PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN UNTUK MENILAI PERISIAN CD-
ROM INTERAKTIF (CDRI) MATAPELAJARAN FIZIK SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN
JUWAIRIAH BINTI ARIFIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN UNTUK MENILAI PERISIAN CD-ROM
INTERAKTIF (CDRI) MATAPELAJARAN FIZIK SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN
JUWAIRIAH BT. ARIFIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains
Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
iii
DEDIKASI
TERCINTA
UMMI DAN ABUYA
MAIMUNAH BT HARUN & ARIFIN B. ISHAK
DOA, JASA DAN PENGORBANAN KALIAN MENGIRINGI
KEHIDUPAN DAN KEJAYAANKU.
ADIK-ADIK KAKLONG TERSAYANG,
AHMAD RIJALULLAH, MOHD KHAIRULLAH, NURUL MUNIRAH, MOHD
SUHAIMI AL-HAKIMI, NUR BASYIRAH, MOHD NAJMUDDIN, AHMAD
WAFIUDDIN, NUR AFIQAH
TERISTIMEWA
MOHD YUSRIZAL B. CHE SOH
SETINGGI PENGHARGAAN KERANA
MENDUKUNG SEMANGAT DAN CITA-CITAKU
BUAT PARA PENDIDIK
MENGAJAR, MENDIDIK DAN MENABUR BUDI PADA KU
KHAS BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN
TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN
DARI KALIAN SEPANJANG PENGAJIAN KU
ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALAS
SEGALA JASA DAN BUDI BAIK KALIAN SELAMA INI
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurnia dan iziNYA
Projek Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan. Di kesempatan ini saya ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberi sokongan
dan dorongan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sehingga dapat disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Johari Bin Hassan, selaku
penyelia projek di atas keperihatinan beliau menyemak, menyumbangkan idea,
memberi teguran, nasihat, bimbingan dan cadangan sepanjang projek ini dijalankan.
Penghargaan ini juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu-bapa dan ahli
keluarga kerana memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang
penyelidikan ini dijalankan. Buat rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala
dorongan dan bantuan yang diberikan.
Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Semoga
penyelidikan ini dapat menjadi bahan rujukan yang bermanfaat kepada semua pihak
yang memerlukannya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian iaitu Borang
Penilaian CDRI Matapelajaran Fizik yang boleh digunakan untuk membantu para guru,
penilai/ pembangun perisian, penyelidik dan individu menilai kandungan perisian PBK
dengan lebih komprehensif dan praktikal pada setiap aspek dalam perisian CDRI
matapelajaran Fizik. Secara khususnya, instrumen penilaian yang dihasilkan dikaji
dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik soalan terbuka untuk
menganalisa apakah pandangan, komen, serta cadangan untuk penambahbaikan
kesesuaian instrumen yang dibina. Kajian dijalankan terhadap 2 orang pakar bidang
multimedia, 49 orang guru matapelajaran fizik, dan 4 orang guru matapelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara berperingkat. Seterusnya, semua data
yang diperolehi melalui instrumen penilaian dianalisa menggunakan statistik deskriptif.
Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.947. Nilai skor min yang
diperolehi adalah 3.7930, menunjukkan nilai ini berada tahap keberkesanan perisian
yang tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati instrumen penilaian yang
dibina ini masih kurang sesuai digunakan secara komperehensif, namun boleh
digunakan secara praktikal.
vi
ABSTRACT
The goal of this research to developed an evaluation instrument namely Borang
Penilaian CDRI Matapelajaran Fizik that can be used in assisting teachers, evaluators/
software developers, researchers, and individual to evaluate the contents of educational
software comprehensively in all aspect of its contents. Specially, the Borang Penilaian
CDRI Matapelajaran Fizik had been observes in quantitative methods with open
question questionnaire to analyze what were the opinion, comment, and ideas to
developed and improve the suitable evaluation instrument. This method was conducted
with 2 multimedia experts, 49 Physics teachers, and 4 teachers in Information and
communication Technology. All of the data was analyzed using descriptive statistic.
