PELAKSANAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAMPENGAJARAN GURU-GURU SEJARAH: SATU KAJIAN KES DI
DAERAH HILIR PERAK
BAHARUDDIN BIN JABARJABATAN SEJARAH
FAKULTI SENI DAN MUZIK
KOD PENYELIDIKAN UPSI : 02-07-17-02
2003
PELAKSANAAN KEMAHIRAN PEMIKIRA.t� SEJARAH DALAMPENGAJARAN GURU-GURU SEJARAH : SATU KAJlAN KES DI
DAERAH HILIR PERAK
BAHARUDDIN BIN JABARJABATAN SEJARAH
FAKULTI SENI DANMUZIK
KOD PENYELIDIKAN UPS}: 02-07-17-02KOD AKAUN UPS} : 050530
2003
ii
PELAKSANAANKEMAHIRANPEMIKIRAN SEJARAH DALAMPENGAJARAN GURU-GURU SEJARAH: SATU KAJIAN KES DJ DAERAH
HILIRPERAK
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam
pengajaran guru-guru Sejarah. Kemahiran pemikiran sejarah yang dikaji ini
dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu memahami kronologi, membuat
imaginasi, meneroka bukti, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajianini juga bertujuan melihat sarna ada terdapat hubungan yang signifikan antara
pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarahdengan lokasi sekolah yang dilihat dari sudut sekolah yang terletak di bandar dan luarbandar. Kajian ini menggunakan kaedah survey dan data untuk kajian ini
dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada300 orang pelajar tingkatan empat daripada enam buah sekolah menengah di DaerahHilir Perak, Perak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package forSocial Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan guru melaksanakankemahiran pemikiran sejarah bagi setiap item dalam setiap kategori kemahiran
pemikiran sejarah. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaannya itu berbeza mengikutitem kerana terdapat item yang berada pada skor min tahap tinggi (2.67 - 4.00) danjuga terdapat item yang berada pada skor min tahap sederhana (1.34 - 2.66). Tidakada item yang diuji berada pada skor min tahap rendah (0 - 1.33). Dari segi kategorikemahiran pemikiran sejarah yang paling kerap dijalankan, kajian mendapati kategorimeneroka bukti selalu dijalankan (67.4%) berbanding kategori membuat imaginasi(18.6%). Akhir sekali, kajian mendapati tidak ada hubungan yang signifikan antara
lokasi sekolah sarna ada sekolah di bandar atau sekolah di luar bandar denganpelaksanaan kemahiran pemikiran sejarab kategori meneroka bukti dalam pengajaranguru-guru Sejarah bagi tujuh daripada Japan item dalam kategori ini ..
iii
THE IMPLEMENTATION OF HISTORY THINKING SKILLS IN THETEACHING OFmSTORY : A CASE STUDY IN IDLIR PERAKDISTRICT
ABSTRACT
The purpose of this study was to observe the implementation of the history thinkingskills in the teaching of history. The history thinking skills in this study were dividedinto five major categories: understanding chronology, making imagination, exploringevidence, making interpretation and making rationalisation. This study was alsoaimed to observe whether there was any significant relationship between the
implementation of the history thinking skills and the location of the schools that weresituated in town or in rural area. Survey methods was used in this study and data werecollected using questionnaires. 300 form four students of six secondary schools inHilir Perak District, Perak were used as the samples. Data were analysed using'Statistical Package for Social Science' (SPSS) version 10.0. The results of this studyshowed that teachers implemented the history thinking skills in each items of each
categories history thingking skills. However, the implementation was differentaccording to each items, because there were items that scored at higher mean level
(2.67 - 4.00) and items scored at moderate level (1.34 - 2.66) . No item scored at
lower level (0 - 1.33). The results of the history thinking skills implemented showedthat exploring evidence category was highly implemented (67.4%) compared to
making imagination category that was rarely implemented (18.6%). Finally, theresults of this study showed that there was no significant relationship between theschool location in the town or in the rural area and the implementation of the historythinking skills in teaching of history in eight items of this category except for oneitem.
iv
PENGHARGAAN
BismiIlahhirrabmanirrahim
Syukur ke hadrat Allah s.w. t. kerana dengan taufik dan hidayahNya, projek
penyelidikan ini berjaya disempumakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Penyelidik merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSJ) kerana memberi kebenaran dan meluluskan
geran penyelidikan (Kod Akaun 050530) bagi menjalankan projek penyelidikan
Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru-guru Sejarah :
Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak.. Tanpa kebenaran dan geran berkenaan, sudah
tentu projek penyelidikan ini menghadapi banyak rintangan untuk disempurnakan.
