LEKSIKOGRAFI BAHASA MELAYU
JBEA 3303
NOR SURIANA BINTI YUSOFJEA070129
NUR FAREZALIANI BINTI AWABJEA070162
TAJUK:Berdasarkan
Perbendaharaan Kata Itali-Melayu Antonio Pigafetta, tulisan A. Bausani (1961), huraikan ciri-ciri penting
kamus tersebut.
PENGENALAN
MAKSUD KAMUS Berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud
‘kitab’ yang memberi keterangan tentang erti kata-kata atau lautan samudera yang dalam-dalam dan berbahaya.
Abdullah Hussain (1970) - kamus bukan berasal daripada bahasa Arab, tetapi berasal daripada bahasa Parsi.
Harimurti Kridalaksana (1982) - buku rujukan yang memuatkan daftar kata-kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad.
The American College Dictionary (1990) - kamus ialah buku yang berisi pilihan kata-kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa lain.
MAKSUD LEKSIKOGRAFI Kamus Dewan Edisi Ketiga - proses atau
profesion menyusun kamus. Teeuw (1964) - bidang leksikografi
merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakup teknik dan metodologi penyusunan.
Landau - ‘a global sense of busyness with language’.
Hartmann 1983 - ‘Lexicography is no longer an obscure past time performed by a small minority of introverted word collectors, but a professional activity with its own establish practices and international contact’.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kesukaran dalam mentafsir makna ayat
Kesulitan mendapatkan bahan kajian untuk dijadikan rujukan utama
Percanggahan dalam mentafsir makna
OBJEKTIF KAJIAN:
Mengkaji aspek pengumpulan makna Itali-Melayu dalam bidang perkamusan.
Menganalisis data makna yang terdapat dalam Perbendaharaan Kata Itali-Melayu.
Menghurai proses ejaan, sebutan dan makna.
HASIL
KAJIAN
DAFTAR KATA ITALI-MELAYU Menurut catatan sejarah, Portugis telah menakluk
Melaka pada tahun 1511 M di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque yang menggunakan bala tentera lautnya. Pada ketika itu, Ferdinand Magellan merupakan nakhoda bagi kapal tersebut. Ketika dalam perjalanan kembali ke Portugal, Magellan telah membawa seorang lelaki Melayu yang merupakan seorang panglima di Melaka. Panglima Awang atau lebih lebih dikenali sebagai Henry The Black atau digelar sebagai Enrique merupakan seorang yang sangat memahami selok-belok pelayaran di nusantara. Di samping itu, Magellan menggunakan khidmat Enrique sebagai jurubahasa Melayunya kerana beliau selalu berulang-alik antara Lisbon dan Kepulauan Melayu.
Pada 10 Ogos 1519, Ferdinand Magellan telah belayar dari Seville dan mengelilingi beberapa pelabuhan besar di dunia sambil berniaga dengan ditemani oleh seorang ketua kelasi kapal yang dikenali sebagai Antonio Pigafetta dari Vicenza. Sejak meninggalkan bandar Pelabuhan Seville di Sepanyol, Pegafetta tertarik dengan perbualan antara Magellan dan Enrique. Pegafetta berminat dan mula mempelajari bahasa yang dituturkan oleh Enrique yang kemudiannya diketahui bahasa tersebut merupakan bahasa Melayu.
Pada tahun 1521, kapal tersebut singgah di Tidore, Kepulauan Maluku untuk membeli rempah-ratus. Pegafetta mengambil kesempatan ini untuk bercakap secara langsung dengan orang tempatan. Pegafetta menyalin beberapa perkataan Melayu berdasarkan ejaan Itali dengan bantuan Enrique. Disebabkan Pegafetta bukanlah seorang ahli bahasa, maka pertuturan yang disalinnya itu adalah berdasarkan kepada ejaan Itali dengan pendengaran orang Itali. Akhirnya, Pegafetta berjaya mengumpulkan 426 patah perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu. Senarai perkataan tersebut kemudian disusun semula oleh Alessandro Bausani dan dijadikan buku yang bertajuk Perbendaharaan Kata Itali-Melayu yang Pertama.
