PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL
KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA
BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS
SEKOLAH RENDAH
MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN
MODEL KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 2375, TAMAN MERBAU PATAH, 20050 K.TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.
EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM
Nama Penyelia
Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)
√
i
PENGAKUAN
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami*
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : _____________________________
Nama Penyelia : ENCIK MOHD ALI BIN IBRAHIM
Tarikh : _____________________________
ii
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL
KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA
BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS
SEKOLAH RENDAH.
MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _____________________________
Nama Pelajar : MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR
. Tarikh : _____________________________
iv
DEDIKASI
Tesis ini ku tujukan khas buat ayahanda, bonda, kekanda dan adinda tersayang…..
En. Abu Bakar Bin Endut Pn. Naziah Binti Ab. Aziz
Fatimah Kamila Binti Abu Bakar
Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar Nur Syuhada Binti Abu Bakar
Muhammad Imran Bin Abu Bakar Nur Syakirah Binti Abu Bakar
“ Terima kasih di atas doa dan dorongan kalian “
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji
bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi di atas nikmat iman dan islam
yang tidak dapat dinilai dengan segala nikmat yang lain. Syukur dengan keizinanNya
penulis dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.
Di kesempatan yang ada ini, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda En. Mohd Ali Bin Ibrahim di atas
bimbingan, panduan dan kata-kata nasihat yang berguna diberikan sepanjang tempoh
menjalankan pembangunan perisian pengajaran ini.
Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda iaitu Encik Abu Bakar Bin Endut
dan Puan Naziah Binti Ab. Aziz atas segala kesabaran, nasihat dan dorongan tanpa jemu.
Begitu juga kepada Nurul Ain Binti Mohd Zaid dan Ahmad Khairi Bin Mat Ali yang
banyak membantu dalam menyumbang idea yang amat berguna.
Penghargaan juga kepada rakan-rakan serta individu-individu yang terlibat
bagi menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Ribuan terima kasih
diucapkan, moga segala usaha dan bantuan yang dihulurkan mendapat balasan yang
setimpal dari Nya.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian
pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi
pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang
mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa
aplikasi idea dan fasa refleksi. Selain itu, proses pembangunan perisian ini juga
berpandukan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang terdiri
daripada fasa-fasa Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian
perisian Microsoft PowerPoint 2003 digunakan sebagai perisian utama selain daripada
perisian tambahan yang turut membantu iaitu Adobe Photoshop 7.0. Topik yang dipilih
untuk projek ini ialah Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah.
Penilaian formatif telah dilaksanakan di kalangan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing
yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan perisian manakala
penilaian sumatif juga telah dilakukan di kalangan sepuluh orang guru sains yang dipilih
berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang sains. Keputusan penilaian menunjukkan
bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, aktiviti, rekabentuk dan
penggunaannya.
vii
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop and design an educational software for
Primary Science that used Needham’s Five Phases Of Constructivist Model which are
orientation, generating idea, restructuring idea, application and reflection. The
development process was based on the instructional systems design which is ADDIE
model that contains phases of Analysis, Design, Development, Implementation, and
Evaluation. Microsoft PowerPoint 2003 was chosen as the primary authoring tool to
create the multimedia application and supported by other multimedia software such as
Adobe Photoshop 7.0. The electricity In Science Curriculum For Primary School was the
topic selected for this project. The formative and sumative evaluation were done for this
project. The software evaluated was evaluate by ten chosen experience science teachers
and the result shows that this educational software is rated as being moderate in syllabus
content, activities, design and the purpose.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN x
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Projek 7
1.6 Kepentingan Projek 8
ix
1.7 Dan Batasan Projek 9
1.8 definisi Istilah 10
1.8.1 Multimedia 10
1.8.2 Perisian Pengajaran 11
1.8.3 Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa 11
1.9 Rumusan 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan 14
