JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721
JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA
LAPORANKETUAAUDITNEGARA PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI MELAKA TAHUN 2016
SIRI 2
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA | PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016
SIRI 2
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN
PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI MELAKA TAHUN 2016
SIRI 2
Jabatan Audit Negara Malaysia
KANDUNGAN
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | iii
KANDUNGAN
vii
KATA PENDAHULUAN
xi
INTISARI LAPORAN
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
3
BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA Pengurusan Kawal Selia Air
39
JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka
61
PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd.
89
PENUTUP
KATA PENDAHULUAN
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | vii
KATA PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri,
Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit
1957 serta Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2017 pula memberi kuasa kepada Ketua
Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965 yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri dan sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham
berbayar dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan
Persekutuan/Negeri.
2. Pengauditan prestasi telah dijalankan selaras dengan Seksyen 6(d), Akta Audit
1957 serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan
oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Laporan saya
ini mengandungi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
Melaka bagi tahun 2016 Siri 2 mengenai perkara yang telah diperhatikan hasil daripada
pengauditan yang telah dijalankan terhadap aktiviti di dua Jabatan dan satu Syarikat
Kerajaan Negeri.
3. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada
Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan. Ketua-ketua
Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan mengenai isu-isu
berkaitan semasa Exit Conference yang diadakan sebelum laporan ini disediakan.
Sehubungan itu, hanya penemuan Audit yang penting sahaja yang dilaporkan dalam
laporan ini. Laporan berkenaan juga telah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Melaka. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi
mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 13
syor untuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri
berkenaan.
4. Auditor General’s Dashboard yang mula dilaksanakan pada 31 Mei 2013
memaparkan isu dan status terkini tindakan Laporan Ketua Audit Negara. Mekanisme
ini berjaya membantu Jabatan/Agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklum balas
dengan cepat dan pantas. Ini membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan dalam
menjelaskan kedudukan terkini isu Laporan Ketua Audit Negara serta menyalurkan
status tindakan yang telah diambil kepada pihak awam.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | viii
5. Saya berharap laporan ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki
segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan, meningkatkan akauntabiliti
dan integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat
seperti mana yang dihasratkan oleh Kerajaan.
6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri yang telah memberikan kerjasama
kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta
memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.
(TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
17 Oktober 2017
INTISARI LAPORAN
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xi
INTISARI LAPORAN
BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA 1. Pengurusan Kawal Selia Air
a. Kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pengurusan dan kawal selia
sumber air dan kawasan tadahan air di Negeri Melaka adalah di bawah Badan
Kawal Selia Air Negeri Melaka (BKSA), Jabatan Ketua Menteri Melaka yang
ditubuhkan pada 1 Julai 2006 sejajar dengan pewartaan Enakmen Pembekalan Air
(Negeri Melaka) 2002. Enakmen ini telah dipinda pada tahun 2014 dan diluluskan
pada 25 Disember 2014. Objektif utama BKSA ditubuhkan adalah untuk
menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi
memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan
sosioekonomi negeri. BKSA melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana,
penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik,
dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.
b. Pengauditan yang dijalankan antara bulan April 2017 hingga Jun 2017 mendapati
pengurusan kawal selia air adalah tidak memuaskan kerana pengurusan kuantiti
dan kualiti sumber air mentah, pelesenan, pengurusan hasil dan kaedah penutupan
serta pemberhentian abstraksi air mentah tidak dilaksanakan secara cekap dan
berkesan serta tidak dapat memenuhi objektifnya dalam membekalkan air mentah
yang mencukupi dan berkualiti baik. Antara kelemahan yang ditemui dan perlu diberi
penambahbaikan adalah seperti berikut:
i. kajian kecukupan kuantiti air mentah tidak dilaksanakan;
ii. perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani;
iii. aktiviti penerokaan dan pencemaran di kawasan tadahan air (empangan);
iv. penguatkuasaan dan pelesenan tidak dijalankan secara menyeluruh;
v. tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan bil caj abstraksi air mentah
oleh pelesen lewat dibayar; dan
vi. tiada kaedah penutupan yang spesifik dan pemberhentian abstraksi air mentah
dijalankan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xii
c. Bagi memastikan pengurusan kawal selia sumber air Negeri Melaka diuruskan
dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan adalah
disyorkan BKSA supaya melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. Menjalankan kajian secara terperinci berkaitan kuantiti, kualiti dan sumber
alternatif air mentah bagi memastikan bekalan sumber air mentah yang optimum
dan mencukupi serta terjamin kualitinya; dan
ii. Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan empangan, lesen
abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain perkara yang
berkaitan dibuat secara berkala.
JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA 2. Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka a. Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada 1 November 1997
dengan nama Akaun Amanah Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Melaka (TPN)
melalui Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9(3). Objektif
penubuhan adalah untuk memberi bantuan kepada nelayan berdaftar dengan
Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut dan
lain-lain kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pada 14 November
2014, Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah dipinda bagi
meluaskan skop penggunaan wang daripada akaun. Antara pindaannya adalah
bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan konsesi penambakan laut
mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan, bayaran sagu
hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi penambakan laut mengikut
kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan, menambah baik
infrastruktur dan kemudahan bagi kegunaan nelayan ini, pembangunan Modal Insan
di kalangan komuniti dan pelaburan dan simpanan tetap yang ditadbir oleh
Bendahari Negeri. Akaun ini dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah dan Bendahari
Negeri bertanggungjawab menyelenggara akaun tersebut bagi penerimaan dan
pembayaran. Terimaan bagi akaun amanah ini terdiri daripada syarikat-syarikat
yang mendapat konsesi penambakan laut di pantai Negeri Melaka, terimaan selain
daripada syarikat-syarikat konsesi penambakan laut, terimaan daripada agensi-
agensi atau daripada orang awam dan faedah daripada simpanan tetap yang
ditadbirkan daripada pelaburan oleh Bendahari Negeri.
b. Pengauditan yang dijalankan mulai April 2017 hingga Julai 2017 terhadap aspek
penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati, dan penggunaan dana untuk
tujuan perolehan, pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta
pelaburan mendapati, secara keseluruhannya pengendalian Akaun Amanah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xiii
Nelayan adalah tidak memuaskan disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan
cekap dan berkesan seperti pembayaran sagu hati yang dibuat tanpa garis panduan
dan perolehan tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan. Sungguhpun demikian dari
aspek penerimaan sumbangan adalah memuaskan kerana kutipan sumbangan
telah mencapai 83.1% berbanding sasaran. Di antara kelemahan yang ditemui
adalah seperti berikut:
i. kadar bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat penambakan laut
dan lain-lain projek pembangunan adalah berbeza-beza;
ii. objektif perolehan kerja infrastruktur yang dilaksanakan tidak tercapai kerana
tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan;
iii. pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan tidak dirancang; dan
iv. tiada perancangan bagi pelaburan dan simpanan tetap terhadap lebihan baki
akaun amanah untuk memperolehi pulangan yang optimum. c. Bagi memastikan Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka diuruskan
dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah
adalah disyorkan supaya JKPNM melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. garis panduan pengurusan pembayaran bantuan sagu hati perlu ditetapkan bagi
memastikan nelayan menerima bantuan sagu hati yang sewajarnya berbanding
sumbangan sagu hati yang diterima daripada syarikat konsesi dan penyumbang
yang lain;
ii. pemantauan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kerja pembinaan
dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, pembayaran perlu
dilaksanakan berdasarkan peraturan kewangan semasa untuk memastikan
perolehan dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi undang-undang serta
mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance Practices);
iii. perancangan projek infrastruktur perlu diteliti supaya dapat dimanfaatkan oleh
nelayan; dan
iv. pembangunan modal insan di kalangan nelayan perlu diberi perhatian bagi
memberi peluang kepada nelayan untuk menambah pengetahuan dan
kemahiran serta menjadi lebih produktif bagi menyumbang peningkatan
perkembangan ekonomi.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xiv
PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA
3. Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. a. Syarikat Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. (MBH) merupakan syarikat subsidiari
milik penuh Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) yang ditubuhkan pada 27 Julai
1995 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan berjumlah RM5 juta
dan modal berbayar berjumlah RM1.1 juta. MBH ditubuhkan untuk menjalankan
aktiviti komersial bagi pihak PBM. Aktiviti komersial yang dijalankan adalah
mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik, menganjurkan
seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan dan sebagai konsultan bagi
pembangunan produk, farmaseutikal dan peranti perubatan. Visi MBH menjadikan
Melaka sebuah negeri yang progresif dan dinamik serta pusat kecemerlangan
dalam bidang bioteknologi dalam membentuk kekayaan baru yang berterusan. MBH
beroperasi di bangunan PBM, Ayer Keroh, Melaka. Setakat bulan Jun 2016, MBH
melaksanakan 12 perkhidmatan/produk di bawah tiga jenis perkhidmatan iaitu
mengkomersialkan ujian makmal saintifik, produk biodegradasi dan perkhidmatan
konsultasi. Lembaga Pengarah MBH dianggotai oleh seramai enam orang yang
dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ahli lain terdiri daripada wakil Kerajaan
Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Pengarah MARDI dan seorang Pengarah Syarikat Persendirian. Pengurusan MBH
diketuai oleh seorang Pengarah Urusan yang juga merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif PBM dan dibantu oleh 34 orang kakitangan PBM. MBH mempunyai
sebuah syarikat subsidiari dan sebuah syarikat bersekutu iaitu Melaka Cell Farming
Sdn. Bhd. (MCF) dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. dengan pegangan saham
masing-masing sebanyak 100% dan 20%. Pengurusan MBH adalah tertakluk
kepada Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Penubuhan (M&A) serta
Standard Operating Procedures syarikat.
b. Pengauditan telah dijalankan pada bulan April 2017 hingga Julai 2017 mendapati
pada keseluruhannya, prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan kerana
mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut. Kerugian MBH pada
tahun 2014 mencatatkan jumlah RM344,214, 2015 berjumlah RM311,940 dan pada
tahun 2016 berjumlah RM301,304. Bagi tadbir urus korporat MBH juga didapati
kurang memuaskan kerana terdapat beberapa aspek penting tadbir urus seperti
amalan terbaik Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan dan Standard Operating
Procedures, Rancangan Korporat/KPI, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman
masih belum dilaksana. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kurang cekap,
berhemat dan berkesan tetapi selaras dengan objektif yang ditetapkan. Terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh MBH seperti ringkasan
berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xv
i. sasaran pendapatan MBH daripada perkhidmatan ujian makmal tidak tercapai
kecuali pada tahun 2015; tunggakan penghutang perniagaan meningkat setiap
tahun; ujian makmal secara outsource lebih banyak berbanding ujian inhouse
dan pendapatan ujian makmal saintifik oleh PBM diakaunkan ke dalam akaun
MBH; dan
ii. tiada sasaran pendapatan untuk penjualan produk biodegradasi dibuat pada
tahun 2015 dan 2017 walaupun stok masih ada dan sasaran pendapatan pada
tahun 2016 tidak dicapai.
c. Bagi memastikan objektif penubuhan MBH dapat dicapai sepenuhnya, adalah
disyorkan pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah MBH mengambil langkah yang
proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan
ini. Sehubungan ini, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi
pertimbangan terhadap perkara berikut:
i. MBH hendaklah memastikan pengurusan aktiviti syarikat diurus dengan cekap,
berhemat dan berkesan selaras dengan objektif yang telah ditentukan;
ii. MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung perkhidmatan ujian makmal
yang dipersetujui bersama pada setiap tahun serta memperjelas syarat-syarat
berkaitan dalam perjanjian antara kedua pihak;
iii. MBH perlu menyemak semula harga produk biodegradasi bagi membolehkan
produk ini bersaing dengan pembekal-pembekal di pasaran semasa;
iv. MBH perlu menyediakan Pelan Perniagaan Strategik (strategic Business Plan),
Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama yang baik
bagi memastikan perancangan perniagaan yang berkesan dapat dilaksanakan
untuk memaju dan memantapkan syarikat;
v. MBH perlu mewujudkan Jawatankuasa Audit dilantik dari kalangan Ahli
Lembaga Pengarah MBH. Manakala Audit Dalaman hendaklah diwujudkan
dikalangan kakitangan MBH selain daripada unit pentadbiran dan kewangan;
vi. MBH hendaklah mewujudkan kod etika rasmi syarikat, menyenaraikan peranan,
tugas dan tanggungjawab ahli dan memberi program pembelajaran kepada ahli
supaya tadbir urus bagi Pengarah Urusan di amalkan dengan baik untuk
memajukan syarikat; dan
vii. Mewujudkan mekanisme pemantauan yang teratur kepada syarikat milikan
MBH.
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 3
BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA
1. PENGURUSAN KAWAL SELIA AIR
1.1. LATAR BELAKANG
1.1.1. Sumber air terdiri daripada air sungai, empangan, air bawah tanah, air
bukit, tasik dan sebagainya. Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan kepada
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-
perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri
kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak) berkuat kuasa pada
21 Mac 2005. Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia
bekalan dan perkhidmatan air manakala Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab
terhadap sumber air.
1.1.2. Bagi menguruskan sumber air, kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan
dengan pengurusan dan kawal selia sumber air dan kawasan tadahan air di Negeri
Melaka adalah di bawah Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka (BKSA), Jabatan
Ketua Menteri Melaka yang ditubuhkan pada 1 Julai 2006 sejajar dengan pewartaan
Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002. Enakmen ini telah dipinda pada
tahun 2014 dan diluluskan pada 25 Disember 2014.
1.1.3. Objektif utama BKSA ditubuhkan adalah untuk menyediakan bekalan air
mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar
dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri. BKSA
melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara,
penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik, dan efisien dalam
pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.
1.1.4. Antara bidang tugas BKSA adalah seperti berikut:
i. menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk
menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-
undang berkaitan;
ii. memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang
munasabah dan memastikan kualiti air dibekalkan adalah selamat;
iii. badan penasihat kepada pihak berkuasa negeri mengenai perkara-perkara
yang berhubung pembekalan air mentah;
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 4
iv. memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan
kepadanya di bawah enakmen dan memastikan pemegang lesen dibiayai
aktiviti-aktiviti yang dibenarkan;
v. memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut
caj yang ditetapkan; dan
vi. mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca dan air mentah.
1.1.5. Sehingga tahun 2016, sebanyak 103 kawasan lembangan sungai yang
telah diwartakan di Negeri Melaka seperti di jadual:
JADUAL 1.1 LEMBANGAN SUNGAI DI NEGERI MELAKA
BIL. DAERAH PANJANG
(KM) LEBAR (Meter)
BILANGAN
1. Melaka Tengah 144 1109 25
2. Alor Gajah 243 1903 42
3. Jasin 215 2026 36
JUMLAH 602 5038 103
Sumber: BKSA
1.1.6. Negeri Melaka telah mewartakan caj abstraksi air mentah pada 21 Jun
2012 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Kadar caj abstraksi air mentah
seperti jadual:
JADUAL 1.2 CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH
BIL. KATEGORI CAJ (RM)
1. Fi Proses (setiap kali permohonan) 150.00
2. Lesen (Setahun) 350.00
3. Caj Air Mentah
- Industri Komersial (per meter padu (m3)) 0.08
- Bekalan Air Awam (per meter padu (m3)) 0.04
- Air Laut (per meter padu (m3)) 0.01
Sumber: BKSA
1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kawal selia air telah
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi menyedia dan memastikan bekalan air
mentah yang mencukupi dan berkualiti untuk memenuhi keperluan sejajar dengan
pertambahan penduduk dan pembangunan sosio ekonomi negeri.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 5
1.3. SKOP PENGAUDITAN
Skop pengauditan merangkumi kawalan sumber air mentah iaitu dari aspek kuantiti,
kualiti, pelesenan, pengurusan hasil dan operasi abstraksi air mentah oleh BKSA dalam
menguruskan sumber air di Negeri Melaka bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016. Selain
itu, data dan maklumat yang berkaitan daripada Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan
Persekutuan seperti Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Jabatan Kesihatan Negeri
(JKN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Pejabat
Daerah dan Tanah (PDT) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) diperoleh
untuk tujuan analisis Audit.
1.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen, fail, laporan, perjanjian,
minit mesyuarat dan analisis data yang berkaitan bagi tempoh tersebut. Perbincangan
dan temu bual juga diadakan dengan pegawai yang terlibat bagi tujuan pengesahan
serta lawatan Audit dijalankan di lokasi yang dipilih.
1.5. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan April 2017 hingga Jun 2017 mendapati
pengurusan kawal selia air adalah tidak memuaskan kerana pengurusan kuantiti dan
kualiti sumber air mentah, pelesenan, pengurusan hasil dan kaedah penutupan serta
pemberhentian abstraksi air mentah tidak dilaksanakan secara cekap dan berkesan
serta tidak dapat memenuhi objektifnya dalam membekalkan air mentah yang
mencukupi dan berkualiti baik. Antara kelemahan yang ditemui dan perlu diberi
penambahbaikan adalah seperti berikut:
i. kajian kecukupan kuantiti air mentah tidak dilaksanakan;
ii. perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani;
iii. aktiviti penerokaan dan pencemaran di kawasan tadahan air (empangan);
iv. penguatkuasaan dan pelesenan tidak dijalankan secara menyeluruh;
v. tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan bil caj abstraksi air mentah
oleh pelesen lewat dibayar; dan
vi. tiada kaedah penutupan yang spesifik dan pemberhentian abstraksi air mentah
dijalankan.
Perkara yang ditemui dan maklumbalas BKSA telah dibincangkan dalam Exit
Conference pada 28 Ogos 2017. Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti di
perenggan berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 6
1.5.1. Kuantiti Sumber Air Mentah
1.5.1.1. Perancangan Kuantiti Sumber Air Mentah
a. Mengikut Seksyen 6, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014
menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui warta mengisytiharkan
mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air mana-mana kawasan atau
bahagiannya menjadi kawasan lembangan sungai, kawasan tadahan air,
kawasan air bumi termasuk air telaga, tanah perairan atau badan air. Secara
umumnya, kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara
semulajadi melalui landskapnya dan kawasan air yang ditampung secara
buatan melalui pembinaan empangan. Seksyen 4, Enakmen Sumber Air
(Negeri Melaka) 2014 menetapkan tugas Pengarah Sumber Air untuk
memastikan bahawa segala permintaan air mentah yang munasabah
dipenuhi. Manakala, Seksyen 7(2)(c) menyatakan Pengarah boleh
mengendali penyiasatan dan menjalan penyelidikan atas sumber air dan
kawasan tadahan air yang berhubungan dengan ketersediaan air,
kecukupan dan kualiti air itu serta tindakan-tindakan yang telah diambil dan
yang akan diambil oleh Pengarah bagi memelihara, melindungi dan
memulihara atau sebaliknya menyenggarakan sumber air itu. Kajian bagi
menentukan kecukupan kuantiti air mentah hendaklah dijalankan bagi
memastikan bekalan air mentah dapat memenuhi permintaan air pada masa
hadapan.
b. Negeri Melaka mempunyai tiga buah empangan dan sebuah bunded storage
yang dibina untuk menakung taburan air hujan yang efektif bagi tujuan
bekalan air minum pada masa kini. Empangan yang terawal telah dibina
ialah Empangan Asahan di Daerah Jasin pada tahun 1932. Kaedah
pengisian empangan ini dari taburan hujan atau tadahan mata air dan air
mentah dari Gunung Ledang. Pada tahun 1974, Empangan Durian Tunggal
pula telah dibina di Daerah Alor Gajah. Kaedah pengisian empangan ini dari
taburan hujan atau tadahan mata air, air mentah yang di pam dari bunded
storage dan dari Sungai Muar/Gerisek. Air mentah tersebut di pam ke Loji
Rawatan Air (LRA) DAF, pelepasan air mentah ke Sungai Melaka dan ke
Empangan Jus. Empangan Jus telah siap dibina pada tahun 2003 di Daerah
Jasin. Kaedah pengisian empangan ini dari taburan hujan atau tadahan mata
air dan air mentah yang di pam dari Empangan Durian Tunggal. Maklumat
empangan sedia ada seperti jadual berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 7
JADUAL 1.3 SENARAI EMPANGAN DI NEGERI MELAKA
BIL. EMPANGAN LUAS KAWASAN TAKUNGAN
(hektar) KAPASITI (ml)
1. Durian Tunggal 580 32,600
2. Jus 535 45,000
3. Asahan 85 450
4. Bunded Storage Durian Tunggal 20 850
JUMLAH 1,220 78,900
Sumber: BKSA
c. Semakan Audit mendapati pada tahun 2015, BKSA telah merancang untuk
menjalankan Kajian Sumber Air Negeri Melaka (2016 – 2040) dengan
objektif untuk mengenalpasti kapasiti sungai dan kapasiti keseluruhan
sumber air bagi memenuhi permintaan penggunaan Negeri Melaka serta
mengetahui kualiti sungai-sungai utama Negeri Melaka. Namun, kajian ini
tidak dapat dilaksanakan oleh BKSA kerana peruntukan yang dipohon
berjumlah RM50,000 dari Kumpulan Wang Amanah Sumber Air tidak
mencukupi. Walaubagaimanapun, sebagai alternatif BKSA menggunakan
Laporan Kajian Sumber Air Negara (KSAN) 2000 – 2050 yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bagi
mengenal pasti peningkatan permintaan air dan keperluan memelihara air
untuk manusia dan alam semulajadi.
d. Analisis Audit selanjutnya terhadap Laporan KSAN 2000 – 2050 mendapati
Negeri Melaka antara negeri di Malaysia yang mendapat taburan hujan yang
terendah iaitu purata 1,880mm setahun. Selepas menjalani proses
penyejatan dan recaj air bumi, jumlah air hujan yang menjadi larian
permukaan ialah 570mm. Hasil daripada Laporan KSAN 2000 - 2050
merumuskan bahawa sumber air mentah untuk domestik dan industri di
Negeri Melaka mempunyai defisit yang besar. Kajian ini berdasarkan
perbandingan air larian permukaan daripada taburan hujan dengan
permintaan air domestik seperti jadual berikut:
JADUAL 1.4 JUMLAH TABURAN AIR HUJAN DI MALAYSIA
NEGERI KELUASAN (km persegi)
TABURAN HUJAN (mm)
PENYEJATAN SEBENAR
(mm)
RECAJ AIR BUMI
(mm)
LARIAN PERMUKAAN (mm)
Perlis 821 1,880 1,290 120 470
Kedah 9,500 2,310 1,430 130 750
Pulau Pinang 1,048 2,350 1,430 120 800
Perak 21,035 2,480 1,320 170 990
Selangor 8,396 2,190 1,280 150 760
Negeri Sembilan 6,686 1,830 1,210 130 490
Melaka 1,664 1,880 1,210 100 570
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 8
NEGERI KELUASAN (km persegi)
TABURAN HUJAN (mm)
PENYEJATAN SEBENAR
(mm)
RECAJ AIR BUMI
(mm)
LARIAN PERMUKAAN (mm)
Johor 19,210 2,470 1,130 200 1,140
Pahang 36,137 2,470 1,250 120 1,100
Terengganu 13,035 3,310 1,470 150 1,690
Kelantan 15,099 2,600 1,290 140 1,170
Malaysia Barat 132,631 2,495.5 1,283.8 147.6 1,064
Sabah 73,631 2,560 1,190 190 1,180
Sarawak 124,450 3,640 1,250 240 2,150
WP. Labuan 91 3,100 1,480 150 1,470
Malaysia Timur 198,172 3,238.5 1,227.8 221.4 1,789.3
Malaysia 330,830 2,940 1,250.3 191 1,498.5
Sumber: Review Of The National Water Resources Study (2000-2050) and Formulation of National Water Resources Policy
e. Jumlah air hujan ini tidak semuanya disimpan dalam empangan dan kolam
takungan. Ini kerana berdasarkan Laporan Kajian KSAN 2000 – 2050 hampir
70% larian air hujan telah hilang ke laut dengan disebabkan pelepasan
banjir. Manakala 30% atau separuh darinya (15%) yang masih tinggal untuk
kegunaan lain-lain sektor dan dikatakan sebagai taburan air hujan yang
efektif. Butiran lanjut seperti jadual berikut:
JADUAL 1.5 JUMLAH PERMINTAAN SUMBER AIR
DI NEGERI MELAKA (MM TABURAN AIR HUJAN TAHUNAN)
TAHUN LARIAN
PERMUKAAN (mm)
ANGGARAN 15% YANG ADA
JUMLAH PERMINTAAN AIR
KONSUMTIF DEFISIT
2010 570 85.5 193.3 (108.4)
2020 570 85.5 220.1 (134.6)
2030 570 85.5 225.9 (140.4)
2040 570 85.5 246.0 (160.5)
2050 570 85.5 263.4 (177.9)
Sumber: Review Of The National Water Resources Study (2000-2050) and Formulation of National Water Resources Policy
f. Kesannya, ketiadaan kajian yang dijalankan oleh BKSA terhadap kecukupan
air mentah boleh menyebabkan Negeri Melaka mengalami masalah
kekurangan bekalan air pada masa hadapan.
