Oleh:
AB. RAZAK BIN KHALID
Penolong Setiausaha (Perkhidmatan)
SUKJ (BPSM)
Pentadbiran Sistem Kerajaan dapat
dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
:
* Kerajaan Pusat
* Kerajaan Negeri
* Kerajaan Tempatan
3. Bidang Kuasa Pemerintahan Negeri
dapat dibahagikan 3 bahagian :
* Badan Perundangan (Legislative)
* Badan Pemerintahan (Executive)
* Badan Kehakiman (Juricial)
4. Sempadan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri dan
Persekutuan ditentukan oleh Perlembagaan (JADUAL
9 PERKARA 74). Pembahagian kuasa-kuasa Eksekutif
dibuat melalui 3 senarai yang
dipanggil :
* Senarai Negeri
* Senarai Persekutuan
* Senarai Bersama
Pembahagian kuasa Eksekutif antara
Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri-negeri adalah selari
dengan bidang kuasa Perundangan.
Kuasa Eksekutif Persekutuan tertumpu
pada senarai Persekutuan dan Kuasa
Eksekutif Negeri meliputi senarai
Negeri.
Kerajaan pusat diberi kuasa meliputi
seluruh Negara dan menyentuh perkara
yang mustahak dari segi kepentingan
Negara.
Kerajaan Negeri diberi kuasa meliputi
seluruh negeri itu sahaja.
Parlimen berkuasa untuk membuat
Undang-Undang bagi seluruh
Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya.
Dewan Undangan Negeri boleh
membuat Undang-Undang bagi
seluruh atau mana-mana bahagian
Negeri itu sahaja.
Setiap Negeri dalam Malaysia
mempunyai Perlembagaan masing-
masing yang menentukan corak
pemerintahan negeri tersebut.
Tiap-tiap Negeri mempunyai hak, kuasa
dan tanggungjawab sendiri TETAPI
TIDAK BOLEH bercanggah dan
bertentangan dengan
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
UNDANG-UNDANG IBU
• PERSEKUTUAN – PERLEMBANGAN
PERSEKUTUAN BERKUATKUASA 31
OGOS 1957
• NEGERI JOHOR – UNDANG-UNDANG
TUBUH BERKUATKUASA 14 APRIL
1895
SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Suruhanjaya Reid ditubuhkan bulan Mei 1956
• Pengerusi Lord Reid dari Britain, Ahli Sir Ivor Jenning dari Britain, Sir William McKell dari Australia, Mr.B.Malik dari India dan Mr. Justice A.Hamid dari Pakistan.
• Mengkaji 131 Memorendum
• 118 kali Mesyuarat
• Asalnya 181 Fasal dan 13 Jadual
• Sekarang 183 Fasal
UNDANG-UNDANG TUBUH
NUGERI JOHOR 1895
• BAHAGIAN SATU – HAL EHWAL
DIRAJA – 64 FASAL
• BAHAGIAN DUA – SUSUNAN
PENTADBIRAN – 41 FASAL
• BAHAGIAN TIGA – SYARAT-SYARAT
AM – 10 FASAL.
1. Hukum syarak dan Undang-
undang Diri dan Keluarga
bagi orang yang menganut
Islam.
2. Tanah
Pemegangan tanah
Rezab Melayu
Permit dan lesen untuk mencari galian
Pengambilan tanah secara paksa
Pindahmilik tanah,gadai janji dan gadai
mengenai tanah dan ismen (melapangkan)
Perkembalian harta kepada Kerajaan
3. Pertanian dan Perhutanan
a. Pertanian dan pinjaman
b. Hutan
4. Kerajaan Tempatan
Pentadbiran tempatan
Tred berbahaya dan mudarat awam
dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa
tempatan
5. Lain-lain Perkhidmatan
Bercorak Tempatan
Rumah penginapan dan rumah loging
Tanah kubur dan tanah tempat bakar mayat
Paun dan pencerobohan kerbau-lembu
Pasar dan pasar berkala; dan
Pelesenan panggung wayang, wayang gambar
dan tempat-tempat hiburan awam.
6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-
kerja air iaitu ;
Kerja Raya bagi maksud-maksud Negeri
Jalan, jambatan dan feri lain daripada yang ada
dalam Senarai Persekutuan, peraturan mengenai
barat dan lajunya kereta atas jalan itu; dan
Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air
(termasuk bekalan air, sungai dan terusan);
mengawal lodak; hak tepi sungai.
7. Jentera Kerajaan Negeri, tertakluk kepada
senarai Persekutuan, tetapi termasuk:
Peruntukan Diraja dan pencen Negeri
Perkhidmatan-perkhidmatan yang tersendiri bagi Negeri
Meminjam atas jaminan Kumpulan Wang Negeri Disatukan.
