PENGGUNAAN NERACA NOMBOR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNTUK MURID-MURID PENDIDIKAN
KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
NUR BAZILAH BINTI MUSTAFA BAKRAY
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai
‘kanak-kanak berkeperluan khas’ yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal,
bermasalah mental dan bermasalah emosi. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Mansor (2005) berpendapat program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif.
Mengikut terjemahan Kirk (1993), Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri
saraf dan otot, tingkah laku sosial, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan sehingga
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-
perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum.
Oleh yang demikian, keupayaan pemikiran kanak-kanak pendidikan khas adalah pada
tahap rendah berbanding dengan murid-murid lain yang mengikuti pendidikan formal di aliran
perdana yang sama umur dengan mereka. Menurut Jamilia (2005) , kanak-kanak pendidikan khas
mengalami kelemahan dalam proses pengamatan, di mana kanak-kanak tidak dapat mengamati
situasi nombor dan matematik keseluruhannya. Tambahan pula, mereka sering mengalami
masalah mengecam nombor dan sering mencampuradukkan nombor. Oleh itu, masalah
matematik dikaitkan dengan situasi kehidupan seharian bagi membantu murid dalam matematik.
Menurut Frank (1988), penambahan menunjukkan suatu tindakan menyatukan dan
tindakan ini memberi model asas bagi pengajaran mengenai operasi tambah. Unsur-unsur
matematik seperti nombor atau membilang adalah kemahiran prasyarat bagi memajukan konsep
penambahan.Kanak-kanak harus menggunkan set-set benda, membilang benda-benda dalam
setiap set, menyatakan set-set itu dan membilang set yang terhasil itu.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang aktif di dalam proses mempelajari fakta
asas ini dengan menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti sambil memberi
soalan bimbingan bagi membentuk konsep yang diperlukan. beberapa contoh atau cadangan
sebagai pengenalan untuk memahirkan fakta asas dan keluarga nombor hendaklah dirancang atau
disediakan sesuai mengikut latar belakang dan kadar pembelajaran murid-murid.
1.2 Refleksi Pengajaran Yang Lalu
Semasa praktikum fasa 3, saya di tempatkan di salah sebuah sekolah di daerah Kota Setar dalam
kelas Pendidikan Khas Integrasi. Kelas pendidikan khas ini terdiri daripada 18 orang murid, 6
orang guru dan 2 orang pembantu murid. Kelas Sepadu merupakan kelas akhir yang terdiri
daripada 6 orang murid.
Sewaktu memulakan sesi praktikum, saya telah melaksanakan ujian diagnostik. Ujian
diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam program pendidikan khas masalah pembelajaran.
Ujian ini digunakan untuk membantu guru pendidikan khas mengesan aspek kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Keputusan analisis ujian diagnostik dapat membantu
saya untuk merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seorang murid atau
sekumpulan murid pendidikan khas. Saya memulakan pengajaran dan pembelajaran saya untuk
mengenalpasti tahap penguasaan murid untuk mata pelajaran matematik.
Semasa mengajar mata pelajaran matematik yang bertajuk mengenai pranombor, saya
mendapati murid-murid tidak mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan pranombor.
Walau bagaimanapun, semasa mengajar mereka lambat sedikit untuk menyebut dan mengingat
nombor. Apabila saya mengajar operasi tambah dengan menggunakan kaedah penerangan, saya
dapati beberapa orang murid terpinga-pinga tidak dapat membayangkan apa yang saya sebut
semasa saya membuat penjelasan. Saya telah membuat pengulangan penerangan. Hal ini
menyebabkan murid-murid kelihatan kurang keyakinan untuk menyelesaikannya. Ini mungkin
disebabkan murid masih belum dapat mengenal pemikiran secara abstrak. Menurut Piaget dalam
dipetik dari Mok Soon Sang (2003), peringkat Praoperasi (2-7 tahun), kanak-kanak telah boleh
menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka tidak dapat
membuat perbandingan antara benda; tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek
dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan
sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang diamatinya.
Kadangkala murid hanya menunggu guru berada bersebelahan dengan mereka baru mereka
mahu melakukan kerja atau tugasan yang diberikan.