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan mereka terlibat secara tidak langsung dalam
perkongsian data dan maklumat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia dalam membangunkan National Water Balance Management
System (NAWABS) bagi lembangan sungai Melaka. Kajian ini bertujuan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 9
untuk menyediakan penyelesaian komprehensif kepada isu pengurusan
sumber air seperti maklumat mengenai ketersediaan air, permintaan air,
pilihan pemindahan air, penyimpanan air dan peruntukan integrasi air
permukaan dan air bawah tanah. Melalui Mesyuarat Teknikal Working
Group (TWG) laporan penemuan rancangan wilayah kawasan
persempadanan antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang telah
diadakan pada 21 Ogos 2017, Jawatankuasa Pengurusan lembangan
Sungai Linggi/Sungai Muar telah ditubuhkan yang mana Jabatan
Pengairan dan Saliran dilantik sebagai Sekretariat Jawatankuasa Kajian
Pengurusan Lembangan Sungai Linggi dan Sungai Muar. Pentadbiran ini
juga terlibat secara langsung dalam kajian ini. Perancangan kerja tahun
2018, pentadbiran ini akan meneliti semula bagi penyediaan Kajian Sumber
Air Negeri Melaka (2020-2050) secara menyeluruh yang mana ianya selari
dengan Pelan Transformasi Nasional (TN50).
1.5.1.2. Abstraksi Air Mentah Alternatif
a. Seksyen 4(1)(e) menyatakan fungsi dan kewajipan BKSA untuk
menggalakkan, menggiatkan dan memastikan sumber air mencukupi untuk
pembangunan ekonomi Negeri Melaka. Pada tahun 2014, BKSA telah
menerokai sumber air mentah alternatif dari telaga bawah tanah untuk
menampung bekalan sumber air ketika musim kemarau. Semakan Audit
mendapati pada 19 September 2014 BKSA telah membina 11 Telaga
Pengejetan Tiub (telaga bawah tanah yang digerudi dengan kedalaman
maksimum 20 meter dan berdiameter kurang dari 2 inci) dengan anggaran
luahan melebihi 10,500 juta gelen air mentah seperti di Jadual 1.6.
Bagaimanapun, BKSA tidak mempunyai data bilangan telaga bawah tanah
seperti telaga individu, perindustrian, perladangan, penternakan dan
sebagainya selain dari telaga yang dibina oleh BKSA sebagai sumber air
mentah alternatif pada musim kemarau.
JADUAL 1.6 TELAGA PENGEJETAN TIUB
BIL. LOKASI (DUN)
ANGGARAN LUAHAN (Gelen/Juta)
1. Sungai Udang 1,200
2. Tanjung Bidara 800
3. Gadek 800
4. Klebang 1,000
5. Merlimau 900
6. Pantai Kundur 1,500
7. Lendu 1,800
8. Durian Tunggal 500
9. Machap 1,000
10. Tabuh Naning 500
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 10
BIL. LOKASI (DUN)
ANGGARAN LUAHAN (Gelen/Juta)
11. Sungai Rambai 500
JUMLAH 10,500
Sumber: BKSA
b. Data ini sepatutnya diperolehi dan direkodkan bagi mengelakkan berlakunya
abstraksi air mentah secara haram. Menurut BKSA, Penguatkuasaan
dijalankan berdasarkan maklumat bilangan telaga yang dilesenkan oleh
BKSA sahaja dengan memfokuskan kepada penggunaan sumber air secara
komersil.
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan akan mendapatkan data secara menyeluruh dari
semasa ke semasa. Bagi tujuan pelesenan pula BKSA akan menjalankan
pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh.
1.5.1.3. Paras Air di Empangan
a. Bacaan paras kritikal bagi Empangan Jus, Durian Tunggal dan Asahan
masing-masing 67 meter (44.8%), 24.64 meter (39.9%) dan 68 meter (96%).
Pihak Audit telah membuat perbandingan bagi tiga buah empangan bagi
memastikan kapasiti peratusan paras air di empangan dipantau dan tahap
paras air yang sepatutnya. Perbandingan bagi tahun 2015 dan 2016 seperti
di Jadual 1.7 dan bagi tahun 2014 BKSA tidak mempunyai data paras air di
empangan.
JADUAL 1.7 PARAS AIR DALAM EMPANGAN BAGI TAHUN 2015 DAN 2016
BULAN
2015 2016
EMPANGAN JUS
EMPANGAN DURIAN
TUNGGAL
EMPANGAN ASAHAN
EMPANGAN JUS
EMPANGAN DURIAN
TUNGGAL
EMPANGAN ASAHAN
meter % meter % meter % meter % meter % meter %
Januari 68.20
– 68.62
79.9 –
83.3
27.11 –
27.30
79.9 –
83.3 71.00 100
70.98 –
71.24
77.5 –
80.1
27.58 –
28.23
87.5 –
98.1 71.00 100
Februari 68.40
– 68.62
68.6 –
79.6
26.38 –
27.09
68.6 –
79.6
70.55 –
71.00
90.1 –
100
71.18 –
71.58
79.5 –
83.7
27.50 –
28.10
87.4 –
96.0 71.00 100
Mac 68.10
– 68.34
54.0 –
68.1
25.51 –
26.38
54.0 –
68.1
69.10 –
70.48
75.0 –
89.1
71.12 –
71.56
78.9 –
83.7
26.00 –
27.80
61.9 –
91.1
70.60 –
71.00
91.6 –
100
April 68.10
– 68.62
55.9 –
74.9
25.63 –
26.80
55.9 –
74.9
69.92 –
70.40
76.1 –
86.9
70.10 –
71.10
69.8 –
78.7
24.60 –
25.94
39.3 –
61.0
70.18 –
70.58
82.6 –
91.2
Mei 68.64
– 68.98
65.2 –
72.5
26.20 –
26.71
65.2 –
73.4
70.30 –
70.84
84.8 –
97.0
69.36 –
70.12
63.0 –
70.0
24.60 –
26.17
39.3 –
64.7
70.28 –
71.00
84.8 –
100
Jun 68.88
– 69.04
59.1 –
60.0
26.22 –
26.61
65.5 –
71.8
70.78 –
71.00
95.5 –
100
69.34 –
69.40
62.7 –
63.3
26.13 –
26.43
63.6 –
68.9
70.71 –
71.00
93.4 –
100
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 11
BULAN
2015 2016
EMPANGAN JUS
EMPANGAN DURIAN
TUNGGAL
EMPANGAN ASAHAN
EMPANGAN JUS
EMPANGAN DURIAN
TUNGGAL
EMPANGAN ASAHAN
meter % meter % meter % meter % meter % meter %
Julai 67.74
– 68.88
57.6 –
58.7
25.91 –
26.89
60.5 –
76.4
70.72 –
70.92
93.4 –
98.4
68.78 –
69.40
57.9 –
63.3
25.60 –
26.26
55.5 –
66.1
70.38 –
70.69
86.3 –
93.4
Ogos 68.78
– 69.40
57.9 –
63.3
26.80 –
27.50
74.9 –
86.9
70.68 –
71.00
93.4 –
100
68.52 –
68.76
55.8 –
57.8
26.07 –
26.58
62.9 –
71.3
70.14 –
70.58
81.6 –
90.2
September 69.40
– 69.42
63.3 –
63.5
26.85 –
27.29
77.3 –
82.8
70.10 –
70.72
80.5 –
94.4
68.02 –
68.50
51.9 –
55.7
25.27 –
26.09
50.1 –
63.1
69.72 –
70.18
72.8 –
81.6
Oktober 69.28
– 69.42
62.0 –
63.5
26.19 –
26.94
65.0 –
77.2
69.89 –
70.24
76.1 –
84.8
66.68 –
67.98 8 hari paras kritikal
42.6 –
51.6
25.23
37.6 –
49.5
58.9 –
72.8
November 69.32
– 70.22
62.6 –
63.5
26.34 –
27.77
68.8 –
90.6
69.94 –
71.00
77.2 –
100
66.36 –
66.66 30 hari paras kritikal
24.70 –
26.30
40.9 –
66.8
69.00 –
69.87
57.5 –
76.1
Disember 70.24
– 70.94
71.0 –
77.1
27.79 –
28.21
90.9 –
97.7
70.95 –
71.00 100
66.54 –
66.78 31 hari paras kritikal
26.34 –
27.52
67.4 –
86.6
69.97 –
71.00
78.3 –
100
Sumber: BKSA
b. Bagi Empangan Jus, analisis Audit mendapati pada tahun 2015 takungan air
di Empangan Jus berada pada paras selamat dan mencukupi manakala
pada tahun 2016, Empangan Jus telah mencatatkan bacaan pada paras
kritikal di bawah paras 67 meter atau 44.8% pada bulan Oktober sehingga
Disember selama 69 hari. BKSA menjelaskan tiada keperluan untuk
menaikkan paras takungan air kerana Empangan Jus merupakan kawasan
tadahan sokongan untuk Empangan Durian Tunggal. Air di Empangan Jus
hanya dipam keluar jika paras air di Empangan Durian Tunggal menurun di
paras kritikal.
c. Manakala bagi Empangan Durian Tunggal, analisis Audit mendapati pada
tahun 2015 takungan air berada pada paras selamat dan mencukupi
manakala pada bulan April, Mei dan Oktober tahun 2016 mencatatkan
bacaan paras kritikal di bawah 24.64 meter atau 39.9% selama 16 hari.
Sumber air mentah Empangan Durian Tunggal diperolehi daripada tadahan
hujan, pengepaman air mentah dari Empangan Jus dan Sungai Grisek/Muar.
Melalui Perjanjian Air Sungai Muar diantara Kerajaan Negeri Johor dengan
Negeri Melaka pada 22 Ogos 1991, kadar pengepaman air mentah dari
Sungai Grisek/Muar dibuat setiap hari ke Empangan Durian Tunggal
sebanyak 35 juta gelen sehari (maksimum) berjumlah 1.05 billion gelen
sebulan bersamaan RM525,000. Semakan Audit mendapati bil caj abstraksi
–24.32 69.10
–69.68
40.3
42.5 –
41.6 –
43.3
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 12
air mentah dari Negeri Johor pada bulan April, Mei dan Oktober tahun 2016,
telah dibekalkan melebihi paras 35 juta gelen sehari iaitu masing-masing
berjumlah 1.07 bilion gelen, 1.18 bilion gelen dan 1.19 bilion gelen namun
masih tidak dapat menampung paras kritikal yang telah dicatatkan. Selain
itu, semakan Audit juga mendapati walaupun air yang dipam diterima terus
dari Sungai Muar, namun alirannya akan berpecah ke LRA Chin-Chin, LRA
Merlimau sebelum ke tangki pengimbang yang akan ke Empangan Durian
Tunggal dan LRA Bertam I dan II. Ini menunjukkan jumlah sebenar air yang
diterima akan berkurangan apabila dipam Empangan Durian Tunggal dan
sebelum dipam semula ke Empangan Jus.
d. Bagaimanapun semakan selanjutnya mendapati berdasarkan bil (surat
keterangan berkenaan tuntutan yang dilakukan) tahun 2016 kadar
pengepaman masih tidak mencapai tahap maksimum yang disyaratkan di
dalam perjanjian selama 9 bulan yang lain. Ini disebabkan kadar
pengepaman air ditentukan oleh Badan Kawal Selia Air Johor berdasarkan
bacaan paras air di Sungai Muar. Kesannya, sekira paras air di Sungai Muar
berkurangan, tiada air yang akan di pam ke Empangan Durian Tunggal.
Butiran terperinci seperti jadual berikut:
JADUAL 1.8 KADAR PENGEPAMAN AIR MENTAH
BIL. NO. BIL BULAN
BACAAN METER (‘000 Juta Gelen) JUMLAH
BACAAN METER (‘000 Juta Gelen)
Meter 1 Meter 2
1. 01/2016 Januari 15 429,341 429,356
2. 02/2016 Februari 86,923 344,535 431,458
3. 03/2016 Mac 288,259 426,190 714,450
4. 04/2016 April 402,188 667,602 1,069,791
5. 05/2016 Mei 613,038 571,382 1,184,420
6. 06/2016 Jun 410,490 560,175 970,665
7. 07/2016 Julai 446,932 371,878 818,810
8. 08/2016 Ogos 525,748 381,734 907,482
9. 09/2016 September 671,198 348,493 1,019,692
10. 10/2016 Oktober 521,216 669,809 1,191,026
11. 11/2016 November 404,072 621,643 1,025,716
12. 12/2016 Disember 385,469 656,488 1,041,958
JUMLAH 4,755,548 6,049,270 10,804,824
Sumber: BKSA
1.5.1.4. Perjanjian Lis Pajakan Tidak Ditandatangani
Seksyen 8(1) Perjanjian Air Sungai Muar menyatakan Kerajaan Melaka
hendaklah menanggung kos pengambilan balik tanah dan penggunaan tanah
Kerajaan dalam Negeri Johor apabila perlu dibuat demikian bagi tujuan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 13
pemasangan saluran paip dan/atau kerja-kerja lain untuk membekalkan air
mentah ke Negeri Melaka. Semakan terhadap perjanjian tersebut, dilampirkan
juga perjanjian lis pajakan yang berkaitan perkara ini. Semakan Audit mendapati
perjanjian lis pajakan masih belum ditandatangani sejak tahun 1991 dan
bayaran pajakan belum dikenakan ke atas Negeri Melaka. Kerajaan Negeri
Melaka telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Johor pada 5 Julai 2013
mengenai kadar lis pajakan tanah, tempoh bayaran lis pajakan tanah dan kadar
bayaran cukai tanah. Bagaimanapun, tiada maklumbalas yang diterima daripada
Kerajaan Negeri Johor berkenaan perkara ini sehingga kini.
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani bersekali
dengan Perjanjian Air pada 1991 tetapi ianya masih digunapakai merujuk
pada risalat MMKN. Kerajaan Negeri Johor dan Melaka sedang dalam
peringkat penyemakan dan perbincangan bagi semua tarif air dan
perjanjian lis pajakan yang belum ditandatangani.
Pada pendapat Audit, pengurusan kuantiti sumber air mentah adalah tidak
memuaskan kerana tidak dijalankan dengan cekap dan berkesan dimana
kajian kuantiti sumber air tidak dijalankan dan perjanjian lis pajakan tidak
ditandatangani.
1.5.2. Kualiti Sumber Air Mentah
1.5.2.1. Mengikut Seksyen 7(2)(c) menyatakan Pengarah boleh mengendali
penyiasatan dan menjalan penyelidikan atas sumber air dan kawasan tadahan
air yang berhubungan dengan adanya tidaknya air, kecukupan dan kualiti air itu
dan tindakan-tindakan yang telah diambil dan yang akan diambil oleh Pengarah
bagi memelihara, melindungi dan memulihara atau sebaliknya menyenggarakan
sumber air itu. BKSA bertanggungjawab memantau kualiti air mentah di Negeri
Melaka yang merangkumi sungai, empangan, telaga, kolam dan tasik.
Manakala, KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Kualiti Air Minum yang
menetapkan piawaian kualiti air mentah dan terawat untuk tujuan air minum.
1.5.2.2. Semakan Audit mendapati BKSA tidak mempunyai parameter untuk
mengukur kualiti air mentah di kawasan sumber air. Bagi menentukan tahap
kualiti air mentah di lembangan sungai dan di muka sauk berada pada paras
tidak tercemar, BKSA menggunapakai parameter kualiti air mentah yang
dikeluarkan oleh National Water Quality Standards for Malaysia dan Garis
Panduan Kualiti Air Minum yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sehubungan itu, pihak Audit
telah mendapatkan maklumat dari pihak KKM dan JAS berkaitan perkara ini
seperti berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 14
a. Kualiti Air Mentah di Lembangan Sungai
i. Berdasarkan piawaian Indeks Kualiti Air (IKA) dalam menentukan
keberadaan kualiti air sungai mengikut Kelas I, II, III, IV atau V terbahagi
kepada Bersih, Sederhana Tercemar dan Tercemar seperti di jadual:
JADUAL 1.9 KELAS KUALITI AIR BERDASARKAN IKA
KELAS JULAT IKA
(%) KLASIFIKASI
JULAT INDEKS (%)
I > 92.7 Bekalan air tanpa sebarang rawatan Bersih
II 76.5 – 92.7 Bekalan air dengan rawatan konvensional
III 51.9 – 76.5 Bekalan air dengan rawatan tambahan Sederhana Tercemar
IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk tujuan pengairan Tercemar
V < 31.0 Tidak sesuai untuk mana-mana tujuan di atas
Sumber: National Water Quality Standards for Malaysia
ii. Petunjuk kualiti air terdiri daripada Parameter Oksigen Biokimia (BOD),
Parameter Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Nitrogen
Ammonia (NH3-N) dan Pepejal Terampai (TSS) dan pH. Dalam konteks
bekalan air minuman, parameter biologi (analisis kandungan bakteria)
dan kandungan kimia (logam berat berbahaya) selalu ditekankan agar
bekalan air yang dihasilkan bebas daripada sebarang bentuk
pencemaran yang berbahaya. Piawaian IKA, kategori kelas sungai dan
parameter kualiti air mentah berdasarkan National Water Quality
Standards For Malaysia adalah seperti di jadual berikut:
JADUAL 1.10 PARAMETER KUALITI AIR MENTAH
BIL. PARAMETER PIAWAIAN BACAAN
1. Parameter Oksigen Biokimia (BOD) 6mg/I
2. Parameter Oksigen Kimia (COD) 10 mg/I
3. Oksigen Terlarut (DO) 8 mg/I
4. Pepejal Terampai (TSS) 25 mg/I
5. PH 5.5-9.0
6. Kekeruhan 1000 NTU
7. Ammonia 1.5 mg/I
8. Ferum 1.0 mg/I
9. Manganese 0.20 mg/I
Sumber: National Water Quality Standards for Malaysia
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 15
iii. Pemeriksaan kualiti air bagi enam lembangan sungai di negeri Melaka
telah dijalankan oleh JAS yang melibatkan 42 stesen atau tempat.
Berdasarkan purata data indeks kualiti air (IKA) yang dikeluarkan oleh
JAS bagi tempoh 2014 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 1.11. Hasil
analisis yang dijalankan oleh JAS menunjukkan kualiti air mentah di
Sungai Merlimau berada pada Kelas IV, tercemar pada tahun 2014 dan
Kelas III, sederhana tercemar pada tahun 2015 dan 2016. Punca
pencemaran ini adalah dari kawasan perindustrian, penternakan dan
penanaman kelapa sawit di sekitar kawasan sungai Merlimau. BKSA
tidak pernah mengeluarkan apa-apa notis kesalahan di Kawasan Sungai
Merlimau ini dan tidak pernah mengeluarkan kompaun bagi kesalahan
ini. Ini kerana BKSA menjelaskan pihak JAS dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan sewajarnya. Selain itu, pihak
Audit mendapati unit perundangan masih belum diwujudkan bagi
menguruskan hal-hal perundangan dan pendakwaan. Hasil perbincangan
dengan pegawai BKSA mendapati berlaku pertindihan kuasa di antara
BKSA, JAS dan PBT dari segi ujian ke atas pencemaran air dan
penguatkuasaan kompaun. Isu pencemaran ini telah mendapat liputan
media seperti di gambar berikut:
JADUAL 1.11 PURATA DATA INDEKS KUALITI AIR BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
BIL. SUNGAI JUMLAH STESEN
PURATA INDEKS KUALITI AIR (IKA)
2014 2015 2016
1. Sungai Melaka 21 73.85 73.85 74.6
2. Sungai Kesang 8 77.33 80.89 75.6
3. Sungai Merlimau 4 50.15 63.89 56.8
4. Sungai Duyong 4 76.4 74.56 69.1
5. Sungai Sri Melaka 2 59.42 58.03 57.2
6. Sungai Linggi 3 80.23 82.99 83.0
Sumber: JAS
GAMBAR 1.1
Akhbar Sinar Harian - Pencemaran Sungai Merlimau
(01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 16
Maklum Balas BKSA Dalam Exit Conference Pada 28 Ogos 2017
BKSA menjalankan ujian kualiti air mentah berdasarkan parameter yang
digunakan oleh JAS dan KKM. BKSA sedang menjalankan usahasama
dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mewujudkan parameter
kualiti air mentah BKSA sendiri.
b. Kualiti Air Mentah di Muka Sauk
i. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga telah menjalankan siri pemantauan
dengan menjalankan pengujian terhadap kualiti air sungai di sembilan
muka sauk LRA. Berdasarkan laporan pengujian kualiti air sungai bagi
tahun 2014 hingga 2016 menunjukkan jumlah pelanggaran yang tinggi
berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Bertam, LRA Chin-Chin dan LRA
Merlimau seperti jadual berikut:
JADUAL 1.12 KUALITI AIR MENTAH CADANGAN
BIL. PARAMETER UNIT KRITERIA KUALITI AIR MENTAH
1. pH - 5.5 – 9.0
2. Kekeruhan NTU 1000
3. Warna TCU 300
4. BOD5 (20oC) mg/L 6
5. COD mg/L 10
6. Jumlah pepejal terlarut (TDS) mg/L 1500
7. Jumlah pepejal terampai (TSS) mg/L - -
8. Ammonia Nitrogen mg/L 1.5
9. Detergen anionik (MBAS) mg/L 1.0
10. Jumlah keliatan (CaCO3) mg/L 500
11. Jumlah nitrogen mg/L -
12. Nitrogen nitrat (N) mg/L 10
13. Sianid (CN) mg/L 0.07
14. Minyak dan gris mg/L 0.3
15. Zink (Zn) mg/L 3
16. Sodium (Na) mg/L 200
17. Kuprum (Cu) mg/L 1
18. Mangan (Mn) mg/L 0.2
19. Ferum (Fe) mg/L 1.0
20. Arsenik (As) mg/L 0.01
21. Plumbum (Pb) mg/L 0.05
22. Selenium (Se) mg/L 0.01
23. Merkuri (Hg) mg/L 0.001
24. Kadmium (Cd) mg/L 0.003
25 Klorida (Cl) mg/L 250
26. Sulfat SO4) mg/L 250.0
27. Kromium (Cr) mg/L 0.05
28. Magnesium (Mg) mg/L 150
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 17
BIL. PARAMETER UNIT KRITERIA KUALITI AIR MENTAH
29. Perak (Ag) mg/L 0.05
30. Fenol 0.002
31. Jumlah koliform (TC) MPN / 100 mL 5000
32. E. coli MPN / 100 mL -
Sumber: KKM
JADUAL 1.13
PERATUSAN PELANGGARAN PIAWAIAN KUALITI AIR MENTAH DI MUKA SAUK BAGI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016
BIL. LOJI
RAWATAN AIR
TAHUN JUMLAH
PELANGGARAN
KEKERAPAN PELANGGARAN MENGIKUT PARAMETER (%)
TC NTU PH COD NO3-N NH3-N FE AI MN
DAERAH MELAKA TENGAH
1. LRA Bkt. Sebukor
Sampel air mentah bermula pada tahun 2017
DAERAH JASIN
2. LRA Asahan
2014 15 12.5
(6/48) 0 0
75 (9/12)
0 0 0 0 0
2015 9 0 0 0 75
(9/12) 0 0 0 0 0
2016 8 0 0 0 66.7
(8/12) 0 0 0 0 0
3. LRA Merlimau
2014 25 29.6
(8/27) 0
7.4 (2/27)
40 (2/5)
0 20
(1/5) 100 (5/5)
80 (4/5)
60 (3/5)
2015 29 8.8
(3/34) 0 0
88.9 (8/9)
0 0 77.8 (7/9)
100 (9/9)
22.2 (2/9)
2016 25 9 (4/44) 0 0 27.3
(3/11) 0 0
81.8 (9/11)
81.8 (9/11)
0
4. LRA Jus
2014 15 6.5
(3/46) 0 0
75 (9/12)
0 0 0 25
(3/12) 0
2015 10 2.2
(1/46) 0 0
75 (9/12)
0 0 0 0 0
2016 8 4.3
(2/47) 0 0
25 (3/12)
0 0 8.3
(1/12) 0
16.7 (2/12)
5. LRA Chin-Chin
2014 52 48
(24/50) 0
4 (2/50)
70.7 (9/12)
0 0 66.7
(8/12) 58.3
(7/12) 16.7
(2/12)
2015 38 35.6
(16/45) 0 0
50 (6/12)
0 0 83.3
(10/12) 50
(6/12) 0
2016 47 54.1
(26/48) 0 0
8.33 (1/12)
0 0 75
(9/12) 83.3
(10/12) 8.33
(1/12)
DAERAH ALOR GAJAH
6. LRA Bertam
2014 61 16.5
(17/103) 2.88
(3/104) 0
12.5 (3/24)
0 0 70.8
(17/24) 70.3
(17/24) 16.7
(4/24)
2015 105 60.4
(58/96) 1
(1/96) 0
20.8 (5/24)
0 0 95.8
(23/24) 75
(18/24) 0
2016 121 66.7
(68/102) 1.9
(2/102) 0
33.3 (4/12)
0 0 87.5
(21/24) 100
(24/24) 8.3
(2/24)
7. LRA Gadek
2014 26 26
(13/50) 12
(2/51) 0
33.3 (1/3)
0 0 4.17
(5/12) 33.3
(4/12) 8.3
(1/12)
2015 52 74
(37/50) 4
(2/50) 0
16.7 (2/12)
0 0 66.7
(8/12) 25
(3/12) 0
2016 45 54.9
(28/51) 1.9
(1/51) 0 0 0
8.3 (1/12)
75 (9/12)
50 (6/12)
0
8. LRA DAF 1
2014 Sampel air mentah bermula pada tahun 2015
2015 7 6.1
(3/49) 0 0
16.7 (2/12)
0 0 0 16.7
(2/12) 0
2016 9 0 0 0 33.3 (2/6)
0 0 0 58.3
(7/12) 0
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 18
BIL. LOJI
RAWATAN AIR
TAHUN JUMLAH
PELANGGARAN
KEKERAPAN PELANGGARAN MENGIKUT PARAMETER (%)
TC NTU PH COD NO3-N NH3-N FE AI MN
9. LRA DAF 2
2014 LRA DAF 2 belum beroperasi
2015 12 6 (3/50) 0 0 16.7
(10/60) 0 0 0 0 0
2016 2 0 0 0 16.7 (1/6)
0 0 0 8.3
(1/12) 0
Sumber: JKN Nota: TC - Koliform NTU - Kekeruhan PH - Potential of Hidrogen COD – Chemical Oxygen Demand NO3-N - Nitrogen NH3-N – Nitrogen Hidrogen FE- Ferum AI – Aluminium MN – Mangan
ii. Berdasarkan jadual di atas, jumlah pelanggaran yang dicatatkan bagi
9 LRA di ketiga-tiga daerah sebanyak 721. Pelanggaran yang terendah
dicatatkan adalah di LRA DAF 1 sebanyak 16 manakala pelanggaran
tertinggi adalah di LRA Bertam iaitu sebanyak 287 bagi tahun 2014
hingga 2016 yang disebabkan oleh bacaan Ferum (Fe), Aluminium (AI)
dan Koliform (TC) yang tinggi. Di antara bahan-bahan pencemar utama
yang menyumbang kepada pencemaran tersebut ialah penggunaan baja
kimia dan racun rumpai, pengorekkan pasir, penternakan ikan keli,
ladang kelapa sawit dan ladang getah.
iii. Berdasarkan Laporan Kajian Kebersihan bagi tahun 2014 hingga 2016
oleh JKN juga menunjukkan terdapatnya pencemaran di semua sampel
sumber air yang dijalankan berpunca daripada aktiviti-aktiviti pertanian,
perladangan, perindustrian dan pembuangan sisa buangan serta
kumbahan. Di antara kawasan yang terlibat adalah di LRA Gadek, Bukit
Sebukur, Merlimau, Bertam, DAF dan Chin Chin adalah seperti berikut:
JADUAL 1.14 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN BERHAMPIRAN DENGAN SUMBER AIR
BIL.
