1
Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Konsep dan jenis-jenis tingkah laku bermasalah.
1. 2. Punca tingkah laku bermasalah.
3. Cara-cara mengenal pasti yang murid yang bermasalah tingkah laku.
2. 4. Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah
3. 5. Pengurusan tingkah laku bermasalah
UNIT 1 PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM
BILIK DARJAH
Hasil Pembelajaran Unit
Sinopsis
Dalam unit ini anda akan didedahkan tentang jenis-jenis dan punca
tingkah laku bermasalah, tindakan guru dalam menguruskan tingkah laku
bermasalah serta halangan-halangan dalam menguruskan tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang pengurusan
masalah tingkah laku perlu difahami oleh semua guru kerana
mendisiplinkan pelajar adalah tanggungjawab semua guru dan bukannya
terletak dibawah tanggungjawab guru besar/pengetua atau guru disiplin
sahaja. Kenyataan ini telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Iktihsas Bil
10/2001, menyatakan semua guru bertanggungjawab mendisplinkan
murid mengikut pertimbangan yang releven.
1.1 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah.
Definisi tingkah laku bermasalah
Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang
dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia
menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
2
pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru
itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran
optima.Jenis-jenis tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah
ditunjukkan dalam Rajah 6.1.
Rajah 1 : Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku distruktif,
tingkah laku disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif,
tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri dan
pengasingan diri .
1. Tingkah Laku Distruktif
Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang
berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan
kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkahlaku
destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan
kerusi, meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan
3
liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau
motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding
bangunan sekolah.
Permusuhan Nyata (Overt hostility)
Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud
tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai
sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata
ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan
mendapat penilaian yang negatif.
2. Tingkah Laku Disruptif
Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan
kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis
tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang
melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu
rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal
seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.
3. Tingkah Laku Bergantung
Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu
bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk
menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individu-
individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang
menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan
pengunduran diri.
4
Tingkah Laku Bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu,
cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002).
1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu
Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,
kanak-kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di
atas meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan
tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan
seperti ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa
menerima arahan daripada guru. Tingkah laku seperti ini boleh
menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal.
2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar
Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu
konsep dengan cepat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya,
murid-murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan
memberi penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan
pelbagai jenis gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah
yang tentunya akan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
3. Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti
intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan
mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini
adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas
5
dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan
hubungan manusia.
4. Tingkah Laku Murid Proaktif
Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh
semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.
Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam
makmal, mereka akan ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta
merta. Tingkah laku ini boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan
yang jelas, kemalangan boleh berlaku.
1.2 Punca Tingkah Laku Bermasalah.
Sebagai seorang guru, anda perlu memahami punca-punca masalah
tingkah laku murid supaya menjadi panduan dalam merangka program
pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Punca-punca tingkah laku
bermasalah adalah berdasarkan faktor-faktor persekitaran, tekanan
psikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai,
kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad, kesukaran membuat
tugasan, aktiviti dan tahap rangsangan, kesihatan dan perubatan serta
faktor jangkaan tingkah laku.
Faktor Persekitaran.
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti
bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan
ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan
teruk, autisme, dan lain-lain.
6
Faktor Tekanan Psikologi.
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku
yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku
tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu
diganggu atau dihalang.
Faktor Ketakutan Dan Fobia.
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia
termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau
ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut.
Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut
seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.
Faktor Peneguhan Yang Kurang Sesuai.
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.
Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku
tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai
contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk
serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh
itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan
perhatian daripada ibu bapanya.
Faktor Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Yang Terhad.
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku
bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang
7
berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi
dengan baik.
Faktor Kesukaran Membuat Tugasan.
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan
kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait
rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Faktor Aktiviti Dan Tahap Rangsangan.
Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya
masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat
memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid
tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Faktor Kesihatan Dan Perubatan.
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan
kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh
menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.
Faktor Jangkaan Tingkah Laku.
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-
kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan
bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan
terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang
sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan
bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi.
8
1.3 Cara-cara Mengenal Pasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku
Anda mesti cukup sensitif untuk mengenal pasti murid-murid yang
bermasalah tingkah laku supaya langkah pencegahan dan pembetulan
dapat diambil pada masa yang tepat. Namum apakah cara untuk
mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku? Melalui
pemerhatian langsung dan tidak langsung, anda mungkin dapat melihat
beberapa tanda-tanda kesukaran emosi atau tingkah laku yang tidak
diingini dalam diri murid anda. Ini termasuk perubahan ketara dalam
perasaan atau emosi serta tingkah laku yang tidak normal dalam kalangan
rakan sebaya. Anda juga boleh melihat bahawa murid-murid ini
menunjukkan tanda-tanda tertentu dari masalah emosi seperti penarikan
diri, kegelisahan atau mudah marah dan komunikasi personal.
Penarikan Diri
Mungkin terdapat ketidakhadiran yang tinggi, kurang penyertaan dalam
aktiviti pdp, keresahan yang berterusan, kerap mengantuk, tindak balas
yang tidak disengajakan, sukar memberi perhatian, tidak mengikut arahan
dan penampilan yang tidak kemas.
Kegelisahan Atau Mudah Marah
Sesetengah murid juga menunjukkan tingkah laku yang mengganggu
proses pdp dalam bilik darjah dengan percakapan yang tidak berfaedah,
kerap menentang guru, mengamuk, suka menyindir dan bergaduh dengan
rakan.
Komunikasi Personal
Anda juga boleh melihat tingkah laku bermasalah murid melalui hasil kerja
murid dan interaksi antara rakan-rakan mereka. Kadang-kadang, anda
boleh terus bercakap dengan mereka dan memahami kebimbangan
mereka dan masalah luaran atau konflik dalaman. Apabila anda
9
mendapati bahawa murid mungkin mempunyai masalah tingkah laku,
cuba perhatikan murid tersebut dalam pelbagai aktiviti yang berbeza dan
pada waktu yang juga berbeza. Tulis rekod anekdot mengenai masalah
atau tingkah laku apabila ia berlaku dan cuba dapatkan maklumat
tambahan tentang keadaan kesihatan dan keluarga murid.
1.4 Halangan Dalam Menguruskan Tingkah Laku Bermasalah.
Tahukah anda bahawa terdapat halangan-halangan semasa
melaksanakan tindakan dalam menangani masalah tingkahlaku. Halangan
tersebut ialah:
Personaliti Pelajar
Setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza misalnya pelajar yang
bersifat ekstravert jarang boleh duduk diam. Pelajar ini lebih gemar
berbincang dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain. kebisingan yang
ditimbulkan ini mungkin menganggu pengajaran dan pembelajaran.
Bagi pelajar yang bersifat agresif lazimnya mempunyai personaliti cepat
naik darah dan akan menggangu pengajaran guru. Pelajar ini adakalanya
akan merosakkan perabot kelas seperti kerusi dan meja. Ada juga pelajar
sengaja melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti mengacau
rakannya belajar, ketawa dengan kuat, berbual-bual semasa guru
mengajar demi untuk mendapatkan perhatian guru.
Terdapat juga pelajar yang tidak mementing kekemasan diri. Mereka
pergi ke sekolah dengan keadan yang tidak kemas seperti rambut yang
tidak disikat, kuku yang panjang dan sebagainya. Oleh itu personaliti
pelajar turut menjadi panghalang dalam melaksanakan pengurusan
tingkah laku bermasalah.
10
Masalah Perkembangan Murid
Guru perlu mengetahui perkembangan pelajar-pelajarnya seperti latar
belakang dan perkembangan akademik, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
kendiri. Bagi guru yang tidak menguasai dan mengikuti perkembangan
pelajarnya akan menghadapi masalah pengawalan tingkah laku dalam
bilik darjah. Misalnya pelajar yang mengalami masalah perkembangan
fizikal seperti berat badan berlebihan, terlalu rendah akan merasa rendah
diri dan dipinggirkan oleh rakan-rakan lain. Manakala pelajar yang
mengalami masalah kognitif seperti kurang cerdas, tidak dapat
menguasai kemahiran akdemik akan ketinggalan berbanding dengan
rakan-rakannya. Mereka akan cuba menutup kelemahan dengan
melanggar peraturan sekolah seperti meniru, bersolek dan pelbagai
pelanggaran peraturan. Kesemua masalah ini adalah penyumbang
kepada tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Justeru guru haruslah
mempunyai kemahiran untuk mengesan masalah itu pada peringkat awal
sebelum menjadi lebih berat.
Salah Laku Yang Tidak Dijangka
Adakalanya guru telah membuat persiapan yang rapi sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya membuat perancangan
tentang objektif, memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
perkembangan kognitif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kaedah
penilaian dan sebagainya. Walau baimanapun terdapat juga pelajar yang
mempunyai masalah emosi dan disiplin diluar jangkaan. Guru hendaklah
bersabar dan jangan mengambil tindakan yang terburu-buru. Guru
haruslah bijak mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan.
11
Komunikasi Antara Pelajar Dengan Guru
Komunikasi antara pelajar dengan guru terjejas disebabkan suasana
kelas yang bising menyebabkan mereka sukar memahami pelajaran yang
disampaikan. Terdapat juga pelajar yang secara semulajadi kurang
berminat terhadap sesuatu subjek. Situasi ini telah menyebabkan pelajar
tersebut tidak berminat mendengar pengajaran guru. Pembelajaran dan
pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah interaksi dalam bilik darjah. Selain itu guru tidak
mempunyai berkebolehan memadankan bahan – bahan pelajaran yang
sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Guru juga terlalu mengikut sukatan
pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Aras bahan
pembelajaran terlalu sukar turut menyebabkan, pelajar tidak dapat
menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran
dan pengajaran.
Hubungan Ibu Bapa
Terdapat segelintir ibu bapa menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak-
anak kepada pihak sekolah. Mereka beranggapan tugas guru bukan
sahaja memberi pengetahuan tetapi mendisiplinkan anak mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta Majlis Keibu Bapaan amat mengecewakan. Ibu bapa pada masa
kini hanya mementingkan kerjaya dan sukar meluangkan masa untuk
menyertai program-program sekolah. Kurangnya sambutan ibu bapa
menyebabkan guru tidak dapat berbincang dengan ibu bapa dalam
menyelesaikan masalah anak-anak mereka.
