Sekretariat Pengajian Sastera dan Bahasa Melayu Universiti-Universiti di Malaysia (SPESBAM)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang
Malaysia
Prof. Madya Dr. Sohaimi bin Abdul Aziz E-mail: [email protected]
Tel: +604-653 3858 H/P: 019 4809118
Dr. Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin
Email: [email protected] Tel: +604-653 2856 H/P: 019 4101953
D e w a n P e r s i d a n g a n U n i v e r s i t i U n i v e r s i t i S a i n s M a l a y s i a
P u l a u P i n a n g
3 0 d a n 3 1 M a c 2 0 1 1
Undangan Penyertaan
Pihak penganjur persidangan mengalu-alukan ahli bahasa, pensyarah/ahli akademik, penterjemah, pembuat dasar, guru sekolah, pengamal bahasa, pengamal profesional, penulis, warga media, warga multimedia dan komunikasi, pelajar dan individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini.
Panduan Penyertaan
Abstrak dan Kertas Kerja
Jawatankuasa Penganjuran Persidangan ingin mempelawa mana-mana pihak dan individu yang berminat untuk membentangkan kertas kerja di persidangan ini. Abstrak yang lengkap hendaklah dikirim ke alamat emel urus setia [email protected] sebelum 31 Disember 2010. Tarikh notis pemberitahuan penerimaan abstrak adalah pada 14 Januari 2011. Tarikh tutup penyerahan kertas kerja penuh adalah pada 31 Januari 2011.
Abstrak : 100 patah perkataan Biodata : 50 patah perkataan Kertas Kerja : 15 – 20 muka surat Fon dan Saiz : Times New Roman, Saiz 11 Perisian : Microsoft Word 2003
Rumah Tetamu USM Tel : 04-653 2030 Faks : 04-659 7124
Hotel Equatorial Tel : 04-643 8111 Faks : 04-644 8000
Hotel Seri Malaysia, Tel: 04-642 9452 Faks: 04-642 9451
Anggerik Lodging Tel : 04-658 3760 Faks : 04-659 9052
Hotel Vistana Tel : 04-646 8000 Faks: 04-646 1400
B-Suite Bayan Point Tel : 04-646 7777 Faks : 04-644 5000
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGAJIAN SASTERA DAN
BAHASA MELAYU 2011
Realiti, Kerelevanan dan Masa Depan:
Merekayasa Ketampakan dan Kelestarian Pengajian Sastera dan
Bahasa Melayu
Pembentang Peserta lain Institusi (tiga orang sekumpulan) Pelajar Peserta luar negara
RM200.00 RM150.00 RM400.00 RM50.00 RM200.00
Pembayaran boleh dibuat atas nama BENDAHARI USM (SPESBAM 2011) dalam bentuk draf bank atau wang pos dan dikirim kepada sekretariat persidangan.
Bayaran Pendaftaran
Penginapan
Alamat Sekretariat
Sila hubungi:
Tajuk Persidangan
Persidangan Kebangsaan Pengajian Sastera dan Bahasa Melayu Pertama 2011
Tema Persidangan
Realiti, Kerelevanan dan Masa Depan: Merekayasa Ketampakan dan Kelestarian Pengajian Sastera dan
Bahasa Melayu
Subtema
Pengajian Sastera Melayu
Pengajian sastera Melayu dalam konteks pendidikan negara.
Pengajian sastera Melayu dan hubungannya dengan pengajian sains dan teknologi.
Pengaruh dan kesan budaya popular dalam pengajian sastera Melayu.
Sumbangan pengajian sastera Melayu kepada perkembangan dasar pengajian tinggi.
Pengajian sastera Melayu dalam kajian masa depan.
Pengajian sastera Melayu dalam pembangunan sebuah Universiti Apex/Universiti Penyelidikan.
Cabaran dan masa depan pengajian sastera Melayu di arena antarabangsa.
Pengenalan
Hari ini pengajian sastera dan bahasa Melayu
menghadapi cabaran yang sangat besar dan cabaran
ini tidak boleh dihadapi bersendirian oleh sebuah
universiti yang ada pengajian sastera bahasa Melayu.
Maka universiti-universiti berkenaan perlu bersatu
menghadapi cabaran yang datang dan pada yang
sama menambah kecemerlangan pengajian sastera
dan bahasa Melayu dan prestasi universiti masing-masing.
Tujuan Persidangan
Membincangkan perkembangan pengajian bahasa dan sastera Melayu di Malaysia dahulu, sekarang dan masa akan datang.
Membentuk kerjasama akademik antara sarjana dalam bidang pengajian bahasa dan sastera Melayu di universiti-universiti di Malaysia.
Membincangkan dan membina hala tuju pengajian bahasa dan sastera Melayu dalam masa 10 tahun akan datang.
Memperkasa pengajian bahasa dan sastera Melayu dalam zaman globalisasi.
Mentransformasikan pengajian bahasa dan bahasa Melayu untuk kelestarian negara bangsa.
Mengaitkan pengajian bahasa dan sastera Melayu dengan perkembangan pelbagai disiplin ilmu kini.
Memikirkan kembali pengantarabangsaan pe-ngajian bahasa dan sastera Melayu dan peranan universiti, agensi kerajaan, pihak swasta dan badan antarabangsa seperti UNESCO.
Kecemerlangan ini akan membolehkan pengajian
sastera dan bahasa Melayu mempunyai kewibawaan
yang utuh dan membuat jaringan antarabangsa
dengan universiti-universiti di luar negara bagi
membina satu impak yang lebih global tetapi
terkawal daripada akarnya di Malaysia. Seterusnya,
pengajian sastera dan bahasa Melayu akan terus
lestari dengan perkembangan semasa. Ketampakan
pengajian sastera dan bahasa Melayu di Malaysia
akan lebih jelas dan dihormati.
Menyedari cabaran yang dihadapi bagi mencapai
ketampakan dan kelestarian itu maka diperlukan
satu kerjasama yang erat, seimbang, konstruktif dan
futuristik antara universiti-universiti di Malaysia yang
mempunyai pengajian sastera dan bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, maka difikirkan perlu
ditubuhkan satu sekretariat yang merancang,
melaksanakan dan memantau perkembangan dan
kemajuan pengajian sastera dan bahasa Melayu di
universiti-universiti berkenaan.
Pengajian Bahasa Melayu
Kerelevanan bahasa Melayu sebagai lingua franca di negara-negara ASEAN dan Nusantara.
Prospek bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di negara-negara ASEAN dan Nusantara.
Cabaran bahasa Melayu sebagai alat komuni-kasi di pusat-pusat metropolitan di Malaysia.
Prospek bahasa Melayu sebagai pengantar pengajian akademik di institusi swasta di Malaysia.
Kerelevanan peristilahan bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21.
Peranan dan kerelevanan karya dan aktiviti penterjemahan dalam pemertabatan bahasa Melayu kini dan masa akan datang.
Kerelevanan peruntukan dalam akta-akta perundangan untuk memertabatkan bahasa Melayu kini dan masa akan datang.
Bahasa
Bahasa rasmi persidangan ialah bahasa Malaysia.
Top Related