LOJI RAWATAN
AIR/ EMPANGAN
SUMBER AIR
AKTIVITI YANG BOLEH
MENYEBABKAN PENCEMARAN
ULASAN LAPORAN
LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2014
1. Chin Chin Sungai Kesang, Sungai Chohong, Sungai Sempang Kerayong
Ladang kelapa sawit, penternakan, kolam ikan keli, perindustrian, perumahan, perniagaan
Memantau kawalan penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun dan aktiviti penternakan dan pembuangan sisa dari kandang.
LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2015
2. Bukit Sebukur
Sungai Durian Tunggal, Sungai Parit Melana, Sungai Melaka
Kilang kayu, bekas kilang dan kolam takungan sisa air getah (MARDEC), penternakan, pertanian, kolam ikan keli, perlombongan pasir
Pemantauan secara berkala perlu dibuat bagi memastikan tiada sisa yang dibuang ke dalam sungai. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan. Kawalan pengeluaran permit pengorekkan pasir.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 19
BIL.
LOJI RAWATAN
AIR/ EMPANGAN
SUMBER AIR
AKTIVITI YANG BOLEH
MENYEBABKAN PENCEMARAN
ULASAN LAPORAN
3. Gadek Sungai Menggong, Sungai Batang Melaka, Sungai Tebong.
Pertanian, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli, ladang kelapa sawit dan getah.
Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan.
LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2016
4. Bertam 2 Sungai Batang Melaka, Sungai Parit Melana
Ladang kelapa sawit dan getah, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli.
Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan.
5. Bertam 1 Sungai Batang Melaka, Sungai Parit Melana
Ladang kelapa sawit dan getah, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli.
Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan kerana pencemaran terhadap parameter bakteria dikesan.
Sumber: JKN
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan data pelanggaran parameter kimia dan bakteria di
muka sauk loji kerap berlaku. Namun arahan henti tugas tidak dikeluarkan
selagi LRA tersebut mampu merawat air yang berkualiti rendah kepada air
terawat yang melepasi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan KKM. LRA
Bertam seringkali menghadapi pelanggaran parameter kerana muka sauk
Bertam yang terletak di Sungai Melaka ini menerima air mentah dari jajaran
Sungai Batang Melaka yang merupakan sungai merentas sempadan iaitu
Negeri Sembilan. Masalah kualiti air mentah yang berkeruhan tinggi
seringkali menjadi isu sumber air di muka sauk loji yang terletak di jajaran
Sungai Melaka yang berada di downstreams Sungai Batang Melaka. Sejak
tahun 2013 sehingga tahun 2015, BKSA terlibat secara NBOS dalam kajian
kebersihan yang dijalankan oleh JKN. Pada tahun 2017, kajian kebersihan
akan dijalankan di Sungai Kesang dan Empangan Asahan serta Sungai
Tampin dan Sungai Batang Melaka.
c. Kualiti Air Di Kawasan Tadahan Air (Empangan)
i. Lawatan Audit ke atas dua empangan iaitu Empangan Jus dan
Empangan Durian Tunggal telah dijalankan bagi menentukan keadaan
dan kualiti air di kawasan tadahan air. Semakan Audit mendapati BKSA
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 20
tidak menjalankan pemantauan secara berkala bagi kualiti air di kawasan
tadahan air.
ii. Berdasarkan Laporan Kajian Kebersihan bagi LRA Jus pada tahun 2015,
JAS memaklumkan bahawa tiada pemantauan dilakukan bagi kawasan
pencemaran di sekitar Empangan Jus kerana tiada inlet yang masuk dari
sumber air sungai dan longkang. Selain itu, terdapatnya aktiviti-aktiviti
yang boleh menyebabkan pencemaran seperti hakisan tanah, pertanian
tidak mengikut kontor, sisa kumbahan dilepaskan tanpa rawatan,
perumahan, ladang kelapa sawit dan getah serta penternakan. Pihak
Audit telah mendapatkan kerjasama dari Agensi Remote Sensing
Malaysia (ARSM) untuk mendapatkan imej setelit di kawasan terlibat.
Berdasarkan kepada imej Geographic Information System (GIS)
menunjukkan berlakunya perubahan mukabumi di sekitar kawasan
Empangan Jus yang disebabkan beberapa aktiviti penerokaan daripada
tahun 2007 sehingga 2016 seperti di gambar berikut:
GAMBAR 1.2
Empangan Jus
- Imej GIS Tahun 2007 (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 21
GAMBAR 1.3
Empangan Jus
- Imej GIS Tahun 2014 (01.06.2017)
GAMBAR 1.4
Empangan Jus
- Imej GIS Tahun 2015 (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 22
GAMBAR 1.5
Empangan Jus
- Imej GIS Tahun 2016 (01.06.2017)
iii. Berdasarkan kepada imej GIS juga menunjukkan berlakunya perubahan
mukabumi di sekitar kawasan Empangan Durian Tunggal yang
disebabkan beberapa aktiviti penerokaan dikesan bermula pada tahun
2007 sehingga 2016 seperti berikut:
GAMBAR 1.6
Empangan Durian Tunggal
- Imej GIS Tahun 2007 (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 23
GAMBAR 1.7
Empangan Durian Tunggal
- Imej GIS Tahun 2014 (01.06.2017)
GAMBAR 1.8
Empangan Durian Tunggal
- Imej GIS Tahun 2015 (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 24
GAMBAR 1.9
Empangan Durian Tunggal
- Imej GIS Tahun 2016 (01.06.2017)
iv. BKSA menjelaskan keadaan ini berlaku disebabkan kesan dari aktiviti
pertanian walaupun kawasan empangan adalah kawasan larangan yang
telah diwartakan. Namun, kelonggaran diberikan berdasarkan pewartaan
yang telah dibuat melalui Warta Kerajaan Negeri No. P.U. 20 bertarikh
8 Julai 2010 menjelaskan aktiviti yang dibenarkan di dalam kawasan
tadahan air dan tidak menjejaskan kualiti air. Ini menyebabkan aktiviti
pertanian diteruskan dan dikenakan sewaan tanah. Ketua Menteri
Melaka juga telah mengeluarkan kenyataan di akhbar utama pada
31 Oktober 2015 bagi memberhentikan aktiviti pertanian di dalam
kawasan Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus kerana aktiviti
ini telah menyumbang kepada kemerosotan kualiti air di dalam kawasan
empangan. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Bil.35/2015 bertarikh 7 Januari 2016 telah memutuskan untuk
menamatkan semua aktiviti di dalam kawasan empangan pada
penghujung tahun 2016. BKSA telah mengeluarkan notis penamatan
kepada pengusaha sehingga penghujung tahun 2017. Sekiranya
aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dikawal dan dihentikan, fungsi air mentah di
kawasan tadahan air akan terjejas dan menyebabkan kemerosotan
kualiti alam sekitar. Kawasan aktiviti pertanian dan memancing adalah
seperti di gambar berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 25
GAMBAR 1.10 GAMBAR 1.11
Empangan Jus
- Imej GIS Aktiviti Pembersihan Tanah Untuk Pertanian
(01.06.2017)
Empangan Jus - Aktiviti Pembersihan Tanah Untuk Pertanian
(01.06.2017)
GAMBAR 1.12 GAMBAR 1.13
Empangan Jus
- Imej GIS Aktiviti Kawasan Memancing (01.06.2017)
Empangan Jus - Aktiviti Memancing
(01.06.2017)
v. Di Empangan Durian Tunggal juga terdapat aktiviti penerokaan pertanian
seperti di gambar berikut:
GAMBAR 1.14
Empangan Durian Tunggal
- Aktiviti Penerokaan Pertanian (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 26
GAMBAR 1.15
Empangan Durian Tunggal
- Aktiviti Penerokaan Pertanian Buah Naga (01.6.2017)
GAMBAR 1.16
Empangan Durian Tunggal
- Aktiviti Penerokaan Pertanian Pisang (01.06.2017)
GAMBAR 1.17
Empangan Durian Tunggal
- Aktiviti Penerokaan Pertanian Kelapa Sawit (01.06.2017)
d. Kualiti Air Mentah Bagi Pelesen
Bagi setiap pemegang lesen abstraksi air mentah, BKSA perlu menjalankan
pemeriksaan kualiti air mentah berdasarkan Garis Panduan Kualiti Air
Mentah KKM setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kualiti air mentah
berada dalam keadaan bersih. Semakan Audit mendapati pada tahun 2014
hingga 2016 pihak BKSA hanya menjalankan pemeriksaan kualiti air
sebanyak setahun sekali. BKSA menjelaskan analisa kualiti air mentah tidak
dapat dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan kerana masalah
kekurangan pegawai walaupun permohonan pertambahan perjawatan telah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 27
dibuat pada tahun 2015. Kesannya, tahap kualiti air mentah tidak dapat
ditentukan pencemarannya.
Maklum Balas BKSA dalam Exit Conference pada 28 Ogos 2017
Pengawalan di kawasan empangan telah ditukar dari syarikat pengawal
keselamatan kepada polis bantuan dan pemasangan pagar secara
berperingkat serta papan tanda amaran. BKSA menjalankan pemantauan
kualiti air mentah sebanyak sekali setahun manakala JKN sebanyak tiga
kali setahun. Penamatan aktiviti pertanian telah dibuat secara berperingkat
dan tiada lagi pemajak dibenarkan berada dalam kawasan tanah rizab
kerajaan di Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal mulai
1 Januari 2018.
Pada pendapat Audit, kualiti sumber air mentah adalah tidak memuaskan
kerana tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dimana kualiti air
mentah di kawasan tadahan air (empangan) tercemar disebabkan aktiviti
pencerobohan serta ujian kualiti air mentah bagi pelesen tidak dijalankan
mengikut peraturan yang ditetapkan.
1.5.3. Pelesenan
Negeri Melaka telah mewartakan caj abstraksi air mentah pada 21 Jun 2012 yang
menyatakan kadar caj abstraksi air mentah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.
Premis, pengusaha industri atau individu yang menggunakan sumber air bagi tujuan
komersial hendaklah memohon lesen abstraksi air bumi, air laut, sungai dan lain-lain
sumber air daripada BKSA yang diberi tanggungjawab mengeluar dan
memperbaharui lesen tersebut.
1.5.3.1. Notis Pemberitahuan Caj Abstraksi Air Mentah
a. Menurut Seksyen 9, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014
menyatakan tiada seseorang pun boleh mengabstrak air daripada mana-
mana sumber air seperti air bumi, sungai, tasik, kolam, tanah perairan,
perairan pantai dan badan air lain serta kawasan tadahan air bagi apa jua
tujuan melainkan jika diberikan lesen oleh Pengarah Sumber Air. Setiap
permohonan lesen yang diluluskan akan dikenakan fi sebanyak RM350 dan
tempoh sah lesen adalah selama 1 tahun. Di dalam proses pelesenan
abstraksi air mentah, terdapat dua borang yang disediakan iaitu Borang A
(Abstraksi Air Bumi) dan Borang B (Abstraksi Air Laut, Sungai dan lain-lain
sumber air). Lesen ini hendaklah diperbaharui tiga bulan sebelum tamat
tempoh dan tidak lebih daripada setahun. Setiap permohonan dan
pembaharuan lesen hendaklah diangkat untuk pertimbangan Pihak
Berkuasa Negeri melalui MMKN untuk diluluskan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 28
b. Semakan Audit mendapati BKSA telah mengeluarkan sebanyak 401 notis
pemberitahuan kepada syarikat-syarikat yang mengabstrak air mentah
supaya membuat permohonan lesen dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat
dan menyertakan bayaran fi proses sebanyak RM150 dan lesen sebanyak
RM350. Sehingga tahun 2016 sebanyak 79 pemegang lesen abstraksi air
bumi dan air laut, sungai dan lain-lain sumber air yang telah diluluskan
seperti di Jadual 1.15. Manakala baki 322 syarikat yang lain, BKSA tidak
membuat tindakan susulan bagi memastikan syarikat ini di lesenkan untuk
abstraksi air mentah. Anggaran kehilangan hasil dari baki syarikat yang tidak
membuat permohonan lesen tahun 2012 hingga 2016 adalah berjumlah
RM0.81 juta selama lima tahun.
JADUAL 1.15 STATISTIK PEMEGANG LESEN ABSTRAKSI
AIR MENTAH BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
SEKTOR BILANGAN LESEN
2014 2015 2016
Perladangan 7 8 8
Penternakan 13 25 28
Industri 8 9 13
Perhotelan 1 4 7
Perlombongan 2 2 4
Pertanian 5 10 10
Operator Air 8 9 9
JUMLAH 44 67 79
Sumber: BKSA
1.5.3.2. Lesen Lewat Dikeluarkan
Piagam pelanggan BKSA menetapkan lesen yang dipohon oleh pengguna air
mentah dikeluarkan sekurang-kurangnya enam bulan dari tempoh pembelian
borang dan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tujuh hari bekerja dari
tarikh disahkan oleh MMKN. Semakan Audit terhadap 30 atau 38% daripada
79 syarikat mendapati proses pengeluaran lesen mengambil masa yang lama
antara 30 hingga 180 hari terutama bagi pembaharuan lesen. Ini disebabkan
permohonan lewat diangkat ke mesyuarat MMKN untuk diluluskan. Walaupun
lesen telah tamat tempoh dan lewat diperbaharui, operasi syarikat tetap berjalan
seperti biasa dan caj abstraksi air mentah dibayar mengikut bil yang telah
dikeluarkan.
1.5.3.3. Abstraksi Air Mentah Tanpa Lesen
Seksyen 8(1) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 pula menyatakan
Pengarah boleh melalui notis untuk mencegah kepada pengguna yang
menyebabkan pencemaran/pengelodakan sumber air dan kawasan tadahan air.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 29
Seksyen 9(1)(c), Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 menyatakan tiada
seorang pun boleh mengabstrak air daripada mana-mana sumber air termasuk
mengusahakan, mengadakan atau menyediakan apa-apa perikanan dan
penternakan melainkan jika diberikan lesen untuk berbuat demikian oleh
Pengarah. Seksyen 9(3), Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014
menetapkan mana-mana syarikat yang mengabstrak air mentah tanpa lesen
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan tersebut
masih berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi
setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan.
Seksyen 11, Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002 menyatakan
mana-mana syarikat yang mengambil air tanpa lesen boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh
tahun atau kedua-duanya. Seksyen 39 menyatakan mana-mana orang dengan
sengaja atau cuai mencemarkan atau menyebabkan air di dalam mana-mana
sumber air dan kawasan tadahan air melakukan kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 72(1)
menyatakan Pengarah boleh dengan keizinan pendakwaraya mengkompaun
kesalahan di bawah subseksyen ini.
a. Penternakan Babi
i. Semakan Audit mendapati terdapat 30 pengusaha yang melibatkan
36 kandang ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah yang
beroperasi sejak tahun 2007 berdasarkan pada imej GIS yang bertanda
segi tiga berwarna kuning seperti berikut:
GAMBAR 1.18
Paya Mengkuang, Alor Gajah
- Aktiviti Penternakan Babi Tahun 2007 (01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 30
GAMBAR 1.19
Paya Mengkuang, Alor Gajah
- Aktiviti Penternakan Babi Tahun 2016 (01.06.2017)
ii. Pada bulan Mac 2017, lawatan penguatkuasaan telah dijalankan oleh
BKSA keatas aduan yang diterima daripada penduduk sekitar mengenai
bau busuk serta pencemaran pantai di Pengkalan Balak dan Sungai
Tuang ekoran penternakan babi di kawasan berkenaan. Hasil lawatan
mendapati terdapat aktiviti abstraksi air daripada kolam dengan
penggunaan melebihi lima meter padu serta terdapat kolam kumbahan
disediakan. Pada 19 April 2017, pihak BKSA telah mengeluarkan notis
pemberitahuan kepada kesemua pengusaha ternakan babi tersebut
untuk mendapatkan lesen abstraksi air mentah. Mengikut pengiraan
Audit, anggaran kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan babi dari tahun
2012 sehingga 2016 berjumlah RM90,000. Masalah pencemaran yang
disebabkan aktiviti penternakan babi ini telah dilaporkan di dalam akhbar
bertarikh 12 Mei 2017 dan 17 Mei 2017 dan aktiviti tersebut seperti di
gambar berikut:
GAMBAR 1.20 GAMBAR 1.21
Paya Mengkuang, Alor Gajah
- Kandang Ternakan Babi (01.06.2017)
Paya Mengkuang, Alor Gajah -Kolam Sisa Kumbahan Ternakan Babi
(01.06.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 31
b. Penternakan Unggas
Semakan Audit mendapati BKSA telah memohon maklumat senarai
pengusaha penternakan ayam daripada JPV pada tahun 2013.
Bagaimanapun, hanya 28 pengusaha ternakan ayam sahaja yang dikenakan
caj abstraksi air mentah sejak tahun 2014 berbanding maklumat yang
diterima sebanyak 165 pengusaha. Mengikut pengiraan Audit, anggaran
kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan ini dari tahun 2012 hingga 2016
berjumlah RM342,500.
c. Penternakan Kolam Ikan
Semakan Audit mendapati BKSA telah mendapatkan maklumat senarai
kolam ikan dari Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Sebanyak 861 kolam/
sangkar dari 209 orang penternak ikan telah didaftarkan. Bagaimanapun,
pihak Audit mendapati BKSA belum mengenakan lesen ke atas penternak
ini. Lawatan Audit telah dijalankan di lima buah kolam ternakan dan kolam
pancing seperti di Gambar 1.22 hingga Gambar 1.27 namun aktiviti
abstraksi air mentah tidak dapat disahkan kerana tiada pegawai
penguatkuasa BKSA yang turut serta dalam lawatan tersebut. Ini kerana
BKSA masih belum menguatkuasakan lesen bagi aktiviti penternakan ikan
yang mengabstrak air mentah. Mengikut pengiraan Audit, anggaran
kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan ini dari tahun 2012 hingga 2016
berjumlah RM522,500.
GAMBAR 1.22 GAMBAR 1.23
Daerah Jasin
- Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin (02.07.2017)
Daerah Jasin - Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin
(02.07.2017)
GAMBAR 1.24 GAMBAR 1.25
Daerah Jasin
- Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin (02.07.2017)
Daerah Jasin - Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin
(02.07.2017)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 32
GAMBAR 1.26 GAMBAR 1.27
Daerah Melaka Tengah
- Kolam Pancing Bukit Katil (02.07.2017)
Daerah Melaka Tengah - Kolam Pancing Cheng
(02.07.2017)
d. Semakan Audit selanjutnya mendapati pemantauan yang dilaksanakan oleh
BKSA hanya berdasarkan aduan yang diterima berkaitan dengan isu
pencemaran. Rekod aduan juga tidak diselenggarakan dengan baik pada
tahun 2014 hingga 2015. Semakan Audit terhadap 13 aduan bagi tahun
2016 dan 2017 mendapati BKSA hanya mengeluarkan notis untuk
mendapatkan lesen abstraksi air dan kesalahan mengalirkan sisa kumbahan
terus ke sungai atau parit sebelum dirawat. BKSA masih tidak mengenakan
tindakan tegas ke atas kesalahan tersebut.
e. Lawatan Audit juga telah dijalankan ke sebuah kilang yang mempunyai
saluran paip yang dibina dari kolam bersebelahan dikhuatiri telah
menjalankan aktiviti abstraksi air mentah. Semakan silang dari senarai
pelesen abstraksi air mentah juga mendapati kilang ini tiada dalam senarai
kilang yang telah dilesenkan. Aktiviti berkenaan adalah seperti di gambar
berikut:
GAMBAR 1.28 GAMBAR 1.29
Daerah Melaka Tengah
- Kilang Mengabstraksi Air Mentah Dikhuatiri Tanpa Lesen (02.07.2017)
f. Hal ini berlaku kerana BKSA belum menguatkuasakan sepenuhnya
Enakmen dan tidak menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan secara
menyeluruh kepada semua pengusaha ternakan di Negeri Melaka. BKSA
menjelaskan keadaan sedia ada organisasi BKSA daripada segi bilangan
staf yang tidak mencukupi untuk membolehkan BKSA bertindak dengan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 33
berkesan dalam melaksanakan tanggungjawabnya terutamanya dari segi
penguatkuasaan kompaun. Bermula pada bulan Mac 2017, pegawai
penyiasat akan menyediakan kertas siasatan dan dibincangkan di dalam
Mesyuarat Pengurusan BKSA untuk menentukan samada tindakan
perundangan wajar dikenakan kepada pesalah. Selain itu, BKSA juga telah
mewujudkan Peraturan-Peraturan Abstraksi Air, Carigali, Pelencongan Air
Dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Melaka) 2016 yang menjelaskan
secara terperinci berkenaan caj abstraksi air mentah mengikut kategori
seperti pertanian, perladangan, penternakan, perikanan, penternakan katak
dan kolam memancing bagi mengambil tindakan untuk memulakan
penguatkuasaan dan kutipan hasil penggunaan abstraksi air mentah.
Bagaimanapun, sehingga tahun 2017, Peraturan ini masih belum
dikuatkuasakan.
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan pentadbiran telah mengambil langkah pendekatan ke
arah untuk pelesenan dengan menjalankan kunjung hormat ke
Agensi/Jabatan bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dan Jabatan Perikanan bagi penerangan fungsi BKSA dan tujuan
pelesenan. Selain itu, berlaku pertindihan kuasa dalam menguatkuasakan
undang-undang berkaitan pencemaran di antara PBT dan BKSA. Dari segi
kompaun, BKSA belum dapat menguatkuasakan lagi kerana pegawai sedia
ada tiada kemahiran. BKSA juga telah menghantar kertas siasatan bagi kes
pencemaran akibat ternakan babi di Paya Mengkuang pada 11 Ogos 2017
kepada Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan kebenaran mendakwa.
Pada pendapat Audit, pelesenan abstraksi air mentah adalah tidak
memuaskan kerana tidak dijalankan dengan cekap dan berkesan dimana
tiada tindakan susulan terhadap notis pemberitahun caj abstraksi air
mentah yang dikeluarkan, lesen abstraksi air mentah lewat dikeluarkan dan
berlakunya abstraksi air mentah tanpa lesen kerana penguatkuasaan tidak
dijalankan secara berkala.
