Marcapada , slogan ‘ Negeri Bersih Rakyat Sihat ‘ sentiasa menjadi agenda utama
kerajaan negeri Terengganu dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang perlunya
menjaga kebersihan. Hal ini demikian kerana sekiranya negeri bersih , rakyat akan beroleh
kesihatan yang baik. Negeri membawa maksud daerah yang berada di bawah naungan
seorang gabenor atau sultan . Manakala bersih pula bermaksud bebas daripada segala
bentuk pencemaran sama ada dari segi persekitaran atau kehidupan sosial. Rakyat pula
bererti seluruh penduduk di sesebuah negeri. Sihat pula bermaksud tidak menghadapi
sebarang penyakit sama ada dari segi mental mahupun fizikal.
Menjaga kebersihan persekitaran amat penting bagi memastikan kesihatan
masyarakat terjamin. Persekitaran yang bersih dapat mengelakkan pembiakan serangga.
Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam
nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang
berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang
membawa kuman akan menghinggapi makanan kita. Hal ini menyebabkan kesihatan
manusia terjejas seperti cirit – birit dan muntah. Oleh itu , penjagaan kebersihan alam sekitar
khususnya persekitaran tempat tinggal amat penting untuk memastikan masyarakat sihat.
Selain itu, sekiranya negeri bersih sudah pasti rakyat yang mendiami negeri
Terengganu mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik. Rakyat yang sihat dapat
membantu dalam pembangunan sesebuah negeri. Kegiatan ekonomi akan berkembang
dengan pesat kerana mereka dapat menyumbangkan tenaga secara produktif. Kehidupan
yang selesa membolehkan mereka fokus kepada bidang kerja dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan hasil pengeluaran sesuatu industri di dalam negeri. Sebagai contoh ,
Terengganu terkenal dengan industri pelancongan kerana pulau –pulau dan tasik yang
bersih dan cantik seperti Tasik Kenyir dan Pulau Redang. Kecantikan tempat – tempat
pelancongan terjamin kerana penjagaan kebersihan oleh masyarakat setempat yang
mementingkan keselesaan persekitaran mereka. Hal ini dapat menarik kedatangan
pelancong . Oleh itu, selain pendapatan negari meningkat , pendapatan isi rumah juga akan
meningkat dan dapat memastikan keharmonian sesebuah keluarga.
1
Seterusnya, persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan
manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh – tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya. Oleh hal yang demikian masyarakat dapat
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan
rimas dan tidak selesa. Selain itu, udara yang segar dan bersih dapat memastikan pelajar
dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan fokus dalam pembelajaran di sekolah.
Oksigen yang mencukupi memastikan mereka sentiasa sihat dan cergas serta mempunyai
minda yang cerdas. Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat dijalankan di sekolah tanpa ada
kekangan. Oleh itu, pelajar akan beroleh kecemerlangan dalam pelajaran dan dapat
mengharumkan nama negeri Terengganu sama ada dalam bidang akademik atau
kokurikulum.
Sehubungan dengan itu , bagi memastikan impian ‘ Negeri Bersih Rakyat sihat ‘
dapat direalisasikan beberapa usaha perlu dilaksanakan. Antaranya rakyat di Terengganu
perlulah memastikan nilai kebersihan diamalkan dalam kehidupan seharian. Kebersihan juga
hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya rakyat berbilang kaum dan memerlukan
penglibatan semua kaum yang terdapat di Terengganu. Propaganda ‘ Negeri Bersih Rakyat
Sihat ‘ dapat juga memupuk perpaduan melalui aktiviti gotong – royong yang anjurkan oleh
pihak kerajaan negeri. Penglibatan masyarakat dalam aktiviti tersebut mencerminkan
kecaknaan dan kecintaan mereka terhadap negeri serta keberkesanan kempen yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen kebersihan secara
berterusan bagi memastikan amalan kebersihan menjadi darah daging atau sebati dengan
masyarakat. Aktiviti ini mestilah dilaksanakan secara berterusan kerana terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mengambil berat perkara ini . Masih ada dalam kalangan mereka
yang mempunyai tabiat tidak mempedulikan kebersihan. Oleh itu, tabiat ini perlu dikikis dan
dibendung melalui program - program yang bercorak didikan seperti ceramah di sekolah –
2
sekolah dan ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak – anak untuk memberi kesedaran
tentang kepentingan menjaga kebersihan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Kesimpulannya , terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar sesebuah negeri
agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif
kepada rakyat dan negeri . Semua pihak sama ada kerajaan atau pun rakyat perlu
memainkan peranan masing – masing untuk menjayakan slogan ‘ Negeri Bersih Rakyat
Sihat ‘ agar keselesaan dan kesejahteraan rakyat dikekalkan.
3
NAMA:FARAH WAHIDA BINTI ABDUL HALIM
TINGKATAN : 3 UNGGUL
SEKOLAH :SMK KAMPUNG NYIUR23100 PAKA DUNGUN
TERENGGANU
NO KAD PENGENALAN : 001106-11-0166
TAJUK: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
KATEGORI :BAHASA MELAYU ( MENENGAH RENDAH )
4
NAMA:NURUL RABIHAH BINTI SUKRI
TINGKATAN : 3 UNGGUL
SEKOLAH :SMK KAMPUNG NYIUR23100 PAKA DUNGUN
TERENGGANU
NO KAD PENGENALAN : 000320-11-0410
TAJUK: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
KATEGORI :BAHASA MELAYU ( MENENGAH RENDAH )
5
Top Related