KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menulis sepatah dua kata dalam buku ini. Tahun silih berganti. Setiap tahun PPPJJ akan menerima pelajar-pelajar baru yang begitu bersemangat untuk meneruskan pengajian. Bagi pihak PPPJJ pula, kami begitu teruja menerima kehadiran lebih 2000 orang pelajar-pelajar baru yang datang ke program orientasi dengan penuh iltizam untuk menimba ilmu dan seterusnya bergelar siswazah dalam tempoh empat tahun pengajian. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada anda yang telah terpilih mengikuti Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia. Keputusan anda untuk menyambung pengajian adalah satu keputusan yang sangat tepat sejajar dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Selaras dengan ini, bermakna kita sama-sama memikul satu tanggungjawab yang besar ke arah memenuhi aspirasi negara itu. Masing-masing di antara kita mempunyai peranan yang harus digalas dengan penuh komited dan berkeyakinan tinggi. Universiti Sains Malaysia sepertimana yang anda ketahui mempunyai agenda yang sangat mantap untuk menjayakan Program Pemacuan ke Arah Kecemerlangan (APEX) yang merupakan satu agenda besar negara ke arah mempertingkatkan status pengajian tinggi di negara ini. Kejayaan anda sebagai mahasiswa Jarak Jauh sangat-sangat dituntut oleh USM kerana ini memberi impak yang besar bukan saja di peringkat USM malah mampu pergi lebih jauh lagi ke peringkat antarabangsa. Tahun ini genaplah 40 tahun Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pengajian Luar Kampus. Sehingga tahun 2010, sejumlah 16,312 orang siswazah telah dihasilkan melalui program ini dan USM mempunyai perancangan yang lebih besar untuk melahirkan labih ramai lagi graduan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Kini, anda telah menjadi sebahagian daripada warga Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Kematangan PPPJJ dalam usia 40 tahun dan kematangan anda sebagai pelajar dewasa merupakan satu kombinasi yang cukup mantap untuk kita sama-sama berkerja keras dan seterusnya meraih kejayaan. Marilah kita berganding bahu bergerak pantas ke hadapan bersaing untuk menempatkan diri menjadi antara yang terbaik di rantau ini. Dalam menimba ilmu dan menempa kejayaan jangan pula dilupakan nilai-nilai kemanusiaan yang harus menjadi tunjang yang kukuh dalam diri kita kerana nilai-nilai ini membentuk diri menjadi insan yang sempurna. Dengan ini kita mampu mempersiapkan diri untuk menjadi modal insan yang terhebat yang selanjutnya dapat pula memberi pulangan dan sumbangan yang terbaik kepada negara yang kita cintai. Akhir kata, marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh tekad dan keazaman diiringi dengan doa dan usaha yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa. Kepada anda para pelajar , saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Profesor Madya Dr. Habibah Hj. Lateh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
KANDUNGAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1
MISI UNIVERSITI 2
VISI UNIVERSITI 2
UNIVERSITI DALAM TAMAN 3
KAMPUS SEJAHTERA 4
SYARAT TAWARAN 5
PERSEDIAAN CALON
Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran 6
Laporan Pemeriksaan Perubatan 6
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU SIDANG AKADEMIK 2010/2011
Pelajar Semenanjung Malaysia 7
Pelajar Sabah 7
Pelajar Sarawak 7
PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI 8
PENGECUALIAN UNIT 10
KAD PINTAR SISWA 10
BORANG MAKLUMAT PELAJAR 11
BORANG PENCAPAIAN BAHASA 11
PERPUSTAKAAN 11
PENGINAPAN 11
KEMUDAHAN IT 11
MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR 12
PERATURAN UNIVERSITI 12
HAL – HAL LAIN 12
ALAMAT DAN NOMBOR YANG BOLEH DIHUBUNGI 13
LAMPIRAN – LAMPIRAN 15
LAMPIRAN A : Peraturan dan Syarat Penerimaan Tawaran
LAMPIRAN B : Laporan Pemeriksaan Perubatan
LAMPIRAN C : Jadual Program Orientasi
LAMPIRAN D : Slip Kad Pintar Siswa
LAMPIRAN E : Borang Maklumat Pelajar
LAMPIRAN F : Borang Pencapaian Bahasa
LAMPIRAN G : Peta USM
LAMPIRAN H : Sampul Surat
LAMPIRAN I : Senarai Semak
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Sepintas lalu Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap revolusi yang diluluskan di Dewan Undangan
Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini.
