Download - Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

Transcript
Page 1: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

LAPORAN BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN PSS CEMERLANG

SMK BANDAR SG. PETANI2015

A. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi dalam melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat tersebut PSS mestilah memainkan peranan yang amat penting. Pengurusan PSS mestilah dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, bengkel ini perlu dijalankan bagi memenuhi kriteria PSS Cemerlang di peringkat kebangsaan.

B. OBJEKTIF

Bengkel ini diadakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai :

i) Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran.

ii) Meningkatkan kualiti pengurusan PSS khasnya sistem fail PSS agar setiap fail yang diwujudkan dapat dikemas kini dan mempunyai dokumen di dalamnya;

iii) Melengkapkan sistem rangkaian sumber PSS dengan info dan maklumat yang sesuai dan betul.

C. SEKOLAH TERLIBAT/TERPILIH

Bil. Nama Sekolah Tarikh Perlaksanaan PKG Daerah

1 SMK BANDAR SUNGAI PETANI 16 dan 17 Jun 2015 Sungai.Layar Kuala

Muda Yan

D. KAEDAH PELAKSANAAN

1. Sebelum Projek

Sebelum bengkel dijalankan satu taklimat/perbincangan diberikan oleh Guru Perpustakaan dan Media SMK Bandar Sg. Petani iaitu En Asrul Kusairy Ahmad mengenai kaedah pelaksanaan serta fokus tugasan yang akan dijalankan berdasarkan dapatan pemantauan PSS Cemerlang yang telah dijalankan iaitu:

1

Page 2: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

i- Pengurusan Sistem Fail PSS Kesemua fail PSS perlu disemak, dilengkapkan dan dikemas kini.

ii- Rangkaian Sumber PSS Dibuat penambah baikan info/maklumat di rangkaian sumber.

iii- Mewujudkan Bilik SAL Bilik SAL perlu dibuat penambah baikan iaitu memastikan 4 buah

komputer boleh digunakan serta dilengkapi pelayar internet, papan info perlu dikemas kini, dan perlu diwujudkan sudut maklumat pada papan info.

iv- Mengemas kini/mewujudkan blog/portal SMKBSP dan PSS SMKBSP Blog/portal SMKBSP dan PSS SMKBSP perlu dikemas kini dan

dilengkapkan dengan maklumat terbaru.

v- Memastikan TV / Layar ICT berfungsi TV/layar di ruang legar utama SMKBSP, di kantin , dan di PSS perlu

dibaiki agar dapat berfungsi dan digunakan.

2. Semasa Projek

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang telah dirancang. Pembahagian kumpulan adalah seperti kumpulan ICT(membaiki TV/Layar ICT dan komputer), kumpulan keceriaan dan mewujudkan sudut pameran, kumpulan bilik SAL, kumpulan sistem fail, kumpulan blog/portal dan kumpulan dokumentasi.

Aktiviti berjalan selama 2 hari.

3. Liputan

Sepanjang aktiviti berjalan, liputan dalam bentuk rakaman gambar pegun telah dibuat.

4. Impak daripada bengkel

Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dibuat, Program Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Pengurusan PSS Cemerlang ini telah menampakkan kesan yang positif. Dari segi keceriaan sudut, sudut pameran telah berjaya diwujudkan dengan kemas dan cantik.

Penglibatan bersama guru-guru SMK Bandar Sg Petani dalam melengkapkan fail-fail PSS berjumlah 30 sangat baik dan membantu di mana maklumat di dalam setiap fail dapat dilengkapkan dan dikemas kinikan.

Dengan tunjuk ajar PTP-PTP PKG Daerah KMY, bilik SAL berjaya diwujudkan dengan dilengkapi 4 buah komputer yang berfungsi dari segi talian internet.

Portal SMKBSP dan PSS SMKBSP berjaya dikemas kinikan dengan info dan maklumat yang terkini dan sangat menarik.

2

Page 3: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

F. RUMUSAN

Keseluruhan Program Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Pengurusan PSS Cemerlang ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Para peserta yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Guru Perpustakaan Media, pihak pengurusan, serta 16 orang guru/staf SMKBSP telah memberi komitmen yang amat baik dalam menjalankan tugas masing-masing seperti yang diagihkan. Hasil kerja dan idea yang disumbangkan oleh para peserta dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian PSS. Pihak sekolah amat berbesar hati atas program khidmat bantu yang dijalankan ini. Semoga PSS SMK Bandar Sg. Petani akan berjaya menjadi PSS Cemerlang di peringkat kebangsaan bagi tahun 2015.

3

Page 4: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

SENARAI PESERTA BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN PSS CEMERLANG

SMK BANDAR SUNGAI PETANIZON PKG SG. LAYAR 2015

4

BIL PESERTA SEKOLAH

1 ASRUL KUSAIRY BIN AHMAD SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)2 NORHAFIZA BINTI ABD.LATEH SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)3 RUZIMAH BT MOHD NOR SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)4 HAFSAH BINTI DAHLAN SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)5 IDAWATI BT YAACOB SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)6 MASRIYAH BINTI ABDULLAH SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)7 NOR AFIZAH BT. MOHD.AMRI SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)8 NOORDAINI BINTI MIHAD SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)9 RASHEDI BIN ABDUL RASHID SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)10 MASNI BINTI OMASIL SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)11 ROHANA BINTI HUSSAIN SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)12 NOR ILHAM BT. MUSTAPHA SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)13 ROSE ANITA BT JAAFAR SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)14 CHE SOM BT. AWANG SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)15 MUHAMAD NAIM BIN MAT HASSAN SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)16 NUR SHAMINE BT RAMLI SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)17 NUR ARIFAH BINTI MOHD SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)18 LAI CHIANG WUU SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)19 ROZELAWATI BT SAMSUDIN SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)20 AZHAR BIN DUN SMK BANDAR SUNGAI PETANI(PESERTA)21 MUSA BIN ISMAIL PKG SUNGAI LAYAR(FASILITATOR)22 WAN AZMAN BIN WAN NGAH PKG KOTA KUALA MUDA(FASILITATOR)23 MOHAMAD SHUKRI BIN BAHAROM PKG BUJANG(FASILITATOR)24 ABDUL JALIL BIN HASSAN PKG SUNGAI PETANI(FASILITATOR)25 FAUZI BIN SALLEH PKG BUKIT SELAMBAU(FASILITATOR)26 MUHAMAD FAIRUZ BIN ABDUL LATIF PKG SUNGAI LAYAR(FASILITATOR)27 NUR HAMIZAH BINTI ABD RANI PKG KOTA KUALA MUDA(FASILITATOR)28 IDRUS BIN MAT PKG GURUN(FASILITATOR)29 MAHATHIR BIN ABU BAKAR PKG BUKIT SELAMBAU(FASILITATOR)30 HAMIZI BIN MAHPOP PKG BUJANG(FASILITATOR)31 MUHAMMAD ASHRAF BIN ABU BAKAR PKG SUNGAI LAYAR(FASILITATOR)32 ZOLKIFLEE BIN ABU BAKAR UPSP BTPN KEDAH(VIP)33 CHING SHIUH KANG UPSP BTPN KEDAH(VIP)

Page 5: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

GAMBAR AKTIVITI BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN PSS CEMERLANG

SMK BANDAR SUNGAI PETANIZON PKG SG. LAYAR 2015

5

Page 6: Laporan bengkel pemantapan dan peningkatan kualiti pengurusan pss smk bandar sp 2015

6