5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 1/28
1
KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SEKOLAH RENDAH
TAJUK
KUMPULAN
P.PNG 02 (A112 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORLAILY BT MD ZAIN D20102041897 013-6346558
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ROSMA BINTI OSMAN
TARIKH SERAH: 29 APRIL 2012
PORTFOLIO
REFLEKSI KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SEKOLAH RENDAH
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 2/28
2
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 REFLEKSI TAJUK
1.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SEKOLAH RENDAH 3
1.2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR 8
1.3 MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 13
1.4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 18
1.5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH 23
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 3/28
3
REFLEKSI TAJUK PELAJARAN
TAJUK TAJUK
1 PERKEMBANGAN KURIKULUMDAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
Rumusan Tajuk
Unit ini memperjelaskan berkaitan perkembangan kurikulum dan pengajaran di sekolah
rendah. Perkembangan kurikulum melalui tiga zaman iaitu zaman11
sebelum penjajahan
Inggeris, zaman semasa penjajahan Inggeris dan seterusnya zaman era selepas kemerdekaan.
Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris, masyarakat melayu mengamalkan pendidikan
tradisional. Pendidikan pada zaman ini lebih kepada pendedahan dalam hal ehwal
rumahtangga, dimana anak-anak perempuan dididik agar pandai membantu ibu mereka dalam
hal menguruskan keluarga, begitu juga dengan kanak-kanak lelaki dididik supaya rajin
membantu bapa mereka dalam mencari nafkah keluarga.
Semasa zaman penjajahan pada tahun 1940an, pihak penjajah Inggeris telah membuka
sekolah Inggeris di tanah melayu. Tenaga pengajar pada zaman itu menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam proses pembelajaran. Namun terdapat
kebimbangan dikalangan ibubapa terhadap anak-anak mereka yang mengikuti pembelajaran
yang diajar oleh mubaligh kristian antaranya kebimbangan pertukaran agama dan
sebagainya.Oleh itu, pihak pentadbiran penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sekolah
vernakular22, dimana bahasa ibunda digunapakai dalam pendidikan di sekolah rendah.
Selepas tanah melayu mencapai kemerdekaan, berlaku perubahan dalam sistem
pendidikan negara. Akta pelajaran 1961 diperkenalkan untuk diaplikasikan ke semua ke
semua sekolah-sekolah rendah di tanah melayu .
1 Jangka masa(sama ada panjang atau pendek)2 Bukan penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh sesuatu kaum dalam masyarakat
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 4/28
4
Peta Minda
PETA KONSEP
PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SEKOLAH RENDAH
ZAMAN SEBELUM
PENJAJAHAN
INGGERIS
ZAMAN
PENJAJAHAN
INGGERIS
ZAMAN
SELEPAS
MERDEKA
PENDIDIKAN
TRADISIONALSEKOLAH
INGGERIS
SEKOLAH
VERNAKULAR
AKTA
PELAJARAN
1961
PERKEMBANGAN KURIKULUM
DAN PENGAJARAN
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 5/28
5
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Pendidikan Formal Pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan
mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusipendidikan yang tertentu.
2.
Pendidikan Informal Pendidikan dan pengalaman yang diperolehi melalui pelbagai aktivitikehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluargadan ahli-ahli masyarakat sekkeliling.
3. Pendidikan Non-formal Pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikanformal seperti latihan khas, bengkel dan belajar sambil bekerja yangdirancang.
4.
Pendidikan Tradisional Pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelatadi mana ibu bapa adalah orang yang memainkan peranan utamasebagai pendidik.
5.
