MANUAL MPK BIL : 43 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PENYELENGGARAAN LAMPU HIASAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 9
7.0 PROSES KERJA 10-11
8.0 CARTA ALIR 12-13
9.0 PENUTUP 14
10.0 LAMPIRAN 15-21
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Penyelenggaraan Lampu Hiasan ini adalah garis panduan
kerja-kerja senggaraan elektrik di bawah tanggungjawab MPK dan ia
mengandungi prosedur yang menerangkan mengenai prosedur yang
perlu dilakukan dalam melancarkan proses kerja.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”.
Sekian. Terima kasih
Tuan Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Penyelenggaraan Lampu Hiasan, Jabatan Kejuruteraan
merupakan dokumen rujukan yang mengandungi prosedur-prosedur
yang jelas, keterangan mengenai fungsi dan objektif jabatan serta
aktiviti pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan
infrastruktur di Majlis Perbandaran Klang demi keselesaan warga
Klang.
Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu Jabatan dan
kakitangan menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan
teratur. Dengan adanya Manual Prosedur Kerja ini, diharap dapat
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”
Sekian. Terima kasih.
PENGARAH KEJURUTERAAN
IR. HJ. MOHD NOOR BIN MAHMUD
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Merupakan garis panduan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan elektrik yang berada di bawah tanggungjawab MPK.
1.4 Manual ini menjelaskan skop, objektif, konsep, sistem, proses
kerja dan kaedah tindakan bagi perlaksanaan kerja-kerja senggara elektrik.
1.5 Manual ini hendaklah digunapakai oleh semua kakitangan dan
pekerja MPK yang terlibat dengan pelaksanaan kerja-kerja senggara elektrik MPK.
2.0 LATAR BELAKANG
Kewujudan Bahagian Lalulintasdan PengangkutanAwam merupakan
antara Bahagian yang ditubuhkan di dalam Jabatan Kejuruteraan yang
mana bahagian ini menerima permohonan papan tanda tunjuk arah
bagi mana-mana pegangan yang berada di dalam kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Klang seperti di dalam peruntukan
AktaKerajaan Tempatan 1976 (Akta 133).
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 6
3.0 DEFINISI
Semua istilah dan perkataan ringkas yang digunakan dalam manual ini hendaklah baca dengan maksud-maksud berikut : a) "Aset" ialah semua bentuk harta benda sama ada binaan atau bangunan atau fasiliti atau pepasangan atau kelengkapan atau peralatan atau logi atau mesin yang wujud secara sistem atau komponen. b) "MPK" ialah ringkasan kepada Majlis Perbadaran Klang sama ada di peringkat persekutuan atau negeri atau daerah atau unit. c) "Pengurusan MPK" ialah pihak yang dipertanggungjawab bagi mengetuai satu satu pejabat MPK sama ada di peringkat ibu pejabat. d) "Pengurusan Atasan MPK" ialah pihak yang dipertanggungjawab bagi mengetuai MPK Selangor, iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. e) "PPE 1994" ialah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 yang diwujudkan di bawah Akta 447 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau mana-mana peraturan semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. f) "VAR" ialah sistem elektrik voltan amat rendah yang bekalan punca pada keupayaan kurang dari SOVa.c. g) "VR" ialah sistem elektrik voltan rendah yang bekalan punca pada keupayaanebih dari VAR kurang dari 1000Va.c. h) "VT" sistem elektrik voltan tinggi yang bekalan punca pada keupayaan 1000Va.c. ke atas.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
UNIT PENYELENGGARAAN LAMPU HIASAN
PENOLONG JURUTERA (J29)
UNIT PENYELENGGARAAN
JABATAN/KONTRAK
TUKANG KADAR
(TK2)
PRA
JURUTEKNIK
(J 17)
PENOLONG PENGARAH
(J44)
PENGARAH KEJURUTERAAN (J52)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 8
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
i. Akta 447: Akta Bekalan Elektrik 1990 ii. Peraturan- Peraturan Elektrik 1994 iii. Spesifikasi-spesifikasi JKR iv. MS IEC 364:1996 atau BS 7671:1996 (lEE Wiring
Regulations), v. Uniform Building By-Laws 1984, vi. Factories and Machinery Act 1967, vii. Occupational Safety and Health Act 514:1994, viii. Peraturan Jabatan Alam Sekitar ix. Piawaian Malaysia (Malaysian Standards) yang berkaitan, x. Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (JKPK), xi. Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), xii. Jabatan Alam Sekitar (JAS), xiii. Jabatan Kerja Raya (JKR), xiv. Lain-lain agensi/jabatan kerajaan yang berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 9
6.0 SKOP KERJA
i. Bidang tanggungjawab MPK bagi menyenggara pada mana-mana aset Majlis adalah tertakluk kepada arahan semasa pihak Pengurusan Atasan MPK.
ii. Pihak pengurusan atasan MPK yang menetapkan dasar dan skop senggara yang perlu dilaksanakan oleh MPK terhadap mana-mana lampu gelanggang dan aset kerajaan.
iii. MPK perlu mengambil Iangkah-Iangkah yang wajar bagi melaksanakan tugas penyelenggaraan mana-mana aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan dan hendaklah membuat perancangan kerja dan tindakan yang berkesan.
iv. MPK Elektrik hanya menjalankan kerja-kerja senggara bagi
perkhidmatan/pepasangan elektrik yang terdapat pada lampu gelanggang majlis yang diarahkan sahaja.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 10
7.0 PROSES KERJA
7.1 Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan pemasangan / kerosakan / pembaikan / senggara pada mana-mana aset Majlis.
