KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI
KOLEJ KEDIAMAN RAHMAN PUTRA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
SURIA BINTI TALIB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : Dr. Hamdan Bin Said
Tarikh : ………………………..
ii
KEPUASAN MAHASISWA-MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN
DI KOLEJ KEDIAMAN RAHMAN PUTRA,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
SURIA BTE TALIB
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………...
Nama Penulis : Suria Bte Talib
Tarikh : …………………………….
iv
DEDIKASI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan
izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
Teramat istimewa buat,
Ibu
Sadiah Binti Abdullah
yang melahir dan membesarkan
Ayah
Talib Bin Atan
yang memberi kekuatan
Insan Istimewa
Fairulnizam Bin Abdul Gaafar
yang memberi sokongan
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari
Allah s.w.t.
Wassalam.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat Dr. Hamdan bin Said selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang
telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang
membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPH dan tidak lupa juga kepada semua
yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek
penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk keluarga yang tercinta, pengorbanan serta
dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik
kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
vi
ABSTRAK
Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa-
mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Rahman Putra. Kepuasan
mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu
persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa
mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan,
program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskriptif
ini menggunakan soal selidik daripada kajian terdahulu sebagai instrumen kajian dan
seramai 318 orang responden Kolej Kediaman Rahman Putra yang dipilih secara
rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
mahasiswa-mahasiswi berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman
Rahman Putra dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memberikan
cadangan untuk menambahbaik tahap kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap
kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh
dilakukan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study intended to identify students’ satisfaction towards
the life quality of Kolej Rahman Putra. The quality of life was surveyed through
seven aspects that is college environment, facilities and services, staff and Student
Committee services, office’s administration, safety and monitoring, program and
activity conducted, and food services. This descriptive study used the previous study
questionnaire as the research instrument. There were 318 respondents of Kolej
Rahman Putra participated in this study. The data were analyzed using the Statistical
Packages for Social Science (SPSS) software and the findings were presented in the
form of frequency, percentages, and mean. The findings indicated that the students
were satisfied towards the quality of life at the Kolej Rahman Putra UTM in all
aspects surveyed. This study also proposes suggestions to improve the quality of life
at the residential college, and further study that can be carried out.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSRACT vii
SENARAI KANDUNGAN
viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Penutup 10
ix
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman 11
2.3 Kualiti Kehidupan 15
2.4 Kepuasan Pelanggan 16
2.5 Persekitaran Tempat Tinggal 19
2.6 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 22
2.7 Layanan Staf dan AJK Mahasiswa Kolej 25
2.8 Peentadbiran pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 27
2.9 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 30
2.10 Perkhidmatan Kafeteria 32
2.11 Model Kepuasan Pelanggan 33
2.12 Elemen Kepuasan Pelanggan 39
2.13 Penutup 40
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Lokasi Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Kajian Rintis 45
3.7 Prosedur Kajian 46
3.8 Analisis Data 46
3.9 Penutup 49
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 50
4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden 50
4.2.1 Jantina 51
4.2.2 Klasifikasi Pengajian Akademik 51
4.2.3 Jumlah Semester Menetap 52
4.2.4 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 52
4.2.5 Aras Bilik 53
4.3 Pernyataan Maklumbalas Responden 54
4.3.1 Persekitaran Di Kolej Rahman Putra 54
4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan 56
di Kolej Rahman Putra
4.3.3 Kakitangan dan AJK Mahasiswa 59
Kolej Rahman Putra
4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 61
Kolej Rahman Putra
4.3.5 Pengawasan Dan Keselamatan 62
Kolej Rahman Putra
4.3.6 Program Dan Aktiviti-aktiviti 63
Di Kolej Rahman Putra
4.3.7 Perkhidmatan Kafeteria 65
Kolej Rahman Putra
4.4 Analisis Tahap Penerimaan 66
4.5 Rumusan 70
4.6 Kesimpulan 71
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan Kajian 72
5.3 Bahagian A - Latar belakang responden 73
5.4 Bahagian B - Perbincangan Hasil Kajian berdasarkan 73
