8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
1/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK
PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR
KUMPULAN
EL A02
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO.ID NO.TELEFON
KO PEI YUN D20102040424 012 - 5185976
NAMA TUTOR E LEARNING: PROFESOR MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD
TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2011 ( RABU )
PEMARKAHAN
1. REFLEKSI
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
2/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
Soalan Esei Ilmiah :
UNIT 1 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DI MALAYSIA.
2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit
tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
tentang isi kandungan unit pelajaran.
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara.
Kecemerlangan sesebuah negara amat bergantung kuat kepada pendidikannya kerana
percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk
memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan
ekonomi, sosial, dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk
membentuk sistem pendidikan yang bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan
potensi individu sepenuhnya bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. Perlu kita faham
bahawa sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, Malaysia melihat
masalah pendidikan yang sedia wujud memberi impak yang besar ke atas pencapaian
akademik, kerjaya, dan teknikal atau latihan sumber manusia di kalangan rakyat. Masalahpendidikan juga melibatkan masalah sosiobudaya dan nilai kemasyarakatan yang perlu
dihadapi oleh kerajaan tentang masalah membina insan, masalah perpaduan negara dan
masalah bahasa pengantar sebagai alat pembentukan jiwa rakyat dan alat pembangunan
negara. Pada asasnya, sistem pendidikan kebangsaan yang telah dicadangkan dalam
Penyata Razak 1956 bertujuan untuk membentuk rakyat di Persekutuan Tanah Melayu
supaya mempunyai identiti kebangsaan yang sama melalui sistem pendidikan yang sama
dan bahasa pengantar yang sama. Malangnya, tujuan tersebut tidak tercapai dan sistem
pendidikan yang diwarisi dari zaman British masih berterusan diamalkan di sekolah-sekolah.
Hakikatnya, Dasar Pelajaran Kebangsaan telah wujud melalui Penyata Razak 1956, Ordinan
Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960. Sebenarnya, Laporan Rahman Talib telah
menyemak semula dasar pendidikan negara yang sedia ada dan cadangan-cadangan untuk
meningkatkan keberkesanan dasar tersebut yang dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.
Hanya selepas Peristiwa 13 Mei 1969, sistem pendidikan kebangsaan telah dijadikan
sebagai wadah penting dan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi membina
masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, tujuan
sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk menyatakan kanak-kanak dari semua bangsa
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
3/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
dalam negara ini melalui satu peraturan persekolahan dan melalui penggunaan bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Manakala Akta Pelajaran 1961, menentukan
kurikulum sekolah yang sama dan yang berorientasikan suasana pribumi di Malaysia. Selain
daripada memenuhi keperluan tenaga terpelajar bagi pembangunan sosioekonomi negara,
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatu padu di mana rakyat berkongsi identiti negara yang sama melalui Bahasa
Kebangsaan dan sistem pendidikan yang serupa. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah diisytiharkan dengan penekanan bahawa:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pendidikan telah memainkan
peranan terpenting dalam usaha kerajaan membina masyarakat Malaysia yang bersatu
supaya perpaduan negara terjamin. Sistem pendidikan kebangsaan yang dijalankan sejak
tahun 1970 dapat menentukan penyeragaman dalam aspek kurikulum, sistem peperiksaan
dan kegiatan kokurikulum yang melibatkan semua sekolah kebangsaan di peringkat rendah,
menengah dan di peringkat pendidikan tinggi. Di peringkat sekolah rendah, kerajaan
membenarkan penggunaan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di sekolah rendah jenis
kebangsaan manakala di sekolah rendah swasta, bahasa-bahasa lain juga dibenarkan.