Sebidang tanah telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan perletakan batu asas oleh Perdana Menteri Malaysia
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967.
Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan kondusif sesuai dengan keperluan guna
tenaga negara pada masa depan, pada tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti
Pulau Pinang.
Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor, Kampus yang sepatutnya
bertempat di Sungai Ara telah ditukarkan ke Minden pada tahun 1971, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar,
dengan kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang mempersonakan. USM telah
berkembang pesat, kini mempunyai dua buah kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong
Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan serta sebuah kampus pesisir di Belgaum, India yang
menawarkan program antarabangsa Doktor Perubatan USM – KLE.
Kehijauan kampus USM memberi ilham kepada konsep Universiti dalam Taman yang menunjukkan hubungan akrab di
antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar.
Pada September 2008, USM terpilih pula sebagai universiti berstatus Apex (Program Pemacuan untuk Kecemerlangan)
dan diberi mandat untuk membentuk semula masa depan pendidikan tinggi di Malaysia. Pemilihan ini berasaskan
kepada kesediaan USM untuk meneroka masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok. USM akan menjadi
penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Pengiktirafan ini menjadi satu tamparan buat warga
USM untuk terus bergiat aktif dalam merencanakan sesuatu yang berguna untuk universiti agar terus berdaya saing di
peringkat nasional dan global amnya.
1
Universiti Sains Malaysia merupakan universiti perintis, intensif
penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan
dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi
kesejahteraan sosioekonomi mereka
”Transformasi Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok”
2
UNIVERSITI DALAM TAMAN
Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara
peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur
flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan
selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian
daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam
menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi
yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.
Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-
unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasik dan
keindahan yang berkaitan, reka bentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini
memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan
kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang
patut dicontohi dan dicemburui. Ia merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang
menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi - siapa kita,bagaimanakita mengetahui
dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.
3
KAMPUS SEJAHTERA
Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti
kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian,
sosial, fizikal, emosi, mental dan persekitaran.
Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan lima (5) ciri utama:
Kesukarelaan
Kerja berpasukan
Data dan maklumat
Berdikari
Dokumentasi yang lengkap
Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat
diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah
dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan
capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan
disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.
4
PANDUAN PELAJAR BARU PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH KEMASUKAN
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
1. SYARAT TAWARAN
1.1. Tawaran ini dengan sendiri TERBATAL sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat berikut:
1.1.1 Warganegara Malaysia.
1.1.2 Lulus SPM/SPVM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
1.1.3 Syarat Am/minimum kelayakan:
a) Calon STPM/setaraf (sebelum tahun 2003)
Bagi calon-calon STPM yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum iaitu:
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred E dalam mana-mana
dua (2) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.
atau
(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred E serta dua
(2) Gred R dalam mana – mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.
b) Calon STPM (mulai tahun 2003)
Bagi calon-calon STPM (mulai tahun 2003) yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan
minimum iaitu:
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran
mengikut Syarat Khas Program.
atau
(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred C serta dua (2) Gred C- dalam mana –
mana tiga (3) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program.
c) Calon Diploma
Bagi calon-calon Diploma yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan iaitu:
Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi lain yang diiktiraf.
