KUMPULAN 5APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI OF CONSTRAINT (TOC)
Pengenalan - Theory of Constraints (TOC) adalah
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada
perspektif guru dan murid. - Teknik ini dapat “menghidupkan”
pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.
APAKAH TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik.
Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC adalah sebagaimana berikut;
TOC UNTUK PEMBELAJARAN
Satu Teknik Pengajaran danPembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
Pemikiran logik
Pemikiran kritis dan kreatif
Sesuai untuk semua peringkat pelajar
Cara sistematik
Mudah dan konkrit
KELEBIHAN TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
-mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
-menyelesaikan masalah dengan berkesan. -membuat keputusan secara
bertanggungjawab dan bersama.
-berkomunikasi dengan baik dan -memperoleh pembelajaran sepanjang
hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis • kemahiran berfikir secara kreatif • kemahiran generik
APLIKASI TOC DALAM PENDIDIKAN
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum. • pengajaran dan pembelajaran konsep. • membuat keputusan berkaitan dengan
permasalahan pembelajaran. • perancangan strategik untuk mencapai
matlamat.
CONTOH CADANGAN KAEDAH PENGGUNAAN TEKNIK TOC DALAM
PENDIDIKAN ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT;
• Sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• Kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
TEKNIK DALAM TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud ) • Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch ) • Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem
Solving)
TEKNIK AWAN ( THE CLOUD ) Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian,
idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik awan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah;
• Kehendak (dua kehendak yang salin bertentangan yang mewujudkan konflik).
• Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak).
• Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang berdasarkan kehendak).
• Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan
keperluan). • Penyelesaian ‘Win-Win’ ( penyelesaian
yang dibuat supaya keduadua keperluan dan matlamat bersama berjaya dicapai).
TEKNIK SEBAB DAN AKIBAT (LOGIC BRANCH)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah;
• Memahami teks atau maklumat yang diberikan.
• Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn).
• Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event).
• Mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks.
• Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa.
• Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan
“higher-order thinking”.
TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING) Teknik penyelesaian masalah adalah satu
teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang
dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang
langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu.
Dari itu langkah-langkah yang dikemukakan adalah langkah-langkah yang mampu mengatasi cabaran.
Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah;- membolehkan murid bertanggungjawab
ketika mengemukakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat.
- membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli pasukan.
PEMBELAJARAN AKTIFPengenalan Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak
zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan.
Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif.
Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini.
Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.
APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBELAJARAN
AKTIF?
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran.
Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima.
Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari.
Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif.
Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.
BAGAIMANAKAH MENYERAP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN ANDA?
Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.
Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.
Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.
Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.
Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.
Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.
Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.
APAKAH CIRI-CIRI PEMBELAJARAN AKTIF?
Arahan berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Komuniti diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.
Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.
Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.
Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran
Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.
Penilaian autentik Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui
pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.
Peranan guru sebagai fasilitator Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang
guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu.
Menggunakan masalah autentik Penggunaan masalah autentik seperti kajian
kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka.
Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi.
Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat.
Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME
Matlamat: Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru
memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
Objektif: Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan
kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran �secara kontekstual.
Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual �dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
Melatih guru lain menjalankan pengajaran �menggunakan pendekatan kontekstual.
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Pembelajaran Secara Kontekstual - Pembelajaran hanya berlaku apabila murid
dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
Jenis murid :- Kumpulan sederhana Ciri murid :- • cenderung kepada aplikasi konsep
• terdorong melalui aktiviti hands-on
• tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak
Lokasi :- • sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional
• sekolah-sekolah menengah harian
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM
PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN?
Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.
Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
MURID• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan• Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian• Boleh memindahkan kemahiran• Boleh meneroka dan mendapatkan bukti• Boleh menguasai perkara abstrak melalui
pengalaman konkrit• Dapat belajar secara kerjasama
GURU• Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
INDUSTRI• Menerima tenaga kerja yang berpotensi
untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan
mengikut keperluan.• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
(McBrien & Brandt,1997)
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud. (Briner,M.,1999)
BERDASARKAN KEPADA PANDANGAN-PANDANGAN DI ATAS MAKA PENGERTIAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME BOLEHLAH DIRUMUSKAN SEBAGAI YANG BERIKUT:
Konstruktivisme adalah satu fahaman
bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
KONSEP UMUM Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman
yang sudah ada. Dalam konteks pembelajaran, pelajar
seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar
sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina
pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan
informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengajaran.