Untuk mendapatkan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP sekarang dikenali PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), seseorang pelajar dikehendaki lulus dengan kredit dalam mata
pelajaran Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Pada tahun 1984, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
diperkenalkan dengan tujuan menguatkan lagi sistem pendidikan kebangsaan supaya dapat
melahirkan rakyat yang bersatu dan berdisiplin. KBSR berteraskan asas 3M iaitu membaca,
mengira dan menulis di samping memupuk nilai-nilai etika dan estetika. Manakala KBSM
bercorak umum dan liberal di mana para pelajar mengikuti pelajaran dalam komponen
bahasa, sains dan vokasional. KBSR telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai
tahun 1988 dengan pengenalan empat mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan mata pelajaran-mata pelajaran lain
diperkenalkan mulai tahun 1989. Satu lagi aspek baru KBSR dan KBSM ialah pendidikan
kewarganegaraan yang diajar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia di peringkat sekolah
rendah dan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah. Di samping itu, mata
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
4/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
pelajaran moral juga diajar kepada pelajar-pelajar bukan Islam dan mata pelajaran
pendidikan Islam diperkenalkan dengan tujuan menanam nilai-nilai murni dan tingkah laku
yang bersopan santun serta pendekatan yang sering hormat-menghormati di antara satu
sama lain di kalangan pelajar beragama Islam. Setelah sekian lama KBSR dan KBSM
diguna pakai di sekolah, transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin keberkesanan
pendidikan dan kesesuaian kurikulum kepada generasi muda bagi menghadapi cabaran dan
perubahan semasa. Kurikulum transformasi adalah suatu tindakan yang diambil demi
memastikan pendidikan yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran
dunia pada masa kini. Kurikulum Kebangsaan dikaji semula demi memastikan kurikulum
yang holistik dan tidak terlalu akademik sehingga membebankan murid. Kurikulum yang
sedia ada dikaji semula bagi memenuhi beberapa hasrat negara antaranya adalah untuk
membangunkan modal insan, penghasilan murid yang celik minda, membentuk
warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta membangunkan akal
manusia dalam melahirkan insan yang ulul al-bab. Sehubungan dengan itu, pada tahun
2010, Transformasi Kurikulum dimulakan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
pula dilaksanakan pada tahun 2011. Konsep KSPK dan KSSR adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memperkembangkan potensi individu
yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kurikulum ini dibina dengan
berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KSPK dan
KSSR digubal dengan bermatlamatkan melahirkan modal insan seimbang yang kreatif, kritis
dan berinovatif melalui enam tunjang. Enam tunjang tersebut merupakan gabungan domain
ilmu dan kemahiran insaniah yang akan membangunkan modal insan seimbang sekiranya
berjaya ditanam ke dalam diri murid. Setiap tunjang mempunyai matlamat yang cukup jelas
dan sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan melaksanakan
perubahan-perubahan yang terkini, pasti rakyat Malaysia mampu duduk sebaris dengan
rakyat di negara maju dalam pelbagai bidang. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus
menjadi sebuah negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur,
penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang
berdaya saing. Oleh sebab itu, pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara
yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa
amat bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin mustahak lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan
sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan
dari pelbagai negara. Justeru itu, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan untuk
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
5/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
membentuk satu bangsa Malaysia. Antaranya, kerajaan telah merangka dan memberikan
penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada
perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-
dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai
pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara ketika merancang program pembangunan
negara. Dengan kata lain, Rukun Negara merupakan acuan integrasi nasional,
pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara serta ikrar rakyat Malaysia untuk
perpaduan. Maknanya, Rukun Negara dalam konteks pembangunan politik jelas
menyatakan cita-citanya untuk membina negara bangsa, iaitu negara dan bangsa Malaysia
yang rakyatnya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratik, melaksanakan
keadilan sosial dan berfikiran terbuka. Dalam konteks pembangunan ekonomi pula, Rukun
Negara menggariskan bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi yang
berpandukan kepada perindustrian yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang
progresif. Pembinaan negara bangsa melalui pendidikan amat penting untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang dan budaya.
Antara langkah yang diambil dalam sistem pendidikan ke arah membina negara bangsa
Malaysia adalah penghayatan prinsip Rukun Negara. Rukun Negara diajar dalam mata
pelajaran Kewarganegaraan dan di sekolah kelima-lima prinsip Rukun Negara dipaparkan
pada dinding sekolah. Tujuannya adalah untuk memupuk rasa hormat dan cinta pada
negara, membina sikap timbang rasa terhadap kumpulan etnik yang berlainan, membentuk
kepercayaan diri, sikap inovatif dan mempunyai tingkah laku yang betul dan bermoral.