5
d) Calon SPM/SPVM/setaraf
Bagi calon-calon SPM/SPVM/setaraf yang memohon, anda mestilah memenuhi kelayakan minimum
iaitu:
(untuk calon Program Pengajian Sains sahaja)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf
dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Matematik atau Matematik
Tambahan dan satu (1) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program dan mempunyai pengalaman
kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan.
atau
(untuk calon Program Pengajian Pengurusan, Sains Kemasyarakatan dan Sastera )
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau setaraf
dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, lulus Matematik dan mendapat
kepujian dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran mengikut Syarat Khas Program. Mempunyai
pengalaman kerja sekurang-kurang lima (5) tahun dalam bidang berkaitan dan lulus peperiksaan
kelayakan universiti yang ditetapkan oleh universiti dan lulus temuduga.
1.1.4 Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan perubatan serta tidak mengidap penyakit yang berjangkit serta
berbahaya dan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Perubatan yang bertauliah.
1.1.5 Tawaran ini akan terbatal pada bila-bila masa sekiranya didapati mana-mana keterangan/kenyataan atau
salinan sijil-sijil yang dikemukakan adalah palsu/tidak benar.
2. PERSEDIAAN CALON
2.1 Sebagai persediaan anda ke Universiti Sains Malaysia, anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut
dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan bersama dengan Surat Tawaran Kemasukan,
Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang Akademik 2011/2012.
2.1.1 PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN
LAMPIRAN A
Baca dengan teliti isi kandungan yang termaktub, isikan butir-butir yang diperlukan dan kembalikan borang
penerimaan tawaran kepada Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar pada hari pendaftaran
/orientasi.
2.1.2 LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
LAMPIRAN B
a) Borang Laporan Pemeriksaan perubatan yang disediakan mestilah diserahkan kepada mana-mana
Pegawai Perubatan yang bertauliah bagi tujuan membuat pemeriksaan perubatan.
b) Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan dan X-Ray dada yang mesti dilakukan oleh
Pegawai Perubatan atau mana-mana Pegawai Perubatan yang bertauliah dan diiktiraf. Anda boleh
mengirim terus laporan perubatan tersebut kepada Pengarah, Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan
Pergigian), Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang atau bawa semasa hari pendaftaran
diri pada minggu Orientasi.
6
c) Sila catatkan perkataan [FILEM X-RAY JANGAN LIPAT] di penjuru kiri sebelah atas bahagian luar
sampul surat semasa menghantar atau bawa semasa hari pendaftaran diri pada minggu Orientasi.
d) Laporan Pemeriksaan Perubatan dan Filem X-Ray Dada adalah hak milik Universiti Sains Malaysia dan
tidak boleh dituntut.
e) Segala perbelanjaan pemeriksaan perubatan adalah dibawah tanggungan anda sendiri.
3. PROGRAM ORIENTASI PELAJAR BARU
LAMPIRAN C
3.1 Sila ambil perhatian bahawa kehadiran anda untuk mengikuti sepenuhnya Program Orientasi adalah diwajibkan.
Kegagalan anda menghadiri aktiviti tersebut akan menyebabkan tawaran anda ditarik balik dan nama anda akan
dikeluarkan daripada senarai pelajar yang ditawarkan tempat mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh, Sidang
Akademik 2011/2012.
3.2 PELAJAR SEMENANJUNG MALAYSIA
Program Orientasi akan diadakan pada 5 Jun 2011 hingga 8 Jun 2011 di Kampus Induk USM Pulau Pinang.
Pendaftaran di Desasiswa (asrama) adalah pada 5 Jun 2011 (Ahad) bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah
hari.
3.3 PELAJAR SABAH
Program Orientasi akan diadakan pada 14 Jun 2011 di Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu, Sabah.
Pendaftaran adalah pada 14 Jun 2011 (Selasa) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.
3.4 PELAJAR SARAWAK
Program Orientasi akan diadakan pada 16 Jun 2011 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, 93050 Petra Jaya,
Kuching, Sarawak. Pendaftaran adalah pada 16 Jun 2011 (Khamis) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.