ANALISIS SEBUTAN
Sebutan merupakan kategori maklumat yang mengajar pengguna bagaimana untuk menyebut sesuatu kata dalam sesuatu bahasa
Sebutan Melayu biasanya mengelirukan kepada penutur bukan asli bahasa Melayu terutama untuk huruf [e] yang mewakili [e] pepet dan [e] taling
Sebutan ini juga lazimnya digunakan oleh Pigafetta
Contohnya :bebere (bibir)laher (leher)premata (permata)
Pigafetta juga menggunakan huruf [u] dalam perbendaharaan katanya
Contohnya: gumbili untuk kembilitubu untuk tebuhurimau untuk harimau
ANALISIS EJAAN Ejaan bahasa Melayu yang digunakan dalam
perbendaharaan Itali-Melayu Pigafetta memperlihatkan kelainannya.
Ejaan rumi yang digunakan oleh Pigafetta adalah berdasarkan kepada ejaan bahasa Itali.
Hal ini bermaksud satu fonem Melayu dirakamkan dengan pelbagai grafem dan sebaliknya satu grafem pula melambangkan pelbagai fonem yang difikirkannya sesuai dengan pendengaran dan kemudahan untuk mengujarkan mengikut cara penyebutan bahasa Vicentin, iaitu bahasa ibunda Pigafetta.
Aspek yang dikaji:
Ejaan vokalEjaan konsonanPenambahan fonemPengguguran fonemTanda baca
ASPEK EJAAN VOKALVokal Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
a - e talinghabatis
telingabetis
e - i lelin lilin
i - e piracnaghiri
peraknegeri
i - u biritan buritan
o - e poranpoan perempuan
o - u telorroza
telurrusa
u - a hurimau harimau
u - e tumbaga tembaga
u - o cupiahcuta
kopiahkota
ASPEK EJAAN KONSONAN
Konsonan Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
b-p gurab gurap
c-k catipcapala
khatibkepala
c-s bacicepot
besisiput
ch-k cuchuchielamin
kukucermin
ch-j mischit masjid
ch-k anachbalachan
anakbelakang
Konsonan Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
g-j tugu tujuh
g-k golos kurus
gh-g talinghalanghan
telingalengan
l-r saudalabolon
saudaraburung
m-ng pizam pisang
n-m poranpoangaran
perempuangaram
Konsonan Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
n-m poranpoangaran
perempuangaram
ph-f Caphre kafir
ph-p cophia kopiah
r-l raiar layar
s-c sinsin cincin
s-sy saytan syaitan
th-t minthuacatha
mertuakata
x-s amaxpixao
emaspisau
ASPEK PENAMBAHAN FONEM
Fonem Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
/t/ buritumi
burittumit
/k/ tidana
tidaknak
/s/ mani manis
/h/ timalinta
timahlintah
/g/ guntindulan
guntingdulang
ASPEK PENGGUGURAN FONEM
Fonem Ejaan Pigafetta Ejaan Masa Kini
/t/ matta mata
/s/missaisussusissir
misaisususisir
/l/ gullabullan
gulabulan
/p/ appiappa
apiapa
ASPEK TANDA BACA
Tanda baca Ejaan Pegafetta
Ejaan masa kini
Sempang (-)
cana cana
casicasi
siama siama
kanak-kanak
kasih-kasih
sama-sama
ANALISIS MAKNA Maklumat semantik atau makna ialah kategori
maklumat yang lazimnya digunakan oleh pengguna kamus, tidak kira kamus umum ataupun kamus khusus.
Sebahagian besar pengguna membuka kamus untuk mencari makna atau untuk memastikan ketetapan makna kata yang dirujuk.
Kamus dianggap sebagai autoriti yang memberi kata putus dalam menentukan makna.
Daftar kata Itali
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu kini
Makna sebenar
al christiano Christian nasrani Kristian
al turco Turk rumi peribumi Turki
al fratello Brother saudara saudara lelaki
al avo Grandfather nenek datuk
al homo Man orang orang lelaki
a le palpebre Eyelids kening kelopak mata
al mento Chin ayai dagu
a la macella Jaw pipi rahang
a la golla Throat leher kerongkong
KESIMPULAN
Bidang leksikografi atau perkamusan telah mencapai tahap kematangan yang amat memberansangkan.
Penghasilan kamus oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan ahli leksikografi lain dapat mengalakkan lagi aktiviti perkamusan dalam disiplin ilmu ini
Oleh itu, wajar sekali ditubuhkan sebuah pusat pengajian dan pengajaran ilmu perkamusan di negara ini yang bukan sahaja meliputi bidang leksikografi, malah leksikologi.
Oleh yang demikian, subjek yang berkaitan dengan bidang leksikografi perlulah diperbanyakkan dan ditawarkan di setiap universiti tempatan. Hal ini dapat menggalakkan dan menarik minat pelajar-pelajar untuk mendalami bidang perkamusan.
SEKIANTERIMA KASIH
Top Related