1.5.4. Pengurusan Hasil
1.5.4.1. Prestasi Kutipan Caj Abstraksi Air Mentah dan Royalti Air
Bagi tahun 2014 hingga 2016, sejumlah RM24.34 juta kutipan hasil telah
diperolehi berbanding anggaran sebanyak RM28.30 juta seperti di Jadual 1.16.
Pada tahun 2016 kutipan hasil meningkat sejumlah RM13.09 juta berbanding
pada tahun 2015 sebanyak RM5.27 juta disebabkan bayaran royalti air dari
SAMB berjumlah RM4.50 juta. Bagaimanapun, kutipan hasil bagi tahun 2015
menurun kepada RM5.27 juta berbanding pada tahun 2014 iaitu berjumlah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 34
RM5.98 juta yang disebabkan caj abstraksi air mentah dan royalti air tidak dapat
dikutip mengikut anggaran yang ditetapkan. Pada tahun 2014, kutipan hasil
berjumlah RM4.38 juta adalah tinggi kerana termasuk tunggakan caj abstraksi
air mentah oleh SAMB sebanyak RM2.93 juta bagi tahun 2012.
JADUAL 1.16 CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH DAN ROYALTI AIR BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
TAHUN
ABSTRAKSI AIR ROYALTI AIR JUMLAH
KESELURUHAN
ANGGARAN (RM Juta)
SEBENAR (RM Juta)
ANGGARAN (RM Juta)
SEBENAR (RM Juta)
ANGGARAN (RM Juta)
SEBENAR (RM Juta)
2014 6.50 4.38 2.00 1.60 8.50 5.98
2015 7.00 3.97 2.00 1.30 9.00 5.27
2016 9.00 8.59 1.80 4.50 10.80 13.09
JUMLAH 22.50 16.94 5.80 7.40 28.30 24.34
Sumber: Bajet JKM dan Laporan Prestasi Hasil BKSA
1.5.4.2. Tunggakan Caj Abstraksi Air Mentah oleh SAMB
Semakan Audit mendapati caj abstraksi air mentah SAMB bagi tahun 2014
hingga 2016 adalah berjumlah RM16.06 juta. Sehingga bulan Disember 2016,
bayaran yang telah dijelaskan adalah berjumlah RM6.97 juta dan baki
tunggakan berkurangan kepada RM9.10 juta. Tunggakan ini tidak dapat
dijelaskan sepenuhnya kerana SAMB telah memohon pengurangan kadar
bayaran caj abstraksi air mentah namun ditolak semenjak tahun 2013. Selain itu,
SAMB juga memaklumkan di dalam Minit Mesyuarat Pemantauan Ke Atas
Tunggakan Caj Air Mentah Bil.2/2016 kerana masalah kewangan. Butiran
terperinci adalah seperti di jadual berikut:
JADUAL 1.17 TUNGGAKAN CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH OLEH SAMB SEHINGGA 31 DISEMBER 2016
TAHUN CAJ ABSTRAKSI AIR
MENTAH (RM Juta)
BAYARAN (RM Juta)
TUNGGAKAN (RM Juta)
2014 3.10 - 3.10
2015 6.32 6.32 -
2016 6.64 0.65 6.00
JUMLAH 16.06 6.97 9.10
Sumber: BKSA
1.5.4.3. Bil Caj Abstraksi Air Mentah Lewat Dibayar
Mengikut syarat lesen, pemegang lesen perlu mengemukakan bacaan
penggunaan air mentah kepada BKSA pada setiap bulan selewat-lewatnya pada
5hb. Pemegang lesen perlu membayar bil air mentah selewat-lewatnya pada
25hb. Bagi pemegang lesen yang lewat membayar selepas 25hb BKSA akan
menghantar notis peringatan kepada pemegang lesen. Semakan Audit
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 35
mendapati bagi tahun 2015, sebanyak sembilan pemegang lesen telah lewat
membayar bil bagi tempoh antara tiga hingga 42 bulan yang berjumlah
RM14.01 juta. Manakala bagi tahun 2016, sebanyak 16 pemegang lesen telah
lewat membayar bil abstraksi air antara dua hingga 10 bulan yang berjumlah
RM87,253. Ini disebabkan BKSA tidak menetapkan pegawai yang khusus untuk
menguruskan perkara ini yang akan mengurangkan hasil Kerajaan Negeri.
Butiran lanjut seperti di jadual berikut:
JADUAL 1.18 PEMEGANG LESEN LEWAT MEMBAYAR BIL CAJ
ABSTRAKSI AIR MENTAH PADA 31 DISEMBER 2016
BIL. TARIKH NOTIS
TEMPOH TERTUNGGAK (Bulan)
BILANGAN PEMEGANG LESEN
JUMLAH TUNGGAKAN (RM)
TAHUN 2015
1. 02.09.2015 3 - 42 3 13,982,912
2. 01.10.2015 2 1 684
3. 02.11.2015 2 - 5 5 29,659
JUMLAH 9 14,013,255
TAHUN 2016
1. 06.01.2016 2 - 3 3 3,119
2. 04.02.2016 2 2 2,340
3. 07.06.2016 2 - 10 6 65,625
4. 24.10.2016 3 1 499
5. 13.10.2016 3 1 1,814
6. 18.08.2016 3 2 2,484
7. 29.07.2016 2 1 11,373
JUMLAH 16 87,253
Sumber: BKSA
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan SAMB telah menyelesaikan tunggakan bayaran bagi bil caj air mentah dari bulan Februari 2016 sehingga Ogos 2016 berjumlah RM3.89 juta.
Pada pendapat Audit, pengurusan hasil adalah tidak memuaskan kerana
tidak dilaksanakan secara cekap dan berkesan terutama berlakunya
tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan kelewatan dalam
pembayaran bil caj abstraksi air mentah.
1.5.5. Penutupan Dan Pemberhentian Operasi Abstraksi Air Mentah
1.5.5.1. Kaedah Penutupan Tidak Spesifik
a. Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 tidak menjelaskan secara
terperinci mengenai penutupan atau pemberhentian operasi lesen abstraksi
air. Walau bagaimanapun penutupan dan pemberhentian operasi telah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 36
dijelaskan di dalam Seksyen 13(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Abstraksi
Air, Carigali, Pelencongan Air Dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri
Melaka) 2016 yang menyatakan tindakan penutupan dan pemberhentian
operasi abstraksi air perlu dimaklumkan secara bertulis kepada Pengarah
dalam tempoh 14 hari sebelum langkah tersebut diambil dan kos yang timbul
hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen.
b. Lawatan Audit bersama penguatkuasa BKSA mendapati sebuah kilang
(Hexachase Packaging Sdn Bhd) telah menutup operasi dua telaga aktiviti
abstraksi air mentah seperti di gambar berikut. Notis untuk memohon lesen
abstraksi air telah dikeluarkan pada tahun 2012 kepada kilang tersebut
namun tiada maklum balas diterima dari syarikat berkenaan. Kilang tersebut
juga telah bertukar operasi dan pemilik. Lawatan juga dijalankan di kilang
tisu di kawasan perindustrian Krubong yang memegang tiga lesen abstraksi
air mentah sejak tahun 2012 seperti di gambar berikut. Pengusaha telah
membuat satu penutupan pam abstraksi air tetapi tidak menimbus tempat
tersebut. Ini disebabkan tiada pemantauan dan penguatkuasaan yang
menyeluruh dijalankan menyebabkan penggunaan abstraksi air mentah tidak
dapat dipastikan oleh BKSA sehingga kepada penutupan dan penggunaan
telaga tersebut.
GAMBAR 1.30 GAMBAR 1.31
Perindustrian di Malim
-Telaga Yang Telah Ditutup (01.06.2017)
Perindustrian di Krubong -Telaga Yang Telah Ditutup
(01.06.2017)
1.5.5.2. Pemberhentian Abstraksi Air Mentah Tidak Dijalankan
a. Seksyen 37(7) Enakmen Sumber Air Negeri Melaka (2014) menyatakan
sekiranya apa-apa caj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) masih
belum dibayar dan tertunggak melebihi 90 hari, Pengarah boleh
menghentikan untuk membekalkan air atau sumber-sumber itu mengikut
mana berkenaan dan Pengarah boleh mengambil tindakan tertentu yang ia
anggap perlu bagi menghentikan pembuangan, aliran atau pembekalan air
atau sumber-sumber itu. Selain itu, Peraturan-Peraturan Abstraksi, Cari Gali,
Pelencongan Air dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Melaka) 2016 di
bawah seksyen 16(1) apa-apa jumlah wang yang berkenaan dengan aktiviti
yang dilesenkan hendaklah kena dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 37
penyerahan bil, notis, resit atau inbois dan jika jumlah ini tidak dibayar
sedemikian, jumlah ini boleh didapatkan oleh Pengarah sebagai suatu
hutang terakru kepada Kerajaan Negeri melalui tindakan sivil di mahkamah.
b. Semakan Audit terhadap tunggakan caj abstraksi air mentah bagi tahun
2015 dan 2016 mendapati tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh
BKSA dalam menghentikan abstraksi air mentah walaupun tunggakan telah
melebihi 90 hari dan BKSA hanya mengeluarkan notis tunggakan sahaja.
Bagi tahun 2015, sebanyak enam pemegang lesen mempunyai tunggakan
bayaran caj bulanan berjumlah RM14 juta bermula dari tiga hingga 42 bulan.
Manakala, bagi tahun 2016 tunggakan bayaran caj bulanan dari tiga hingga
10 bulan berjumlah RM70,157. Butiran lanjut adalah seperti berikut:
JADUAL 1.19 TUNGGAKAN MELEBIHI 3 BULAN
BIL. TARIKH NOTIS BULAN TERTUNGGAK TEMPOH (BULAN)
JUMLAH TUNGGAKAN (RM)
TAHUN 2015
1
2.09.2015
Mei - Julai 2015 3 132
Mei - Julai 2015 3 1,272
2012 - Julai 2015 42 13,981,506
2 1.10.2015 Mei – Sept 2015 5 4,160
3 2.11.2015
Jun - Sept 2015 4 332
Julai – Sept 2015 3 15,000
JUMLAH 14,001,570
TAHUN 2016
1 6.01.2016 Sept - Dis 2015 4 1,430
2
7.06.2016
Ogos 2015 – Jan 2016 6 10,560
Mei - Sept 2015 5 4,160
Julai – April 2016 10 49,660
3 18.08.2016 Mei - Julai 2016 3 2,034
4 24.10.2016 Julai - Sept 2016 3 499
5 13.10.2016 Julai - Sept 2016 3 1,814
JUMLAH 70,157
Sumber: BKSA
Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017
BKSA memaklumkan lawatan semula ke tapak premis yang tidak lagi
mengabstrak air mentah turut dijalankan oleh pentadbiran ini kepada
Syarikat Risda Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. Pentadbiran sedang
meneliti kaedah bersesuaian daripada pihak Jabatan Mineral dan Geosains
namun begitu masih tidak ada lagi kaedah bersesuaian telah dijalankan di
Negeri Sembilan mahupun Melaka. Kaedah lain akan dikaji bagi usaha
menambahbaik kaedah penutupan dan pemberhentian operasi air mentah.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 38
Pada pendapat Audit, proses penutupan dan pemberhentian operasi
abstraksi air mentah adalah tidak memuaskan kerana kaedah tidak
dijelaskan secara terperinci dan pemberhentian ke atas pelesen yang lewat
menjelaskan bil caj abstraksi air mentah melebihi tempoh yang ditetapkan
tidak dibuat.
1.6. SYOR AUDIT
Bagi memastikan pengurusan kawal selia sumber air Negeri Melaka diuruskan dengan
cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan adalah disyorkan BKSA
supaya melaksanakan perkara-perkara berikut:
1.6.1. menjalankan kajian secara terperinci berkaitan kuantiti, kualiti dan sumber
alternatif air mentah bagi memastikan bekalan sumber air mentah yang optimum
dan mencukupi serta terjamin kualitinya; dan
1.6.2. memastikan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan empangan, lesen
abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain perkara yang berkaitan
dibuat secara berkala.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 39
JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA
2. PENGENDALIAN AKAUN AMANAH NELAYAN NEGERI MELAKA
2.1 LATAR BELAKANG
2.1.1. Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada
1 November 1997 dengan nama Akaun Amanah Tabung Pembangunan Nelayan
Negeri Melaka (TPN) melalui Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan
Seksyen 9(3). Pada 28 September 2005 Arahan Amanah TPN telah dipinda dan
objektif penubuhan adalah untuk memberi bantuan kepada nelayan berdaftar
dengan Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang terjejas akibat aktiviti penambakan
laut dan lain-lain kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Akaun ini
dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah dan Bendahari Negeri
bertanggungjawab menyelenggara akaun tersebut bagi penerimaan dan
pembayaran.
2.1.2. Pada 14 November 2014, Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan Negeri
Melaka telah dipinda bagi meluaskan skop penggunaan wang daripada akaun ini.
Objektif akaun amanah selepas pindaan Arahan Amanah adalah seperti berikut:
i. bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan konsesi
penambakan laut mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu
Tuntutan Nelayan;
ii. bayaran sagu hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi
penambakan laut mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu
Tuntutan Nelayan;
iii. menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi kegunaan nelayan;
iv. pembangunan Modal Insan di kalangan komuniti nelayan; dan
v. pelaburan dan simpanan tetap yang ditadbir oleh Bendahari Negeri.
2.1.3. Mengikut Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan, wang yang boleh
dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Nelayan adalah terimaan daripada syarikat-
syarikat yang mendapat konsesi penambakan laut di pantai Negeri Melaka,
terimaan selain daripada syarikat-syarikat konsesi penambakan laut, terimaan
daripada agensi-agensi atau daripada orang awam dan faedah daripada simpanan
tetap yang ditadbirkan daripada pelaburan oleh Bendahari Negeri. Butiran lanjut
kedudukan kewangan Akaun Amanah Nelayan bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah
seperti jadual berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 40
JADUAL 2.1 KEDUDUKAN KEWANGAN AKAUN AMANAH
NELAYAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
TAHUN BAKI AWAL
(RM Juta) TERIMAAN (RM Juta)
PERBELANJAAN (RM Juta)
BAKI AKHIR (RM Juta)
2014 10.43 5.89 0.00* 16.31
2015 16.31 4.87 0.20 20.98
2016 20.98 15.74 1.64 35.09
Sumber: Penyata Terimaan Dan Bayaran Nota: * - RM14,500
2.1.4. Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan (JKMITN) telah
ditubuhkan bagi membincangkan cadangan/usul permasalahan nelayan serta
tuntutan ganti rugi dan sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat projek
penambakan laut di Negeri Melaka sebelum dibawa ke dalam Jawatankuasa
Pentadbiran Akaun Amanah Nelayan untuk kelulusan. Mesyuarat JKMITN
dipengerusikan oleh Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan dan
bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun mengikut permasalahan yang
dihadapi oleh nelayan. Urus setia bagi mesyuarat JKMITN adalah Jabatan
Perikanan Negeri Melaka.
2.1.5. Projek-projek infrastruktur bagi kemudahan nelayan seperti pembinaan jeti
nelayan, menara tinjau, projek membina struktur hakisan pantai (groyne) dan projek
mendalamkan sungai dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Melaka.
2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan bagi menilai pengendalian Akaun Amanah Nelayan
diuruskan dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam arahan
amanah.
2.3. SKOP PENGAUDITAN
Skop pengauditan adalah terhadap pengendalian Akaun Amanah Nelayan di Jabatan
Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM). Perkara utama yang diliputi
di dalam pengauditan ini adalah penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati,
dan penggunaan dana untuk tujuan perolehan kerja, perolehan peralatan,
pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta pelaburan. Selain itu,
data dan maklumat yang berkaitan diperolehi daripada Jabatan Perikanan Negeri
Melaka (JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPENM) dan Jabatan
Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPS) meliputi tempoh tahun 2014 hingga 2016.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 41
2.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Metodologi pengauditan adalah dengan menyemak, mengkaji dan memeriksa rekod
serta dokumen. Lawatan fizikal, temu bual dan soal selidik dengan pegawai serta
nelayan turut dilakukan bagi mendapat maklum balas dan pengesahan.
2.5. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan mulai April 2017 hingga Julai 2017 terhadap aspek
penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati, dan penggunaan dana untuk
tujuan perolehan, pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta
pelaburan mendapati, secara keseluruhannya pengendalian Akaun Amanah Nelayan
adalah tidak memuaskan disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan cekap dan
berkesan seperti pembayaran sagu hati yang dibuat tanpa garis panduan dan
perolehan tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan. Sungguhpun demikian dari aspek
penerimaan sumbangan adalah memuaskan kerana kutipan sumbangan telah
mencapai 83.1% berbanding sasaran. Di antara kelemahan yang ditemui adalah seperti
berikut:
i. kadar bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat penambakan laut
dan lain-lain projek pembangunan adalah berbeza-beza;
ii. objektif perolehan kerja infrastruktur yang dilaksanakan tidak tercapai kerana
tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan;
iii. pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan tidak dirancang; dan
iv. tiada perancangan bagi pelaburan dan simpanan tetap terhadap lebihan baki
akaun amanah untuk memperolehi pulangan yang optimum.
Perkara yang ditemui dan maklum balas JKPNM telah dibincangkan dalam
Exit Conference pada 18 Ogos 2017. Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti di
perenggan berikut:
2.5.1. Sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan dan Sagu Hati Nelayan yang
Diterima oleh Kerajaan Negeri Bagi Nelayan Pantai yang Terjejas Akibat
Penambakan Laut
2.5.1.1. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Bilangan 8 Tahun 2013 telah menetapkan syarikat-syarikat konsesi yang terlibat
dengan penambakan laut dikehendaki membuat bayaran sumbangan Tabung
Ekonomi Nelayan dan bayaran sumbangan sagu hati kepada nelayan. Kadar
yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi bayaran sumbangan Tabung
Ekonomi adalah RM5,000 bagi setiap ekar dan RM0.50 bagi setiap kaki persegi
sebagai bayaran sumbangan sagu hati kepada nelayan berkuat kuasa mulai
tahun 2010.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 42
2.5.1.2. Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan sumbangan keseluruhan
berjumlah RM45.53 juta berdasarkan kadar tersebut bagi 15 buah syarikat
konsesi penambakan laut dan satu syarikat yang menjalankan projek
pembangunan kemudahan Liquefied Natural Gas Regasification (LNG). Butiran
lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.2 SUMBANGAN MENGIKUT KADAR YANG DITETAPKAN
BIL. NAMA SYARIKAT
(Sdn. Bhd.)
LUAS TAMBAK
LAUT (Ekar)
KADAR YANG DITETAPKAN
TABUNG EKONOMI NELAYAN (RM5,000 Seekar)
SAGUHATI NELAYAN (RM0.50
Setiap Kaki Persegi)
JUMLAH
(RM) (RM) (RM)
1. Puncak Jasasia 100 500,000 2,178,000 2,678,000
2. Jayamas Cekap (lantikan Yayasan DMDI)
250 1,250,000 5,445,000 6,695,000
3. Laila Development 6 30,000 130,680 160,680
4. Prestige Waves Realty 50 250,000 1,089,000 1,339,000
5. Obor Maju 40.77 203,850 887,970 1,091,820
6. Linggi Base 620 3,100,000 13,503,600 16,603,600
7. Awan Plasma 120 564,000* 2,613,600 3,177,600
8. Dewi Pertiwi Development 100 500,000 2,178,000 2,678,000
9. Nusa Waja 60 300,000 1,306,800 1,606,800
10. KAJ Development 91 455,000 1,981,980 2,436,980
11. Golden Straits Development 100 500,000 2,178,000 2,678,000
12. Sekitar Makmur 60 300,000 1,306,800 1,606,800
13. Laksamana Prima 60 300,000 1,306,800 1,606,800
14. Ultra Green ** - 130,900 130,900
15. Haruman Utama ** 9,544 207,868 217,412
16. Regas Terminal *** 195,150 630,680 825,830
JUMLAH 8,457,544 37,075,678 45,533,222
Sumber: UPENM Nota: * - Bayaran Telah Diterima Sejumlah RM36,000 pada Tahun 2007
** - Tuntutan Tunggakan Bayaran Kepada Syarikat Konsesi Terdahulu *** - Syarikat Projek Pembangunan Kemudahan Liquefied Natural Gas Regasification (LNG) *** - Tidak Terlibat Dengan Perkiraan Mengikut Kadar
2.5.1.3. Prestasi Sumbangan Yang Diterima Berbanding Sasaran
a. Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM31.89 juta
bagi tahun 2014 hingga 2016. Kutipan sumbangan ini merangkumi Tabung
Ekonomi Nelayan dan Tabung Sumbangan Sagu hati Nelayan masing-
masing berjumlah RM8.45 juta dan RM23.44 juta. Pada tahun 2014,
Kerajaan Negeri telah menerima kedua-dua sumbangan tersebut berjumlah
RM5.89 juta atau 50.9% berbanding sasaran kutipan sumbangan iaitu
RM11.56 juta. Peratusan kutipan sumbangan berkenaan pada tahun 2015
dan 2016 masing-masing RM4.88 juta (116.5%) dan RM15.73 juta (97.5%).
Lebihan sumbangan bagi Tabung Ekonomi Nelayan pada tahun 2015 adalah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 43
disebabkan sumbangan terlebih diperakaunkan berjumlah RM0.69 juta bagi
Syarikat Obor Maju Sdn. Bhd. Secara keseluruhan prestasi kutipan
sumbangan oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan di mana Kerajaan
Negeri menerima sumbangan 83.1% iaitu RM26.50 juta berbanding sasaran
kutipan bagi tempoh tersebut. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.3 PRESTASI SUMBANGAN BERBANDING SASARAN
TAHUN
SASARAN SUMBANGAN SUMBANGAN SEBENAR PERATUS JUMLAH
SUMBANGAN BERBANDING
SASARAN
TABUNG EKONOMI NELAYAN
TABUNG SUMBANGAN
SAGUHATI NELAYAN
JUMLAH (RM Juta)
TABUNG EKONOMI NELAYAN
TABUNG SUMBANGAN
SAGUHATI NELAYAN
JUMLAH (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)
2014 2.22 9.34 11.56 1.02 4.87 5.89 50.9
2015 3.30 0.89 4.19 3.99 0.89 4.88 116.5
2016 2.93 13.21 16.14 2.71 13.02 15.73 97.5
JUMLAH 8.45 23.44 31.89 7.72 18.78 26.50 83.1
Sumber: UPENM dan JKPNM
b. Penurunan dan peningkatan peratusan kutipan sumbangan disebabkan
faktor-faktor berikut:
i. Kerajaan Negeri Memberi Pengurangan Kadar Bayaran Sumbangan
Kadar sumbangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi bayaran
sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan adalah RM5,000 bagi setiap ekar
dan RM0.50 bagi setiap kaki persegi sebagai bayaran sumbangan sagu
hati kepada nelayan. Semakan Audit mendapati terdapat perbezaan
antara jumlah sumbangan mengikut kadar yang ditetapkan berbanding
jumlah sumbangan yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian bagi
dua buah syarikat konsesi yang terlibat dengan penambakan laut.
Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.4 PERBEZAAN SUMBANGAN MENGIKUT
PERJANJIAN BERBANDING KADAR YANG DITETAPKAN
BIL. NAMA
SYARIKAT (Sdn. Bhd.)
LUAS TAMBAK
LAUT (Ekar)
KADAR YANG DITETAPKAN PERJANJIAN / SURAT KELULUSAN
TABUNG EKONOMI NELAYAN
SAGUHATI NELAYAN JUMLAH
(RM Juta)
TABUNG EKONOMI NELAYAN
SAGU HATI
NELAYAN JUMLAH (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1. KAJ Development
91 0.45 1.98 2.44 0.45 0.79 1.25
2. Jayamas Cekap (lantikan Yayasan DMDI)
250 1.25 5.44 6.69 0.05 1.09 1.14
JUMLAH 1.70 7.42 9.13 0.50 1.88 2.39
Sumber: UPENM
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 44
Semakan Audit selanjutnya mendapati perbezaan tersebut disebabkan
permohonan rayuan oleh Syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. untuk
pengurangan kadar bayaran sumbangan sagu hati nelayan daripada
RM0.50 setiap kaki persegi kepada RM0.20 setiap kaki persegi yang
telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Negeri
Bilangan 5 Tahun 2014 bertarikh pada 16 Mei 2014.
Manakala Syarikat Jayamas Cekap Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dilantik
oleh Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) telah ditawarkan oleh
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(MMKN) Bilangan 3 Tahun 2011 bertarikh 26 Januari 2011. Kadar
sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan iaitu RM200 seekar dan kadar
sumbangan sagu hati nelayan pada RM0.10 setiap kaki persegi
dinyatakan di dalam perjanjian bertarikh 11 Mac 2011 berbanding kadar
bayaran yang ditetapkan. Kesan pengurangan kadar bayaran
sumbangan tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri mengalami
pengurangan hasil sejumlah RM2.39 juta.