Pengaruh Rakan Sebaya
Ahli-ahli dalam kumpulan kecil ini saling bergantung dan mudah
terpengaruh di antara satu sama lain serta mempunyai kod kelakuan
12
yang hampir sama. Seandainya rakan sebaya yang digauli itu
mempunyai pengaruh negatif, maka pelajar tersebut akan terikut-ikut
dengan perlakuan negatif tersebut. Murid-murid yang telah diterima
sebagai ahli kumpulan akan berusaha memastikan mereka akan terus
kekal berada dalam kumpulan tersebut.
Faktor Bilik Darjah Dan Guru
Kegagalan guru menggunakan kaedah pengajaran yang menarik serta
dapat mengekalkan minat murid akan menyebabkan mereka berasa
bosan serta hilang tumpuan. Fenomena ini akan diakhiri dengan
pelanggaran disiplin seperti menganggu rakan yang sedang belajar,
ponteng kelas, membuat bising dan sebagainya.
Kelas yang tidak kondusif lazimnya mempunyai ciri-ciri seperti susun
atur kerusi dan meja yang tidak mengambil kira sahsiah serta keperluan
murid. Di samping itu keadaan fizikal kelas yang tidak terurus turut
menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan terhadap pelajar-
pelajarnya. Mereka akan kehilangan tumpuan terhadap pengajaran guru
dan mula melakukan tindakan pelanggaran disiplin bagi mengurangkan
kegelisahan mereka.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang
mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak dapat
mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai
lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada
pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa
yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar
di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat
mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
mengganggu pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising,
mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
13
Suasana sosioemosi yang kurang sihat
Corak kepimpinan guru turut mempengaruhi emosi pelajar. Misalnya
seorang guru yang autokratik dan dominan akan menyebabkan pelajar-
pelajarnya sentiasa berada dalam keadaan emosi tertekan seperti
bimbang serta takut terhadap gurunya. Keadaan yang tertekan akan
menjejaskan keupayaan pelajar untuk memahami pelajaran yang
disampaikan oleh gurunya. Suasana ini akan menimbulkan corak
persahabatan dalam kalangan pelajar yang tidak sihat. Maka wujudlah
beberapa kelompok pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti pengasingan,
pelajar yang tersingkir, kelompok tertutup dan sebagainya. Kelompok-
kelompok pelajar ini biasanya akan bergaul dengan mengikut kelompok
masing-masing dan tidak memperdulikan kelompok lain. Situasi ini
menyebabkan timbul konflik antara pelajar yang akan menghalang
tindakan pengurusan tingkah laku berkesan.
Kesihatan Pelajar
Kesihatan pelajar yang tidak sihat akan menyebabkan mereka tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Keadan ini mungkin disebabkan tidak mendapat tidur dan
rehat yang cukup. Seterusnya emosi pelajar akan terganggu dan mereka
akan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram di kelas. Adakala
gangguan emosi turut disebabkan oleh masalah keluarga yang tidak
harmonis. Kurangnya perhatian ibu bapa menyebabkan pelajar ini
mengalami kesukaran untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang
baik.
1.4 Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah
Secara umumnya anda perlu ketahui pengurusan masalah disiplin bilik
darjah adalah suatu prosuder tindakan guru mengawal dan mengurus
masalah tingkahlaku pelajar sama ada semasa atau di luar proses
14
pengajaran dan pembelajaran. Tindakan guru ini merangkumi aktiviti rutin
harian seperti mengambil kedatangan pelajar, memastikan pelajar
menjalankan tugas kebersihan dan kecerian hinggalah kepada
pengurusan tingkah laku yang bermasalah seperti yang dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 iaitu datang lewat ke kelas, biadap
terhadap guru, bergaduh, berpakaian tidak kemas dan sebagainya.
Tingkah laku bermasalah ini perlu ditangani kerana akan mengganggu,
menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tahukah anda langkah-langkah yang telah dicadangkan
oleh Myint Swee Khine (2005) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel (2014) dalam menangani masalah bilik darjah? Langkah-langkah
tersebut adalah seperti ditunjukkan di dalam rajah 1.1.
Rajah 1.1 : Langkah-langkah Menangani Disiplin Bilik Darjah
Sumber: Myint Swee Khine (2005) dalam Haliza Hamzah et al (2014).
Pelajar yang
bermasalah
Ditangani
oleh guru
GURU
KAUNSELING
Kes ditutup – ditutup
dan disimpan oleh guru
Jawatankuasa
Displin
GURU
BESAR/PENOLONG
KANAN
Kes
ditutup/Selesai
Tindakan lanjutan oleh
badan luar(Polis dan
sebagainya)
BERJAYA
YA TIDAK
BERJAYA
TIDAK YA
BERJAYA
TIDAK
15
Berdasarkan rajah 1.1 anda dapati pelajar yang menunjukkan tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah akan cuba diselesaikan oleh guru kelas
menggunakan peruntukan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah. Anda juga boleh bersemuka dengan pelajar untuk mengenal
pasti punca masalah dan merangka jalan penyelesaiannya. Seandainya
guru berjaya mengawal tingkah laku pelajar yang bermasalah kes akan
ditutup dan guru perlu merekodkan laporan pengurusan yang dibuat.
Tetapi seandainya guru gagal mengawal tingkah laku tersebut, kes
tersebut akan dirujuk kepada guru Kaunseling dan guru kelas perlu
memantau perkembangan pelajar tersebut.
Seandainya kes pelajar dapat diselesaikan oleh guru kaunseling maka
kes akan ditutup dan laporan tindakan akan direkodkan oleh guru
kaunseling dan guru kelas. Namun sekiranya masih gagal menyelesaikan
maka kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin. Guru disiplin akan
melaksanakan tindakan-tindakan yang relevan untuk menyelesaikan kes
tersebut. Manakala kes yang lebih berat akan dirujuk kepada Guru Besar.
Seterusnya guru besar akan membuat keputusan sama ada kes tersebut
perlu dirujuk kepada pihak luar seperti polis, hospital dan sebagainya
(Myint Swee Khine, 2005 dalam Haliza Hamzah et al.,2014).
Seterusnya setelah anda mengetahui langkah-langkah menangani
masalah tingkah laku dalam bilik darjah, anda juga perlu mempunyai
pengetahuan tentang peranan yang boleh diambil untuk memantapkan
pengurusan masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Tahukan anda
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling
Iktihsas Bil 10/2001 telah mencadangkan beberapa tindakan yang boleh
anda apalikasikan untuk mengatasi masalah ini iaitu pencegahan,
penghapusan, didikan, pembetulan, hukuman dan sebagainya.
16
Pencegahan
Apakah yang anda faham tentang pencegahan. Lazimnya ketegangan
boleh berlaku antara pelajar dan guru jika terdapat tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun dengan mengambil
tindakan menghindari ketegangan ini daripada berlaku akan dapat
meningkatkan kualiti persekitaran psikosoaial dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Beberapa tindakan yang boleh anda ambil berdasarkan
cadangan berikut:
mewujudkan iklim positif dalam bilik darjah bagi merangsang dan
menggalakan tingkah laku yang baik.
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar
seperti empati, bersikap peramah, sentiasa memberi penghargaan
kepada pelajar dan mengambil berat.
kekalkan persekitaran psikososial dan persekitaran fizikal yang
terurus dan kondusif.
pastikan pelajar mematuhi peraturan rutin bilik darjah yang telah
disepakati antara guru misalnya memberi salam atau ucapan salam
sejahtera bila memasuki bilik darjah.
bina peraturan dalam bilik darjah serta jelaskan kepada pelajar
perlakuan yang diterima dan perlauan yang tidak di terima.
Sentiasa Ingatkan pelajar tentang akibat salah laku.
bina hubungan yang baik serta sihat sesama rakan sebaya melalui
aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah.
bina persekitaran pembelajaran yang dapat memberi sokongan dan
pertimbangan terhadap kewujudan perbezaan individu pelajar
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
17
Pembetulan
Tindakan seterusnya yang boleh anda aplikasikan ialah pembetulan.
Pembetulan bertujuan untuk menangani masalah tingkah laku pelajar
secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan tersebut dengan
cara yang baik tanpa menjatuhkan maruah pelajar. Tindakan ini juga
dapat menambahbaik keadaan persekitaran psikososial bilik darjah.
Terdapat beberapa tindakan pembetulan yang dicadangkan seperti:
Laksanakan hukuman yang telah diketahui oleh pelajar sekiranya
pelanggaran berlaku dan pastikan hukuman tersebut relevan
dengan kesalahan tersebut.
Memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini dengan cara
menukarkan tempat duduk .
Bimbing pelajar yang bertingkah laku negatif kepada tingkah laku
yang diingini. Pelajar yang kerap didedahkan dengan tingkah laku
baik akan mendorongnya untuk berkelakuan baik.
Sentiasa ingatkan pelajar sekiranya mereka mula menunjukkan
tingkah laku bermasalah. Mereka perlu diterangkan tentang hak-
hak di dalam bilik darjah
Didikan
Apakah peranan anda sebagai guru?. Selain mengajar guru juga
mendidik, menbentuk sikap, nilai dan akhlak melalui perlaksanaan
disiplin. Sebagai guru mata pelajaran haruslah merancang pengajaran
dan pembelajaran dengan sistematik serta tersusun, menggunakan
kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik minat belajar.
Penggunaan bahan bantuan mengajar juga dapat merangsang minat
murid terhadap pembelajaran. Guru haruslah memantau aktiviti/kerja
pelajar secara menyeluruh bagi mengesan kelemahan dan kesilapan.
Maklumkan kepada pelajar tentang pencapaian mereka serta
18
mewujudkan komunikasi berkesan supaya mesej yang disampaikan oleh
guru difahami oleh murid. Antara contoh-contoh didikan yang
dicadangkan ialah:
guru hendaklah menunjukkan contoh pengamalan disiplin yang
baik seperti bertutur dengan bahasa yang sopan, bertatatertib,
menepati masa, berdedikasi, rajin, berpakaian kemas dan
sebagainya.
guru hendaklah sentiasa menyedarkan pelajar tentang kesalahan
yang telah dilakukan. Namun sekiranya usaha untuk mengubah
kelakuannya tidak berjaya, bantuan guru kaunseling diperlukan.
berikan tanggungajwab yang mempunyai unsur-unsur kepimpinan
kepada pelajar yang kerap menunjukkan tingkah laku bermasalah
seperti menjadi ketua kumpulan atau ketua kelas, menjaga
kebersihan kelas, menolong guru mengangkat buku latihan dan
sebagainya.