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
Ciri ciri pembelajaran konstruktivisme
PERANAN MURID Murid mengemukakan soalan-soalan dan isu,
kemudian secara individu mereka membuat
analisis dan menjawab soalan-soalan itu.
Mereka bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama
mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid
mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat
untuk membuat ramalan.
Murid diberi banyak ruang dan peluang
untuk menguji hipotesis mereka terutamanya
melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan
fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.
PERANAN GURU Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan mereka.
Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada
kehidupan mereka.
Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya
dalam bentuk ujian bertulis.
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
hipotesis.
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan
setelah soalan dikemukakan.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan
antara idea-idea yang telah dijanakan.
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan
tertentu.
Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami
TUJUAN KBKK
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,
kabur dan sempit.
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya
perkembangan intelek mereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi
pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah,
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti,
serta berani memberi pandangan dan kritik
PEMIKIRAN SECARA KRITIS
keupayaan dan kecekapan yang ada pada minda untuk membuat
keputusan yang wajar berkenaan sesuatu idea, menilai logiknya
sesuatu perkara, meneliti kebernasan dan membuat pertimbangan
yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong lagi
keputusan yang telah dibuat.
Menurut Mohd Micheal Abdullah; pemikiran kritis ialah
membincangkan bagaimana untuk menimbangkan iaitu samada baik
atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan menggunakan
fakta samada benar atau salah dan susunan hujah sama ada sah atau
batal.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS
Membanding dan Membeza
Membuat Kategori
Meneliti Bahagian Kecil & Keseluruhan
Membuat Sekuens
Menerangkan Sebab
Membuat Ramalan
Mengusul Periksa Andaian
Membuat Inferens
Mengesahkan Sumber Maklumat
PEMIKIRAN SECARA KREATIF
kecekapan menggunakan minda untuk:
a) menjana danmenghasilkan idea.
b) mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa
dan bernilai sama ada bersifat maujud,abstrak,
idea atau gagasan.
c) menerokai dan mencari makna ,
pemahaman dan penyelesaian masalah
seacara inovatif.
Menurut Samsu Yaacub; 1993, pemikiran kreatif
membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik
untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya
imaginasi, inovasi dan kreativiti individu.
CONTOH-CONTOH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
Menjana Kemungkinan Idea
Mencipta analogi - kenyataan yang dicipta
daripada perbandingan antara satu perkara
dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-
ciri persamaan dan perbezaan untuk
menyatakan maksud tertentu.
Mencipta metafora - sejenis bahasa figuratif
yang dicipta untuk menyatakan makna
sesuatuperkara dengan menggunakan kata
lain.
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
OHP 3
Definisi Kajian Masa Depan
Definisi Kajian Masa Depan
Apa Pilihan Anda?
Senario:Gambaran
Yang Boleh
Didapati
KEHIDUPAN ANDAKEHIDUPAN ANDA PERSEKITARANPERSEKITARAN
NEGARANEGARA SELURUH DUNIASELURUH DUNIA
Masa Lalu:Perspektif
Masa Kini:Trend Utama
Masa Depan:Perubahan
CONTOH:PILIHAN KERJAYA
CONTOH:PILIHAN KERJAYA
KERJA TRADISI
IKUT ARUS MASA
MENEROKA ALIRAN BARU
KERJA TRADISI
IKUT ARUS MASA
MENEROKA ALIRAN BARU
APA BOLEH BERLAKU 20 TAHUN DI HADAPAN?
Keadaan dan Trend
Semasa
Trend Masa Depan
Cita-Cita dan Impian
Pilihan dan Perbincangan
Pekerjaan
OHP 9Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan.
Prinsip Perubahan
Prinsip Pandangan Jauh
Prinsip Perancangan Strategik
Prinsip Pengupayaan
RASIONAL PENGAJARAN KAJIAN MASA DEPANRASIONAL PENGAJARAN KAJIAN MASA DEPAN
OHP 5
Alvin Toffler: FUTURE SHOCK
Alvin Toffler:“FUTURE SHOCK”
KEKEJUTAN“FUTURE SHOCK”
PERUBAHAN YANG PESAT
KEKELIRUANPSIKOLOGI
(Psychological
Disorientation)
MempunyaiKemahiran
memandang masa depan
Bolehmenangani
masalah
PENYESUAIANDIRI
Tidak mempunyaikemahiran
memandang masa depan
Menghadapi masalah
menangani perubahan
OHP 6
Kauffman, Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan?
