OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tentang perusahaan nanas ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objekif
kajian. Antaranya adalah untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pada setiap tahun, para pelajar Tingkatan 3 yang sememangnya menduduki Penilaian Menengah
Rendah diwajibkan menjalankan kajian ini mengikut tema yang telah ditetapkan. Pada tahun ini,
saya dan rakan-rakan yang lain diberikan tajuk kajian mengenai kegiatan ekonomi tradisional di
Malaysia.
Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui kegiatan ekonomi tradisional di
Negara kita dan saya telah menjalanjan kajian tentang penanaman nanas. Kajian ini memberikan
banyak kebaikan kepada saya iaitu dapat meluaskan pengetahuan saya dalam bidang pertanian.
Setelah saya melawat di tempat kajian, saya dapat mengetahui mengusahakan penanaman nanas
bukan suatu kerja yang mudah lebih-lebih lagi terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Selain itu, objektif saya menjalankan kajian yang utama adalah untuk menyiapkan kerja
kursus Sejarah. Walaupun pada mulanya saya berasa sedikit gelisah memandangkan ini
merupakan kali pertama saya melawat tempat kajian dan menemubual sendiri pengusaha nanas
tersebut, akhirnya saya berjaya menghasilkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini mudah dihasilkan
kerana saya memperoleh isi yang banyak untuk dimuatkan ke dalam kerja kursus ini. Saya dan
rakan-rakan diberikan tempoh selama enam bulan bermula daripada bulan Februari sehingga
bulan Julai untuk menyiapkan folio Sejarah.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Convent Batu Pahat, Johor, Cik Tan Soo Soo kerana telah memberi sokongan dan dorongan
kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru
Sejarah saya iaitu Encik Choo Lim Kok kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
Norsehan binti Abdullah dan Ungku Ismail bin Ungku Othman kerana telah memberi saya
semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pak Sutimon bin Ali yang telah berbesar hati
memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang perusahaan nanas yang
diusahakan oleh beliau.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Nurul Lyana binti
Mudzaffar dan Siti Nur Kamaliya binti Abdul Mutalib yang banyak membantu dan memberi
komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan
oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.
KAEDAH KAJIAN
Yang berikut merupakan beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk memudahkan
saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013.
1. Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual Pak Sutimon bin Ali dari Ayer Hitam, Batu
Pahat, Johor untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang perusahaan nanas.
2. Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat rumah Pak Sutimon yang menjadi kawasan kajian untuk mengkaji
bagaimana beliau menanam, mengumpul dan memasarkan nanas tersebut. Banyak maklumat
berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah saya untuk
menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang
pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.
4. Muat turun internet
Saya turut melayari laman sesawang yang sememangnya banyak terdapat dalam negara kita
untuk mendapatkan maklumat umum tentang penanaman nanas malah turut memuat turun bahan
yang terdapat sebagai rujukan.
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TAJUK KAJIAN i.
2 SENARAI KANDUNGAN ii.
3 PENGHARGAAN 1
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
HASIL KAJIAN
1) MAKLUMAT ASAS
1.1 NAMA / JENIS KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah perusahaan nanas yang diusahakan oleh Pak
Sutimon bin Ali.
1.2 SEJARAH / ASAL USUL KEGIATAN EKONOMI
Perusahaan nanas ini telah dimulakan oleh Encik Sutimon bin Ali dan isteri beliau,
Puan Karsihah binti Idris mulai tahun 1996. Pada masa tersebut beliau mengusahakan
penanaman nanas kira-kira tiga ekar. Selepas itu, mereka meminta bantuan daripada
pihak kerajaan dan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM10,000 sebagai
permulaan penanaman, baja, racun seta perkakas dalam bidang pertanian.
1.3 Lokasi / tempat kajian
Lokasi / tempat kajian yang saya lawati ialah di Parit Karim, Ayer Hitam, Muar,
Johor.
1.4 Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
Penanaman nanas ini juga dijalankan oleh penduduk kampung yang tinggal tidak jauh
daripada rumah Pak Sutimon iaitu kira-kira dalam jarak lebih kurang tiga meter. Ada
juga seorang pengusaha dari Parit Karim Batu 24 iaitu Encik Kamarulzaman bin
Abdul Rahman mengusahakan pertanian yang sama dengan beliau. Bagi tujuan kerja
kursus ini saya memilih Pak Sutimon bin Ali kerana beliau merupakan antara orang
yang lama terlibat dalam penanaman nanas selain mudah untuk mencari kedudukan
rumahnya.