Setelah mendapati murid masih keliru, saya telah meminta murid untuk menggunakan
pembilang yang disediakan. Sambil menggunakan alat pembilang yang disediakan, saya
mengulangi penerangan saya tentang langkah-langkah untuk membuat operasi tambah satu digit
dengan satu digit tanpa mengumpul semula. Andaian saya ialah dengan pengulangan penerangan
dan disertakan dengan penggunaan alat pembilang, murid akan lebih mudah memahami tentang
langkah-langkah untuk operasi tambah.Menurut Zainab Ahmad (2010), Konfiusus pernah
berkata “Apa yang saya dengar, saya akan lupa. Apa yang saya lihat, saya akan ingat”. Justeru
itu, saya telah cuba menggunakan gambar.
Menurut Dale (1969), seseorang murid akan mengingat sebanyak 80 peratus daripada apa
yang dipelajari melalui penerangan lisan dan visual berbanding dengan hanya 25 peratus ingatan
melalui penerangan semata-mata. Manakala menurut Muhamad Hasan (2000), kadar
pengetahuan yang tertinggi diperoleh menerusi penglihatan iaitu 83 peratus, menerusi
pendengaran, seseorang itu berkemungkinan memperoleh pengetahuan pada kadar 11 peratus.
Manakala menerusi bau, seseorang individu memperoleh pengetahuan 3 peratus dan selebihnya 2
peratus menerusi sentuhan dan 1peratus menerusi deria rasa. Oleh itu, sekirannya murid memberi
tumpuan dan mendengar dengan teliti semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid
memperoleh 94 peratus kadar pemerolehan pengetahuan.
Setelah memberi penerangan sambil meminta murid melihat kad gambar, saya dapati
murid-murid kelihatan keliru pada mulanya. Ini hanya jangkaan saya. Adakah tindakan saya
menggunkan kad gambar itu betul dan berkesan? Meskipun mereka kelihatan faham, saya tidak
dapat mengukur kefahaman murid kerana saya tidak menjalankan penilaian formatif. Menurut
Wikipedia (2012) semasa berlaku proses pembelajaran, guru menggunakan penilaian formatif
secara formal dan tidak formal dengan tujuan untuk memodifikasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk menambahbaik pencapaian murid. Apabila berlaku pengulangan
penerangan, saya telah menggunakan masa yang telah diperuntukkan untuk aktiviti lain. Apakah
tindakan saya itu betul?
Pada pandangan saya, pengurusan masa saya akan menjadi lebih teratur sekirannya saya
hanya membuat penerangan sekali dengan disertakan penggunaan bahan bantu yang berkesan.
Saya telah menggunakan kad gambar, saya dapati ada murid yang tidak memberi perhatian
sepenuhnya. Mungkin demonstrasi dapat diintegrasikan dengan penerangan melalui aktiviti
pembelajaran koperatif. Menurut Noriati (2009), apabila guru yakin bahawa penerangan dan
contoh yang sesuai terhadap apa-apa yang dipelajari dapat dimodelkan oleh murid, maka aktiviti
atau tugasan boleh diberikan kepada pemantauan guru.
Saya sebenarnya percaya bahawa setiap murid seharusnya diberi peluang yang sama dan
adil untuk mengalami pembelajaran secara aktif untuk membolehkan mereka menguasai
pembelajaran. Nilai ini telah saya cuba realisasikan tetapi saya telah tersilap dalam mentafsir
pembelajaran aktif. Apa yang saya lakukan ialah pengajaran aktif yang lebih berorientasikan
guru bukan pembelajaran aktif dalam ertikata ‘tumpuan murid’. Ini bermakna nilai pendidikan
yang menjadi pegangan saya telah tidak diimplementasikan dengan betul. Ketika saya mengajar
itu, sebenarnya murid tidak aktif tetapi pasif sebagai pendengar.
Untuk menjadikan murid lebih aktif, saya sepatutnya perlu melibatkan penggunaan bahan
bantu dan kaedah demonstarsi. Andainya saya sendiri yang melakukan demonstrasi bererti murid
masih pasif. Oleh itu, Bruner (1961) mencadang murid terlibat secara aktif dengan penggunaan
bahan bantu mengajar untuk mengingat kembali maklumat dan Bonwell dan Eison
mencadangkan laksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan tugasan secara berpasangan
dan membincangkan dalam aktiviti seperti main peranan, bahas, kajian kes dan pembelajaran
koperatif.