Tajuk asal penyelidikan ialab Pelaksanaan Kemabiran Pemikiran Sejarah
dalam Pengajaran Sejarah di Sekolah-sekolah Menengah di Negeri Perak tetapi pihak
Pusat Penyelidikan dan Perundingan UPS! meminta agar penyelidik memfokuskan
penyelidikan kepada satu daerah di negeri Perak sahaja. Sehubungan itu, penyelidik
telah memilih Daerah Hilir Perak sebagai fokus kajian.
Pada kesempatan ini juga, penyelidik merakamkan ucapan terima kasih
kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRO),
Kementerioan Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak kerana
memberi kebenaran kepada penyelidik menjalankan projek penyelidikan ini. Ucapan
v
terima kasih juga ditujukan kepada pengetua sekolah-sekolah yang terlibat
kerana memberi kerjasama semasa projek penyelidikan ini dijalankan. Kepada guru-
guru sejarah di sekolah-sekolah yang terlibat dalam projek penyelidikan ini, terima
kasih diucapkan kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik. Tidak lupa
penyelidik merakamkan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah
memberi respons kepada soal selidik yang dikemukakan.
Ucapan terima kasih seterusnya penyelidik tujukan kepada kakitangan
perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, kakitangan Perpustakaan Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya dan kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya atas
segala bantuan yang dihulurkan.
Akhir sekali, kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu penyelidik menyiapkan projek penyelidikan ini,
ucapan terima kasih diucapkan.
Sekian.
Baharuddin bin Jabar
Jabatan SejarahFakulti Seni danMuzik,Universiti Pendidikan Sultan Idris,TanjongMalim,Perak,
Mei2003
vi
lSI KANDUNGAN
JUDUL
ABSTRAK
ABSTRACT
PENGHARGAAN
lSI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
Halaman
1
11
iii
IV
VI
Vlll
BAHAGIANI: PENGENALAN
1.1 Latar Belakang 1
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 ObjektifKajian 10
1.4 Soalan Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Batasan Kajian 14
1.7 Definisi 1stilah 14
BAHAGIAN II : KAJIAN LAMPAU
2.1 Konsep Kemahiran Berfikir 16
2.2 Kemahiran Berfikir Kritis 17
2.3 Kemahiran Berfikir Kreatif 19
2.4 Kajian-kajian Berkaitan 20
2.5 Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Sejarah 22
2.6 Kemahiran Pemikiran Sejarah 24
vii
BAHAGIANill: KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Rekabentuk Kajian 27
3.2 Populasi Kajian 28
3.3 Instrumen Kajian 33
3.4 Pengumpulan Data 34
3.5 Penganalisisan Data 35
BAHAGIAN IV : ANALISIS DATA
4.1 Dapatan Kajian 38
BAHAGIAN V: RUMUSAN
5.1 Ringkasan Kajian
5.2 Perbincangan
5.3 Cadangan
97
98
113
BffiLIOGRAFI
LAMPIRAN
120
viii
SENARAI JADUAL
Jadual HalamanNo.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 29
2 Taburan Sam.pel Kajian Mengikut Lokasi Sekolah 30
3 Taburan Sampel Kajian Mengikut Jantina 31
4 Taburan Sampel Kajian Mengikut Bangsa 31
5 Taburan Sampel Kajian Mengikut Gred Mata Pelajaran Sejarah 32dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
6.1.1 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam 42
Pengajaran Guru Sejarah Kategori Memahami Kronologi
6.1.2 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 48Guru- guru Sejarah Kategori Memahami Kronologi BerdasarkanKekuatanMin
6.2.1 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 49Guru Sejarah Kategori Membuat Imaginasi
6.2.2 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 53Guru- guru Sejarah Kategori Membuat Imaginasi BerdasarkanKekuatan Min
6.3.1 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 54Guru Sejarah Kategori Meneroka Bukti