Persoalan Kajian
5.4.1 Persekitaran Kolej Rahman Putra 74
5.4.2 Kemudahan dan Perkhidmatan 76
5.4.3 Layanan Oleh Staf dan Ahli Jawatankuasa
Mahasiswa 77
5.4.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan 78
5.4.5 Pengawasan Dan Keselamatan 79
5.4.6 Program Dan Aktiviti di Kolej Rahman Putra 80
5.4.7 Perkhidmatan Makanan Kafeteria 81
5.5 Rumusan 83
5.6 Kesimpulan 83
5.7 Cadangan 84
5.7.1 Cadangan Kepada Kolej Rahman Putra 85
5.7.2 Cadangan Lanjutan 86
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 94
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
M/ SURAT
3.1 Senarai Item Mengikut Aspek 43 3.2 Jadual Skala Likert 44 3.3 3.4
Jadual Skala Likert Jadual Skala Binari
44 45
3.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman
47
3.6
3.7 3.8
Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman Pemeringkatan Min Menentukan Tahap KepuasanPelajar Pemeringkatan Peratus Menentukan Tahap Kepuasan Pelajar
47 48
49 4.1 4.2
Jantina Klasifikasi Pengajian Akademik
51 51
4.3 Jumlah Semester Menetap di Kolej Rahman Putra 52 4.4 Perancangan Penginapan Tahun Hadapan 53 4.5 Aras di Kolej Rahman Putra 53 4.6 Jadual Pengkategorian Bahagian B dan C 53 4.7 4.8 4.9
Jadual Pengkategorian Bahagian D dan E Jadual Pengkategorian Bahagian F,G dan H Analisis Persekitaran
53 54 55
4.10 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan 57 4.11 Analisis Kakitangan dan AJK Mahasiswa 60 4.12 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan 62 4.13 Analisis Pengawasan dan Keselamatan 63 4.14 Analisis Program dan Aktiviti 64 4.15 Analisis Perkhidmatan Kafetaria 65 4.16 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap
Keseluruhan Kajian
67 4.18 Analisis Tahap Penerimaan Terhadap Keseluruhan
Kajian
68 4.20 Analisis Tahap Penerimaan Responden Terhadap
Pernyataan Ya atau Tidak
69
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
M/ SURAT
2.1 Rajah Model Kano 34
2.2 Rajah Kepuasan Pelanggan 35
2.3
2.4
2.5
Model Kualiti Perkhidmatan
Carta Kepuasan Pelanggan
Rajah Aspek Barangan / Perkhidmatan
38
39
40
xiv
LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Kebenaran dari TNC (HEP)
Lampiran C Surat Pengesahan Kerjasama dari Kolej Rahman Putra
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universti Teknologi Malaysia
KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
IPT - Institut Pengajian Tinggi
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
SUB - Student Union Board
HEP - Hal Ehwal Pelajar
C - Cemerlang
B - Bagus
SD - Seperti Dijangka
SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan
L - Lemah
S - Setuju
ST - Sangat Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap individu mempunyai tahap kepuasan yang berbeza-beza terhadap sesuatu
perkhidmatan atau produk. Kotler dan Clarke (1987) menyifatkan kepuasan sebagai
pernyataan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasai oleh individu yang
menggunakan perkhidmatan atau produk. Kepuasan merupakan salah satu fungsi yang
berkaitan dengan tahap jangkaan dan juga pelaksanaannya. Jangkaan dibina berdasarkan
pengalaman yang pernah dialami dengan keadaan yang sama atau hampir sama dengan
pernyataan yang dilakukan oleh rakan-rakan, persatuan atau organisasi lain. Dalam
usaha mencari kepuasan diri, individu ini akan berusaha memenuhi keperluan dirinya.
Chickering (1969) berpendapat bahawa pembangunan diri individu yang
mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh persekitaran
institusi tersebut. Persekitaran ini termasuklah objektif dan saiz universiti, kurikulum di
amalkan, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan, susun atur kolej kediaman yang
terdapat dalam kampus, fakulti dan corak pentadbiran universiti, dan budaya yang cuba
diterapkan dalam kalangan siswa-siswi. Siswa-siswi yang terdedah dengan budaya
berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan menjadi idaman ramai.
Pembudayaan sebegini kerap dilakukan melalui program-program peningkatan diri
seperti ceramah keagamaan, kursus motivasi, dan bengkel pembangunan diri. Kehadiran
2
ceramah, kursus, dan bengkel yang relevan sudah tentu dapat meningkatkan kepuasan
siswa-siswi untuk tinggal di kolej kediaman.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk kegunaan siswa-siswi
di kolej kediaman. Semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini bertujuan
untuk membantu siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara
kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok
penginapan, surau, dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Mahasiswa-
mahasiswi memerlukan persekitaran kolej kediaman yang kondusif untuk membolehkan
pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang seimbang. Ini selari
dengan Shafie Jusoh (1994) yang berpendapat bahawa pembinaan kolej kediaman di
institusi pengajian tinggi bertujuan untuk mengumpul siswa-siswi bagi mencapai
kecemerlangan akademik.
Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar bukan sahaja kepada
penghuninya tetapi juga orang yang rapat dengan penghuni kolej kediaman tersebut.
Keadaan ini pada kebiasaannya disebabkan oleh persekitaran kolej kediaman yang lebih
mendorong penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti dalam kampus.