“ ...What we can and must do is to give our students
an understanding of the most important issues,
problems and opportunities they may face, teach
them the skills they will need to continue to look
ahead on their own; and prepare them to cope
successfully with the dislocations and stresses of
rapid change….”
Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan?Why Teach The Future?
Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan?Why Teach The Future?
D.L. Kauffman (1976) , Teaching The Future. ETC Publication, California
OHP 8
Umar Alkhatab
“Berilah pendidikan kepada
anak-anak kamu yang dilahirkan
untuk zaman lain
daripada zaman kamu”
Umar Alkhatab
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
“KAJIAN MASA DEPAN”Satu Cara Kita Menyusun Pemikiran
Satu Cara Kita Mengkonsepsikan KehidupanTindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka Panjang
Keputusan-Keputusan Yang Kita Akan Ambil
“KAJIAN MASA DEPAN”Satu Cara Kita Menyusun Pemikiran
Satu Cara Kita Mengkonsepsikan KehidupanTindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka Panjang
Keputusan-Keputusan Yang Kita Akan Ambil
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa Depan secara berkaedah,
bermakna dan bertanggungjawab
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa Depan secara berkaedah,
bermakna dan bertanggungjawab
GENERASI MASA DEPAN YANG BERKEYAKINAN, BERUPAYA DAN
BERTANGGUNGJAWAB
·Kenapakah tajuk ini penting bagi masa depan?
·Bagaimanakah tajuk ini boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan?
·Apakah yang diberi perhatian?
BERFIKIR TENTANG MASA DEPANBERFIKIR TENTANG MASA DEPAN
OHP 21Tiga Cara Pengajaran
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Perancangan Seorang Guru PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Perancangan Seorang Guru
Perancangan Yang Strategik
Isu dan Tema Yang Relevan
Berpusatkan Murid
Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokrikulum atau
Sepanjang Hayat
Peranan Guru
Sebagai Fasilitator
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang masa depan
secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang masa depan
secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
KANDUNGAN MODUL
PENERANGAN AM
BAHAGIAN
1BAHAGIAN
2BAHAGIAN
3BAHAGIAN
4BAHAGIAN
5
“MENAMBAHKAN
ILMU”“BELAJARSENDIRI “
CARAPENGAJARAN
CARA “BERKONGSI”
BAHAGIAN 1
PENERANGAN AM
Guru boleh mendapat satu gambaran dan
kefahaman tentang modul latihan pengajaran
berasaskan Kajian Masa Depan.
·Pengenalan·Objektif Modul Latihan ·Prinsip Organisasi·Pengoperasian Modul Latihan
·Pengenalan·Objektif Modul Latihan ·Prinsip Organisasi·Pengoperasian Modul Latihan
BAHAGIAN 2
“BELAJAR SENDIRI”Guru boleh mendapat kefahaman Kajian Masa Depan dengan lebih mendalam dan mengaplikasikan pengajaran berasaskan Kajian
Masa Depan
APA?MENGAPA?
BAGAIMANA?
MEMAHAMI KONSEP UTAMA ·Apakah Kajian Masa Depan?·Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan·Objektif ·Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
MEMAHAMI TEKNIK DAN ALAT KAJIAN MASA DEPAN·Komponen Kajian Masa Depan ·Bagaimana bahan pengajaran digunakan
MEMAHAMI KONSEP UTAMA ·Apakah Kajian Masa Depan?·Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan·Objektif ·Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
MEMAHAMI TEKNIK DAN ALAT KAJIAN MASA DEPAN·Komponen Kajian Masa Depan ·Bagaimana bahan pengajaran digunakan
BAHAGIAN 3
CARA MENJALANKAN PERANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN
KAJIAN MASA DEPAN
Guru boleh merancang pembelajaran berasaskan pengetahuan dan Kemahiran
Kajian Masa Depan.