6.3.2 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 62Guru- guru Sejarah Kategori Meneroka Bukti BerdasarkanKekuatan Min
6.4.1 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 63Guru- guru Sejarah Kategori Membuat Interpretasi
6.4.2 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 68Guru- guru Sejarah Kategori Membuat Interpretasi BerdasarkanKekuatanMin
6.5.1 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 70Guru Sejarah Kategori Membuat Rasionalisasi
IX
6.5.2 Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran 76Guru- guru Sejarah Kategori Membuat Rasionalisasi BerdasarkanKekuatan Min
7 Perbandingan Penekanan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalamPengajaran Guru-guru Sejarah Mengikut Kategori
78
8 Hubungan Antara Lokasi Sekolah dengan Pelaksanaan KemahiranPemikiran Sejarah Kategori Meneroka Bukti dalam PengajaranGuru-guru Sejarah
82
1
BAHAGIANI
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang
Meningkatkan kemabiran berfikir merupakan satu matlamat penting dalam pendidikan.
Sesungguhnya sekolah dan institusi pendidikan yang lain merupakan tempat di mana
kemabiran berfikir boleh dikembangkan. Justeru itu, sekolah bertanggungjawab
menyediakan dan melabirkan pelajar yang dapat berfikir bagi memenuhi matlamat dan
aspirasi negara.
Kemahiran berfikir sangat penting kerana tanya dapat membantu
mempertingkatkan penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran dengan lebih mendalam dan
aspek lain yang berkaitan dengan pembelajaran. Penekanan terhadap peranan sekolah
dalam mengembangkan kemabiran berfikir di kalangan pelajar sememangnya diberi
perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini (Link, 1985). Ini amat bersesuaian
dengan pandangan yang menyatakan pendidikan bukan lagi hanya untuk mengajarkan
apa yang sepatutnya pelajar ketahui tetapi bagaimana untuk mereka ketahui (Eggen &
Kauchak,1988).
2
Kemahiran berfikir merupakan satu isu yang menarik minat para pendidik. Ini
kerana perkembangan yang berlaku kini sememangnya memerlukan pengajaran yang
bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, Tambahan pula, keadaan
masyarakat yang berorientasikan maklumat, maklumat yang begitu banyak, ilmu
pengeta.huan yang semak:in berkembang, persaingan yang hebat dalam kehidupan serta
keperluan mengbasilkan tenaga manusia yang berkualiti untuk menangani segala
cabaran, memerlukan seseorang yang mampu dan berkebolehan untuk menyelesaikan
masalah serta membuat keputusan yang tepat.
Walau bagaimanapun, perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an dan 1980-
an memperlihatkan pendidikan lebih menjurus kepada penguasaan akademik (Beyer,
1988) dan ini menyebabkan kebanyakan pelajar lepasan sekolah dan koJej tidak dapat
berfikir sebagaimana yang dikehendaki, sedangkan corak kehidupan masa kini dan pada
masa akan datang memerlukan masyarakat yang mempunyai kemahiran herfikir dan
berkebolehan membuat keputusan. Eggen dan Kauchak (1988) pula menyatakan
kemahiran berfikir tidak diherikan keutamaan di sekolah-sekolah, walaupun sebenarnya
sekolah boleh memainkan peranan penting dalam melahirkan dan memperkembangkan
kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
Pentingnya kemahiran berfikir dapat dilihat dari pandangan Phillips (1997) yang
menyatakan sebahagian besar pengetahuan atau ilmu yang dipelajari di sekolah cepat
menjadi lapuk dan tidak banyak ilmu itu dapat digunakan dalam jenis pekerjaan yang
3
dilakukan kelak. Apa yang kekal dan digunakan sepanjang bayat ialah kemahiran
kognitifatau kemahiran berfikir yang dipelajari semasa pengetahuan dikuasai.
