TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kertas 4 (922/4)
Sepanjang Penggal 2 dan 3 Tahun 2014
PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. __________________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 22 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2 TERHAD
Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif 3
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3–6 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.6 Tanggungjawab Calon
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 6–7
5.0 Format Penyediaan 7– 8
6.0 Struktur Penyediaan 9
7.0 Penskoran 9– 11
BAHAGIAN II : CALON
8.0 Tanggungjawab Calon 11
9.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 12
10.0 Format Penyediaan 12 – 13
11.0 Struktur Penyediaan 13 – 14
Soalan Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922/4) 15 – 16
Lampiran 17– 22
TERHAD
3 TERHAD
1 PENGENALAN
Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2 OBJEKTIF 2.1 Kerja kursus dilaksanakan untuk membolehkan calon:
2.1.1 mencari dan mengumpul maklumat;
2.1.2 menjalankan kerja lapangan;
2.1.3 menyuburkan budaya pencarian ilmu pengetahuan;
2.1.4 mengembangkan bakat dan kreativiti;
2.1.5 memantapkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor dalam budaya ilmu;
2.1.6 mempersembahkan maklumat dalam bentuk esei, portfolio, atau projek. 2.2 Calon ditaksir berdasarkan keupayaan mereka:
2.2.1 mengaplikasikan kemahiran kognitif yang menjurus pemahaman karya sastera;
2.2.2 menghayati karya sastera;
2.2.3 merealisasikan pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan pembangunan negara dalam karya sastera;
2.2.4 menghasilkan karya kreatif;
2.2.5 menghasilkan persembahan multimedia berasaskan teks sastera;
2.2.6 memahami asas pengurusan organisasi sastera;
2.2.7 mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1 Arahan Umum 3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan daripada tiga soalan yang diberikan.
3.1.2 Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus sama ada esei atau portfolio atau projek multimedia.
3.1.3 Calon dikehendaki membentangkan kerja kursus. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan adalah selama 15 minit termasuk sesi soal jawab.
3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah sepanjang penggal 2 dan 3.
3.1.5 Sekiranya terdapat bukti bahawa hasil kerja kursus yang dihantar itu bukan hasil kajian calon yang sebenar, maka keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan dibatalkan.
BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA
TERHAD
4 TERHAD
3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Memastikan calon yang menghasilkan kerja kursus mendapat bimbingan daripada
guru
3.2.2 Memastikan pelaksanaan kerja kursus calon diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan
3.2.3 Memastikan kerja kursus calon dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan
3.2.4 Memastikan kerja kursus calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan guru menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan
3.2.6 Memastikan guru menyemak dan menilai kerja kursus calon berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh MPM
3.2.7 Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens kerja kursus calon di sekolah
3.2.8 Memastikan guru menyimpan evidens kerja kursus calon dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM
3.2.9 Memastikan evidens kerja kursus calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.3.2 Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus
3.3.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.3.4 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi penyediaan kerja kursus
3.3.5 Membimbing calon sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus
3.3.6 Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti kerja kursus masing-masing
3.3.7 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.3.8 Memeriksakerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.3.9 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.3.10 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.3.11 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.3.12 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, dan borang markah kerja kursus calon
3.3.13 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.3.14 Menyimpan evidens kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM
3.3.15 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
TERHAD
5 TERHAD
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Kesusasteraan Melayu
Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.4.2 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.4.3 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.4.4 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.4.5 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.4.6 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.4.7 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.4.8 Menghantar sampel kerja kursuscalon ke MPM (jika diminta)
3.4.9 Menyimpan evidens kerja kursusdi PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.4.10 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Kesusasteraan Melayu
Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang penerimaan Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelaksanaan kerja kursus, pemeriksaan kerja kursus, dan pembentangan kerja kursus.
3.5.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.5.4 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.5.5 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.5.6 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.5.7 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.5.8 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.5.9 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.5.10 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.5.11 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.5.12 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
3.6 Tanggungjawab Calon 3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
3.6.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
3.6.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
3.6.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
TERHAD
6 TERHAD
3.6.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
3.6.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik
3.6.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi pembentangan
3.6.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan tempoh yang ditetapkan
3.6.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus
3.6.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
3.6.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus bagi semua
calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM.
