Download - Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

Transcript

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK THINK-PAIR-SHARE TERHADAP

MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYU

PELAJAR TINGKATAN 4

Munsyi Norliza binti Abu BakarJabatan Pengajian Melayu

IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-share

terhadap markat pencapaian karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian

dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest

design terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam

bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan

ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat

memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang .

Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian

pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu

menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar

memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

ujian pra .

BAB 1: PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telah

mengalami reformasi untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baru

yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidik

perlulah peka dengan perubahan dalam sistem pendekatan serta sentiasa bersifat dinamik

dalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang merupakan pencorak generasi

baru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat memenuhi

tuntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini.

1

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam

pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum

dan optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan

berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajar-

pelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuan

kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan strategi

pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala tuju

pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002)

Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuan

iaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjana

pemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagai

sumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut,

pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang

dirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif

dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah,

pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif.

Pernyataan Masalah

Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar

dalam berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalam

pengajaran bahasa, strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru

antara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah pembelajaran secara

koperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan dijadikan

sekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas dalam

kalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahiran

dan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000).

Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan

pelajar.

2

Kerangka Konseptual Kajian

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(One- group Pretest-Posttest Design )

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen one group pretest- posttest design

(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara intact dan

diberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka.

Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

think-pair-share. Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar

dalam penulisan karangan berpandu.

Objektif Kajian:

1 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu

Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

2 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu

Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

3 Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam

penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

koperatif model Think-Pair-Share

Soalan Kajian

1 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpandu

Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

Share

3

Kumpulan Rawatan

UJIAN PRA(Pencapaian)

Rawatan(4 minggu)

Pembelajaran Koperatif

(Think- Pair-Share)

UJIAN PASCA

(Pencapaian)

2 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpandu

Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

Share

3 Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca

dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategi

pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar

antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu

Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-

Pair-Share

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,

Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkan

prestasi kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur

program dalam meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru.

Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia

adalah untuk merangka kursus yang lebih rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategi

pengajaran kooperatif.

Batasan Kajian

Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif think- pair- share selama 4 minggu. Penilaian

adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi dengan menggunakan

strategi pembelajaran tersebut.

Definisi Operasional

Pencapaian

Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisan

karangan yang diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkan

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud

4

markat yang dicapai dalam penulisan karangan berdasarkan penskoran yang ditetapkan

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pembelajaran Koperatif

Slavin (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pelajar bekerjasama untuk

belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran rakan kumpulan serta diri mereka sendiri.

Tiga konsep utama ialah ganjaran kumpulan, akauntabiliti individu, dan peluang kejayaan

yang saksama.

Menurut Kagan and Kagan’s (1994) pembelajaran koperatif ditunjangi oleh empat

prinsip iaitu “simultaneous interaction, equal participation, positive independence and

individual accountability”. Neil Davidson (1990), Johnson et. Al (1994), dalam Slavin (1991)

mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai menyiapkan satu tugasan secara kumpulan

melalui perbincangan dan seterusnya mencapai resolusi, berinteraksi secara bersemuka

dalam kumpulan kecil dalam suasana bekerjasama dan bantu-membantu melalui

akauntabiliti individu. Menurut Kagan (1994), think-pair-share dibangunkan oleh Prof Frank

Lyman dan rakan-rakan dari University of Maryland Howard County Southern Teacher

Education Center berasaskan pendekatan struktural Kagan. Pendekatan ini berasaskan

kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran.

Lyman (1981,1989) menjelaskan bahawa think-pair-share is a multimode

cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its

also a vehicle for numerous other structured or scripted, response possibilities in the share

mode such as vote, show and choral speak as well as for cognitive and social variations

within the think and pair modes.

Dalam melaksanakan think-pair-share terdapat 3 langkah iaitu:

Langkah 1- Think (Write) – Berfikir dan MenulisSetiap pelajar berfikir secara sendirian dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau

rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Semasa perkongsian ada dalam kalangan

rakan yang tidak bersependapat tetapi ini adalah wajar dan dibenarkan. Proses berfikir

boleh berbentuk terarah atau berpandu, Kagan (1992).

Langkah 2 – Pair (Berpasangan)

Kumpulan membincangkan idea secara berpasangan. Langkah ini adalah peluang untuk

latihan kemahiran kolaboratif terhadap memberi dan menerima pujian.

Langkah 3 – Share ( Berkongsi )

Pasangan berkongsi idea dengan kumpulan berempat (square) atau seluruh kelas.

5

Oleh itu pembelajaran koperatif think-pair-share dalam kajian ialah pembelajaran

secara berpasangan melalui aktiviti berfikir, berpasangan daan berkongsi dengan rakan

sekumpulan.

Karangan Berpandu

Menurut LPM(2005) karangan berpandu merupakan penulisan yang bertemakan

bahan bahan rangsangan seperti gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan,

petikan dan catatan. Karangan ini berbentuk respon terbuka berdasarkan bahan

rangsangan yang perlu dijawab dalam bentuk esei yang mengandungi tiga hingga empat isi

yang panjangnya di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahan rangsangan dalam

karangan berpandu bertujuan untuk membantu pelajar menghuraikan, menjelaskan atau

membincangkan isi tersurat dan tersirat dan pemarkahan adalah berdasarkan skor yang

ditetapkan iaitu dinilai dari segi idea, wacana dan bahasa.

Objektif penulisan karangan berpandu ialah supaya pelajar dapat memproses

maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk

memperoleh ilmu dan maklumat. Penulisan karangan berpandu adalah untuk mentaksir

keupayaan pelajar memahami dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber secara

berkesan dan bertatasusila. Selain itu ia juga bertujuan untiuk mentaksir keupayaan pelajar

memahami respon positif terhadap maklumat dalam pelbagai bahan rangsangan. Pelajar

juga dinilai dari segi keupayaan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan

keputusan. Dalam kajian ini maksud karangan berpandu ialah bahan bergambar digunakan

sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan.