GAMBAR 1.2 : Gambar di bawah menunjukkan saya bergambar bersama Pak Sutimon dan Puan
Karsihah sambil memegang buku nota untuk mencatat sejarah di sebalik penanaman nanas.
GAMBAR 1.3 : Gambar di bawah merupakan kawasan yang saya lawati untuk
mendapatkan maklumat tentang penanaman nanas.
2) LATAR BELAKANG
2.1 TUJUAN DIJALANKAN
Pak Sutimon pada mulanya menanam nanas untuk kegunaan sendiri iaitu sebagai sumber
makanan dan masakan seperti nanas masak lemak. Penanaman nanas ini dilakukan kira-
kira seluas tiga ekar sahaja pada peringkat awal. Kini, Pak Sutimon mengusahakan nanas
untuk memasarkan jem dan menjualkan nanas pada penjual lain.
2.2 PROSES / CARA PELAKSANAAN
Penanaman nanas kelihatan mudah tetapi sebenarnya sangat sukar kerana perusahaan ini
melibatkan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa
bekerja yang banyak.
Perusahaan nanas juga begitu sukar kerana terdapat banyak langkah yang perlu
dijalankan untuk memastikan tiada masalah yang berlaku seperti serangan haiwan
perosak, kualiti nanas tidak baik serta rasa nanas tidak manis.
2.2.1 Definisi nanas
KUMPULAN NANAS
Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah
tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di
Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di
negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius
(Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di
Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.
2.2.2 Ciri-ciri umum nanas
Iklim dan Tanah:
Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-
30oC. Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata.
Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara
pH 4.5-6.0. Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu
masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.
2.2.3 Jenis-jenis nanas
Pak Sutimon telah mengusahakan dua jenis nanas yang mendapat permintaan tinggi iaitu
nanas moris seta nanas Josapine.
2.2.3.1 Ciri-ciri nanas mengikut jenis
NANAS MORIS:
Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa
ini. Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing. Nanas
Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai
kandungan gula yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya
mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan
pengeluarannya.
NANAS JOSAPINE:
Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak. Rintang terhadap gejala
teras hitam. Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan
laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Selain daripada itu nanas ini
juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar.
Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama
komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor
(induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).
Ciri-ciri Utama Josapine:
Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
Daun hijau keunguan, tidak beduri.
Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.
Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.
Sulur dan ratunnya baik.
Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:
Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).
Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga
mengambil masa 30 hari.
Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.
Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.
Ciri-ciri Buah:
Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga
apabila masak.
Buah berbentuk silinder.
Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.
Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).
Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.
Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.
Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah
terlalu masak.
Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan
pada suhu 10%oC
selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
Gambar dibawah menunjukkan gambar nanas Moris
Gambar berikut merupakan gambar nanas Josephine.
2.2.4 Proses Penanaman Nanas
2.2.4.1 Penyediaan Tanah
Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum
menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu
rendah (bawah pH 4.5).
2.2.4.2 Amalan Kultur
Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.
Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman
pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.
Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163 kg
'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas ditanam.
Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali
pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE pada kadar
yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.
Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g ferus
sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air. Penyemburan dibuat pada 1
dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.
Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300
bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).
Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.
2.2.4.3 Pembajaan
Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Hektar
1
2
3
4
5
Sebelum menanam
Semasa menanam
3 bulan
6 bulan
9 bulan
Kapor
CIRP
NPK 12:12:17:2
NPK 12:6:22:3
NPK 12:6:22:3
2.5 tan
200 kg
200 kg
500 kg
500 kg
2.2.4.4 Kawalan Penanaman
2.2.4.4.1 Racun
Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga
Bil Racun Bahan Aktif Kadar JumlahKetinggian
kemasan tanah
1
2
3
4
5
6
Carbaryl
Dimethoate
Amitraz
Mercaptodimethur
Diazinon
Cypermethrin
85%
38%
20%
50%
52%
5.5%
9g / 4.5 lit.air
6 ml / 4.5 lit.air
10 ml / 4.5 lit.air
10 g/10 lit. air
7.5 ml / 4.5 lit.air
7.5 ml / 4.5 lit.air
1.8 kg
1 lit
0.8 lit
500 g
1.5 lit
1.3 lit
7
14
7
7
7
7
Racun Untuk Kulat
Bil RacunNama
DaganganBahan Aktif Kadar Bancuhan
Ketinggian
Kemasaman
Tanah
1
2
3
4
Mancozeb
Maneb
Copper oxychloride
Tridemorph
Dithane M-45
Pro-Maned 80
Zepercide 870
Calixin
80%
80%
87%
84.3%
7-9/4.5 lit.air
30-40/18 lit.air
10-20 g/10 lit.air
5 ml/4.5 lit.air
7
14
7
7
2.2.4.4.2 Kawalan Rumpai:
Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap 3
bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.