3.5. Pada hari Pendaftaran Pelajar Baru, anda dikehendaki mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL untuk tujuan penyemakan
seperti berikut:
3.5.1 SIJIL SPM/SPVM
3.5.2 SIJIL SPM BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA JULAI (jika ada)
3.5.3 SIJIL STP/STPM/HSC
3.5.4 DIPLOMA/SIJIL– SIJIL(termasuk transkrip)
3.5.5 SIJIL MUET
3.5.6 SIJIL- SIJIL LAIN (yang digunakan semasa membuat permohonan)
7
4. PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI
4.1 BAYARAN YURAN PENGAJIAN
JENIS YURAN
SAINS
PENGURUSAN
SASTERA
SAINS
KEMASYARAKATAN
YURAN TIDAK BERULANG
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
1. Yuran Pendaftaran
2. Penginapan Suaikenal
3. Kad Pintar
4. Yuran Suaikenal
5. Yuran Alumni
100.00
20.00
60.00
50.00
100.00
100.00
20.00
60.00
50.00
100.00
100.00
20.00
60.00
50.00
100.00
100.00
20.00
60.00
50.00
100.00
JUMLAH
330.00
330.00
330.00
330.00
YURAN BERULANG
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
1. Yuran Pengajian
2. Yuran Kursus
3. Yuran Modul
4. Yuran Kegiatan Pelajar
5. Yuran Penginapan Intensif
6. Yuran Peperiksaan
770.00
100.00
400.00
12.00
84.00
50.00
800.00
100.00
400.00
12.00
84.00
50.00
640.00
100.00
300.00
12.00
84.00
50.00
640.00
100.00
300.00
12.00
84.00
50.00
JUMLAH
1416.00
1446.00
1186.00
1186.00
JUMLAH BESAR
1746.00
1776.00
1516.00
1516.00
Bagi warga emas , yuran pengajian dan penginapan intensif dikenakan separuh dari yuran dinyatakan di atas.
Yuran Tidak Berulang (YTB) hanya dikenakan ke atas pelajar baru sahaja.
Yuran Berulang (YB) dikenakan ke atas setiap pelajar yang mengikuti kursus masing-masing bagi sidang tersebut.
Kadar yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh Universiti bila perlu.
8
4.2 Bayaran yuran yang dikenakan adalah mengikut program pengajian pelajar. Bagi maklumat tepat berkenaan yuran
tersebut sila rujuk BIL YURAN PENGAJIAN individu di http://www.usm.my/kemasukan
4.3 Sebelum sebarang bayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN tersebut
adalah tepat. Berikut disenaraikan kaedah pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran.
Pembayaran tunai di kaunter CIMB Bank Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia. Cetak 2 salinan
slip pembayaran yang boleh diperolehi di http://www.usm.my/kemasukan dan serahkan ke kaunter bank
semasa membuat bayaran. Sila dapatkan kembali 1 salinan slip pembayaran yang lengkap dicetak dengan
maklumat pembayaran daripada bank untuk simpanan / bukti pembayaran.
Pembayaran secara dalam talian dengan kemudahan ePayment@USM. Pembayaran ini adalah secara
pindahan tunai (FPX) ataupun menggunakan kad kredit. Sila pastikan pembayar mempunyai kemudahan
akaun perbankan internet untuk menggunakan kemudahan FPX. Layari http://www.usm.my/kemasukan
untuk urusan pembayaran.
i. Bayaran secara pindahan tunai (FPX)
Pembayaran boleh dibuat oleh pemegang akaun bank berikut :-
*kemudahan perbankan internet ini adalah tepat sehingga cetakan ini dibuat.
ii. Kad kredit
Boleh menggunakan kad VISA / MASTER dari mana-mana bank.
4.4 Pelajar dari Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada membayar Yuran Penginapan Suaikenal sebanyak RM20.00.
4.5 Pelajar hendaklah menjelaskan bayaran sepenuhnya seperti yang terkandung dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing
masing atau membuat bayaran dalam 2 ansuran. Maklumat berkenaan amaun ansuran yang perlu dibayar dan tarikh
akhir bayaran ansuran akan dimuatkan di dalam BIL YURAN PENGAJIAN masing-masing.