Menurut UPENM, pengurangan kadar bayaran sumbangan adalah
tertakluk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dengan mengambil kira faktor
dan sebab yang munasabah.
Pada pendapat Audit, prestasi penerimaan sumbangan adalah
memuaskan kerana kutipan sumbangan telah mencapai 83.1%
berbanding sasaran.
ii. Kesilapan Amaun Bayaran Pada Klausa Perjanjian
Semakan Audit mendapati kesilapan pengiraan dalam perjanjian antara
Kerajaan Negeri dengan Syarikat Laila Development berkaitan klausa
bayaran sagu hati kepada nelayan. Jumlah nilai bayaran sagu hati yang
dinyatakan dalam perjanjian adalah RM13,100 adalah tidak selaras
dengan kadar bayaran yang ditetapkan Mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan Bilangan 8 Tahun 2013 iaitu RM0.50 setiap kaki persegi.
Mengikut perkiraan Audit, bayaran yang sepatut dinyatakan dalam
perjanjian berkenaan adalah RM130,680 berdasarkan keluasan
penambakan laut dan kadar bayaran tersebut. Perbezaan amaun yang
dinyatakan dalam perjanjian menyebabkan Kerajaan Negeri kekurangan
hasil sebanyak RM117,580. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 45
JADUAL 2.5 PERBEZAAN PENGIRAAN KADAR
SUMBANGAN BERBANDING DOKUMEN PERJANJIAN
NAMA SYARIKAT
LUAS TAMBAK
LAUT (Ekar)
SAGUHATI NELAYAN KURANGAN
HASIL
(a-b)
KADAR MENGIKUT
PERJANJIAN (a)
KADAR SEPATUT DITUNTUT
(b)
(RM) (RM) (RM)
Laila Development Sdn. Bhd. 6 13,100 130,680 (117,580)
Sumber: UPENM
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada UPENM
menyatakan tindakan tuntutan semula baki bayaran tersebut telah
dibuat dengan mengemukakan surat kepada Syarikat Laila
Development Sdn. Bhd. pada 17 Ogos 2017.
Pada pendapat Audit, UPENM perlu meneliti klausa yang dinyatakan
pada dokumen perjanjian bagi mengelakkan kerugian kepada Kerajaan.
iii. Sumbangan Terlebih Diperakaunkan
Semakan selanjutnya mendapati sejumlah RM1.48 juta telah terlebih
diperakaunkan ke dalam akaun amanah ini. Bayaran terlebih catat bagi
Syarikat Obor Maju Sdn. Bhd. disebabkan kesilapan mengakaun bayaran
royalti pasir pada 11 Februari 2015 yang berjumlah RM0.89 juta sebagai
sumbangan tabung ekonomi nelayan. Manakala sejumlah RM0.20 juta
yang sepatutnya direkodkan sebagai bayaran sumbangan tabung
ekonomi nelayan telah dimasukkan ke dalam akaun hasil Jabatan Ketua
Menteri Melaka (JKMM) sebagai royalti pasir.
Selain itu, semakan Audit mendapati Syarikat KAJ Development Sdn.
Bhd. telah membuat lima kali bayaran secara ansuran berjumlah
RM2.39 juta yang merangkumi sumbangan tabung ekonomi nelayan,
sagu hati nelayan, bayaran earnest money dan royalti pasir daripada
bulan Julai hingga Oktober 2016. Bagaimanapun sejumlah RM0.79 juta
daripada jumlah tersebut adalah merupakan bayaran royalti pasir yang
masih belum dibuat pelarasan kepada JKMM. Ini menyebabkan akaun
amanah nelayan telah terlebih catat sejumlah RM0.79 juta. Butiran lanjut
adalah seperti jadual berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 46
JADUAL 2.6 AMAUN BAYARAN SUMBANGAN TERLEBIH DIPERAKAUNKAN
BIL. NAMA
SYARIKAT (Sdn. Bhd.)
PERJANJIAN / SURAT KELULUSAN SUMBANGAN YANG DITERIMA
PERBEZAAN (RM Juta)
TABUNG EKONOMI NELAYAN
SAGUHATI NELAYAN JUMLAH
(RM Juta)
TABUNG EKONOMI NELAYAN
SAGUHATI NELAYAN JUMLAH
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1. Obor Maju 0.20 0.89 1.09 0.89 0.89 1.78 (0.69)
2. Awan Plasma 0.56 2.61 3.17 0.56 2.61 3.17 (0.00)*
3. KAJ Development 0.46 0.79 1.25 0.46 1.58 2.04 (0.79)
JUMLAH 1.22 4.29 5.51 1.91 5.08 6.99 (1.48)
Sumber: UPENM Dan JKPNM Nota: * - RM600
Pihak Audit mendapati UPENM tidak memberi salinan dokumen
perjanjian sebaliknya hanya memberi makluman melalui surat untuk
mengakaun dan membuat pelarasan terhadap kod-kod hasil yang
ditetapkan kepada JKPNM dan tiada pemantauan dilaksanakan terhadap
rekod pembayaran sumbangan. Ini menyebabkan akaun berkenaan
terlebih catat sejumlah RM1.48 juta berbanding kutipan sebenar.
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 16 Oktober 2017
JKPNM memaklumkan telah mengambil tindakan pelarasan melalui
jurnal BJ 170368 bertarikh 18 Ogos 2017 bagi Syarikat KAJ
Development Sdn. Bhd. Manakala bagi Syarikat Obor Maju Sdn.
Bhd. pelarasan telah dibuat melalui jurnal BJ 170370 bertarikh
29 Ogos 2017. Bagi Syarikat Awan Plasma Sdn. Bhd. pelarasan bagi
terimaan royalti pasir telah dibuat melalui jurnal BJ 170226 bertarikh
14 Jun 2017.
Pada pendapat Audit, salinan perjanjian perlu diserahkan kepada
JKPNM dan JKMM sebagai dokumen sokongan kepada resit bagi
memastikan bayaran diakaunkan kepada kod hasil masing-masing
dengan tepat. Selain itu, UPENM dan JKPNM perlu membuat
pemantauan terhadap rekod pembayaran sumbangan daripada
syarikat konsesi bagi mengelakkan kesilapan.
2.5.2. Pengurusan Bayaran Sagu Hati Nelayan
2.5.2.1. Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Penambakan Laut dan Lain-lain Kerja Pembangunan
a. Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan yang berkuat kuasa sebelum
pindaan 14 November 2014 menyatakan wang dalam akaun ini boleh
digunakan bagi bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat
aktiviti penambakan laut dan lain-lain kerja pembangunan. Nelayan yang
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 47
layak menerima bantuan sagu hati hendaklah berdaftar dengan Jabatan
Perikanan Negeri Melaka dan persatuan-persatuan nelayan yang berdaftar
di Negeri Melaka.
b. Mesyuarat JKMITN menyelaras segala tuntutan dan bayaran sagu hati bagi
nelayan yang terlibat dengan aktiviti penambakan laut dan lain-lain kerja
pembangunan seperti menentukan nelayan yang layak bagi bayaran sagu
hati dan jumlah tuntutan yang boleh dibayar kepada nelayan berdasarkan
bilangan hari ke laut.
c. Bayaran sagu hati yang telah dibayar kepada nelayan yang terlibat mulai
tahun 2007 adalah berjumlah RM2.77 juta. Nelayan yang telah menerima
bantuan sagu hati akibat aktiviti penambakan laut merupakan nelayan di
kawasan Klebang, Tengkera dan Kampung Portugis berjumlah RM2.38 juta.
Selain itu, bantuan sagu hati turut diberikan kepada nelayan yang terjejas
akibat kerja pembangunan Liquefied Natural Gas (LNG) dan projek
penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring masing-
masing berjumlah RM0.30 juta dan RM85,400. Butiran lanjut bayaran sagu
hati serta perkara yang ditemui adalah seperti berikut:
JADUAL 2.7 BAYARAN SAGU HATI NELAYAN
AKIBAT PENAMBAKAN LAUT DAN LAIN-LAIN KERJA PEMBANGUNAN
BIL. KAWASAN BILANGAN NELAYAN
(Orang)
KADAR BAYARAN SAGU HATI MENGIKUT KATEGORI JUMLAH NELAYAN SEPENUH
MASA NELAYAN SEPARUH
MASA
(RM) (RM) (RM)
a. PENAMBAKAN LAUT
1. Klebang 137 Mengikut bilangan hari ke laut 40,959
2. Klebang 137 1,200 500 128,700
3. Klebang 577 3,200 1,600 1,042,100
4. Kampung Portugis
410 3,200 1,600 1,113,600
5. Tengkera 15 4,000 60,000
JUMLAH 2,385,359
b. PEMBANGUNAN LIQUEFIED NATURAL GAS (LNG)
BIL. KAWASAN BILANGAN NELAYAN
(Orang)
KADAR BAYARAN SAGU HATI MENGIKUT KATEGORI
JUMLAH NELAYAN
BERLESEN/ AHLI PNK*
NELAYAN TIDAK
BERLESEN DAN AHLI
PNK
NELAYAN TIDAK
BERLESEN DAN
BUKAN AHLI PNK
AWAK-AWAK
BERDAFTAR
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
1. Pantai Kundur dan Tanjung Bidara
193 1,400 1,050 700 - 250,650
2. Kampung Hailam, Lereh dan Balik Bukit
113 500 - - 300 48,900
JUMLAH 299,550
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 48
c. PROJEK PENGHANTARAN BEKALAN ELEKTRIK
KAWASAN BILANGAN NELAYAN
(Orang)
KADAR BAYARAN SAGUHATI MENGIKUT KATEGORI JUMLAH
PEMILIK BOT BERLESEN AWAK-AWAK BERDAFTAR
(RM) (RM) (RM)
Pantai Siring 66 1,400 700 85,400
JUMLAH 85,400
JUMLAH KESELURUHAN 2,770,309
Sumber: UPENM Nota: * Persatuan Nelayan Kawasan
i. Kadar Bayaran Sagu Hati yang Berbeza
Semakan Audit mendapati bayaran sagu hati nelayan yang terjejas
akibat aktiviti pembangunan seperti projek penambakan laut,
pembangunan Liquefied Natural Gas (LNG) dan projek penghantaran
bekalan elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring adalah berbeza-beza.
Berdasarkan Jadual 2.7, kadar bayaran sagu hati yang dibayar kepada
nelayan yang terjejas akibat penambakan laut dan kerja pembangunan
LNG masing-masing adalah di antara RM500 hingga RM4,000 dan
RM300 hingga RM1,400. Manakala bayaran sagu hati bagi nelayan yang
terjejas akibat projek penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar dari
Pantai Siring adalah RM700 dan RM1,400. Kadar bayaran berkenaan
adalah mengikut kategori nelayan yang ditetapkan. Pihak Audit tidak
dapat mengesahkan asas pengiraan yang tetap bagi kadar sagu hati
yang dibayar kepada nelayan.
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada Jabatan
Perikanan Negeri Melaka menyatakan kadar bayaran sagu hati nelayan
sebelum ini telah dibincangkan pada Mesyuarat JKMITN. Selain itu,
proses penyediaan garis panduan pengiraan kadar bayaran sagu hati
yang boleh dirujuk supaya ianya konsisten untuk masa hadapan telah
dicadangkan pada Mesyuarat Mengenai Terma Dan Syarat Penggunaan
Peruntukan Tabung Amanah Nelayan Negeri Melaka pada 22 Februari
2017.
Pada pendapat Audit, garis panduan berkaitan formula pengiraan sagu
hati untuk nelayan yang terjejas akibat penambakan laut perlulah
diwujudkan sebagai asas pengiraan bagi bayaran sagu hati untuk masa
hadapan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 49
ii. Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Projek Penghantaran Bekalan Elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring Tidak Dibayar Sepenuhnya
Mesyuarat JKMITN Bilangan 3 Tahun 2013 pada 19 Ogos 2013 telah
membincangkan mengenai tuntutan nelayan yang terlibat secara
langsung dengan projek penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar.
Justifikasi permohonan tuntutan daripada nelayan antaranya adalah
kesulitan nelayan untuk menangkap ikan dalam tempoh dua tahun
sehingga projek tersebut di jangka siap. Selain itu, nelayan juga akan
menghadapi masalah kekurangan hasil tangkapan disebabkan kesan
gema hentakan semasa projek dijalankan. Mesyuarat berkenaan
bersetuju bayaran sagu hati hendaklah dibayar oleh Perbadanan
Kemajuan Negeri Melaka dan Tenaga Nasional Berhad. Selain itu,
PKNM memaklumkan perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui
oleh Ahli Lembaga Pengarah PKNM untuk membayar sagu hati yang
keseluruhan berjumlah RM250,000 bagi 50 orang nelayan dengan kadar
tidak melebihi RM5,000 seorang.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui surat yang bernombor rujukan
JKMM/379/7 Klt. 7 (10) bertarikh 8 Oktober 2013 telah memohon pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk membuat bayaran
sumbangan sagu hati kepada nelayan melalui Akaun Amanah Nelayan
yang berjumlah RM285,000. Pengiraan tersebut melibatkan sebanyak
57 orang nelayan yang aktif dengan kadar sagu hati sejumlah
RM5,000 bagi setiap nelayan.
Semakan Audit mendapati PKNM telah membuat bayaran sagu hati
tersebut seperti permohonan daripada Kerajaan Negeri. Pembayaran
sagu hati berkenaan telah diuruskan dan dibayar oleh Kerajaan Negeri
kepada 56 pemilik bot berlesen dan 10 awak-awak yang berdaftar
melalui JKPNM.
Bayaran sagu hati yang dibayar kepada nelayan yang terlibat dengan
projek tersebut adalah berbeza dengan jumlah permohonan sumbangan
sagu hati kepada nelayan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri. Nelayan
dan awak-awak dibayar sejumlah RM700 hingga RM1,400 pada kadar
bayaran RM100 sehari bagi kategori nelayan dan RM50 sehari bagi
kategori awak-awak. Setiap nelayan dan awak-awak dibayar sagu hati
pada kadar berkenaan selama mencari kawasan tangkapan baharu
dalam tempoh 14 hari. Bayaran tersebut berdasarkan keputusan
mesyuarat JKMITN Bilangan 3 Tahun 2013 dan diluluskan di dalam
Mesyuarat MMKN Bilangan 34 Tahun 2013 yang bersidang pada
18 Disember 2013. Pembayaran sagu hati pada nilai berkenaan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 50
menunjukkan sejumlah RM199,600 baki yang tidak disalurkan kepada
nelayan berkenaan. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.8 KADAR SAGU HATI YANG PATUT DIBAYAR KEPADA NELAYAN
KADAR SAGU HATI YANG PATUT DI BAYAR KEPADA NELAYAN
KADAR SAGU HATI YANG DIBAYAR KEPADA NELAYAN
KATEGORI BILANGAN
(Orang)
JUMLAH SAGU HATI SEORANG
JUMLAH (a) BILANGAN
(Orang)
JUMLAH SAGU HATI
SEORANG
JUMLAH (b)
(RM) (RM) (RM) (RM)
Nelayan 57 5,000 285,000
56 1,400 78,400
Awak-Awak 10 700 7,000
JUMLAH 57 285,000 66 85,400
BAKI/LEBIHAN (a)-(b)
199,600
Sumber: Baucar Bayaran
Pada pendapat Audit, bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat
dengan projek tersebut tidak mencapai matlamat kerana jumlah
bantuan patut diberikan sepenuhnya kepada nelayan yang mana
pendapatannya terjejas dalam tempoh projek tersebut dilaksanakan.
iii. Bantuan Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Kes Kemalangan di Laut
Berdasarkan Arahan Amanah Nelayan Negeri Melaka bertarikh
28 September 2005, akaun ini hanya boleh digunakan untuk memberi
sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kerja penambakan laut
dan lain-lain kerja pembangunan di pantai Negeri Melaka.
Bagaimanapun selepas pindaan Arahan Amanah pada 14 November
2014, akaun ini dibenarkan untuk digunakan sebagai pembayaran sagu
hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi penambakan
laut mengikut kelulusan JKMITN.
Semakan Audit terhadap minit mesyuarat JKMITN mendapati masalah-
masalah nelayan yang dibangkitkan antaranya ialah permohonan
bantuan disebabkan oleh penambakan laut, kemalangan di laut atau
bencana, kehilangan dan kecurian serta kebakaran bot. Semakan Audit
selanjutnya mendapati bantuan sagu hati telah diberikan kepada nelayan
yang tidak terlibat dengan penambakan laut sebelum pindaan Arahan
Amanah.
Selain itu, bayaran tersebut dibuat oleh JKPNM berdasarkan surat
permohonan daripada pihak UPENM tanpa dibincangkan di dalam
mesyuarat Akaun Amanah untuk kelulusan. Menurut UPENM,
permohonan bayaran sagu hati tersebut adalah disebabkan keadaan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 51
mendesak bertujuan untuk menjaga kebajikan nelayan pada ketika itu.
Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.9 BAYARAN BANTUAN SAGU HATI KEPADA
NELAYAN YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PENAMBAKAN LAUT
BIL. NOMBOR BAUCAR
TARIKH PERIHAL AMAUN BAUCAR (RM)
1. V0001828 12.11.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kemalangan di laut
1,200
2. V0001685 15.10.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kebakaran bot pada 14 Mac 2014
5,000
3. V0001286 11.07.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kemalangan di laut
4,100
JUMLAH 10,300
Sumber: Baucar Bayaran
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
Jabatan akan memastikan semua bantuan sagu hati perlu mendapatkan
kelulusan Jawatankuasa Amanah terlebih dahulu sebelum pembayaran
dibuat.
Pada pendapat Audit, pembayaran yang menggunakan Akaun Amanah
ini perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Amanah. Selain itu,
bantuan akibat kes kemalangan dan kebakaran bot boleh dituntut
daripada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak
insurans.
iv. Tiada Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terjejas Akibat Aktiviti Pembangunan Selepas Tahun 2013
Semakan Audit mendapati keluasan penambakan laut semakin
bertambah dan sumbangan daripada syarikat konsesi penambakan laut
serta syarikat yang membangunkan kemudahan LNG telah diterima
berjumlah RM26.50 juta bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016.
Bagaimanapun tiada pembayaran sagu hati dibayar kepada nelayan
yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut selepas tahun 2013 kecuali
bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kemalangan di
laut dan bayaran kepada tiga orang nelayan yang belum menerima sagu
hati bagi projek Pantai Siring yang keseluruhan berjumlah RM17,900.
Semakan lanjut mendapati selepas tahun 2013 Mesyuarat Jawatankuasa
Akaun Amanah Nelayan tiada membincangkan perkara berkaitan
bayaran sagu hati kepada nelayan walaupun keluasan kawasan
penambakan laut bertambah dari masa ke semasa.
Semakan lanjut mendapati lain-lain perbelanjaan telah mula
dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu setelah tiada pembayaran sagu hati
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 52
kepada nelayan yang terjejas akibat aktiviti pembangunan di laut dan
selepas pindaan Arahan Amanah Akaun Amanah yang berkuat kuasa
pada 14 November 2014. Sebahagian besar lain-lain perbelanjaan
adalah berkaitan projek infrastruktur. Selain itu, tiada perancangan
dibincangkan terhadap lebihan baki akaun amanah untuk pelaburan dan
simpanan tetap di dalam mesyuarat tersebut. Butiran sumbangan yang
diterima dan perbelanjaan adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.10 SUMBANGAN YANG DITERIMA DAN PERBELANJAAN
AKAUN AMANAH NELAYAN BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
TAHUN
BAKI AKAUN AMANAH
PADA 1 JANUARI
SUMBANGAN YANG
DITERIMA
BAYARAN BAKI AKAUN AMANAH
PADA 31 DISEMBER
SAGU HATI NELAYAN
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
2014 10,435,422 5,891,050 14,500 - 16,311,972
2015 16,311,973 4,875,941 3,400 199,551 20,984,963
2016 20,984,963 15,743,496 - 1,639,433 35,089,026
JUMLAH 26,510,487 17,900 1,838,984
Sumber: JKPNM
Analisis Audit mendapati 55 atau 68.7% daripada 80 borang soal selidik
yang dilengkapkan oleh nelayan yang terlibat dalam penambakan laut
menyatakan kawasan penangkapan ikan menjadi semakin mengecil dan
terhad serta menjejaskan pendapatan nelayan pantai. Butiran lanjut
adalah seperti peta berikut:
PETA 2.1
Klebang, Melaka Tengah
- Kawasan Penambakan Laut Berkeluasan 2,520.14 Ekar Pada Tahun 2014 (20.11.2014)
(Sumber: Agensi Remote Sensing Malaysia)
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 53
PETA 2.2
Klebang, Melaka Tengah
- Kawasan Penambakan Laut Berkeluasan 3,203.13 Ekar Pada Tahun 2017 (09.04.2017)
Sumber: Agensi Remote Sensing Malaysia
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada Jabatan
Perikanan Negeri Melaka menyatakan tiada tuntutan daripada nelayan
dalam tempoh tersebut dan pembayaran sagu hati selepas ini merujuk
kepada Garis Panduan yang akan disediakan. Maklum balas UPENM
dalam mesyuarat Exit Conference bertarikh 18 Ogos 2017 menyatakan
UPENM akan mempertimbangkan bayaran yang boleh dibuat daripada
baki akaun amanah nelayan bagi membantu nelayan yang terjejas
dengan kerja penambakan laut.
Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran sagu hati kepada nelayan
yang terjejas akibat aktiviti pembangunan adalah tidak memuaskan
kerana garis panduan berkaitan formula pengiraan tidak disediakan di
peringkat JKMITN mengakibatkan tiada hala tuju jelas berkaitan
bayaran yang dibuat.
2.5.3. Pembangunan Infrastruktur
2.5.3.1. Perolehan Kerja
Pindaan Arahan Amanah pada 14 November 2014 telah membenarkan
penggunaan wang daripada akaun ini bagi perbelanjaan menambah baik
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 54
infrastruktur bagi kegunaan nelayan. Sejumlah RM1.90 juta telah diperuntukkan
untuk tujuh perolehan kerja bagi tempoh dua tahun daripada tahun 2015 hingga
tahun 2016. Peratusan perbelanjaan bagi kesemua perolehan kerja sehingga
tarikh pengauditan adalah 97.4% (RM1.85 juta) berbanding dengan jumlah
peruntukan.
JPS merupakan agensi pelaksana bagi perolehan kerja pembangunan
infrastruktur untuk nelayan. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah seperti
pembinaan jeti, pembinaan struktur hakisan pantai dan kerja-kerja pengorekan
untuk mendalamkan muara sungai serta pembinaan menara tinjau. Butiran
lanjut mengenai peruntukan dan perbelanjaan perolehan kerja adalah seperti
jadual berikut:
JADUAL 2.11 PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PEROLEHAN KERJA
BAGI TEMPOH 2015 HINGGA 2016
BIL. TAHUN PEROLEHAN KERJA
JUMLAH PERUNTUKAN
JUMLAH PERBELANJAAN
PERATUSAN PERBELANJAAN
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1. 2015
Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka
0.20 0.20 99.8
2. 2016 Pembinaan Struktur Hakisan Pantai di Pangkalan Teluk Gong
0.20 0.19 94.4
3. 2016 Pembinaan Struktur Hakisan Pantai di Pangkalan Kampung Hailam
0.50 0.50 100.0
4. 2016 Pembinaan Jeti Tambatan di Pangkalan Kampung Hailam
0.20 0.20 100.0
5. 2016 Kerja-kerja pengorekan/mendalamkan Muara Kuala Sungai Baru
0.40 0.38 95.0
6. 2016 Kerja-kerja pengorekan/mendalamkan Muara Sungai Sempang
0.20 0.20 99.1
7. 2016 Pembinaan Menara Tinjau di Kuala Air Tawar, Sungai Rambai, Jasin
0.20 0.18 92.5
JUMLAH 1.90 1.85 97.4
Sumber: Baucar Bayaran
Pada pendapat Audit perbelanjaan peruntukan adalah baik. Bagaimanapun
kerja-kerja berkaitan dengan aktiviti JPS seperti pembinaan struktur
hakisan pantai dan kerja-kerja pengorekan untuk mendalamkan muara
sungai tidak sewajarnya menggunakan wang amanah nelayan. Perkara ini
perlu dirancang di dalam belanjawan JPS supaya wang amanah nelayan
dapat dibelanjakan bagi pembangunan yang lain.
2.5.3.2. Pengurusan Perolehan
Pengurusan perolehan yang baik bertujuan untuk memastikan perolehan
dilaksanakan dengan cekap, mematuhi undang-undang dan peraturan yang
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 55
ditetapkan serta mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance
Practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan iaitu akauntabiliti awam,
diuruskan secara telus, memberi nilai faedah yang terbaik serta dibuat dengan
saingan terbuka, adil dan saksama. Pengauditan telah dijalankan ke atas dua
projek yang telah dilaksanakan iaitu Projek Menaik Taraf Jeti Tambatan Kuala
Air Tawar dan Menara Tinjau di Kuala Air Tawar berjumlah RM0.38 juta.
a. Pelantikan kontraktor
i. Penilaian teknikal dan kewangan serta Jawatankuasa Penilaian Sebut
Harga perlu diadakan bagi mengenal pasti kontraktor yang layak.
