UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI
GEOLOGI HS21
GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403
SEMESTER 2 SESI 2010/2011
LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HJ TAHIR
PROF. DR. BABA MUSTA
NAMA DEMONSTRATOR : EN CASSIDY ANAK ALOH
NAMA PELAJAR : SUKMAN BIN AMBO
NO MATRIK : BS10110491
TARIKH HANTAR : 22 APRIL 2011
OBJEKTIF
1. Mengkaji unit batuan yang terdapat di kawasan kajian.
2. Mengenali ciri-ciri unit batuan di kawasan kajian.
3. Melihat struktur-struktur proses-proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian.
PENGENALAN
Kawasan kajian kami merangkumi sekitar utara Sabah. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji unit-unit batuan yang terdapat di kawasan kajian beserta usia dan ciri-cirinya. Secara
amnya, unit batuan tertua di Sabah dibina oleh fragmen ofiolit yang telah terangkat dan
bahagian-bahagian ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik
membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di sekitar Sabah. Pelbagai nama rasmi
formasi batuan telah diberikan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk
menggambarkan perbezaan litologi batuan di Sabah. Singkapan unit-unit batuan sedimen yang
sebahagian besarnya terdiri daripada jujukan Paleogen seperti Formasi Trusmadi, Formasi
Crocker dan Formasi Kudat yang dianggap sebagai lapisan tebal yang menindih kerak lautan.
Antara lokasi kawasan kajian kami ialah
A. Simpang Mengayau, Kudat.
B. Sikuati, Kudat
C. Kg Lajong, Kudat
D. Kg Tanah Merah, Ranau
E. Sg Kenipir, Ranau
F. Jalan Kundasang
G. Indah Permai, Sepanggar
Di samping itu, kami juga turut mengkaji beberapa struktur morfologi yang hadir di kawasan
kajian. Secara amnya, struktur-struktur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu
I. Struktur Primer
a) Lapisan
- Selang lapis batuan pada skala yang besar
b) Laminasi
- Seperti lapisan tetapi pada skala yang lebih kecil
Peta 1 : Peta Sabah dan lokasi kawasan kajian
c) Ketakselarasan
- Rumpang dalam rekod sedimen akibat episode canggaan. Terhasil
apabila berlaku hakisan dan pengendapan.
II. Struktur Sekunder
a) Sesar
- Retakan yang mempunyai pergerakan ketara selari dengan satah
retakan. Terbentuk apabila dikenakan canggaan daripada arah
tertentu.
- Terbahagi kepada tiga jenis iaitu sesar normal, sesar sungkup,
dan sesar mendatar.
b) Kekar
- Retakan di mana tidak terdapat peralihan yang ketara selari
dengan retakan dan sedikit pergerakan tegak kepada satah
retakan. Terbentuk apabila terkena canggaan daripada pelbagai
arah.
Selain itu, di kawasan kajian juga dapat dilihat beberapa proses geomorfologi yang
berlaku pada sesetengah batuan. Antara proses tersebut ialah luluhawa. Luluhawa merupakan
satu proses penghancuran batuan kepada saiz butiran yang lebih kecil disebabkan factor-faktor
tertentu. Luluhawa dapat dibahagiakan kepada tiga kumpulan utama iaitu luluhawa fizikal,
luluhawa kimia dan luluhawa biologi. Luluhawa kebiasaannya mudah dikenalpasti di kawasan
kajian kerana ia mengubah bentuk dan warna sesuatu batuan. Proses hakisan juga merupakan
proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian. Hakisan merupakan satu proses pencabutan
batuan atau tanah daripada batuan asal disebabkan beberapa faktor seperti angin, bendalir dan
tarikan gravity. Secara amnya, hakisan juga dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama
iaitu hakisan alur, hakisan galur dan hakisan lembah.
Secara umumnya, kesemua struktur ini hanya dapat dilihat dan dicerap di kawasan
kajian. Di setiap lokasi kajian kami, terdapat beberapa struktur yang dapat dilihat dan akan
diterangkan di setiap lokasi masing-masing.