Pinjaman bagi maksud-maksud Negeri
Hutang awam Negeri; dan
Bayaran mengenai apa-apa perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri
atau yang diselenggara di bawah undang-undang Negeri.
8.Hari Kelepasan
Negeri HARI THAIPUSAM
HOL ALMARHUM
AWAL RAMADAN
HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN
9. Siasatan bagi maksud-maksud Negeri,
termasuk Suruhanjaya-suruhanjaya siasatan dan
mengumpul perangkaan mengenai mana-mana
perkara yang termasuk dan Senarai Negeri atau
yang diselenggara di bawah undang-undang
Negeri
10. Penyu dan
menangkap ikan di
sungai
11. Perpustakaan, muzium, monumen
dan rekod purbakala dan sejarah
serta tapak dan peninggalan zaman
purba, selain daripada apa yang
diisytiharkan sebagai Persekutuan
oleh atau di bawah undang-undang
Persekutuan.
1. Hal Ehwal Luar Negeri
a. Perwakilan diplomat, konsol dan perdagangan
b. Pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa
c. Pasport; Visa; permit masuk atau lain-lain
perakuan; keratina, dll.
2. Pertahanan bagi Persekutuan atau bagi
mana-mana bahagiannya :
a. Angkatan laut, darat dan udara dan lain-lain
angkatan tentera
b. Peperangan dan keamanan; musuh dari bangsa
asing dan orang negara musuh; kerosakan perang;
insuran bahaya perang
c. Senjata; senjatapi; ubat bedil dan letupan, dll.
3. Keselamatan Dalam Negeri :
a. Polis, penyiasatan jenayah, pendaftaran
penjenayah, kenteteraman awam
b. Penjara, tempat pemulihan akhlak, rumah tahanan
budak-budak; tempat tahanan; percubaan bagi
pesalah, budak-budak pesalah.
c. Pendaftaran Negara, dll.
4. Undang-undang dan Acara Sivil dan
Jenayah dan Pentadbiran Keadilan :
a. Keanggotaan dan penyusunan semua mahkamah,
lain daripada Mahkamah Syariah
b. Saraan dan lain-lain keistimewaan bagi hakim
dan pegawai yang mengetahui mahkamah itu.
C. Rahsia Kerajaan, perbuatan rasuah; dll
5. Kewarganegaraan Persekutuan dan
masukan;orang asing :
6. Jentera Kerajaan, tertakluk kepada Senarai
Negeri, tetapi termasuk
a. Pilihanraya bagi kedua-kedua Majlis Parlimen
dan Dewan-Dewan Negeri dan segala perkara yang
berhubung dengannya
b. Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya-
Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10.
C. Pencen dan pampasan kerana hilang jawatan;
ganjaran dan syarat-syarat perkhidmatan, dll.
7. Kewangan :
a. Matawang, sah diperlakukan dan hal ehwal duit;
b. Hutang awam Persekutuan
c. Odit dan akuan bagi Persekutuan dan Negeri dan
lain-lain Pihakberkuasa Awam.
d. Urusan bank; memberi pinjam wang; pajak gadai;
kawalan kredit; dll.
8. Tred, perdagangan dan perusahaan :
a. Pengeluaran, pembekalan dan pembahagian barang-
barang; kawalan harga dan kawalan barang-barang
makanan; pencemuhan barang-barang makanan dan
lain-lain barang
b. Import ke Persekutuan dan eksport dari Persekutuan
c. Menetapkan piawai timbang dan sukat; dll
9. Perkapalan, Pelayaran dan Perikanan :
a. Port dan pelabuhan; pantai pasang surut;
b. Rumahapi dan lain-lain peruntukan bagi keselamatan
pelayaran;
c. Menangkap ikan di laut dan di muara dan perikanan,
tidak termasuk penyu; dll
10. Perhubungan dan Pengangkutan :
a. Jalan, jambatan, feri dan lain-lain cara perhubungan
jika diisytiharkan sebagai dipunyai oleh Kerajaan
Persekutuan.
b. Keretapi, tidak termasuk Keretapi Bukit Pulau
Pinang
c. Kereta didorongi jentera;
d. Pos dan Telekom; dll
11. Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa :
a. Kerja Raya bagi maksud-maksud Persekutuan;
b. Bekalan air, sungai dan terusan;
c. Letrik,gas dan kerja-kerja gas; dll
12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan:
a. Banci; pendaftaran beranak dan mati, pendaftaran
perkahwinan, pendaftaran pemgambilan anak angkat,
lain daripada pengambilan anak angkat menurut hukum
Syarak atau istiadat Melayu;
b. Tinjauan Persekutuan, tinjauan sosial, ekonomi dan sain,
pertubuhan-pertubuhan kajicuaca;
c. Suruhanjaya siasatan; dll.