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

Kurikulum Bahasa Melayu

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan

keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan

harian, pendidikan dan pekerjaan. Kandungan Sukatan Pelajaran meliputi perkara berikut:

i. Bidang pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai

berasaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii. Hasil pembelajaran (perincian kemahiran dipertingkatkan kepada 3

aras berdasarkan kebolehan pelajar iaitu aras paling asas yang harus

dikuasai oleh murid yang paling rendah pencapaiannya, aras sederhana

6

yang sepatutnya dikuasai oleh kebanyakan murid dan aras tinggi yang

mencabar kebolehan murid cemerlang).

iii Cadangan aktiviti/ sumber/ teknik (pilihan aktiviti yang dicadangkan

untuk mencapai hasil pembelajaran).

(Kementerian Pendidikan Malaysia 2003)

Kurikulum Bahasa Melayu edisi Sekolah Bestari (KPM1998) menyepadukan kemahiran-

kemahiran berbahasa iaitu mendengar bertutur, membaca, menulis dan pelbagai kemahiran

generik serta kemahiran menggunakan teknologi secara langsung dan tidak langsung.

Kandungan kurikulum bestari memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu

pengetahuan, kemahiran, nilai dan kecekapan berkomunikasi. Aspek komunikasi, kognitif,

fizikal, afektif, emosi dan sosial menjadi domain kepada perkembangan menyeluruh ini.

Semuanya disepadukan dengan teknologi dan keupayaan pelajar (Kementerian Pendidikan

Malaysia 1997).

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Strategi pengajaran ialah cara penyampaian isi kandungan dan objektif pembelajaran yang

akan dicapai secara induktif atau deduktif, (Burden & Byrd,1994). Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KPM 2003) menyenaraikan strategi pengajaran dan pembelajaran

adalah bercirikan:

i. Pendekatan Berpusatkan pelajar

Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dan menguasai

kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri agar pelajar dapat membina

keyakinan berbahasa. Pendekatan ini selari dengan pendekatan masteri yang

menekankan keperluan bagi memastikan pelajar menguasai hasil

pembelajaran dan maju mengikut kadar keupayaan sendiri. Aktiviti penilaian,

pemulihan dan pengayaan adalah sebahagian daripada proses pengajaran

dan pembelajaran.

ii. Kepelbagaian Teknik

Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan

kebolehan pelajar perlu digunakan oleh guru untuk meningkatkan minat

pelajar terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada

pengolahan teknik, serta penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat

merangsang dan menggalakkan pelajar berinteraksi serta berfikir secara

kritis dan kreatif. Antara teknik yang disarankan ialah kaedah dan teknik

7

perbincangan, simulasi , projek dan inkuiri berasaskan kajian masa depan,

kecerdasan pelbagai dan konstruktivisme.

iii. Kepelbagaian Sumber dan Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer bagi mendapatkan bahan dan

maklumat amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu serta untuk pembacaan luas.

iv. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat

Guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan

berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan

bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

v. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema

Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa,

pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan

dan dikukuhkan disamping menyerapkan ilmu dalam bidang lain. Tema

haruslah berkisar kepada bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan

serta isu semasa.

vi. Bacaan Luas

Bacaan luas bertujuan untuk menimba lilmu pengetahuan dan sahsiah yang

baik serta meningkatkan daya berfikir dan minat untuk terus membaca.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara serapan

menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera.

vii. Penggabungjalinan

Satu proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana

beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak melalui proses ini.

Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara

kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.

viii. Penyerapan

Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai

tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan

unsur-unsur adalah seperti isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan

pelbagai bidang ilmu yang mencakupi pelbagai tema serta hal-hal

persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan juga

diserapkan bersama nilai murni berlandaskan kepercayaan kepada tuhan

secara sedar dan terancang. Kemahiran berfikir pula diserapkan sacara

terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran bernilai tambah seperti teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, konstruktivisme,

8

kecerdasan pelbagai dan pembelajaran kontekstual diserapkan dengan

mengambil kira kesesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,

kebolehan murid serta sumber yang ada.

ix. Penilaian

Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian

dengan tujuan untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran

supaya tindakan susulan dapat diambil.

x. Pemulihan

Aktiviti untuk membantu murid mencapai apa yang belum dicapai, dijalankan

mengikut kadar kemampuan murid.

xi. Pengayaan

Aktiviti yang perlu diberi penekanan kerana setiap pelajar adalah berbeza dari

segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat.

Strategi pengajaran di sekolah Bestari pula adalah berpusatkan pelajar dan guru

hanyalah sebagai pembimbing atau fasilitator. Hal ini kerana konsep Bestari ialah

pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri. Pelajar dibimbing supaya

bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri.

serta dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Pelajar yang cerdas digalakkan supaya maju ke hadapan dan pelajar yang lemah diberikan

tugasan pada aras yang boleh dicapainya(asas). Pembelajaran digalakkan secara koperatif

dan koloboratif (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Pelbagai strategi boleh dirancang

oleh guru supaya proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan

menyeronokkan.

Antaranya adalah:

i) Terarah – Pembelajaran adalah untuk pemerolehan dan penguasaan

pengetahuan. Pelajar dilatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi.