Jadual 1 : Jujukan stratigrafi Sabah
STESEN 1
NAMA LOKASI : Simpang Mengayau
BACAAN GPRS : N 07˚02.291’ E 116˚44.366’
MASA : 2 April 2011-Sabtu-10.30am
MORFOLOGI : Tepi Pantai
UNIT BATUAN : Formasi Kudat
Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo terletak di utara Sabah.
Unit batuan di kawasan ini ialah jujukan Formasi Kudat. Unit batuan ini dijangkakan berusia
akhir Miosen Awal hingga awal Miosen Tengah dan merupakan endapan laut dalam. Ini
dibuktikan dengan penemuan foraminifera ( Globigerinoides sicanus ) yang banyak pada batu
lodak kapur di Tanjung Bangau yang turut menunjukkan usia tersebut ( Sanudin,1979 ). Di
kawasan kajian, ahli yang dapat dilihat ialah ahli Tajau yang dicirikan dengan fasies klastik iaitu
terdiri daripada selang lapis batu pasir yang tebal. Jujukan atas bagi unit batuan ini
mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran yang kasar berbanding dengan
bahagian tengah dan bahagian bawah bagi jujukan uni batuan tersebut. Ini menunjukkan
bahawa cerapan di kawasan kajian merupakan jujukan bahagian atas unit batuan tersebut
kerana mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran sedimen yang kasar.
Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di
kawasan cerapan. Kebanyakkan sruktur ini terbentuk hasil daripada proses hakisan ombak
seperti struktur tafoni ( stuktur sarang lebah ) dan stuktur konkreasi. Selain itu, terdapat juga
beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian. Antara struktur
primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari pada lapisan batu pasir. Struktur
sekunder yang dapat dilihat pula ialah struktur kekar yang terbentuk pada batu pasir. Di
samping itu, proses geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan
melihat stuktur batu pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses
luluhawa kimia iaitu pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.
Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian
Rajah 1 : Gambaran fosil Globigeronoides sicanus yang ditemui di kawasan kajian
yang menunjukkan unit batuan ini berusia awal Miosen Awal hingga awal Miosen
Tengah (Sanudin, 1979)
Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 294˚/34˚
Gambar 2 : Lapisan Batu Pasir yang tebal mencirikan unit batuan di kawasan ini
Lapisan
Batu Pasir
Tebal
Gambar 3 : Sample batu pasir yang mempunyai saiz butiran yang kasar ( arenit )
Gambar 4 : Rekahan pada batu pasir yang di isi dengan mineral besi/ Fe2+ lalu
membentuk struktur tersebut.
Telerang
Oksida
Gambar 5 : Batu pasir yang mempunyai lapisan bersilang berbentuk palung
Gambar 6 : Struktur Konkreasi yang terbentuk hasil proses hakisan air laut pada
batuan igneous basalt.
Struktur ini terbentuk
apabila daya daripada
aliran air laut yang kuat
dipindahkan kepada
batuan induk dan
menyebabkan batuan
yang lemah terhakis dan
terpisah/tercabut daripada
batuan induk lalu
membentuk struktur ini.
Gambar 7 : Laminasi selari yang terbentuk pada lapisan batu pasir ( sruktur primer )
Gambar 8 : Luluhawa Kimia yang berlaku pada batu pasir iaitu proses pengoksidaan.
Proses ini menyebabkan perubahan pada warna batuan iaitu keperangan.
