KERTAS CADANGAN
PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Dengan kerjasama
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR
Serta
PEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN
1TUJUAN KERTAS KERJA DAN PROGRAM
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan program yang
dirancangkan. Ia juga disediakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menjalankan
program ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi yang terlibat
sama dalam menjayakan program ini.
Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan
Selamat bagi melahirkan “Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif” melalui amalan gaya Hidup
sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek
kebersihan,dan penjagaan kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar .
Pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan
penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan
ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan
bermula dari rumah.
2. PENDAHULUAN:
Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini merupakan salah satu program Panitia
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang dirancang dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa Dan
Guru Sekolah Kebangsaan Singkir bagi menyempurnakan aktiviti tahunan sekolah.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada
amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat kita yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Program ini akan dijalankan dengan menyediakan sudut-sudut pameran, gerai-gerai jualan
produk kesihatan,kiosk informasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma,slot tayangan
video ,pertandingan serta kempen-kempen kesihatan.
3. NAMA PROGRAM
Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan nama yang dipilih bagi program
ini.Ia dipilih berdasarkan kempen amalan gaya hidup sihat yang ingin diterapkan ke sanubari
masyarakat kita agar generasi yang terbentuk di masa hadapan merupakan mereka yang sentiasa
menjaga kesihatan dan mengambil tahu mengenai amalan kesihatan yang betul. Justeru, adalah
diharapkan program ini berjaya selari dengan hasrat dan objektif pelaksanaannya.
4 TEMA PROGRAM
Program ini bertemakan sihat sepanjang hayat. Ia bermaksud cara dan amalan hidup yang
mementingkan kesihatan perlu diterapkan setiap masa,di mana jua serta berterusan sepanjang
hidup kita.Ia bukanlah sekadar satu program yang mendidik generasi muda dan masyarakat
mengenai amalan gaya hidup sihat , namun amatlah diharapkan ia menjadi satu platform yang
akan mendidik masyarakat kita kearah mengamalkan cara hidup sihat dan tidak berisiko selama-
lamanya.
5. MATLAMAT
Program ini bermatlamat bagi memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah di samping memberi pengetahuan seimbang mengenai kesihatan yang tepat kepada ahli
masyarakat.
Pengabaian terhadap isu-isu mengenai kesihatan sama ada dari aspek penjagaan kesihatan
diri,amalan pemakanan,penyakit berisiko tinggi,keprihatinan terhadap bahaya
rokok,penyalahgunaan dadah terlarang,ketagihan alkohol, aspek kesihatan sosial seperti gejala
pelacuran,isu-isu kemanusiaan ,sek rambang,serta informasi tepat mengenai penyakit
merupakan perkara-perkara yang harus diambil perhatian serius agar ia tidak terus menjadi isu-
isu kesihatan yang lebih sukar ditangani.Lantaran itu diharapkan program ini dapat menjadi
wadah bagi menggerak masyarakat agar menghargai hidup ini dengan lebih bermakna.
6. OBJEKTIF
Antara objektif Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah:
.Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan,dan kesihatan dengan
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan
komuniti walau di mana mereka berada.
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di
sekolah.
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan
sekolah terhadap amalan-amalan kebersihan dan kesihatan secara keseluruhannya.
Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri
yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah,seks rambang .
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
7. FORMAT PELAKSANAAN
Pameran Gaya Hidup Sihat ini berformatkan gerai jualan dan pameran di samping terdapat
kiosk-kiosk informasi mengenai kesihatan,klinik mini untuk pemeriksaan kesihatan
percuma ,slot tayangan video ,pertandingan kuiz , ceramah kesihatan dan serta beberapa
8. PENGANJUR
Penganjur Program ini ialah Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK Singkir dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Pejabat Kesihatan Daerah Yan.
9. TARIKH
Tarikh cadangan bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah pada hari Rabu
bertarikh 11.7.2010.
10. TEMPAT
Program ini akan dijalankan di Sek Keb Singkir,08110 Bedong, Kedah Darul Aman.
11. PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
Pihak penganjur mensasarkan golongan pelajar khasnya dan generasi muda amnya serta
komuniti sekitar kawasan sekolah.
12. CARTA ORGANISASI
Cadangan Carta Organisas
AJK Induk Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.
