MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
KERTAS KERJA
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
TARIKH
28 OKTOBER 2013- 31 OKTOBER 2013
TEMPAT
ARAS 4 PUSANIKA, UKM &
FOYER FKAB
ANJURAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG, UKM
DENGAN KERJASAMA
PUSAT DARAH NEGARA
TEMA
‘SETIAP TITISAN BERMAKNA’
‘EVERY DROP COUNTS’
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
KERTAS KERJA
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar dalam menjayakan Minggu Menderma Darah Bersama Komuniti
Sihat bagi membantu Pusat Darah Negara bagi mengisi tabung darah di pusat tersebut yang semakin berkurangan.
2.0 PENGENALAN
2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah badan beruniform sukarela yang sentiasa mencurahkan bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat
khususnya dalam aspek pertolongan cemas. Badan sukarela ini juga menanamkan semangat cintakan kedamaian memandangkan berlakunya pelbagai pergolakan di dunia yang mengakibatkan kesengsaraan kepada insan-insan lemah yang tidak
bersalah. Oleh yang demikian, perlulah Bulan Sabit Merah Malaysia ini menonjolkan diri berdasarkan Prinsip-prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Malaysia agar masyarakat dunia memandang tinggi perjuangan badan sukarela ini sebagai satu badan contoh. Selain itu, peranan Bulan Sabit Merah Malaysia
tidak tertumpu kepada bantuan dari segi pertolongan cemas sahaja malah juga memberi kesedaran dan penerangan kepada semua pihak mengenai perlunya
disemai nilai-nilai harmoni dan kasih sayang bagi membentuk sebuah masyarakat 1 Malaysia yang sentiasa bertanggungjawab, bersatu padu dan berdisiplin tanpa membeza-bezakan agama, bangsa dan Negara.
2.2 Bulan Sabit Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Perbadanan) 1965. Persatuan Bulan Sabit Merah Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 13 September 1986. Bulan Sabit Merah Universiti
Kebangsaan Malaysia telah diiktiraf sebagai Daerah Kecil pada 1988, iaitu pertukaran nama menjadi PBSMM DK UKM. Persatuan Bulan Sabit Merah telah
diiktiraf sebagai Cabang pada tahun 1996, iaitu pertukaran nama menjadi PBSMM Cabang UKM. Pendaftaran Detachment 88 telah diluluskan pada tahun 2004. PBSMM telah dinaik taraf menjadi BSMM pada tahun 2007. Bilik Gerakan
BSMM di Pusat Kesihatan mula beroperasi pada tahun 2007.
2.3 Minggu Menderma Darah Bersama Komuniti Sihat ini dilakukan bagi menyahut seruan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya Pusat Darah
Negara. Program ini diharap dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah yang selalunya berada dalam tahap kritikal. Dalam masa yang sama, penjagaan
kesihatan juga amat penting bagi melahirkan genarasi yang sihat dan cergas. Masalah ini tidak mungkin akan dapat diselesaikan dengan menyerahkan tanggungjawab semata-mata kepada pihak kementerian dan juga PDN.
Sebaliknya, warga universiti dan pihak awam perlu menyumbang tenaga demi tanggungjawab kepada masyarakat. Oleh yang demikian, kami para mahasiswa/i
Bulan Sabit Merah cabang UKM yang prihatin terhadap masalah ini akan berusaha menjayakan cita-cita murni ini. la diharap dapat membantu mengatasi masalah
tabung darah secara kolektif. Selain itu, dengan projek seumpama ini, ia dapat menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang lain. Secara tidak
langsung, ia mampu melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai moral dan etika
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
yang tinggi serta meningkatkan keperibadian dan ketrampilan mereka yang
bersesuaian dengan status mereka sebagai penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan program ini mampu:
3.1 Menjadi medium kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara menyampaikan maklumat kesihatan dan menambah bekalan darah,
3.2 Menghebahkan maklumat kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan dan
menarik masyarakat menderma darah,
3.3 Menggalakkan mahasiswa/i terlibat dalam program sukarelawan.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini iaitu:
4.1 Membantu menambah bekalan darah di Pusat Darah Negara,
4.2 Masyarakat mendapat maklum balas tentang penjagaan kesihatan dan kepentingan
derma darah.