The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.947. The result of mean score
values was 3.7930 which showed that this instrument could be used for practical
purposes, but not as a comprehensive instrument as yet
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Isu-Isu Penggunaan Perisian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
viii
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kepentingan Penilaian Penggunaan Perisian 14
2.3 Konsep Asas Penilaian Perisian 14
2.4 Penilaian Dalam Pembangunan Perisian Pendidikan 16
2.4.1 Penilaian Formatif 16
2.4.2 Penilaian Sumatif 17
2.5 Perlaksanaan Kaedah Penilaian 18
2.5.1 Soal Selidik Sebagai Instrumen Penilaian 18
2.6 Kriteria-Kriteria Perisian Pendidikan 19
2.6.1 Aspek Teknikal Perisian 19
2.6.2 Konsep Persembahan Isi Kandungan 20
2.6.3 Elemen Multimedia 21
2.6.4 Nilai-Nilai Estetik Dan Motivasi 24
2.6.5 Rekabentuk Interaktiviti Perisian 24
2.7 Kajian Penilaian Perisian CDRI 25
2.7.1 Kajian Menilai Perisian Dalam
Matapelajaran Fizik 26
2.8 Penilaian Penggunaan Perisian Pendidikan 27
3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 36
3.7 Kajian Rintis 37
ix
3.7.1 Analisis Dapatan Kajian Rintis 37
3.8 Analisis Data 39
3.9 Rumusan 40
4 ANALISIS DATA 42
4.0 Pengenalan 42
4.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Pertama 43
4.1.1 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Teknikal. 43
4.1.2 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Rekabentuk Antaramuka Perisian. 44
4.1.3 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Elemen Multimedia. 45
4.1.4 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Interaktiviti Pengajaran. 46
4.1.5 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Nilai-Nilai Estetik Dan Motivasi. 48
4.1.6 Analisis Maklum Balas Terhadap Pembinaan
Penilaian Aspek Pemilihan Bahasa. 49
4.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Kedua 50
4.3 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 51
4.3.1 Analisis Aspek Teknikal 52
4.3.2 Analisis Aspek Rekabentuk Antaramuka Perisian 53
4.3.3 Analisis Aspek Elemen Multimedia 54
4.3.4 Analisis Aspek Interaktiviti Pengajaran 55
4.3.5 Analisis Aspek Nilai-Nilai Estetik Dan Motivasi 57
4.3.6 Analisis Aspek Pemilihan Bahasa 58
4.3.7 Analisis Soalan Terbuka 58
x
4.3.7.1 Analisis kelebihan perisian 59
4.3.7.2 Analisis kelemahan perisian 60
4.3.7.3 Analisis cadangan penambahbaikan perisian 61
4.4 Rumusan 62
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN 63
5.0 Pengenalan 63
5.1 Perbincangan 64
5.1.1 Pembinaan instrumen penilaian 64
5.1.2 Maklum balas terhadap setiap aspek penilaian 65
5.1.3 Kebolehgunaan instrumen penilaian 67
5.1.4 Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen penilaian 69
5.1.5 Masalah 71
5.2 Rumusan 72
5.3 Cadangan Kajian 73
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.5 Penutup 76
RUJUKAN 77
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.5 Skor Skala Likert 36
3.7.1 Analisis kajian rintis pembinaan instrumen 38
3.8a Pentafsiran skor min 40
3.8b Pentafsiran skor analisa soalan terbuka 40
4.1.1 Analisis pembinaan item penilaian aspek teknikal 43
4.1.2 Analisis pembinaan item penilaian aspek rekabentuk
antaramuka perisian 44
4.1.3 Analisis pembinaan item penilaian aspek
elemen multimedia 45
4.1.4 Analisis pembinaan item penilaian aspek
interaktiviti pengajaran 46
4.1.5 Analisis pembinaan item penilaian aspek nilai-nilai
estetik dan motivasi 48
4.1.6 Analisis pembinaan item penilaian aspek pemilihan bahasa 49
4.2 Analisis keseluruhan pembinaan instrumen penilaian 50
4.3.1 Analisis penilaian aspek teknikal perisian CDRI Fizik 52
4.3.2 Analisis penilaian aspek rekabentuk antaramuka
perisian CDRI Fizik 53
4.3.3 Analisis penilaian aspek elemen multimedia
perisian CDRI Fizik 54
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.3.4 Analisis penilaian aspek interaktiviti pengajaran
perisian CDRI Fizik 55
4.3.5 Analisis penilaian aspek nilai-nilai estetik dan
motivasi perisian CDRI Fizik 57
4.3.6 Analisis penilaian aspek pemilihan bahasa
perisian CDRI Fizik 58
4.3.7.1 Analisis kelebihan perisian CDRI Fizik 59
4.3.7.2 Analisis kelemahan perisian CDRI Fizik 60
4.3.7.3 Analisis cadangan penambahbaikan terhadap
perisian CDRI Fizik 61
xiii
SENARAI SINGKATAN
BBT - Bahagian Buku Teks
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
BTPN - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
CDRI - CD-ROM Interaktif
CD-ROM - Cakera Disc-Read Only Memory
GF - Guru Matapelajaran Fizik/ Guru Fizik
GICT - Guru Matapelajaran ICT
ICT - Information and Communications Technology
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PBK - Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer
PBM - Pakar Bidang Multimedia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPP - Pusat Perkembangan Kurikulum
PPTP - Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Pendidikan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Ledakan kemajuan sains dan teknologi negara maju seperti Amerika dan
Jepun semakin menular ke negara lain seperti negara membangun seperti Malaysia.
