KESEDARAN MENUTUP AURAT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT. SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI, JOHOR.
NORLIZA BINTI AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KESEDARAN MENUTUP AURAT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT. SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SKUDAI, JOHOR.
NORLIZA BINTI AHMAD
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukurku atas segala kurniaan-Mu Solawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi
semangat dan dorongan yang tidak terhingga…
Buat kekandaku serta suaminya Rohana binti Ahmad & Mohd Radzi Abdul Rahman
Terima kasih atas pengorbanan dan perhatian yang telah berikan
Buat Mak & Ayah yang disayangi & dirindui…
Ku teruskan perjuangan ini walaupun mak &ayah tiada di sisiku Ku tunaikan hasrat dengan memiliki segulung ijazah yang amat
berharga buat mak &ayah.. Aku amat menghargai jasa &pengorbanan mak &ayah
Tidak akan ku melupai sehingga akhir hayatku
Abg Jo dan kak Nor, Abg Mi dan kak Ani, Abg Syak dan kak Dillah, Abg Din dan kak Maz, Abg Noh dan kak Fidah,
Abg Ery dan kak Asmah, Abg bakar Semoga tautan ukhuwwah ini menjalin kemesraan
buat selama-lamanya
Penyambung warisan sekeluarga.. Hazrey, shalina, Izuddin, shafiq, Hasif, Munirah,
fateha,fatin, itqan, irfan, iqbal Teruskan perjuangan kalian…
Jangan menghampakan mak dan abah
Buat Penyelia yang dikagumi.. Ustaz Abdullah Sulong
Syukran Jazilan Terima kasih atas tunjuk ajarmu yang diberikan
Segala teguran ustaz telah membakar semangat ku untuk meneruskan hingga ke titisan terakhir
Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS….
Dr. Farahwahida yang telah membantu dan menegur Nasihat dan teguran itu akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan..
Buat mawaddah, wan zainura & noor Betty Azura…
Segala pertolongan yang kalian berikan akan ku semadikan dalam ingatanku buat selama-lamanya. Hanya Allah SW.T. dapat membalas jasa kalian.
Buat Sahabat-sahabat seperjuangan Terima kasih kerana bersama-sama ku
mengharungi pahit getir sebagai Mahasiswa UTM Skudai
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas
Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini hingga
ke akhirnya.
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,
mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) Universiti Teknologi Malaysia dan ahli
keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan
seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini
memberi manfaat kepada semua pembaca.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesedaran menutup aurat dalam kalangan pelajar
tahun empat. Sampel kajian terdiri daripada 141 orang pelajar dari 150 pelajar di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Kajian berbentuk deskriptif
yang menggunakan soal selidik berasaskan kepada Skala Likert. Penyelidik membuat
analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows.
versi 14.0 bagi memperolehi kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan
nilai Cronbach's Alpha 0.835. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap kewajipan
menutup aurat adalah berada pada tahap sangat tinggi iaitu 4.53 min. Manakala
pengetahuan menutup aurat dalam kalangan pelajar tahun empat berada pada tahap yang
tinggi iaitu 4.31 min. dan bagi melihat amalan menutup aurat dalam kalangan berada
pada tahap tinggi iaitu 3.82 min. Oleh yang demikian, penyelidik telah memberi beberapa
cadangan dikemukakan bagi membantu para pelajar mempertingkatkan kesedaran
menutup aurat dalam kalangan mereka.
ABSTRAC
A research on student’s consciousnees in concerning aurat observation among fourth
year students has been conducted. A total of 141 from 150 boarding students at Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Were selected This research is
written in a full narrative description with the help of Likert scale. The data comprises of
percentage, frequency, and min was carefully examined in this study. Pilot research
showed that Cronbach's Alpha at 0.835. The findings indicate that positive feedbacks
about the students perception observing aurat are 4.53 mean. However, there are a few
positive feedbacks were given by students about the knowlegde of aurat observation
among fourth year students are 4.31 mean and positive feedbacks about recognize of
observing aurat among fouth years student are 3.82 mean. As conclusion, a few ideas
have been developed to help the students to improve their perception in using the
technology in their learning process to be more effective and efficient concerning the
aurat observation.