Sebagai contohnya pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung.

ii) Pemerhatian - Pelajar belajar dengan memerhati bagaimana sesuatu itu

dilakukan. Pembelajaran juga berlaku tanpa disedari, pemerhatian rapi diikuti

dengan peniruan atau pemerhatian formal cara kerja seseorang.

iii) Reflektif – Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana

menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

mengenal pasti andaian melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian,

kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etnik termasuklah

pembentukan dan pemahaman konsep, inkuiri kesedaran dan nilai

9

iv) Generatif - Membantu pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila

situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian

secara unik. Melatih pelajar dalam prosedur tertentu termasuklah percambahan

fikiran, peta minda, pemikiran lateral dan kreativiti.

v) Kolaboratif- Membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk bekerja dan berfikir

bersama-sama untuk menyelesaikan masalah secara kumpulan. Sebagai contoh

pembelajaran koperatif, permainan pasukan, penyelesaian berdua dan

perbincangan kelas.

vi) Luar konteks- Pembelajaran melalui aktiviti yang berfokus dan berintensif pada

satu-satu masa seperti sesi hands-on seminar dan bengkel dan pembelajaran

kendiri.

vii) Metakognitif – Menilai dan merenungkan pembelajaran sendiri tentang apakah

yang telah saya lakukan? Bagaimanakan saya boleh memperbaiki prestasi?

Apakah bantuan yang saya perlukan?

(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000)

Strategi yang ditekankan banyak yang berasaskan kepada teori-teori pengajaran

konstruktivisme, behaviorisme serta ‘brained based learning’. Burden & Byrd(2003)

menjelaskan strategi pengajaran berpusatkan pelajar termasuklah kaedah induktif inkuri.

Manakala kaedah perbincangan adalah berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru

mengikut cara pelaksanaannya. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana kumpulan kecil yang terdiri

daripada pelbagai kebolehan dan kecerdasan, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran

untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu subjek. Setiap ahli dalam kumpulan bukan

sahaja bertanggungjawab untuk menguasai pembelajaran malah saling membantu ahli

dalam kumpulan untuk belajar yang dan menghasilkan kejayaan setiap ahli kumpulan.

Pelajar melaksanakan tugasan bersama-sama sehingga semua ahli kumpulan berjaya

memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Menurut Azizah et.al (2000),

pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori Persandaran Sosial,

Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Pendekatan ini mementingkan

kerjasama antara kumpulan .

Dalam metodologi Pembelajaran Bersama, tugasan perbincangan dilakukan secara

kumpulan yang mengandungi empat hingga lima orang. Setelah selesai tugasan, pelajar-

10

pelajar akan diberi ganjaran dan pujian berdasarkan hasilan mereka yang berupa skor

setiap individu dalam kumpulan. Ganjaran juga diberikan untuk sikap dan semangat

kerjasama secara berpasukan sepanjang proses penyelesaian tugasan dijalankan.

Pembelajaran Koperatif merupakan satu pendekatan pengajaran kumpulan kecil yang

mementingkan kerjasama ahli di dalam kumpulan ke arah penggarapan input objektif

pengajaran yang optimum dan setiap individu bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-

sungguh bukan sahaja untuk dirinya malah menyumbang ke arah kejayaan kumpulan

sebagai matlamat.

Robert Slavin (1990) dalam George et.al (1995) mendefinisikan pembelajaran Koperatif

sebagai suatu kaedah perkongsian idea di mana pelajar-pelajar bekerjasama dan

bertanggungjawab terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan

dan matlamat kumpulan. Neil Davidson dalam George et.al (1995) pula melihat

Pembelajaran Koperatif dari pelbagai perspektif iaitu perbincangan dan penyempurnaan

tugas kumpulan, interaksi bersemuka dalam kumpulan kecil, kebergantungan dan saling

membantu antara ahli kumpulan dan tanggungjawab setiap individu.

Dalam Pembelajaran Koperatif ahli-ahli kumpulannya adalah kecil iaitu terdiri daripada

tiga hingga lima orang pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosio ekonomi yang berbeza

seperti perbezaan etnik, jantina, sosio ekonomi, serta pencapaian yang tinggi, sederhana

dan rendah. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan

harga diri pelajar, memiliki sikap kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan

sekitarnya. (Stevens & Slavin 1995; Sharan 1992, Johnson & Johnson 1991; Kagan 1989)

Pembelajaran secara koperatif akan meningkatkan kejelekitan antara pelajar dalam

kumpulan kerana mereka terpaksa menerima kehadiran rakan sekumpulan, saling

mempelajari dan saling berempati. Pelajar juga perlu saling mempercayai agar

perbincangan yang dilakukan dalam pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana

menyeronokkan, telus dan berhasil. (Susan Hill and Tim Hill ,1990)

Menurut David and Roger Johnson (2000, 2001) pembelajaran Koperatif adalah lebih

produktif berbanding belajar secara persaingan atau individu melalui lima elemen iaitu

saling bergantung secara positif antara ahli kumpulan pembelajaran dalam memberi

sumbangan demi kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara bersemuka untuk meningkatkan

kejayaan antara satu lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli kumpulan dalam

melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab, hubungan interpersonal dan kemahiran

kumpulan kecil dalam membuat keputusan, komunikasi dan menangani konflik ketika

perbincangan secara bijak dan membuat rumusan tentang pencapaian dan hasilan

kumpulan ke arah penambahbaikan.

Takrifan yang diberi menjelaskan bahawa Pembelajaran Koperatif ialah kaedah

pembelajaran dalam kumpulan kecil yang hetrogenus dari segi latar belakang dan

11

pencapaian yang melibatkan proses pembelajaran berkongsi maklumat, tanggungjawab

individu yang saling membantu bagi mencapai sesuatu kejayaan secara bersama-sama.

Kepelbagaian ini akan mewujudkan perasaan akauntabiliti dan tanggungjawab serta saling

membantu sesama ahli dalam mencapai kejayaan kumpulan.