Kemahiran berfikir adalah proses pemikiran yang mengkaji, menghubung kait
dan menilai kesemua aspek tentang sesuatu situasi atau masalah (Krulik & Rudnick,
1993). Ini termasuklah kemahiran memberi fokus kepada masalah atau situasi,
mengumpul dan menyusun maklumat, mengesan dan menganalisis maklumat serta
menghubungkaitkan maklumat lalu yang telah dipelajari.
Di Malaysia juga tumpuan kepada aspek kemahiran berfikir telahpun ditekankan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Telah dinyatakan dalam
KBSM bahawa perkembangan intelek dapat dipertingkatkan melalui perkembangan dan
penguasaan kemahiran berfikir (Pukal Latihan KBSM, 1990).
Justeru itu, mulai tahun 1992, tumpuan kepada aspek kemahiran berfikir dalam
mata-mata pelajaran telah dimulakan setelah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia mengendalikan projek percubaan mengembangkan
kemahiran berfikir bagi tingkatan satu di 10 buah sekolah menengah di Daerah Gombak
(Lee Gwo Jiuh, 1995). Basil daripada projek tersebut, kurikulum mata-mata pelajaran
telah diubahsuai. Kemahiran belajar dan berfikir telah diberi penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di samping aspek-aspek lain seperti mengembangkan
pengetahuan dan nilai.
4
Sehubungan ito, Kementerian Pendidikan dalam usahanya untuk
memperkembangkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar telah memberi kursus dan
latihan tentang kemahiran berfikir kepada semua guru sekolah mulai 1993 (Bahagian
Pendidikan Guru, 1993). Pendedahan yang sama turnt dilakukan di peringkat latihan
perguruan. Bahagian Pendidikan Guru misalnya telah mengendalikan Kursus
Kemahiran Berfikir untuk semua pensyarah di institusi dan maktab perguruan di
Malaysia bermula dari bulan Disember, 1993 hingga April, 1994. Kursus berkenaan
bertujuanmeningkatkan kefahaman tentang konsep dan strategi pengajaran pembelajaran
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan juga telah menyatakan bahawa sistem penilaian akan diubah daripada ujian
yang bercorak mengingat fakta kepada ujian yang menggalakkanmurid berfikir.
Jelaslah bahawa pandangan-pandangan di atas menunjukkan bahawa pentingnya
guru membangunkan potensi intelektual pelajar dengan menekankan kemahiran berfikir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan dan tumpuan kepada penguasaan
fakta sahaja tidak memadai tanpa melibatkan pendekatan kemahiran berfikir. Pelajar
pelajar perIu dilatih supaya mampu menilai dari pelbagai sudut pandangan bagi
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan memberi kesan yamg mendalam dalam
kehidupan mereka.
Mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
memperlihatkan kesepaduan unsur-unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek,
pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Dalam usaha untuk
5
melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan sejarah perIu menjurus kepada pemupukan
kemahiran berfikir dan kemahiran pernikiran sejarah di kalangan murid di samping nilai
nilai murni dan semangat patriotik (Kementerian PendidikanMalaysia, 2003).
Selain daripada kepentingan di atas, kemahiran berfikir juga dapat
mengembangkan aspek afektif kerana aspek kognitif dan afektif adalah saling berkaitan.
Dengan adanya kebolehan dan keupayaan untuk berfikir, unsur-unsur afektif dapat
difahami dan dihayati dengan lebih baik. Dalam hal ini, Abdul Rahim Abdul Rashid
(1997) misalnya, telah memberikan contoh patriotisme yang merupakan konsep yang
bersifat abstrak. Justeru itu, apa yang penting dalam pendekatan dan strategi pengajaran
dan pembelajaran ialah meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menaakul,
di samping mengembangkan proses kognitif mereka bagi memahami dan menguasai
mesej, idea, sentimen dan fakta.