4.3 Melahirkan masyarakat yang mempunyai sifat prihatin dan semangat kesukarelawan.
4.4 Mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM Cabang UKM terhadap cara-cara melaksanakan aktiviti persatuan.
4.5 Meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya menderma darah dalam kalangan
masyarakat.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/
learning contract (LC) seperti berikut:
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1): Memastikan setiap perkara
dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik serta menanam sifat
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Menggunakan cara berkomunikasi yang berhemah
dengan orang awam, memujuk mereka serta etika komunikasi dalam menyebarkan
informasi-informasi berkenaan dengan isu-isu kesihatan semasa.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3):
Melakukan pencarian maklumat melalui pelbagai sumber-sumber maklumat iaitu melalui
pembacaan dan melayari laman sesawang.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4): Menanam
nilai-nilai murni, beretika dan tingkah laku professional dalam pengurusan program dan
juga apabila berkomunikasi dengan masyarakat. Melaksanakan tanggungjawab dengan
integriti dan bersikap kesukarelawan.
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
(HPP5) : Membentuk pemikiran kritikal iaitu cara menyelesaikan masalah yang berlaku
secara tiba-tiba. Mencari penyelesaian alternatif dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang tepat.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Mengaplikasikan ilmu-ilmu
kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin sesebuah pasukan. Memahami ciri-ciri yang
perlu ada sebagai ketua dan ahli-ahli pasukan dan menyelesaikan sesuatu tugasan
dengan berbincangan dan bekerjasama dalam satu kumpulan.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ilmu pengurusan diaplikasikan
dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti program.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Dapat menghasilkan idea-idea baru bagi
mempromosikan dan meningkatkan nama program kepada masyarakat.
6.0 TEMA
“Setiap Titisan Bermakna” “Every Drop Counts”
7.0 ANJURAN
Ahli Jawatankuasa Rancangan Darah Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 28 OKTOBER 2013- 31 OKTOBER 2013
Masa : 9.00am-5.00pm
9.0 TEMPAT PROGRAM
1. Aras 4 Pusanika, UKM
2.Foyer Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
10.0 PUBLISITI
Program ini mensasarkan ahli – ahli Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Universiti
Kebangsaan Malaysia, pelajar UKM, kakitangan UKM serta orang awam, kaedah
publisiti:
- Menaikkan banner, banting, poster dan mengedarkan flyers di dalam dan kawasan
sekitar.
- Hebahan melalui laman e-Pelajar, e-warga, Digital Board.
- Hebahan melalui laman sesawang.
- Hebahan melalui mediamassa.
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
11.0 CADANGAN PERASMI
1. Perasmian Pembukaan: 1) Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim-Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar danAlumni), UKM 2) Dr.Roslan Bin Abdul Jalil-Pengerusi Bulan Sabit Merah Cabang UKM
3) Tuan Haji. Zainudin bin Mohd Daud-Setiausaha Kehormat BSMM Cabang
UKM.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
12.1 Kementerian Kesihatan Malaysia 12.2 Pusat Darah Negara
12.3 BSMM cawangan Selangor 12.4 Pusat Kesihatan, UKM
12.5 Ahli BSMM cabang UKM 12.6 Badan-badan NGO
Ahli Jawatankuasa Program: 100 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Aktiviti Derma Darah
Aktiviti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berbakti disamping dapat
membantu Pusat Darah Negara dalam menambah bekalan darah di dalam tabung
darah yang semakin hari semakin berkurangan. Jumlah sasaran penderma adalah
2000 orang.