Pemilihan kontraktor bagi Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan
oleh Jawatankuasa Sebut Harga pada 3 Ogos 2015 adalah berdasarkan
harga terendah dan rekod prestasi kerja terhadap kerja-kerja yang telah
berjaya dilaksanakan oleh kontraktor. Manakala Kerja Pembinaan
Menara Tinjau dilaksanakan oleh JPS berdasarkan kelulusan khas
JKPNM pada 9 Jun 2016 disebabkan projek berkenaan perlu
dilaksanakan segera dan melibatkan kepakaran kontraktor tertentu.
Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 2.12 KONTRAKTOR PROJEK YANG DILANTIK
BIL. NAMA PROJEK TAHUN NILAI
PEROLEHAN (RM Juta)
NAMA KONTRAKTOR YANG DILANTIK
1.
Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka (No. Sebut Harga: JPS/M/PNG/3/2015)
2015 0.20 AAF Construction & Civil
Engineering
2. Kerja Pembinaan Menara Tinjau di Pangkalan Air Tawar, Sungai Rambai (No. Sebut Harga: JPS/M/PNG/15/2016)
2016 0.18 AAF Construction & Civil
Engineering
JUMLAH 0.38
Sumber: JPS
b. Prestasi Projek
i. Pencapaian Fizikal Projek
Mengikut syarat kontrak, kontraktor perlu menyiapkan Projek Pembinaan
Jeti Tambatan dan Projek Pembinaan Menara Tinjau masing-masing
pada 24 November 2015 dan 22 Disember 2016. Semakan Audit
mendapati kedua-dua projek tersebut telah siap dilaksanakan oleh JPS.
Butiran adalah seperti di gambar berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 56
GAMBAR 2.1 GAMBAR 2.2
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Jeti Nelayan yang Telah Dibina
(19.05.2017)
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Menara Tinjau yang Telah Dibina
(19.05.2017)
Semakan lanjut mendapati Projek Menara Tinjau telah diberi kelulusan
lanjutan masa [Extension Of Time (EOT)] selama 52 hari iaitu bermula
daripada 23 Disember 2016 sehingga 18 Februari 2017. Ini berpunca
daripada berlakunya fenomena air pasang besar selama hampir sebulan
yang mengakibatkan tapak pembinaan ditenggelami air laut. Selain itu,
perubahan spesifikasi kerja atas permintaan kontraktor seperti
penukaran sumber tenaga elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad
kepada penggunaan tenaga solar dan perubahan jenis bahan untuk
handrail daripada besi galvani digantikan dengan Fiber Reinforced
Plastics telah menyumbang kepada kelewatan projek tersebut. Butiran
lanjut adalah seperti di jadual berikut:
JADUAL 2.13 STATUS FIZIKAL PROJEK
BIL. PEROLEHAN JUMLAH (RM Juta)
TEMPOH PERLAKSANAAN
PROJEK EOT DILULUSKAN
MULA SIAP TARIKH BIL. HARI
1.
Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka
0.20 18.08.2015 24.11.2015 Disiapkan Mengikut
Jadual
2. Kerja Pembinaan Menara Tinjau di Pangkalan Air Tawar, Sungai Rambai
0.18 29.09.2016 22.12.2016 18.02.2017 52
Sumber: JPS
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
JKPNM memaklumkan JPS akan membuat perancangan dan
pemantauan yang lebih efektif untuk memastikan kerja-kerja dapat
disiapkan dalam tempoh yang optimum.
Pada pendapat Audit, EOT yang diberikan oleh JPS terhadap
perubahan spesifikasi kerja tersebut adalah wajar diluluskan kerana
perubahan spesifikasi ini tidak melibatkan kos tambahan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 57
c. Kualiti Kerja
i. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi
Lawatan Audit pada bulan Mei 2017 mendapati Projek Pembinaan
Menara Tinjau yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh JPS. Projek berkenaan tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan iaitu tiada pemasangan gutter dan downpipe.
Selain itu lampu yang telah dipasang juga tidak berfungsi. Butiran lanjut
adalah seperti di jadual dan gambar berikut:
JADUAL 2.14 KERJA-KERJA PEMBINAAN MENARA TINJAU YANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI
BIL. BUTIRAN KERJA JUMLAH
(RM) PENEMUAN
AUDIT
1. Pemasangan gutter dan donwpipe 1,160 Tiada pemasangan gutter dan donwpipe
2. Pemasangan lampu solar 21,460 Lampu tidak berfungsi
JUMLAH 22,620
Sumber: JPS
GAMBAR 2.3 GAMBAR 2.4
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai
- Tiada Pemasangan Gutter Dan Downpipe (19.05.2017)
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Lampu Tidak Berfungsi
(19.05.2017)
ii. Semakan lanjut mendapati pembayaran kerja pembinaan menara tinjau
termasuk kerja-kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang
berjumlah RM22,620 telah dijelaskan kepada kontraktor tanpa Sijil
Perakuan Siap Kerja (CPC).
Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017
JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada JPS
menyatakan kerja-kerja pembaikan lampu, pemasangan gutter dan
downpipe telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam tempoh
kecacatan. JPS telah mengeluarkan CPC bagi projek tersebut selepas
teguran Audit.
Pada pendapat Audit, JPS perlu membuat pemantauan terhadap kerja
pembinaan oleh kontraktor bagi memastikan kerja pembinaan tersebut
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 58
dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, JKPNM
perlu memastikan dokumen sokongan seperti CPC telah dilampirkan
pada dokumen tuntutan sebelum bayaran dibuat kepada kontraktor.
d. Pencapaian Objektif Perolehan
Setiap projek yang dilaksana hendaklah mengikut objektif perolehan agar
tidak menyebabkan pembaziran wang Kerajaan dan memberi manfaat
kepada kumpulan sasar. Projek Pembinaan Jeti Tambatan adalah bertujuan
mengurangkan kepadatan bot-bot di Pangkalan Nelayan Sebatu. Manakala
Projek Pembinaan Menara Tinjau bertujuan membantu nelayan mencari
arah pulang ke pangkalan ketika cuaca buruk.
i. Jeti Tambatan dan Menara Tinjau Tidak Digunakan
Projek Pembinaan Jeti Tambatan telah dilaksanakan oleh JPS pada
tahun 2015 berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Amanah Bilangan 1
Tahun 2015 bertarikh 31 Mac 2015. Manakala Projek Pembinaan
Menara Tinjau telah dilaksanakan dengan kelulusan khas oleh YB
Pegawai Kewangan Negeri pada 2 Jun 2016. Kelulusan ini diberikan
berdasarkan permohonan surat rujukan EXCO/JPM/2016-01 bertarikh
20 April 2016 bagi memenuhi permintaan dan keperluan 10 orang
nelayan setempat. Sebelum kelulusan khas diberikan Jawatankuasa
Amanah telah menghendaki kajian kemungkinan (feasibility study)
dilaksanakan oleh JPS dan UPENM melalui mesyuarat Bilangan 1 Tahun
2016 bertarikh 23 Februari 2016. Bagaimanapun pihak Audit, tidak dapat
mengesahkan sama ada kajian kemungkinan telah dibuat atau
sebaliknya oleh pihak berkenaan.
Lawatan Audit pada 17 Mei 2017, 24 Mei 2017 dan 16 Jun 2017
mendapati jeti yang dibina tidak digunakan oleh nelayan sebagai
penempatan bot. Temu bual Audit dengan masyarakat setempat
mendapati nelayan tidak menempatkan bot di jeti berkenaan disebabkan
muara dan kedalaman sungai yang cetek serta laluan sungai yang
sempit. Keadaan tersebut menyukarkan laluan keluar masuk bot nelayan
ke jeti berkenaan. Selain itu, faktor keselamatan turut menjadi
kebimbangan nelayan untuk menggunakan jeti kerana kawasan
persekitaran jeti adalah jauh daripada penempatan masyarakat
setempat, sunyi dan gelap pada waktu malam.
Pihak Audit mendapati jeti yang tidak digunakan turut menyebabkan
objektif pembinaan menara tinjau sebagai pandu arah kepada nelayan
tidak tercapai. Selain itu, pemeriksaan Audit mendapati hakisan tanah
dan gejala vandalisme seperti handrail patah dan kehilangan spotlight
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 59
telah berlaku di kawasan menara tinjau tersebut. Butiran lanjut adalah
seperti gambar berikut:
GAMBAR 2.5 GAMBAR 2.6
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Keadaan Jeti Ketika Air Surut
(17.05.2017)
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Laluan Bot Yang Sempit Dan Cetek
(17.05.2017)
GAMBAR 2.7
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai
- Hakisan Tanah (24.05.2017)
GAMBAR 2.8 GAMBAR 2.9
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai
- Handrail Patah (19.05.2017)
Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Spotlight Hilang
(19.05.2017)
Pada pendapat Audit, pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan tidak
mencapai objektif pembinaan kerana tidak dapat dimanfaatkan oleh
nelayan.
2.5.4. Tiada Perancangan Terhadap Pembangunan Modal Insan di Kalangan Komuniti Nelayan
2.5.4.1. Pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang penting
dalam pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Modal insan ditakrifkan
sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang mempunyai pengetahuan dan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 60
kemahiran dalam menjadikan mereka lebih produktif untuk menyumbang ke
arah peningkatan perkembangan ekonomi. Pembangunan modal insan perlu
dilaksanakan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
2.5.4.2. Semakan Audit mendapati tiada perancangan dalam pembangunan
modal insan di kalangan nelayan. Pembangunan ini dilihat penting dalam
menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan nelayan yang terjejas
akibat aktiviti pembangunan di laut bagi membantu mereka mencari sumber
pendapatan lain. Ini adalah kerana kawasan penangkapan ikan yang semakin
kecil akibat aktiviti pembangunan di laut telah mengurangkan hasil tangkapan
ikan.
Pada pendapat Audit, program pembangunan modal insan tidak memuaskan
kerana tiada perancangan untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada
nelayan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran.
2.6. SYOR AUDIT
Bagi memastikan Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka diuruskan
dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah adalah
disyorkan supaya JKPNM melaksanakan perkara-perkara berikut:
2.6.1. garis panduan pengurusan pembayaran bantuan sagu hati perlu ditetapkan
bagi memastikan nelayan menerima bantuan sagu hati yang sewajarnya berbanding
sumbangan sagu hati yang diterima daripada syarikat konsesi dan penyumbang
yang lain;
2.6.2. pemantauan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kerja pembinaan
dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, pembayaran perlu
dilaksanakan berdasarkan peraturan kewangan semasa untuk memastikan
perolehan dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi undang-undang serta
mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance Practices);
2.6.3. perancangan projek infrastruktur perlu diteliti supaya dapat dimanfaatkan oleh
nelayan; dan
2.6.4. pembangunan modal insan di kalangan nelayan perlu diberi perhatian bagi
memberi peluang kepada nelayan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran
serta menjadi lebih produktif bagi menyumbang peningkatan perkembangan
ekonomi.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 61
PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA
IAN SAVASI
3. MELAKA BIOTECH HOLDINGS SDN. BHD.
3.1. LATAR BELAKANG
3.1.1. Syarikat Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. (MBH) merupakan syarikat
subsidiari milik penuh Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) yang ditubuhkan
pada 27 Julai 1995 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan
berjumlah RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM1.1 juta. MBH ditubuhkan
untuk menjalankan aktiviti komersial bagi pihak PBM. Aktiviti komersial yang
dijalankan adalah mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik,
menganjurkan seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan dan sebagai konsultan
bagi pembangunan produk, farmaseutikal dan peranti perubatan. Visi MBH
menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif dan dinamik serta pusat
kecemerlangan dalam bidang bioteknologi dalam membentuk kekayaan baru yang
berterusan. MBH beroperasi di bangunan PBM, Ayer Keroh, Melaka. Setakat bulan
Jun 2016, MBH melaksanakan 12 perkhidmatan/produk di bawah tiga jenis
perkhidmatan iaitu mengkomersialkan ujian makmal saintifik, produk biodegradasi
dan perkhidmatan konsultasi seperti jadual berikut:
JADUAL 3.1 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH MBH
BIL JENIS PERKHIDMATAN KETERANGAN
1. Ujian Makmal Saintifik Microbiologi Chemical & Food Technology Halal & Molecular Biology
2. Produk Biodegradasi Utensil Set Food Packaging Biodegradable Bags
3. Perkhidmatan Konsultasi
MS ISO/IEC 17025:2005 Consultations Halal Consultation Product Formulation OECD GLP Consultation Food Safety & Quality (MeSTI) Pre-Clinical Safety Testing
Sumber: MBH
3.1.2. Lembaga Pengarah MBH dianggotai oleh seramai enam orang yang
dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ahli lain terdiri daripada wakil Kerajaan
Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Pengarah MARDI dan seorang Pengarah Syarikat Persendirian. Pengurusan MBH
diketuai oleh seorang Pengarah Urusan yang juga merupakan Ketua Pegawai
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 62
Eksekutif PBM dan dibantu oleh 34 orang kakitangan PBM. MBH mempunyai
sebuah syarikat subsidiari dan sebuah syarikat bersekutu iaitu Melaka Cell Farming
Sdn. Bhd. (MCF) dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. dengan pegangan saham
masing-masing sebanyak 100% dan 20%. Pengurusan MBH adalah tertakluk
kepada Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Penubuhan (M&A) serta
Standard Operating Procedures syarikat.
3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai prestasi kewangan dan amalan tadbir urus MBH
adalah baik, pengurusan aktiviti telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan
berkesan selaras dengan objektif penubuhannya.
3.3. SKOP PENGAUDITAN
Pengauditan meliputi prestasi kewangan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 serta amalan
tadbir urus dan pengurusan aktiviti bagi tahun 2014 hingga bulan Julai 2017.
Pengauditan dilakukan ke atas pengurusan aktiviti mengkomersialkan perkhidmatan
ujian makmal saintifik kerana menyumbang pendapatan yang tinggi kepada MBH pada
setiap tahun dan penjualan produk biodegradasi. Pengauditan telah dijalankan di ibu
pejabat syarikat MBH.
3.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Penilaian prestasi kewangan dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan MBH bagi
tahun 2014, 2015 dan 2016 yang telah diaudit dan diberi Laporan Juruaudit berteguran
pada tahun 2014 dan 2015 manakala Laporan Juruaudit Tanpa Teguran pada tahun
2016 oleh Tetuan Khairuddin Hasyudeen & Razi. Penilaian ini melibatkan empat
analisis iaitu analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, analisis trend
aset dan liabiliti, analisis nisbah kewangan dan analisis aliran tunai. Bagi amalan tadbir
urus dan pengurusan aktiviti kaedah pengauditan adalah melalui semakan terhadap
rekod, fail, minit mesyuarat dan dokumen yang dikemukakan oleh pengurusan MBH.
Selain itu, pihak Audit juga menjalankan analisis terhadap kedudukan kewangan
syarikat, menemu bual pegawai berkaitan dan menjalankan pemeriksaan fizikal
terhadap aktiviti yang dijalankan. Exit conference yang dipengerusikan oleh Pengarah
Urusan MBH telah diadakan pada 11 Ogos 2017.
3.5. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dijalankan pada bulan April 2017 hingga Julai 2017 mendapati pada
keseluruhannya, prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan kerana
mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut. Kerugian MBH pada tahun
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 63
2014 mencatatkan jumlah RM344,214, 2015 berjumlah RM311,940 dan pada tahun
2016 berjumlah RM301,304. Bagi tadbir urus korporat MBH juga didapati kurang
memuaskan kerana terdapat beberapa aspek penting tadbir urus seperti amalan terbaik
Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan dan Standard Operating Procedures,
Rancangan Korporat/KPI, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman masih belum
dilaksana. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kurang cekap, berhemat dan
berkesan tetapi selaras dengan objektif yang ditetapkan. Terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diberi perhatian oleh MBH seperti ringkasan berikut:
i. sasaran pendapatan MBH daripada perkhidmatan ujian makmal tidak tercapai
kecuali pada tahun 2015; tunggakan penghutang perniagaan meningkat setiap
tahun; ujian makmal secara outsource lebih banyak berbanding ujian inhouse
dan pendapatan ujian makmal saintifik oleh PBM diakaunkan ke dalam akaun
MBH: dan
ii. tiada sasaran pendapatan untuk penjualan produk biodegradasi dibuat pada
tahun 2015 dan 2017 walaupun stok masih ada dan sasaran pendapatan pada
tahun 2016 tidak dicapai.
3.5.1. Prestasi Kewangan
3.5.1.1. Analisis terhadap prestasi kewangan MBH bagi tahun 2014, 2015
dan 2016 telah dilaksanakan berdasarkan kedudukan kewangan syarikat ini
yang merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, aset dan liabiliti
serta tunai dan kesetaraan tunai seperti di jadual berikut:
JADUAL 3.2 KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
BUTIRAN 2014 (RM)
2015 (RM)
2016 (RM)
Pendapatan 302,078 1,401,223 2,197,522
Lain-lain Pendapatan 69,220 181,720 16,991
JUMLAH PENDAPATAN 371,298 1,582,943 2,214,513
Kos Pendapatan (45,722) (1,255,136) (1,708,029)
Belanja Pentadbiran dan Operasi (340,669) (292,874) (492,968)
Belanja Pembiayaan - (2,659) (2,796)
JUMLAH PERBELANJAAN (386,391) (1,550,669) (2,203,793)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI (15,093) 32,274 10,720
Cukai - - (84)
KEUNTUNGAN/KERUGIAN SELEPAS CUKAI (15,093) 32,274 10,636
KERUGIAN TERKUMPUL (344,214) (311,940) (301,304)
JUMLAH ASET 1,809,076 2,043,532 2,100,824
JUMLAH LIABILITI 2,033,290 1,255,472 1,302,128
JUMLAH EKUITI (244,214) 788,060 798,696
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,789,076 2,043,532 2,100,824
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 315,165 257,569 16,203
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2014, 2015 dan 2016
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 64
3.5.1.2. Pendapatan utama MBH adalah hasil daripada perkhidmatan makmal
ujian saintifik, perkhidmatan konsultasi dan penjualan produk biodegradasi. Lain-
lain pendapatan MBH pula terdiri daripada pendapatan menganjurkan
seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan. Pendapatan pada tahun 2016
antaranya disumbangkan oleh perkhidmatan makmal secara outsource
berjumlah RM1,050,388 dan penjualan produk biodegradasi berjumlah
RM83,867. Trend pendapatan bagi tiga tahun yang berkaitan adalah seperti
Jadual 3.2 dan Carta 3.1.
3.5.1.3. Bagi tahun 2014 hingga 2016, perbelanjaan MBH menunjukkan trend
kenaikan yang selari dengan pendapatan yang memberi kesan kepada
keuntungan kasar. Antara perbelanjaan MBH terdiri daripada kos pendapatan,
belanja pentadbiran dan operasi dan belanja pembiayaan. Peningkatan kos
pendapatan pada tahun 2016 sebanyak RM452,893 antaranya disebabkan
peningkatan perbelanjaan bagi menjalankan ujian makmal oleh PBM sebanyak
51.9% berbanding tahun 2015 dan perbelanjaan bagi pembekalan bahan kimia
bagi memenuhi tender bekalan dan perkhidmatan kepada Syarikat Air Melaka
Berhad. Trend perbelanjaan bagi tiga tahun yang berkaitan adalah seperti
Jadual 3.2 dan Carta 3.1.
3.5.1.4. Trend pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016
telah memberi kesan terhadap keuntungan MBH. Pada tahun 2016, MBH
mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM10,720 iaitu menurun
sejumlah RM21,554 (201.1%) berbanding tahun 2015. Ini antaranya disebabkan
peningkatan perbelanjaan ujian sampel kepada syarikat luar sebanyak
RM429,300 atau 79.5% dan pembekalan bahan kimia daripada syarikat
Arachem (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM383,031 (100%) walaupun pada tahun
2016 MBH mencatatkan peningkatan terhadap pendapatan ujian makmal secara
outsource sebanyak 82.8% berbanding tahun 2015. Pada 31 Disember 2016,
MBH merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM301,304 iaitu menurun
sejumlah RM10,636 berbanding tahun 2015. Jadual 3.2 dan Carta 3.2 adalah
berkaitan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 65
CARTA 3.1
TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
CARTA 3.2 TREND KEUNTUNGAN
(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI SERTA KERUGIAN TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2014, 2015 dan 2016
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Kerugian terkumpul MBH bermula pada tahun 2003 disebabkan antaranya
kerugian anak syarikat iaitu MCF. Walau bagaimanapun jumlah tersebut
menunjukkan trend penurunan setiap tahun.
3.5.1.5. Analisis Audit juga mendapati MBH mempunyai sumber yang
mencukupi bagi memenuhi obligasi kerana kedudukan aset MBH melebihi liabiliti
bagi tempoh 2015 dan 2016. Komponen terbesar yang menyumbang kepada
aset syarikat ialah pelaburan dalam anak syarikat dan penghutang perniagaan
manakala bagi liabiliti adalah pinjaman. Didapati MBH berada pada tahap
kecairan yang memuaskan kerana menunjukkan pada bila-bila masa syarikat ini
mampu memenuhi obligasi jangka pendeknya di mana aset semasa melebihi
liabiliti semasa antara lima hingga enam kali ganda tetapi menurun kepada satu
kali ganda pada tahun 2016. Ini kerana jumlah terhutang daripada syarikat
milikan sejumlah RM1.23 juta telah dijadikan sebagai aset bukan semasa di
bawah pelaburan syarikat milikan. Selain itu, walaupun MBH dapat menjana
pendapatan RM1.32 bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset bukan
semasa tetapi pengurusan kredit MBH didapati tidak cekap kerana mengambil
purata antara 65 hingga 307 hari untuk mengutip hutang. Ini menunjukkan
bahawa purata tempoh kutipan adalah kurang memuaskan dan pelanggan tidak
menjelaskan bayaran mereka dalam tempoh singkat untuk digunakan semula
bagi membayar pemiutang. Polisi kredit MBH menetapkan pembayaran balik
0.37
1.58
2.21
0.39
1.55
2.20
0
0.5
1
1.5
2
2.5
2014 2015 2016
RM Juta
Pendapatan Perbelanjaan
(0.34) (0.31) (0.30)
(0.02) 0.03 0.01
-0.40
0.00
0.402014 2015 2016
RM Juta
Kerugian TerkumpulKeuntungan/(Kerugian) sebelum cukai
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 66
hutang dibuat dalam tempoh 30 hari. Purata tempoh kutipan yang tinggi adalah
disebabkan kegagalan penghutang untuk membayar balik hutang walaupun
surat peringatan telah diberi dan penghutang tidak dapat dihubungi. Ini
menyebabkan MBH mempunyai hutang lapuk yang tinggi iaitu berjumlah
RM172,272 dan pegangan tunai mencatatkan penurunan yang ketara.
3.5.1.6. Analisis Audit telah dijalankan terhadap aliran tunai MBH bagi menilai
keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan
pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir
tahun kewangan 2016, MBH mempunyai tunai dan kesetaraan tunai berjumlah
RM16,203 dengan pengurangan sejumlah RM241,366 (93.7%) berbanding
RM257,569 pada akhir tahun 2015. Antara faktor utama yang menyumbang
kepada pengurangan tunai dan kesetaraan tunai ini adalah perbelanjaan yang
semakin meningkat daripada aktiviti operasi dan pelaburan.
Pada pendapat Audit, berdasarkan analisis yang dijalankan di atas, secara
keseluruhannya prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan.
3.5.2. Pengurusan Aktiviti
Aktiviti utama MBH adalah mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik
PBM, penjualan produk biodegradasi dan memberikan perkhidmatan konsultasi.
Perkhidmatan ujian makmal saintifik meliputi ujian kimia & teknologi makanan, ujian
mikrobiologi, ujian toksikologi dan ujian halal & molekular. Ujian-ujian ini
dilaksanakan ke atas produk-produk makanan dan minuman, produk farmaseutikal
dan kosmetik dan alam sekitar. Manakala produk biodegradasi adalah peralatan
pembungkusan makanan dan alat seni yang dibuat daripada hampas tebu. Produk
ini berkebolehan terkompas dalam masa 180 hari setelah digunakan, selamat untuk
penggunaan gelombang mikro, tidak mudah diserap air selama empat jam, mampu
bertahan minyak dan kepanasan suku maksimum 100 darjah calcius serta selamat
untuk kanak-kanak. Ia boleh mengurangkan kebergantungan terhadap bekas
polistrin yang mengambil masa 100-500 tahun untuk terurai. Hasil semakan Audit
terhadap aktiviti MBH adalah seperti berikut:
3.5.2.1. Prestasi Pendapatan Ujian Makmal Saintifik
a. Peranan MBH adalah untuk mengkomersial dan memperkenalkan
perkhidmatan ujian makmal PBM kepada industri-industri terlibat di dalam
dan luar negeri Melaka. PBM menjalankan perkhidmatan ujian makmal
saintifik iaitu ujian kimia dan teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian
toksikologi dan ujian halal dan molekular. PBM memiliki makmal yang
memenuhi kriteria MS ISO/IEC 7025:2005 iaitu ‘General requirements for
competence of testing and calibration laboratories’ di bawah Skim Akreditasi
Makmal Malaysia daripada Jabatan Standard Malaysia selain pengiktirafan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 67
daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan makmal halal.