Kajian Lepas

Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan strategi pembelajaran koperatif Hasil kajian

yang dilakukan oleh Norijah(1997) mendapati pencapaian para pelajar dalam kaedah

pembelajaran koperatif modul (PKM) lebih tinggi berbanding pelajar dalam kaedah

pembelajaran modul (PM) dan pencapaian para pelajar kumpulan PM lebih tinggi

dibandingkan dengan pelajar kaedah pembelajaran tradisional (PT). Bagi perkaitan antara

pencapaian pelajar dengan kognitif pelajar, didapati pelajar-pelajar dalam kumpulan kaedah

PKM gaya kognitifnya tidak memainkan peranan yang signifikan daalm pencapaian Bahasa

Melayu mereka. Namun bagi kumpulan PM gaya kognitifnya mempengaruhi peningkatan

pencapaian pelajar. Kajian juga mendapati sikap dan minat pelajar sangat positif terhadap

pembelajaran PKM dan PM dan mereka memperlihatkan kesungguhan dan keyakinan yang

tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini ialah jenis pengajaran dan pembelajaran yang

sistematik amat berkesan dan memberi sumbangan yang signifikan ke arah peningkatan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah

(2003) mendapati pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam

meningkatkan pencapaian pelajar Ahmad Najdi mendapati kemahiran membaca bagi mata

pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat meningkat dan kajian oleh Razman juga

mendapati kaedah koperatif STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian

pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab komunikasi terutama

kemahiran bertutur dan membaca.

Kajian dalam disiplin ilmu lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa

penggunaan pembelajaran koperatif menunjukkan dapatan yang positif (Khatijah 1997; Nor

Azizah, Siti Rahayah dan Musa 1998; Lee Siew Gek 1999; Abd. Samat 2002; Salmiah

2003;Zainun 2003; dan Effandi 2003). Kajian Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa (1998)

mendapati pelajar memberikan respon yang positif terhadap penerapan nilai murni iaitu

bekerjasama, kejujuran dan kerajinan dan Lee Siew Gek(1999) mendapati bahawa kaedah

pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Sains KBSM. Abd. Samat (2002) pula mendapati bahawa pencapaian dalam mata

pelajaran Matematik kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pencapaian

12

kumpulan hetrogenus, manakala kumpulan etnik Cina lebih baik pencapaiannya daripada

kumpulan etnik Melayu. Sementara itu dalam kajian yang dilakukan oleh Salmiah (2003)

untuk menentukan dan mengatasi masalah pengendalian dan pembelajaran berkumpulan

yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Pengajian Am

mendapati kaedah ini dapat meningkatkan prestasi, menarik minat dan lebih berpusatkan

pelajar.

Effandi (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan secara

keseluruhan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dalam kemahiran

menyelesaikan masalah, pencapaian matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap

matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Zainun (2003) dalam kajiannya

terhadap kesan PK Model STAD ke atas sikap dan persepsi murid Tahun Lima dalam mata

pelajaran Matematik mendapati bahawa Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Analisis item mengikut kategori menunjukkan terdapat perbezaan sikap

yang signifikan bagi kategori keseronokan dalam matematik dan kategori aktiviti sosial

dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan yang signifikan bagi kepentingan/ nilai dalam

matematik. Kedua-dua pelajar dan guru bersikap positif terhadap pembelajaran

koperatif.Maklumat yang didapati melalui temubual mendapati guru menyatakan pelajar

seronok dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi pembelajran koperatif

mengambil masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan.

Walau bagaimanapun Amizal (2000) mendapati dalam kajiannya terdapat

peningkatan kemahiran saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik

berbanding secara tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar. Daripada ujian

hipotesis didapati bahawa hanya satu sahaja kemahiran saintifk yang menunjukkan

perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran mengelas berbanding kemahiran lain yang tidak

menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran memerhati, mengukur dan

menggunakan nombor, mentafsir maklumat, meramal, berkomunikasi, manipulatif dan

menyelaesaikan masalah .

Selain kajian eksperimen, beberapa dapatan lain yang dijalankan melalui kajian

tinjauan bagi menilai pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah mendapati

pelaksanaan di kalangan guru adalah sederhana. Penilaian input dan penilaian proses juga

adalah sederhana. Faktor seperti pengetahuan sedia ada guru, kursus dalam perkhidmatan

Jabatan Pendidikan Negeri, guru Pusat Sumber sekolah, perabut sekolah, kemudahan

fizikal sekolah, media pengajaran dan pembelajaran(P&P), tugas dalam perkhidmatan,

penglibatan guru-guru, pentadbir dan pelajar-pelajar mempengaruhi pelaksanaan kaedah

Pembelajaran Koperatif. (Ramlah Khalid 2003).

13

Mazlan(2002) telah mengkaji amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan

kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Dapatan kajian mendapati guru-guru

berminat dan yakin menggunakan amalan PK semasa mengajar matematik tetapi amalan

aktiviti kurang memuaskan. Tiada perkaitan amalan PK antara lokasi sekolah, jantina guru

dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga mendapati dapatan min skor kelas rawatan

lebih tinggi daripada kelas kawalan dan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi trait

keseronokan, aktiviti sosial dan purata keseluruhannya.

Slavin (1980,1990) dalam kajian-kajiannya mendapati pembelajaran koperatif

membantu meningkatkan prestasi pelajar melalui peranan yang dimainkan oleh individu

dalam kumpulan masing-masing. Johnson et.al(1993), Slavin(1990) mendapati

pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah

meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan dan kerja

berpasukan. Hal ini turut disokong melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh Kagan (1992,

1994), George M Jacobs, Gan Siowck Lee & Jessica Ball(1997), Nail Davidson & Toni

Worsham(1992)

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuasi eksperimen model single group

pretest -posttest design.

Reka Bentuk Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran koperatif dalam

pengajaran penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu. Kajian deskriptif kuantitatif ini

dijalankan menggunakan model kuasi–eksperimen. Rekabentuk ini dinyatakan seperti

berikut:

Kumpulan ujian pra eksperimen ujian pasca

GI O1 X1 O2

----------------------------------------------------------

4 minggu

Rajah 3.1:Reka bentuk penyelidikan kuasi- eksperimen

(Jackson 2003)

14

Singkatan: G1: Kumpulan Rawatan

O1: Ujian pra

X1: Eksperimen

O2: Ujian pasca

Menurut Jackson(2003) model ini dikenali sebagai single group pretest-posttest

design dengan tujuan untuk mengukur dapatan kajian sebelum dan selepas rawatan. G1

merupakan kumpulan rawatan menggunakan strategi pembelajaran koperatif think pair

share. Ujian pra diberi kepada G1. Rawatan dalam penulisan karangan berpandu

menggunakan strategi pembelajaran koperatif diberi selama 4 minggu. Kemudian diikuti

dengan ujian pasca.