Gambar 9 : Struktur Tafoni ( struktur sarang lebah ) yang terbentuk pada batu pasir
Gambar 10 : Struktur kekar pada batu pasir ( struktur sekunder )
Struktur ini terbentuk
akibat hakisan air laut
pada batu pasir
Luluhawa
kimia
Kekar
STESEN 2
NAMA LOKASI : 500m dari Sikuati
BACAAN GPRS : N 06˚53.795’ E 116˚42.722’
MASA : 2 April 2011-Sabtu-12.30pm
MORFOLOGI : Bukit
UNIT BATUAN : Formasi Crocker
Stesen ke 2 ini terletak 500m dari Daerah Sikuati. Unit batuan di kawasan ini ialah
jujukan Formasi Crocker. Ahli dikawasan ini ialah ahli Sikuati. Jujukan ini dicirikan dengan
selang-lapis antara batu pasir dan batu lumpur. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal
Eocene Atas hingga akhir Miocene Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar
kawasan kajian. Fitur-fitur permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan
proses-proses eksogen Plio-Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker,
sisa-sisa daripada prooses ini terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit
berusia Eosen Akhir tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian.
Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di
kawasan cerapan. Antaranya , terdapat beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat
dilihat dikawasan kajian. Antara struktur primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari
dan laminasi bersilang pada lapisan batu pasir. Struktur sekunder yang dapat dilihat pula ialah
struktur kekar dan sesar normal yang terbentuk pada batu pasir. Di samping itu, proses
geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat stuktur batu
pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses luluhawa kimia iaitu
pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.
Jadual 1 : Jujukan Stratigrafi di kawasan kajian
Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 158˚/40˚
Batu Pasir
Batu Lumpur
Gambar 2 : Sample batu pasir di kawasan singkapan
Gambar 3 : Sample batu lumpur di kawasan singkapan
Gambar 4 : Laminasi bersilang pada batu pasir yang terbentuk akibat episod
pengendapan dan aliran arus yang tidak seragam/’turbulent flow’.
Gambar 5 : Laminasi selari pada batu pasir yang terbentuk akibat episod
pengendapan dan aliran arus yang seragam/’laminar flow’
Gambar 6 : Morfologi sesar normal pada batu pasir
Gambar 7 : Proses luluhawa kimia pada batu pasir
Dinding
tergantung
Satah sesar
Dinding kaki
Arah
pergerakan
Gambar 8 : Struktur kekar pada batu pasir
Gambar 9 : Struktur luluhawa sferoid
Gambar 10 : Proses hakisan berlaku pada unit batu lumpur ( hakisan alur ) akibat
agen pengangkutan iaitu air hujan lalu membentuk alur tersebut.
STESEN 3
NAMA LOKASI : Kampung Lajong
BACAAN GPS : N 06˚51.285’ E 116˚41.903’
MASA : 2 April-Sabtu-3.30pm
MORFOLOGI : Tanah Rendah
UNIT BATUAN : Sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi
Crocker
Lokasi seterusnya terletak di Kg Lajong, Kudat. Bermorfologikan dataran tanah rendah,
stesen ini menjadi sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker.
Kedua-dua unit batuan ini dipisahkan oleh satu ketakselarasan iaitu ketakselarasan bersudut (
angular conformity ). Berdasarkan jujukan stratigrafi Sabah, unit batuan Formasi Kudat
menindih unit batuan Formasi Crocker. Ini menunjukkan Formasi Crocker berusia lebih tua
berbanding Formasi Kudat kerana Formasi Kudat menindih unit batuan tersebut. Kedua-dua
unit batuan ini merupakan endapan laut dalam yang termendap di dasr lautan lalu mengalami
proses pengangkatan dan tersingkap seperti sekarang. Formasi Crocker dijangkakan berusia
awal Eocene Atas sehingga akhir Miocene Bawah. Manakala Formasi Kudat yang menindih
Formasi Crocker dijangkakan berusia akhir Miocene Bawah hingga awal Miocene Tengah.
Formasi Kudat dicirikan dengan unit batu pasir dan kurang mengandungi struktur laminasi dan
lapisan. Manakala formasi Crocker pula dicirikan dengan selang lapis unit batu pasir dan unit
batu lumpur. Selain itu di kawasan kajian juga, struktur endapan turbidit juga dapat dilihat pada
batuan yang menjadi ciri utama bagiunit batuan Formasi Crocker. Endapan ini dipengaruhi oleh
arus aliran air dan menunjukkan lapisan yang semangkin menghalus/menipis ke atas.