Oleh yang demikian, saya dapati saya perlu memikirkan satu intervensi yang dapat
membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran operasi tambah dan meningkatkan
kemahiran mengenal nombor.
1.3 Pengumpulan Data Awal
Di sekolah, tahap penguasaan dalam pembelajaran untuk mata pelajaran matematik untuk Faris,
Is dan Azim (nama samaran) berada pada tahap yang sederhana. Hasil pemerhatian dan tinjauan
yang dilakukan menunjukkan bahawa murid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dalam
kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sedikit gangguan sahaja seperti
murid-murid lain yang bercakap-cakap atau bergelak ketawa dapat menarik perhatian responden
daripada pembelajaran. Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah laku murid
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Pengumpulan data awal juga dikumpulkan dengan pemberian lembaran kerja dan
semakan tugasan murid. Jelasnya, hasil semakan tugasan menunjukkan murid tidak dapat
menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 dimana secara purata mereka
mendapat purata markah 3 daripada 10 soalan yang diberi. Murid menggunakan masa yang
panjang untuk menyiapakan latihan pada lembaran kerja dengan beberapa kali bertanya kepada
guru.
Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan guru Matematik yang mengajar di
sekolah tersebut. Perbincangan melibatkan interaksi dua hala. Kaedah ini adalah untuk
berbincang antara satu dengan lain untuk berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapat
untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masasalah atau tugasan. Oleh
itu, saya mendapati kelemahan yang sama berjaya dikesan pada murid tersebut. Guru matematik
selalunya meluangkan lebih masa dengan memberi bimbingan kepada murid dalam penguasaan
operasi pranombor, namun apabila diberi lembaran kerja, murid masih tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid Pendidikan Khas yang lemah dalam mata
pelajaran Matematik dan tidak dapat melakukan operasi tambah dengan penghasilan bahan bantu
Neraca Nombor. Neraca Nombor akan digunakan dalam pembelajaran kemahiran asas
Matematik untuk operasi tambah dalam lingkungan 10. Bahan bantu yang relevan yang sesuai
dihasilkan untuk meningkatkan prestasi murid dalam penguasaan kemahiran operasi asas mata
pelajaran Matematik.
2.1 Huraian Fokus Kajian
Melalui beberapa pemerhatian dan maklumat yang telah dilakukan sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, saya mendapati murid-murid dari kelas Sepadu
menghadapi masalah dalam operasi tambah dalam lingkungan 10.
Pengalaman langsung kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak. Pengalaman langsung yang paling asas dan semula jadi ialah
bermain. Menurut Noriati (2009), main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan,
mengalami sendiri atau terlibat secara langsung, memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan
kognitif serta kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau yang
melakukannya. Menurut Rosnani et al. (2006), bermain membolehkan kanak-kanak
menggunakan segala derianya seperti deria pendengaran, penglihatan, rasa, hidu dan sentuhan.
Permainan dapat menolong kanak-kanak memusatkan perhatiannya dan menyerapkan sesuatu
pengalaaman serta mengembangkan sifat-sifat tekun dan gigih. Perkara ini juga disokong oleh
Saayah Abu (2008). Beliau menyatakan bermain dapat memberi pengalaman berkenaan
keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam
pelbagai cara. Aspek bermain akan saya selitkan dalam penggunaan Neraca Nombor untuk
membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10.
Bahan bantu Neraca Nombor ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian
akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik disamping membantu murid untuk
memudahkan membuat operasi tambah dalam lingkungan 10. Kebolehtadbiran terhadap fokus
kajian ini adalah sangat tinggi kerana saya dapat memastikan murid yang tahap rendah tidak
ketinggalan jauh daripada rakan dan saya mempunyai masa yang cukup bersama dengan konteks
tempat dan sampel yang baik. Selain itu, Neraca Nombor mudah dilaksanakan pada bila-bila
masa yang diperlukan, mudah dibawa dan senang dioperasi oleh murid.
Kebolehgunaan fokus kajian ini adalah amat tinggi kerana mana-mana pihak yang ingin
menggunakan Neraca nombor dapat memberi manfaat dan berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk kemahiran Matematik. Oleh yang demikian, saya dapat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan disamping mewujudkan suasana kondusif dan
positif.