2.2.4.4.3 Kawalan Jambul dan Sulur:
Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk
membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpang pada setiap
pokok untuk dijadikan bahan tanaman.
2.2.5 Indeks Kematangan
Indeks kematangan Nanas Moris
Indeks 1: Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
- belum matang
- belum boleh dituai
Indeks 2:Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara
mata di pangkal buah
- peringkat pecah warna (buah matang)
- belum sesuai dimakan segar
- sesuai dieksport melalui laut
Indeks 3:Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau
kekuningan
- buah matang
- boleh dimakan segar tapi belum enak
- sesuai dieksport melalui laut dan udara
Indeks 4: 25% mata buah berwarna kuning
- buah mulai masak
- boleh dimakan segar
- sesuai dieksport melalui udara
Indeks 5: 50% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks 6: Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks 7:
Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
- buah masak ranum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
Indeks Kematangan Nanas Josapine
Indeks 1 : Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna kemerahan.
- buah belum matang
- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
- belum sesuai untuk dituai.
Indeks 2 : Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara
mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
- buah telah matang (peringkat pecah warna)
- 50% isi berwarna keemasan
- belum sesuai dimakan segar
- boleh dieksport melalui laut
Indeks 3 : Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah bertukar
warna keorenan.
- buah matang hijau
- 75% isi berwarna keemasan
- boleh dimakan segar tapi masih belum enak
- sesuai untuk ekport melalui laut dan udara
Indeks 4 : Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.
- buah suku masak
- lebih 75% isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
- baik untuk dimakan segar
- sesuai untuk pemprosesan minuman
- sesuai untuk eksport melalui udara.
Indeks 5 : Lebih 75% mata berwarna keorenan
- buah separuh masak
- keseluruhan isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan harum
- baik untuk dimakan segar
- baik untuk pemprosesan minuman
- masih boleh dieksport melalui udara
Gambar tersebut merupakan pokok nanas yang baru ditanam dalam beberapa barisan
lurus.
Gambar menunjukkan deretan nanas yang sudah berbuah dan boleh dijual kira-kira lima
hari sahaja lagi.
Gambar ini menunjukkan Pak Sutimon sedang bersungguh-sungguh mencantas tampuk
nanas yang sudah masak ranum (kekuning-kuningan).
Gambar menunjukkan wajah saya dan Pak Sutimon begitu gembira ketika mengangkat
nanas yang sudah masak ke arah van untuk dijual. Kami sempat bergurau-senda
walaupun ketika cuaca begitu panas.
Gambar di bawah menunjukkan nanas yang siap disusun untuk dibawa kepada penjual
yang tinggal berdekatan dengan rumah Pak Sutimon.
2.3 PERALATAN / KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Gambar di bawah menunjukkan Pak Sutimon menggunakan parang untuk mengambil
nanas yang sudah masak.
Gambar menunjukkan Pak Sutimon sedang menyembur racun untuk memastikan
pertumbuhan nanas tidak terjejas.
Gambar di bawah menunjukkan saya yang sedang memegang sebilah tajak sebagai alat
untuk membuang semak-samun sambil bergambar bersama Pak Sutimon.
2.4 TEMPAT / KAWASAN
2.4.1 KELUASAN TANAH
Gambar berikut adalah kawasan penanaman nanas dijalankan yang dianggarkan lebih
kurang tiga ekar.