Sehubungan itu, aset pendidikan setiap masyarakat perlu dititik beratkan. Pelbagai
inovasi dan langkah dilakukan untuk rakyat dan negaranya mencapai kemajuan dan
pembangunan seiring negara-negara maju. Peredaran perubahan ini bagi
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni
masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, berpandangan jauh,
berinovasi, serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa
depan.
Sehubungan dengan misi dan visi pendidikan di Malaysia pelbagai inovasi
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
pencapaian dan kemajuan bidang sains dan teknologi dan pembangunan negara.
Pelbagai pendekatan, kaedah, dan strategi pengajaran dilaksanakan untuk
meningkatkan pencapaian proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran
ini dikalangan pelajar terutama pelajar dari sekolah luar bandar. Pandangan ini
sependapat dengan Ismail (2000) yang menyatakan pendekatan pengajaran
berfokuskan pelajar, pembelajaran pelajar, berpusatkan pemikiran, dan
berorentasikan proses digabungkan bagi mengoptimumkan potensi pelajar.
2
Sehingga kini, pendekatan berasaskan pembelajaran berbantukan komputer
(PBK) dilaksanakan selaras dengan perkembangan sains dan teknologi negara.
Malahan ia juga alternatif untuk mengatasi kesukaran penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik. Melalui pendekatan ini, guru boleh mengintegrasikan aspek pedagogi,
psikologi, dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kandungan
pengajaran dalam pendekatan PBK dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan
aplikasi seperti CD-ROM, e-pembelajaran, video clip, dan halaman web. Bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan CD-ROM (Cakera Disc-Read Only
Memory) atau cakera padat ingatan baca sahaja untuk pelajar dan guru biasanya
dipakejkan dalam bentuk perisian.
Bermula tahun 1999, Bahagian Teknologi Pendidikan telah mula
mengedarkan perisian kursus yang dihasilkan ke sekolah-sekolah, maktab-maktab,
bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan, PSPN, BTPN dan PKG. Kehadiran
dan penggunaan perisian CD-ROM intraktif (CDRI) membuka peluang yang luas
kepada teknologi pendidikan dan pembelajaran di sekolah. Pembekalan CDRI
membantu memperbaiki dan memperbaharui kaedah pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep
matapelajaran. Ia juga diaplikasikan bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran kearah yang lebih dinamik, menyeronokkan, berkesan, dan bermakna.
Malahan ia juga salah satu inisiatif menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek
sekali gus mengubahkan persepsi negatif kesukaran menguasai matapelajaran.
Perisian-perisian CDRI merupakan satu program berasaskan pengajaran yang
mengintegrasikan pengajaran berbantukan komputer (CAI) dan pembelajaran
berbantukan komputer (CAL) (Ismail, 2002). Program-program yang dipakejkan
dalam perisian CDRI ini adalah bersifat interaktif dan mengikut subjek dan topik
berdasarkan sukatan pelajaran. Berlandaskan keperluan Negara terhadap kualiti
individu dalam sains dan teknologi, maka pengkaji akan membincangkan amalan
baru dalam dunia pendidikan iaitu membina insrumen penilaian untuk menilai
perisian CD-ROM Interaktif (CDRI) matapelajaran Fizik Sekolah Menengah
Kebangsaan .
