AKTIVITI 4 : TAJUK KAJIAN TINDAKAN
Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Fakta dan Istilah Penting melalui Aktiviti Puzzle
Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.
AKTIVITI 6 : ANALISIS SWOT(KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)
PERDAGANGAN Guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik.
Guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar.
Kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya).
Pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan.
Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian.
AKTIVITI 6 : ANALISIS SWOT(KEKUATAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)
SAINS
Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian. Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian. Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar. Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar. Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P. Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.
AKTIVITI 7: ANALISIS SWOT(KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)
PERDAGANGAN Topik pengajaran banyak melibatkan fakta
Guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian.
Pelajar sukar untuk mengingat fakta.
Sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar.
AKTIVITI 7: ANALISIS SWOT(KELEMAHAN PENGAJARAN SAINS DAN PERDAGANGAN)
SAINS Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran. Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar. Pelajar sukar memahami teori. Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.
AKTIVITI 8: CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN
SAINS DAN PERDAGANGAN
PERDAGANGAN Guru terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu topik dan kemudian mengadakan aktiviti seperti penggunaan 'word puzzle' di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu melibatkan semua pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar leka dan kurang memahami topik yang di ajar.
Guru perlu lebih kreatif dan bersedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar dalam memahami sesuatu topik.
AKTIVITI 8: CARA MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN
SAINS DAN PERDAGANGAN SAINS Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah- istilah sains.Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.
AKTIVITI 9: MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN
Objektif:
i.Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan.
ii.Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan. Persoalan:
i.Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?
ii.Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?
AKTIVITI 12 : TUGASAN 4 :PERMURNIAN MINI KAJIAN TINDAKAN
Kaedah kuliah atau kaedah konvensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan p&p yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar tidak sampai sepenuhnya secara maksimum. Untuk itu, guru perlu mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan pelajar terhadap p&p. Kaedah yang dicadangkan adalah melalui aktiviti permainan puzzle yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar merangsang daya ingatan.
AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 : KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN
Puzzle boleh didefinisikan sebagai masalah atau enigma yang menguji kepintaran orang yang menyelesaikannya. Kadang kala, puzzle juga dicipta sebagai satu bentuk hiburan atau permainan. Oleh itu, puzzle boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam proses pembelajaran pelajar kerana ianya merupakan bentuk permaianan yang menyeronokan. Pelajar akan berasa seronok untuk belajar apabila aktibviti pengajaran guru melibatkan permainan yang boleh membantu pembelajaran mereka. Melalui aktiviti puzzle ini, ia boleh membantu merangsang daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta dalam pelajaran. Ini kerana, sambil bermain untuk menyelesaikan masalah pelajar juga perlu mengingati fakta yang telah dipelajari bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam tugas yang diberikan melalui aktiviti puzzle tersebut. Selain itu, semangat kerjasama pelajar juga dapat dipupuk melalui aktiviti permainan puzzle ini kerana pelajar perlu berada di dalam kumpulan untuk bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bersama bergerak dan memberikan sumbangan idea untuk memastikan hasil dan penyelesaian bagi aktiviti puzzle tersebut adlah yang terbaik.