Responden Kajian

Sampel kajian yang digunakan untuk menjalani rawatan ialah 30 orang pelajar Tingkatan 4

Rancangan Khas Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,

Johor.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan model kuasi eksperimen dan instrumen utama yang digunakan

dalam kajian ini ialah kajian rintis, ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca

menggunakan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

Alat kajian yang digunakan adalah karangan berpandukan gambar yang diberi.

Panjang karangan yang perlu ditulis antara 200 hingga 250 patah berkataan berpandukan

gambar yang diberi.

1. Tajuk kajian ujian pra : Faedah menyambut perayaan kaum di Malaysia

2. Tajuk kajian ujian pasca: Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar

3. Tajuk karangan yang diberikan dalam latihan menulis karangan:

3.1 Memanfaatkan masa lapang

3.2 Amalan gaya hidup sihat

3.3 Kempen anti merokok

3.4 Gejala vandalisme

15

Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah strategi dalam pengajaran

karagan iaitu pembelajaran koperatif model think-pair-share dan pencapaian pelajar dalam

menulis karangan.

Kajian Rintis

Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk :

1. Memastikan kesesuaian kandungan soalan karangan yang dikemukakan

2. Memastikan arahan yang diberi dapat difahami oleh pelajar

3. Menentukan kesesuaian masa menjawab soalan.

Daripada kajian rintis yang dijalankan oleh guru yang berpengalaman ke atas empat

buah kelas, pelajar berupaya untuk menjawab soalan dengan mengarang menggunakan

bahasa yang gramatis dan idea yang menepati tema. Perbincangan yang dijalankan dengan

guru-guru tersebut mendapati tajuk karangan berpandu yang digunakan adalah bersesuaian

untuk pelajar Tingkatan 4.

Tatacara Pemerolahan Data

Dalam pengumpulan data pengkaji telah memilih sampel yang sesuai, seterusnya

melakukan ujian pra, memberikan rawatan kepada kumpulan dan diikuti dengan ujian pasca.

Setiap kali rawatan dan ujian dijalankan pengkaji akan memeriksa karangan mengikut

skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(2005). Setelah

selesai rawatan dan ujian, data direkod dan dianalisis serta rumusan dibuat hasil daripada

dapatan.

Tatacara Penganalisisan Data

Data dianalisis melalui markat yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca

menggunakan program SPSS versi 11.5. Penganalisisan data dijalankan secara statistik

deskriptif dengan menggunakan taburan kekerapan dan ujian-t yang akan di dasarkan pada

aras signifikan 0.05 untuk menerima dan menolak hipotesis.

Pemarkahan

Pemarkahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan

karangan berpandu (LPM 2005). Skema pemarkahan adalah berdasarkan bahasa, wacana,

16

tema dan idea. Peringkat penilaian ialah cemerlang (26-30), kepujian (20-25), memuaskan

(15-19), kurang memuaskan (10-14), pencapaian minimum (01-09)

BAB 4: HASIL KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah

Kebangsaan Bandar Maharani,Muar Johor.

KEBERKESANAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MARKAT

PENCAPAIAN KARANGAN BERPANDU BAHASA MELAYU

4.3.1 Pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa

Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

Pembelajaran Koperatif

Think-Pair-Share

15-19 20 67%

30 17.9 2.6820-25 10 33%

26 -30 0 0%

JADUAL 4.1: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 67% pelajar mendapat peringkat memuaskan

dengan memperoleh markah antara 15-19. Manakala 33% pelajar mendapat peringkat

kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25 . Min pencapaian pelajar dalam ujian

pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar

adalah dalam peringkat memuaskan.

4.3.2 Pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa

17

Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

Pembelajaran Koperatif

Think-Pair-Share

15-19 0 0%

30 23.97 1.39720-25 28 93.3%

26 -30 2 6.7%

JADUAL 4.2: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share.

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pos penulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 0% pelajar mendapat peringkat memuaskan

dengan memperoleh markah antara 15-19 namun 93.3% pelajar mendapat peringkat

kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25. Sebanyak 6.7% pelajar mendapat

peringkat cemerlang dengan memperoleh markah antara 26-30. Keputusan ini menunjukkan

min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 23.97 dan sisihan lazim ialah 1.397. Hal ini

menunjukkan min pencapaian pelajar adalah dalam peringkat kepujian.

4.3.3 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca penulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

koperatif model Think-Pair-Share

Strategi Pembelajaran N Min SL Ujian –t P

Ujian Pra 30 17.9 2.68

2.045 0.00Ujian Pasca 30 23.97 1.397

JADUAL 4.3: Analisis keputusan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian

pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan

strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

18

koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan min pencapaian pelajar

dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam

ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397. Ha ini menunjukkan min pencapaian pelajar

meningkat dari peringkat memuaskan ke peringkat kepujian.

Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

dalam ujian pra dan ujian pasca pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang digunakan

telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar. Oleh itu hipotesis nul iaitu tidak

terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian

pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

pembelajaran koperatif model Think-Pair- Share ditolak.

BAB 5: RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian

karangan berpandu Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian dijalankan menggunakan

reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design (Wiersma2000,

Jackson 2003) terhadap 30 orang respoenden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan

dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim

dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di

peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada di tahap cemerlang.

Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian

pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu

menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar

memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

ujian pra .