Makmal PBM juga bertindak sebagai makmal panel untuk mengeluarkan sijil
kesihatan bermula tahun 2014, sijil Halal JAKIM bermula Disember 2015 dan
sijil National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) untuk produk
ubatan tradisional bermula 2016. Antara program pengkomersialan yang
dijalankan oleh MBH adalah seperti pengiklanan di media massa (radio,
television, surat khabar dan facebook), pameran dan mempromosikan
kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi.
b. Kaedah pelaksanaan perkhidmatan ujian makmal dibahagikan kepada dua
cara iaitu samaada dijalankan oleh PBM (inhouse) atau dilaksanakan oleh
syarikat luar (outsource). Kedua-dua kaedah ini menjalankan ujian makmal
yang sama iaitu ujian kimia dan teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian
toksikologi dan ujian halal dan molekular tetapi parameter ujian yang
berbeza. Sampel ujian akan diuji oleh syarikat luar sekiranya PBM tidak
berkelayakan untuk menjalankan ujian mengikut parameter yang
dikehendaki oleh pengguna.
c. Sasaran pendapatan daripada perkhidmatan ujian makmal saintifik bagi
tahun 2014 hingga 2016 adalah ditetapkan oleh PBM. Jumlah sasaran yang
ditetapkan adalah merangkumi sasaran setiap ujian makmal bagi kedua-dua
kaedah ujian iaitu secara inhouse dan outsource. Pendapatan dan
perbelanjaan daripada perkhidmatan ujian makmal secara inhouse dan
outsource akan diakaunkan dalam akaun MBH sebagai pendapatan utama
dan kos pendapatan.
d. Jumlah pendapatan ujian makmal secara inhouse dan outsource dan
sasaran pendapatan bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti jadual
berikut:
JADUAL 3.3 JUMLAH PENDAPATAN UJIAN MAKMAL
SAINTIFIK SECARA INHOUSE DAN OUTSOURCE DAN SASARAN PENDAPATAN BAGI TAHUN 2014 HINGGA BULAN JUN 2017
KAEDAH UJIAN
2014 2015 2016 SEHINGGA JUN 2017
JUMLAH (RM)
% JUMLAH
(RM) %
JUMLAH (RM)
% JUMLAH
(RM) %
Inhouse 139,219 51.7 143,823 20.0 159,600 13.2 89,859 14.4
Outsource 129,952 48.3 574,712 80.0 1,050,388 86.8 532,496 85.6
JUMLAH 269,171 43.6
718,537 116.5
1,209,991 77.7
622,355
Sasaran 616,742 616,742 1,556,820 - -
Perbezaan 347,571 - 346,829 TB -
Sumber: Penyata Kewangan dan KPI MBH Bagi Tahun 2014 Hingga 2016
e. Semakan Audit mendapati sasaran pendapatan secara keseluruhan bagi
ujian makmal bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah masing-masing berjumlah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 68
RM616,742, RM616,742 dan RM1,566,820. Analisis Audit terhadap laporan
bajet PBM tahun 2014 hingga 2016 mendapati pencapaian jumlah
pendapatan ujian makmal saintifik berbanding sasaran pada tahun 2016
hanya 77.7%. Ini kerana didapati semakin banyak makmal pesaing wujud di
pasaran semasa dengan memberi perkhidmatan ujian yang lebih lengkap
dan harga yang berdaya saing. Pada tahun 2015 pendapatan ujian makmal
saintifik meningkat menjadi 116.5% kerana permintaan yang tinggi terhadap
perkhidmatan ujian makmal secara outsource. Pencapaian pendapatan yang
paling rendah adalah pada tahun 2014 iaitu 43.6% berbanding sasaran. Ini
kerana jumlah ujian yang boleh dijalankan adalah terhad berbanding tahun
2015.
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pencapaian pendapatan yang paling rendah pada tahun 2014 adalah
kerana MBH sukar mempromosikan perkhidmatan ujian makmal PBM
kerana skop akreditasi ISO 17025 yang diperolehi oleh PBM pada
September 2013 untuk menjalankan ujian makmal saintifik adalah
minima kerana sumber kewangan yang terhad.
f. Semakan lanjut mendapati ujian makmal secara inhouse melibatkan empat
jenis makmal ujian iaitu kimia dan teknologi makanan, mikrobiologi,
toksikologi dan halal dan molekular. Secara keseluruhannya, setiap tahun
terdapat peningkatan pendapatan ujian makmal inhouse di mana pada tahun
2014 berjumlah RM139,219, 2015 berjumlah RM143,219 dan RM159,600
pada tahun 2016. Pendapatan bagi 3 makmal ujian telah meningkat di antara
6.3% hingga 174.1% pada tahun 2016 kecuali makmal ujian toksikologi yang
menurun sebanyak 77%. Pada tahun 2015 terdapat penurunan pendapatan
ke atas ujian kimia dan teknologi makanan sebanyak 2.5% serta mikrobiologi
sebanyak 49.8%. Manakala makmal ujian toksikologi mencatat peningkatan
sebanyak 77.5% serta halal dan molekular meningkat sebanyak 43.4%.
Maklumat pendapatan ujian makmal secara inhouse adalah seperti jadual
dan carta berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 69
JADUAL 3.4 PENDAPATAN UJIAN MAKMAL
PERBADANAN (INHOUSE) BAGI TAHUN 2014 SEHINGGA BULAN JUN 2017
MAKMAL UJIAN
JUMLAH PENDAPATAN (RM)
2014 2015 2016 SEHINGGA JUN
2017
Kimia dan Teknologi Makanan 57,921 56,450 73,751 45,418
Mikrobiologi 41,824 21,017 57,604 32,754
Toksikologi 28,607 50,770 11,684 0.00
Halal dan Molekular 10,866 15,586 16,561 11,687
JUMLAH 139,219 143,823 159,600 89,859
Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014, 2015 dan 2016
Pada pendapat Audit, prestasi pendapatan perkhidmatan ujian makmal
saintifk MBH adalah kurang memuaskan kerana ia tidak diuruskan
dengan cekap dan berkesan selain kegagalan MBH untuk menyediakan
rancangan korporat dan KPI yang khusus bagi menilai prestasi aktiviti
syarikat menyebabkan pendapatan ujian makmal tidak mencapai
sasaran pada tahun 2014 dan 2016 kecuali pada tahun 2015 dengan
lebihan sebanyak 16.51%.
3.5.2.2. Prestasi Penjualan Produk Biodegradasi
a. Produk biodegradasi adalah peralatan pembungkusan makanan dan alat
seni yang dibuat daripada hampas tebu. Ia boleh mengurangkan
kebergantungan terhadap bekas polistrin yang mengambil masa 100-500
tahun untuk terurai. Minit mesyuarat Lembaga Pengarah MBH Bil 1/2015
bertarikh 24 Mac 2015 memberi kelulusan kepada MBH untuk menjadi
pengedar kepada produk biodegradasi di Melaka. Pada 22 September 2015
MBH telah memohon kepada Kerajaan Negeri supaya menyarankan kepada
agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan produk
biodegradasi ini daripada MBH. Selain itu, Program Melaka Tanpa Beg
Plastik dan Polistrin dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka berkuat kuasa
1 Januari 2016 pada setiap hari sebagai alternatif kerajaan negeri
menggalakkan penggunaan secara meluas produk biodegradasi sebagai
bahan pengganti kepada beg plastik dan polistrin melalui Perbadanan
Teknologi Hijau.
b. Semakan Audit mendapati MBH tidak menetapkan sasaran jumlah
pendapatan dan perbelanjaan bagi penjualan produk biodegradasi pada
tahun 2015 kerana kelulusan daripada Lembaga Pengarah bagi penjualan
produk ini diperoleh pada 24 Mac 2015. Ini menyebabkan prestasi penjualan
produk biodegradasi berbanding sasaran pada tahun 2015 tidak dapat
diukur. Mesyuarat Lembaga Pengarah MBH Bil. 2/2015 menolak cadangan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 70
MBH untuk membuka kilang bagi menghasilkan produk ini sendiri dengan
anggaran pelaburan sejumlah RM2.0 juta. Disebabkan itu MBH telah
membuat pembelian produk ini bermula bulan Mei hingga Disember 2015
daripada lima buah syarikat pembekal yang berjumlah RM92,684 bagi tujuan
penjualan semula. Pada tahun 2015 hasil penjualan produk biodegradasi ini
adalah berjumlah RM66,746 dengan baki di stok berjumlah RM35,949.76.
c. MBH mula menetapkan sasaran pendapatan penjualan produk biodegradasi
pada tahun 2016 berjumlah RM241,392. Semakan Audit mendapati
pendapatan sebenar hasil daripada penjualan produk biodegradasi bagi
tahun 2016 adalah berjumlah RM83,867 (65.3%) berbanding sasaran yang
ditetapkan. Semakan lanjut mendapati, tiada sasaran pendapatan penjualan
produk biodegradasi ditetapkan pada tahun 2017 dan sehingga bulan
Jun 2017 jumlah pendapatan daripada penjualan produk ini hanya berjumlah
RM7,700 disebabkan larangan penggunaan produk polistrin tidak
dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, tiada sasaran perbelanjaan
ditetapkan oleh MBH bagi mempromosikan produk biodegradasi ini.
Maklumat pendapatan dan pembelian produk biodegradasi seperti jadual
berikut:
JADUAL 3.5 PENDAPATAN PENJUALAN PRODUK
BIODEGRADASI BAGI TAHUN 2015 HINGGA JUN 2017
TAHUN
JUMLAH (RM)
SASARAN SEBENAR KOS BELIAN
2015 (mula penjualan) - 66,746 92,684
2016 241,392 83,867 52,241
2017 (Sehingga bulan Jun) - 7,700 9,444
JUMLAH 241,392 158,313 154,371
Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014, 2015 dan 2016
d. Penentuan harga jualan dapat mempengaruhi sama ada produk yang dijual
akan laku atau tidak dan ia merupakan faktor utama kepada kejayaan
sesuatu perniagaan.
e. Semakan Audit mendapati MBH mendapatkan produk biodegradasi daripada
beberapa pembekal untuk dijual semula kepada pengguna. Bagi tahun 2015
hingga 2017 MBH telah membelanjakan sejumlah RM154,371 bagi
mendapatkan stok jualan. Secara keseluruhan sebanyak 24 jenis item
produk biodegradasi yang dijual oleh MBH antaranya seperti pinggan
mangkuk tebu termasuk kotak burger dan kotak makan tengah hari, pinggan
mangkuk jagung termasuk cawan, sudu dan garpu, sudu cina dan mangkuk
serta beg t-shirt biodegradasi. Produk ini dijual dengan kadar 10% hingga
15% lebih tinggi berbanding harga pembekal. Ini mengakibatkan harga
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 71
produk biodegradasi MBH lebih mahal berbanding harga di pasaran semasa.
Akibatnya peniaga atau pengguna mendapatkan bekalan daripada pembekal
yang memberikan harga yang lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh
MBH.
f. Semakan lanjut mendapati bagi tahun 2015 hingga 2016 tiada perancangan
dan strategi pemasaran yang terperinci yang mana ia menjelaskan secara
mendalam tentang maklumat produk biodegradasi, sasaran pendapatan dan
perbelanjaan yang terlibat, strategik dan promosi pemasaran, sasaran
pasaran dan sebagainya. Akibatnya pelaksanaan penjualan produk
biodegradasi oleh MBH tidak cekap dan tidak mampu bersaing di pasaran.
Maklum balas MBH yang diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan bahawa MBH mengkomersialkan produk
biodegradasi adalah untuk menyahut seruan kerajaan negeri Melaka,
Green City pada tahun 2015. Sasaran pendapatan pada tahun 2016
tidak tercapai disebabkan pasaran produk ini adalah pasaran baru dan
penguatkuasaan daripada pihak berkuasa masih tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya.
Pada pendapat Audit, prestasi penjualan produk biodegradasi adalah
kurang memuaskan kerana ianya tidak dijalankan dengan cekap dan
berkesan serta MBH tidak mewujudkan polisi penilaian prestasi yang
khusus bagi penjualan produk biodegradasi dan menyebabkan sasaran
pendapatan pada tahun 2015 dan 2017 tidak ditetapkan manakala
sasaran pendapatan pada tahun 2016 tidak dapat dicapai.
3.5.2.3. Pelaksanaan Mengkomersialkan Ujian Makmal Saintifik
a. Tunggakan Pendapatan Ujian Makmal Saintifik
i. Menurut SOP MBH, pelanggan dikehendaki membayar 50% deposit
sebelum ujian makmal ke atas sampel dijalankan. Manakala baki 50%
lagi hendaklah dijelaskan sebelum sijil ujian diserahkan kepada
pelanggan. Sekiranya jumlah ini tidak dijelaskan, ia akan dikategorikan
sebagai penghutang perniagaan. Menurut MS ISO/IEC 7025:2005 iaitu
‘General requirements for competence of testing and calibration
laboratories’ bahawa purata masa yang diambil untuk mengkaji satu
sampel adalah di antara satu hingga 14 hari sehingga sijil dikeluarkan.
ii. Penghutang perniagaan MBH terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat
kerajaan, syarikat swasta, orang perseorangan dan lain-lain seperti kolej
ataupun koperasi yang memerlukan perkhidmatan ujian dan lain-lain
perkhidmatan daripada MBH. Menurut SOP MBH, syarikat memberi
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 72
tempoh selama 30 hari dari tarikh invois dikeluarkan kepada pelanggan
untuk menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang diberi. Notifikasi akan
dikemukakan kepada pelanggan bagi menjelaskan hutang tertunggak
oleh Unit Kewangan dan dimaklumkan kepada Unit Pemasaran. Selagi
pelanggan tidak melunaskan hutang tersebut, unit pemasaran tidak akan
memberikan sijil ujian kepada mereka. Unit Kewangan akan berhubung
secara atas talian dan memberikan surat kepada penghutang sebanyak
tiga kali sebagai peringatan. Pihak syarikat akan menghantar letter of
demand melalui peguam sekiranya diarahkan oleh Pengarah Urusan.
iii. Semakan Audit mendapati bagi tahun 2014 hingga 2016 penghutang
perniagaan MBH mencatatkan peningkatan setiap tahun iaitu masing-
masing berjumlah RM185,640, RM315,206 iaitu 69.8% peningkatan dan
RM584,144 dengan 85.3% peningkatan. Manakala mengikut laporan
pengumuran penghutang perniagaan setakat 6 Julai 2017 mendapati
jumlah keseluruhan penghutang MBH adalah seramai 154 orang iaitu
berjumlah RM494,144 melibatkan 154 sijil yang tidak dituntut. Tempoh
tunggakan yang tertinggi adalah melebihi 120 hari berjumlah RM164,485
melibatkan seramai 82 orang penghutang. Maklumat lanjut adalah
seperti jadual berikut:
JADUAL 3.6 TUNGGAKAN PENGHUTANG PERNIAGAAN
BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016 SETAKAT 6 JULAI 2017
PERKARA TUNGGAKAN (HARI)
JUMLAH 1 - 30 31 – 60 61 - 90 91 – 120 >120
Bilangan Akaun (Penghutang) 56 9 1 7 82 154
Jumlah (RM) 259,781 43,492 95 26,291 164,485 494,144
Sumber: MBH
iv. Analisis Audit terhadap 50 sampel akaun penghutang mendapati
terdapat 24 akaun penghutang melibatkan 24 sijil ujian tidak dituntut
yang telah tertunggak lebih 120 hari tidak menunjukkan sebarang
pergerakan amaun bagi tempoh 2014 hingga 2016 berjumlah
RM231,991 (46.9%). Daripada jumlah ini RM174,296 (75.1%) adalah
tunggakan dari agensi dan syarikat kerajaan, RM55,525 (23.9%)
tunggakan dari syarikat swasta, RM800 tunggakan dari orang
perseorangan dan RM1,370 tunggakan dari lain-lain seperti kolej dan
koperasi. Daripada 24 penghutang ini, tiga penghutang telah dikenakan
letter of demand pada tahun 2014 dan 21 penghutang diberi surat
peringatan pada 22 Februari 2017. Bagaimanapun sehingga kini, tiada
maklum balas diterima daripada penghutang berkenaan. Ini
menyebabkan jumlah penghutang perniagaan meningkat setiap tahun
dan peruntukan hutang ragu yang tinggi pada tahun 2016 iaitu berjumlah
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 73
RM172,272. Butiran lanjut penghutang MBH sehingga 6 Julai 2017
adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 3.7 TUNGGAKAN PENGHUTANG PERNIAGAAN
BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016 SETAKAT 6 JULAI 2017
BIL PENGHUTANG TUNGGAKAN
(RM) CATATAN
1 Penghutang 1 168,412 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
2 Penghutang 2 15,626 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
3 Penghutang 3 12,000 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.
4 Penghutang 4 6,620 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
5 Penghutang 5 5,271 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
6 Penghutang 6 5,493 Tiada maklumat.
7 Penghutang 7 2,756 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
8 Penghutang 8 2,067 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
9 Penghutang 9 1,730 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
10 Penghutang 10 1,700 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
11 Penghutang 11 1,440 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.
12 Penghutang 12 1,415 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.
13 Penghutang 13 1,310 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
14 Penghutang 14 1,200 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
15 Penghutang 15 1,100 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
16 Penghutang 16 1,000 Tiada maklumat.
17 Penghutang 17 800 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
18 Penghutang 18 800 Tiada maklumat.
19 Penghutang 19 400 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
20 Penghutang 20 270 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
21 Penghutang 21 200 Tiada maklumat
22 Penghutang 22 200 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
23 Penghutang 23 121 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
24 Penghutang 24 60 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.
JUMLAH 231,991
Sumber: MBH
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan mana-mana tunggakan yang melebihi tiga
bulan, tindakan undang-undang akan diambil oleh MBH terhadap
penghutang-penghutang ini.
Pada pendapat Audit, tunggakan pendapatan ujian makmal saintifik
MBH adalah kurang memuaskan kerana tidak diuruskan dengan cekap
dan berkesan.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 74
b. Ujian Secara Outsource Melebihi Secara Inhouse
i. Merujuk kepada dasar penubuhan syarikat MBH, tujuan penubuhan
syarikat adalah untuk menjalankan aktiviti komersial bagi pihak PBM.
MBH berperanan untuk mendapatkan pelanggan sama ada agensi
kerajaan, syarikat kerajaan, orang perseorangan ataupun syarikat-
syarikat swasta yang memerlukan perkhidmatan ujian saintifik (inhouse).
Perkhidmatan ujian makmal saintifik merangkumi ujian kimia dan
teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian toksikologi dan ujian halal
dan molekular yang dijalankan terhadap sampel yang dihantar pelanggan
mengikut parameter-parameter tertentu. Perkhidmatan ujian makmal
saintifik secara outsource terjadi apabila PBM tidak berkelayakan untuk
menjalankan ujian mengikut parameter yang dikehendaki oleh
pelanggan. Kadar harga yang dikenakan oleh MBH kepada pelanggan
adalah 30% lebih tinggi daripada harga yang dikenakan oleh syarikat
luar. Jumlah pendapatan outsource adalah merangkumi jumlah bagi
keempat-empat ujian makmal yang dijalankan oleh syarikat luar.
ii. Semakan Audit mendapati pendapatan daripada perkhidmatan ujian
secara outsource meningkat setiap tahun iaitu berjumlah RM129,952
pada tahun 2014, RM574,712 pada tahun 2015 dan RM1,050,388 pada
tahun 2016 serta menyumbang kepada keseluruhan pendapatan ujian
makmal masing-masing meningkat sebanyak 48.3%, 80% dan 86.8%.
Pihak Audit tidak dapat mengukur prestasi bagi setiap ujian makmal yang
dibuat secara outsource kerana jumlah pendapatan secara outsource
adalah merangkumi kesemua ujian dan tidak diasingkan mengikut empat
jenis ujian makmal.
iii. Pendapatan yang tinggi terhadap perkhidmatan ujian secara outsource
berbanding inhouse adalah kerana PBM tidak dapat memenuhi
kehendak pelanggan untuk menjalankan ujian makmal kerana PBM tidak
mempunyai kelengkapan makmal yang mencukupi bagi menjalankan
ujian ke atas parameter-parameter tertentu yang dikehendaki. Ini
disebabkan PBM tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan
makmal yang membolehkan parameter-parameter ini diuji sendiri oleh
PBM kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Akibatnya perkhidmatan
secara outsource meningkat setiap tahun dan menyumbang sebanyak
86.8% daripada keseluruhan pendapatan MBH berbanding pendapatan
secara inhouse dengan 13.2% sumbangan.
iv. Maklumat perbezaan pendapatan ujian makmal secara inhouse dan
outsource adalah seperti Jadual 3.3 dan carta berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 75
CARTA 3.4 PENDAPATAN UJIAN MAKMAL
SECARA INHOUSE DAN OUTSOURCE BAGI TAHUN 2014 HINGGA JUN 2017
Sumber: Penyata Pendapatan Tahun 2014 Hingga 2016
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan bahawa MBH memang memberi keutamaan
kepada makmal PBM tetapi jika skop ujian tidak terdapat dalam makmal
PBM maka MBH akan membuat outsource kepada makmal yang boleh
memberi perkhidmatan tersebut.
Pada pendapat Audit, MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung
perkhidmatan ujian makmal yang dipersetujui bersama pada setiap
tahun.
c. Pendapatan PBM diakaunkan ke Akaun MBH
i. Aktiviti utama MBH adalah untuk mengkomersialkan perkhidmatan PBM
selain mengambil alih projek bioteknologi di bandar Melaka terutamanya
dan di Malaysia umumnya.
ii. Seramai 14 orang kakitangan PBM yang bertanggungjawab menjalankan
perkhidmatan ujian makmal. Daripada 14 orang kakitangan tiga orang di
bahagian kualiti, lima orang di makmal toksikologi, tiga orang di makmal
kimia dan teknologi makanan, dua orang di makmal mikrobiologi dan
seorang di makmal halal dan biologi molekul. Berdasarkan Laporan Audit
Penyata Kewangan PBM pada tahun 2014, Mesyuarat Lembaga
Pengarah PBM Bil. 2 Tahun 2015 bertarikh 22 September 2015
meluluskan supaya perbelanjaan aktiviti dan operasi makmal ditanggung
oleh MBH.
0100,000200,000300,000400,000500,000600,000700,000800,000900,000
1,000,0001,100,000
2014 2015 2016 Jun-17
139,
219
143,
823
159,
600
89,8
59
129,
952
574,
712 1,
050,
388
532,
496
In-house Outsouce
RM
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 76
iii. Semakan Audit mendapati pada tahun 2014 hingga 2016 pendapatan
dan perbelanjaan daripada ujian makmal PBM telah diakaunkan ke
dalam penyata kewangan MBH sebagai pendapatan utama dan
perbelanjaan sebagai kos pengeluaran MBH walaupun MBH tidak
menjalankan ujian makmal tersebut. Jumlah pendapatan ujian makmal
saintifik PBM bagi tahun 2014 hingga 2016 ialah berjumlah RM139,219,
RM143,824 dan RM159,602. Ini akan mengakibatkan pendapatan utama
MBH akan terlebih nyata. Perbelanjaan makmal saintifik ditanggung
sepenuhnya oleh MBH bermula tahun 2015 iaitu berjumlah RM211,071
dan RM91,152 pada tahun 2016. Bagaimanapun semakan Audit
terhadap Penyata Kewangan PBM pada tahun 2015 mendapati, PBM
masih lagi membelanjakan sejumlah RM108,721 untuk pembelian
bekalan bahan mentah dan penyelidikan bagi perkhidmatan ujian
makmal kerana pesanan belian tersebut dibuat atas nama PBM. Jumlah
pendapatan dan perbelanjaan yang diakaunkan seperti jadual berikut:
JADUAL 3.8 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN UJIAN
MAKMAL OLEH MBH DAN PBM DARI TAHUN 2014 HINGGA 2016
MAKLUMAT
JUMLAH (RM)
2014 2015 2016
MBH PBM MBH PBM MBH PBM
Pendapatan 139,219 0.00 143,823 0.00 159,600 0.00
Perbelanjaan 0.00** (131,573) (211,071) (108,721) (91,152) (541)
JUMLAH KEUNTUNGAN/(KERUGIAN)
139,219 (131,573) (67,248) (108,721) 68,448 (541)
Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014 Hingga 2016 Nota: ** Diakaunkan ke Penyata Kewangan PBM Bagi Tahun 2014
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan bahawa MBH menjalankan aktiviti
mengkomersialkan PBM seperti yang tertakluk dalam M&A MBH. Itu
menyebabkan segala keuntungan dan perbelanjaan PBM termasuk
dalam akaun MBH.