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN PENDAHULUAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii HALAMAN DEDIKASI iii HALAMAN PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ISI KANDUNGAN xiv SENARAI JADUAL xv SENARAI AYAT AL-QURAN xvi SENARAI SINGKATAN xvii SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Kesedaran 8
1.8.2 Aurat 8
1.8.3 Kalangan 9
1.8.4 Pelajar 9
1.9 Penutup 10 BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11 2.2 Menutup Aurat 11
2.3 Dalil Menutup Aurat Menurut al-Quran 12
2.4 Dalil Menutup Aurat Menurut as-Sunnah 13
2.5 Batasan Dalam Menutup Aurat 14
2.5.1 Batasan Aurat Muslimah Dengan
Muslimah 15
2.5.2 Batasan Aurat Muslimah Dengan Lelaki Bukan Mahram 17
2.5.3 Batasan Aurat Muslimah Dengan
Lelaki Mahram 18
2.5.4 Batasan Aurat Muslimah Dengan Wanita Kafir 19
2.5.5 Batasan Aurat Muslimah Dengan Kanak-Kanak 19
2.5.6 Aurat Muslimah Ketika Solat 20
2.6 Pemakaian Perhiasan Dalam Menutup Aurat 23
2.6.1 Pemakaian Minyak Wangi 24
2.6.2 Pemakaian Sutera 26
2.6.3 Pemakaian Emas dan Perak 27
2.7 Kajian Lepas 28
2.8 Penutup 30 BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31 3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Analisis Data 35
3.8 Jangka Masa Kajian 36
3.9 Penutup 36
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37 4.2 Bahagian A: Analisis Latarbelakang Responden 38
4.2.1 Latar belakang Responden
Mengikut Kursus 38
4.2.2 Latar belakang Responden Mengikut Umur 39
4.2.3 Latar belakang Responden
Mengikut Tempat Tinggal 39
4.2.4 Latar belakang Responden Mengikut Sekolah 40
4.2.5 Latar belakang Responden
Mengikut Keputusan Pendidikan Islam 40
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 41
4.3.1 Analisis Data Tentang Persepsi
Pelajar Terhadap Menutup Aurat 41
4.3.2 Analisis Data Pengetahuan Menutup Aurat 47
4.3.3 Analisis Data Amalan Menutup Aurat 53
4.4 Analisis Keseluruhan 57 4.5 Penutup 58
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59 5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar
Muslimah 60
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat 61
5.2.3 Pengetahuan Tuntutan Menutup
Aurat 63
5.2.4 Melihat Amalan Menutup Aurat 66
5.3 Rumusan 68
5.3.1 Persepsi Terhadap Kewajipan Menutup Aurat 68
5.3.2 Pengetahuan Tuntutan Menutup
Aurat 68
5.3.3 Melihat Amalan Menutup Aurat 69
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Mempertingkatkan Persepsi Terhadap Kewajipan Menutup Aurat 69
5.4.1.1 Peranan Universiti 69
5.4.1.2 Peranan Kerajaan 70
5.4.1.3 Peranan Instisusi
Keluarga 70
5.4.2 Mempertingkatkan Lagi Pengetahuan Tuntutan Menutup Aurat 71
5.4.2.1 Peranan Media
Elektonik 71
5.4.2.2 Peranan Media Cetak 71
5.4.2.3 Program yang
Dilakukan 72
5.4.3 Mengambil Berat Terhadap Amalan Menutup Aurat 72
5.4.3.1 Peranan Individu 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
5.6 Penutup 73 RUJUKAN LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN Jadual 3.1 Jumlah Populasi Pelajar tahun Empat 32
Di Fakulti Pendidikan
Jadual 3.2 Maklumat Setiap Bahagian 33 Jadual 3.3 Pengkelasan Skala Likert 34 Jadual 3.4 Skor Pengkelasan Item 36 Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 38 Jadual 4.2 Taburan Umur Responden 39 Jadual 4.3 TaburanTempat Tinggal Responden 39 Jadual 4.4 Taburan Sekolah Responden 40 Jadual 4.5 Taburan Keputusan Pendidikan Islam