7.2 Terdapat 3 proses bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dipratik oleh bahagian ini. Proses tersebut adalah seperti berikut:-
i. Aduan Pengguna ( tindakan dalam tempoh 14 hari ). ii. Pemeriksaan berkala. iii. Permohonan setia Jabatan Pelanggan atau lain-lain
berkaitan ( berdasarkan memo atau surat rasmi ).
7.3 Setiap kerosakan / pembaikan / senggara di lakukan oleh Pegawai yang bertugas, Laporan perlu disediakan mengikut katergori yang telah ditetapkan. Kategori tersebut adalah seperti berikut:-
i. Kerosakan yang boleh di baiki secara terus. ii. Kerosakan yang perlu dibaiki secara kontrak.
7.4 Bagi melaksanakan pembaikian secara kontrak, Pegawai
bertugas perlulah membuat laporan kerosakan kepada pegawai atasan untuk ulasan kerosakan yang memerlukan Khidmat Kontraktor.
7.5 Pelaksanaan kerja-kerja secara kontrak hendaklah mematuhi semua prosuder kerja yang berkaitan seperti Prosuder Perolehan, Pentadbiran Kontrak, penyeliaan dan pemeriksaan di tapak, pembayaran dan lain-lain yang berkaitan.
7.6 Bagi perlaksanaan permohonan pemasangan, Pegawai bertugas perlulah membuat laporan lawatan tapak bagi memastikan lokasi permohonan bersesuaian dan dilaporkan kepada pegawai atasan untuk ulasan pemasangan yang memerlukan Khidmat Kontraktor.
7.7 Jabatan memberi penekanan dalam penyeliaan kerja berkesan
bagi memastikan kualiti kerja, bahan dan produk yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan Pelanggan dan Jabatan Pelanggan.
7.8 Nilaian kos pemasangan / kerosakan / pembaikan / senggara akan di tentukan selepas pemeriksaan tapak dilaksanakan dan membuat kelulusan bagi pemanggilan mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.
7.9 Bagi pemohonan bersurat dari mana-mana Jabatan Pelanggan, Pegawai yang ditugaskan perlulah merekod dan membuat ulasan laporan tapak kepada Pegawai Atasan untuk memberi kebenaran melaksanakan kerja secara Jabatan atau secara Kontrak, Sekiranya permohonan itu di perlu dilaksanakan secara kontrak, Pegawai tersebut perlulah membuat kelulusan pemanggilan kerja mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 11
7.10 Pegawai bertugas hendaklah memeriksa dan mengesahkan kerja
siap bagi setiap aktiviti senggara yang dilaksanakan oleh tenaga kerja Jabatan atau Kontrak.
7.11 Pegawai bertugas hendaklah menguruskan lawatan tapak
bersama dengan pelanggan atau wakil Jabatan Pelanggan serta kontraktor untuk pentauliahan dan penyerahan kerja siap di tapak.