Persekitaran yang baik ini membolehkan siswa-siswi memberikan perhatian yang lebih
terhadap pencapaian akademik mereka. Pengalaman hidup yang memuaskan hati
penghuninya sudah tentu dapat membina persepsi positif mereka terhadap iklim sosial di
kampus. Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus
adalah lebih akademik dan menyokong aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan
akrab antara sesama mereka sudah tentu dapat mewujudkan kematangan fikiran yang
membawa kepada pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999).
3
Menyedari akan kepentingan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan
siswa-siswi dan akhirnya memberikan kepuasan kepada penghuninya pihak pengurusan
kolej kediaman dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesebuah universiti telah berusaha
meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan. Tindakan ini dilakukan dengan
harapan untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak
kolej kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan
permainan video, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai
sesuatu kerosakan atas talian.
Di sebalik usaha yang giat dilakukan ini masih kedapatan siswa-siswi UTM
misalnya yang keluar kampus hampir saban minggu. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan adanya siswa-siswi yang keluar kampus bahkan saban hari. Keadaan ini
menimbulkan banyak persoalan kepada pihak pentadbiran universiti. Misalnya adakah
kejadian ini berlaku disebabkan oleh persekitaran kampus yang masih tidak kondusif?
Atau adakah kejadian ini disebabkan oleh masih ada kekurangan kemudahan dan
perkhidmatan asas dalam kampus? Apakah kejadian ini berlaku disebabkan siswa-siswi
tidak berpuas hati dengan persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan?
Adakah mahasiswa-mahasiswi keluar meninggalkan kampus kerana mencari tempat
yang lebih baik dan lebih selamat untuk mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah
suasana persekitaran di kolej kediaman tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka
mencari tempat lain yang lebih kondusif? Tindak-tanduk dan kejadian-kejadian yang
berlaku ini seolah-olah menunjukkan bahawa kedapatan aspek-aspek tertentu yang tidak
menepati kehendak pelanggan.
Temubual dengan siswa-siswi yang menghuni kolej kediaman memperlihatkan
masih terdapat lagi rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej
kediaman. Misalnya rungutan berkaitan dengan persekitaran kolej kediaman yang tidak
menarik. Pokok-pokok hiasan terbiar tanpa penjagaan yang baik. Kedapatan juga siswi-
siswi yang merasakan kawalan yang terlalu longgar sehinggakan terlalu bebas untuk
lelaki keluar dan masuk kekawasan kediaman pada bila-bila masa. Kedapatan juga yang
merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan siswa-siswi dalam
4
menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman. Senario
ini dan kejadian-kejadian lain yang telah dinyatakan di atas menjadikan kajian ini perlu
dilakukan.
1.3 Pernyataan Masalah
Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, layanan
staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat
pengurusan yang cekap, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program
dan aktiviti pembangunan yang menarik dan mampu memberikan cabaran kepada siswa-
siswi, dan perkhidmatan kafeteria yang memenuhi kehendak pelanggan sudah tentu
dapat memberikan kepuasan kepada penghuni kolej. Berasaskan kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi, pihak pengurusan Universiti Teknologi
Malaysia amnya dan pihak Hal Ehwal Pelajar khususnya ingin mengetahui kepuasan
siswa-siswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman. Tahap kualiti kehidupan yang
tinggi sedikit sebanyak membawa kesan positif terhadap kecemerlangan akademik dan
bukan akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan siswa-siswi
terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Rahman Putra, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap persekitaran di Kolej
Kediaman Rahman Putra.
ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kemudahan dan
perkhidmatan di Kolej Kediaman Rahman Putra.
5
iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap layanan staf dan Ahli
Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej Kediaman Rahman Putra.
iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej Kediaman Rahman Putra.
v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap pengawasan dan
keselamatan di Kolej Kediaman Rahman Putra.
vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap program dan aktiviti
pembangunan yang dijalankan di Kolej Kediaman Rahman Putra.
vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap perkhidmatan kafeteria
di Kolej Kediaman Rahman Putra.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan menjawab tujuh persoalan kajian berikut:
i) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan persekitaran di Kolej
Kediaman Rahman Putra?
ii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan kemudahan dan
perkhidmatan di Kolej Kediaman Rahman Putra?
iii) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh
staf dan ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej Kediaman Rahman Putra?
iv) Apakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej Kediaman Rahman Putra?
v) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan pengawasan dan keselamatan
di Kolej Kediaman Rahman Putra?
vi) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan program dan aktiviti
pembangunan yang dijalankan di Kolej Kediaman Rahman Putra?
vii) Adakah mahasiswa-mahasiswi berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan
oleh kafeteria di Kolej Kediaman Rahman Putra?
Top Related