Responden 40 Jadual 4.6 Taburan Skor bagi Item 1 41 Jadual 4.7 Taburan Skor bagi Item 2 42 Jadual 4.8 Taburan Skor bagi Item 3 42 Jadual 4.9 Taburan Skor bagi Item 4 43 Jadual 4.10 Taburan Skor bagi Item 5 43 Jadual 4.11 Taburan Skor bagi Item 6 44
Jadual 4.12 Taburan Skor bagi Item 7 44 Jadual 4.13 Taburan Skor bagi Item 8 45 Jadual 4.14 Taburan Skor bagi Item 9 45 Jadual 4.15 Taburan Skor bagi Item 10 46 Jadual 4.16 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi
Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat 46 Jadual 4.17 Taburan Skor bagi Item Sebelas 47 Jadual 4.18 Taburan Skor bagi Item Dua Belas 47 Jadual 4.19 Taburan Skor bagi Item Tiga Belas 48 Jadual 4.20 Taburan Skor bagi Item Empat Belas 48 Jadual 4.21 Taburan Skor bagi Item Lima Belas 49 Jadual 4.22 Taburan Skor bagi Item Enam Belas 49 Jadual 4.23 Taburan Skor bagi Item Tujuh Belas 50 Jadual 4.24 Taburan Skor bagi Item Lapan Belas 50 Jadual 4.25 Taburan Skor bagi Item Sembilan Belas 51 Jadual 4.26 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh 51 Jadual 4.27 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Satu 52 Jadual 4.28 Taburan Min Keseluruhan Bagi
Pengetahuan Tuntutan Aurat 52
Jadual 4.29 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Dua 53 Jadual 4.30 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Tiga 53 Jadual 4.31 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Empat 54 Jadual 4.32 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Lima 54 Jadual 4.33 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Enam 55
Jadual 4.34 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Tujuh 55 Jadual 4.35 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Lapan 56 Jadual 4.36 Taburan Skor bagi Item Dua Puluh Sembilan 56 Jadual 4.37 Taburan Min Keseluruhan Bagi Amalan
Menutup Aurat 57
Jadual 4.38 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 57
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah an-Nur : 31 2,14,18, 19, 28, 30. Surah al-A`raf : 26 3, 25
Surah al-A`raf : 27 3
Surah an-Nur : 60 14
Surah al-Ahzab : 59 19, 18
Surah al-A`raf : 31 22
Surah al-Ahzab : 33 26, 31
SENARAI HADIS HALAMAN
Riwayat Bukhari dan Muslim 15,15
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah 16
Riwayat Abu Daud 23
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan KS Kurang Setuju S Setuju SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam SPSS Statistical Package For Social Science SS Sangat Setuju STS Sangat Tidak Setuju SWT Subhanahu Wa Ta’ala TS Tidak Setuju SPM Sijil Pelajaran Malaysia UTM Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Umat Islam adalah golongan yang mempunyai kedudukan atau darjat yang
tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T. Oleh itu, mereka tidak boleh menjadi manusia
yang rendah taraf dan hendaklah menjadikan Rasul sebagai contoh dan ikutan
sepanjang masa. Terdapat segelintir manusia yang tidak menjadikan al-Quran dan
hadis sebagai panduan hidup. Golongan ini akan terjerumus ke lembah kehinaan.
Bagi mengembalikan kemuliaan tersebut, maka mereka hendaklah mengikuti segala
panduan yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Allah S.W.T telah menetapkan peraturan terhadap umat Islam tentang
kewajipan menutup aurat, sama ada lelaki mahupun perempuan. Peraturan ini adalah
untuk meninggikan martabat serta menjaga maruah peribadi seseorang umat Islam.
Menutup aurat merupakan suatu tuntutan terhadap umat manusia kerana ia
merupakan satu sifat semulajadi yang ada pada diri setiap individu muslim (Akmal
bin Mohd Zain, 2006: 175).