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursusadalah seperti yang berikut:
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
17 Disember 2013
Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif
6 Januari hingga 23 September
2014
Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, serta pembentangan PBS
Menyampaikan taklimat kerja kursus kepada calon
Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus
Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai
Membimbing calon melaksanakan kerja kursus
Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skills)
Menjelaskan item yang dinilai dalam kerja kursus
Membimbing calon memproses data dan maklumat
Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman tarikh akhir penyerahan kerja kursus
Memahami soalan kerja kursus
Membincangkan soalan kerja kursus bersama-sama dengan guru
Merancang jadual kerja Mengumpul data dan
maklumat Menyusun dapatan Memproses data dan
maklumat Mempersembahkan data
dan maklumat
TERHAD
7 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan
Memantau kemajuan hasil kerja kursus calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani borang rekod kerja kursus calon
Menerima kerja kursus daripada calon
Menilai pembentangan kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MPM
Menghasilkan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan
Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti kerja kursus
Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru
Membentangkan kerja kursus pada tarikh dan masa yang ditetapkan
24 September
hingga 24 Oktober
2014
Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission
Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission
Tidak berkenaan
24September hingga
23 Oktober 2014
Penyelarasan PBS oleh KPK
Mengemukakan sampel kerja kursus untuk penyelarasan markah oleh KPK
Tidak berkenaan
25 Oktober 2014
hingga 15 Oktober
2015
Penyimpanan evidens
5 FORMAT PENYEDIAAN 5.1 Penyediaan Esei
5.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
5.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12.
5.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
5.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
5.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
5.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
TERHAD
8 TERHAD
5.2 Penyediaan Portfolio
5.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses penghasilan kerja kursus.
5.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
5.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
5.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
5.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
5.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj).
5.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
5.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian akhir portfolio.
5.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman. 5.3 Penyediaan Projek Multimedia
5.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
5.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang dikeluarkan oleh MPM.
5.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
5.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah dinyatakan.
5.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan.
5.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12.
5.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau sampul surat berukuran A4.
5.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan spesifikasi yang digunakan.
TERHAD
9 TERHAD
6 STRUKTUR PENYEDIAAN 6.1 Penyediaan esei
6.1.1 Pengenalan
6.1.2 Objektif kajian
6.1.3 Kaedah kajian
6.1.4 Isi kajian
6.1.5 Penutup
6.1.6 Senarai rujukan
6.2 Penyediaan portfolio
6.2.1 Pengenalan
6.2.2 Objektif kajian
6.2.3 Kaedah kajian
6.2.4 Isi kajian
6.2.5 Penutup
6.2.6 Senarai rujukan
6.3 Penyediaan projek multimedia
6.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audiovisual.
6.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
6.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: PowerPointWindows 2007, Mikromedia Flash Mx, dan sebagainya.
6.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita (storyboard) 7 PENSKORAN 7.1 Esei
Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah
Markah Peratusan Markah Penulisan
1 Pengenalan 3
50 83.33
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
TERHAD
10 TERHAD
Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah Markah
Peratusan Markah
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100 7.2 Portfolio
Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah
Markah Peratusan Markah Penulisan
1 Pengenalan 3
50 83.33
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100
TERHAD
11 TERHAD
7.3 Projek Multimedia
Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah
Markah Peratusan Markah Perancangan
1 Sinopsis projek 6
35 58.33 2 Papan cerita 24
3 Kreativiti 5
Penghasilan
15 25.00 1 Persembahan multimedia 10
2 Kemahiran insaniah 3
3 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100 8 TANGGUNGJAWAB CALON 8.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
8.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
8.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
8.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
8.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
8.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik
8.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi pembentangan
8.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan tempoh yang ditetapkan
8.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon
BAHAGIAN II : CALON
TERHAD
12 TERHAD
9 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Tarikh Perkara Tindakan Calon
17 Disember 2013
Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Kesusasteraan Melayu Komunikatif
6 Januari 2014 hingga
23 September 2014
Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, serta pembentangan PBS
Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman tarikh akhir penyerahan kerja kursus
Memahami soalan kerja kursus Membincangkan soalan kerja kursus
bersama-sama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat Menyusun dapatan Memproses data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat Menghasilkan kerja kursus yang
lengkap mengikut format yang ditetapkan
Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti kerja kursus
Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentangkan kerja kursus pada tarikh dan masa yang ditetapkan
10 FORMAT PENYEDIAAN 10.1 Penyediaan Esei
10.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
10.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12.