2.2.1 Keberkesanan Teknologi Multimedia Dalam 16
Pendidikan
2.3 Matapelajaran Sains Sekolah Rendah 17
2.3.1 Masalah Mempelajari Matapelajaran Sains Sekolah 17
Rendah
2.4 Teori Pembelajaran 19
2.4.1 Teori Behaviourisme 20
2.4.2 Teori Kognitif 21
2.4.3 Teori Konstruktivisme 22
2.4.4 Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap 24
Pengajaran Pembelajaran Sains
2.4.5 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 25
2.5 Model Instruksi Bersistem 27
2.5.1 Model Addie 27
2.5.2 Model Hanaffin & Peck 28
2.6 Penutup 28
x
BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Yang Digunakan
Dalam Pembangunan Perisian 31
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 31
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 34
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 36
3.2.4 Fasa Penilaian 37
3.3 Carta Aliran Perisian 37
3.4 Reka Bentuk Aplikasi Yang Dibangunkan 38
3.4.1 Reka Bentuk Informasi 39
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 40
3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka/Visual 41
3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Perisian 42
3.5.1 Microsoft Power Point 43
3.5.2 Adobe Photoshop 7.0 44
3.5.3 Sound Forge 5.0 44
3.6 Penyebaran Perisian Yang Dihasilkan 44
3.7 Penyebaran Aplikasi Yang Diperlukan 45
3.8 Penutup 45
BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Cara Penggunaan Perisian 48
4.3 Reka Bentuk Antara Muka / Visual 48
4.3.1 Antara Muka Persembahan Montaj 49
4.3.2 Antara Muka Menu Utama Perisian 50
4.3.3 Antara Muka Pilihan ‘Lesson’ 51
4.3.4 Antara Muka Pilihan ‘Exercise’ 53
xi
4.3.5 Antara Muka Pilihan ‘Glosarry’ 59
4.3.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian 60
4.4 Reka Bentuk Informasi 61
4.5 Reka Bentuk Interaksi 69
4.6 Ciri-Ciri Multimedia Dalam Perisian 69
4.6.1 Teks 70
4.6.2 Grafik 70
4.6.3 Animasi 71
4.6.4 Audio 71
4.7 Penilaian Keberkesanan Perisian 71
4.7.1 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Isi
Kandungan Perisian 72
4.7.2 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Reka
Bentuk Perisian 73
4.7.3 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Aktiviti
Yang terdapat Dalam Perisian 74
4.8 Penutup 75
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan 76
5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan
Perisian 78
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 78
5.3.2 Kekurangan Masa 79
5.4 Kelebihan Dan Kelemahan Perisian 80
5.4.1 Kelebihan Perisian 80
5.4.2 Kelemahan Perisian 81
xii
5.5 Cadangan Kajian Dan Pembinaan Lanjutan 82
5.6 Penilaian Formatif 83
5.7 Kesimpulan 84
BIBILIOGRAFI 85
LAMPIRAN 89
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran Kerja Model ADDIE 27
2.2 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem
Hanaffin &Peck 28
4.1 Antara Muka Montaj 1 49
4.2 Antara Muka ‘Quit’ 50
4.3 Antara Muka Menu Utama 51
4.4 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Baterries) 52
4.5 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 1) 52
4.6 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 2) 53
4.7 Antara Muka Pilihan ‘Exercise’ 54
4.8 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Baterries) 55
4.9 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi
Science Year 2 (The Magic Of Baterries) 55
4.10 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi
Science Year 2 (The Magic Of Baterries) 56
4.11 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 1) 56
4.12 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi
Science Year 3 (Electricity 1) 57
xiv
4.13 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi
Science Year 3 (Electricity 1) 57
4.14 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 2) 58
4.15 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi
Science Year 3 (Electricity 2) 58
4.16 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi
Science Year 3 (Electricity 2) 59
4.17 Antara Muka Pilihan ‘Glosarry’ 60
4.18 Antara Muka Menu Penggunaan 61
4.19 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 62
4.20 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 62
4.21 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 63
4.22 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 64
4.23 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 65
4.24 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 66
4.25 Antara Muka Pilihan Science Year 2
(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik
How To Use A Baterry 67
xv
4.26 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi
Science Year 2 (The Magic Of Batteries) Dengan
Subtopik How To Use A Baterry 67
4.27 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi
Science Year 2 (The Magic Of Batteries) Dengan
Subtopik How To Use A Baterry 68
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Alir Utama Bagi Pembangunan Perisian 89
B Borang Penilaian 91
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan suatu bahagian yang sangat penting dalam
menjadikan Malaysia ke arah negara yang maju selaras dengan wawasan 2020.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha
membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang pada masa akan datang.
Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang berupaya
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap yang lebih tinggi dan
berkualiti agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan
perlu berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik yang
berubah dengan hebat dan pantas. Intelektual kapital akan menjadi asas kukuh
daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Penggunaan
teknologi yang berleluasa pada masa akan datang akan memberi impak yang besar
kepada pendidikan di Malaysia. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan
sesuatu institusi, organisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan
mestilah bersedia bagi menghadapi gelombang perubahan alaf baru dan berfungsi
pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
2
Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam
merealisasikan falsafah pendidikan negara. Penggunaan teknologi di alaf baru dapat
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Muhammad
Hassan (1998) dan Sundhaltz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan
teknologi di sekolah boleh mendorong bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan teknologi yang berbagai bentuk dan
cara dapat menarik minat pelajar serta memudahkan guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selain itu, Perkembangan teknologi multimedia yang
menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif menjanjikan potensi yang besar
dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat dan juga cara
menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sudah lama
menggunakan teknologi berkomputer dalam sektor-sektor lain sebagai contoh dalam
sektor perindustrian kilang, dengan penggunaan teknologi ini ia dapat menjadikan
sistem kilang lebih bersistematik yang mana ia akan membantu penghasilan suatu
produk dengan semaksimum mungkin. Manakala, penggunaan teknologi moden
dalam sistem pendidikan di Malaysia masih berada di tahap yang kurang memuaskan
berbanding dengan negara-negara yang maju. Penggunaan komputer bukan hanya
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai
alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997).
Oleh itu, kementerian pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ke dalam sistem pendidikan. PBK ini
merupakan suatu kaedah pengajaran yang memanfaatkan teknologi menerusi
pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berlaku di sekolah. Kaedah PBK ini merupakan suatu kaedah yang menarik,
3
berdinamik dan merupakan suatu alat pengajaran yang berkesan (William, 1994).
Kaedah ini dijangkakan dapat mengubah corak pendidikan di Malaysia ke arah yang
lebih bermutu dan berwawasan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia telah melangkah ke alaf baru di mana globalisasi teknologi sentiasa
berkembang pesat ibarat tiada penghujung. Justeru itu, maka wujudlah alat, media
dan teknologi baru yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan
perkembangan ini amat penting bagi sesebuah negara dalam melangkah ke arah
negara maju. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat
memperkembangkan fungsi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan berkesan dan
bertanggungjawab. Namun apa yang berlaku dalam bidang pendidikan terutamanya
Malaysia, tidak selaras dengan kemajuan Negara dalam penggunaan teknologi. Ini
kerana, tahap penggunaan teknologi baru seperti komputer masih berada di tahap
yang kurang memuaskan disebabkan adanya beberapa masalah dan perkara yang
terlepas pandang. Seperti yang kita sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu
guru dan pelajar terutamanya dalam bidang Sains. Tetapi kebanyakan guru-guru
yang dikatakan golongan veteran kurang mengambil perhatian terhadap penggunaan
teknologi dalam pengajaran dalam bilik darjah.
Terdapat sesetengah guru yang masih mengamalkan pengajaran secara
tradisional seperti ‘chalk and talk’, nota guru dan sebagainya walaupun telah muncul
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
matematik di sekolah Bagi mereka, pengajaran secara tradisional ini mampu
4
memberi kefahaman kepada pelajar untuk memahami suatu konsep Sains dan cara
tersebut dapat memberi ‘input’ yang banyak kepada pelajar. laupun demikian, masih
terdapat kekurangan di dalam pengajaran yang bercorak tradisional ini. Razali Ismail
(2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan
kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara
terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Penekanan kepada penghafalan akan
menyebabkan pelajar rasa bosan dan seterusnya tidak bersungguh-sungguh untuk
belajar. Selain itu,kajian mendapati dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains,
kebanyakan guru memberi penekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran lebih
daripada menjalankan aktiviti pemerolehan kemahiran proses Sains
(Norasyikin,2001). Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara
tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah
saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.
Oleh itu, guru perlulah berusaha mencari jalan bagaimana untuk menigkatkan
mutu pengajaran supaya maklumat yang disampaikan oleh guru dapat diserap masuk
ke dalam minda pelajar. Menurut Mok (2002), pentingnya teknik dan strategi
pengajaran di dalam bilik darjah yang akan dapat menarik minat pelajar,
mengekalkan perhatian seterusnya menerapkan sesuatu konsep Sains secara berkesan
kepada pelajar. Manakala bagi Kamarudin dan Kamarul Azhar (1993) pula
menegaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hanya akan
dapat dicapai sekiranya guru Sains merancang terlebih dahulu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut strategi pengajaran yang sesuai dengan topik Sains yang
diajar.