Tindakan ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa dirinya
dihargai dan mendidik sifat bertanggungjawab dalam dirinya
guru hendaklah meluangkan masa mendengar masalah pelajar
serta sentiasa memberi dorongan dan motivasi agar pesepsi diri
mereka meningkat
pelajar yang kerap bertingkah laku tidak diingini hendaklah diberi
pendedahan mengikuti program-program peningkatan diri,
Hukuman
Apakah tujuan hukuman dikenakan keatas tingkah laku yang tidak
diiingini? Hukuman digunakan untuk menghentikan tingkah laku negatif
dengan mengaitkan dengan ransangan yang menyakitkan. Semua
hukuman perlu dimaklumkan kepada pelajar dan pihak sekolah perlu
memastikan bahawa sesuatu hukuman dilaksanakan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa hukuman yang boleh
dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti :
19
Pembuangan adalah hukuman yang boleh dikenakan terhadap
pelajar yang melakukan kesalahan berat mengamcam
keselamatan nyawa, membinasakan herta sekolah dan
sebagainya.
Penggantungan adalah satu arahan di mana seorang pelajar
dilarang daripada memasuki kawasan sekolah atau menikmati
kemudahan di sekolah.
Hukuman dera/rotan berkesan diaplikasikan sebaik sahaja
sesuatu tingkah laku dijalankan.
Denda ialah hukuman yang dijalankan berdasarkan pembayaran
wang.
Amaran dikenakan apabila salah laku murid adalah kesalahan
ringan. Amaran boleh dikenakan sama ada secara lisan atau bukan
llisan.
Penyelidikan : penerokaan pelbagai media
Setelah mengetahui dan memahami jenis-jenis dan punca tingkah laku
bermasalah serta tindakan guru juga halangan-halangan yang berlaku,
anda dicadangkan membaca artikel berwasit tentang pengurusan bilik
darjah yang berkesan. Berdasarkan pembacaan tersebut huraikan
bagaimana guru dapat menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah.
Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh, aplikasi
teori dan isu semasa pendidikan yang berkait dengan
tingkah laku bermasalah.
20
Pengalaman
AKTIVITI 1 :
AKTIVITI 2 :
Refleksi :
Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai
sumber, pilih satu tingkah laku bermasalah berdasarkan pengalaman
anda di sekolah. Huraikan dan kaitkan masalah tersebut dengan
pembelajaran abad 21.
Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan
kefahaman anda terhadap tingkah laku bermasalah
Bincangkan contoh masalah disiplin yang boleh dan tak
boleh diselesaikan oleh guru di dalam bilik darjah
21
Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Konsep asas bimbingan dan kaunseling
2. Matlamat dan prinsip bimbingan dan kaunseling
3. Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling
4. Bimbingan individu dan bimbingan kelompok
5. Jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling
6. Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing
UNIT 2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING(12 Jam)
Hasil Pembelajaran Unit
Sinopsis
Dalam unit ini anda akan didedahkan tentang konsep asas bimbingan dan
kaunseling, matlamat serta prinsip bimbingan dan kaunseling. Di samping
itu pelajar juga akan didedahkan tentang kemahiran asas bimbingan dan
kaunseling. Seterusnya modul ini juga akan menghuraikan bimbingan
individu dan bimbingan kelompok serta jenis-jenis terapi dalam bimbingan
dan kaunseling. Di akhir modul pelajar turut mendapat pengetahuan
tentang peranan guru biasa sebagai guru pembimbing.
2.1 Konsep asas bimbingan dan kaunseling
Shertzer & Stone (1992) menyatakan bahawa bimbingan merupakan
suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. Ini bererti individu akan diberi bimbingan untuk mengenali diri
individu dalam pelbagai aspek. Individu yang memahami kekuatan dan
kelemahan diri akan menjadikan individu lebih menerima dirinya sendiri.
Ini akan menghindarkan individu tersebut mengalami konflik diri. Ia juga
akan membantu individu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan
22
lebih harmoni. Selain itu, bimbingan juga melibatkan proses yang
melibatkan tindakan-tindakan atau langkah-langkah untuk mencapai
matlamat klien. Kaunselor akan memainkan peranan seperti yang
sepatutnya dimulai dengan langkah pembentukan atau penjelasan
matlamat klien. Klien juga dibantu untuk mencari jalan bagaimana
menentukan tindakan yang sepatutnya diambilnya pada masa sekarang
dan masa hadapan.
Manakala, kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional
bertujuan membantu individu untuk memahami diri dan dunia
persekitarannya. Kaunselor adalah individu yang akan mengendalikan
proses kaunseling. Kaunselor ini adalah profesional dan mempunyai
kelayakan dalam bidang kaunseling. Individu yang bakal dibantu dikenali
sebagai klien. Proses kaunseling akan menggunakan kaedah perbualan
secara bersemuka di antara kaunselor dengan klien.
Perbualan ini mempunyai struktur dan juga bermatlamat. Kaunselor akan
menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling akan di dalam
perbualan berstruktur ini. Sesi perbualan ini pada kebiasaannya berlaku
lebih daripada sekali atau bersiri. Kekerapan ini bergantung dengan isu
atau masalah yang dikongsi oleh klien bersama dengan kaunselor.
Tahap-tahap tertentu akan dilalui di dalam perbualan ini di dalam proses
kaunseling. Masalah klien dijangka dapat diselesaikan melalui temubual
bersiri ini.
2.2 Matlamat dan prinsip bimbingan dan kaunseling
Matlamat bimbingan dan kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan mempunyai
matlamat yang pelbagai bergantung kepada bidang atau disiplin
kaunseling. Perkhidmatan ini bergantung juga kepada kategori
perkhidmatan seperti perkhidmatan pencegahan atau menangani krisis.
23
Namun secara umumnya matlamat Bimbingan dan Kaunseling dapat
diringkaskan kepada lima matlamat iaitu:
a) Menjana tingkah laku positif ; Kaunselor dijangka dapat mengenalpasti
tingkahlaku klien yang negatif. Sekiranya ini berlaku, kaunselor dapat
mencari alternatif penyelesaian agar tingkahlaku negatif klien dapat
ditukar kepada tingkahlaku yang positif. Kaunselor akan berbincang dan
sama-sama mencari alternatif yang sesuai dan dipersetujui oleh klien
untuk melakukan perubahan tersebut. Klien akan bertanggungjawab
terhadap pilihan tersebut walaupun dipersetujui bersama-sama.
b) Menjana hubungan yang positif ;Melalui proses kaunseling, klien
diharap menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk
membina hubungan yang positif dengan persekitaran. Halangan
komunikasi biasanya mendatangkan masalah yang besar kepada klien
apabila berinteraksi dengan orang lain. Justeru itu, halangan-halangan ini
akan diminimakan agar klien dapat membina hubungan yang lebih baik
dan berkesan.
c) Menjana kendiri efektif ; Konsep kendiri yang tinggi akan membuatkan
individu lebih berfungsi dengan positif di dalam masyarakat. Interaksi
dengan ahli masyarakat dengan boleh menjadikan individu ahli
masyarakat yang positif. Penyelesaian masalah peribadi dan
menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran adalah matlamat dalam
perkhidmatan kaunseling kepada kliennya.
d) Membuat keputusan rasional ; Individu terdedah untuk membuat
keputusan pada setiap masa. Setiap keputusan akan mendedahkan
dengan risiko. Justeru itu, proses bimbingan dan kaunseling dijangka
akan dapat membantu seseorang itu dalam membuat keputusan yang
rasional dan bermakna. Keputusan tersebut dijangka akan memberi
manfaat dan kelebihan yang lebih baik kepada individu tersebut.
e) Pencapaian potensi diri ; Melalui proses kaunseling, klien dijangkakan
akan mendapat menyedari kekuatan, kebolehan, bakat dan minat diri
24
yang boleh diperkembangkan untuk membina potensi diri ke tahap
optima. Kesedaran ini dijangkakan akan diperolehi oleh klien hasil
daripada temubual dan perkongsian maklumat oleh klien bersama
kaunselor.
Prinsip-Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling
a) Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status
sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.
b) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama,
iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar
yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan
pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.
c) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut
prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi
berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
d) Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan
perhubungan mesra dan kepercayaan.
e) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada
pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk
memilih tempat perbincangan.
f) Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya
di dalam bilik yang disediakan khas.
g) Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit
dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya
sahaja.
h) Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi
bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang
dibincangkan haruslah dirahsiakan.
25
i) Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi,
sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
j) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh
kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang
yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan
masalah akademik ataupun masalah peribadi.
2.3 Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling
Kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling biasa digunakan
oleh seseorang kaunselor untuk melancarkan proses sesi kaunseling.
Anda sebagai seorang guru juga boleh menggunakan kemahiran-
kemahiran tersebut dalam intervensi untuk membantu menangani tingkah
laku bermasalah. Berikut adalah kemahiran-kemahiran asas bimbingan
dan kaunseling :
Kemahiran Membina Hubungan
Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang
kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Anda mesti
berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan
dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang
baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan iaitu kemesraan
perhubungan dalam pertemuan, murid berkongsi masalah tanpa rasa ragu
dan murid melahirkan kepercayaan disebabkan penerimaan tanpa syarat
oleh guru.
26
Ruang Untuk Berkomunikasi
Anda perlu memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini
seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya , latar
belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Ketika berkomunikasi, anda
haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh
menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai
seorang guru. Sebagai seorang guru, anda hendaklah menggunakan
perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh murid. lni adalah kerana
bukan semua murid adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai
pengetahuan yang sama. Di samping itu, anda hendaklah mengelakkan
penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana
mengelakkan murid daripada keliru dan tidak faham apa yang telah anda
dikatakan. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak
mata seperti mengangguk kepala dan duduk mencodong ke hadapan
sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas.
Kemahiran Menyoal
Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses intervensi adalah
kemahiran menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan guru untuk
mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman
klien terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian
soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang
diperoleh boleh membantu proses intervensi. Kemahiran menyoal ini
dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan
soalan tertutup.
27
Contoh soalan terbuka :
“Cuba anda terangkan apakah peristiwa yang telah berlaku.”
