Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM
Tarikh : 9 April 2014
Masa : 3.45 petang
Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 2
Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree
Kehadiran : 13 orang
- Kehadiran ahli Majlis Tertinggi
- Kehadiran Wakil-wakil Biro:
a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat
b) Biro Acara : Syahirah
c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah
d) Biro Logistik : Nur Najihah
e) Biro Makanan : Nur Nadhirah
f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff
g) Biro Pengangkutan: Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree dan
bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk memastikan
kelancaran persiapan terakhir sebelum program dilaksanakan.
2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT
2.1 Mesyuarat diteruskan dengan ketua daripada setiap biro membentangkan persiapan terakhir
sebelum berlangsungnya program tersebut yang bakal dijalankan tidak lama lagi.
2.2 Secara keseluruhannya, segala persediaan adalah seperti yang diharapkan. Kutipan dana
yang diterima juga adalah menggalakkan di samping hasil jualan kraf tangan daripada Biro
Kewangan sendiri yang telah menaikkan jumlah dana yang sedia ada. Biro Logistik juga telah
membeli segala barang-barang yang diperlukan untuk digunakan semasa program dijalankan
serta sumbangan yang bakal diagihkan kepada para penduduk setempat. Biro Pengangkutan
juga telah menyewa kenderaan yang bersesuaian demi memastikan program berjalan dengan
lancar.
3. PENUTUP
3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Disediakan oleh,
…...........................
(SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN)
Naib Setiausaha Projek
Disemak oleh,
….............................
(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)
Ketua Pengarah Projek
Top Related