LARI JARAK SEDERHANA (800M)
PENGENALAN
Larian 800m merupakan salah satu cabang larian
jarak sederhana. Seperti acara balapan yang lain,
acara 800 meter di pertandingan sama ada di atas
padang ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter
perlu berlari dua pusingan balapan 400 meter.
Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan
larian pada kederasan yang maksimum yang boleh di
sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari jarak sederhana (800 meter) pelari harus bijak
membahagikan corak larian.
Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800, meter harus bijak mengatur
langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh
pelari lain. Para pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian
pada hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke
garisan penamat merupakan aset utama jika berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan
dengan cara photo-finish.
CIRI-CIRI PELARI JARAK SEDERHANA
i. Mempunyai keupayaan fisiologi dan psikologi untuk mengurangkan keletihan dan
ketegangan semasa berlari.
ii. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kepantasan asli dengan ketahanan dan kualiti
yang harus dibentuk dari semasa ke semasa, sama ada menerusi latihan atau pertandingan.
iii. Bijak mewujudkan pendekatan terbaik dan bijak, tidak terpengaruh dengan taktik dan
strategi peserta lain.
ATURAN DAN CARA LARIAN
i. Pelari akan berlari dua pusingan balapan (400 meter) bermula dan berakhir lebih kurang di
tempat yang sama.
ii. Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing dengan permulaan seperti acara 400
meter.
iii. Pelari dibenarkan memotong masuk ke lorong paling dalam selepas melepasi jarak 100
meter pada pusingan kedua.
iv. Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum tamat larian, cuba
menghalang pelari lain atau merempuh pelari lain.
v. Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas.
vi. Pelari dibenarkan memakai kasut larian, spikes, kasut biasa atau berlari tanpa kasut
(digalakkan memaki spikes untuk keselamatan).
vii. Pelari hendaklah menamatkan larian dengan melepasi pita atau garisan penamat yang
disediakan.
viii. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk olahraga.
TAKTIK DALAM ACARA 800 METER
Dua cara memenangi acara 800 meter :
i. Mulakan larian dengan agak laju dan kekalkan larian itu hingga ke garisan penamat.
ii. Berlari pada kelajuan yang sama dari mula dengan kekalkan kelajuan itu dan terus pecut
pada selekoh terakhir.
KOMPONEN TERLIBAT :
i. Kelajuan
ii. Kekuatan
iii. Daya tahan otot
iv. Daya tahan kardiovaskular
TEKNIK LARIAN 800 METER
SEBELUM
1. Pilih lorong melalui undian.
2. Ingatkan pelari hanya pusingan pertama berlari mengikut lorong masing-masing.
3. Arahan ; ke garisan sedia tembakan/pelepasan.
4. Pelari boleh memilih sama ada gaya berdiri atau gaya dekam sebagai permulaan larian.
5. Kaki dominan diletakkan paling dekat dengan garisan.
SEMASA
1. Pusingan kedua, selepas melepasi jarak 100 meter pelari boleh memotong ke lorong paling
dalam.
2. Jarak langkah tidak terlalu jauh.
3. Dada dan lengan hendaklah ke depan sedikit untuk memberi lebih kuasa pada badan.
4. Angkat kaki hingga ke punggung menambahkan kepantasan serta pergerakan kaki ke
hadapan dengan menjimatkan tenaga.
5. Tapak kaki pelari hendaklah menyentuh balapan pada masa yang sama (tumit dan bebola
kaki) bagi menjimatkan tenaga.
6. Akhir larian memerlukan pecutan.
7. Jangan menoleh ke belakang.
8. Mata menumpukan 3 meter di hadapan.
9. Hayunan tangan dan pergerakan kaki haruslah synchronize.
10. Tenang dan jangan tertekan.
MENAMATKAN LARIAN
1. Pelari akan memecut semasa larian akhir.
2. Torso finish.
PEMEGANG REKOD 800 M
1. Lelaki: Lelaki – Wilson Kipketer ( 1 : 42 . 11 ) Cologne 24 Ogos 1997
2. Wanita – Jarmila Kratochilova ( 1 :53 . 28 ) Munich 26 Julai 1983
3. Lelaki Remaja - Abubaker Kaki Khamis ( 1 : 42 .69 ) Oslo 6 Jun 2008
4. Remaja Wanita - Pamela Jelimo ( 1 ; 54 .01 ) Zurich 29 Ogos 2008
PAKAIAN
1. Kasut spikes
2. Seluar dan baju yang ringan (tidak serap air dan tidak mencolok mata)
3. Pakai nombor
BAGAIMANA TERBATALNYA LARIAN
1. Keluar dari trek
2. Merempuh pelari lain
3. Memotong sebelum masanya
4. Tolak menolak
5. Mendapat bantuan dari luar
Top Related