Selain itu, terdapat juga proses geomorfologi lain yang turut dicerap di kawasan kajian
iaitu struktur tanah runtuh. Berdasarkan pengelasan tanah runtuh Varnes, 1978, tanah runtuh
ini dikelaskan sebagai ‘debris flow’. Struktur ini terbentuk akibat beberapa factor dan antaranya
ialah ketiadaan tumbuhan penutup bumi yang melambatkan proses hakisan di kawasan
tersebut.
Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian
Gambar 1 : Struktur turbidit pada batu lumpur yang menjadi petunjuk bagi unit batuan
Formasi Crocker
Batu lumpur
Lapisan Struktur
turbidit yang
semakin menipis
ke atas
Gambar 2 : Lapisan pada batu pasir yang mencirikan jujukan Formasi Kudat
Gambar 3 : Sempadan antara jujukan unit batuan Formasi Kudat dan jujukan Formasi
Crocker
Batu pasir
Struktur Lapisan
Formasi Kudat
Sempadan antara
Formasi Kudat
dan Formasi
Crocker
( ketakselarasan)
Formasi Crocker
Gambar 4 : Morfologi Tanah Runtuh di kawasan kajian
Berdasarkan
pengelasan
tanah runtuh
Varnes, 1978,
tanah runtuh ini
dikelaskan
sebagai ‘debris
flow’.
STESEN 4
NAMA LOKASI : Kg Tanah Merah, Ranau
BACAAN GPS : N 05˚58.553’ E 116˚41.641’
MASA : 9 April 2011-Sabtu-11.20am
MORFOLOGI : Lereng bukit
UNIT BATUAN : Endapan Ofiolit
Stesen yang ke 4 ini terletak di Kg Tanah Merah, Ranau. Bermorfologikan lereng bukit,
stesen ini terletak jauh dari jalan utama. Hasil daripada cerapan kami, singkapan di kawasan
kajian merupakan endapan kerak lautan dalam/ofiolit yang telah mengalami proses
pengangkatan sehingga membentuk morfologi seperti kini. Endapan ini di jangkakan berusia
awal Kapur Bawah hingga akhir Kapur Atas berdasarkan index fosil yang ditemui di kawasan
kajian iaitu fosil plantonik radiolaria yang menunjukkan usia tersebut. Berdasarkan unit
litostratigrafi pula, batuan yang terdapat di kawasan kajian ialah batuan igneous ultrabase iaitu
serpentenite. Batuan ini bewarna kehijau-hijauan di kawasan kajian. Batuan ini juga berasosiasi
dengan batuan chert dan spilit atau lebih dikenali sebagai Formasi Chert-spilit. Kandungan
mineral yang terdapat pada batuan ini ialah antigorit dan serpentin. Pada awalnya, batuan ini
telah mengalami proses hidrolisis atau serpentination sebelum terangkat seperti sekarang.
Berdasarkan geomorfologi pula, terdapat beberapa struktur yang dapat di cerap di
kawasan kajian. Antaranya ialah stuktur sesar normal. Struktur ini amat mudah dikenalpasti di
kawasan kajian. Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran struktur ‘silican slide’ atau gores-garis
sesar yang boleh menunjukkan orentasi pergerakan sesar tersebut. Selain itu, proses luluhawa
juga turut berlaku ke atas batuan di kawasan kajian. Terdapat beberapa batuan yang telah
mengalami perubahan warna daripada kehijauan ke keperangan yang menunjukkan luluhawa
kimia berlaku di kawasan ini.
Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian
Gambar 1 : Morfologi singkapan di kawasan kajian
Gambar 2 : Struktur ‘silican slide’ atau garis-gores sesar
Gambar 3 : Sample batu Serpentinite ( igneous ultrabase ) yang berwarna kehijauan
Struktur ini menjadi
petunjuk kehadiran
sesar dan juga boleh
menentukan orentasi
pergerakan sesar
tersebut.
