Pengajaran dan pembelajaran Oleh: ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB. IPTHO
Untuk mempastikan agar pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah sentiasa meningkat guru perlulah mencari beberapa bentuk pendekatan, strategi, kaedah pengajaran yang sesuai bagi kanak-kanak prasekolah.
Pengajaran Guru Peta Minda: Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran
a. Belajar Melalui Bermain
Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Malangnya, ibu-bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja.
Ketika bermain kanak-kanak bebas untuk memahirkan dan menguasai kemahiran dan pengetahuan baru mengikut tahap kebolehan dan mengikut cara mereka sendiri. Keadaan ini akan mengurangkan ketegangan dan kebimbangan yang boleh menghalang pembelajaran. Dengan itu belajar melalui bermain adalah menyeronokkan dan bebas dari kebimbangan. Apabila kanak-kanak betul-betul terlibat dengan bermain, mereka adalah belajar dan menikmati kegembiraan pada setiap minit ia terlibat.
Pada dasarnya permainan kanak-kanak nampak mudah. Sebenarnya apa yang terjadi ialah ‘bermain’ telah menyentuh setiap aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Dengan itu, mana-mana program yang tidak mengambil berat tentang belajar melalui bermain ini bermakna mereka mengabaikan tentang bagaimana kanak-kanak belajar dan berkembang.
Bagaiman Bermain Mempengaruhi Tingkah Laku.
Sawyers J.K dan Roger C.S (2001) menyatakan banyak kajian membuktikan bahawa bermain banyak menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak dalam berbagai cara :
1. Bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikan kemahiran-kemahiran baru kognitif, sosio-emosi dan fizikal. Apabila mereka telah menguasai kemahiran tersebut mereka boleh menggunakannya dalam situasi baru.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BELAJAR MELALUI BERMAIN
PENDEKATAN BERTEMA
PENDEKATAN BERSEPADU
PENDEKATAN ICTPENDEKATAN
PROJEK
2. Bermain banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertindak balas terhadap objek-objek dan mengalami peristiwa-peristiwa bersama rakan-rakan dan orang dewasa.
3. Bermain adalah bentuk pembelajaran aktif yang menyatukan minda, tubuh badan dan jiwa kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak terjadi dengan sangat berkesan apabila keseluruhan diri kanak-kanak itu terlibat.
4. Bermain membolehkan kanak-kanak menggunakan pengalaman sebenar mereka untuk menyusun konsep-konsep bagaimana dunia ini beroperasi.
5. Kanak-kanak boleh melihat bagaimana pengalaman baru boleh dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran sebelumnya. Kebanyakkan apa yang kita pelajari tidak boleh diajar secara terus sebaliknya harus dikumpulkan dengan cara kita sendiri melalui pengalaman-pengalaman yang telah dilalui.
6. Semasa bermain kanak-kanak boleh membina sikap mereka cipta yang menggalakkan kanak-kanak untuk berupaya berfikir mengenai pelbagai idea, cara baru untuk membuat sesuatu dan cara untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak terbuka kepada beberapa cara peyelesaian.
7. Bermain dapat membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pembelajaran iaitu melalui perasaan ingin tahu, mereka cipta dan kekal di dalam tugasan. Jangka masa tumpuan kanak-kanak menjadi lebih panjang apabila mereka berminat dan berpuas hati.
8. bermain boleh mengurangkan tekanan yang selalu wujud ketika pembelajaran berlaku. Ketika bermain orang dewasa tidak mengganggu. Kanak-kanak selesa semasa bermain apabila mereka melakukan kesalahan mereka tidak didenda.
9. Melalui bermain bersama rakan sebaya kanak-kanak membina kemahiran melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain, bekerjasama, tolong menolong, berkongsi, dan juga menyelesaikan masalah. Mereka membina tingkah laku pemimpin dan pengikut yang perlu bekerjasama. Pengalaman ini mengalakkan kanak-kanak berfikir bagi menguasai dunia sosial dan dapat memahami diri mereka.
10. Kanak-kanak melahirkan dan memahami aspek-aspek emosi dalam pengalaman kehidupan harian mereka termasuk pengalaman-pengalaman gembira, menakutkan dan sedih khususnya dalam permainan dramatik.
Peranan Guru Untuk Menggalakkan Bermain.