13. Pelajaran :
Pelajaran rendah, menengah dan universiti, pelajaran
vokasional dan teknik, latihan guru-guru, pendaftaran dan
kawalan bagi guru-guru, dll
14. Ubat dan Kesihatan termasuk kebersihan
di Ibu kota Persekutuan :
a. Rumah sakit, Klinik dan gudang ubat; Profesyen
perubatan; kebajikan ibu dan anak; orang-orang
kusta dan tempat orang-orang kusta.
c. Gila dan cacat otak, termasuk tempat-tempat untuk
melayani dan berubat.
c. Racun dan dadah berbahaya, dll.
15. Buruh dan Keselamatan sosial :
Kesatuan sekerja; pertikaian perusahaan dan
buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan
rumah bagi buruh oleh majikan;
tanggungan majikan dan pampasan orangkerja, dll
16. Kebajikan orang-orang asli
17. Pekerjaan-pekerjaan profesional,
18. Hari-hari kelepasan lain daripada hari-
hari kelepasan Negeri; piawai waktu
19. Pertubuhan-pertubuhan yang tidak
diperbadankan.
20. Kawalan mengenai musuh tanaman;
perlindungan daripada musuh itu; mencegah
penyakit-penyakit pokok;
21. Akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan
dan alat cetak mencetak,
22. Penapisan
23. Tertakluk kepada butiran 5(1) dalam
Senarai Negeri, panggung wayang, wayang
gambar, filem wayang gambar, tempat hiburan
awam.
24. Syarikat kerjasama
25. Tertakluk kepada Butiran 9A dalam
Senarai Bersama, mencegah dan
memadamkan kebakaran, termasuk
Perkhidmatan Bomba dan Pasukan Bomba
SENARAI BERSAMA
1. Kebajikan masyarakat ; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai 1 dan 2. perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang-orang muda.
2. Biasiswa
3. Perlindungan bagi binatang-binatang liar dan burung-burung liar; Taman Negara.
4. Ternakan binatang;
mencegah perbuatan
aniaya kepada haiwan;
perkhidmatan ; keratina
haiwan
5. Perancangan bandar dan kampung
6. Kuturayau dan
penjaja-penjaja
beredar.
7. Kesihatan awam, kebersihan
(tidak termasuk kebersihan di
ibu kota persekutuan) dan
mencegah penyakit-penyakit
8. Perparitan dan pengairan
9.Pemulihan tanah
lombong dan tanah yang
telah binasa oleh hakisan
tanah
9A. Langkah-langkah
keselamatan kebakaran dan
langkah-langkah berjaga-jaga
kebakaran dalam pembinaan
dan penyelenggaraan bahagian
bangunan
9B. Kebudayaan dan sukan
9C. Perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan perumahan ; amanah pemajuan
PENUTUP
1. Walaupun kuasa-kuasa Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri disebutkan
dengan nyatanya dalam Senarai I dan
Senarai II Jadual ke-9 tetapi boleh
jadi kuasa-kuasa ini tidak habis
dinyatakan. Mengikut Perlembagaan
Malaysia (PERKARA 77), segala
kuasa yang tidak disebutkan di dalam
senarai I dan Senarai II terpulanglah
kepada Kerajaan Negeri
2. Parlimen boleh meluluskan Undang-undang
mengenai perkara-perkara dalam Senarai Negeri bagi
tiga tujuan yang berikut (PERKARA 76) :
Untuk melaksanakan sebarang perjanjian antara
Persekutuan dengan mana-mana negara lain atau
keputusan sebarang badan antarabangsa yang
dianggotai oleh Persekutuan
Untuk memastikan keseragaman dalam undang-
undang dua buah negeri atau lebih; dan
Jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan
Undangan Negeri
3. Walau bagaimanapun, Kerajaan
Persekutuan mempunyai
“keistimewaan” dalam Senarai
Bersama, sekiranya terdapat undang-
undang Negeri yang berlawanan
dengan undang-undang Persekutuan,
maka undang-undang Persekutuan itu
hendaklah dipakai dan undang-
undang negeri itu hendaklah terbatal
setakat mana bercanggah dengan
undang-undang Persekutuan itu
- PERKARA 75.
4.PERKARA 81 yang menyebut kuasa-
kuasa pemerintah yang dipunyai oleh
tiap-tiap negeri hendaklah dijalankan
supaya :
a) Dapat dipatuhi mana-mana Undang-
undang persekutuan yang berjalan
kuatkuasanya di negeri itu; dan
b) Supaya jangan menghalang atau
merosakkan perjalanan kuasa pemerintahan
yang dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan -
PERKARA 81
SEKIAN TERIMA KASIH
Top Related