KEJOHANAN WOODBALL PIALA PARLIMEN LIPIS
ANJURAN :
Belia 4B Lipis dengan Kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah lipis
TARIKH :
23 Mac 2013
HARI :
Sabtu
TEMPAT :
Laman Woodball SK Berchang
PENGENALAN
Sukan woodball sangat popular di Daerah Lipis, banyak kejohanan dipertandingkan di atas inisiatif sekolah sebagai aktiviti riadah untuk mengeratkan hubungan dikalangan PIBG dan Belia tempatan, setiap tahun dijalankan secara tertutup seperti di SK Pagar Sasak, SK Berchang dan SM Vokasional SHAH Kuala Lipis.Pertandingan Woodball (Piala PARLIMEN LIPIS) anjuran Belia 4B Lipis dengan Kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Lipis merupakan kejohanan yang mempunyai matlamat untuk menggabungkan pemain-pemain ini dalam satu kejohanan.
MATLAMAT
1. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.
2. Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.
OBJEKTIF
I . Mengangkat sukan woodball sebagai sukan popular di Lipis.
ii. Mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dengan penduduk
kampung dan juga masyarakat setempat serta Yang Berhormat Ahli Parlimen Lipis.
iii. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan masyarakat setempat.
KATEGORI
Berkumpulan Lelaki dan Berkumpulan Wanita
SASARAN
Masyarakat setempat Parlimen Lipis.
TARIKH
23 Mac 2013
AHLI JAWATANKUASA
1. Penaung:
YB AHLI PARLIMEN LIPIS
2. Penganjur :
EN . AZHARI BIN ROSE
Pengerusi Belia 4B Lipis
3 Penyelaras :
EN. HAMZAH MAT JUSOH
Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kuala Lipis
4. Setiausaha :
EN.MOHD HASBI BIN IBRAHIM
Guru Besar SK Berchang
5. Bendahari :
En FISAL BIN KASIM
Pegawai Teknologi Pendidikan Benta
6. AJK Makanan ;
EN. YUSRAN KHAIRI BIN DZULKARNINI
7. AJK Peralatan dan P.A Sistem
EN. BORHAN BIN LONG
8. AJK Hadiah :
PN ROSNI BT ABD AZIZ
ANGGARAN PERBELANJAAN SUKAN WOODBALL
PIALA AHLI PARLIMEN LIPIS
BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH HARGA
01 BAJU T.SHIRT KEJOHANAN 60 RM1800.00
02 PIALA PUSINGAN 1 RM200.00
03 JOHAN KUMPULAN (L) 4 RM400.00
04 NAIB JOHAN KUMPULAN (L) 4 RM320.00
05 TEMPAT KETIGA KUMPULAN (L) 4 RM200.00
06 JOHAN KUMPULAN (P) 4 RM400.00
07 NAIB JOHAN KUMPULAN (P) 4 RM320.00
08 TEMPAT KETIGA KUMPULAN (P) 4 RM200.00
09 GATE IN ONE 2 RM200.00
10 CABUTAN BERTUAH 1 RM960.00
11 JUMLAH RM5000.00
Disediakan oleh
……………………………….
Top Related