Contoh soalan tertutup :
“Siapakah yang melakukannya?”
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai
dengan baik oleh seseorang guru. Secara amnya mendengar adalah satu
proses yang dinamik dimana anda mencuba sedaya upaya memberi
sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk
memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara
berkesan.
Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan
kepada dua bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan
lisan dan bukan lisan. Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan
usaha anda untuk memahami mesej yang disampaikan secara pertuturan,
sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan lebih mudah
difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.
Tumpuan bukan lisan pula memerlukan anda mendapatkan mesej secara
tidak langsung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia
dipersembahkan melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara
memberi tumpuan kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik
muka (contoh: senyum) ataupun pergerakan anggota badan (contoh :
mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu anda
untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan
secara lisan.
28
Parafrasa atau Menyatakan Semula
Dalam keadaan-keadaan tertentu, guru perlu membuat penegasan
tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini guru
bolehlah membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara
ringkas supaya mudah difahami.
Contoh :
Murid : “Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakan-rakan
saya.”
Guru : “Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda.” “Ya,
saya memang serius.”
Kemahiran Berempati
Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang
itu (rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan
untuk berkomunikasi dengannya” (Kurpius, 1986). Sebagai guru,
kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa anda
betul-betul berada di sisi murid. Maksudnya murid tersebut boleh
merasakan bahawa dia betul-betul sedang dibantu dari segi jasmani,
emosi, perasaan serta mental ketika itu.
Kemahiran Refleksi
Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana anda boleh membaca mesej
atau maklumat yang hendak disampaikan oleh murid. Pada waktu yang
sama anda cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada murid itu.
Dengan cara ini, kita boleh membuktikan kepada klien bahawa kaunselor
sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien sebagaimana apa
29
yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu. Kemahiran refleksi boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi perasaan, refleksi
pengalaman dan refleksi isi.
Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum
Dorongan minima sangat diperlukan sebagai tanda sokongan dan
dorongan kepada murid untuk meneruskan perbincangan. Dorongan
minima merupakan respon dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun
pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus bercakap dan
memberikan penjelasan. Antara contoh dorongan minima dalam bentuk
perkataan adalah seperti bagus, teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi,
oh, dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan
di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah
untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di
samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan faham apa yang
sedang diperkatakan oleh klien.
Kemahiran Mengendali Kesenyapan
Anda perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi
intervensi. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan murid
terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika.
Kesenyapan ini memberikan peluang kepada guru dan murid untuk
memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia
juga memberikan peluang kepada murid untuk berfikir kembali dengan
tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang
barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
30
Kemahiran Konfrontasi
Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik
antara guru dengan murid. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan,
guru menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur
ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh murid.
Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh guru kepada murid
dalam keadaan –keadaan berikutnya :
a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang
dirinya dengan apa yang dilakukannya.
b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu
masa apa yang dikatakan pada masa yang lain.
c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.
d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang
dikatakan oleh klien mengenai dirinya .
Contoh l
"Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung
tiada persediaan untuk berjaya".
Contoh 2
"Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan guru itu, tapi dalam masa
yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan guru itu untuk
mengetahui isu yang sebenar".
Kemahiran Merumus
Merumus boleh difahami sebagai penyataan atau pengikatan semula
bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh murid dalam
sesi intervensi tersebut. Kemahiran merumus bertujuan untuk
31
menyedarkan murid serta mengimbas kembali apa yang telah
dibincangkan semasa sesi intervensi itu. Sesuatu rumusan boleh
dilakukan di permulaan, di tengah atau di akhir sesi intervensi. Rumusan
yang dibuat pada hujung sesi biasanya merupakan rumusan keseluruhan
bagi sesuatu sesi intervensi.
2.4 Bimbingan Individu Dan Bimbingan Kelompok
Bidang pendidikan memerlukan peranan guru untuk membimbing semua
murid di bawah jagaannya secara efektif. Bimbingan penting dalam
pendidikan kerana dapat membantu murid-murid yang menghadapi
masalah ketika proses pembelajaran. Aspek bimbingan memerlukan guru
mengenalpasti murid-murid yang bermasalah seperti lemah akademik
dengan cara mencadangkan murid-murid ini mengikuti kelas pemulihan
bagi meningkatkan tahap pencapaian kendiri dalam melaksanakan
tugasan pembelajaran. Selain itu melalui perkhidmatan bimbingan ia juga
membantu murid yang cemerlang, pandai, berbakat, lembap serta cacat.
Proses bimbingan pendidikan meliputi tujuh aktiviti asas yang
dilaksanakan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai,
membolehkan, mengesyorkan dan memberi maklum balas.
Kebiasaannya, murid-murid yang menjalani proses bimbingan mempunyai
masalah seperti berkaitan dengan kandungan kurikulum matapelajaran
yang dipelajari tidak berseuaian dengan tahap perkembangan kognitif
murid tersebut, masalah teknik-teknik pengajaran guru yang tidak
Huraikan apakah matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling?
32
difahami dan tidak berkesan, motivasi, konsep kendiri dan perhubungan
social yang rendah menyukarkan murid tersebut membina hubungan di
antara guru atau rakan sebaya, masalah kemiskinan yang dihadapi murid
berkenaan, krisis yang berkaitan dengan perkembangan mental seperti
mudah lupa atau susah untuk mengingati konsep atau formula yang diajar
guru di dalam kelas.
Justeru, para guru perlu bersedia menghadapi semua krisis yang
berkaitan dengan akademik. Krisis ini memberi pengaruh yang kuat
terhadap pembelajaran murid di dalam kelas. Oleh itu, perkhidmatan
bimbingan perlu kepada semua peringkat umur murid-murid termasuk
juga perkembangan kerjaya mereka. Masalah-masalah lain yang turut
dihadapi oleh murid-murid di sekolah dan perlu diberi perhatian ialah
berkaitan dengan kejutan budaya, krisis keluarga, konflik persahabatan
dan masalah dalam pembelajaran. Murid-murid yang menghadapi krisis
kendiri dan kerjaya perlu diberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Terdapat dua jenis bimbingan dan kaunseling
yang dilakukan iaitu bimbingan individu yang memberi fokus terhadap
satu masalah spesifik atau bimbingan kelompok yang lebih menumpukan
kepada isu-isu generik perkembangan sosial.
2.4.1 Bimbingan Individu
Berdasarkan takrifan Shertzer dan Stone (1981), berpendapat
bahawakaunseling individu merupakan satu proses interaksi yang
menyediakan hubungan bermakna mengenai diri dan persekitaran yang
akan menghasilkan matlamat dan nilai untuk perubahan tingkah laku pada
masa hadapan.Manakala menurut Blackma (1977) menakrifkan maksud
kaunseling individu sebagai hubungan tolong-menolong yang unik apabila
klien berpeluang belajar, menghayati, berfikir dan berubah mengikut apa
yang difikirkan yang memberi faedah atau manfaat kepada dirinya.
Mengikut pendapat Holland dalam Gibson Mitchell (1981), seseorang
individu akan mendapat kepuasan yang lebih apabila persekitaran kerja
33
menepati minat mereka dan kerja yang bersesuaian dengan minat
mereka. Oleh itu, penting bagi seseorang murid itu didedahkan dengan
kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik mereka.
Pada masa sama juga sebagai ingatan kepada klien kepentingan
merancang kerjaya. Dari segi kaunseling peribadi pula, seseorang individu
itu perlu bersikap aktif dalam kehidupan seharian bagi menyara
kehidupannya sama ada dari aspek fizikal, mental dan psikologikal. Selain
itu ia merupakan penerokaan pertumbuhan dan perkembangan diri klien,
klien dibantu untuk memahami pelbagai masalah dan keperluan yang
berkaitan.
Bimbingan individu melibatkan interaksi di antara dua individu iaitu
kaunselor dan klien. Kaunselor bersama-sama klien cuba menyelesaikan
konflik kendiri yang dihadapi, masalah perhubungan dengan orang lain,
masalah psikologikal dan masalah akademik. Hubungan terapeutik perlu
dibina dalam sesi bimbingan individu untuk memberi galakan kepada
seseorang individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Pada masa
sama, kaunselor perlu mengambil kira perkembangan keperluan khas
murid seperti kematangan, bermasalah, kemurungan, kemiskinan dan
sebagainya.
Masalah yang perlu diberi perhatian ketika mengendalikan sesi bimbingan
individu ialah masalah penyesuaiann diri dari satu tahap ke tahap yang
lain, masalah perhubungan dengan keluarga, kematian, kebimbangan,
kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual,
pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej dan masalah
konsep kendiri. Konsep bimbingan individu menjadikan seseorang guru
seharusnya berperanan menolong murid-murid menguasai diri sendiri dan
bukan sekadar memberi nasihat. Bagi masalah murid yang mempunyai
konsep kendiri yang rendah atau sangat pemalu, guru harus memberi
perhatian dan bimbingan. Cara menangani murid yang mempunyai
masalah ini ialah dengan menggalakkan murid memberi penerangan
mengenai sesuatu situasi semasa dan perasaan yang mereka rasai.
Murid mesti mengalami dan meluahkan semua emosi yang dirasai secara
34
eksplisit serta murid harus menyauarakan secara eksplisit tentang
keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.
2.4.2 Bimbingan Kelompok
Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak kehidupan sesuatu
kelompok. Pada asasnya kelompok membawa makna ahli-ahli yang
berada dalam kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpunkan
dalam satu kumpulan. Bagi Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah
merujuk kepada orientasi masalah dan proses memulihkan seseorang
mengikut kehendak ramai atau keputusan secara umum. Kaunseling ini
amat bersesuaian dengan individu yang mengalami kesukaran, tidak puas
hati atau bermasalah dalam tingkahlakunya. Manakala menurut Gibson
dan Mitchell (1981), kaunseling kelompok membawa maksud satu proses
dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan perkara-perkara
seharian yang berkaitan perkembangan dan bagaimana memperbaiki
perkembangan itu. Pembaikan ini meliputi aspek tingkahlaku, hubungan
peribadi, mengambil perhatian berkaitan hal-hal jantina, nilai-nilai, sikap
serta cara memilih kerjaya dan kemahiran yang dibina.