Melalui pembelajaran nilai murni, diharapkan guru dapat memupuk sifat kewarganegaraan
dalam kalangan pelajar supaya mereka memahami peranan dan tanggungjawab masing-
masing dalam masyarakat berbilang kaum. Negara Malaysia amat unik kerana
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang menyumbang kepada satu
gabungan kepercayaan, nilai dan cara hidup dalam sebuah negara. Setiap kumpulan
mempunyai agama, bahasa, makanan dan pakaian yang mungkin kurang difahami oleh
kumpulan yang lain. Selama ini, negara kita telah cuba menyatupadukan semua rakyat yangpelbagai budaya melalui program-program perpaduan. Namun, pendekatan yang telah
dirancang lebih menekankan toleransi dan menghormati kumpulan etnik yang lain demi
mewujudkan satu masyarakat yang hidup berharmoni. Sejak kemerdekaan, negara kita
telah berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran dasar-dasar pembangunan negara.
Dasar ini dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan,
asperasi rakyat dan persekitaran global. Sebagaimana Rukun Negara, dasar-dasar
pembangunan negara juga tujuan asasnya ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), diperkenalkan kesan daripada peristiwa 13 Mei
1969 akibat jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sangat ketara.
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
6/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
Objektif utama Dasar Ekonomi Baru ialah memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan
sosioekonomi antara kaum dengan harapan kekayaan dan pendapatan serta peluang
ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Dengan erti kata
yang lain, dasar ini bertujuan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang
wujud antara kaum dan wilayah serta mempertingkatkan penglibatan kaum Bumiputera
dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dilaksanakan menerusi strategi serampang
dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat untuk mengurangkan serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi. Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) telah diperkenalkan sebagai
kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru yang berakhir pada tahun 1990. Walaupun
Dasar Ekonomi Baru dianggap berjaya membangunkan negara pada tahap yang
memberangsangkan, namun masih lagi jauh daripada sasarannya. Lantaran itu, kerajaan
memikirkan masa yang lebih panjang diperlukan untuk merealisasikannya. Sehubungan
dengan itu, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada tahun 1991 melalui
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000. Seperti matlamat Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional juga bertujuan untuk mencapai
pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil demi
mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. Matlamat
akhir Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mencapai perpaduan negara. Sebagai
tambahan, Dasar Pembangunan Nasional memperkasakan pendekatannya dengan
memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakannya iaitu penegasan terhadap
pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan
tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif serta memberi perhatian kepada pembangunan
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian sebagai strategi ke arah meningkatkan
dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; dan
meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
serta memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai
dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diperkenalkan dengan tujuan mewujudkan
masyarakat yang harmonis kerana menggunakan acuan tempatan iaitu menggunakan
bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan kurikulum yang seragam seperti yang termaktub
dalam Penyata Razak tahun 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Laporan Rahman Talib
1960 dan seterusnya Akta Pelajaran 1961. Selepas itu, dikaji semula oleh Jawatankuasa
Kabinet 1974 dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979 bertujuan untuk menambahbaik
pelaksanaan sistem pendidikan sedia ada untuk mencapai matlamat melahirkan satu
masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat
yang terlatih bagi membangunkan negara Malaysia. Dalam konteks ini, pendidikan yang
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
7/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
bersifat holistik memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan ini, peranan sekolah dan guru dalam
merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti demi membentuk insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran, adab dan nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat
membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh,
berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat
seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. Guru
dengan kecekapannya melalui sistem pendidikan berupaya membina sebuah negara
bangsa yang berjaya. Berlandaskan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
PIPP, guru harus menggalakkan penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Guru
bukan sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Melayu dalam diri murid-
murid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut. Bahasa Melayu telah membuktikan dirinya
sebagai bahasa yang berdaya tadbir dalam bidang profesional dan akademik. Ianya
berkemampuan berfungsi sebagai bahasa Kebangsaan kepada sebuah negara moden dan
maju. Selain itu, konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan
perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malayisa. Satu lagi ciri
kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan ialah pengajaran mata pelajaran Kajian
Tempatan di sekolah rendah dan mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Para
pendidik sememangnya sedar tentang kepentingan kedua-dua mata pelajaran ini sebagai
medan memupuk semangat patriotisme dan kewarganegaraan dalam diri pelajar. Dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar mendalami dalam kepelbagaian kumpulan etnik
dan agama, ciri-ciri hubungan etnik serta hak orang Melayu, kedudukan agama Islam serta
bahasa Kebangsaan dalam perlembagaan. Pembelajaran Kajian Tempatan memberikan
pendedahan kepada pelajar untuk berkongsi kepercayaan dan pantang-larang dengan
rakan-rakan mereka. Pelajar akan lebih sedar tentang budaya dan agama yang berbezaserta rasa hormat terhadap perbezaan setiap budaya dapat ditanamkan oleh guru.