Kebolehan pelajar menguasai kemahiran berfikir dapat meningkatkan kefahaman
mereka terhadap sejarah dengan cara melibatkan pelbagai tindakan berfikir untuk
memahami maklumat seperti cuba memisahkan antara fakta dan pendapat, membuat
perbandingan, membuat pengkelasan, mencari perkaitan dan menentukan kesahihan.
Pemahaman terhadap isu-isu dan peristiwa sejarah akan membolehkan nilai-nilai murni
diterapkan dan seterusnya dihayati. Justeru itu, kemahiran berfikir dapat
menyumbangkan dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan sejarah iaitu untuk
mewujudkan perasaan bangga dan cintakan tanah air.
6
Sebagai satu disipJin ilmu, Sejarah memainkan peranan penting dalam tamadun
manusia kerana terdapatnya unsur-unsur nilai dan moral yang ak:an membentuk manusia
yang seimbang di samping memberi pengetahuan, Sejarah juga merupakan 'jambatan'
yang menghubungkan kebudayaan, nilai dan perubahan-perubahan yang dicapai oleh
generasi lalu dengan yang akan datang serta membolehkan seseorang itu mengenallatar
belakangmasyarakatnya dengan lebih jelas (Zainal AbidinWahid, 1972).
Berdasarkan 'perbincangan di atas, adalah jelas bahawa sejarah merupakan satu
mata pelajaran yang. dapat merangsang pemikiran. Mata pelajaran ini membolehkan
murid-murid melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan
masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman sejarah pula dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang
segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Pemahaman ini boleh dikuasai oleh
pelajar jika kesemua aspek dikaji dan pelbagai faktor dianalisis serta dilihat secara
keseluruhan.
Kemahiran pemikiran sejarah pula adalah merupakan satu bentuk proses kognitif
yang memerlukan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru. Justeru, murid-murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif
tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ini (Kementerian
PendidikanMalaysia, 2003).
7
Dalam hal ini, kemahiran pemikiran sejarah adalah lebih spesifik kepada disiplin
ilmu sejarah itu sendiri. Ini kerana kemahiran ini perlu dipupuk di kalangan murid bagi
membolehkan mereka memahami bagaimana sejarawan merekonstruksi peristiwa lalu
dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikan sesuatu
tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu. Murid-murid diajar
memahami ciri-ciri sejarah supaya mereka dapat meningkatkan pemikiran mereka
dengan lebih kritis dan analitis. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dipupuk dan
diperkembangkan di kalangan murid-murid seperti kemahiran kronologi, meneroka
bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.
1.2 Pernyataan Masalah
Kemahiran berfikir merupakan satu daripada kemahiran yang dikembangkan semng
dengan aspek pengetahuan dan nilai dalam semua mata pelajaran. Dalam kurikulum
mata pelajaran Sejarah KBSM, telah dinyatakan bahawa pendekatan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan sejarah perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir
dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid. Meningkatkan kemahiran berfikir
dinyatakan dalam sebahagian daripada objektif pendidikan Sejarah iaitu untuk
membolehkan pelajar menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara
secara rasional dan meningkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan
iktibar daripada pengalaman Sejarah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
8
Dalam organisasi kurilrulum pendidikan sejarah juga telah dinyatakan bahawa
kemahiran pemikiran sejarah merupakan unsur kemahiran yang ingin dipupuk di
kalangan pelajar dan ianya terkandung dalam struktur disiplin pendidikan sejarah di
samping dua unsur yang lain iaitu ilmu (kandungan) dan penerapan nilai (patriotisme).
Kesemua unsur ini berjalan serentak dalam pengajaran dan pembelajaran dan secara
berterusan.
Pengajaran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah diperkenalkan dalam
semua mata pelajaran sekolah di Malaysia. Namun begitu dari segi pelaksanaannya,
khasnya bagi mata pelajaran Sejarah, masih kurang diamalkan. Guru misalnya masih
tidak begitu menekankan untuk membimbing pelajar menguasai beberapa kemahiran
yang sememangnya terdapat dalam kemahiran pemikiran sejarah seperti mengurnpul
data, meneroka bukti, membuat tafsiran, membuat imaginasi, menganalisis, merumus
dan membuat penilaian.