Matlamat utama bimbingan kelompok adalah murid dibantu untuk
peningkatan akademik dan interaksi diwujudkan di kalangan individu
secara positif dan berkesan. Pengurangan krisis dalam diri dan masalah-
masalah disiplin yang timbul melalui program pencegahan peringkat awal
yang diwujudkan. Suasana yang ceria dan seronok diwujudkan, budaya
ilmu dijadikan sebahagian amalan harian murid-murid, memberi
kesedaran bahawa setiap murid adalah insan yang bersifat sosial. Mereka
perlu berganding bahu antara satu sama lain untuk membangunkan
sesebuah Negara.
Bimbingan kelompok juga lebih mementingkan suara majoriti, namun
demikian ada juga individu yang berani menyuarakan ideanya dan
dipersetujui semua orang dalam kumpulan. Individu-individu dalam
kumpulan kelompok ini lebih mempercayai rakan-rakannya daripada
35
kaunselor (Cartwright dan Zander, 1953). Hal ini kerana adanya jalinan
perhubungan yang baik di antara mereka. Pelaksanaan bimbingan
kelompok di peringkat sekolah rendah memerlukan kematangan fikiran
dalam menjana idea. Peringkat umur yang sesuai adalah dalam
lingkungan antara 10 hingga 12 tahun atau murid yang berada di tahap
dua. Pemilihan umur dalam lingkungan demikian adalah kerana kanak-
kanak di peringkat umur ini dikira sudah matang. Malah dari segi aspek
perkembangan emosi, murid-murid ini dianggap boleh memahami
perasaan orang lain berdasarkan apa yang telah dilalui atau komunikasi di
antara rakan serta masyarakat sekeliling. Hasil pemahaman ini, murid-
murid ini akan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang
lain.
Seseorang kaunselor perlu menguasai kemahiran profesional dengan
lengkap untuk menangani sesi bimbingan kelompok. Bimbingan kelompok
adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan bersifat dinamik.
Kumpulan bimbingan ini terdiri dari lima hingga lapan orang di bawah
bimbingan guru kaunselor. Dalam bimbingan kelompok ini murid
berkongsi masalah yang sama, berinteraksi dengan orang lain secara
konsisten dan mengenali satu sama lain. Interaksi ini meliputi
perbincangan masalah yang dihadapi dan berkongsi pengalaman. Melalui
interaksi, perbincangan dan kemudahan atau bantuan dari kaunselor
masalah dihadapi dapat diselesaikan oleh murid berkenaan. Bimbingan
kelompok ini sangat berguna untuk pembelajaran kendiri dan memberi
pendedahan kepada murid berkongsi cara-cara yang berlainan dan
tindakan yang diambil oleh rakan-rakan dalam kumpulan.
Kebaikan yang didapati dalam bimbingan kelompok terhadap murid ialah
memberi kekuatan dan bersifat lebih terbuka serta lebih kuat dan
berkeyakinan, menolong memahami diri sendiri sebagai individu dan
memperkembangkan tahap kesedaran emosi. Selain itu, kebaikan
bimbingan kelompok ini juga dapat mengatasi manfaat yang diperolehi
semasa sesi kaunseling individu seperti murid-murid dapat mendengar
dan belajar daripada pengalaman dan idea rakan-rakan sebaya. Secara
36
tidak langsung akan mewujudkan komitmen dan semangat kekitaan
terhadap kumpulan hasil perkongsian pengalaman, masalah dan idea-
idea yang hamper sama. Seterusnya, memberi manfaat kepada murid
membantu diri dan rakan sebaya dengan pembinaan hubungan dalam
kumpulan. Membentuk kefahaman mengenai individu-individu lain dalam
kumpulan dan memahami serta membantu diri sendiri. Hal ini dilakukan
melalui proses memberi dan menerima maklum balas juga merupakan
faedah yang diperolehi hasil dari sesi bimbingan kelompok.
Bimbingan kelompok ini mendapat perhatian kerana di kalangan para
guru pembimbing dan kaunselor kerana pelaksanaannya yang amat
berkesan dalam memberi kesedaran kendiri, mewujudkan rasa lebih
bertanggungjawab bagi seseorang individu. Selain itu, melalui bimbingan
kelompok ini, dapat meningkatkan keyakinan diri, menonjolkan potensi
diri, malah dapat memajukan diri dan memberi bantuan kepada individu
lain yang memerlukan. Bimbingan kelompok ini juga dapat menjadikan
seseorang individu itu berjaya mengubah sikap atau tingkahlaku diri
sendiri serta individu lain dengan mengaplikasikan kemahiran, keyakinan
dan bakat yang ada pada dirinya sendiri. Justeru, bimbingan kelompok ini
juga dilihat bagaimana sesuatu masalah ditonjolkan dan setiap individu
yang berada dalam kelompok ini bekerjasama untuk cuba menyelesaikan
masalah dengan perbincangan dan percambahan idea-idea kumpulan.
Bimbingan kelompok ini meliputi perkhidmatan bagaimana sesuatu aktiviti
bimbingan kelompok dan tunjuk ajar dirancang dan diselaraskan. Tujuan
aktiviti ini dirancang dan diselaraskan adalah untuk memperkembangkan
dan menyuburkan konsep kendiri yang bersifat kognitif, afektif,
psikososial, jasmani, vokasional dan pengetahuan dan penghayatan
agama. Tujuan bimbingan kelompok ini disediakan untuk menyesuaikan
murid-murid dengan masalah disiplin yang dihadapi, pelajaran dan sosial
hasil dari cadangan murid-murid dari semasa ke semasa. Selain itu
bimbingan kelompok juga dapat membantu murid-murid menghadapi
peperiksaan seperti SRP, SPM dan STPM. Perkhidmatan ini adalah untuk
37
membimbing murid-murid yang bermasalah mempelajari subjek-subjek
tertentu yang diambil untuk peperiksaan.
2.5 Jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling
Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam sesi
bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
Terapi Bermain
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang
bermaksud satu perkhidmatan. Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan
yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah
untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Konsep
Bermain adalah aktiviti yang menyeronokkan, menaikkan semangat dan
meluaskan pandangan kita terhadap kehidupan. Ia mengembangkan
ekspresi, pengetahuan, keperluan dan keberkesanan diri. Main
melegakan perasaan, tekanan dan kebosanan, menghubungkan kita
dengan orang lain melalui cara yang positif. Main juga mampu
merangsang pemikiran kreatif, penerokaan dan mengawal emosi.
Terapi bermain adalah teknik semula jadi yang digunakan secara
terapeutik bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah stress,
keganasan dan masalah emosi. Landreth (2001) berpendapat bahawa
Amir menghadapi masalah malas membuat kerja rumah yang diarahkan ole h guru . Huraikan jenis kaunseling yang diperlukan olehnya
38
bermain sebagai terapi merupakan salah satu sarana yang digunakan
dalam membantu kanak –kanak mengatasi masalahnya, kerana bagi
kanak-kanak, bermain adalah simbol verbalisasi.Dari aspek psikologi,
terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi
perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu mereka
berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu kanak-kanak
menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti
yang dijalankan.
Kepentingan Terapi Bermain
Mengurangkan Masalah Komunikasi
Apabila bermain bersama rakan, anda akan lihat secara tidak langsung
kanak-kanak berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan ini, kanak-
kanak dapat meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa, cara
menggunakan bahasa yang betul, dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi serta berani untuk berkomunikasi. Terapi permainan dapat
membantu kanak-kanak meluahkan pemikiran, perasaan dan apa yang
merisaukan mereka kerana dalam keadaan biasa, mereka tidak pandai
meluahkan dengan bahasa lisan.Melalui terapi bermain juga, kanak-kanak
belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain, meluahkan perasaan ,
mengubah suai tingkah laku, membangunkan kemahiran menyelesaikan
masalah dan belajar pelbagai cara untuk berhubung dengan orang lain.
Meningkatkan Keyakinan Diri
Terapi bermain juga adalah satu cara untuk menghilangkan estim kendiri
yang rendah, masalah tidak dapat mengekalkan tumpuan,
kebergantungan berlebihan, masalah penarikan diri (withdrawl),
ketidakcekapan dalam pembelajaran dan masalah lain yang sukar diatasi
dengan cara yang lebih formal. Selain itu terapi bermain memberi
39
peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri tanpa
bergantung kepada orang lain. Misalnya semasa bermain mereka
membuat keputusan sendiri untuk memilih permainan yang disukai. Terapi
bermain dapat membantu kanak-kanak menilai diri sendiri, menilai
kelebihan untuk memperbaiki kelemahannya, meningkatkan kemampuan
dan keberkesanan diri dan akhirnya lebih yakin tentang kebolehan
mereka.
Meningkatkan Kepercayaan Terhadap Orang Lain
Terapi bermain dapat memupuk empati, meningkatkan keupayaan
mempercayai, menghormati fikiran dan perasaan orang lain. Kanak-
kanak akan berkongsi masalah seperti “tidak suka matapelajaran
Matematik”, sebab berasa sedih, gementar dan sebagainya. Terapi
bermain membina cara semula jadi bagaimana kanak-kanak belajar
tentang diri mereka dan hubungan mereka dalam dunia di sekeliling
mereka.
Meningkatkan Perkembangan Fizikal
Terapi bermain juga dapat meningkatkan perkembangan fizikal melalui
gerakan anggota tubuh badan. Semasa bermain, kanak-kanak dapat
menyalurkan tenaga (energy) yang berlebihan, sehingga ia tidak merasa
gelisah. Dengan demikian otot-otot tubuh akan tumbuh menjadi kuat.
Perkembangan motor kasar dan halus juga dapat dirangsang dengan
baik.
Mengurangkan Masalah Sosioemosi
Perkembangan sosioemosi juga dapat ditingkatkan dengan aktiviti
bermain. Anda akan lihat bagaimana kanak-kanak belajar tentang
40
kemahiran sosial dan kemahiran baru dalam hubungan dengan keluarga,
sistem nilai, kebiasaan-kebiasaan dan standard moral yang dianut oleh
masyarakat. Semasa bermain, kanak-kanak mendapat kesempatan untuk
melepaskan ketegangan yang dialami, belajar untuk mengalami dan
meluahkan emosi dan akan membuat kanak-kanak lebih relaks.