Gambar 4 : Batu Serpentenit yang telah mengalami proses luluhawa kimia
Gambar 5 : Struktur talcum yang terbentuk pada batu serpentenit
Gambar 6 : Struktur sesar normal di kawasan kajian
Dinding tergantung
Satah sesar
Dinding kaki
STESEN 5
NAMA LOKASI : Sungai Kenipir, 8 km kearah Tambunan
BACAAN GPS : N 05˚54.446’ E 116˚38.232’
MASA : 9 Apil 2011-Sabtu-12.00pm
MORFOLOGI : Sungai
UNIT BATUAN : Formasi Trusmadi
Sg Kenipir yang terletak 8 km kearah Tambunan jujukan unit batuan Formasi Trusmadi.
Unit batuan ini dianggap sebagai jujukan tertua antara unit-unit batuan yang ada di Sabah.
Jujukan ini menindih batuan batuan berusia kapur dan kerak lautan yang lebih tua (ofiolit).
Formasi Trusmadi ini telah dimendapkan semasa Kapur Akhir hingga Eosene Awal seperti yang
dibuktikan ole beberapa foraminifera plankton yang dijumpai dalam beberapa lapisan syal (
Kirk,1962 ). Kehadiran fosil surih ( trase fosil ) iaitu fosil Paleodictyon dalam beberapa sabak
menunjukkan unit batuan ini merupakan endapan sekitaran laut dalam. Dari segi litostratigrafi
pula, unit batuan ini dicirikan dengan selang lapis antara batuan slate dan batuan meta-arenit.
Batuan slate merupakan batuan metamorfik yang terbentuk daripada batuan sedimen shale
pada gred metamorfisme yang rendah. Manakala batuan meta arenit terbentuk hasil daripada
proses metamorfisme batu pasir. Di kawasan kajian ini, selang lapis antara kedua-dua batuan
tersebut amat mudah untuk dikenali kerana mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jujukan ini juga
dicirikan oleh dua fasies utama iaitu fasies arinit dan fasies argilit.
Secara amnya, unit batuan di kawasan ini belum mengalami canggaan tektonik yang
hebat kerana batuan yang tersingkap memiliki darjah kemiringan yang amat kecil. Ini
menunjukkan jujukan ini termendap mengikut prinsip Keselanjaran Strata iaitu bahan
pembentuk lapisan adalah dalam keadaan selanjar di atas permukaan bumi kecuali terdapat
suatu badan pejal yang menghalangnya ( Steno,1669 ).
Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian
Gambar 1 : Morfologi singkapan di kawasan kajian iaitu berhampiran sungai
Gambar 2 : Selang lapis batuan slate dan batuan meta arenit
Gambar 3 : Sample batu slate di kawasan kajian yang mempunyai saiz butiran yang halus
Batuan Slate yang
berwarna kelabu
Batuan meta arenit
yang berwarna
keperangan
Gambar 4 : Stuktur teleramg kuarza yang terbentuk pada batuan meta arenit
Gambar 5 : Batuan yang mengalami proses luluhawa kimia
Struktur ini terbentuk
apabila rekahan
terbentuk pada
batuan lalu di isi oleh
mineral kuarza
Gambar 6 : Singkapan mendatar di kawasan kajian yang menunjukkan singkapan ini tidak
mengalami sebarang canggaan tektonik.
Lapisan Batu
Meta arenit
Lapisan Batu
Slate
Telerang Kuarza
STESEN 6
NAMA LOKASI : Jalan Kundasang
BACAAN GPS :
MASA : 9 April 2011-Sabtu-2.30pm
MORFOLOGI : Kaki Bukit
UNIT BATUAN : Endapan Pinosuk Gravel
Stesen 6 merupakan satu kawasan yang amat istimewa antara semua kawasan kerana
ianya menjadi bukti bahawa Sabah pernah mengalami proses pengglasieran. Glasier merupakan
aliran ais yang terbentuk di mana salji terkumpul lebih banyak berbanding salji yang cair pada
setiap tahun. Pengglasieran di kawasan ini dijangkakan berlaku semasa perioda kuterner dan
dikenali sebagai endapan Quaternary. Antara ciri-ciri morfologi endapan ini ialah mempunyai
jujukan konglomerat iaitu memiliki pelbagai saiz batuan dari kecil sehinggalah yang paling
besar. Selain itu tiada lapisan yang ketara di kawasan kajian kerana kepelbagaian saiz butiran
batauan.