Pengajaran Kajian Tempatan dan Sejarah direka bentuk melalui tema-tema untuk memupuk
keharmonian dalam kalangan etnik serta kestabilan politik negara. Sistem pendidikan telah
berusaha menyatupadukan kumpulan pelbagai budaya melalui kedua-dua mata pelajaran
tersebut dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada cara guru menyampaikan
kandungan kepada pelajar yang berbilang kaum di sekolah. Bagi memupuk semangat
perpaduan di kalangan pelajar pelbagai etnik, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan lagi
supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat
patriotisme serta berakomodatif yang tinggi. Lantaran itu, sekolah kebangsaan adalah perlu
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
8/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Oleh yang demikian, sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaiknya supaya bukan boleh
menarik orang Melayu, tatapi juga orang bukan Melayu. Lantaran itu, dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan
dengan seratus peratus guru di sekolah menengah dan dua puluh lima peratus guru di
sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012 supaya
sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Sebenarnya, semangat perpaduan di
kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat
institut pendidikan tinggi dengan beberapa cara iaitu tidak mengetepikan penguasaan
bahasa ibunda masing-masing dengan tujuan memberikan kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik; mengadakan lebih banyak aktiviti
antara golongan etnik; dan melaksanakan program interaksi antara sekolah dan
memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran
berinteraksi dengan golongan etnik yang lain. Di samping itu, kerajaan telah
memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk
memupuk nilai perpaduan kaum dengan menyediakan satu ruang sosial yang memberi
kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan
seterusnya menjalin hubungan yang harmonis antara satu sama lain. Kerajaan turut
memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama
antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru. Terdapat empat
objektif utama RIMUP iaitu menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam sebarang
kegiatan anjuran sekolah; mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong; melahirkan
persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah; dan berkongsi
kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan tertentu. Langkah ini
diharapkan mampu meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar di sekolah. Selain
itu, kerajaan juga menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil dan Mandarin sebagai mata
pelajaran elektif di sekolah aliran kebangsaan untuk memberi peluang kepada para pelajar
dari etnik lain untuk mempelajarinya sebagai bahasa sekunder. Langkah ini juga merupakanpemangkin kepada proses interaksi dan integrasi antara kaum. Di samping itu, kerajaan
memperkenalkan juga Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) yang bertujuan
mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan
kualiti hidup untuk golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan jurang ekonomi
antara kumpulan etnik dan kawasan bandar dan luar bandar. Oleh itu, guru sebagai
pemimpin mempunyai peranan yang besar sebagai agen penyebar perpaduan kepada
pelajarnya serta pemangkin dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan
dan projek akademik di sekolah. Aktiviti-aktiviti sedemikian yang dianjurkan bertujuan untuk
membina jati diri, menanam semangat kecintaan kepada bangsa dan negara, memupuk
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
9/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
semangat perpaduan dan semangat hormat-menghormati serta peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. Dalam usaha
mencapai misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu membangunkan potensi
individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan akan dihadapi. Justeru,
salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualiti
pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam proses ini, guru bukan sahaja
berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam
menjalankan tanggungjawab mereka. Status profesion keguruan perlu dinaiktarafkan demi
menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah lebih menarik berbanding dengan profesion
lain. Laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan
cabaran-cabaran pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah satu sistem
dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan
dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk
menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa bagi
memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam segala aspek perkembangan
dan pembangunan pada peringkat global. Maka, bagi mendepani cabaran dan krisis
ekonomi pada peringkat global, pendidikan menjadi jentera dalam melakukan perubahan
bagi tujuan meningkatkan kekuatan sosial dan peluang pekerjaan. Para pendidik perlu lebih
kreatif dan inovatif serta mengembangkan dimensi baharu dalam pengajaran. Inovasi perlu
berlaku dalam teknologi terkini, iaitu perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi
menjimatkan tenaga, masa dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu meningkatkan
produktiviti. Sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa
pendekatan dan model-model perubahan. Kita telah menyaksikan beberapa dasar yang
diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengubah rakyat agar dapat melonjakkan
kecemerlangan diri dan negara. Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia
sedang giat memperluas gagasan pendemokrasian pelbagai peringkat pendidikan dengan
menjadikannya sebahagian daripada dasar nasional. Selari dengan matlamat dasar
pendemokrasian pendidikan, pelbagai program pembangunan pendidikan menerusiRancangan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) telah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dalam konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia,
dasar-dasar penting telah dibentuk. Antaranya adalah dasar untuk melaksanakan
pendidikan wajib peringkat asas, dasar untuk pelaksanaan sekolah vernakular, pendidikan
selama 13 tahun, sekolah teknikal, sekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas,
sekolah swasta dan sekolah Agama Islam. Di samping itu, negara juga mewujudkan
peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi, pendidikan sepanjang hayat dan tidak
ketinggalan mewujudkan sekolah-sekolah kurang murid di kawasan terpencil untuk
penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Berlandaskan pendemokrasian pendidikan,
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
10/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik, gender dan kurang berupaya telah diberi
peluang untuk mendapat pendidikan yang sama dan pelajar akan melalui pendidikan yang
formal dengan kurikulum yang sama dalam sistem pendidikan. Maka, peruntukan yang
seimbang diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di Malaysia kerana setiap
bangsa di negara ini sedar akan kepentingan pendidikan untuk mereka dan generasi akan
datang. Salah satu cabaran adalah menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi
untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah terutama di bandar. Kerajaan perlu
menambah bilangan bilik darjah serta membina lebih banyak sekolah untuk menampung
bilangan pelajar yang kian meningkat. Dengan ini, pendidikan yang bermutu dapat
melahirkan pelajar yang berpersonaliti unggul pada generasi ini tercapai. Antara cabaran
yang perlu ditangani adalah merangkumi kemudahan-kemudahan asas dari segi bilangan
bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya. Dari segi sumber tenaga pula, guru
memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan negara melalui
pembentukan modal insan yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, pembentukan modal
insan guru perlu didahulukan bagi memastikan para guru mampu melaksanakan peranan
mereka sebaik mungkin. Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang
menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru. Maktab-maktab perguruan yang selama
ini melatih guru pada peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah dinaikkan taraf
menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi membolehkan guru-guru keluarannya
dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) sebagai bekalan tenaga
pendidik di sekolah rendah. Anggapan bahawa para guru sekolah rendah cukup sekadar
lulus dengan diploma perguruan telah bertukar apabila Institut Pendidikan Guru mula
melatih bakal guru pada peringkat Ijazah mulai tahun 2006 agar dapat meningkatkan kualiti
pendidikan. Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan bilangan guru
siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila Institut Pendidikan Guru mendapat
kelulusan untuk melaksanakan program ijazah. Kesedaran tentang betapa pentingnya
pendidikan dalam dunia globalisasi memberikan tekanan kepada para guru untuk
merancang program kurikulum agar dapat menangani globalisasi dalam pendidikan. Sistempendidikan negara telah berubah dari semasa ke semasa untuk memenuhi hasrat
menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020.