Beberapa andaian dibuat tentang sebab-sebab pengajaran kemahiran berfikir tidak
dipraktikkan. Antaranya ialah, andaian bahawa pelajar perlu menguasai fakta sebelum
diajar dengan kemahiran berfikir dan penekanan peperiksaan yang mementingkan
pengujian kebolehan pelajar mengingat kembali fakta (Phillips, 1992). Selain itu,
penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terbatas kepada
menjawab soalan guru sekiranya diminta berbuat demikian. Berdasarkan Laporan Status
Mata Pelajaran Sejarah oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan juga mendapati
pengajaran masih terikat dan berpusatkan guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,
9
1993). Ini bererti walaupun pelajar dapat menguasai fakta dan isi pelajaran dengan baik
tetapi kemahiran berfikir kurang diberi perhatian dan penekanan yang sewajamya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan soalan dalam peperiksaan juga turut berubah. Lebih banyak soalan
yang berbentuk kemahiran berfikir telah dan akan dikemukakan dalam semua
peperiksaan awam di sekolah. Penekanan terhadap kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tidak lagi boleh diabaikan kerana kurangnya penekanan
terhadap kemahiran berfikir ini memberi kesan kepada pencapaian pelajar dalam
peperiksaan. Laporan prestasi mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) didapati kurang memuaskan (Kementerian PendidikanMalaysia, 1993).
Laporan tersebut juga menyentuh tentang pelajar-pelajar yang masih
menggunakan teknik menghafal dan meramal topik-topik tertentu tanpa menganalisis
kehendak soalan. Seterusnya laporan mencadangkan agar guru-guru menggunakan
kaedah pengajaran yang sesuai, misalnya menggunakan gambar, peta, carta dan dokumen
untuk meningkatkan kefahaman pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, melatih pelajar
menganalisis kehendak soalan dan juga mendedahkan kemahiran berfikir dengan lebih
baik.
Kemahiran pemikiran�ejarah dalam edisi sukatan pelajaran sejarah yang disemak
semula jelas menunjukkan ianya merupakan aspek kemahiran yang perIu dipupuk di
kalangan pelajar. Namun begitu, kajian dari segi pelaksanaannya masih belum lagi
10
dijalankan. Sejauh manakah guru dapat membimbing pelajar menguasai kemahiran ini
masih lagi tidak jelas. Walau bagaimanapun., satu kajian pernah dijalankan berhubung
kemahiran pemikiran sejarah yang menjurus kepada kandungan bahan-bahan kurikulum
sejarah yang digunakan di sekolah (Maharom Mahmood, 1998).
Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat perlu dijalankan satu kajian berkaitan
pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah di sekolah untuk melihat sejauh manakah
kemahiran ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sejarah di bilik darjah di samping dapat menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran ini dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam
mata pelajaran berkenaan.
Kajian seperti ini juga amat bersesuaian dalam konteks keperluan Malaysia untuk
melahirkan generasi yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif dan seterusnya dapat
memenuhi matlamat dan aspirasi negara bagi membolehkan mereka bersedia
menghadapi segala cabaran dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah kemahiran pemikiran sejarah
dilaksanakan oleh guru-guru sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah
di bilik darjah. Kajian adalah berdasarkan kepada perspektif pelajar terhadap penekanan
11
yang .diberikan oleh gwu.untuk menanam dan memupuk kemahiran pemikiran sejarah di
kalangan pelajar.
Di samping itu kajian juga akan mengenal pasti adakah terdapat hubungan di
antara pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru sejarah
mengikut lokasi sekolah iaitu sekolah bandar dan sekolah luar bandar.
1.4 Soalan Kajian
Secara khusus, kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut :
1. Sejauh manakah kemahiran pemikiran sejarah dilaksanakan oleh guru
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah?