4.6 Pelajar yang gagal untuk membayar amaun minima yang ditetapkan atau membayar selepas tarikh akhir setiap ansuran
akan dikenakan denda sebanyak RM50.00.
9
5. PENGECUALIAN UNIT
5.1 Pemegang Diploma dari IPTA yang diiktiraf boleh memohon untuk pengecualian unit. Transkrip asal dan salinan
transkrip yang telah disahkan serta sinopsis kursus perlu dibawa bersama. Anda boleh memohon dengan menggunakan
borang yang telah disediakan oleh PPPJJ semasa Minggu Orientasi.
5.2 Permohonan tanpa transkrip dan sinopsis kursus tidak akan dilayan. Satu sesi taklimat pengecualian unit akan diadakan
semasa program Orientasi.
6. KAD PINTAR SISWA
Kad Pintar Siswa merupakan kad pengenalan rasmi pelajar USM. Siswa adalah diwajibkan memakai dan mempamerkan Kad
Pintar Siswa sebagai tanda pengenalan diri untuk semua urusan rasmi ketika berada di dalam kampus.
6.1 SESI PENGAMBILAN GAMBAR
6.1.1 Siswa-siswa dikehendaki menghadirkan diri untuk sesi pengambilan gambar bagi tujuan penyediaan Kad
Pintar Siswa pada hari pendaftaran diri sebagai pelajar USM seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual
Minggu Orientasi Pelajar Jarak Jauh, Sidang Akademik 2011/2012.
(Sila lengkapkan Lampiran D dan bawa semasa sesi pengambilan gambar)
6.1.2 Kad Pintar Siswa ini telah dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dengan ciri-ciri aplikasi baru dan akan
digunakan untuk semua urusan rasmi dalam kampus termasuk;
a) Peminjaman/pemulangan buku dan pembayaran denda di perpustakaan.
b) Pengesahan pendaftaran dan temujanji di Pusat Sejahtera USM.
c) Pemantauan keluar/masuk pelajar di kampus.
6.2 KEHILANGAN/KEROSAKAN
6.2.1 Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kehilangan atau kerosakan Kad Pintar Siswa;
a) Siswa perlu hadir di Kaunter Unit Pengambilan dan Kemasukan, Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar, Aras 2 Bangunan Canselori. Siswa perlu mengisi dan melengkapkan borang
KEM/KDPI 2 & 3. Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM60.00. Bayaran boleh dibayar
secara tunai di Kaunter Bahagian Akaun Pelajar, Jabatan Bendahari, USM.
b) Bagi siswa yang berada di luar USM, mereka bolehlah menulis surat melaporkan
kehilangan/kerosakan Kad Pintar tersebut. Bayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan dan perlu
dibuat dalam Kiriman Wang Pos dan hantarkan kepada Unit Kemasukan & Pengambilan, Bahagian
Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia, 11800 USM
Pulau Pinang.
6.3 LANJUT TEMPOH PENGAJIAN
Bagi siswa yang diluluskan untuk melanjutkan tempoh pengajian pada Kad Pintar Siswa tersebut, siswa hanya perlu
melaporkan kepada Unit Pengambilan & Kemasukan dengan mengembalikan Kad Pintar Siswa yang sedia ada untuk
dikemaskinikan. Bagi tujuan ini tiada bayaran akan dikenakan.
10
7 BORANG MAKLUMAT PELAJAR (TUJUAN KECEMASAN)
LAMPIRAN E
Isi butir-butir yang diperlukan dan lekatkan sekeping gambar terbaru berukuran paspot di ruang yang disediakan. Sertakan
salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan dan kembalikan semasa hari pendaftaran pelajar di Kaunter
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
8 BORANG PENCAPAIAN BAHASA
LAMPIRAN F
Isi dan sertakan salinan sijil SPM, STP/STPM/HSC, Transkrip Diploma dan MUET yang telah disahkan. Salinan sijil perlu
disertakan bagi membolehkan pihak PPPJJ mendaftar serta menentukan tahap kursus Bahasa yang diperlukan oleh anda. Sila
kembalikan borang ini semasa hari pendaftaran pelajar di Kaunter Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
9 PERPUSTAKAAN
Pengedaran Panduan Perpustakaan akan dijalankan mengikut kumpulan dan anda akan dimaklumkan kemudian. Pastikan
anda mendapat risalah-risalah panduan Perpustakaan tersebut bagi tujuan kemudahan pinjaman buku di Pusat Wilayah
/Perpustakaan Wilayah /Negeri.