Perbincangan Dapatan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif model think-

pair- share terhadap markat pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu. Dapatan yang

dianalisis secara deskriptif selaras dengan objektif kajian mendapati bahawa min

pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu berada pada tahap

memuaskan iaitu 17.9% .Sebanyak 67% pelajar berada di peringkat memuaskan dan 33%

peratus sahaja yang berada di peringkat kepujian. Hal ini disebabkan pelajar masih belum

dapat menguasai kemahiran teknik menjawab penulisan karangan berpandu iaitu

19

penggunaan bahasa yang kurang gramatis dan penggunaan kosa kata serta frasa menarik

yang masih terhad. Selain itu pelajar juga tidak dapat menyampaikan idea mengikut tema

dengan baik serta huraian yang kurang jelas

Setelah menjalani rawatan selama 4 minggu menggunakan strategi pengajaran

koperatif think-pair-share, pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan

berpandu berada pada tahap kepujian dan cemerlang dengan min pencapaian iaitu

23.97%. Sebanyak 93.3% pelajar berada pada peringkat kepujian dan 6.7% berada pada

peringkat cemerlang. Teknik pembelajaran yang menekankan proses berfikir serta

perkongsian secara berpasangan dan kumpulan telah dapat meningkatkan kemahiran

menulis pelajar dalam aspek bahasa dan olahan idea, menepati tema yang diberi serta

huraian yang jelas dan menarik.

Analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan

berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

Shar menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim

ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397.

Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar meningkat dari peringkat memuaskan ke

peringkat kepujian. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

antara pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran

koperatif dalam ujian pra dan ujian pos pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang

digunakan telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar.

Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi pembelajaran koperatif teknik think-

pair-share telah dapat merangsang daya berfikir pelajar untuk menjana idea bagi

mendapatkan maklumat berkaitan tema yang diberi sepanjang sesi pembelajaran. Proses

berfikir berlangsung dari langkah pertama hingga ke langkah akhir. Selain itu perkongsian

maklumat antara pelajar dapat menjalin hubungan interpersonal serta memperkaya

penguasaan bahasa dan menjadikan pelajar lebih kritis dalam membincangkan idea-idea

tertentu. Pelajar-pelajar yang pasif dan berpencapaian rendah dapat dibantu oleh pelajar

aktif dan berpencapaian tinggi menjana idea melalui soal-jawab yang dikemukakan semasa

proses interaksi dan hal ini telah dapat membantu meningkatkan proses berfikir pelajar-

pelajar Perkongsian maklumat secara berpasangan dan berkumpulan telah dapat

membantu pelajar untuk menyatakan dan menghuraikan idea dengan lebih bernas dalam

wacana yang lebh menarik. Lyman (1992) menyatakan bahawa dalam model think-pair-

share, idea-idea tersebut dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan lebih jelas dan

menarik melalui sesi perbincangan. Kajian juga mendapati proses berfikir berlaku secara

berterusan dari awal sesi pembelajaran sehingga ke proses penulisan. Strategi ini telah

dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu dari segi

bahasa dan idea yang disampaikan.

20

Menurut Bellanca & Fogarty(2003) strategi pembelajaran koperatif think-pair-share

dapat membantu pelajar mengingat fakta selepas pengajaran, mengaitkan pengalaman

lepas dalam pembelajaran serta merangsang proses berfikir pelajar serta menjadikan

suasana pembelajaran lebh menarik dan berkesan. Johnson et.al(1993)dan Slavin(1990)

mendapati pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik

pelajar malah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan

dan kerja berpasukan.

Amizal (2000) menjelaskan dalam kajiannya terdapat peningkatan kemahiran

saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik berbanding secara

tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar dan Norijah(1997) mendapati

pencapaiaan pelajar menggunakan pembelajaran koperatif lebih tinggi berbanding

pembelajaran tradsional. Sikap dan minat pelajar juga menunjukkan kesungguhan dan

keyakinan yang tinggi. Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan

Iskandar Shah (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif sangat berkesan dalam

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa.

Kesimpulan dapatan Kajian

5.4.1 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan

berpandu bahasa melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

model Think-Pair-Share

Hasil dapatan kajian yang dijalankan tentang kesan pembelajaran koperatif model

think-pair-share terhadap pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan

30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,

Johor mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar

dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian pelajar dalam ujian pasca adalah lebih baik

dengan min pencapaian 23.97 dan 93.3%pelajar berada di peringkat kepujian manakala

6.7% berada di peringkat cemerlang berbanding dalam ujian pra min pencapaian ialah 17.9

iaitu 67% di peringkat memuaskan dan 33 % berada di peringkat kepujian Dapatan kajian

telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan lazim dan ujian-t.

Daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar telah dapat meningkatkan

pencapaian mereka dari segi penyampaian idea secara kritis melalui penggunaan pelbagai

bahan rangsangan yang diberikan. Pelajar juga telah dapat menghuraikan idea dalam

wacana yang menarik serta penggunaan bahasa yang gramatis dan frasa yang menarik.

Selama 4 minggu pelajar telah menjalani rawatan menggunakan pembelajaran koperatif

model think-pair-share di mana pelajar melalui proses berfikir bagi menjana idea untuk

21

mendapatkan maklumat yang menepati tema bahan rangsangan. Selain itu pelajar juga

menjana idea dan berkongsi idea bersama pasangan dan kumpulan.

Slavin(2000), Davidson et.al(1995) menjelaskan bahawa pembelajaran koperatif

dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dalam

sesuatu kumpulan untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Hasilnya melalui

kajian ini, pelajar bukan sahaja berupaya mendapatkan maklumat dan meningkatkan

pencapaian dalam penulisan karangan berpandu malah dapat menjalin hubungan

interpersonal melalui interaksi berpasangan dan kumpulan kerana menurut Azizah et.al

( 2000), pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori

Persandaran Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Kajian-

kajian yang dijalankan oleh Ahmad Najdi( 2001); Razman(2001); Zainun(2003); Salmiah

(2003) dan Iskandar(2003) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan

pencapaian pelajar dan memberi kesan yang positif terhadap sikap dan minat pelajar

terhadap pembelajaran.