Maka, guru seharusnya berusaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dapat mencapai hasrat tersebut. Antara usaha yang perlu diambil oleh guru adalah melatih
pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri dan bukan hanya
memperoleh pembelajaran melalui latih tubi sahaja. Pelajar perlu diberi peluang untuk
berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mereka cipta inovasi dalam pendidikan. Hal ini
bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai autonomi terhadap pembelajaran serta
berdaya saing untuk mengecap kejayaan dalam pencapaian secara antarabangsa. Dengan
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
11/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
globalisasi, guru harus meningkatkan perkembangan profesionalismenya selain mengemas
kini maklumat yang pesat. Guru yang lengkap dengan idea baharu dapat merangsang
pelajar untuk berusaha dan menghasilkan ciptaan dan inovasi untuk negara Malaysia.
Dalam dunia tanpa batasan dan sempadan, perkembangan teknologi maklumat telah
mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya telah banyak mengubah kehidupan manusia.
Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi melalui Internet sememangnya merupakan
sumber maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan. Di samping itu, Internet dapat
memperkaya ilmu dan kemahiran, serta menjadi tempat untuk pertukaran dan perkongsian
pendapat dan idea. Pada zaman kini, penggunaan Internet sebagai media mengajar dalam
kalangan guru demi melahirkan pelajar celik teknologi maklumat. Oleh yang demikian,
dalam menghadapi perubahan dan tuntutan pada peringkat global, penguasaan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu cabaran terkini kepada semua guru.
Cabaran amat besar kepada guru atau masyarakat ialah bagaimana hendak mendidik
generasi muda dalam penggunaan Internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan
sebaliknya. Guru berperanan memberikan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan
mengenai penggunaan Internet supaya kanak-kanak memahaminya sejak kecil lagi.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus berperanan mewujudkan satu
budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkap diri sebagai seorang yang
berpengetahuan di samping mempunyai sahsiah yang disanjung tinggi. Dengan demikian,
kita sebagai rakyat Malaysia boleh berada pada medan yang sama untuk terus bersaing
dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi yang berupaya
menghalang dan membantutkan kemajuan negara kita. Sebagai memenuhi aspirasi
kerajaan dalam membina modal insan yang berinovatif dan progresif, pendidikan prasekolah
meletakkan pembelajaran melalui teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu
elemen penting ke arah menangani cabaran-cabaran pendidikan alaf baharu. Seperti yang
dimaklumkan, dalam proses menimba ilmu, guru memainkan peranan untuk menyampaikan
ilmu kepada pelajar. Cara penyampaian yang berkesan merupakan salah satu cabaran
kepada guru untuk memastikan ilmu yang disampaikan itu dapat dikuasai oleh pelajar bagimengaplikasikannya dalam dunia pekerjaan kelak. Guru harus sentiasa peka dan mengikut
trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan supaya
pelajar menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam
dunia yang berteknologi tinggi. Belajar untuk menguasai kemahiran bermaksud pendidikan
dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam
bidang pekerjaan kelak. Antaranya kompetensi peribadi seseorang diasah agar mereka
dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan. Dengan ini, pendidikan seharusnya
dapat menyediakan peluang pelajar menguasai nilai-nilai peribadi seperti kemahiran-
kemahiran insaniah atau interpersonal di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
12/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
bidang pekerjaan. Antara kemahiran yang penting termasuklah kemahiran berkomunikasi,
berpasukan dan menyelesaikan masalah. Cabaran pada masa kini ialah cara bagaimana
hendak memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan
perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakan negara perindustrian, hampir 70-80%
penduduk yang melibatkan sektor perkhidmatan (UNESCO). Pewujudan kumpulan kecil
jaringan dan pakatan menunjukkan peri mustahaknya kemahiran interpersonal sebagai satu
kriteria dalam permohonan pekerjaan. Sebagai sebuah negara yang bermatlamat menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia perlu menentukan kemahiran
teknologi dan kesanggupan pekerja-pekerjanya yang perlu bersedia belajar serta ubahsuai
diri kepada keperluan pasaran buruh yang pesat dalam perkembangan teknikal dan
vokasional. Pewujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi
telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk menyediakan modal
insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan glokal dan seterusnya
mambantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi
cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa. Dalam kata lain, Malaysia memerlukan
sumber manusia yang terlatih baik dalam bidang perusahaan dan penyelidikan mahupun
dalam persediaan pekerja-pekerja menerima pembaharuan-pembaharuan dalam bidang
teknikal. Menerusi cara ini, ianya akan berjaya membangunkan negara ini sebagai sebuah
negara maju. Maka, pendidikan dalam negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi
pelajar berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan
dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif
dan berpasukan. Di samping itu, pendidikan seharusnya menyumbang kepada
pembentukan insan yang menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan
penghargaan estetika. Setiap individu perlu menerima didikan sejak awal kanak-kanak
hinggalah ke peringkat remaja dalam semua aspek sehingga individu boleh berfikir secara
kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya.
Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berusaha menterjemah danmentransformasikan kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai
kemahiran dan keterampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak
membina pengetahuan dan kemahiran secara developmentalmengikut kadar pembelajaran
untuk mencapai hasrat mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kurikulum perlu mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Belajar
untuk harmoni dan bekerjasama adalah salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia
yang dilanda dengan konflik. Dengan ini, amat penting pendidikan di semua negara
memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
13/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negara yang berbilang kaum dan silang
budaya. Sepertimana yang dicadangkan oleh UNESCO, pendidikan harus memberikan
peluang kepada pelajar meneroka dan mamahami orang lain sejak awal persekolahan.
Mereka perlu didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara dan kesedaran
tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan
satu masyarakat yang hidup secara harmoni. Pendidikan perlu menjadi wadah untuk mereka
belajar tentang budaya, agama, tingkah laku satiap kaum etnik sesebuah negara. Hal ini
akan membantu memperjelas perkara yang mungkin kurang difahami oleh satu-satu kaum.
Oleh hal yang demikian, para pendidik seharusnya mempunyai sikap keterbukaan dan tidak
mengongkong ciri ingin tahu pelajar mengenai budaya orang lain. Jika pelajar pelbagai
budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek, isi-isu mengenai perbezaan atau konflik
antara mereka akan hilang sama sekali. Dalam proses sebegini, projek tersebut akan
menjalinkan suatu ikatan dan nilai yang sama kepada mereka berbanding dengan ciri-ciri
yang membezakan mereka. Oleh itu, peranan guru adalah amat penting untuk menangani
isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah
yang produktif dan mesra budaya. Untuk konsep kepelbagaian budaya menjadi satu
fenomena dalam sistem pendidikan, segala perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat
supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar dan
masyarakat. Justeru itu, guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan pelajar, guru perlu menerapkan
nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang pelajar bergaul dan
memahami budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum atau budaya
bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Bahasa kebangsaan penting
dalam konteks pembinaan negara bangsa kerana berkait rapat dengan persoalan ideologi,
nasionalisme, integrasi nasional dan identiti nasional. Justeru itu, bahasa Melayu dipilih
sebagai bahasa rasmi yang diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Namun begitu, cabaran terhadap kedudukan dan kemampuan bahasa Melayu nampaknyasemakin meningkat terutamanya pada tahun 1990-an apabila berlaku perkembangan pesat
dalam bidang sains dan teknologi maklumat serta perubahan sosioekonomi sedunia.
Kebanyakan cabaran tersebut tertumpu kepada kedudukan bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa dan alat penggerak kemajuan negara dalam era teknologi yang berkembang
dengan pesat. Antara usaha untuk mengatasi situasi ini adalah dengan membezakan
peranan bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris di mana bahasa Kebangsaan dianggap
sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi di Malaysia manakala bahasa Inggeris
dijadikan sebagai bahasa kemajuan negara. Sebagai contoh, bahasa Inggeris dijadikan
sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah.