Kerelevanan fokus kajian ini juga dapat dilihat menerusi kolaboratif dengan pihak
sekolah, guru-guru dan rakan-rakan praktikum dalam membincangkan kekuatan dan kelemahan
penghasilan bahan bantu Neraca Nombor. Neraca Nombor yang diperkenalkan diharap dapat
membantu dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan memudahkan guru
dan murid meningkatkan pencapaian dalam prestasi akademik.
2.2 Intervensi
Neraca Nombor merupakan sebuah bahan yang dihasilkan seperti penimbang. Ia diperbuat
daripada kayu. Hal ini bagi memastikan bahan tersebut kukuh untuk diletakkan pemberat seperti
penyepit kertas. Neraca nombor ini digunakan untuk operasi tambah dalam lingkungan 10.
Untuk menghasilkan Neraca nombor, terdapat sebatang kayu ditegakkan dan mempunyai tapak
dibawahnya. Kemudian, sebatang kayu diletakkan melintang pada bahagian tengah kayu yang
telah ditegakkan. Kayu yang melintang dipakukan 10 paku pada bahagian kanan dan kiri. Oleh
itu, pada kedua-dua belah terdapat nombor 1 hingga 10. Untuk menggunakan, sebelah kiri
merupakan nombor untuk ditambah manakala sebelah kiri dijadikan jumlah hasil yang telah
ditambah. Oleh itu, kedua-dua belah menjadi stabil jika hasil jumlah adalah sama banyak.
Hasil daripada pemerhatian, beberapa teknik yang biasa digunakan oleh guru-guru seperti
pembilang dan menggunakan jari tidak berkesan untuk dilaksanakan kepada responden kerana
responden mudah hilang fokus dan cepat lupa kiraan sebelumnya dan cuai dalam pengiraan.
Oleh hal demikian, saya mengambil keputusan untuk merancang teknik yang boleh membantu
saya dalam menyelesai masalah murid-murid dalam operasi tambah dalam lingkungan 10. Maka
saya telah memikirkan satu bahan untuk digunakan kepada murid dalam operasi tambah dalam
lingkungan 10. Bahan bantu yang dimaksudkan ialah Neraca Nombor.
Neraca nombor merupakan sebuah alat yang boleh digunakan dalam pengajaran operasi
matematik yang asas. Pemberat yang tepat perlu didapatkan supaya aspek neraca iaitu
keseimbangan dapat diaplikasikan dengan berkesan dalam pembelajaran. aktiviti-aktivti
pengajaran, pengukuhan dan amali dilaksanakan dengan menggunakan Neraca dan Nombor
untuk mencapai objektif yang dinyatakan.
Neraca dan nombor merupakan aktiviti yang mampu memberi kefahaman kepada murid
dan boleh dijalankan melalui kaedah bermain. Kanak-kanak belajar melalui setiap tindakan
mereka. Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu, mahu mencuba dan menemui sesuatu yang
bahahu. Sekiranya kanak-kanak berasa gembira dengan tindakan mereka dan tindakan tersebut
diterima sebagai kejayaan, kanak-kanak akan bersemangat mencuba lagi bagi meningkatkan
proses belajar.
Pengunaan Neraca nombor dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
murid meningkatkan kemahiran pertuturan semasa menyebut nombor yang dipadankan dan
kemahiran motor halus dalam menyepit benda pada tali yang disediakan. Disamping
meningkatkan penguasaan murid dalam pencapaian akademik khususnya mata pelajaran
Matematik, neraca nombor dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam memadankan
dan menggantungkan nombor pada neraca
2.3 Sorotan Literatur
Menurut Noriati (2011), minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran
guru dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan pelbagai
multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran
menjadi lebih berkesan. kemudahan peralatan pembelajaran yang mencukupi dapat gunakan dan
dikongsi bersama-sama mendorong murid melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan
bersatu padu. kemudahan dan peralatan dapat merangsang pembelajaran koperatif dalam
kalangan murid dan hal ini menggalakkan pengembangan idea, kreativiti dan pemikiran yang
tinggi,
Mengikut cara lama, pengajaran matematik menegaskan tentang kemahiran mengira dan
murid-murid diberi latih tubi untuk melancarkan fakta-fakta asas tambah menurut Baharin
Shamsudin (1992). Oleh hal demikian, pengajaran yang sesuai untuk memajukan idea operasi
tambah kepada murid-murid ialah dengan menggunakan suatu rancangan berperingkat seperti
peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat enaktif atau konkrit di mana murid-murid
menjalankan aktiivti dengan benda-benda maujud.peringkat ikonik atau separa konkrit di mana
gambar-gambar digunakan bagi menggantikan benda-benda maujud itu dan peringkat simbolik
di mana angka dan tanda (+,=) digunakan untuk menggantikan idea nombor dan operasi itu.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut
i. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah lingkungan 10 dalam
kalangan murid masalah pembelajaran dengan menggunakan Neraca Nombor.