Implikasi Dapatan Kajian

Kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru, pihak pentadbir sekolah dan institusi

pendidikan secara umumnya.

1. Kajian mendapati strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dalam penulisan karangan berpandu. Sehubungan dengan itu, guru perlulah lebih

kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran agar dapat

meningkatkan minat dan keupayaan berfikir pelajar dan seterusnya meningkatkan

pencapaian pelajar dalam bidang penulisan. Keupayaan dan kemahiran berfikir para pelajar

perlu ditingkatkan dan dirangsang melalui penggunaan pelbagai kaedah dan strategi

pengajaran untuk melahirkan pelajar yang berdaya fikir. Guru juga perlulah bersedia untuk

mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan berkesan demi

meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan khasnya dan pembelajaran amnya.

2. Penyelidikan tindakan boleh dijalankan oleh guru atau pihak panitia untuk mengenal

pasti aspek kelemahan pelajar dan seterusnya merangka strategi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kursus yang

berkaitan juga boleh dirangka oleh pihak panitia untuk meningkatkan kemahiran pedagogi

guru-guru.

22

2. Dalam mendepani perubahan pendidikan yang bersifat global, institut pendidikan

guru yang bertanggungjawab dalam melatih guru dari semasa ke semasa perlulah

merancang dan mengadakan kursus serta latihan tentang strategi dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Kursus

pendek kelolaan institut merupakan antara landasan terbaik untuk pendedahan dan

penataran strategi pengajaran tersebut. Kursus dan latihan yang dirangka akan dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru lantas dapat diaplikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar.

3. Pemantauan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran,

Jemaah Nazir serta pihak pentadbir dan ketua bidang akan dapat meningkatkan kualiti

strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasilnya pendidikan di Malaysia dapat

melahirkan pelajar yang yang bercapaian tinggi dan mampu berfikir serta berdaya saing di

peringkat sejagat.

4. Walau bagaimanapuna, kurikulum yang berorientasikan peperiksaan merupakan

antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan strategi

dan kaedah pengajaran. Hal ini kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran demi

tuntutan peperiksaan lantas penggunaan pelbagai strategi dalam pengajaran terpaksa

dibataskan. Selain itu lebih banyak masa terpaksa digunakan oleh para guru untuk

mengulang kaji pelajaran dan menfokuskan pengajaran dan pembelajaran ke arah

peperiksaan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dilakukan dalam ruang masa dan keperluan yang terhad. Oleh itu untuk

kajian-kajian yang akan datang pengkaji mencadangkan beberapa kajian selanjutnya.

Antaranya:

1. Kajian lanjutan meliputi skop yang lebih luas dan menyeluruh supaya boleh

digeneralisasikan memandangkan kajian ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah

Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor.

2. Kajian yang membandingkan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk

meninjau keberkesanan antara strategi tersebut.

3. Kajian yang menggunakan teknik-teknik lain dalam pembelajaran koperatif sebagai

variasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk pembelajaran yang berkesan

dan seterusnya meningkatkan pencapaian.

23

4. Kajian berbentuk trangulasi yang meliputi temu bual pelajar dan guru serta

pemerhatian supaya dapat mencerminkan keadaan sebenar proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Rumusan

Strategi pengajaran memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan prestasi

kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Penggunaan kaedah pembelajaran yang berkesan

dalam pembelajaran akan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interpersonal

pelajar. Strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar,

meningkatkan kemahiran kognitif dan pelajar dapat menjalin hubungan sosial yang lebih

baik dalam kumpulan (Lynn 1981,1989).

Penggunaan strategi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran amat

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Hasil kajian telah

menunjukkan pencapaian pelajar bertambah baik selepas rawatan penulisan karangan

berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share dilaksanakan.

Sekiranya guru dapat mempelbagaikan strategi, maka pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dan berkesan. Strategi pengajaran yang disarankan dalam KBSM

ialah strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar yang sesuai dengan kebolehan pelajar

agar dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa dan seterusnya

melahirkan pelajar yang dapat berinteraksi serta berfikir secara kreatif dan kritis. Seterusnya

pencapaian pelajar secara keseluruhannya dapat ditingkatkan kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran. Implikasi kajian ini, para

pendidik, pihak pentadbir sekolah, jabatan pendidikan negeri dan institut pendidikan guru

diharapkan akan mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan strategi pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu yang inovatif, kreatif, berdaya fikir dan berpusatkan pelajar.

RUJUKAN

Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan empat. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif pengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November

Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari . Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Bellanca. James & Fogarty Robin 2003. Blueprints for achivement in the cooprative classroom. Person Education.USA.

Burden, P.R. & Byrd, D.M. 2003. Methods for effective teaching. Boston: Ally and Bacon.

Davidson, Neil & Worsham, Toni (1992). Enhancing teaching through cooperative

24

learning. Teachers College Press. New York.David & Roger Johnson 2000 Thinking through cooperative learning. New York,

Teachers College PressGeorge, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of

lesson plans for teacher education. SEAMEO: SingaporeHill S & Hill T. 1993. The Collaborative Classroom. Victoria, Eleanor CurtainIskandar Shah. 2003. Kesan dua strategi pengajaran terhadap pembelajaran komponen

sastera di Sekolah Menengah Tun Tuah Melaka. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Jackson L. Sherri 2003 . Research methods and statistic : A critical thinking approach. Thomson Learning. USA

Johnson D.W. & Johnson R.T. 1994. Learning together and alone: Cooperative, competitive and individualistic learning. Massachusetts, Allan and Bacon.

Johnson D & R Johnson. Cooperative learning.(atas talian) http://www.clcrc.com/pages/cl.html (19 Januari 2004)

Johnson D. & Johnson R. An overview of cooperative learning." (atas talian) http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.html (19 Januari 2004)

Johnson & Johnson. 1991. Cooperative learning lesson structures.Edina. MN Interaction Book Company.