Sekolah Vernakular Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di sekolah
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 6/28
6
Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini telah mengalami
perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang lain pendidikan di
negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan ke tahap
yang lebih baik dan cemerlang. Sistem pendidikan di Negara kita sentiasa mementingkan
perkembangan dan peningkatan ilmu. Apabila pendidikan itu berkembang maka tenaga
pengajarnya iaitu para guru juga perlu melalui proses perubahan baru seperti penekanan yang
diinginkan dalam perlaksanaan sesuatu pembaharuan. Di antara perincian berkaitan sejarah
pendidikan dan kandungannya juga memberi impak di dalam ilmu pendidikan. Sebagai
contohnya adalah berkaitan dengan Penyata Razak ;
(Para 12)
Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-
budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupunperkara ini
tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
Abdul Razak Hussein
Penekanan berkaitan Penyata Razak adalah penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang wajib digunakan untuk menyatupadukan kanak-kanak di Tanah Melayu.
Penyata ini memberi impak yang begitu mendalam dalam ilmu pendidikan.
Pendapat Anda Tentang Tajuk
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 7/28
7
Pada pendapat saya tajuk ini sesuai dalam memberi pendedahan asas kepada perkembangan pendidikan
orang-orang yang terdahulu dan juga kini serta bagaimana perlaksanaan yang telah mereka laksanakan
pada zaman itu. Selain terdapat gambar menarik yang diselitkan di sebalik penceritaan topik ini yang
memperkenlkan wajah di sebalik sejarah yang dipaparkan. Tokoh memnainkan peranan yang berkesan
dalam merubah kurikulum dan sistem pendidikan negara. Contohnya adalah seperti tokoh di bawah :
Abdul Rahman Talib
Penerangan berkaitan tokoh :
Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman
Talib. Berasaskan kepada penyata-penyata tersebut dan Ordinan Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961
diwartakan. Sehubungan itu satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk
keseluruhan sistem persekolahan di negara ini telah digunakan. Dari sudut pengajarannya pula bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama selain membenarkan bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan bahasa Tamil digunakan masing-masing di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 8/28
8
REFLEKSI TAJUK PELAJARAN
TAJUK TAJUK
2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR
Rumusan Tajuk
Laporan Jawatankuasa Kabinet33
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan negara sehingga
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982. KBSR memberi penegasan yang
khusus kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira). KBSR selepas itu ditukar dari
baru kepada bersepadu iaitu kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada
FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan
semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula diperkenalkan pada
2011.
Kurikulum bersepadu adalah kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran agar terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur
intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Manakala dalam kurikulum standard
pula adalah kurikulum ysng berasaskan kepada standard seperti standard kandungan,standard
pembelajaran dan sebagainya yang menetapkan satu tahap standard bagi setiap murid dan bukan
hanya berpandukan ketinggian markah sahaja tapi turut dinilai adalah sahsiah murid juga.
Sebagai contoh perbandingan di antara KBSR dan KSSR adalah berkaitan dengan fokus 3M di
mana dalam KBSR terdapat tiga elemen membaca, menulis dan mengira ditekankan untuk murid
kuasai manakala dalam KSSR pula terdapat ditambah dengan menaakul. Contoh dalam proses
menaakul adalah murid boleh bercerita kembali hasil seni yang dibuat kepada rakan mereka yang lain.
Kesimpulannya, perubahan yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran ini adalah sejajar
dengan cabaran masa hadapan dalam abad ke 21 ini bagi melahirkan dan mendidik generasi yang
bermaruah dalam menghadapi kehidupan yang sebenar.
3Badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah Negara yang terdiri daripada para menteri kerajaan yang
memerintah
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 9/28
9
Peta Minda
PETA KONSEP
PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR
KURIKULUM
SEKOLAH
KLSR
KSSR
KBSR
Latar
Belakang
Perbandingan
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 10/28
10
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan 1.
Kurikulum Bersepadu Kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kamhiran dannilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonianantara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam prosespembelajaran.
2.
Kurikulum Standard Kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standardkandungan, standard pembelajaran, dokumen standard dansebagainya.
3. Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspekpengetahan, kemahiran dan nilai.
4.
StandardPembelajaran
Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajarandan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
5.