Agama Islam menggariskan satu panduan kepada umatnya untuk
membezakan diri mereka dengan orang-orang bukan Islam, sama ada dalam adat,
ibadat dan peribadi malah dalam apa jua bidang kehidupan. Allah S.W.T
memerintahkan umat Islam menutup aurat untuk menghindarkan mereka daripada
mendapat dosa. Firman Allah S.W.T:
2
≅ è%uρ ÏM≈ uΖÏΒ÷σ ßϑù=Ïj9 z⎯ ôÒàÒøótƒ ô⎯ ÏΒ £⎯ ÏδÌ≈ |Áö/ r& z⎯ ôà x øt s†uρ £⎯ ßγ y_ρãèù Ÿωuρ
š⎥⎪ ωö7 ム£⎯ ßγ tFt⊥ƒ Η ωÎ) $tΒ tyγ sß $yγ ÷ΨÏΒ ( t⎦ø⌠ ÎôØu‹ ø9 uρ £⎯ ÏδÌßϑèƒ ¿2 4’ n?tã
£⎯ Íκ Í5θãŠã_
[Quran 1.1] Maksudnya: ‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka’. (Surah al-Nur : 31)
Sekiranya seorang wanita muslimah menunjukkan ketrampilan yang baik
mereka akan disayangi, dihormati serta disanjungi oleh masyarakat. Apabila disebut
tentang ketrampilan diri, maka akal akan terfikir cara pemakaian seseorang, sama ada
mengikut tuntutan Islam ataupun tidak. Hal ini adalah kerana masyarakat sekeliling
akan menilai seseorang muslim melalui penglihatan secara zahiriah terlebih dahulu
(Md Izuddin bin Ali 2007: 23 ).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, isu hangat yang sering diperkatakan dalam kalangan
masyarakat berkaitan dengan cara pemakaian muslimah semakin berubah pada setiap
masa. Perubahan ini berlaku disebabkan pengaruh budaya asing dari sudut
pemakaian yang dibawa masuk ke negara ini melalui media cetak dan media
elektronik. Sebagai contohnya, terdapat segelintir muslimah menutup aurat dengan
memakai pakaian yang nipis dan ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh
badan. Dengan cara pemakaian tersebut akan mengundang perkara-perkara yang
tidak diingini berlaku terhadap mereka.
3
Mereka memakai pakaian menutup aurat kerana dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Misalnya, memakai pakaian yang sopan disebabkan sesuatu peraturan
atau tradisi di tempat kerja tetapi bukannya kerana tuntutan syarak. Dalam erti kata
lain, mereka menutup aurat semata-mata untuk kelihatan cantik dan juga mengikut
perkembangan fesyen terkini, maka perbuatan tersebut adalah amalan yang sia-sia
sahaja.
Selain daripada pengaruh persekitaran, terdapat juga pengaruh dari media
elektronik yang sering memaparkan pakaian tidak bermoral atau tidak selari dengan
kehendak Islam. Jika sekatan kemasukan terhadap iklan dapat dilakukan, nescaya
mereka tidak mudah terpengaruh dengan cara pemakaian orang Barat. Selain
daripada media elektronik, media cetak juga turut memainkan peranannya dengan
mewujudkan pelbagai majalah yang mengandungi contoh-contoh pakaian moden
yang boleh mempengaruhi generasi muda masa kini.
Allah S.W.T telah berfirman berkenaan dengan menutup aurat :
û©Í_t6≈ tƒ tΠ yŠ# u™ ô‰s% $uΖø9 t“Ρr& ö/ ä3 ø‹ n=tæ $U™$ t7 Ï9 “Í‘≡ uθムöΝ ä3 Ï?≡ u™öθ y™ $W±„ Í‘ uρ (
[Quran 1.2] Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan).
( Surah Al-a`raf: 26 )
Ayat di atas menjelaskan bahawa umat Islam yang mengabaikan
tanggungjawab menutup aurat dan berhias untuk kecantikkan diri, maka berlakulah
fitnah terhadap dirinya (Yusuf Al-Qardhawi, 1999: 127).
Firman Allah S.W.T lagi mengenai menutup aurat dan perhiasan diri :
û©Í_t6≈ tƒ tΠ yŠ# u™ Ÿω ãΝ à6 ¨Ψ t⊥ÏFø tƒ ß⎯≈ sÜ ø‹ ¤±9 $# !$yϑ x. yl t÷zr& Ν ä3 ÷ƒ uθt/ r& z⎯ ÏiΒ Ïπ ¨Ζyfø9 $#
äíÍ”∴ tƒ $yϑåκ ÷] tã $yϑåκ y$t7 Ï9 $yϑßγ tƒ Îã Ï9 !$yϑÍκ ÌE≡ u™öθy™ 3
4
[Quran 1.3] Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). (Surah Al-a`raf: 27 )
Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, telah dijelaskan bahawa Islam
mewajibkan setiap umat Islam menutup aurat Ini kerana setiap manusia yang
memiliki akhlak baik akan berasa malu sekiranya aurat mereka terdedah dan dilihat
oleh orang lain. Malahan, Islam juga menyuruh mereka menutup aurat ketika berada
bersendirian iaitu jauh dari khalayak ramai supaya sikap kesopanan ini menjadikan
kehormatan mereka terjaga (Yusuf Al-Qardhawi 1999: 128).