3.1 Soalan Kajian
Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai
objektif kajian iaitu :
i. Bagaimanakah penggunaan Neraca Nombor dapat meningkatkan kemahiran
menyelesaikan operasi tambah lingkungan 10 dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Melalui refleksi yang telah dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah
dapat mengenalpasti responden kajian saya terdiri daripada 3 orang murid lelaki dengan nama
samaran iaitu Faris,Is dan Azim. Murid ini telah dikenalpasti kurang menguasai kemahiran
operasi tambah dalam lingkungan 10. Maklumat lebih lanjut mengenai masalah responden dalam
pembelajaran didapati setelah saya mengadakan temubual guru matapelajaran matematik
mengenai responden saya.
Responden pertama ialah murid lelaki melayu iaitu Faris yang berusia 8 tahun. Dia
mengalami lewat pembelajaran dan baru bertukar masuk ke aliran Pendidikan Khas. Kelebihan
Faris berbanding responden lain ialah dia dapat memberi penumpuan yang tinggi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dia kurang mengalami masalah dalam menyelesaikan tugasan
dalam mata pelajaran matematik berbanding Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dia lambat
menyiapkan latihan sama seperti responden yang lain.
Responden kedua ialah Is juga seorang murid lelaki berbangsa Melayu yang berusia 9
tahun. Is mengalami masalah ADHD. Is sering meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang
diberikan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur dan kerap kali terlupa. Dia memerlukan
pengulangan yang lebih kerap. Semasa di dalam kelas, dia suka bersembang dan bercerita
berbanding membuat latihan yang diberikan.
Responden ketiga merupakan seorang murid lelaki berbangsa Melayu yang mengalami
masalah lewat pembelajaran dan sudah berusia 10 tahun. Azim dapat menguasai beberapa
kemahiran motor kasar dan motor halus dan mengenal nombor. Walaupun bagaimanapun, Azim
mempunyai tumpuan yang lemah, masalah pertuturan dan masalah mengingat semula. Azim juga
mengalami masalah kadar pertumbuhan fizikal. Walaupun sudah berusia 10 tahun, dia masih
mempunyai gigi susu dan sukar memahami sebutannya. Oleh itu, ketiga-tiga responden
memerlukan aktiviti pengulangan bagi setiap tajuk yang diajar.
Melalui pemerhatian dan temubual serta hasil kerja, ketiga-tiga responden sudah dapat
mengecam, menyebut dan menulis angka satu hingga sepuluh dengan baik. Namun mereka
sering membuat kesilapan menulis angka ‘6’ dan ‘9’ terbalik. Selain itu,kedudukan meja Faris
dan Is menghadap tingkap menyebabkan mereka sering memerhatikan persekitaran di luar. Maka
responden ketinggalan dalam pembelajarannya dengan prestasi yang tidak memuaskan dalam
pencapaian akademiknya.
Selain itu, sikap pembelajaran sedikit sebanyak memberi kesan kepada responden untuk
meningkatkan penguasaan terhadap pembelajarannya. Sikap murid yang cepat bosan dalam
pembelajaran menyebabkan murid tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas semasa
interaksi pengajaran dan pembelajaran. Azim dan Is sering hilang tumpuan dan memerlukan
guru disisi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun, apabila diberi
permainan kecil atau aktiviti pengukuhan, murid seronok dan melibatkan diri dengan aktif
kecuali Azim. Hal ini kerana Azim mengalami masalah pertumbuhan menyebabkan Azim sukar
mengerakkan motor kasar dan motor halusnya. Faris, Is dan Azim lebih cepat faham konsep
matematik dengan bahan bantu berbanding dengan hanya membuat latih tubi dalam lembaran
kerja dan latihan. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan yang relevan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati (2011), guru perlu adil terhadap
semua muridnya. Murid yang memerlukan perhatian guru perlu didekati sekerap mungkin.
