KESEDARAN MENINGKATKAN
SEMANGAT CINTAKAN ALAM
SEKITAR
Aktiviti berkumpulan
1) Senaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan .2) Senaraikan kata majmuk yang terdapat dalam petikan.
kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7
Klik untuk mendapatkan tugasan kumpulan
Kumpulan 1Alam sekitar adalah segala benda hidup dan
bukan hidup yang dimana wujud secara semula
jadi di permukaan bumi ini. Sejak kebelakangan
ini, pelbagai isu alam sekitar semakin menjadi,
contohnya pemusnahan hutan, kesan rumah
hijau dan isu-isu lain seperti yang dipaparkan di
surat khabar atau televisyen telah menyebabkan
keseimbangan ekosistem di permukaan bumi ini
terganggu.
Kumpulan 2Memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang
sedang membesar tentang kepentingan alam sekitar
adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin
terhadap alam sekitar. Bak peribahasa berkata
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Oleh itu adalah penting untuk ibu bapa sebagai insan
yang paling rapat dengan anak-anak memberi
pendidikan awal dalam mendidik mereka supaya
prihatin terhadap alam sekitar.
Kumpulan 3
guru -guru di sekolah juga perlu memainkan
peranan dan menjadi contoh yang baik kepada
pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap
prihatin terhadap alam sekitar supaya menjadi
rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu
bertanggungjawab untuk memberi ilmu
pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar
supaya generasi itu peka dan bertanggungjawab
terhadap isu–isu alam sekitar.
Media massa juga perlu memainkan peranan dalam
memelihara alam sekitar. Contohnya media massa boleh
menyiarkan cara–cara untuk melindungi alam sekitar
ataupun kesan–kesan jika manusia tidak memelihara
alam semula jadi. Artis boleh menjadi model untuk
mempromosikan iklan–iklan menyayangi alam sekitar.
Kumpulan 4
Masyarakat lebih minat untuk mengikutinya kerana
mereka merupakan golongan yang sentiasa
mendapat perhatian. Antara iklan yang boleh
dipaparkan adalah menaiki kereta bersama-sama
apabila ingin pergi lokasi yang sama kerana ini dapat
membantu mengelakkan pencemaran udara dan
menjimatkan petrol.
Kumpulan 5
Langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu
perlulah memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang
harus diamalkan adalah menggunakan semula
barang-barang yang boleh diproses semula dan
mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak
diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan
pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap
kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk
mengelakkan dari dunia terus dicemar.
Kumpulan 6
Kesimpulannya, apabila kita menyayangi alam
sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang
selesa dan bersih manakala kesihatan manusia akan
terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan
pembekalan udara yang segar akan menarik
perhatian pelancong asing. Di samping itu, bumi kita
akan mempunyai ekosistem yang stabil, maka
habitat hidupan darat dan air terpelihara dan juga
dapat mengelakkan kepupusan.
Kumpulan 7
SEKIAN
Top Related