Menurut tokoh ilmuan, Zulkifli Mohamad al-Bakri (1997: 20) memakai
pakaian yang bercorak sudah menjadi kebiasaan bagi muslimah pada masa kini.
Pemakaian tersebut dibolehkan sekiranya ia menutup aurat. Jika seorang muslimah
memakai pakaian bercorak yang keterlaluan di khalayak ramai, maka pakaian yang
dipakai itu dapat menarik perhatian mereka yang melihatnya dan sekaligus menimbul
dosa.
Menurut Md Izuddin bin Ali, pakaian melambangkan peribadi seseorang.
Dengan itu, ia hendaklah disatukan dengan akhlak dan tingkah laku yang baik.
Sekiranya akhlak dan tingkah laku tidak baik, ia boleh mendatangkan persepsi yang
tidak baik oleh masyarakat. Beliau berkata lagi, tidak dinafikan ada sesetengah
remaja yang telah mendapat didikan agama semasa kecil, namun gagal tidak akan
mengamalkannya setelah berada dalam alam pekerjaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada hari ini, masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar Universiti
Teknologi Malaysia adalah berkaitan dengan cara pemakaian mereka. Mereka
memakai pakaian yang menutup aurat adalah disebabkan peraturan dan etika
pemakaian yang telah ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Seandainya,
5
peraturan tersebut tidak dilaksanakan, nescaya mereka bebas untuk memakai pakaian
yang ketat dan nipis ketika pergi ke kuliah. Terdapat sebilangan kecil dari mereka
masih keliru tentang kewajipan menutup aurat. Mereka beranggapan bahawa
memadai dengan hanya memakai pakaian yang ringkas asalkan menutup aurat. Maka,
sekaligus mereka telah melaksanakan tanggungjawab yang dikehendaki syariat Islam.
Dalam erti kata lain, masih ramai dalam kalangan pelajar Islam yang
mengabaikan prinsip-prinsip menutup aurat dan mengatakan perkara tersebut
sesuatu yang meremehkan. Sebahagian pelajar mengetahui prinsip-prinsip menutup
aurat tetapi tidak mahu mengamalkannya dan terdapat juga di antara pelajar tersebut
tidak mengetahui langsung tentang prinsip menutup aurat dalam Islam. Kebanyakan
pelajar menutup aurat semata-mata untuk menzahirkan diri sebagai orang Islam
tetapi bukan kerana tuntutan syarak yang diwajibkan ke atas mereka. Hal ini
berpunca dari latar belakang keluarga yang tidak menitik beratkan pemakaian cara
Islam yang sebenarnya.
Terdapat segelintir mahasiswi Islam yang menutup aurat mempunyai sikap
dan tingkahlaku yang tidak disenangi masyarakat sehingga menyebabkan
sebahagian besar mahasiswi Islam yang lain di pandang serong oleh golongan yang
tidak menutup aurat. Jika diperhatikan cara pemakaian mereka, didapati tidak
memenuhi syarat menutup aurat. Contohnya, memakai tudung dengan baju lengan
pendek atau baju yang ketat.
Oleh yang demikian, permasalahan ini telah mendorong pengkaji untuk
membuat kajian mengenai “Kesedaran Menutup Aurat Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Empat Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia”. Ini kerana
pelajar merupakan generasi yang akan mendidik anak bangsa supaya menjadi
seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kajian ini dilakukan untuk
melihat persepsi, pengetahuan dan amalan mereka dalam menutup aurat.
6
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai
oleh penyelidik. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut :
1.4.1 Untuk melihat persepsi pelajar terhadap kewajipan menutup aurat
dalam kalangan pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.4.2 Untuk melihat pengetahuan tuntutan menutup aurat dalam
kalangan pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
1.4.3 Untuk melihat amalan menutup aurat dalam kalangan pelajar tahun
empat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk mengetahui kesedaran menutup
aurat dalam kalangan pelajar. Dengan berdasarkan kepada objektif, diharapkan
kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti di bawah :
1.5.1 Apakah persepsi terhadap kewajipan menutup aurat dalam
kalangan pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia?
1.5.2 Apakah pengetahuan tuntutan pelajar tahun empat tentang
menutup aurat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
7
1.5.3 Apakah amalan menutup aurat berlaku dalam kalangan pelajar
tahun empat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ?