Murid yang mudah hilang perhatian dan lambat memahami isi pelajaran perlu diletakkan di
hadapan kelas berdekatan dengan meja guru dan papan putih.
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Setelah mengenalpasti punca dan masalah yang dihadapi, terdapat beberapa langkah yang saya
rasakan sesuai bagi membantu menjawab soalan operasi tambah satu angka dengan cepat dan
betul. Bahan bantu iaitu Neraca Nombor diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran operasi
tambah satu angka dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid masalah pembelajaran.
Penggunaan Neraca digunakan untuk menunjukkan tanda keseimbangan hasil jumlah yang di
tambah. Responden akan menggunakan penyepit kertas bagi menunjukkan bilangan yang perlu
ditambah. Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan seperti berikut :
5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Neraca dan nombor merupakan satu intervensi yang akan digunakan dalam kajian tindakan saya.
Neraca nombor ini adalah satu intervensi yang melibatkan satu set langkah permainan yang
menggunakan kad nombor dan penyepit. Malah saya turut menyediakan tali untuk digantung
pada nombor di neraca supaya murid dapat menyepit penyepit pada tali.
Prosedur Pelaksanaan.
Di dalam intervensi neraca nombor terdapat tiga aktiviti bagi meningkatkan kemahiran operasi
tambah dalam lingkungan 10 . Berikut adalah aktivit yang akan dilaksanakan.
5.1.1 Aktiviti neraca nombor 1
Aktiviti pertama ini dijalanakan di dalam bilik darjah. Murid diperkenalkan dengan kad nombor
satu sehingga sepuluh. Kad nombor diperbuat dari kertas yang telah diliminet supaya tahan lama.
Aktiviti ini diulang sebanyak 4 kali dengan cara menunjukkan kad nombor mengikut susunan
menaik, menurun dan secara rawak. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru. Setelah itu,
murid diminta menyusun kad nombor mengikut arahan guru. setelah murid dapat mengecam dan
mengenal pasti nombor, murid diminta mengantungkan kad nombor yang disediakan pada
neraca. Di bahagian neraca, terdapat dua bahagian nombor. Oleh itu, murid diminta
mengantungkan kad nombor pada neraca dan memadankan kad nombor di kedua-dua bahagian.
Setelah itu, murid diminta menyebut nombor yang telah disusun pada neraca.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran awal
kepada murid supaya murid terlebih dahulu mengenal nombor dan boleh memadankan kad
nombor dengan nombor pada neraca, murid boleh memberi tumpuan dengan mengantung dan
menyebut nombor yang digantung. Hal ini dapat membantu murid meningkatkan koordinasi
mata dan tangan.
5.1.2 Aktiviti neraca nombor 2
Aktiviti ini dillaksanakan setelah murid melaksanakan aktiviti yang pertama. Aktiviti kedua
murid diberikan penyepit baju. Penyepit baju mempunyai pelbagai warna. Warna yang menarik
dapat menarik perhatian murid untuk menjalankan aktiviti ini. Cara pelaksanaan aktiviti ini
dimulakan mengantung tali pada paku di neraca nombor. Seterusnya murid diminta menyepit
penyepit baju pada tali di neraca. murid diminta menyepit penyepit mengikut bilangan yang
sama dengan nombor. Sambil murid menyepit, murid diminta mengira penyepit pada tali. Murid
perlu menyepit penyepit pada kedua-dua belah bahagian neraca supaya neraca dapat seimbang.
Rasional aktiviti ini dijalankan adalah kerana murid perlu mengenalpasti bilangan
penyepit sama dengan bilangan nombor. Selain itu murid dapat memahami konsep apabila
nombor meningkat naik bilangan objek bertambah banyak. Tambahan pula, murid dapat
mengenalpasti keseimbangan pada neraca jika kedua-dua belah mempunyai penyepit yang sama
banyak.
