Pantun KlasikPantun Klasik
epahlawananepahlawananKKwww.saujana.sg
MOHAMED NAIM DAIPI
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (1)
Apa guna kepuk di ladang,Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (2)
Limau bintan di tepi tingkap,Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap, Inikan pula cicak mengkarung.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (3)
Guruh berdentum bumi bergegar, Ayam jaguh sedang bersabung;
Jangan cakap sahaja berdegar, Hulur senjata mari bertarung.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (4)
Anak Cina bersampan kotak, Muatan sarat dengan ragi;
Biar retak bumi kupijak , Kamu takkan kulepaskan lagi.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (5)
Patah rotan tali bersilang,Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (6)
Memang pahit buah peria,Makanan orang pergi menjala;
Jikalau mengaku taat setia, Bersamalah kita pertahan negara.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (7)
Kalau mengail di lubuk dangkal,
Dapat ikan sepenuh raga; Kalau kail panjang sejengkal, Jangan lautan hendak diduga;
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (8)
Apa guna kepuk di ladang?Kalau tidak berisi padi;
Apa guna keris di pinggang? Kalau tidak berani mati.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (9)
Sampan kotak mengapa dikayuh?Hendak belayar ke tanah seberang;
Patah kepak bertongkatkan paruh Pantang menyerah di tengah gelanggang
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (10)
Air dalam bertambah dalam,Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (11)
Lemaknya nasi bergulai udang,Lemak berbau santan kelapa;
Relaku mati berputih tulang, Tidak kumahu berputih mata.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (12)
Orang menyeberang gunakan titi,Titi dibuat tinggi di atas;
Dalam telur lagikan dinanti, Inikan pula sudah menetas.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (13)
Jika terjumpa ular tedung,Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung, Tangan menjinjing bahu memikul.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (14)
Perahu payang layarnya merah,Belayar menuju arah utara;
Keris dipegang bermandikan darah, Adat pahlawan membela negara.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (15)
Sungguh cantik bunga nan merah,Tumbuh segar tepi perigi;
Kalau jasadku rebah ke tanah, Rela bersemadi aku di sini.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (16)
Tuan puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang;
Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (17)
Pudak bukan sebarang pudak,
Pudak tumbuh di tepi lombong; Jalak bukan sebarang jalak, Jalak biasa menang bersabung.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (18)
Hang Jebat Hang Kasturi,Budak-budak raja Melaka;
Jika hendak jangan dicuri, Mari kita bertentang mata.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (19)
Banyak batang tumbuh cendawan,Cendawan kukur jalan ke huma;
Banyak orang mengaku pahlawan, Sambutlah pukul tikaman pertama.
www.saujana.sg
PANTUN JENAKA (20)
Putus sudah tali temberang,Semasa belayar di tengah lautan;
Jangan berlagak jaguh yang garang, Kalau tidak sanggup berdepan.