Hubungan positif antara guru dan kanak-kanak semasa sesi terapi
bermain boleh memberikan pengalaman emosi yang betul untuk
mengatasi masalah tingkah laku. Melalui bermain , guru boleh membantu
kanak-kanak belajar tentang tingkah laku penyesuaian apabila terdapat
kemahiran emosi atau sosial yang defisit.
Meningkatkan Perkembangan Kognitif
Perkembangan aspek kognitif juga dapat ditingkatkan kerana semasa
bermain, kanak-kanak akan belajar konsep umum, mengembangkan daya
cipta dan memberi gambaran tentang penyelesaian konflik dalaman serta
penyelesaian yang baru dan kreatif untuk masalah yang dihadapi.
Apabila seorang kanak-kanak bermain, mereka akan berinteraksi dan ini
secara langsung membolehkan mereka memahami kata-kata yang
diucapkan oleh rakan-rakannya, mengasah ketajaman pancaindera,
menjadikannya lebih kreatif, kritis dan bukannya kanak-kanak yang acuh
tak acuh terhadap kejadian disekelilingnya.
Proses Pelaksanaan Sesi Terapi Bermain
Setiap sesi terapi permainan berbeza panjang tetapi biasanya
berlangsung kira-kira 30 hingga 50 minit. Masalah yang tidak rumit
mengambil masa yang singkat, manakala masalah yang lebih serius akan
mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Pelaksanaan sesi terapi bermain dimulai dengan langkah-langkah seperti
berikut:-
41
a. Merancang Sesi Terapi
Perancangan sesi terapi atau rawatan boleh dibuat setelah segala
maklumat mengenai kanak-kanak tersebut, latar belakang keluarga dan
masalah tingkah laku telah dikumpul. Hubungan yang baik/ rapport antara
guru dengan kanak-kanak perlu dibina dahulu agar kanak-kanak dapat
mengeksplorasi secara optimum semasa bermain. Setelah semua
maklumat disediakan, ia perlu dimaklumkan kepada ibu bapa untuk
mendapat persetujuan dan sokongan.
b. Pelaksanaan Sesi Terapi
Pada sesi ini, guru akan melaksanakan rancangan yang sudah dirangka
dengan mengambilkira sikap profesional, kejujuran dan kerahsiaan. Selain
itu guru juga perlu mewujudkan rasa aman dan kebebasan pada diri
kanak-kanak untuk menentukan pilihan dan mengekspresikan diri.
Seringkali kanak-kanak dapat memulakan permainan dengan spontan,
namun ada juga beberapa kanak-kanak yang hanya diam saja di ruang
terapi bermain. Oleh sebab itu guru perlu mempunyai kemahiran agar
mampu membuat kanak-kanak tidak berasa kekok untuk memulakan
permainan.
Menurut Mc. Mahon (2001), ada beberapa cara untuk menggalakkan
kanak-kanak terlibat aktif dalam bermain. Guru boleh memainkan boneka
tangan, bermain Teddy Bear atau boneka lain, atau membuat lawak
jenaka. Ada beberapa batasan yang perlu ditangani dalam pelaksanaan
sesi terapi iaitu memastikan bahwa alat-alat permainan selamat
digunakan. Apabila didapati kanak-kanak marah, merosakkan mainan
atau bertindak agresif, guru perlu menghentikan mainan, menggantikan
mainan yang lain atau menghentikan sesi terapi. Hasil pemerhatian harus
dicatat sebaik sahaja selesai terapi. Guru boleh menggunakan alat
42
perakam suara atau video agar mudah untuk meneruskan sesi terapi
seterusnya.
c. Penilaian Sesi Terapi
Pada sesi ini, guru akan membuat penilaian apakah terapi efektif atau
kurang efektif? Apakah sesi terapi perlu diteruskan atau dihentikan?
Terapi bermain kurang efektif jika dilakukan pada kanak-kanak yang
pendiam atau pasif kerana mereka akan sangat sukar untuk diajak
bermain oleh guru. Proses dan tempoh sesi terapi berbeza, bergantung
kepada masalah dan kerjasama kanak-kanak itu sendiri, dari beberapa
minggu hingga 1 atau 2 tahun. Guru juga boleh memberikan hadiah atau
cenderahati kenangan hasil dari sesi terapi seperti gambar semasa sesi
terapi.
Teknik Terapi Bermain
Terdapat beberapa teknik terapi bermain yang biasa digunakan oleh guru.
Antaranya ialah bermain dengan anak patung, boneka dan main pasir.
Bermain Anak Patung
Semasa bermain dengan anak patung, kanak-kanak tidak rasa terancam.
Mereka selalunya dapat melahirkan perasaan dan pemikiran, membentuk
identiti diri dengan anak patung dan dapat menunjukkan perasaan dan
menyalurkan konflik kepada anak patung tersebut. Guru harus
pelbagaikan anak patung dari segi saiz dan jenis. Anak patung dari kaum
etnik yang berbeza, mewakili peranan ahli keluarga yang berlainan dan
mewakili masyarakat juga elok digunakan semasa sesi terapi.
43
Bermain Boneka
Terapi bermain dengan boneka membolehkan anda melihat dengan jelas
bagaimana kanak-kanak akan menunjukkan emosi yang kuat seperti
marah kepada boneka tanpa berasa serba salah, serta meluahkan
perasaan secara selamat dan sihat. Guru boleh menyediakan boneka
yang pelbagai jenis agar kanak-kanak boleh membuat pilihan yang
menepati kesukaan mereka seperti boneka tangan, boneka jari, boneka
kadbod dan lain-lain.
Main Pasir
Anda tentu pernah melihat betapa gembiranya apabila kanak-kanak
bermain pasir di tepi pantai. Mereka seronok menyodok, mengorek dan
membuat pelbagai bentuk untuk menghasilkan satu hasilan yang kreatif.
Aktiviti di tepi pantai yang menyeronokkan ini juga boleh dibawa ke bilik
terapi main pasir asal sahaja guru kreatif. Semasa main pasir, kanak-
kanak akan bercerita dan jika guru pandai berbual, kanak-kanak akan
melakonkan peristiwa atau trauma yang telah berlaku dalam hidup
mereka, pemikiran dan perasaan dalaman yang selama ini terpendam
dalam diri mereka.
Terapi Bercerita
Konsep
Apakah cerita yang anda dengar pada zaman kanak-kanak yang masih
diingati hingga sekarang? Kenapa cerita tersebut begitu terkesan di hati
anda? Cerita sebenarnya sangat disukai oleh kanak-kanak kerana
biasanya ia berasaskan rekaan sendiri dan berunsurkan fantasi. Nilai-nilai
moral yang terkandung dalam cerita selalunya bertindak sebagai motivasi
instrinsik kepada kanak-kanak dan terapi bercerita merupakan
pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah.
44
Terapi bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo
serta mengenali kanak-kanak dengan lebih rapat. Semasa
menyampaikan cerita, kanak-kanak secara tidak langsung akan berkongsi
maklumat mengenai diri serta keluarga mereka. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami konflik yang dialami oleh kanak-kanak.
Kepentingan Terapi Bercerita
Cerita merangkumi pengalaman emosi dan terapi bercerita memberi
kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan
konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar
cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu
menghadapi masalah harian.
Selain itu, cerita dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah
secara kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang
harus diselesaikan. Cerita membawa kanak-kanak menghayati setiap
langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cara ini mengajar
kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan.
Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat serta contoh kegagalan dan
kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Ini memberi tunjuk ajar kepada
kanak-kanak cara membuat keputusan positif pada masa hadapan kelak.
Cerita selalunya mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui
peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi kefahaman
bahawa walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua
manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.
Proses Pelaksanaan Terapi Bercerita
Guru boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi
kepada murid-murid dengan cara cuba mendekati murid bermasalah.
45
Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan
mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu
mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi
atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.
Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan
cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Guru hendaklah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya
kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita
yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami,
menarik, menggunakan bahasa yang sesuai dan mempunyai nilai moral
yang tinggi supaya kanak-kanak dapat menghayati pengajaran yang ingin
disampaikan pada akhir sesi bercerita.
Namun begitu, guru harus kreatif agar kanak-kanak itu lupa dia
mempunyai perasaan sedih atau dalam keadaan kesakitan. Apabila
murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar
lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak
langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk
bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita
yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid
tersebut. Cerita boleh diakhiri secara positif dengan watak-watak dalam
cerita dapat menyelesaikan masalah. Hal ini supaya murid dapat
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup
cerita yang disediakan oleh guru.
Apabila mendengar cerita, kanak-kanak dapat menyediakan pengalaman
untuk masa hadapan. Guru yang dapat bercerita dengan teknik yang
berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi
kanak-kanak, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu.
Kesannya, kanak-kanak lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang
serupa dalam kehidupannya.
46
Kanak-kanak juga boleh diminta untuk bercerita kerana mereka akan
berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di
samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru lebih
memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.
Semasa kanak-kanak bercerita, guru harus peka kepada watak, peristiwa
penting dan mesej dari cerita. Guru perlu mahir menggabungkan
maklumat verbal dan non-verbal dalam mengenali kanak-kanak dan
mentafsir mesej yang dikemukakan secara simbolik melalui cerita agar
dapat mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapinya. Guru boleh
mengemukakan alternatif tentang cara-cara penyelesaian yang sihat
terhadap konflik dalam versi kanak-kanak tadi. Semasa bercerita kanak-
kanak boleh menggunakan props seperti boneka, krayon, dan bahan-
bahan lain yang sesuai.
Terapi Seni
Konsep terapi seni
Menurut American Art Therapy Association, terapi seni adalah suatu
profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam
lukisan untuk menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan
emosi individu dibawah semua peringkat umur. Terapi seni diterima
sebagai satu unsur teraputik atau rawatan tanpa ubatan dan umpama
proses pembedahan untuk penyelesian sesuatu masalah. Dengan
melakukan aktiviti seni, murid yang mengalami tekanan atau stress dapat
meluahkan perasaannya dalam pelbagai bentuk karya seni. Kaedah ini
menggalakkan klien berkongsi perasaan dan pemikirannya yang sukar
untuk dizahirkan melalui kata-kata atau tulisan; tetapi boleh melalui
lukisan dan kerja seni.