15.2 Pameran Kesihatan
- Kementerian Kesihatan Malaysia
-BSMM Cawangan Selangor
-MAKNA
-Pusat Sumber Transplant Kebangsaan
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
13.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
14.0 PEJABAT URUSAN
Bulan Sabit Merah Malaysia, Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
(u/p : Ainun Shahirah Bt Baharuddin (013-4698493)
Email : [email protected]
15.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM agar
kertas kerja ini mendapat kelulusan dan juga bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM. Dengan hasrat program yang dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Harapan kami juga program Minggu Menderma Darah Bersama Komuniti Sihat
Bulan Sabit Merah Cabang UKM yang bakal dijalankan ini dapat dijayakan dengan baik dan mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Sokongan sepenuhnya
daripada semua pihak yang berkaitan amat diharapkan agar program ini dapat direalisasikan dengan sempurna. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan
amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM 2013/2014
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM
Penyelaras
En. Musa Zainal Abidin bin Othman Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat
En. Aizam Bin Abu Bakar
Penolong pendaftar, Pejabat Canselori, UKM
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Ketua Pengarah
Ainun Shahirah Bt Baharuddin/FST /A141196
Timbalan Pengarah
Ainur Rahmah Bt/ FEP /A139769
Setiausaha
Noraihan bt Romli/A141409/FST
Bendahari
Nor Syakirah Syamimi Bt Mohd Abdillih/A140290/FPEND
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
JAWATANKUASA BERTINDAK
Pengarah Perhubungan Awam
Nazrina Bt Mohamed Nasir/A140603/FEP
Pengarah Publisiti dan Media
Noor Masliza Bt Sudirman/ A141276/ FST
Pengarah Pemasaran dan Penajaan
Arnong Vaneeda a/p Vik Chan/A140379 /FSK
Pengarah Keselamatan dan Pengangkutan
Nurnisha Razlina Bt Razali/A139616/FEP
Pengarah Jamuan
Lee Jer Shuhn /A140543/FSSK
Pengarah Teknikal
Anis Syafiqa Bt Mohd Hilmi /A141541/ FST
Pengarah Program
Reuben Rajendra Dass/A140516/FST
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
LAMPIRAN B
ATUR CARA PROGRAM
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
28 OKTOBER 2013-Isnin 9.00pagi-4.30petang
10.00 pagi 10.30 pagi
11.00 pagi
11.15 pagi
11.30 pagi
Pameran dan aktiviti
menderma darah
Ketibaan tetamu kehormat Ketibaan perasmi
Oleh: Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim-Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM
Ucapan Ketua Pengarah
Ucapan perasmian
Oleh Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Jamuan VIP
Aras 4, Pusanika, UKM &
Foyer FKAB
5.00 petang Bersurai
29 OKTOBER 2013-Selasa
9.00pagi-5.00 petang
10.30-2.00petang
5.00 petang
Pameran, aktiviti menderma darah & Cabutan bertuah
(Penderma Darah sahaja)
Mini Games1- Kuiz Interaktif
Bersurai
Aras 4, Pusanika, UKM &
Foyer FKAB
30 OKTOBER 2013-Rabu 9.00pagi-5.00 petang
10.30-2.00 petang
5.00 petang
Pameran ,aktiviti menderma darah & Cabutan
Bertuah(Penderma Darah sahaja)
Mini Games2- Guess It Right
Bersurai
Aras 4, Pusanika, UKM
& Foyer FKAB
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
31 OKTOBER 2013-Khamis
9.00pagi-5.00 petang
Pameran,aktiviti menderma
darah & Cabutan Bertuah(Penderma Darah sahaja)
Aras 4, Pusanika, UKM &
Foyer FKAB
10.30pagi-2.00 petang Mini Games3-PiecesOfPuzzle
5.00 petang Bersurai
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL. PERKARA RM
1. - Jabatan Perkhidmatan Pelajar
- Syarikat Korprat
1700.00
3500.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 5200.00
Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara RM
1. Program
Gimik perasmian pembukaan
100.00
2. Protokol
Surat menyurat dan Stem
50.00
3. Teknikal
Sewaan tapak/booth
Audio Sistem
800.00
4. Publisiti
Banner (4x8ft.=RM 50 x4 )
Banting (2x5ft.=RM 15 x 30)
Poster (RM10x50 keping)
Flyers
200.00
450.00
500.00
200.00
5. Perhubungan
Pengangkutan
Kad phone
200.00
200.00
6. Cenderamata program
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
Cenderamata Perasmi (RM 50 x 1orang)
Cenderamata VIP (RM 20 x 15 orang)
Button Badges (RM1.50x200)
50.00
300.00
300.00
7. Hadiah Program
Mini Games 1
Mini Games 2
Mini Games 3
Cabutan Bertuah
50.00
50.00
50.00
200.00
8. Jamuan
VIP (RM 20 x 15 orang x 1majlis perasmian)
Urusetia & peserta- tengah hari (7.00 x 100
orang x 4 hari)
300.00
700.00
9. Tugas-Tugas Khas
Hiasan Pentas
Fotokopi
Sijil (RM 1 x 100 orang )
Tag Nama (RM1 x 100 orang)
Dakwat Printer
100.00
150.00
100.00
100.00
50.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5200