10. PENGINAPAN
10.1 Semua pelajar baru yang akan mendaftar di Kampus Induk USM untuk program Orientasi akan disediakan tempat
penginapan di Desasiswa (asrama) dalam Kampus Induk. Anda hanya perlu terus ke Desasiswa yang berkenaan seperti
di dalam surat tawaran.
10.2 Bagi tujuan penginapan di Desasiswa, sila bawa bantal, cadar dan sarung bantal kerana pihak USM tidak menyediakan
kemudahan ini.
10.3 Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyerahkan kunci bilik Desasiswa selewat-lewatnya pada 9 Jun 2011
sebelum 12:00 tengah hari iaitu hari terakhir Minggu Orientasi.
10.4 Disertakan peta kampus induk USM untuk membantu anda apabila tiba untuk pendaftaran diri di USM nanti. Sila rujuk
Lampiran G
10.5 Sila tunjukkan surat tawaran rasmi anda kepada pengawal bertugas semasa berada di pintu masuk kampus induk USM
untuk memudahkan anda memasuki perkarangan Universiti.
12. KEMUDAHAN IT
11.1 Wifi@USM
Wifi@USM merupakan perkhidmatan wifi percuma yang boleh diakses oleh pelajar. Buat masa kini, USMSecure boleh
digunakan oleh sistem pengoperasian utama yang menyokong protokol keselamatan WPA2-Enterprise (AES). Kesemua
desasiswa, perpustakaan, kafetaria dan bangunan-bangunan pusat pengajian di kampus induk USM mendapat liputan
Wifi@USM. Di kampus kejuruteraan, liputan adalah di Desasiswa Utama dan tempat-tempat utama yang dikunjungi oleh
pelajar seperti kafetaria dan perpustakaan.
11
11.2 Campus Online
Campus Online adalah portal rasmi yang digunakan oleh warga USM sebagai medium perantaraan komunikasi. Capaian
laman adalah di http://campusonline.usm.my
Di portal ini, warga pelajar perlu mendaftar bagi mendapat akses kepada maklumat pengajian pelajar. Selain itu,
pendaftaran kursus dan slip peperiksaan juga dicetak melalui laman ini.
Bagi pelajar jarak jauh, tugasan boleh di hantar atas talian dengan login ke dalam portal. Untuk sebarang bantuan,
pelajar boleh menghubungi 04-6534400 atau email ke campusonline.usm.my
11.3 E-Learning
Potal e-Learning PPJJ adalah khusus untuk kegunaan pensyarah dan pelajar PPJJ. Ianya memberi kemudahan kepada
para pensyarah dan pelajar muat naik dan muat turun perancangan akademik, nota, tugasan, rakaman sidang video,
kuiz, forum dan lain-lain secara online. Ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran dari segi kandungan nota bagi
para pelajar.
Pelajar-pelajar yang berdaftar dapat mengakses Portal e-Learning PPJJ di http://el.usm.my/pppjj dengan menggunakan
ID dan Password Campus Online. Pensyarah akan menggunakan ID dan Password masing-masing yang diberi oleh
admin. e-Learning.
12. MAJLIS SAMBUTAN DAN IKRAR PELAJAR/AKUJANJI
12.1 Bagi pelajar lelaki anda dikehendaki memakai baju putih berlengan panjang dan bertali leher, seluar hitam/gelap (bukan
‘jeans’) dan kasut kulit (bukan kasut sukan) berwarna hitam. Sliper tidak dibenarkan.