3) SUMBANGAN / PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT
3.1 SUMBER PENDAPATAN
Dengan mengusahakan penanaman nanas ini Pak Sutimon dapat menambah pendapatan
keluarga beliau. Pada masa sekarang, purata jualannya ialah sekitar 700-900 biji sebulan.
Setiap biji nanas ini dijual kepada pemborong dengan harga RM 1. Jdi, pendapatan bersih
beliau dianggarkan kira-kira RM 700 – RM900 sebulan.
3.2 MEMENUHI PERMINTAAN
Pak Sutimon juga memenuhi permintaan masyarakat setempat yang mahukan nanas yang
manis dan berkualiti. Ini adalah disebabkan penduduk di kawasan tersebut
kebanyakannya memasak di rumah. Selain itu, jem nanas yang juga dibuat sendiri oleh
beliau mendapat permintaan yang memberangsangkan.Gambar di bawah adalah jem
nanas buatan sendiri yang mempunyai pelbagai kegunaan
3.3 PEMBANGUNAN KAWASAN SETEMPAT
Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman nanas telah menyebabkan kawasan
ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.
3.4 PELUANG PEKERJAAN
Perusahaan nanas ini tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana hanya dilakukan oleh
Pak Sutimon bersama isterinya sahaja.Gambar di bawah menunjukkan saya bergambar
bersama Pak Sutimon dan isterinya (Mak Cik Karsihah).
4) PROSPEK
4.1 CABARAN / KEKANGAN YANG DIHADAPI
Pak Sutimon menyatakan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi. Antaranya
adalah ketika beliau hendak memulakan perusahaan nanas ini. Pada ketika itu, beliau
mengalami kerugian serta tiada sesiapa yang ingin membeli nanas daripadanya. Beliau
dan keluarga terpaksa mengikat perut kerana Pak Sutimon tidak mampu menampung
perbelanjaan keluarga. Tetapi berkat kesabaran beliau, akhirnya perusahaan ini semakin
berkembang.
Cabaran yang seterusnya adalah terdapat banyak haiwan perosak yang memusnahkan
tanaman beliau seperti tikus serta babi hutan. Tikus yang terdapat di kawasan itu
memakan nanas yang belum sempat masak ranum.
Selain itu, Pak Sutimon menghadapi cabaran persaingan kerana semakin ramai penduduk
di situ mengusahakan nanas.
Di samping itu, Pak Sutimon menghadapi cabaran mengenai tiada waris yang berminat
untuk meneruskan perusahaan yang bernilai ini.
4.2 PENGLIBATAN PIHAK LUAR / GALAKAN KERAJAAN ATAU SWASTA
Proses penanaman nanas ini memerlukan bantuan dan nasihat daripada jabatan pertanian
kerana proses permulaannya agak rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal
ini adalah kerana terdapat beberapa pengusaha nanas yang gagal mengeluarkan hasil
yang berkualiti kerana cara penjagaan yang tidak sesuai. Ianya menyebabkan jumlah
yang dapat dipasarkan semakin merosot. Keadaan nanas yang tumbuh dengan sihat dapat
meningkatkan kualiti hidup para pengusaha nanas. Pak Sutimon berkata beliau
mempunyai semangat juang yang tinggi kerana mendapat bantuan daripada badan
kerajaan. Walaupun bantuan yang diberikan tidak besar tetapi ia amat berharga buat Pak
Sutimon dan keluarga beliau.
4.3 REAKSI / PENERIMAAN MASYARAKAT
Masyarakat di kampung ini kebanyakannya menanam nanas untuk keperluan sendiri
terutamanya untuk masakan harian.Pak Sutimon berkata, penerimaan masyarakat
memberangsangkan. Beliau mendapat kepercayaan daripada pelanggannya kerana nanas
yang ditanam oleh beliau amat manis.
4.4 SARANAN DAN HARAPAN
Pak Sutimon dan Mak Cik Karsihsh berharap agar golongan muda memajukan industri
nanas secara besar-besaran dan tidak memandang sebelah mata terhadap bidang
pertanian. Walaubagaimanapun, Pak Sutimon merancang untuk bersara daripada
mengusahakan nanas disebabkan faktor umur beliau yang semakin meningkat. Beliau
menyatakan anak-anaknya tidak mahu mewarisi kerana mereka sibuk menguruskan
ladang kelapa sawit kepunyaan mereka sekeluarga.