Tunjang KSSR Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dannilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains danteknologi; dan keterampilan.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 11/28
11
Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan
Perbezaan yang ditunjukkan terhadap perbandingan fokus yang diberikan di antara duakurikulum memberi pendedahan yang lebih jelas kepada guru, seperti contoh di bawah ;
KLSR KBSR
Kurikulum bersifat umum dan lebihkepada hafalan
Penekanan kepada kemahiran asas 3M(membaca, menulis dan mengira).
Silibus yang statik dan perludiselesaikan untuk peperiksaan
Gabung jalin kemahiran danpenyerapan isi daripada matapelajaran lain.
Mata pelajaran yang membebankanmurid dengan bidang yang kurang jelas.
Tiga bidang utama diberi penekanandengan jelas iaitu komunikasi;perkembangan diri individu; danmanusia dan alam kelilingnya.
Pengajaran yang tidak melibatkanpenyertaan aktif murid (berpusatkanguru).
Pengajaran dengan penglibatan muridsecara aktif (berpusatkan murid).
Pengajaran untuk seluruh kelas dan alakuliah digunakan
Pengajaran dalam bentuk kumpulandan individu digunakan
Proses pengajaran dan pembelajaransecara formal
Bahan pengajaran selaras denganminat, umur dan kebolehan murid-murid.
Tiada pertimbangan perbezaan individumurid.
Perkembangan pelajaran mengikutkebolehan murid-murid.
Hanya bergantung kepada penggunaanbuku teks
Penggunaan bahan dan alat bantumengajar yang lebih berkesan.
Tiada program pemulihan kepada muridyang lemah dan pengayaankepada
yang cerdas
Program pemulihan kepada muridyang lemah dan pengayaan kepada
yang cerdas berasaskan keputusanujian diagnosis
Penilaian berbentuk sumatif dijalankanuntuk mengukur pencapaian murid-murid.
Penilaian formatif juga digunakan bagimenilai perkembangan dan kemajuanmurid.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 12/28
12
Pendapat Anda Tentang Tajuk
Pada pendapat saya lampiran jadual yang disertakan memudahkan lagi pemahaman berkaitan dengan
tajuk, sebagai contohnya di dalam jadual 2.2 iaitu berkaitan dengan fokus kurikulum yang ditekankan di
dalam kedua-dua kurikulum tersebut iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang
terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Selain itu disertakan juga peta konsep dan peta
minda bagi memperjelaskan sesuatu konsep.
Pendedahan berkaitan fokus kurikulum juga telah diperjelaskan contohnya fokus kurikulum
dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dan secara
relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR
adalah lebih tinggi. Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan
secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku
dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran
asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul,
menjadikannya 4M. Ini dapat diperjelaskan seperti ringkasan di bawah ;
FOKUS
KURIKULUM
KLSR KBSR KSSR
-bersifat umum
lebih kepada
hafalan
-membaca
-menulis
-mengira
-membaca
-menulis
-mengira
-menaakul
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 13/28
13
REFLEKSI TAJUK PELAJARAN
TAJUK TAJUK
3 MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Rumusan Tajuk
Unit ini telah membincangkan matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang
berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka.
Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan
KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu dihuraikan juga matlamat
kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan
KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam
FPK .
Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah
rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh manakala
KSSR pula berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan
estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah
berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran
dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar
untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 14/28
14
Peta Minda
PETA KONSEP
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Matlamat
Kurikulum Dalam
Pendidikan
Sebelum Penjajahan
Matlamat
Kurikulum Dalam
Pendidikan Semasa
Penjajahan
Matlamat
Kurikulum Dalam
Pendidikan Selepas
Merdeka
MATLAMAT KURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
Matlamat KBSR Matlamat KBSR
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 15/28
15
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Matlamat Pendidikan Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang diharapkan akan
diperolehi di akhir suatu proses pendidikan.
2.
Matlamat Kurikulum Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat sesuatu sistempendidikan tesebut.
3.
Objektif Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan mengikutilangkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek.
4.
Matlamat Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.
5.
