajikan tersebut pada jam
tiga hingga lima petang. Disebabkan kumpulan saya pergi pada waktu petang, jadi saya
mencadangkan untuk mengajar anak-anak di rumah kebajikan itu melukis. Hal ini kerana,
pada waktu petang tidak sesuai untuk mengajar mereka. Tambahan pula mereka baru sahaja
sedar dari tidur petang. Setelah itu, kami telah membuat permainan sedikit untuk
menceriakan anak-anak di sana. Dengan ini mereka tidak cepat bosan dengan aktiviti yang
kami jalankan.
Pada hari kedua pula, kami pergi pada waktu yang sama. Kumpulan saya telah
bersepakat untuk melatih mereka mewarna. Kami telah membawa beberapa gambar haiwan
untuk mereka mewarna. Terdapat beberapa lukisan haiwan yang perlu mereka warnakan.
Antaranya, gambar singa, ikan, gajah, dan sebagainya. Ada diantara mereka yang mempunyai
kemahiran dalam mewarna dan ada juga yang tidak tahu mewarna. Tetapi kami dapat
mengawal keadaan pada ketika itu, walaupun ada yang tidak memberi kerjasama. Kami
menjadi lebih rapat pada hari ini. Hal ini kerana, saya juga turut membantu mereka mewarna
gambar tersebut.
Seterusnya, pada hari ketiga saya mengikut kumpulan lain untuk pergi ke rumah
kebajikan tersebut. Pada hari tersebut saya dan ahli kumpulan yang lain bercadang untuk
membuat penanda buku dengan menggunakan batang aiskrim dan pelekat bercorak. Kami
mesra pada hari ketiga kerana kami telah mengenali antara satu sama lain. Dan pada ketika
itu, mereka memerlukan bantuan untuk meletakkan pelekat bercorak itu di batang aiskrim.
Sebelum kami berangkat pulang. Kami bersama-sama anak-anak di rumah tersebut menonton
televisyen. Ketika menonton, saya dan beberapa kanak-kanak di rumah kebajikan itu duduk
bersama dan bercerita serta memberi kata-kata semangat kepada mereka untuk terus hidup.
Pada hari terakhir, saya bersama ahli kumpulan saya pergi ke rumah kebajikan tersebut
dengan niat untuk memberikan sedikit sumbangan. Sumbangan yang diberikan terdiri
daripada makanan, permainan, bahan bacaan dan sebagainya. Kami mengharap sumbangan
yang diberi adalah sangat bermakna buat mereka di rumah kebajikan tersebut. Dengan
sumbangan yang diberikan itu, dapatlah kami membantu serba sedikit untuk meringankan
beban pemilik rumah kebajikan ini.
2.3 SENARAI NAMA ADIK-ADIK DI RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN ISLAM PERIBADI MULIA
Berikut merupakan senarai nama adik-adik yang menetap di rumah kebejikan
pertubuhan Islam Peribadi Mulia. Mereka merupakan sebahagian daripada yang menetap di
rumah tersebut. Saya bersama-sama ahli kumpulan saya berkesempatan mengajar dan
menjaga adik-adik lelaki yang berusia antara lima hingga enam tahun.
Naqib Bin Irdho
Muhammad Idrus Bin Masarudin
Muhammad Darqawi Bin Lokman
Farhan Bin Saiful
Hatim Bin Azman
Waqaruddin Bin Azam
Idris Bin Ridwan
Muhammad Waqar Bin Ismail
Ismail Bin Bastami
Muhammad Salman Bin Muhamman
Ahmad Bin Thoha
Siddiq Bin Rifaah
Ajwad Bin Hasnah
Muhammad Najib Bin Khairi
3 KESIMPULAN
Berdasarkan lawatan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa aktiviti perlu
diteruskan agar timbulnya sikap tanggunggjawab dikalangan mahasiswa terhadap masyarakat
sekeliling mereka. Sikap ini perlu dipupuk pada setiap mahasiswa agar dapat membantu
meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.
Oleh itu, kita perlulah bersama-sama membantu mereka dari pelbagai segi. Antaranya,
memberi bantuan dana, pelajaran serta menjaga mereka dan sebagainya. Dengan ini, kita
lebih dekat dengan mereka dan berkongsi kasih sayang bersama.
Secara tidak langsung dapat merasai bersama realiti kehidupan bagi mereka yang kurang
bernasib baik serta dapat memberi pengajaran buat golongan mahasiswa untuk lebih
bersungguh-sungguh dalam mancapai kejayaannya pada masa akan datang.
4 LAMPIRAN
Top Related