Gambar 1 : Batuan yang mempunyai texture konglomerat iaitu pelbagai saiz butiran batuan.
Gambar 2 : Kepelbagaian saiz batuan daripada yang kecil sehinggalah yang besar
Gambar 3 : Kekar di kawasan kajian
STESEN 7
NAMA LOKASI : Indah Permai, Sepanggar
BACAAN GPS : N 06˚03.896’ E 116˚09.450’
MASA : 9 April 2011-Sabtu-4.30pm
MORFOLOGI : Bukit
UNIT BATUAN : Formasi Crocker
Singkapan di stesen ini mempunyai jujukan unit batuan Formasi Crocker. Litologi batuan
di kawasan ini merupakan selang lapis antara syal dan batu pasir. Syal merupakan batu pasir
yang berlaminasi. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal Eocene Atas hingga akhir Miocene
Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar kawasan kajian. Fitur-fitur
permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan proses-proses eksogen Plio-
Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker, sisa-sisa daripada proses ini
terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit berusia Eosen Akhir
tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian. Satu ciri penting yang
menggambarkan unit batuan di kawasan ini ialah endapan jujukan Bouma ( Bouma Sequence ).
Jujukan ini dapat dilihat pada lapisan batu pasir dan syal. Jujukan Bouma ini dikategorikan
kepada beberapa unit iaitu unit Ta ,unit Tb ,unit Tc ,unit Td dan unit Te . Unit Ta dicirikan dengan
batu pasir yang tidak memiliki apa-apa struktur. Unit Tb pula merupakan batu pasir yang
memiliki laminasi selari. Manakala unit Tc dicirikan dengan batu pasir yang mempunyai laminasi
bersilang. Unit Td pula merupakan batu lodak dan lodak/lempung yang berlaminasi dikenali
sebagai unit Te .
Selain itu terdapat beberapa struktur sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian
seperti sesar dan kekar. Proses luluhawa kimia juga turut memainkan peranannya di kawasan
ini.
Gambar 1 : Morfologi kawasan kajian iaitu kawasan tanah tinggi
Gambar 2 : Cerapan singkapan di kawasan kajian yang mempunyai nilai J/K 310˚/60˚
Gambar 3 : Jujukan Boumma ( Bouma Sequence )
Gambar 4 : Struktur Sekunder-Sesar
Gambar 5 : Proses geomorfologi yang berlaku pada batu pasir iaitu luluhawa kimia
Dinding Tergantung
Satah Sesar
Dinding Kaki
Luluhawa ini
berpunca daripada
proses pengoksidaan
yang menyebabkan
warna batuan
bewarna keperangan
Gambar 6 : Satu set kekar di kawasan cerapan singkapan.
Gambar 7 : Zon Ricih iaitu batuan syal
Gambar 8 : Sebahagian daripada jujukan Boumma
KESIMPULAN
Daripada kajian lapangan yang telah di buat di sekitar utara dan tengah Sabah, dapat
kita simpulkan bahawa Sabah memiliki kepelbagaian jujukan unit batuan. Antaranya ialah
Formasi Kudat, Formasi Crocker, Formasi Trusmadi, Endapan Pinosouk Gravel, dan Endapan
Ofiolit. Kita juga dapat melihat kepelbagiaan struktur primer dan sekunder di kawasan kajian.
RUJUKAN
Sanudin Hj. Tahir, Baba Musta, Pengenalan Kepada Stratigrafi, 2007, Universiti Malaysia Sabah,
Sabah.
H.D Tjia, Geomorfologi, 1987, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Top Related