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN·Rangka perancangan·Cara Pengajaran Contoh mata pelajaran
PENILAIAN KENDIRI
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN·Rangka perancangan·Cara Pengajaran Contoh mata pelajaran
PENILAIAN KENDIRI
BAHAGIAN 4 Guru boleh menggunakan bahan untuk melatih guru lain ke arah pengajaran
berasaskan Kajian Masa Depan
Guru boleh menggunakan bahan untuk melatih guru lain ke arah pengajaran
berasaskan Kajian Masa Depan
MENGAPLIKASIKAN KAJIAN MASA DEPAN DALAM MATA PELAJARAN 1·Kandungan Sesi Latihan “Berkongsi Apa Yang Saya Tahu”·Perincian Sesi Latihan·Nota-Nota Penceramah·Kandungan Buku Kursus Peserta·Senarai bahan lutsinar·Koleksi bahan lutsinar
MENGAPLIKASIKAN KAJIAN MASA DEPAN DALAM MATA PELAJARAN 1·Kandungan Sesi Latihan “Berkongsi Apa Yang Saya Tahu”·Perincian Sesi Latihan·Nota-Nota Penceramah·Kandungan Buku Kursus Peserta·Senarai bahan lutsinar·Koleksi bahan lutsinar
BAHAGIAN 5
MENAMBAHKAN ILMUGuru boleh dapat maklumat
tambahan tentang Kajian Masa Depan.
Guru boleh gunakan bahan mengajar
semasa menjalankan latihan
MENAMBAHKAN ILMUGuru boleh dapat maklumat
tambahan tentang Kajian Masa Depan.
Guru boleh gunakan bahan mengajar
semasa menjalankan latihan
KAJIAN KES
GLOSARI DAN RUJUKAN·Pengertian Istilah ·Senarai Bahan Bacaan dan Laman Web
KAJIAN KES
GLOSARI DAN RUJUKAN·Pengertian Istilah ·Senarai Bahan Bacaan dan Laman Web
MENUNGU SESUATU JUGA SATU KEPERLUAN KAJIAN MASA DEPAN
INTEGRASI KECERDASAN EMOSI (KKE) DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
EMOTIONAL QUOTIENT (EQ)
DEFINISI KECERDASAN EMOSI (EQ)
Istilah emotional intelligence (EQ) mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh ahli psikologi iaitu Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire).
Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan.
Lima tahun selepas itu, Daniel Goleman (1995) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekali gus berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini.
Seperti aspek lain dalam kehidupan, kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar dalam bidang pendidikan.
Hakikatnya kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan.
Apabila diperhalusi dalam segala aspek pendidikan sama pendidikan secara umum, pendidikan kanak-kanak, pendidikan orang dewasa apatah lagi pendidikan tinggi menekan aspek kecerdasan emosi sama ada dalam pembentukan dan perlaksanaan kurikulum ataupun dalam aspek pembangunan profesionalisme pendidiknya.
Apabila kecerdasan emosi mula-mula diperkenalkan kepada dunia banyak sarjana dan pemikir yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikannya kepada ‘kepintaran manusia’.
Hal ini kerana, ‘kepintaran’ menurut pandangan mereka merujuk kepada kepintaran kognitif yang menggunaan simbol IQ.
Namun selepas beberapa tahun ia diperkenalkan secara giat dan komprehensif oleh sarjana-sarjana psikologi daripada sekolah-sekolah psikologi ternama seperti Havard dan Yale, kepintaran emosi menjadi kesedaran dan momentum baru kepada mana-mana individu, institusi dan masyarakat seluruh dunia.
Justeru itu, kepintaran tidak lagi menjadi faktor dominan sebagai penentu penentu kepintaran manusia. Manusia pintar dan bijaksana dalam dekad ini bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi malah EQ yang tinggi.
KEPENTINGAN EMOTIONAL QUOTIENT (EQ) ATAU KECERDASAN
EMOSI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Pertumbuhan kecerdasan emosi seseorang dipengaruhi oleh :
keluarga lingkungan persekitaran contoh-contoh pengalaman yang diperoleh sejak lahir dari kedua ibu bapanya.
Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.
Antara objektif-objektif Pendidikan Moral untuk sekolah rendah ialah:
1.Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia
3. Menyedari dan menerima kepentingan
tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,
negara serta alam sekitar.
4. Mengembangkan dan mengaplikasi pemikiran
moral, perasaan moral dan perlakuan moral
dalam membuat sesuatu pilihan dan keputusan
yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
Seseorang insan bermoral adalah seseorang yang memahami keperluan untuk mengamalkan peraturan dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhinya tanpa berfikir.
Antara empat kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi dalam pengajaran Pendidikan Moral adalah berdasarkan aspek-aspek berikut:
• Kesedaran kendiri• Mengendalikan emosi• Penentuan matlamat• Kemahiran bersosial
Top Related