5.1.3 Aktiviti neraca nombor 3
Pada pelaksanaan aktiviti neraca nombor ini, murid di sediakan soalan operasi tambah dalam
lingkungan 10. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti 1 dan 2. murid perlu
menyelesaikan operasi tambah. Pada permulaan murid perlu mengantung nombor berdasarkan
soalan operasi tambah di bahagian kiri neraca. Apabila murid mengantungkan nombor, murid
perlu mengantungkan tali pada paku di neraca. Hal ini adalah untuk murid menyepit penyepit
mengikut bilangan pada nombor. Setelah itu, murid perllu mengira jumlah bilangan penyepit di
bahagian kiri. apabila murid mendapat jawapan, murid perlu mengantungkan kad nombor di
bahagian kanan berdasarkan jumlah penyepit. Akhir sekali, murid perlu mengantungkan tali pada
paku dan penyepit pada tali.
Rasional aktiviti ini dilaksanakan supaya murid memahami neraca akan seimbang apabila
mendapat jawapan yang sama banyak. Apabila tidak seimbang, murid dapat mengenalpasti
bahawa jawapan dan peyepit yang disepit adalah tidak sama banyak dan jawapannya adalah
salah.
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian amat releven digunakan untuk mengumpul data murid dalam kajian ini.
Secara formal dan tidak formal, pemerhatian boleh dilangsungkan dalam bilik darjah. Kaedah ini
akan dapat memberi gambaran tentang keberkesanan kaedah pengajaran oleh guru di dalam
kelas. Semasa permulaan aktiviti kesediaan murid, saya akan mula melaksanakan pemerhatian
terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Pemerhatian ini dilakukan semasa
pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran, aktiviti bertulis dan aktiviti pengukuhan
serta penutup. Saya juga akan mengambil foto dan video klip semasa pemerhatian diajalankan.
Gambar dan video klip akan diambil kira sebagai bukti-bukti dalam pemerhatian. Melalui kaedah
ini, saya akan mendapatkan maklumat murid dengan cara memerhati perkara berkaitan tingkah
laku murid semasa____
Selain daripada itu, melalui kaedah ini juga, saya menggunakan senarai semak untuk mencatat
data dengan lebih tepat. Dimana senarai semak ini adalah bertujuan____
Semakan Tugasan
Diakhir setiap latihan, murid diberi lembaran kerja supaya kemahiran yang murid lakukan dapat
diukur___Tugasan berbentuk lembaran kerja akan diberikan kepada responden untuk mengesan
sejauh mana penguasaan kemahiran operasi tambah untuk Matematik. Item tugasan adalah
berasaskan kemahiran asas Matematik. Murid akan menjawab soalan-soalan yang disediakan
dalam tugasan mengikut kemahiran-kemahiran yang disediakan. Murid harus menjawab dengan
betul. Jawapan mereka akan menjadi data yang mengukur pencapaian mereka. Tugasan akan
disemak selepas murid menyiapkan lembaran tugasan yang diberikan.
Borang skor digunakan untuk bertujuan mencatat ketepatan tingkah laku dalam operasi tambah
bagi setiap aktiviti_____-
Kaedah Temu Bual
Saya akan mengadakan temu bual secara tidak berstruktur ke atas responden. Untuk mengetahui
punca permasalahan murid terhadap penguasaan kemahiran operasi tambah. Murid akan ditanya
dengan soalan-soalan ringkas berkaitan dengan sejauhmana keberkesanan penggunaan bahan
bantu Neraca Nombor kepada murid.
5.3 Perancangan Cara Meganalisis Data
Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian akan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Gambar foto serta video
klip akan diambil sebagai bukti pemerhatian yang dijalankan. Item-item senarai semak
pemerhatian ada seperti yang dinyatakan dalam lampiran A. Laporan secara deskriptif akan
dinyatakan bersama item yang disediakan untuk mendapatkan data yang lebih jelas.
Semakan Tugasan
Tugasan berbentuk lembaran kerja diberi kepada murid. Selepas lembaran tugasan diberi kepada
murid, saya akan menyemak tugasan tersebut serta membuat analisis. Hasil analisis tugasan akan
menunjukkan kelemahan dan kemahiran yang tidak dikuasai oleh murid. Menerusi kajian ini,
sekiranya murid didapati tidak menguasai kemahiran asas dengan baik dan tidak menguasai
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10, murid gagal menjawab dengan betul dalam
ujian pada kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10.