10.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
10.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
10.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
10.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
10.2 Penyediaan Portfolio
10.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses penghasilan kerja kursus.
10.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
TERHAD
13 TERHAD
10.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
10.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
10.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
10.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj).
10.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
10.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian akhir portfolio.
10.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman. 10.3 Penyediaan Projek Multimedia
10.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
10.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang dikeluarkan oleh MPM.
10.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
10.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah dinyatakan.
10.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan.
10.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12.
10.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau sampul surat berukuran A4.
10.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan spesifikasi yang digunakan.
11 STRUKTUR PENYEDIAAN 11.1 Penyediaan esei
11.1.1 Pengenalan
11.1.2 Objektif kajian
11.1.3 Kaedah kajian
11.1.4 Isi kajian
11.1.5 Penutup
11.1.6 Senarai rujukan
TERHAD
14 TERHAD
11.2 Penyediaan portfolio
11.2.1 Pengenalan
11.2.2 Objektif kajian
11.2.3 Kaedah kajian
11.2.4 Isi kajian
11.2.5 Penutup
11.2.6 Senarai rujukan
11.3 Penyediaan projek multimedia
11.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
11.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
11.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD.Calon hendaklah menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: PowerPointWindows 2007, Mikromedia Flash Mx, dan sebagainya.
11.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita (storyboard)
TERHAD
15 TERHAD
TERHAD
16 TERHAD
Calon dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan kerja projek yang berikut: 1 Tulis sebuah esei tentang puisi Melayu tradisional. Arahan Esei ini hendaklah mengandungi
(a) Tajuk
(b) Pengenalan
(c) Objektif kajian
(d) Kaedah kajian
(e) Isi kajian
(f) Penutup
(g) Senarai rujukan 2 Kemukakan satu portfolio seorang tokoh wanita yang menyerupai watak Cik Puan Tipah dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas, (2003), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Arahan Portfolio ini hendaklah mengandungi
(a) Pengenalan
(b) Objektif kajian
(c) Kaedah kajian
(d) Isi kajian
(e) Penutup
(f) Senarai rujukan 3 Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan sajak “Pahlawan Ialah Dia” karya Abdul Ghafar Ibrahim dalam Permata Sastera Melayu, Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia, (2012), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Arahan (a) Hasil kerja tersebut hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks,
dan audio visual.
(b) Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
(c) Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam cakera padat (CD). Nyatakan spesifikasi yang anda gunakan dalam menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: PowerPoint Windows 2007, Mikromedia Flash Mx, dan sebagainya.
(d) Calon perlu menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan. Laporan tersebut mengandungi perkara yang berikut:
(i) Sinopsis projek
(ii) Papan cerita (storyboard)
922/4
TERHAD
17 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4
TAJUK:
NAMA CALON
NOMBOR KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON
NAMA GURU/ PEMERIKSA
TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA
TARIKH
MARKAH
TERHAD
18 TERHAD
Lampiran 2 BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4 BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursusyang dihasilkan.
Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon
Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja KursusCalon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (untuk calon persendirian individu).
Tandatangan Calon Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh
TERHAD
19 TERHAD
Lampiran 3 BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4 BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ....................................
Tarikh Aktiviti dalam
Penghasilan Kerja Kursus(diisi oleh calon)
Ulasan Guru Tandatangan Guru
Tandatangan Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .............................................
Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.
TERHAD
20 TERHAD
Lampiran 4.1 BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil. Kriteria Penilaian Esei Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa
Markah Penyelaras A Penulisan
1 Pengenalan 3 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2 B Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 4.2 BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil. Kriteria Penilaian Portfolio Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa
Markah Penyelaras A Penulisan
1 Pengenalan 3 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2 B Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
22 TERHAD
Lampiran 4.3 BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS PENGGAL 2 HINGGA 3 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 – 922/4 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil. Kriteria Penilaian Projek Multimedia Markah Penuh Markah
Guru/Pemeriksa Markah
Penyelaras A Perancangan 1 Sinopsis projek 6 2 Papan cerita 24 3 Kreativiti 5 B Penghasilan 1 Persembahan multimedia 10 2 Kemahiran insaniah 3 3 Keaslian 2 C Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
Top Related