Cara pengajaran yang paling berkesan pada masa sekarang ini ialah melalui
pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Pembelajaran ini mengandungi
persembahan multimedia yang mengandungi berbagai bentuk pembelajaran mampu
menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran
secara aktif,mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta
5
memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif (Fry
dan Coe dalam Jamalluddin, 2003). Masalah ketara yang boleh dilihat sekarang ialah
kebanyakan guru lebih menumpukan pengajaran yang berorientasikan peperiksaan
tanpa mengira kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep subjek yang diajar. Bahan
pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan, tidak kreatif serta lebih
bercorak e-book tidak mampu menarik minat serta perhatian pelajar untuk
mempelajari Sains (Ng Soo Boon dalam Poh Swee Hiang, 2000). Keadaan ini boleh
diatasi jika pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer digunakan yang
mana mengandungi perisian yang berlandaskan teori-teori pembelajaran yang sesuai
seperti behaviourisme, kognitif, konstruktivisme, neurosains dan sebagainya.
Perisian pengajaran yang baik penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mampu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kebanyakan perisian yang berada di pasaran
sekarang hanya mementingkan elemen-elemen multimedia semata-mata tanpa
menekankan kepada kualiti isi kandungan perisian yang berasaskan sesuatu teori. Rio
Sumarni dalam petikan Mohd. Khairi (2003) menyatakan, kebolehdapatan perisian di
sekolah adalah rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah jenis produk
komersial serta tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum sekolah di
Malaysia. Penerapan teori pembelajaran yang sesuai ke dalam perisian dapat
membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini
disokong oleh Gagne (1985) yang mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan
perisian adalah untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara
arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang
dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Justeru itu, perisian yang dibina
mestilah menepati teori pembelajaran tertentu supaya proses pengajaran tidak
terpesong dari objektif pembelajaran.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Sains sekolah rendah adalah merupakan matapelajaran yang memberi
penekanan terhadap suatu perkara asas yang berkaitan dengan kehidupan pelajar itu
sendiri. Justeru itu, amat penting bagi seorang pelajar itu memahami konsep asas
tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya, masalah
pembelajaran Sains berlaku bukan disebabkan mereka tidak tahu tentang Sains
sebaliknya disebabkan mereka sudah pun tahu serba sedikit tentang Sains
(Lilia,T.Subahan dan Zolkepeli, 2002). Selain itu, Menurut Bloom dalam T. Subahan
(1999), pembelajaran yang tidak sempurna di peringkat awal akan menyebabkan
pembelajaran yang tidak sempurna di peringkat susulan.
Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta
yang diberikan oleh guru. Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), cara
sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah terutama untuk mengingat fakta
yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk
mengenainya apabila diperlukan. Oleh yang demikian, penggunaan perisian yang
berkualiti dalam pengajaran perlu dititikberatkan di kalangan guru. Ini dikukuhkan
lagi dengan kenyataan Weinraub (1998) dalam Sufia Ismail (2006), dalam kajian
beliau peratus pemahaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan perisian
berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi berbanding dengan kaedah pembelajaran
secara tradisional.
Begitu juga dengan perisian yang sedia ada di pasaran kebanyakannya tidak
menepati teori-teori pembelajaran dan memerlukan guru yang mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam mengendalikan perisian tersebut. Oleh itu, pengkaji bercadang
untuk membina perisian berkenaan dengan topik ‘Electricity’ yang mampu
memudahkan para guru dan pelajar dalam PBK.
7
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek pembangunan perisian ialah :-
i. Membangunkan perisian pengajaran Sains sekolah rendah dalam tajuk
Electricity yang mengandungi topik the magic of batteries, electricity 1
dan electricity 2 mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR
berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham.
ii. Menilai kesesuaian reka bentuk perisian berasaskan kepada Model
Konstruktivisme Needham Lima Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam
Matapelajaran Sains Sekolah Rendah.
1.5 Rasional Projek
Teknologi komputer merupakan perkara utama yang banyak mendorong
sesebuah negara atau masyarakat mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal dalam
semua bidang termasuk pendidikan. Meningkatnya pencapaian sesebuah negara
dalam bidang pendidikan menunjukkan tahap kemajuan negara melahirkan
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pembentukan masyarakat yang
produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kita ke arah mencapai matlamat
wawasan 2020.
Perisian pengajaran yang dibangunkan dalam topik Electricity menggunakan
Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham di mana teori ini memudahkan para guru
untuk menyampaikan sesuatu konsep Sains dengan jelas, ringkas dan padat. Perisian
Top Related