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
14/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
Perkembangan ini akhirnya akan melahirkan penggunaan bahasa mengikut sektor iaitu
sektor awam dan sektor swasta. Walaupun begitu, keputusan kerajaan menonjolkan
penggunaan bahasa Inggeris tidak perlu dipersoalkan lagi kerana kerajaan berhasrat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau dan selanjutnya
dapat menyumbang kepada penjanaan pembangunan ekonomi negara. Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa antara mendengar, bertutur, membaca dan menulis ialah asas dalam
kecemerlangan diri. Justeru itu, rakyat Malaysia perlu mampu menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan antara kaum di Malaysia, di samping berusaha menguasai
bahasa Inggeris bagi membolehkan rakyatnya bersaing dalam pelbagai bidang pada
peringkat antarabangsa. Perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi
kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat jelata. Maka,
negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai budaya amat memerlukan penstrukturan dan
perancangan yang rapi terhadap sistem pendidikan supaya aspek seperti kualiti guru, bahan
kurikulum, kemudahan asas dan penglibatan masyarakat diambil kira sebagai penyumbang
kepada peningkatan kualiti pendidikan. Difahamkan bahawa pendidikan merupakan nilai
yang penting serta prasyarat untuk kejayaan sesebuah negara. Maka, hasrat yang hendak
dicapai oleh negara adalah sesuatu yang lengkap dan sempurna yang merangkumi aspek
luaran dan dalaman, jasmani dan rohani, serta dunia dan akhirat. Sehubungan dengan itu,
kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu
melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang
membawa perubahan dalam corak kehidupan manusia. Sekolah bagaikan sebuah kilang
yang mengeluarkan produk. Produk yang berkualiti bergantung kuat kepada formula
pengeluarannya yang seterusnya menjadikan produk tersebut bermanfaat. Dengan ini,
perubahan dalam pendidikan perlu dilakukan secara agresif untuk membina semula
rakyatnya terutama generasi muda dalam memastikan hala tuju negara tidak terbabas dan
pendidikan yang berkualiti berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah
negara. Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa
Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk sifatnya iaitu terdiri daripada pelbagaisuku kaum, bahasa, budaya dan agama. Lantaran itu, banyak cabaran yang terpaksa
diharungi untuk memupuk perpaduan dan integrasi antara etnik, membina dan menjalin
hubungan etnik serta mewujudkan kestabilan politik, pembangunan dan keselamatan
negara sebagaimana yang dihasratkan. Justeru itu, adalah diharapkan agar semua pihak
perlu memainkan peranan dalam ruang lingkup bidang kuasa masing-masing agar aspirasi
dan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang
tahun 2020 dapat dicapai dan ditunaikan.
8/2/2019 KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
15/15
KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
Rujukan :
Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman (2007),Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi:
Peranan dan Cabaran, Masalah Pendidikan, jld 30(1), Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan, Kuala Lumpur:KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008),Modal Insan Cemerlang:Minda Kelas Pertama,
Putrajaya:Bahagian Sekolah,KPM.
Syed OMAR Syed Agil. (1996). Malaysia di ambang abad ke-21 prasyarat menuju
Malaysia maju tahun 2020.Kuala Lumpur:Institut Perkembangan Minda (INMIND).
Zaid Ahmad et al. (2006), Hubungan Etnik di Malaysia, Shah Alam:Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1973). Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web:
Kementerian Pelajaran Malaysia:http://www.moe.gov.my/
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php
The Way Forward: Vision 2020, diperoleh daripada
http://www.wawasan2020.com/vision/,2Jun2009.
http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/http://www.mosti.gov.my/mosti/index.phphttp://www.mosti.gov.my/mosti/index.phphttp://www.mosti.gov.my/mosti/index.phphttp://www.wawasan2020.com/vision/,2Jun2009http://www.wawasan2020.com/vision/,2Jun2009http://www.wawasan2020.com/vision/,2Jun2009http://www.mosti.gov.my/mosti/index.phphttp://www.moe.gov.my/Top Related