Pada pendapat Audit, MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung
perkhidmatan ujian makmal yang dipersetujui bersama dan
memperjelaskan syarat-syarat berkaitan dalam perjanjian antara kedua
pihak. Selain itu, Jawatankuasa Audit (JKA) perlu diwujudkan bagi
menyelia kualiti dan integriti amalan perakaunan dan laporan syarikat.
3.5.3. Tadbir Urus
3.5.3.1. Tadbir urus merujuk kepada proses yang digunakan untuk mentadbir,
mengurus dan mengawal syarikat. Ia merangkumi dasar, undang-undang dan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 77
peraturan, sistem dan prosedur, kawalan pengurusan syarikat dan pengurusan
risiko. Tadbir urus yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus
dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Tadbir urus yang baik
patut diamalkan dengan meluas untuk memaparkan mutu dan integriti tertinggi
pemimpin dalam organisasi. Antara amalan terbaik yang boleh diguna pakai
adalah Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG), The Green Book -
Enhancing Board Effectiveness April 2006 dan panduan tadbir urus daripada
Chartered Institute of Internal Auditor.
3.5.3.2. Semakan Audit telah dijalankan terhadap amalan tadbir urus di MBH
dan penemuan Audit terhadap lapan aspek amalan tadbir urus penting adalah
seperti berikut:
a. Pengerusi
i. Mengikut amalan terbaik The Green Book – Enhancing Board
Effectiveness (Buku Hijau) Perenggan 1.1.3, Pengerusi yang dilantik
hendaklah tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak campur tangan
dalam urusan operasi harian syarikat. Perenggan 2.1.3 juga menyatakan
tugas dan tanggungjawab Pengerusi hendaklah ditentukan secara
bertulis dengan jelas.
ii. Semakan Audit mendapati Pengerusi Lembaga Pengarah MBH adalah
Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan Pengerusi PBM telah
dilantik sejak tahun 2013. Semakan Audit terhadap amalan terbaik tadbir
urus bagi Pengerusi mendapati dua amalan terbaik telah dilaksanakan
oleh MBH seperti berikut:
Pengerusi tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak campur tangan
dalam urusan operasi harian syarikat. [MCCG 2012 principle 3,
recommendation 3.4 & Green Book perenggan 1.1.3]
Pengerusi dan CEO adalah dua individu yang berbeza.[MCCG 2012
principle 3, recommendation 3.4 & Green Book perenggan 1.1.3]
iii. Menurut MCCG 2012 principle 1, recommendation 1.1, 1.2 dan Green
Book perenggan 1.1.3 dan 2.1.3, tugas dan tanggungjawab Pengerusi
hendaklah ditentukan secara bertulis dengan jelas. Semakan Audit
mendapati dokumen bertulis berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab
Pengerusi tidak disediakan.
Pada pendapat Audit amalan tadbir urus bagi pengerusi adalah
memuaskan kerana tugas dan tanggungjawab Pengerusi tidak
ditentukan secara bertulis dengan jelas.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 78
b. Lembaga Pengarah
i. Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan syarikat beroperasi
selaras dengan objektif penubuhannya melalui penyediaan strategi,
pelan perniagaan (business plan) yang mantap, dan rangka kerja tadbir
urus yang berkesan. Semakan Audit terhadap amalan terbaik tadbir urus
bagi Lembaga Pengarah mendapati lima daripada sepuluh amalan
terbaik ini telah dilaksanakan seperti berikut:
Komposisi Lembaga Pengarah tidak melebihi 10 orang. [Green Book
perenggan 1.1.1]
Sekiranya Pengerusi bebas, satu per tiga keahlian Lembaga
Pengarah hendaklah bebas. [Green Book perenggan 1.1.2]
Ahli Lembaga Pengarah berada dalam komposisi Lembaga
Pengarah tidak melebihi sembilan tahun bagi mengekalkan status
bebas. [MCCG 2012, principal 3, recommendation 3.2]
Lembaga Pengarah dilantik atas kepakaran dan pengalaman dalam
bidang yang berkaitan dengan perniagaan syarikat. [Green Book
perenggan 1.1.4]
Semua keputusan perniagaan yang material/signifikan dibuat melalui
mesyuarat Lembaga Pengarah dan bukan secara DCR (Resolusi
Lembaga Pengarah). [Handbook - perenggan 2.5(d)]
ii. Semakan Audit terhadap komposisi ahli Lembaga Pengarah MBH
mendapati tiga daripada enam ahli Lembaga Pengarah adalah Pengarah
Bebas dan ini adalah selaras dengan perenggan 3.5 Kod Tadbir Urus
Korporat Malaysia 2012. Manakala Pengarah Urusan MBH yang dilantik
pada bulan Jun 2013 merupakan Pengarah Eksekutif kerana merupakan
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli LP agensi induknya PBM. Selain itu,
Pengarah Urusan juga telah dilantik sebagai Ahli LP MBH pada bulan
Oktober 2013. Pelantikan individu yang sama dengan pelbagai jawatan
boleh menyebabkan berlakunya risiko konflik kepentingan. Butiran lanjut
adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 3.9 KEAHLIAN LEMBAGA PENGARAH MBH PADA BULAN JULAI TAHUN 2017
JAWATAN JAWATAN DI
MBH
KEAHLIAN LEMBAGA
PENGARAH MBH
TAHUN LANTIKAN LEMBAGA
PENGARAH MBH
PENGARAH BUKAN
EKSEKUTIF (YA/(√)/TIDAK(X)
PENGARAH BEBAS
(YA/(√)/TIDAK(X)
Ketua Menteri Melaka
Tiada Pengerusi 2013 √ x
Setiausaha Kerajaan Negeri
Tiada Ahli 2013 √ x
Ketua Pegawai Eksekutf PBM
Pengarah Urusan
Ahli 2013 x x
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 79
JAWATAN JAWATAN DI
MBH
KEAHLIAN LEMBAGA
PENGARAH MBH
TAHUN LANTIKAN LEMBAGA
PENGARAH MBH
PENGARAH BUKAN
EKSEKUTIF (YA/(√)/TIDAK(X)
PENGARAH BEBAS
(YA/(√)/TIDAK(X)
Pengarah UPEN Tiada Ahli 2015 √ √
Pengarah MARDI Tiada Ahli 2016 √ √
Pengarah Syarikat Tiada Ahli 2016 √ √
Sumber: Rekod MBH
iii. Semakan Audit mendapati antara amalan tadbir urus Lembaga Pengarah
yang tidak dilaksanakan adalah tidak menyediakan kod etika rasmi
syarikat, peranan dan tanggungjawab ahli juga tidak dinyatakan dengan
jelas dan ahlinya juga tidak didedahkan kepada program pembelajaran
yang berterusan bagi memperkasakan diri dalam pembangunan
perniagaan serta mengekalkan penyertaan yang aktif semasa
mesyuarat. Ini tidak selaras dengan MCGG 2012 principle 1
recommendation 1.3 dan Green Book perenggan 1.2.2. MCCG 2012,
principle 4 recommendation 4.2.
iv. Lembaga Pengarah perlu mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang
boleh secara puratanya enam ke lapan kali setahun selaras dengan
perenggan 2.1 The Green Book – Enhancing Board Effectiveness (Buku
Hijau). Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah telah
bermesyuarat sebanyak dua kali pada tahun 2014 dan sebanyak tiga kali
masing-masing pada tahun 2015 dan 2016. Antara keputusan mesyuarat
dan telah dilaksanakan adalah mengenai aktiviti dan prestasi kewangan
syarikat, syarikat milikan dan bersekutu, aktiviti pelaburan, keputusan
membekalkan bahan kimia bagi proses rawatan air kepada SAMB,
menjadi pengedar produk biodegradasi, bayaran elaun kehadiran
menghadiri mesyuarat ALP dan kenaikan elaun kakitangan MBH,
penukaran hutang MCF kepada modal berbayar, dan melupuskan hutang
lapuk.
v. Semakan Audit juga mendapati kehadiran Ahli Lembaga Pengarah
adalah antara 33% hingga 71% dan terdapat dua orang ALP yang
dilantik pada tahun 2015 dan 2016 tidak pernah menghadiri mesyuarat
ALP MBH.
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan jadual tahunan mesyuarat ALP MBH telah
dihantar setiap tahun kepada setiausaha MBH dan Pejabat Ketua
Menteri Melaka, bagaimanapun kesibukan jadual Pengerusi MBH telah
menyebabkan dapat bermesyuarat tiga kali setahun. Manakala
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 80
ketidakhadiran dua ahli Lembaga Pengarah disebabkan mereka bukan
dari Melaka menyebabkan jadual mereka susah diuruskan.
Pihak Audit berpendapat, amalan terbaik tadbir urus Lembaga
Pengarah MBH adalah kurang memuaskan kerana kod etika rasmi
syarikat, peranan dan tanggungjawab ahli juga tidak disediakan dan
ahlinya juga tidak didedahkan kepada program pembelajaran.
c. Pengarah Urusan
i. Berdasarkan amalan terbaik, Pengarah Urusan hendaklah dilantik oleh
pemegang saham/Menteri/agensi yang bertanggungjawab sepertimana
disarankan oleh Handbook perenggan 3.5. Selain itu, MCCG 2012
principle 1, recommendation 1.1 dan Green Book perenggan 2.1.3
menyatakan tugas dan tanggungjawab Pengarah Urusan hendaklah
ditentukan secara bertulis dengan jelas. Semakan Audit mendapati tugas
dan tanggungjawab Pengarah Urusan MBH tidak disediakan secara
bertulis.
Pihak Audit berpendapat amalan terbaik tadbir urus bagi Pengarah
Urusan MBH adalah kurang memuaskan kerana tugas dan
tanggungjawab Pengarah Urusan tidak disediakan.
d. Standard Operating Procedures
i. Lembaga Pengarah hendaklah memastikan standard operating
procedures (SOP) merangkumi proses, prosedur dan polisi yang lengkap
dan menyeluruh terhadap aspek kewangan, dan aktiviti dalam
menguruskan syarikat bagi mencapai objektifnya. Semakan semula
terhadap SOP perlu dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dan
perubahan dalam operasi syarikat. SOP dan sebarang perubahannya
perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.
ii. Semakan Audit lanjut mendapati MBH mempunyai SOP berkaitan urusan
dan operasi syarikat terutamanya bagi SOP kewangan seperti prosedur
terimaan hasil, pengeluaran resit dan penyimpanan wang atau cek,
prosedur pembelian, penerimaan dan pembayaran bagi bekalan dan
perkhidmatan serta pengurusan aset dan inventorinya. Bagaimanapun
syarikat tidak menyediakan dokumen mengenai prosedur bagi
pengurusan akaun pemiutang dan pengurusan perolehan mengenai
perkhidmatan yang mempunyai nilai perolehan setahun yang tinggi.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 81
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH memaklumkan akan mengkaji semula SOP perolehan dan
akaun pemiutang bagi menyesuaikan dengan operasi semasa MBH.
e. Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama
i. Mengikut amalan terbaik, setiap syarikat perlu menyediakan rancangan
korporat dan menetapkan strateginya bagi menentukan hala tuju syarikat
dan merangka strategi pelaksanaannya. Rancangan Korporat dan Key
Performance Indicator (KPI) perlu dibentangkan dan diluluskan oleh
Lembaga Pengarah Syarikat. KPI yang disediakan perlulah berkait rapat
dengan strategi syarikat dan penetapan KPI bagi Ketua Eksekutif dan
syarikat keseluruhannya. Berdasarkan amalan terbaik Green Book
Bahagian 1 perenggan 3.2 menyarankan peranan Lembaga Pengarah
adalah memantau prestasi dan pencapaian syarikat serta memastikan
syarikat diuruskan dengan baik dan berkesan. Kaedah yang paling
berkesan adalah dengan mengukur pencapaian dan prestasi syarikat
melalui penetapan KPI.
ii. Semakan Audit mendapati MBH tidak menyediakan rancangan korporat
dan KPI secara khusus untuk mengukur prestasi syarikat bagi tahun
2014 hingga 2016.
Pada pendapat Audit, SOP MBH adalah tidak memuaskan kerana Pelan
Strategik/Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi
Utama tidak disediakan.
f. Jawatankuasa Audit
i. Lembaga Pengarah hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit (JKA)
yang bertanggungjawab menilai dan memberi syor terhadap kualiti
kawalan dalaman operasi syarikat kepada Lembaga Pengarah untuk
meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan syarikat.
ii. Berdasarkan MCCG 2012, principle 6 recommendation 6.2 dan Green
Book perenggan 1.2.1 menyarankan Lembaga Pengarah menubuhkan
Jawatankuasa Audit, dipengerusikan oleh Pengarah Bebas, mempunyai
komposisi sekurang-kurangnya tiga ahli dan tidak melebihi 4 ahli sama
ada di kalangan Lembaga Pengarah atau orang luar yang memiliki
kepakaran kewangan. Semakan Audit mendapati JKA tidak ditubuhkan
oleh MBH.
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 82
g. Audit Dalaman
i. Peranan utama Audit Dalaman ialah menilai pematuhan, pengurusan
kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan. Ia membantu JKA dalam
menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan risiko,
kawalan dalaman dan tadbir urus.
ii. Berdasarkan MCCG 2012, principle 6.2 menyarankan Lembaga
Pengarah perlu menubuhkan fungsi Audit Dalaman yang melapor terus
kepada Jawatankuasa Audit. Audit Dalaman hendaklah melaksanakan
pengauditan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus, pengurusan
risiko dan kawalan dalaman dalam syarikat dan seterusnya memastikan
tindakan susulan diambil oleh pengurusan terhadap perkara yang
dibangkitkan. MCCG 2017, guidance 10.1 pula menyatakan Ketua Audit
Dalaman hendaklah dilantik oleh JKA dan terma rujukan Audit Dalaman
hendaklah jelas dan diluluskan oleh JKA.
iii. Semakan Audit mendapati MBH tidak mewujudkan Audit Dalaman
kerana fungsi Audit Dalam dilaksanakan oleh pihak firma audit swasta
(FAS). Bagi tahun 2014 hingga 2016, FAS telah melaporkan penemuan
Audit antaranya mengenai pinjaman jangka panjang dan faedah
pinjaman, kerugian yang dialami syarikat dan anak syarikatnya serta
defisit dalam dana pemegang saham.
h. Pemantauan Melaka Cell Farming Sdn. Bhd. (Syarikat Milikan) Dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (Syarikat Bersekutu)
i. Melaka Cell Farming Sdn. Bhd. (MCF) merupakan syarikat milikan MBH
yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2004 dengan saham berbayar berjumlah
RM1.33 juta dengan pegangan saham MBH dalam MCF adalah
sebanyak 100%. MCF ditubuhkan khusus untuk aktiviti pertanian, rumpai
laut dan penternakan ikan. Ahli Lembaga Pengarah MCF adalah Datuk
Haji Kamarudin bin Md Shah, Pn. Azlieza binti Azizan dan En. Badrul
Hisham bin Badrudin.
ii. Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (TBE) merupakan syarikat bersekutu
MBH yang ditubuhkan pada 8 Mac 2005 dengan saham berbayar
berjumlah RM100,000 dengan pegangan saham MBH dalam TBE adalah
sebanyak 20%. Pegangan saham sebanyak 80% dalam TBE adalah
dimiliki oleh Encik Mohd Khairil bin Said. TBE ditubuhkan untuk
pembuatan minyak pati daripada tumbuhan herba dan beraromatik. Ahli
Lembaga Pengarah TBE adalah En. Mohd Khairil bin Said, En. Badrul
Hisham bin Badrudin dan Pn. Asmaliyah binti Senan. Butiran lanjut
adalah seperti jadual berikut:
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 83
JADUAL 3.10 SENARAI SYARIKAT MILIKAN
DAN BERSEKUTU DI BAWAH MBH SETAKAT 31 DISEMBER 2016
NAMA SYARIKAT AKTIVITI SYARIKAT MODAL
BERBAYAR (RM Juta)
PERATUS PEGANGAN EKUITI (%)
STATUS
Melaka Cell Farming Sdn. Bhd.
Pertanian, Rumpai Laut Dan Penternakan Ikan
1.33 100 Aktif
Tropical Bioessence Sdn. Bhd.
Pembuatan Minyak Pati Daripada Tumbuhan Herba Dan Beraromatik
0.10 20 Aktif
Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE
iii. Syarikat Milikan/Bersekutu Mengalami Kerugian Terkumpul
Analisis Audit mendapati prestasi kewangan syarikat MCF bagi
tempoh 2014 hingga 2016 adalah kurang memuaskan kerana
mengalami kerugian sebelum cukai iaitu berjumlah RM46,762 pada
tahun 2014, RM7,367 pada tahun 2015 dan RM9,904 pada tahun
2016. Kerugian terkumpul MCF pada akhir tahun 2016 adalah
berjumlah RM1.29 juta. Kerugian berterusan yang dialami dalam
tempoh tersebut adalah penyumbang utama kepada peningkatan
kerugian terkumpul MBH. Manakala prestasi kewangan TBE bagi
tempoh 2014 hingga 2016 menunjukkan syarikat memperoleh
keuntungan sebelum cukai tetapi mengalami penurunan yang ketara
pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM524,107 (87.9%) berbanding
RM596,671 tahun 2014. Bagaimanapun, pada tahun 2016 TBE
memperoleh kerugian sebelum cukai berjumlah RM245,287
menyebabkan syarikat masih belum dapat menampung kerugian
terkumpul yang berjumlah RM864,139 pada akhir tahun 2016.
iv. Pembayaran Dividen
Semakan Audit mendapati tiada dividen di isytihar atau dibayar oleh
MBH bagi tahun kewangan 2015 dan 2016 walaupun MBH
memperoleh keuntungan bersih selepas cukai masing-masing
berjumlah RM32,274 dan RM10,636. Ini adalah disebabkan
keuntungan yang diperoleh masih belum dapat menampung jumlah
kerugian terkumpul MBH berturut-turut masing-masing yang
berjumlah RM344,214, RM311,940 dan RM301,304 bagi tahun 2014
hingga 2016.
Semakan Audit juga mendapati bagi tahun 2014 hingga 2016 tiada
pembayaran dividen dibuat oleh MCF kepada MBH kerana syarikat
mengalami kerugian berturut-turut. Semakan Audit mendapati tiada
pembayaran dividen ada dibuat oleh TBE kepada MBH walaupun
TBE ada memperoleh keuntungan sebelum cukai pada tahun 2014
yang berjumlah RM596,671. Bagaimanapun pada tahun 2015, TBE
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 84
telah membayar dividen kepada MBH berjumlah RM5,000
(RM25,000x20%) dan selebihnya RM20,000 kepada pemegang
utama syarikat manakala tiada bayaran dividen pada tahun 2016
kerana mengalami kerugian. Prestasi kewangan syarikat milikan dan
bersekutu bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti jadual berikut:
JADUAL 3.11 PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT MILIKAN
DAN BERSEKUTU BAGI TAHUN 2014, 2015 dan 2016
NAMA SYARIKAT
PENDAPATAN (RM)
UNTUNG/(RUGI) SEBELUM CUKAI
(RM)
DIVIDEN DIISYTIHAR DAN DIBAYAR
(RM)
2014 2015 2016 2014 2015 2016 2014 2015 2016
MCF 17,897 - 5,000 (46,762) (7,367) (9,904) - - -
TBE 1,704,293 1,814,293 1,442,584 596,671 72,264 (245,287) - 25,000 -
Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE
v. Pendahuluan/Pinjaman
• MBH telah memberi pinjaman kepada syarikat MCF yang berjumlah
RM1 juta bagi tujuan penternakan rumpai laut di Merlimau, Melaka
pada tahun 2004. Mengikut penyata kewangan MBH, baki terhutang
syarikat MCF bagi tempoh 2014 dan 2015 adalah berjumlah RM1.23
juta. Sehingga tahun 2015, MCF tidak mampu untuk membuat
bayaran balik pinjaman tersebut disebabkan mengalami kerugian.
Pada akhir tahun 2016, hutang tersebut telah dilaraskan sebagai
modal berbayar MCF berdasarkan kepada keputusan mesyuarat ALP
Bilangan 1 Tahun 2016 bertujuan untuk mengurangkan kerugian
terkumpul syarikat. Manakala baki terhutang kepada syarikat TBE
pada tahun 2014, 2015 dan 2016 adalah masing-masing berjumlah
RM42,003, RM47,003 dan RM31,674. Semakan Audit mendapati
bayaran balik bagi TBE adalah memuaskan. Butiran lanjut adalah
seperti jadual berikut:
JADUAL 3.12 JUMLAH TERHUTANG DARIPADA SYARIKAT MILIKAN & BERSEKUTU
BIL PEMINJAM BAKI PINJAMAN (RM)
2014 2015 2016
1. MCF 1,231,179 1,231,179 -
2. TBE 42,003 47,003 31,674
JUMLAH 1,273,182 1,278,182 31,674
Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE
Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017
Pihak MBH menyatakan bahawa kerugian MCF adalah disebabkan
projek rumpai laut pada tahun 2014. Dengan itu usaha sama bersama
Atlantys telah diadakan pada bulan Ogos 2012 untuk menyelesaikan
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 85
masalah kerugian tersebut. Usaha ini telah mula menunjukkan
peningkatan iaitu sejumlah RM5,000 diterima pada tahun 2015 dan
sejumlah RM10,000 diterima pada tahun 2016.
Pihak MBH menjelaskan bahawa TBE telah menunjukkan peningkatan
dari segi penjualan dan hutang TBE kepada MBH telah mula membuat
bayaran bermula dari tahun 2015.
Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap syarikat MCF dan TBE
adalah kurang memuaskan kerana syarikat mengalami kerugian dan
pinjaman yang disalurkan tidak dibayar tetapi ditukarkan kepada modal
syarikat.
3.6. Syor Audit
Bagi memastikan objektif penubuhan MBH dapat dicapai sepenuhnya, adalah disyorkan
pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah MBH mengambil langkah yang proaktif dan
berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini.
Sehubungan ini, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan
terhadap perkara berikut:
3.6.1. MBH hendaklah memastikan pengurusan aktiviti syarikat diurus dengan
cekap, berhemat dan berkesan selaras dengan objektif yang telah ditentukan;
3.6.2. MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung perkhidmatan ujian
makmal yang dipersetujui bersama pada setiap tahun serta memperjelas syarat-
syarat berkaitan dalam perjanjian antara kedua pihak;
3.6.3. MBH perlu menyemak semula harga produk biodegradasi bagi
membolehkan produk ini bersaing dengan pembekal-pembekal di pasaran semasa;
3.6.4. MBH perlu menyediakan Pelan Perniagaan Strategik (strategic Business
Plan), Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama yang
baik bagi memastikan perancangan perniagaan yang berkesan dapat dilaksanakan
untuk memaju dan memantapkan syarikat;
3.6.5. MBH perlu mewujudkan Jawatankuasa Audit dilantik dari kalangan Ahli
Lembaga Pengarah MBH. Manakala Audit Dalaman hendaklah diwujudkan
dikalangan kakitangan MBH selain daripada unit pentadbiran dan kewangan;
3.6.6. MBH hendaklah mewujudkan kod etika rasmi syarikat, menyenaraikan
peranan, tugas dan tanggungjawab ahli dan memberi program pembelajaran
kepada ahli supaya terbaik tadbir urus bagi Pengarah Urusan di amalkan dengan
baik untuk memajukan syarikat; dan
3.6.7. Mewujudkan mekanisme pemantauan yang teratur kepada syarikat milikan
MBH.
PENUTUP
LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 89
PENUTUP
Secara keseluruhan, pengauditan yang dijalankan telah menunjukkan beberapa
penambahbaikan dalam pelaksanaan program dan aktiviti Jabatan/Agensi dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri seperti berkurangnya kes-kes ketidakpatuhan
terhadap prosedur Kerajaan dan penetapan asas-asas yang jelas dalam pelaksanaan
projek atau program. Namun begitu, kegagalan mengambil tindakan awal terhadap
masalah yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek/program telah menjejaskan
pencapaian matlamat projek/program pada akhirnya. Selain itu, aspek pemantauan dan
penyeliaan masih perlu dipertingkatkan dan dilakukan secara berterusan terhadap
kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor.
Sehubungan itu, Jabatan/Agensi/Pengurusan Syarikat Negeri yang terlibat bukan
sahaja perlu mengambil tindakan selepas mendapat teguran daripada pihak Audit,
malah perlu bertindak dengan cepat sebaik sahaja masalah atau kelemahan itu dikenal
pasti. Pegawai Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara
menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga
berlaku dalam projek/program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil
tindakan pembetulan yang sewajarnya.
Agensi Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk
memastikan syarikat mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-
undang dan peraturan Kerajaan, berdaya saing serta bagi memastikan objektif
penubuhan syarikat tercapai sepenuhnya.
Jabatan Audit Negara
Putrajaya
17 Oktober 2017
DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2017www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721
JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA
LAPORANKETUAAUDITNEGARA PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI MELAKA TAHUN 2016
SIRI 2
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA | PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016
SIRI 2
Top Related