Guru adalah sebagai kunci untuk mencorakkan permainan yang bermakna yang mengalakkan pembelajaran. Apa yang dibuat dan sikap guru terhadap bermain dapat menentukan kualiti persekitaran dan aktiviti yang dilaksanakan di prasekolah. Guru bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum menggunakan pendekatan bersesuaian:
Merancang untuk melaksanakan kurikulum melalui bermain dengan mengintegrasikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan bermain untuk mencapaikan hasil-hasil pembelajaran tertentu. Aktiviti bermain hendaklah bersesuaian dengan keperluan perkembangan kanak-kanak dan bebas dari pengaruh jantina dan budaya. Guru harus menjelaskan mengenai konsep-konsep kurikulum dan idea yang mereka mahu kanak-kanak belajar melalui bermain.
Memperuntukan masa untuk pembelajaran melalui bermain dan masukkan dalam jadual dan sebagai aktiviti yang munasabah.
Sedikan persekitaran dan strukturkan masa untuk pembelajaran melalui bermain termasuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah yang menyokong pembelajaran.
Susun persekitaran bilik darjah dan pusat-pusat pembelajaran yang menggalakkan pembelajaran aktif.
Sediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aras perkembangan kanak-kanak tanpa diskriminasi jantina dan budaya.
Ajar juga pembantu guru dan ibu bapa untuk menggalakkan pembelajaran melalui bermain.
Selia aktiviti permainan dan guru boleh ambil bahagian dalam permainan kanak-kanak, ini membolehkan guru membantu, menunjuk dan menjadi model bila sesuai.
Perhatikan kanak-kanak bermain. Guru boleh belajar bagaimana kanak-kanak bermain dan hasil pembelajaran dari bermain itu boleh digunakan untuk merancang aktiviti-aktiviti seterusnya.
Soal kanak-kanak mengenai permainan mereka, bincangkan apa yang kanak-kanak buat ketika bermain dan jelaskan atau beri penerangan semula tentang perkara-pekara yang telah mereka pelajari ketika bermain.
b. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru.
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Untuk pengajaran bertema juga membolehkan pelajar mengubungkan di atara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum.
Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterima pakai.
Justeru itu memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan ini.
Pengajaran bertema dapat dikategorikan kepada enam unit tema
Berasaskan konsep Berasaskan kemahiran Berasaskan kandungan dan kemahiran Berdokus kepada isu Berfokus kepada projek Berorientasikan kajian kes.
c. Pendekatan Bersepadu
Manusia makhluk Tuhan yang merupakan entiti yang bersepadu. Konsep Pendekatan bersepadu merupakan kesinambungan pendidikan bersepadu yang diasaskan kepada teori ontologi, epistemologi dan axiologi. Ilmu bukanlah ‘god-free’.
Pendekatan bersepadu membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah. Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itu dilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan antara satu sama lain
Konsep Bersepadu
KONSEP BERSEPADU MERANGKUMI
KESINAMBUNGAN INTEGRASI PENYERAPAN
PERIMBANGAN PENGGABUNGJALINAN HUBUNGKAIT
Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan,
Teras kesepaduan adalah Rukun Negara Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak Mendalami atau meneroka sesuatu topik Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan Pembelajaran lebih aktif, menyeronokkan & bermakna Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti Mengembangkan kemahiran berbahasa Menghayati nilai-nilai murni Belajar bersama rakan sebaya
Aspek-aspek Kesepaduan
Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas
Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik Kesepaduan teori dan amali Kesepaduan pengalaman langsung Kesepaduan keduniaan dan keakhiratan
d. Pendekatan ICT
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.
Matlamat ICT
Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.
Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran dan pembelajaran.
Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. Belajar secara konkrit.
Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan. Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh
menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan. Dapat meneroka berulang kali. E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak
bertukar idea.
Kelebihan ICT Dalam P&P
Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti
pembelajaran berbanding tradisional Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
Ia menarik kerana bercorak interaktif. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. Bahan dapat digunakan berulangkali
e. Pendekatan Projek
Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil
Apakah kepentingan menggunakan pendekatan projek?
a. Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar sekolah.
b. Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan
kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara.
c. Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.
Pendekatan Projek ini mengandungi tiga fasa:
Fasa 1 : kebolehan untuk menjelajah dan berkongsi pengalaman, idea yang (Permulaan) berkaitan dengan tajuk.