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan daripada kajian ini memberikan kepentingan kepada beberapa pihak
yang terlibat. Antara kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa
kepentingan iaitu :
1.6.1 Kajian ini dilakukan bagi membolehkan pihak-pihak yang
berkuasa mengadakan program yang berunsurkan keagamaan
terhadap semua pelajar dan kaki tangan Universiti Teknologi
Malaysia.
1.6.2 Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pengawasan
terhadap anaknya supaya tidak terpengaruh dengan persekitaran.
1.6.3 Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran terhadap diri
individu itu sendiri.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat persepsi, pengetahuan dan amalan
menutup aurat dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Di samping itu, penyelidik telah membataskan beberapa
perkara untuk memenuhi objektif kajian. Penyelidik menjalankan kajian terhadap
pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan, yang mengambil khusus-khusus seperti
Sains serta Pendidikan Tesl (SPL), Sains serta Pendidikan Sains (SPN), Sains serta
Pendidikan Kimia (SPC), Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) dan
Sains serta Pendidikan Matematik (SPM). Jumlah keseluruhan responden yang
diambil daripada pelajar tahun empat di Fakulti Pendidikan adalah seramai 141
orang.
8
Segala dapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada maklumat yang
diberikan melalui masa tertentu. Keputusan hasil daripada kajian ini adalah terbatas
kepada responden-responden di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai sahaja dan tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat yang lain.
1.8 Definisi Konsep dan Istilah
Di dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa istilah penting yang
perlu dijelaskan dengan lebih tepat dari sudut maksudnya. Di antara istilah-istilah
tersebut adalah seperti berikut :
1.8.1 Kesedaran :
Kamus Pelajar Delta Edisi Keempat, mengatakan bahawa kesedaran adalah
merupakan kata terbitan untuk perkataan sedar. Maksud kesedaran secara umum
adalah satu keadaan dimana terdapat seseorang mengetahui akan sesuatu perkara
melalui proses pemikiran serta penaakulan akalnya. Di samping itu, penekanan yang
diberikan dalam kajian ini adalah mengenai kesedaran yang dimiliki oleh pelajar
tahun empat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap masalah
penutupan aurat dalam kehidupan seharian.
Kesedaran yang dimaksudkan oleh penyelidik adalah keinsafan yang wujud
dalam diri seseorang pelajar.
1.8.2 Aurat :
Aurat adalah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup
menurut hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.
9
Menurut Ensiklopedia Islam, aurat bermaksud batas minimal dari anggota
tubuh badan manusia yang wajib ditutup kerana mengikut suruhan Allah s.w.t.
Dalam erti kata lain, bahagian dari tubuh manusia yang dapat menimbulkan berahi
dan nafsu syahwat apabila bahagian itu terbuka.
Abu Muhammad (1996), menyatakan bahawa aurat adalah berasal daripada
kalimah Arab yang membawa maksud keaiban. Hal ini adalah merupakan suatu
perkara yang amat memalukan seseorang manusia serta kewajipan dalam menutupi
dan melindungi aurat daripada pandangan orang ramai.
Aurat perempuan yang dimaksudkan oleh penyelidik mengenai penjagaan
batasan-batasan aurat mengikut keadaan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
1.8.3 Kalangan :
Kamus Dewan Edisi Keempat, kalangan bermaksud lingkungan ataupun
golongan.
Kalangan yang dimaksudkan oleh penyelidik adalah golongan pelajar tahun
empat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.8.4 Pelajar :
Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan pelajar adalah seorang yang
sedang belajar atau berguru ataupun orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).
Pelajar yang di maksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
mengenai pelajar tahun empat yang mengikuti kursus-kursus pada peringkat sarjana
muda yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
10
1.9 Penutup
Kemajuan dan kepesatan sosial dan ekonomi yang dikecapi pada hari ini
telah mengubah cara hidup manusia. Misalnya, perubahan ini boleh kita lihat dalam
diri wanita dimana mereka semakin lalai dalam penjagaan aurat mengikut syariat
Islam. Begitu syumulnya Islam, sehingga aspek berpakaian turut diberikan panduan
yang lengkap. Tetapi malangnya, wanita pada hari ini memberi pelbagai alasan
untuk mengelak daripada berpakaian sepertimana yang disyariatkan oleh Islam.
Oleh itu, di dalam kajian ini penyelidik telah menentukan objektif kajian bagi
melihat persepsi, pengetahuan serta amalan harian mereka dalam menutup aurat.
Objektif ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan. Seterusnya
bab ini akan menjadi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan.
Top Related