Kagan, Spencer. Kagan structures for emotional intelligence. ( atas talian ) http://www.kagancooplearn.com/Newsletter/1001/index.html (19 Januari 2004)

Kagan 1994. Cooperataive learning. San Juan Capistrano,CA: Kagan Cooperative Learning

Khatijah Endut.1997. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam Pendidikan Islam. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSM . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Latihan Guru Bestari: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSM edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia . 2005. Bahasa Melayu 1- Karangan berpandu: peraturan pemarkahan. Kuala Lumpur

Lyman 1981. Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm. 169-181. Teachers College Press, New York.

Lyman 1989 Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham(pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 169 – 181. Teachers College Press, New York.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. 1998. Penerapan nilai-nilai murni melalui pembelajaran kooperatif dalam sains. Laporan IRPA, UKM.

Mazlan. 2002. Amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Norijah 1997 Keberkesanan pembelajaran koperatif dan pengajaran secara modul bagi peningkatan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif di sekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Razman Muhamad. 2001. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan

25

pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salbiah Mohd Som. 2000. Kajian kes tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Slavin(1987) Cooperative learning: theory, research and practice. Englewood Cliffs. NJ Prentice Hall

Slavin, R.E .1990. Foundations of cooperative learning. Dlm George, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education.hlm 30-35 SEAMEO: Singapore

Suhailah Ishak 1999. Pelaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

Toni Worsham 1992. The inclusion process: Cooperative metacognition for disccovering, describing and assessing thinking skills. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 66-83. Teachers College Press, New York.

Unit Matematik, MPKT 1999. Pengenalan sekolah Bestari Malaysia. Maktab Perguruan Kuala Trengganu. Kuala Trengganu.

Wiersma William 2000. Research and methods in education. Allyn and Bacon. BostonZaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rahayah Ariffin & Noriah Ishak. 2004.

Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik: Penyelidikan tindakan di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan UKM 29(2004): 105- 124.

Zainun Ismaun. 2003. Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap dan persepsi murid tahun lma dalam mata pelajaran Matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

26

LAMPIRAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( 1 )BAHASA MELAYU

Mata pelajaran: Bahasa MelayuTingkatan : 4 BestariMasa:Tajuk karangan : Karangan Bergambar-Memanfaatkan Masa LapangObjektif: Pada akhir pelajaran , murid dapat:

i) Menghuraikan idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan secara jelas dan matang

ii) Menulis karangan menggunakan ungkapan yang menarik dan unsur bahasa yang bervariasi

Tatabahasa: PeribahasaIlmu: Sains sosialKemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran BerfikirFokus Utama: 2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat

dalam perbincanganAras 1 (ii) Menjelaskan idea secara deduktif(iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan

repons yang sesuaiFokus Sampingan: 7.3 Mengemukakan soalan bagi mendapatkan penjelasan

lanjut. Aras 1 (i) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok , isi penting

dan kurang penting dalam pelbagai bahan(iii) Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan

tinggi untuk mendapatkan penjelasan lanjut

9.1 Menggunakan peribahasa yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif

Aras 1(i) Menentukan peribahasa yang sesuai untuk menyampaikan

maklumat.Bahan Bantu Belajar: Edaran Gambar Bersiri

Borang Pengurusan Grafik (Peta Minda)

27

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Langkah Aktiviti Pengajaran Isi Pelajaran

Induksi Set(5 minit)

Bersoal jawab tentang hobi pelajar Jelaskan hobi anda?

Apakah faedahnya kepada diri anda?

Langkah 1(5 minit)

BERFIKIR DAN MENULIS Think and Write

1. Setiap pelajar di beri edaran bergambar bertajuk ‘Memanfaatkan Masa Lapang’

2. Pelajar membaca dan memahami kehendak soalan.

3. Pelajar memikirkan dan mencatatkan idea tersurat dan tersirat.

4. Pelajar memikirkan ungkapan yang menarik sesuai dengan tema bahan

1. Teknik sumbang saran 2. Mencatatkan idea secara

individu 3. Ungkapan menarik4. Peta minda – Faedah

memanfaatkan masa lapang

Langkah 2(20 minit)

BERPASANGANPair

1. Perbincangan tentang idea tersurat dan tersirat dengan pasangan masing-masing.

2. Pelajar memberikan pendapat dan menjelaskan idea kepada pasangan

3. Pasangan memberi respons dengan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk penjelasan

4. Membincangkan penggunaan bahasa dan peribahasa yang sesuai dengan konteks.

5. Pasangan memilih idea yang menepati tema dan peribahasa yang bersesuaian dan menarik daripada hasil perbincangan secara berpasangan

1. Aktiviti berpasangan2. Perbincangan

merangkumi idea dan bahasa.

3. Soalan bercapah pelbagai aras4. Peta minda

28

Langkah 3(20 minit)

BERKONGSI MAKLUMAT (Kumpulan Berempat)

Share

1. Pelajar membentangkan hasil perbincangan kepada ahli kumpulan

2. Pelajar dalam kumpulan memberi respons.

3. Pelajar memilih idea yang relevan serta ungkapan menarik hasil perbincangan dengan ahli dalam kumpulan.

1. Pembentangan hasilan perbincangan pasangan

2. Soalan bercapah aras rendah dan tinggi

3. Hasilan merangkumi:- idea- bahasa

Langkah 4(25 minit)

1. Pelajar menulis karangan2. Guru membuat ulasan

terhadap idea dan bahasa

1. Menulis karangan berpandukan gambar

2. Ulasan guru tentang idea yang relevan dengan tema dan ungkapan menarik

Penutup(5 minit)

Guru membincangkan hasilan penulisan pelajar yang terpilih

Rumusan berkaitan dengan tema Memanfaatkan Masa Lapang

29