1
MINGGU 2
TARIKH: 19 September 2013
AKTIVITI : Kaedah Tut
A. Bahan yang digunakan ialah GP7, tali pengikat dan plastic
B. GP7 direndam dalam air untuk ia mengembang sebagai medium dalam kaedah tut.
C. GP7 dibelah kepada dua tetapi jangan membelah kesuluruhan hanya separuh GP 7
2
D. Sebelum meletakkan medium keratkan kulit dahan tersebut dalam jarak 1
inci.Keratkan kulit belah kanan dan kiri serta bawah.kemudian,kopekkan kulit
tersebut.Kikis dahan yang terkopek agar getah tidak melekat pada dahan tersebut
E. Balutkan medium pada dahan yang telah dikiis sebentar tadi
F. Balutkan plastik sekeliling medium tersebut.
3
G. Ikat medium berbungkuskan plastik di kedua belah.
H. Kaedah tut yang selesai dilakukan
4
MINGGU 3
TARIKH: 26 SEPTEMBER 2013
AKTIVITI : MERUMPUT
A. Merumput bertujuan untuk membuang segala rumput atau halangan yang
berdekatan dengan pokok sebelum pembajaan
B. Merumput boleh menggunakan pencakar atau cangkul bagi memudahkan
membuang rumput yang berdekatan dnegan pokok.
C. Para pelajar boleh mencuba memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput
sambil diawasi oleh pekerja ladang
5
MINGGU 4
TARIKH : 3 OKTOBER 2013
AKTIVITI : MEMBAJA
BAHAN YANG DIGUNAKAN : NPK Green dan Baja Organik
Sebelum kami membaja, kami diberi penerangan dan teknik yang betul ketika
membaja. Berikut merupakan bahan penting yang digunakan dalam pembajaan. Baja
organik yang digunakan ialah 3 Kg hingga 4 Kg. NPK Green yang diperlukan ialah ¾
daripada 100g. Jumlahnya ialah 15:15:15. Kemudian, setelah penerangan dan
demostrasi,kami melakukan pembajaan secara praktikal sendiri.
RAJAH 1 : NPK Green dan Baja Organik
6
a. Sebelum pembajaan, bina longkang disekeliling pokok untuk memudahkan baja
ditaburkan.
b. Selepas itu, taburkan baja organik 3-4 kg disekitar pokok di dalam longkang yang
dibina.
c. Kemudian, taburkan NPK Green ¾ daripada 100g. Disini kami menyukat baja
menggunakan separuh dari botol air mineral 500ml.
7
d. Tutupkan baja yang ditabur sebentar tadi dengan tanah semula agar apabila hujan
baja yang ditabur takkan berselerak.
MINGGU : 5
TARIKH : 10 OKTOBER 2013
AKTIVITI : DEMOTRASI MENCANTAS
A. Antara barang yang digunakan dalam proses mencantas
B. Ini merupakan pokok nangka sebelum dilakukan pencantasan.
8
C. Sebelum melakukan pencantasan,kita perlu memilih dahan yang hendak dibuang.
Kita perlu meramalkan kesan untuk pertumbuhan dahan tersebut. Contohnya,dahan
yang menghala kearah jalan perlu dibuang kerana peluang untuk traktor membawa
baja atau air melalui jalan tersebut amat tinggi.Ini dapat mengelakkan dahan tersebut
tersangkut pada traktor atau kesukaran traktor tersebut melalui jalan tersebut.
D. Setelah memastikan dahan yang hendak dicantas. Bagi dahan yang besar dan
keras, pencantasan dilakukan mengunakan gergaji kecil.
9
E. Seperti rajah diatas,kita dapat melihat cara mencantas dahan yang kecil dan dahan
yang besar. Dahan yang kecil hanya dipotong menggunakan gunting cantasan iaitu
secaterus. Manakala dahan yang besar menggunakan gergaji cantasan.Pertama
sekali, dahan yang hendak dibuang di bahagian bawah dipotong (10-15 cm daripada
batang) sedalam setengah lilitan batang.Diikuti dengan pemotongan dari bahagian
atas dengan jarak 2-3 cm dari potongan pertama Akhir sekali, tunggul yang tinggal
dipotong.
F. Dahan yang kecil dipotong menggunakan gunting cantasan.Rajah sebelah
menunjukkan kedudukan gunting yang betul ketika mencantas dan potong secara
menegak untuk mengelakkan kecederaan yang besar kepada pokok.
10
G. Keadaan pokok selepas dicantas mengalami kecederaan yang minima.
H. Setelah mencantas, dahan yang terlalu tinggi akan di “train”. Buluh digunakan
sebagai pancang untuk mengikat tali rafia.Sediakan tali raffia,ukuran mengikut jarak
pancang dengan bahagian tengah dahan.Ikat
11
MINGGU 6
TARIKH: 17 OKTOBER 2013
KELAS DIBATALKAN
12
MINGGU 7
TARIKH: 24 OKTOBER 2013
AKTIVITI: AMALI MENCANTAS
A. Minggu ini kami melakukan amali mencantas selepas melihat demostrasi pada
minggu 5. Ini keadaan pokok sebelum mencantas.
B. Dahan yang kami pilih untuk dicantas
13
C. Dahan yang hendak dicantas,kami potong menggunakan gunting cantasan iaitu
secaterus.Dahan yang kami potong kesemuanya merupakan dahan yang kecil
dan tidak memerlukan gergaji cantasan
D. Keadaan batang pokok setelah dahan dicantas
14
E. Selepas mencantas,kami mengenal pasti dahan yang ingin kami latih supaya
mengikut bentuk yang kami kehendaki. Cucukkan buluh yang sederhana tinggi
sebagai pecacak dan ikat tali rafia pada pecacak terlebih dahulu.
F. Kemudian,tarikkan tali tersebut kearah dahan yang hendak dilatih.Ikat dengan
kuat dan pastikan dahan tersebut mengikut arah yang ingin kita bentukkan.
G. Keadaan pokok ini selepas proses pencantasan dan “Train”
Top Related