Kaedah Temu Bual
Saya akan menjalankan temu bual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya bahawa
murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 10. Saya akan menganalisis kaedah temubual melalui bentuk penceritaan iaitu
naratif. Skrip temu bual akan disimpan dan dianalisis supaya dapat menjelaskan keberkesanan
Neraca Nombor dalam membantu murid untuk menyelesaikan operasi tambah.
5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
1 Mengenalpasti masalah murid 27 -31 Januari 2013 Proses P&P Matematik
2 Pra Perjumpaan
Perbincangan pemilihan fokus / tajuk
kajian
3 -7 Februari 2013 Perjumpaan bersama
dengan penyelia
3 Pengumpulan data awal 12-14 Februari 2013 Menilai murid secara
individu
Perbincangan bersama
guru matematik
4 Menulis draf 1- Bab 1 20-25 Februari 2013
5 Perjumpaan ke 2
Mengemukakan draf 1 kepada penyelia
untuk semakan
27 Februari 2013 Perjumpaan bersama
dengan penyelia
6 Menulis draf 2- bab 2,3 dan 4 28 Februari –
5 Mac 2013
-
7 Perjumpaan ke 2
Perbincangan draf ke 2
6 Mac 2013 Perjumpaan bersama
dengan penyelia
8 Menulis draf 3- bab 5 7-12 Mac 2013 -
9 Perjumpaan ke 3 13 Mac 2013 Perjumpaan bersama
dengan penyelia
10 Menulis slaid perbentangan proposal
kajian
10- 14 Mac 2013 Penyelia
11 Semakan slaid perbentangan proposal
kajian
16 Mac 2013 Perjumpaan bersama
dengan penyelia
12 Sesi perbentangan proposal kajian 17-21 Mac 2013 Pelajar
13 Penambahbaikan proposal 22 – 30 Mac 2013 -
14 Menghantar proposal lengkap kepada
penyelia
31 Mac – 4 April Penyelia
15 Melaksanakan tindakan Semester 8 Intership
16 Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan
Semester 8 Intership
17 Refleksi kajian Semester 8 Intership
18 Menulis laporan kajian Semester 8 Intership
19 Perbentangan dapatan kajian Semester 8 Intership
20 Menghantar Laporan Kajian Tindakan
lengkap kepada penyelia
Semester 8 Penyelia
Bil Perkara TAHUN 2013
JAN FEB MAC APR MAY JUN JU
L
OGS SEPT OKT NOV
1 Taklimat tugasan KKBI
2 Mengenalpasti tajuk kajian
3 Mengenal pasti fokus kajian
4 Mengumpul maklumat mengenai
penulisan proposal/contoh-contoh
proposal.
5 Merujuk/membaca literatur yang
berkaitan daripada pelbagai sumber
6 Membincangkan dan menentukan
tajuk dan fokus kajian dengan
penyelia
7 Menulis draf 1 proposal
8 Menulis draf 2 proposal
9 Pembentangan proposal
10 Pemurnian proposal
11 Menghantar proposal untuk
penilaian
12 Melaksanakan tindakan 1
13 Membincangkan masalah yang
timbul dalam tindakan 1
14 Melaksanakan tindakan 2
15 Membincangkan masalah yang
timbul dalam tindakan 2
16 Melaksanakan tindakan 3
17 Membincangkan masalah yang
timbul dalam tindakan 3
18 Refleksi kajian
19 Menulis laporan kajian
20 Pembentangan laporan kajian
21 Penghantaran Laporan Akhir
5.5 Jadual Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN KUANTITI x
HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1 Kertas Warna A4 1 paket x RM 3.00 RM 3.00
2 Kertas Liminate 1paket x RM 4.90 RM 4.90
3 Tali 1 gulung x RM 2.50 RM 2.50
4 Penyepit Baju 55 x RM 0.30 RM 16.50
5 Kayu 2 papan x RM 10.00 RM 20.00
6 Paku 1 paket x RM 5.00 RM 5.00
7 Kertas A4 1 x RM 12.00 RM 12.00
8 Fotostat bahan dan
laporan kajian
RM 50.00
9 Dakwat pencetak 1 x RM 45.00 RM 45.00
JUMLAH RM 51.90
LAMPIRAN
Murid Neraca Nombor 1 Neraca Nombor 2 Nombor Neraca 3
Masa
(minit)
Jumlah
betul
Masa
(minit)
Jumlah
betul
Masa
(minit)
Jumlah
betul
X
Y
Z