3
1.2 Latar belakang masalah
Penggunaan perisian CDRI dalam pendidikan merupakan alternatif
mengantikan dan mengintegrasikan kaedah pengajaran dan pembalajaran yang
menggunakan kapur dan papan hitam. CDRI mempunyai kelebihan sebagai satu
pakej pembelajaran kendiri (self access) yang bersifat individu dan menekankan
kepada pembelajaran mampu diri (self-project learning) kursus interaktif dan ciri-
ciri yang terdapat dalam CDRI seperti audio, video, teks, grafik, dan animasi dapat
membuka minda pelajar untuk mencuba selaras dengan konsep pendidikan bestari
(BTP, 2001). Malahan penggunaan perisian CDRI dalam pendidikan
mengintegrasikan pelbagai pendekatan seperti latih tubi, tutorial, permainan, dan
simulasi. Penglibatan pelbagai pendekatan dalam perisian CDRI pendidikan
menggalakkan dan membantu proses pembentukan konsep dalam diri pelajar.
Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2000), penggunaan perisian CD-ROM
dalam proses pengajaran dan pembelajaran membawa empat kesan positif iaitu
menggalakkan pembinaan konsep dalam diri pelajar, mempelbagaikan strategi
pembelajaran, dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar, dan pelajar boleh
mengawal kadar pembelajaran. Ia boleh diaplikasikan sebagai bahan pengajaran
untuk guru, bahan pembalajaran kendiri untuk pelajar, instrumen penilaian prestasi
pelajar, dan sebagai sumber maklumat tambahan untuk guru dan pelajar.
4
1.2.1 Isu-isu penggunaan perisian
Pembekalan alatan dan bahan bantu mengajar dalam pelbagai bentuk dari
KPM dan pemasaran dari syarikat-syarikat swasta serta persendirian ke sekolah
semakin tahun semakin bertambah. Pembekalan dan pemasaran alatan dan bahan-
bahan bantu mengajar ini bertujuan untuk menjadikan pengajaran dengan lebih
berkesan dan memberi impak maksima serta meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Malahan ia membantu guru-guru untuk menggunakan pelbagai
pendekatan, strategi, dan kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)
bagi memudahkan proses penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
Perisian CDRI pendidikan adalah antara bahan yang berasaskan kurikulum
yang dihasilkan dalam pelbagai matapelajaran yang terdapat dalam kurikulum
sekolah. Perisian CDRI adalah bahan-bahan pengajaran berbentuk Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Namun apakah yang berlaku terhadap
penggunaan alatan dan bahan bantu mengajar seperti bahan berbentuk ICT disekolah
oleh guru-guru? Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Unit Pembangunan
Penyelidikan dan Penilaian Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2001 keatas
penggunaan perisian disekolah-sekolah yang melaksanakan program Komputer
Dalam Pendidikan KDP, didapati hanya 9.67% penggunaan perisian kursus
dikalangan guru-guru di sekolah (Paridon dan Mohd Arif, 2006). Kajian ini
sependapat dengan dapatan Ismail et al. (2007) yang menunjukkan tahap
penggunaan ICT (CDRI dan TV pendidikan) dalam pengajaran dan pembelajaran
masih ditahap kurang memuaskan.
Menurut Paridon dan Mohd Arif (2006) lagi, satu lagi kajian dan tinjauan
yang dilaksanakan pada 5 Disember 2003 oleh BTP, didapati bahawa 39.3% pelajar
yang menggunakan perisian CDRI sebagai pembelajaran kendiri. Manakala
sebanyak 66.9 % guru-guru pula yang menggunakannya sebagai bahan pemulihan.
Pada 1 September 2005, Unit penyelidikan dan Pembangunan Sektor PPTP, BTP
telah melaksanakan lawatan dan tinjauan awal penggunaan CDRI keluaran BTP,
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), dan Bahagian Buku Teks (BBT) di 5 buah
sekolah menengah dan 5 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala lumpur
5
dan Selangor. Melalui tinjauan tersebut, 4 daripada 5 sekolah rendah dan 2 daripada
5 sekolah menengah telah menggunakan CDRI keluaran BTP.