2. Kategori kemahiran pemikiran sejarah yang manakah yang selalu
dilaksanakan oleh guru-guru sejarah dalam pengajaran mata pelajaran
Sejarah?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan kemahiran
pemikiran sejarah kategori meneroka bukti dalam pengajaran guru-guru
sejarah mengikut lokasi sekolah?
12
1.5 Kepentiugan KajiJIn
Kajian-kajian tentang kemahiran berfikir masih kurang dijalankan di Malaysia. Akibat
daripada kekurangan kajian ini, guru-guru berasa ragu-ragu untuk melaksanakan
pengajaran kemahiran berfikir di sekolah kerana tidak pasti sarna ada pengajaran
kemahiran berfikir boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Phillips, 1992).
Kajian tentang pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah pula masih belum lagi dijalankan di Malaysia.
Oleh itu dapatan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan para
pendidik dalam melaksanakan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran mata
pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Para pendidikjuga boleh memanfaatkan kajian ini
dari segi pemilihan strategi dan pendekatan pengajaran kemahiran pemikiran sejarah
yang sesuai dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah.
Pelajar-pelajar yang berkebolehan menguasai kemahiran pemikiran sejarah pula
sudah tentu akan dapat berfikir dengan lebih matang dan berfikir terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu keputusan. Selain itu, pelajar-pelajar juga berkemampuan untuk
membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara
dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks negara kita.
13
Penguasaan kemahiran pemikiran sejarah juga akan dapat membantu para pelajar
dalam pencapaian akademik mereka. Tambahan pula, orientasi peperiksaan awam pada
masa kini banyak mengemukakan soalan-soalan yang menekankan kemahiran berftkir.
Justeru itu, kemahiran pemikiran sejarah ini perIu dikembangkan dalam domain
pembelajaran murid Aktiviti pembelajaran murid juga hendaklah dirangka dan
dilaksanakan supaya dapatmembina kemahiran pemikiran sejarah ini.
Kajian ini juga diharap dapat membantu guru-guru dalam menyediakan program
program pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. Guru-guru bolehlah menjadikan
kajian ini sebagai rujukan dalam merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang lebih
berkesan dalam mengembangkan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid.
Kajian ini juga tentunya dapat membantu guru meno]ong murid-murid ke arah berfikiran
lebih kritis dan kreatif bukan sahaja dalam menghadapi peperiksaan tetapi juga dalarn
menangani kehidupan masa kim.
Pentadbir sekolah rnisalnya boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk
menggalakkan dan membimbing guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran kemahiran
berfikir dalam semua mata pelajaran. Selain itll, dapatan kajian juga dapat memberi
maklumat tentang kesesuaian strategi pengajaran kemahiran berfikir dan
keberkesanannya terhadap pencapaian akademik pelajar dan ini dapat membantu institusi
yang melatih bakal guru untuk rnembaiki mutu latihan. Selain memberi pendedahan
dalam aspek pedagogi, bakal-bakal guru perlu digalakkan untuk merujuk kepada kajian
14
seumpama ini supaya mereka dapat memikirkan cara pengajaran dan pembeJajaran agar
dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
1.6 Batasan Kajian
Bidang kajian hanya terbatas kepada kemahiran pemikiran sejarah yang terdiri daripada
lima kategori kemahiran utama iaitu memahami kronologi, meneroka bukti, membuat
interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Selain itu terdapat pula
beberapa sub-kemahiran bagi setiap kemahiran utama tersebut
Sampel kajian pula terdiri daripada pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah
menengah di Daerah Hilir Perak, Perak.
1.7 Defmisi Istilah
1.7.1 Pelaksanaan
Mengikut Kamus Dewan (1989), pelaksanaan bermaksud menjalankan atau
mengusahakan sesuatu rancangan yang telah ditetapkan.
1.7.2 Kemahiran Pemikiran Sejarah
Kemahiran pemikiran sejarah merujuk kepada unsur kemahiran yang terdapat
dalam organisasi kurikulum pendidikan sejarah yang merupakan kesepaduan berbentuk
intra di samping dua unsur lagi iaitu ilmu (kandungan) dan penerapan nilai (patriotisme).
Top Related