7.12 Pengesahan kerja siap di tapak hendaklah di rekod dalam format yang ditetapkan.
7.13 Semua aktiviti senggara, pindaan, tambahan atau pelupusan yang telah dilakukan pada setiap pepasangan / peralatan hendaklah dikemaskini dan buku inventori.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 12
8.0 CARTA ALIR
i.) Untuk Borang Aduan
Menyelia kerja-kerja pembaikan
Membuat laporan siap kerja dan
rekod dalam iventori
Menerima aduan/ memo/ dari
Pelanggan atau Jabatan Pelanggan
Mula
Memeriksa kerosakan dan
kategorikan kerosakan dan lapor
Membaiki kerosakan
Merekod tindakan kerja
pembaikan dan rekod dalam
inventori
Mengesahkan kerja-kerja pembaikan
siap kerja
Memaklumkan kepada pengadu
yang buat aduan atau Jabatan
terlibat
Tamat
Baiki secara jabatan Baiki dengan melantik
Kontraktor
Membuat kelulusan sebutharga kecil:- < RM 20,000.00 < RM 300,000.00
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 13
ii.) Untuk Permohonan Pemasangan
Menyelia kerja-kerja pemasangan
Membuat laporan siap kerja dan
rekod dalam iventori
Menerima surat/ memo/ dari
Pelanggan atau Jabatan Pelanggan
Mula
Memeriksa lokasi permohonan bagi
menentukan kesesuaian dan lapor
Membuat pemasangan ditapak
Merekod tindakan kerja
pemasangan dan rekod dalam
inventori
Mengesahkan kerja-kerja pembaikan
siap kerja
Memaklumkan kepada pengadu yang
buat aduan atau Jabatan terlibat
tamat
Pemasangan secara
jabatan
Pemasangan dengan
melantik Kontraktor
Membuat kelulusan sebutharga kecil :- < RM20,000 < RM300,000
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 14
9.0 PENUTUP
Secara umumnya, Jabatan Kejuruteraan menyediakan perkhidmatan
kejuruteraan meliputi permohonan tambahan lampu jalan, lampu gelanggang
dan lampu hiasan serta pembinaan projek pembangunan kepada penduduk di
dalam kawasan Majlis ke arah menyediakan infrastruktur dan kemudahan
awam yang lebih teratur dan selesa.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 15
10.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
LAPORAN LAWATAN TAPAK
LAPORAN PEMBANTU TEKNIK/JURUTEKNIK*:
……..……..…………
(Tandatangan & Cop)
Tarikh :
ULASAN JURUTERA/PEMBANTU TEKNIK*:
……...……..…………
(Tandatangan & Cop)
Tarikh :
* Potong yang mana tidak berkenaan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 16
LAMPIRAN 2
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No. Fail : ________________________________________
No. Pesanan Tempatan : ________________________________________
Nama Kerja : ________________________________________
Laporan Oleh Juruteknik*:
……..……..…………
(Tandatangan & Cop)
Tarikh :
Laporan & Pengesahan Kerja Oleh Pembantu Teknik*:
……...……..…………
(Tandatangan & Cop)
Tarikh :
Ulasan Oleh Jurutera*:
……...……..…………
(Tandatangan & Cop)
Tarikh :
* Isi ruangan mana yang berkenaan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 17
LAMPIRAN 3
JABATAN KEJURTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KEJ/KS/2002 MPK/PK/(IK 03/28)
POHON KELULUSAN YDP MENJALANKAN KERJA SEGERA
RUJUKAN :
TARIKH :
DARIPADA : PJ
KEPADA : YDP
TAJUK KERJA :
LOKASI :
ANGGARAN :
CATATAN :
PERUNTUKAN :
BAKI PERUNTUKAN :
Disediakan Oleh
…………………….
DARIPADA :
KEPADA :
KEPUTUSAN :
SYRKT YANG
DICADANGKAN :
1. Lulus
2. Tangguh
3. Tolak
ULASAN : ………………………………………………………………………
………………………………….
(Mohd Ikhsan bin Mukri)
b/p Tuan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 18
LAMPIRAN 4
JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KEJ/KS/2002 MPK/PK/(IK 03/27)
POHON KELULUSAN SU MENJALANKAN KERJA SEGERA
TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : SU TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : CATATAN :
PERUNTUKAN :
BAKI PERUNTUKAN :
Disediakan oleh:
……………………………...
_____________________________________________________________________________
DARIPADA : SU
KEPADA : PJ
SYKT YANG DILULUSKAN :
KEPUTUSAN :
1. Lulus
2. Tangguh
3. Tolak
ULASAN : ---------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------
(Mohd Ikhsan bin Mukri)
Tuan Setiausaha
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 19
LAMPIRAN 5
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KEJ/KS/2002 MPK/PK/(IK 03/28)
POHON KELULUSAN PJ MENJALANKAN KERJA SEGERA
TARIKH :
DARIPADA :
KEPADA : PJ
TAJUK KERJA :
LOKASI :
ANGGARAN :
SYKT YANG
DICADANGKAN :
CATATAN :
PERUNTUKAN :
BAKI PERUNTUKAN :
Disediakan oleh:
……………………………...
_____________________________________________________________________________
DARIPADA :
KEPADA :
KEPUTUSAN :
1. Lulus
2. Tangguh
3. Tolak
ULASAN : ----------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------
( Ir. Hj. Md Noor bin Mahmud )
Pengarah Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 20
LAMPIRAN 6
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
IK 03-01
KELULUSAN AWAL
RUJUKAN :
TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : YDP TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN JABATAN : PERUNTUKAN : BAKI PERUNTUKAN :
Saya yang menurut perintah,
…..……….……………………
( Dr. Anuar bin Abd Wahab )
Pengarah Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Klang
____________________________________________________________________________
PJ,
KEPUTUSAN CARA PANGGILAN KERJA ADALAH :
1. TERBUKA
2. TERPILIH
-------------------------------------
(Tuan Mislan Bin Tugiu)
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 21
LAMPIRAN 7
JABATAN KEJURUTERAAN
ADUAN TELEFON/KAUNTER
Bil. Aduan : ……………………………….
Nama Pengadu : …………………………………………………………
Alamat : …………………………………………………………
…………………………………………………………
No. Telefon : ……………….(Rumah)………………….(Pejabat)
……………….(Tel. Bimbit)
ADUAN : JALAN PARIT JALAN LAIN-
LAIN
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………
PELAN LAKARAN LOKASI ADUAN
T/Tangan ………………………
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 43 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyelenggaraan Lampu Hiasan 22
Top Related