Fasa 11 : kebolehan mengumpul data, berdasarkan pengalaman pertama (Perkembangan): dengan menjalankan aktiviti menemuduga orang yang
berkemahiran, mengumpul pelbagai maklumat
Fasa III : Kebolehan membuat kesimpulan berdasrkan data yang telah (Kesimpulan) diperolehi dan boleh menyediakan dan membuat laporan.
Manakala sruktur Pendekatan Projek dibahagikan kepada lima iaitu:
Perbincangan Kerja luar Mewakili Menyiasat Menunjukkan bukti
Struktur pendekatan projek ini merupakan satu garis panduan yang perlu diikuti supaya kanak-kanak tidak menjalankan aktiviti projek mengikut kehendak sendiri..
Contoh Carta 1 :
Fasa 1Permulaan
Fasa 2Perkembangan
Fasa 3Kesimpulan
Perbincangan -Berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan tajuk yang telah diketahui.
-Besedia untuk membuat kerja luar dan -Reviewing field work-Learning from secondary sources
-Bersedia untuk berkongsi cerita mengenai projek. Membuat reviem/ maklum balas dan penilaian projek.
Kerja Luar -Kanak-kanak akan memberitahu pengalaman yang diperolehi kepada keluarga.
-Keluar dari kelas untuk menyiasat diluar kelas-Menemuduga orang yang mahir tentang topik yang dipilih.
-Menilai projek melalui pemerhatian dan perbincangan ramai.
Mewakili -Melukis, menulis, membina, main drama dan lain-lain aktiviti yang membolehkan ianya berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
-Membuat satu gambaran sebenar dan membuat nota..-Melukis, mewarna, menulis, mengira, membuat peta untuk mewakili satu pembelajaran baru.
-Boleh membuat rumusan untuk projek yang dilaksanakan..
Menyiasat -Boleh mengemukakan soalan berdasarkan kepada pengetahuan yang diperolehi..
-Menyiasat soalan yang telah dikenal pasti. -Kerja luar, kajian diperpustakaan banyak mengemukakan pelbagai soalan.
-Boleh membuat ramalan atau spekulasi mengenai soalan-soalan yang baru.
Menunjukkan bukti
-Berkebolhan berkongsi pengalaman sendiri pada topik yang dipilih..
-Berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.-Sentiasa mempertingkatkan rekod pada projek.
Membuat rumusan pembelajaran pada setiap projek
10.1.2 Pembelajaran kanak-kanak
Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah, pengelolaannya dibahagikan secara kelas, kumpulan dan individu.
a. Aktiviti Kelas.
Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. Akan tetapi untuk menggunakannya potensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru
perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar.
Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keseluruhan kelas untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan dan memberikan maklumat semasa perbualan pagi, memberi arahan, penerangan dan membuat aktiviti penamat pada setiap akhir pembelajaran. Aktiviti kelas yang lain adalah seperti;
Membuat percubaan Berlakon Menyanyi beramai-ramai Menonton Bercerita Membuat lawatan Bersoal jawab
Menyampaikan maklumat kepada kelas
Untuk pengajaran secara aktiviti kelas, terdapat panduan yang perlu diikuti oleh guru.
Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur.
Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu kanak-kanak mengekalkan dan memahani topik.
Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar kelangkah seterusnya.
Menjadikan penyampaian tentang sesuatu topik sejelas mungkin. b. Kumpulan.
Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Pengajaran kumpulan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan kanak-kanak kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan masing-masing
Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah:
Kumpulan mengikut kebolehan
Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama.
Kumpulan mengikut minatPengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri. Biasanya, ia berorientasikan projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama . Pelajar-pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu boleh membentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain.
Kumpulan mengikut kadar pencapaianBiasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagai contoh , kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan.
Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan . Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas. Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar digalakkan.
Contoh aktiviti kumpulan: Bentuk doh Main pondok Main bongkah Main cantuman puzzle Main permainan tradisional Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/ matematik Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri
c. Individu
Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza kepada orang lain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.
Jenis-jenis pengajaran individu
Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu matlamat yang spesifik dan tugasan individu. Sebagai contoh , pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab , memenuhi kehendak-kehendak tertentu , membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.Walaubagaimanapun , kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal , mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia , sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidak untuk memudahkan guru.
Contoh aktiviti individu: Melukis Menyusun bongkah Menggunting/menampal Menguntal manik / bunga Mengenakan butang baju Membaca buku kecil / kad bacaan.
Top Related