Peratusan penggunaan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun
kadar penggunaannya berada dalam kategori yang sangat mengecewakan. Ini
menunjukkan penerimaan penggunaan bahan bantu mengajar berbentukkan ICT
masih lagi rendah walaupun kemajuan sains dan teknologi negara semakin
meningkat. Pelbagai persoalan yang timbul berikutan penerimaan peratus
penggunaan perisian dikalangan guru dalam pengajaran.
1.3 Penyataan masalah
Pembekalan peralatan dan bahan bantu mengajar yang semakin tahun
semakin bertambah daripada KPM, BTP, dan juga pemasaran dari syarikat swasta
dan persendirian ke sekolah-sekolah menjadi satu isu apabila ia dikatakan satu
longgokan yang semakin bertimbun. Pengunaan aplikasi PBK ini bergantung
kepada kriteria-kriteria yang dipilih oleh guru dan pelajar yang memberi impak
maksimum kepada proses P & P. Penilaian dan persepsi guru dan pelajar ini
menentukan faktor-faktor penerimaan dan kecenderungan guru-guru dan pelajar
menggunakan aplikasi perisian CDRI.
Pembinaan dan pembangunan perisian tidak terhad juga dari syarikat-
syarikat swasta dalam dan luar negara serta dari syarikat penerbitan buku. Malahan
pembangunannya semakin bertambah berikutan pertambahan siswazah yang
mempunyai bidang pengetahuan ini. Pembangunan perisian bertujuan menyediakan
alternatif memudahkan proses P & P disamping membantu proses pemahaman
konsep pengetahuan dikalangan pelajar. Namun, apakah pengukuran menentukan
keberkesanan penggunaan perisian-perisian CDRI tersebut dikalangan pengguna?
Bagaimanakah pengukuran tersebut membantu mereka menilai keberkesanan
perisian-perisian CDRI tersebut? Hal ini kerana menurut Noraidah et al. (2006),
6
sukar bagi guru untuk memilih perisian yang berguna. Alat pengukuran yang sedia
ada, adakah ia benar-benar komprehensif dan praktikal digunakan?. Dapatan kajian
Dewi Susanti (2004), menunjukkan instrumen penilaian (BPPK-PBK) yang dibina
adalah 200 item penilaian. Adalah tidak praktikal ia digunakan oleh pengguna
khususnya di kalangan guru dan pelajar. Oleh itu, satu set penilaian atau senarai
semak yang komprehensif lagi praktikal diperlukan bagi membantu dalam penilaian
perisian CDRI.
Dalam kajian ini, pengkaji akan membina instrumen penilaian yang akan
digunakan secara komprehensif dan praktikal khususnya dikalangan guru untuk
menilai keberkesanan perisian CDRI matapelajaran Fizik yang digunakan dalam
proses P & P. Aspek-aspek penilaian terhadap perisian CDRI adalah berbeza
mengikut disiplin ilmu. Setiap matapelajaran mempunyai pendekatan, kaedah, dan
strategi tersendiri untuk menitipkan pengetahuannya dikalangan pelajar. Begitu juga
matapelajaran Fizik mempunyai pendekatan, kaedah, dan strategi tersendiri untuk
disampaikan kepada pelajar. Pendekatan, strategi, dan kaedah pengajaran ini juga
diterapkan di dalam pembangunan perisian CDRI disamping mengintegrasikan
elemen interaktiviti dan rekabentuk yang menarik. Oleh itu, kualiti perisian kursus
(CDRI) merupakan elemen yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak terutama
pentadbiran institusi pendidikan, pendidik, ibubapa, dan pelajar (Noraidah et al.,
2006)
7
1.4 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
pembinaan instrumen penilaian yang boleh digunakan oleh guru khususnya dan para
penyelidik dimasa akan datang bagi membuat penilaian terhadap penggunaan
aplikasi perisian CDRI matapelajaran Fizik. Dalam kajian ini, pengkaji akan
membina instrumen penilaian bagi penentuukuran penilaian terhadap aplikasi
perisian CDRI dalam matapelajaran Fizik tersebut berdasarkan objektif-objektif
berikut:
i. Membina instrumen penilaian untuk menilai perisian CDRI
matapelajaran fizik yang komprehensif lagi praktikal dan mudah
digunakan.
ii. Mendapatkan penilaian guru terhadap penggunaan perisian CDRI
matapelajaran Fizik bagi memperolehi kebolehpercayaan dan
kesahan instrumen penilaian yang dibina.