47
Kepentingan Terapi Seni
Didalam sesi terapi seni, aspek yang difokuskan ialah pengalaman
dalaman iaitu yang melibatkan peasaan, persepsi dan imaginasi cuba
dipancarkan dalam bentuk imej, fikiran dan idea dibawah pengalaman
klien. Murid yang datang dari latar belakang yang berbeza sama ada dari
segi genetik, keluarga, bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama;
boleh menjadikan terapi seni sebagai medim untuk merungkai komleksiti
peribadi dan interpersonal. Oleh hal yang demikian, terapi seni penting
untuk :
Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Meningkatkan kemahiran pengrusan hidup
Menguatkan motor kasar dan motor halus
Membina kesedaran untuk bersosial
Dan sebagainya.
Langkah-langkah pelaksanaan terapi seni
Terapi seni boleh dilaksanakan dengan mengggunakan bahan seni
melalui pendekatan yang menarik dan berbeza. Pendekatan gabungjalin
seni dalam proses pembelajaran akan membuatkan murid-murid berasa
seronok. Antara bidang seni visual yang sesuai untuk terapi ialah :
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf Tradisional
Semua murid mempunyai potensi diri yang perlu digilap. Mereka sentiasa
memerlukan didikan dan bimbingan yang baik dari para guru agar niali
48
kreativiti dapat dicungkil dan dikembangkan serta dizahirkan dalam bentuk
karya yang menarik. Peranan guru penting dalam mencetuskan idea-idea
kreatif dan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Pelbagai jenis aktiviti seni boleh dijadikan terapi kepada murid-murid
mengikut keperluan, kebolehan dan kemahiran mereka. Fokus aktiviit
terapi seni adalah untuk mengembangkan perkembangan psikomotor,
kodnitif , emosi, bakat, komunikasi dan sosial mereka. Cadangan aktiviti
terapi seni untuk teknik menggambar adalah seperti berikut:
1. Lukisan
Lukisan adalah seni menggambar objek atau pelan dengan garisan di
atas permukaan rata dengan menggunakan media kering seperti pensil
warna dan krayon. Karya yang dihasilkan secara sepontan adalah
mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.
2. Cetakan
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan pada
permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata. Permukaan blok
ditoreh untuk menimbulkan gambar atau kesan corak. Kemudian blok
disapu dengan dakwat dan dicetak pada medium lukisan secara mono
atau berulang -ulang.
3. Stensilan
Hasil seni ini menggunakan rupa bentuk gambar yang dilarik dan
dikeluarkan daripada alat stensil, dan meninggalkan ruang kosong pada
stensil tersebut.
Kemudian stensil diletakkan di atas kertas atau fabrik kosong, lalu disapu
di atasnya dengan warna. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang
dan meresap ke atas kertas atau fabrik. Garis luar pada lubang itu akan
memberi kesan garis luar kepada rupa bentuk yang ingin dihasilkan.
49
4. Capan
Kaedah capan sangat seronok dilakukan oleh kanak-kanak. Banyak
benda disekeliling kita yang boleh dijadikan bahan mengecap. Bahan-
bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang
bendi, pelepah pisang dan pelepah betik boleh dijadikan motif.
Permukaan potongan atau motif itu disapu warna lalu dicap pada
permukaan kertas atau fabrik. Hasil capan boleh di jadikan binaan lain,
seperti penanda buku, kipas dan sebagainya.
5. Kolaj
Aktiviti menghasilkan kolaj adalah dengan menggunakan kaedah
tampalan keatas lakaran atau lukisan kosong yang telah disediakan lebih
awal. Bahan tampalan yang sesuai seperti kertas, fabrik, kekacang, dan
sebagainya. Bahan-bahan ini akan dipotong, dikoyak, digunting kemudian
disusun untuk menghasilkan sebuah gambar yang sempurna.
6. Titisan
Karya ini dihasilkan dengan teknik titisan, percikan atau renjisan warna ke
atas kertas lembap tu kering. Ia akan menghasilkan corak tidak terancang
mengikut kreativiti cara titisan dilakukan. Caranya ialah cairkan lilin dan
titiskan pada permukaan kertas. Bahan yang digunakan seperti lilin, kanji,
krayon dan warna air.
Terapi Muzik
Sharol (2008) menyatakan terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan
moden dan merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf mental dan
fizikal. Terapi muzik telah dikenalpasti sebagai alternatif dalam rawatan
moden dan menjadi satu bidang profesional yang menggunakan muzik
50
untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan saraf kesihatan
mental dan fizikal.
Keberkesanan terapi muzik
Secara umum, terapi muzik dapat memberi kesan segera kepada klien
apabila diamalkan dengan terancang. Klien dapat mengambil bahagian
dalam aktiviti muzik, berkomunikasi dan belajar mengikut arahan. Mental
akan menjadi rileks dan tekanan atau stres beransur hilang. Sistem otak
akan terangsang menjadi aktif dan kreatif semasa memainkan alat muzik
yang diselang seli dengan lantunan suara dan bahasa. Dalam masa yang
sama, sistem pernafasan bertambah lancar kerana berlakunya proses
keluar masuk oksigen dan karbon dioksida. Klien tampil lebih yakin dan
berani dalam sesuatu aktiviti muzik serta berpeluang membina hubungan
sosial dalam masyarakat. Dalam kalangan murid pula, keberkesanan
terapi muzik dapat diperinci kepada beberapa bahagian berdasarkan
keperluan kumpulan murid tertentu. Apabila melakaukan terapi muzik
akan dapat membantu :-
2.6 Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing
Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya
digalas oleh guru kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru
biasa juga terlibat secara langsung dalam proses bimbingan dan
kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang mempunyai
seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru, kadang-
kadang guru biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru
bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan guru-guru biasa adalah
sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah
dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan
tingkah laku bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani
Abdullah dan Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), guru perlu mempunyai
sikap dan keperibadian sebagai kaunselor ataupun pembimbing kepada
51
para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang
besar dan penting alam membentuk pelajar yang baik dan
berketerampilan. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan
sebagai kaunselor atau pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam
mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan
masalah harian yang dihadapinya.
Antara peranan guru biasa sebagai kaunselor atau pembimbing ialah
membantu dan membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi
seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan
keluarga. Sebagai contoh, guru membimbing sekumpulan pelajar
melaksanakan tugasan yang diberi sukar seperti latihan matematik dan
akan memudahkan pelajar memahami dan menyelesaikan latihan
tersebut. Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan
sebagainya, guru perlu membimbing pelajar-pelajar berkenaan supaya
dapat membina keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran
secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes pelajar menghadapi masalah
keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan untuk
menasihati dan berbincang dengan pelajar untuk mencari punca
berlakunya masalah keluarga. Guru juga boleh membimbing pelajar
sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Dalam
konteks ini, guru harus peka dan mengambil berat tentang setiap
pergerakan dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati muri-murid
menghadapi masalah, guru perlu membimbing mencari cara
menyelesaikan maslah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah
tidak wujud seperti tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, tidur dan sebagainya.
Selain itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu
mengembangkan kebolehan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-
pelajar di sekolah mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada
pelajar pintar, sederhana dan lemah. Menurut Ramlah Jantan dan
Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan
individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi,
52
kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan
lain-lain. Justeru, guru memainkan peranan dalam membimbing dengan
menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran
mental mereka. Hal ini akan menggalakkan pelajar lebih terlibat secara
aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, guru haruslah memberi
peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi
dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Di
dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal,
teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para pelajar supaya
kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah
dikembangkan dengan seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, rohani,
emosi, intelek dan sosial.
Di samping itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor ialah menolong
pelajar membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu
pelajar-pelajarnya menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti fizikal,
mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Penyesuaian ini berlaku
secara langsung atau tidak langsung sama ada di dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana supaya pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan situasi baru yang
mereka hadapi. Hal ini disebabkan semua pelajar mempunyai latar
belakang yang berbeza sama ada dari segi budaya, agama, kaum dan
keluarga. Justeru, guru perlu memainkan peranan dalam membimbing
pelajar dengan membiasakan mereka menghadapi situasi sebenar
dengan memberi nasihat, motivasi serta kata-kata yang boleh meningkat
semangat pelajar. Dalam konteks ini, guru perlu lebih memahami
pelajarnya melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap sikap dan
keadaan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Jika terdapat pelajar yang
kelihatan murung, guru perlu mengambil tindakan dengan mengadakan
perjumpaan dengan pelajar tersebut dan mengambil langkah-langkah
yang sesuai.
53
Peranan guru biasa sebagai kaunselor seterusnya membimbing pelajar
membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding
dengan pelajar membolehkan guru lebih bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Justeru, guru perlu membimbing murid untuk membuat
keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam
kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam
kehidupan. Dalam konteks ini, guru hanya memberi cadangan kepada
murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah berada di tangan
pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu memastikan keputusan yang
dibuat oleh murid adalah berpandukan nilai-nilai moral, agama, terminal
dan juga instrumental. Hal Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam
memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Guru-guru biasa juga
boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang mereka
ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk
berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada
masa depan kelak.
Seterusnya, peranan guru biasa sebagai seorang kaunselor ialah
membentuk tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif mampu
memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam
pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti
positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin
terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.
Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal
tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan
sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita
dalam usaha mencapai kejayaan. Oleh itu, dapat dirumuskan guru biasa
juga mempunyai peranan yang hampir sama dengan seorang kaunseling
iaitu sikap pembimbing. Sememangnya sifat pembimbing ini dimiliki oleh
seorang dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru biasa juga harus memiliki kemahiran-kemahiran
dalam proses membimbing agar dapat menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar dan memudahkan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
54
Penyelidikan : penerokaan pelbagai media
Anda boleh meluaskan pengetahuan tentang aplikasi terapi bermain, terapi
bercerita, terapi seni dan terapi muzik dalam pendidikan dengan melayari
internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan
serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.
Pengalaman
AKTIVITI 1
Refleksi :
Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,
kreativiti seni kanak-kanak dan kaitan pedagogi
terapi-terapi tersebut dalam pendidikan.
Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan
kefahaman anda terhadap jenis-jenis aktiviti bermain,
bercerita, seni dan muzik yang sesuai untuk
kanak-kanak.
Berdasarkan penyelidikan yang anda buat
daripada pelbagai sumber, pilih satu teori di atas
dan perjelaskan sejauh manakah teori tersebut
adalah paling sesuai dengan murid – murid abad
ke-21.
55
Pada akhir unit, pelajar dapat :
1. Mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang kreatif,
inovasi dan berkesan.