12.2 Bagi Pelajar perempuan anda dikehendaki berpakaian formal berlengan panjang.
13.3 Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dibenarkan menyertai majlis tersebut sekiranya gagal mematuhi peraturan
pakaian yang telah ditetapkan di atas.
13. PERATURAN UNIVERSITI
Sebagai seorang pelajar USM, anda adalah tertakluk kepada semua peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Sains Malaysia.
14. HAL – HAL LAIN
14.1 Sepanjang anda mengikuti aktiviti-aktiviti orientasi di USM ataupun di Pusat Wilayah, anda diwajibkan memakai
tanda nama yang akan diberikan semasa anda mendaftar pada Minggu Orientasi.
14.2 Anda dinasihatkan supaya tidak membawa kenderaan sendiri untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas di dalam
kampus. Sekiranya anda terpaksa membawa kenderaan, anda diminta meletakkan kenderaan di persekitaran
Desasiswa sahaja memandangkan ruang meletak kenderaan yang sangat terhad di dalam kampus.
14.3 Anda layak untuk mendapatkan rawatan perubatan di Pusat Sejahtera, Kampus Induk bagi kes-kes ringan seperti
demam, selsema, batuk, sakit kepala, dan juga rawatan kecemasan semasa Program Intensif dan peperiksaan di USM
Kampus Induk.
14.4 Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, anda boleh berhubung terus kepada:
12
ALAMAT AKTIVITI
TELEFON ATAU FAKSIMILI
1.
UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
- Pertanyaan Am
- Penerimaan Tawaran
- Kad Pintar Siswa
- Pengecualian Unit
Telefon:
1 300 888 USM
04- 653 3141
Fax:
04 – 6533328
e-mail:
2.
UNIT PEMPROSESAN DATA & REKOD
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
- Pengesahan Siswa
Berdaftar USM.
- Serahan Borang
Maklumat Siswa(OMR)
Telefon:
04 – 6534194
04 – 6532336
Fax:
04 – 6574641
e-mail:
3.
BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN
PELAJAR
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
- Perkhidmatan Bank.
- Etika Pakaian.
- Peraturan Universiti.
- Perkhidmatan Bas
- Kenderaan.
Telefon:
04 – 6533888 samb. 3107/2469
Fax:
04 – 6573761/6577053
e-mail:
4.
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
11800 USM
Pulau Pinang
- Pertanyaan Am
- Minggu Orientasi
- Maklumat Data Jarak
Jarak Jauh
- Borang Pencapaian
Bahasa Inggeris
Telefon:
04 – 6533219
04 – 6533286
04 – 6533264
Fax:
04 – 6575657
e-mail:
13
5.
UNIT PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR
Jabatan Bendahari
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
Yuran Pengajian
Telefon:
04 – 6533770
04 – 6533888 samb. 3946/3773
Fax:
04 – 6573276
e-mail:
6.
PENGARAH
Pusat Sejahtera
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
Pemeriksaan Kesihatan.
Telefon:
04 – 6533888 samb. 3464/2412/3411
Fax:
04 – 6587316
e-mail:
DIR_/Pkes/[email protected]
7.
PENGURUS ASRAMA
Unit Perumahan dan Penginapan Universiti
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang
Penginapan Desasiswa.
Telefon:
04 – 6533888 samb.
4454/4455/4456/4458/
4459
Fax:
04- 6578962
14
1. LAMPIRAN A ➠ PERATURAN DAN SYARAT PENERIMAAN TAWARAN
3. LAMPIRAN B ➠ LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
5. LAMPIRAN C ➠ JADUAL PROGRAM ORIENTASI
Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
6. LAMPIRAN D ➠ SLIP KAD PINTAR SISWA
LAMPIRAN E ➠ BORANG MAKLUMAT PELAJAR
LAMPIRAN F ➠ BORANG PENCAPAIAN BAHASA
LAMPIRAN G ➠ PETA USM (KAMPUS INDUK)
LAMPIRAN H ➠ SAMPUL SURAT
LAMPIRAN I ➠ SENARAI SEMAK
15
Top Related