Matlamat KSSR Memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu sebagaimana yang termaktub dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 16/28
16
Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan
Jawatankuasa yang ditubuhkan dalam mengkaji sesuatu dasar dalam pendidikan telah memberi
impak yang besar kepada murid-murid di Malaysia. Di antaranya ialah apa yang berlaku pada
tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan
ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas
merdeka.. Di antara matlamat Jawatankuasa Kabinet adalah ;
“Mengkaji semula matlamat dan kesannya kepada sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk
mempastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.”
Hasil daripada kajian membawa kepada laporan dapatannya ;
Laporan kajian oleh jawatankuasa ini siap pada 1979. Berdasarkan laporan tersebut, kurikulum
yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami perubahan. Walau
bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah
rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah menengah.
Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara
menyeluruh. Berdasarkan Perakuan 57(a), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
“Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid
mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan
alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat
dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.”
Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi
kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 17/28
17
Pendapat Anda Tentang Tajuk
Pada pendapat saya tajuk ini banyak memberi pendedahan berkaitan tentang matlamat
pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia mengikut zamannya iaitu Matlamat Kurikulum Dalam
Pendidikan Sebelum Penjajahan, Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan
dan Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka serta bagaimana para menteri
berkaitan berusaha mengkaji sesuatu kelemahan dalam mempertingkatkan lagi mutu
pendidikan di sekolah. Di mana saya juga terlibat dengan kajian tersebut, kerana semass saya
di sekolah rendah kami belajar mata pelajaran Alam dan Manusia.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993,
ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Antara
perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan Kajian
Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian mata pelajaran
Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Seterusnya, mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian.
Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan
keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan
itu, melalui KBSR diharapkan akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah dalam
berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk
berfikir dan berilmu pengetahuan luas, tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta
berkeupayaan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Dalam
pelaksanaannya, KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat
patriotik agar murid-murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta
berilmu
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 18/28
18
REFLEKSI TAJUK PELAJARAN
TAJUK TAJUK
4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Rumusan Tajuk
Unit ini memperjelaskan berkaitan tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum
di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam
KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan
elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2
juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut
organisasinya. Pendedahan dbuat dengan membuat analisis tentang persamaan dan
perbezaan tersebut. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut
organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek organisasi tahun
pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2, organisasi mata pelajaran
mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi
modul mengikut tunjang dan tema dan organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut
tahap .
Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap-
tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan
mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut,
selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran
wajib, tambahan dan elektif.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 19/28
19
Peta Minda
PETA KONSEP
ORGANISASI SEKOLAH RENDAH
ORGANISASI KURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
Tahap-tahap Dalam
KBSR/ KSSR
Organisai KBSR
Bidang
Mata
Pelajaran
Organisai KSSR
Tunjang
Mata
Pelajaran
Banding Beza Antara
Organisasi KBSR Dengan
KSSR
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 20/28
20
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Mata Pelajaran Teras Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid megikut aliran
persekolah masing-masing.
2.
Mata Pelajaran Wajib Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolahrendah. Contohnya Bahasa Melayu, Matematik,bahasa Inggeris dansebagainya.
3.
Tunjang Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsepini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
4.
Tahap 1 Melibatkan murid dalam tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 yang belajar disekolah rendah.
5.
Tahap 2Melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang belajar di sekolahrendah
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 21/28
21
Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan
Perbincangan dalam unit ini member impak terhadap ilmu pendidikan adalah berkaitan tentang
organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia.
Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan
komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum
dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan
dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat
analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut.
Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya.
Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek:
organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib
atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema.
organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.
Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Tempoh umur bagi persekolahan ini seperti yang
tertulis di dalam akta pendidikan ini memberi impak terhadap ilmu perguruan, pendidikan di
peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12
tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap
iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala
Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 22/28
22
Pendapat Anda Tentang Tajuk
Tajuk berkaitan organisasi kurikulum sekolah rendah memperjelaskan mengenai Mata pelajaran
dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran
wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga
merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa
Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa
Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan
mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 23/28
23
REFLEKSI TAJUK PELAJARAN
TAJUK TAJUK
5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
Rumusan Tajuk
Unit ini telah memperjelaskan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di
sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat
dalam KBSR dab KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga turut dibincangkan.
Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakkannya adalah sama.
Perbezaannya adalah bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu.
Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta
mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan, manakala
dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1
dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu ModulTeras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran
Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya
diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi,
Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang
Kemanusiaan. Manakala bagi Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang ini adalah
bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara
seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 24/28
24
Peta Minda
PETA KONSEPMATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH
4
MATA PELAJARAN
SEKOLAH RENDAH
Asas PenentuanMata Pelajaran
Mata Pelajaran
KBSR
Mata Pelajaran
KSSR
Teras
Wajib
Tambahan
Modul Teras
Asas
Elektif
Teras
Tahap 1 Tahap 2
Modul Teras
Tema
Modul Elektif
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 25/28
25
Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Dokumen StandardKandungan (DSK)
Berkaitan dengan penyataan spesifik tentang perkara yang patutketahui dan boleh lakukan dalam sesuatu tempoh persekolahanmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2.
Dokumen StandardPembelajaran (DSP)
Berkaitan dengan satu penetapan kriteria atau petunjuk ( indikator)kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiapstandard kandungan.
3.
Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpastiuntuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular danbersifat kendiri-lengkap (self-contained).
4.
Kurikulum Bersepadu Kurikulum yang secara eksplisitnya tidak hanya menjurus kepadasesuatu domain, bidang atau aspek tertentu sahaja, sebaliknya lebihmenyeluruh dengan mengintegrasikan pelbagai domain, bidang atauaspek yang bersangkutan dan dikenalpasti relevan atau selarasdengan perkembangan seimbang murid-murid.
5.
Mata Pelajaran Elektif Mata pelajaran yang dipelajari oleh murid mengikut pilihan merekasendiri. Di antara contoh mata pelajaran elektif ialah Bahasa Arab,Bahasa Cina (BCSK) dan sebagainya.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 26/28
26
Impak Tajuk Terhadap Ilmu Perguruan
Salah satu impak terhadap Ilmu Pendidikan adalah berkaitan dengan memperkasakan Sekolah
Kebangsaan adalah merupakan salah satu teras strategik Plan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan, ialah dengan
memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa
Tamil Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat
pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005. Kedua-dua
mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa CinaKomunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada murid
Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8)
bertarikh 1 Oktober 2002.
Pendedahan kepada surat pekeliling berkenaan dengan Pelaksanaan j-QAF adalah juga
untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan j-QAF bermula pada tahun 2005
mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004. Sebelum ini
pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja iaitu bagi tempoh enam bulan pertama
persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j-QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus
kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam
seminggu bagi tujuan ini adalah, Al-Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30
minit. Pelaksanaan j-QAF menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu
dengan adanya j-QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi
dengan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa
Islam yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab
tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih untuk
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah agama yang lain.
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 27/28
27
Pendapat Anda Tentang Tajuk
Unit ini sangat baik kerana telah memaparkan penerangan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran
yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang
terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata
pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya adalah sama. Perbezaan adalah kepada
bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang,
mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran
tambahan.
Dalam KSSR pula mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1
dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata
Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan
mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan
Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori
Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula
mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid-murid dapat
mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard kandungan
dan standard pembelajaran.
Antara pendedahan yang dilalui ialah pemeringkatan dalam mata pelajaran sains iaitu di peringkat
awal KBSR duhulu sains diajar sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.
Bila mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja. Hanya pada 2001
barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di
bawah pelaksanaan PPSMI. Kini dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu
komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).
5/17/2018 Norlaily Bt Md Zain-D20102041897_P.png02 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/norlaily-bt-md-zain-d20102041897ppng02 28/28
28
RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers (1996)
Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR 1. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi keempat (2010) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Rancangan Malaysia Kesepuluh : Bab 5 ( Membangun dan Mengekalkan Modal Insan
Bertaraf Dunia)
http://www.moe.gov.my/bpk/
Top Related