4. 2. Menghuraikan kekangan-kekangan dalam pengurusan bilik darjah.
5.
UNIT 3 PELAN PENGURUSAN
BILIK DARJAH (1Jam)
Hasil Pembelajaran Unit
SInopsis
Dalam unit ini, anda akan diberi peluang untuk mereka bentuk pelan
pengurusan bilik darjah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari dalam unit-unit sebelum. Aplikasi pengetahuan anda
kepada model pengurusan disiplin bilik darjah seperti konsep interaksi dan
komunikasi di dalam bilik darjah bagi mereka bentuk pelan pengurusan bilik
darjah yang kreatif, inovasi dan berkesan. Bincang kekangan-kekangan
yang akan anda hadapi dalam mereka bentuk dan melaksanakan pelan
pengurusan bilik darjah.
3.1 Mereka Bentuk Pelan Pengurusan Bilik Darjah
Pelan pengurusan bilik darjah direka bagi tujuan mewujudkan persekitaran
psikososial dan fizikal yang kondusif untuk pembelajaran murid. Anda
boleh melayari laman web pendidikan atau laman blog guru-guru lain bagi
mendapatkan idea-idea yang dapat membantu anda. Terdapat pelbagai
bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang boleh anda muat turun melalui
internet. Rajah 1 menunjukkan satu contoh pelan pengurusan bilik darjah di
sebuah sekolah tinggi. Bincangkan kesesuaian dan perkaitan pelan
tersebut dalam bilik darjah.
56
.
Rajah 3.1: Contoh Pelan Pengurusan Bilik Darjah
57
(Source: https://www.teachers.net/wong/AUG14/)
3.2 Kekangan-kekangan dalam Pengurusan Bilik Darjah.
Bila anda mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah, anda akan
menghadapi beberapa kekangan dalam merealisasikannya. Apakah
kemungkinan kekangan-kekangan tersebut?
Kekangan Masa
Anda mungkin kekurangan masa untuk melaksanakan pelan tersebut
walaupun anda mempunyai pelbagai idea dan strategi yang sangat
menarik. Faktor ini adalah disebabkan bebanan kerja yang banyak.
Saiz Kelas Yang Besar
Bilangan murid yang ramai menyebabkan anda sukar untuk menyusun atur
bilik darjah dan memenuhi semua keperluan murid. Justeru itu, interaksi
berkesan sukar dilaksanakan.
Perbezaan sosiobudaya
Bukan mudah untuk mengendalikan kelas yang mempunyai pelbagai
tingkah laku dan latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Setiap kelas,
Sekarang, anda dikehendaki mereka bentuk pelan
pengurusan bilik darjah. Pertimbangkan faktor kefungsian, kesesuaian
dan praktikal pada pelan tersebut. Bentang pelan pengurusan bilik
darjah tersebut dalam interaksi bersemuka dan bincang bagaimana
pelan tersebut dapat dilaksanakan.
Sekarang, anda dikehendaki mereka bentuk pelan
pengurusan bilik darjah. Pertimbangkan faktor kefungsian, kesesuaian
dan praktikal pada pelan tersebut. Bentang pelan pengurusan bilik
darjah tersebut dalam interaksi bersemuka dan bincang bagaimana
pelan tersebut dapat dilaksanakan.
58
setiap murid dan setiap situasi mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh
itu, pendekatan yang berbeza diperlukan untuk sosiobudaya yang berbeza.
Kekurangan Motivasi Murid
Murid mungkin tidak memberi kerjesama sepenuhnya dan kurang motivasi
untuk menyertai pelaksanaan pelan tersebut. Anda boleh menyedarkan
dan merasionalkan murid tentang kepentingan pelan pengurusan bilik
darjah sebelum mendapat kejasama dari mereka.
Kompitensi Guru
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan
pelan dan mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan pelan tersebut.
Kekurangan Sokongan Dari Pihak Pengurusan Sekolah
Anda memerlukan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah seperti
peraturan dan garis panduan dalam pelaksanaan pelan.
Bincang dalam kumpulan, kekangan-kekangan lain yang mungkin akan
dihadapi dan bentang perbincangan tersebut semasa interaksi di dalam
kelas.
59
Kajian: Penerokaan Multimedia
Teroka laman web untuk mendapatkan pelbagai variasi pelan pengurusan
bilik darjah yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Refleksi:
Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada
pelbagai sumber, pilih satu teori di atas dan
perjelaskan sejauh manakah teori tersebut adalah
paling sesuai dengan murid – murid abad ke-21.
Buat refleksi sejauhmana pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dalam unit ini dapat mengubah persepsi
anda dalam pengurusan bilik darjah.
60
RUJUKAN
Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Azura Ab Rasid (2005). Permasalahan Yang Dialami Dalam Pelaksanaan Pentaksiran On-line bagi kurikulum Bestari Di Sebuah Sekolah Menengah Di Kuala Lumpur Serta Pendekatan Awal Untuk Mengatasinya. Laporan Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, UTM, Skudai.
Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Quantum Books.
Chase, C. I. (1984). Elementary Statistical Procedures 3 rd ed. Toronto: Mc Graw-Hill. Gay, L. R. (1981). Education Research, 2nd Edition. London: A Bell & Howell Company.
Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27.
Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada http://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02.
Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. Kuala Lumpur.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hildebrand, D. K. (1986). Statistical Thinking For Behavioral Scientist. Boston: BWS.http://belajarbarengrizalyuk.blogspot.com/2013/10/terapi-bermain-mewarnai.html.
Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Individu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
61
Ibrahim Mamat (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Jamil Adimin (2008). Pengetua Dan Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentaksiran Di Sekolah. Ehwal Pendidikan. Bil 17/2008.
Kamien, R. (2008). Music: An appreciation. (9th ed). New York: McGraw Hill
Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01
Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada http://kaunselingsktdh2.blogspot.com/2010/11.
Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2012, daripada http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06. Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 22 Ogos 2012, daripada http://www.oocities.org/asia/kaunseling4u/kaunselingkelompok.htm
Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2015). Modul Seni Dalam Pendidikan.
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan Malaysia (Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober 2006.Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Lembaga Peperiksaan Malysia (2007). Modul Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Kementerian Pelajaran Malaysia.
Linn, R., and Gronland, N. E. (1995). Measurementt and Assessment in Teaching (7th Ed.) Eaglewood Cliff, N.J: Merrill/Prentice Hall, 6 – 7.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) Kaunseling. Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
62
Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mosley, (2001). http.//www.kids.candiscover.com/therapy-and-special education.
Na’imah Ishak.(2011). School based assessment as transformation in educational assessment. Keynote dalam international Seminar On Measurement and Evaluation (ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.
Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling.Kuala Lumpur.
Sulaiman Rashid (2003). Pentaksiran Kerja Amali Sains Berdasarkan Sekolah: Satu Tinjauan Di Beberapa Sekolah Menengah Di Daerah Segamat. Laporan Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana, UTM, Skudai.
Suzana dan Jamil(2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes , Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Perpustakaan Sultanah Zanariah Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction 7 th . Ed. Boston: Allyn & Bacon.
Wolf, R. M. (1988). Questionnaires dalam Keeves, J.P (Ed). Educational Research Methodology and Measurement : An International Hand Book. Oxford: Pergamon Press.
Yasmin Hussain dan Noorlian Ishak, (2013). Gerak Kerja Kreatif Peringkat Awal Kanak-Kanak. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Yasmin Hussain dan Zainal Ariffin Ab. Gani, (2013). Asas Terapi Muzik. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Yasmin Hussain, (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor: Pekan. Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Zaidatun Tasir Dan Mohd Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn Bhd
63
Zainuriyah Abdul Khatab.(2013). Panduan Guru : Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur : Pearson(M) Sdn Bhd.
64
PANEL PENGGUBALAN MODUL
PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)
(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)
NAMA KELAYAKAN
PUAN ROSNAH BINTI A RAJAK
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor
( 2002- hingga kini)
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan (Teknik dan
Vokasional) UTM
Sarjana Muda Kesusasteraan (Kepujian)
USM
Sijil Perguruan
Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan
dan Nilai Pemakanan, Kuala Trengganu.
Pengalaman:
Guru Ekonomi Rumah Tangga (20 tahun)
Pensyarah Ekonomi Rumah Tangga (5
tahun)
Pensyarah Ilmu Pendidikan (10 tahun)
PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Kelulusan:
Ijazah Sarjana
(Pendidikan Keusahawanan)
UKM
Ijazah Sarjana Muda
65
NAMA KELAYAKAN
Johor
(2007- hingga kini)
(Pengurusan Perniagaan)
UUM
Diploma Pendidikan
(Perdagangan dan Prinsip Akaun)
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau
Pinang,
Pulau Pinang
Pengalaman:
Sekolah Menengah (15 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)
PUAN SITI MISLIA BT SELAMAT
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor
(2002- hingga kini)
Kelulusan:
Ijazah Sarjana
(Psikologi Pendidikan)
UTM
Ijazah Sarjana Muda
(Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
UM
Sijil Perguruan
(Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Maktab Perguruan Raja Melewar,
Negeri Sembilan
Pengalaman:
Sekolah Rendah (3 tahun)
Sekolah Menengah (2 tahun)
Pejabat Pendidikan Daerah ( 2 tahun)
66
NAMA KELAYAKAN
Pensyarah di IPG (15 tahun)
PUAN NOFAZILAH BINTI MOHD
SAJAT
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor
(20012- hingga kini)
Kelulusan:
Ijazah Sarjana
(Psikologi Pendidikan)
UTM
Ijazah Sarjana Muda
(Bimbinagan Dan Kaunseling)
UPM
Pengalaman:
Sekolah Menengah (3 tahun)
Kaunselor Pentadbiran IPG (2 tahun)
Pensyarah Akademik di IPG (5 tahun)
67
PANEL PERMURNI MODUL
PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)
(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)
NAMA KELAYAKAN
PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor
(2007- hingga kini)
Kelulusan:
Ijazah Sarjana
(Pendidikan Keusahawanan)
UKM
Ijazah Sarjana Muda
(Pengurusan Perniagaan)
UUM
Diploma Pendidikan
(Perdagangan dan Prinsip Akaun)
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau
Pinang,
Pulau Pinang
Pengalaman:
Sekolah Menengah (15 tahun)
Pensyarah di IPG (10 tahun)
Top Related