PENASIHATTN HJ ABD SAMAD B SALLEH
GURU BESAR SK SINGKIR
JAWATANKUASA PELAKSANA
PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT
PENASIHAT
Tn Hj Abd samad B Salleh
Guru Besar SK Singkir
TN HJ HAMID SAAD PN NOR’AIN BT SALAM EN MUHD DANIAL B ZUBIR EN MUHD HANIF YAAKOBEN WAN LOKMAN W KHUS PN MEK LIMAH BT SAAUD PN DARWENA BT IDRIS EN MUHD FARIS FAKHRURAZIPN SHATIRAH BT OSMAN PN DELAILA HUSNA KADIRENCIK HAMZAH B ALI EN SOFIAN B SHUIB
AJK
SETIAUSAHAPN ROSIMA BT HJ HANAFI
SETIAUSAHA PANITIA PJ DAN PK
PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDINKETUA PANITIA PJ PK
TIMBALAN PENGERUSIPN NASRI BT ARIFFIN((GPK1)
PN RUHAIZA BT ISMAIL (PKKOKU)
PENGERUSIEN.ABD HALIM B SAID
GURU PENOLONG KANAN HEM
PENGERUSI
En Ahmad Hasan B Harun
Pen.Kanan HEM
TIMBALAN PENGERUSI
Pn Nasri Bt Ariffin
Pen.Kanan 1
SETIAUSAHA
Pn Rosima Bt HJ Hanafi
Setiausaha Panitia PJ Dan PK
BENDAHARI
Pn Saleha Bt Selamat
AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN URUSETIA/JEMPUTAN
Guru Besar SKS Pn Norabishah Bt Zainal Abidin
Tn Hj Abd Hamid B Saad –YDP PIBG Pn Rosima Bt Hanafi
Guru-guru Penolong Kanan En Muhd Faris B Fakhrurazi
HADIAH DOKUMENTASI
Pn Nor Ain Bt Salam Pn Shatirah Bt Osman
Pn Jaliliyah Bt Kadir Pn Ainol Badri Bt Bahari
SIARRAYA PROMOSI/BANNER
En Hamzah B Ali En Sofian B Shuib
En Romli B Ismail Pn Elliya Bt Aris
JAMUAN PERALATAN
Pn Darwena Bt Idris En Muhd Hanif B Yaacob
Pn Nadzirah Bt Said En Kamaruzzaman B Ibrahim
AJK PIBG Pn Mardiana Bt Abd Rahman
KAWALAN MURID PELANCARAN
En Muhd Danial B Zubir Pn Delaila Husna Bt Kadir
En Pn Marissa Bt Ahmad Pn Syafinaz Bt Selamat
PERTANDINGAN KUIZ KANAK-KANAK
En Wan Lokman B Khushairy Panitia PJ dan PK
Pn Muniyati Bt Kadir En Yusrizal B Mansor(PKDY)
Pn Siti Fatimah Bt Bakar
13. TENTATIF PROGRAM
Berikut ialah tentatif bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat
Hari Masa Acara Sasaran/Pengisian Lokasi
Ahad
11.7.2010
8:00pg -Pelancaran Program
Pameran GHSSH
-Senamrobik
Semua golongan Dataran Ilmu
9:00pg -Jualan dan Pameran
Produk-produk
kesihatan/makanan
-Kempen Makan Ulam-
ulaman dan Produk
Herba
-Promosi Dan Jualan
Diskaun Barangan
Penjagaan Kesihatan
Dari Syarikat OSIM
-Kiosk PKDY-informasi
kesihatan (Unit Promosi)
-Pertandingan
Mewarna Anjuran
Panitia PJ dan PK
Semua golongan
-Gerai Produk
Barangan Penjagaan
Kesihatan OSIM
-Gerai Healthy Herbs
-Gerai HPA
-Gerai Buah-buahan
Tempatan
-Gerai Makanan
Organik Halal
-Gerai IKS Makanan
Ringan Berkhasiat
Murid-murid Tahap 1
dan Kanak-kanak
Tabika
Ruang Legar
Pusat sumber
Sekolah
(Dijalankan
serentak)
Medan Letak
Kenderaan 1
-Ceramah dan Pameran
Anti Rokok Oleh
PKDY
-Ceramah
Penyalahgunaan Dadah
AADK Daerah Yan
Golongan pelajar
Golongan pelajar
Dewan Ilmu
Bilik Wawasan
10:30-11:00pg Rehat
-Kempen menderma Golongan dewasa Bilik Rawatan
11:00-12:00tgh
darah
-Pemeriksaan Kesihatan
percuma
-Ceramah Motivasi :Cara
menangani konflik dan
stress oleh Dr Zul
-Ceramah Kesihatan:
Gaya Hidup Sihat oleh
Pusat Kesihatan Merbok
Semua golongan
Golongan remaja
dan dewasa
Semua golongan
Bilik Wawasan
Bilik Matematik
Dewan Ilmu
12:00-2:00
ptg
2:00ptg
Pertandingan memasak
Menu Sihat oleh Kaum
Bapa
-Pertandingan Bayi Sihat
Tajaan Panitia PJK
Bersurai
Semua golongan
Semua golongan
Perkarangan
Kantin
Ruang Legar PSS
14. KAEDAH PELAKSANAAN KERJA
Manual Perlaksanaan Program
Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan
1. -Penyediaan kertas kerja program.
Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan
pelaksana program melalui mesyuarat dan
bersemuka.-Mesyuarat Kali Pertama
Setiausaha Program
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi Setiausaha Program
3 Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi
pelaksanaan kerja-kerja asas program – cadangan
Bilik Wawasan
AJK Persiapan Tempat
Setiausaha Program
4 Mesyuarat Kali ke 2 AJK Program-
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan ,percetakan dan
mengirim surat menyurat,kad /surat
jemputan,borang-borang
Setiausaha dan JK
Promosi
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan
khidmat pos laju,email,mesin faksimili atau
pertemuan peribadi.(kepada agensi-agensi ,ahli
sukerelawan dan individu terlibat)
Setiausaha Program
7 Menempah dan memasang banner untuk tujuan
promosi
-promosi mula dijalankan
JK PRomosi/Seranta
8 Menyedia dan mencetak borang-borang
penyertaan,pemarkahan ,keputusan bagi
pertandingan /kuiz yang diadakan
JK Pertandingan
9 Menyediakan hadiah dan cenderahati JK Hadiah
10 Tempahan makanan untuk jamuan dan jamuan VIP JK Jamuan
11 Menyediakan bilik-bilik khas utuk kegunaan
pameran dsb.Menyediakan dewan untuk tujuan
pelancaran
JK Persiapan Tempat
12 Pengumpulan bahan /fotografi /rakaman video untuk
pendokumentasian
JK Dokumentasi
13 Kerja pembersihan kawasan selepas program
secara menyeluruh bersama-sama pihak sekolah ,
waris serta badan-badan yang terlibat
Semua JK
15. ANGGARAN KEWANGAN
15.1 ANGGARAN PENDAPATAN
BIL SUMBER PENDAPATAN RM
1 SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU RM 300.00
2 UNIT PANITIA PJ DAN PK RM 212.00
3 SUMBANGAN SYARIKAT OSIM (M) Sdn Bhd. RM 500.00
4 SUMBANGAN ORANG PERSEORANGAN RM 150.00
JUMLAH PENDAPATAN RM1162.00
15.2.ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA ANGGARAN
PERBELANJAAN (RM)
1 Perbelanjaan Cetakan
Booklet Program
Surat-menyurat
RM1.50 X 100 RM150.00
RM20.00
Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM170.00
2 Promosi
Banner
Iklan Promosi
RM40.00 X 3 helai
RM0.20 X 60 keping
RM120.00
RM12.00
Jumlah Perbelanjaan Promosi RM132.00
3. Jamuan
Jamuan ringan
Jamuan VIP
RM1.50 X 150 orang
RM5.00 X 10 orang
RM225.00
RM50.00
Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM275.00
4. Hadiah Dan Cenderahati
Hadiah Pertandingan menu Sihat
Cenderahati
Hadiah Kuiz
Hadiah Pertandingan Mewarna
RM30.00 X 3 orang
RM 5.00 X 10 orang
RM2.00 X 10 orang
RM4.00 X 10 orang
RM90.00
RM50.00
RM20.00
RM40.00
Sijil Penyertaan
Hadiah Pertandingan Bayi Sihat
Cenderahati
RM0.80 X 100 orang
RM20.00 X 3orang
RM2.00 X 25 orang
RM80.00
RM60.00
RM45.00
Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM385.00
5. Lain-lain perbelanjaan RM200.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM1162.00
16. PENUTUP
Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan salah satu program Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun 2010.Ia turut membawa misi panitia bagi
merealisasikan pengetahuan mengenai gaya hidup sihat kepada amalan yang berterusan
sepanjang hayat. Justeru itu, pihak panitia amatlah berharap agar program ini mendapat
kelulusan dan sokongan dari pihak pentadbir .
Disediakan oleh:
………………………
(PN ROSIMA BT HJ HANAFI)
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010
Disemak oleh:
………………………………
(PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010.
1.17 SURAT PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN PROGRAM
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR08110 BEDONG KEDAH
Tel/Fax : 04 – 4573166Email : [email protected]
Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (054)
08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010
Tuan,
PERMOHONAN MENJALANKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG
HAYAT
Perkara di atas dirujuk.Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Program Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon kerjasama pihak tuan bagi menjalankan program ini.
2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:
Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir
3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Saya yang menurut perintah,
……………………………………….
(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)Setiausaha Pameran GHSSH 2010SK Singkir
_______________________________________________________________________
Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010Sek Keb Singkir
Saya dengan ini menyokong / tidak menyokong permohonan bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Sekian .Terima kasih.
Tandatangan,
…………………………………( )
1.18 SURAT PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MENJALANKAN
PROGRAM
SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR08110 BEDONG KEDAH
Tel/Fax : 04 – 4573166Email : [email protected]
Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (055)
08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010
Tuan,
PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PAMERAN
GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT
Perkara di atas dirujuk.Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Pameran Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon peruntukkan kewangan dari pihak tuan bagi menjalankan program ini.(Sila rujuk Kertas cadangan bahagian kewangan)
2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:
Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir
3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Saya yang menurut perintah,
……………………………………….
(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)Setiausaha Pameran GHSSH 2010SK Singkir
_______________________________________________________________________
Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010Sek Keb Singkir
Saya dengan ini bersetuju / tidak bersetuju meluluskan peruntukkan kewangan seperti yang termaktub di dalam kertas cadangan program bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Sekian .Terima kasih.
Tandatangan,
…………………………………( )
Top Related